• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SARAWAK"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

1 CADANGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

BAS KEPADA PELAJAR POLITEKNIK SARAWAK Oleh:

Zainap Binti Haji Lamat zainap@poliku.edu.my Normah Binti Jainuddin normah@poliku.edu.my Canarisa Nipi Ak. Ah Lian canarisa.n@poliku.edu.my

ABSTRAK

Kajian cadangan menyediakan kemudahan perkhidmatan bas kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak adalah satu tinjauan umum ke atas keperluan kepentingan perkhidmatan bas di kampus. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin boleh menyumbang kepada wujudnya sistem perkhidmatan bas di kampus Politeknik Kuching.. Kajian ini dilakukan kepada 350 pelajar dengan menggunakan kaedah soalselidik dan temubual. Hasil kajian yang diperolehi didapati 68.6% pelajar menggunakan penggunaan perkhidmatan penganggkutan awam, 83.4% daripada

responden datangnya daripada keluarga berpendapatan sederhana dan 80% memerlukan bahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran daripada luar kawasan kampus.

Keperluan kemudahan perkhidmatan pelajar Politeknik Kuching Sarawak berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.13. Kemudahan bas ini perlu disediakan kepada pelajar agar dapat membantu memudahkan pelajar dalam urusan seharian samada daripada keperluan seharian mahupun pengajaran dan pembelajaran.

(2)

2 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh sebab itu, pengangkutan awam hendaklah memenuhi beberapa ciri antaranya ialah mempunyai masa yang tepat, kekerapan yang tinggi, sentiasa ada, cepat, selamat, mudah diperolehi, selesa, dan murah. Kajian ini adalah satu tinjauan umum ke atas cadangan menyediakan kemudahan di kampus Politeknik Kuching. Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar dan temubual terhadap pelajar dan pegawai yang terlibat. Hasil kajian yang diperolehi daripada persepsi responden adalah mengenai faktor masa,

keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P), keselesaan, keselamatan dan tambang. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan agar dapat menyediakan kemudahan perkhidmatan bas yang berkualiti dan efisien dapat dilaksanakan untuk kepentingan pelajar. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk bagi penyelidikan pada masa akan datang.

(3)

3 Dalam usaha untuk mendapatkan Akreditasi daripada Malaysian Qualification

Agency (MQA), Politeknik Kuching Sarawak perlu menyediakan kemudahan kepada para pelajar seperti yang dinyatakan di dalam buku Kod Amalan Akreditasi Program dibawah Bidang 4 iaitu Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar sub topic 4.4.2 Standard tinggi menyatakan bahawa :

” Pihak PPT patut memberikan status penting kepada perkhidmatan sokongan pelajar

dalam organisasi, disamping memastikan perkhidmatan ini memainkan peranan yang dominan dalam pencapaian hasil pembelajaran program.”

Maka untuk memenuhi keperluan tersebut, kajian dibuat untuk mencadangkan agar disediakan kemudahan perkhidmatan bas kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Antara masalah lain yang boleh dilihat di Politeknik Kuching Sarawak adalah sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang telah sediaada. Di kampus Politeknik Kuching Sarawak, perkhidmatan pengangkutan awam adalah sangat terhad dan tidak sistematik sehingga menimbulkan masalah kepada pelajar untuk berulang-alik ke kampus. Masalah ketidakselesaan serta jadual masa perkhidmatan awam yang tidak menentu menyukarkan lagi pergerakan pelajar. Tiada kajian pernah dilakukan ke atas kepentingan kemudahan perkhidmatan bas di Politeknik Kuching Sarawak bagi

memudahkan pergerakan pelajar terutamanya dalam urusan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Selain daripada itu, kekangan kemudahan asrama juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada pelajar sehingga menyebabkan mereka memerlukan perkhidmatan bas untuk berulang-alik ke rumah sewa mereka yang terletak jauh daripada Politeknik Kuching Sarawak.

(4)

4 1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin boleh menyumbang kepada wujudnya sistem perkhidmatan bas di kampus Politeknik Kuching. Hasil kajian ini nanti diharap dapat membantu untuk mengenalpasti laluan perjalanan bas yang sesuai dan secara tidak langsung dapat memudahkankan pelajar dalam urusan P&P.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti secara menyeluruh tanggapan pelajar terhadap kepentingan kemudahan perkhidmatan bas

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kepentingan kemudahan perkhidmatan bas

1.5 Skop Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Politeknik Kuching Sarawak sahaja daripada semua semester pengajian. Jumlah sampel yang diambil adalah sebanayk 350 orang pelajar.

(5)

5 BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia. Terdapat banyak jenis pengangkutan sama ada awam ataupun persendirian. Di kampus Politeknik Kuching empat jenis pengangkutan pelajar seperti motosikal, kereta, bas dan van sewa. Pengangkutan yang cekap dan pantas memainkan peranan yang amat penting terutamanya kepada pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian daripada pelajar Politeknik Kuching Sarawak bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Perkhidmatan awam yang sedia ada tidak dapat memenuhi sepenuhnya keperluan pelajar Politeknik Kuching terutamanya yang tinggal di dalam kampus kerana hampir 90% daripada mereka tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Rungutan dan masalah pelajar yang tidak dapat menyiapkan tugasan atau kajian yang memerlukan mereka untuk keluar dari kampus sering di dengari oleh pensyarah. Selain daripada itu, pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sukar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor berikutan daripada masalah pengangkutan ke pusat

(6)

6 perubatan sama ada klinik ataupun hospital disebabkan kekurangan perkhidmatan

pengangkutan awam di Politeknik Kuching.

2.2 Definisi Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674) perkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan) untuk kebajikan,

keperluan,kepentingan orang ramai. Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Politeknik Kuching untuk kegunaan pelajar manakala istilah bagi pengangkutan awam menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem

pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan

pengangkutan bas yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan ulang alik pelajar Politeknik Kuching dari dalam kampus ke luar kampus.

2.3 Faktor Keperluan Perkhidmatan Bas

Di Politeknik Kuching, pengangkutan bas awam sangat terhad. Pelajar mengalami kesukaran untuk berulang alik dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya adalah seperti jika pelajar hendak menjalankan tugasan di luar kampus, mereka terpaksa

menunggu bas ataupun van sewa dalam masa yang lama dan mengalami ketidakselesaan sepanjang perjalanan. Jadual perjalanan bas yang tidak menentu menyukarkan lagi pelajar untuk mengatur masa mereka ke kuliah.

(7)

7 Menurut Maimon Hj. Mustapa (1994), hasil daripada kajian beliau menyatakan sistem pengangkutan yang cekap seharusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih kerap bagi menarik pelanggan atau penumpang. Kekerapan perkhidmatan mempengaruhi masa menunggu dan seterusnya jumlah masa perjalanan.

Keselesaan juga menjadi faktor kepada pelajar di Politeknik Kuching untuk memilih perkhidmatan bas sebagai pengangkutan harian mereka. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh Ahmad Tarmizie bin Harun (2011) didapati tahap keselesaan pengangkutan awam dari segi kebersihan dalam bas, keselesaan tempat duduk, penghawa dingin, penyediaan tempat letak barang dan pemegang dan sebagainya memainkan peranan penting dalam menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam.

Faktor masa dan keselesaan juga adalah berkaitan dan ini dinyatakan oleh Maimon Hj. Mustapa (1994), oleh sebab masa perjalanan berkait rapat dengan

keselesaan, maka lebih lama masa perjalanan, semakin bertambah ketidakselesaan yang ditawarkan oleh sistem pengangkutan tersebut.

Selain daripada faktor masa dan keselesaan, faktor tambang juga menentukan semua parameter kualiti, kerana tanpa tambang dan hasil yang cukup, mustahil

pengusaha bas dapat menyediakan perkhidmatan yang bermutu (Abd. Rahim Md. Nor, Utusan Malaysia Online, 2008). Kebanyakan pelajar mempunyai masalah kewangan terutamanya untuk perbelanjaan harian seperti makan dan minum, alat tulis, kos perubatan dan sebagainya. Dengan kadar tambang yang agak mahal, menyebabkan pelajar mengambil keputusan yang mudah tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh

(8)

8 pensyarah kursus mereka sekaligus menyebkankan prestasi mereka merosot di dalam pelajaran.

Faktor keselamatan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna pengangkutan awam kerana terdapat segelintir pemandu bas terutamanya tidak bersopan ketika memandu (Siti Faridah, 2011).

Akhir sekali, penyelidik berharap dengan adanya ‘Kajian Kepentingan

Perkhidmatan Bas di Politeknik Kuching’ ini akan dapat memberi inspirasi kepada pihak berkenaan untuk mewujudkan perkhidmatan bas yang efisien dan berkualiti. Nornajiha binti Kamdi (2003) menyatakan perkhidmatan bas di dalam kampus yang terbaik ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ini adalah berdasarkan kepada perkhidmatan yang disediakan baik dan cekap dari segi pengaturan masa, kebersihan bas, adab sopan dan jadual kekerapan bas yang disediakan untuk pelajar UiTM mencukupi (Mansor, 2000).

(9)

9 BAB 3

METHODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan

sepenuhnya borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak secara rawak.

Kaedah menggunakan borang soal selidik adalah kaedah yang direka khas untuk menggumpul data kajian. Ia digunakan sebagai senarai semak untuk merekodkan pemerhatian keatas tingkah laku responden (Chua Yan Piaw, 2006 )

(10)

10 3.2 Kerangka Methodologi

Pelaksanaan kajian adalah bedasarkan peringkat-peringkat seperti di dalam Rajah 3.1 iaitu kerangka operasi.

Rajah 3.1: Kerangka Operasi

Untuk memulakan kajian, satu kerangka kerja di buat bagi memastikan kerja yang dirancang dapat dilakukan dengan lancar. Permulaan kajian dilakukan dengan

menentukan tajuk yang hendak dibuat dan mengenalpasti masalah yang cuba untuk

Penentuan Tajuk Kajian

Kenyataan Masalah

Mengenal Pasti Responden dan Penyediaan Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik Diedarkan

Pengumpulan Data Dan Analysis

(11)

11 diselesaikan. Responden dipilih berdasarkan tajuk kajian dan kesesuain soalan yang dibina. Borang soal selidik di edarkan dan dikumpul semula untuk mendapatkan data dan dianalysis. Hasil dapatan diterjemahkan didalam bentuk jadual, di rumuskan dan di sertakan dengan kesimpulan dan cadangan.

3.3 Populasi dan Sampel

Populasi pelajar Politeknik Kuching Sarawak pada sesi Sisember 2011 adalah seramai 3889 orang pelajar. Kaedah persampelan yang digunakan adalah penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan ( 1970 ). Maka berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan ( 1970 ) Populasi 3889 adalah berhampiran dengan populasi 4000 maka sampel yang diperlukan adalah sebanyak 351sampel. Sampel yang diedarkan oleh penulis adalah sebanyak 350 sampel.

Kepentingan Kemudahan Perkhidmatan bas kepada pelajar Politeknik Kuching menjadi sebab utama kepada borang soal selidik diedarkan kepada responden secara rawak. Ini adalah kerana kemudahan yang dicadangkan untuk disediakan adalah sepenuhnya keperluan pelajar Politekniuk Kuching Sarawak.

3.4 Bahagian Soal Selidik

Borang soal selidik dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

i. Bahagian A dalam borang selidik adalah berkaitan dengan demografi responden iaitu jantina dan semester.

(12)

12 ii. Bahagian B terbahagi kepada dua bahagian iaitu soalan berbentuk ’Ya’ dan

’Tidak’ dimana ianya digunakan untuk mengukur tahap kepentingan masa, pendapatan keluarga dan keperluan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran manakala satu lagi kaedah menggunakan kaedah Skala Likert untuk mengenalpasti sejauhmana kepentingan kemudahan perkhidmatan bas dapat membantu pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

3.5 Skala yang Digunakan Serta Tafsiran

Bahagian A menyediakan soalan Berbentuk ’Ya’ dan ’Tidak’ disediakan

sebanyak 14 soalan dan ditafsirkan didalam bentuk peratusan. Bahagian B menyediakan soalan berbentuk Skala Likert disediakan sebanyak 10 soalan. Tasirannya adalah seperti di bawah.

1 – Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju

3 – Tidak Pasti 4 – Setuju 5 – SangatSetuju

(13)

13 Jadual 3.1: Tafsiran Deskriptif Nilai Min

3.6 Kaedah Analisis

Semua data yang diperolehi daripada kajian diproses menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 16 (SPSS v 16). Data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk peratus kekerapan, kaedah Skala Likert dan disusuli dengan penerangan. Hasil analisis ditunjukkan dalam bentuk jadual.

Min Tafsiran

Tahap kepentingan masa, pendapatan keluarga dan pengajaran dan pembelajaran

1.00 – 2.39 Rendah

2.40 – 3.79 Sederhana

(14)

14 BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini memaparkan dapatan kajian hasil analisis skor mentah 350 responden melalui boring soal selidik. Terdapat 3 bahagian utama dalam boring soal selidik yang digunakan selari dengan objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab 1. Setiap bahagian yang dianalisis akan menjawab persoalan kajian yang dikemukan oleh

penyelidik. Contoh salinan boring soal selidik yang digunakan diserta pada Lampiran A.

4.2 Demografi Responden

Demografi responden terdiri daripada jantina dan tahun semester pelajar sahaja. Pelajar adalah terdiri daripada pelajar daripada semester satu sehingga semester enam.

(15)

15 4.2.1 Responden mengikut Jantina & Semester Pengajian

Jumlah dan peratusan responden mengikut jantina pelajar politeknik

dipermudahkan dalam Jadual 4.1. Manakala Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden mengikut semester pengajian.

Jadual 4.1: Bilangan Responden mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 198 56.6

Perempuan 152 43.4

Daripada 350 responden soal selidik, didapati 198 daripadanya adalah pelajar lelaki dengan kadar peratusan 56.6 peratus. Manakala 152 orang responden selebihnya adalah pelajar perempuan dengan kadar peratusan 43.4 peratus.

Jadual 4.2: Bilangan Responden mengikut semester pengajian

Semester Bilangan Peratusan (%)

Satu 80 22.9 Dua 96 27.4 Tiga 22 6.3 Empat 10 2.9 Lima 110 31.4 Enam 32 9.1

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden mengikut semester pengajian pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Pelajar semester 5 merupakan repsonden tertinggi untuk menjawab soal selidik ini iaitu sebanyak 110 orang pelajar. Ini diikuti pelajar semester dua dan satu sejumlah 96 orang dan 80 orang. Pelajar semester enam dan tiga pula adalah sebanyak 32 orang dan 22 orang. Pelajar semester empat memperlihatkan

(16)

16 respondent paling kecil jumlahnya memandangkan pada semester berikut pelajar diploma adalah menjalni latihan praktikal.

4.2.2 Responden Mengikut Gender dalam penggunaan Bas Awam

Rumusan bagi pelajar yang menggunakan bas awam mengikut jantina ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Pelajar yang menggunakan bas awam mengikut Jantina

Jantina Jumlah Pengguna Bas Awam

Ya Tidak

Lelaki 198 132 66

Perempuan 152 108 44

Daripada Jadual 4.3 menunjukkan bahawa seramai 198 responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Namun hanya seramai 132 pelajar lelaki menggunakan bas awam dan 66 orang tidak menggunakan bas awam. Ini diikuti oleh respondent pelajar

perempuan adalah berjumlah 152 orang . Hanya 108 sahaja pelajar perempuan menggunakan bas awam dan selebihnya mengunakan pengangkutan masing-masing.

4.3 Analisis Mod Kekerapan Tanggapan Pelajar

Dalam Bahagian A, responden telah diminta menjawab 14 item dalam soal selidik untuk mengetahui maklumat keperluan pengguna bas. Untuk menentukan sama ada maklumat keperluan ini diperolehi adalah dengan menggunakan mod kekerapan bagi setiap 350 responden. Keputusan bagi penilaian setiap item ditunjukkan pada Jadual 4.4.

(17)

17 Jadual 4.4: Mod Kekerapan, Jumlah Responden Dan Nilai Peratusan Pelajar

Penerangan Mod Jumlah

Responden

Peratusan (%)

1. Pengguna pengangkutan awam Ya 240 68.6

2. Menunggu dalam tempoh masa yang lama Ya 284 81.1 3. Kemudahan perkhidmatan awam dapat

menjimatkan masa keluar dan masuk

Ya 234 66.9

4. Kemudahan perkhidmatan awam dapat membantu mengatasi masalah kehadiran

Ya 254 72.6

5. Kemudahan perkhidmatan awam dapat melancarkan aktiviti harian

Ya 268 76.6

6. Pendapatan keluarga ≥ RM3,000.00 Ya 282 80.6

7. Pendapatan keluarga ‹ RM3,000.00 Tidak 292 83.4 8. Perkhidmatan awam membebankan

kewangan

Ya 244 69.7

9. Penyediaan Kemudahan dapat membantu mengurangkan beban kewangan

Ya 266 76

10. Mempunyai kursus yang memerlukan kerja luar politeknik

Ya 198 56.6

11. Pernah di beri tugasan luar Ya 212 60.6

12. Menghadapi masalah pengagkutan untuk kerja luar

Ya 280 80

13. kesesakan tempat duduk Ya 272 77.7

14. berasa selamat di dalam pengagkutan awam

Ya 208 59.4

Merujuk kepada jadual 4.5 seramai 68.6% orang pelajar adalah pengguna penggangkutan awam iaitu bas atau van. Manakala baki 31.4% orang pelajar adalah menggunakan kenderaan sendiri.Seramai 81.1% orang pelajar bersetuju mengatakan

(18)

18 pernah mengalami tempoh masa menunggu yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan penggangkutan awam, manakala selebihnya 18.9% orang tidak bersetuju.Bagi tujuan penyediaan kemudahan perkhidmatan bas dapat menjimatkan masa pelajar keluar dan masuk kampus seramai 66.9% orang pelajar menyokong manakala selebihnya 33.1% pelajar pula tidak menyokong.Masalah lewat menghadiri kelas kerana tinggal di luar kampus dapat diselesaikan dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan bas dipersetujui oleh 72.6% orang pelajar manakala selebihnya 27.4% tidak menyokong. Penyediaan Kemudahan perkidmatan pengangkutan kepada pelajar dapat melancarkan masa aktiviti harian yang telah dijadualkan telah dipersetujui oleh seramai 76.6% pelajar manakala bakinya 23.4% adalah sebaliknya.

Hasil daripada kajian masa yang telah dibuat kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak, secara keseluruhannya pelajar bersetuju tentang mengalami masalah yang berkaitan dengan masa seperti masa menunggu perkhidmatan pengangkutan dan kelewatan untuk menghadiri kuliah serta mengganggu perancangan seharian yang telah dirancangkan.

18.3% pelajar adalah berasal daripada golongan berpendapatan tinggi dan selebihnya 83.4% adalah datangnya daripada golongan sederhana iaitu pendapatan kurang daripad RM3000.00. Seramai 69.7% pelajar menyatakan mereka mengalami bebanan kewangan disebabkan oleh tambang perkhidmatan kenderaan awam. Manakala 30.3% pula mampu untuk membayar cas perkhidmatam awam yang digunakan.

Kemudahan perkhidmatan bas dapat membantu 76% pelajar meringankan masalah kewangan mereka manakala 24% pula menyatakan kemudahan perkhidmatan bas tidak dapat membantu.

(19)

19 Dapatan daripada kajian pendapatan keluarga pelajar, kebanyakkan daripada mereka adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan tambang perkhidmatan kenderaan awam adalah salah satu punca bebanan yang ditanggung oleh mereka

sepanjang tempoh pengajian di Politeknik Kuching. Pelajar daripada golongan ini berpendapat jika disediakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan dapat membantu mengurangkan masalah bebanan kewangan mereka.

Seramai 56.6% pelajar mempunyai kerja projek di luar daripada Politeknik Kuching yang perlu dilaksanakan. 43.4% pula menyatakan tidak mempunya projek yang melibatkan kawasan luar daripada Politeknik Kuching Sarawak. 60.6% pelajar pernah diberikan tugasan oleh pensyarah untuk melakukan tugasan di luar Politeknik Kuching Sarawak manakala 39.4% pelajar menyatakan tidak pernah. Masalah kepada

pengangkutan untuk mendapatkan bahan P&P diluar kampus telah dialami oleh 80% orang pelajar.Selebihnya 20% tidak mneghadapi masalah. Kesesakan dan tidak selesa semasa didalam pengangkutan perkhidmatan awam sering menjadi masalah kepada 77.7% orang pelajar, manakala selebihnya tidak mengalami masalah.Keselamatan yang terjamin semasa di dalam pengkutan perkhidmatan awam hanya dirasai oleh 59.4% orang pelajar. Selebihnya 40.6% merasakan sebaliknya.

Politeknik Kuching Sarawak adalah salah satu daripada Institusi Teknikal Vokasional Education Trainning yang melahirkan ramai graduan yang berpotensi untuk memenuhi pasaran di dalam dan di luar Negara. Sejajar dengan itu, ada diantara kursus yang ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak memerlukan pelajar untuk membuat tugasan di luar daripada kawasan PKS. Berikutan daripada itu, sebilangan besar daripada pelajar menghadapi masalah pengangkutan untuk mendapatkan bahan P&P yang telah di amanahkan.

(20)

20 4.4 Analisis Min Skor Faktor Keperluan Kemudahan Bas

Bagi Bahagian B pula, responden telah diminta menjawab 10 item dalam soal selidik untuk mengetahui keperluan penggunaan bas politeknik oleh pelajar semasa pengajian di politeknik. Keputusan bagi penilaian setiap item ditunjukkan pada Jadual 4.

Jadual 4.5 menunjukkan nilai sisihan piawai, min skor serta tafsiran berkaitan dengan keperluan penggunaan pelajar semasa menjalani pengajian di politeknik.

Keperluan pelajar Sisihan piawai Min Skor Tafsiran Kemudahan perkhidmatan bas adalah

keperluan yang perlu disediakan kepada pelajar

0.855 4.52 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas membantu pergerakan pelajar

1.015 4.24 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas memberi keselesaan saya

0.978 4.17 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas membantu untuk mendapatkan bekalan keperluan baru dalam pembelajaran.

1.106 4.10 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas membantu pergerakan pelajar dalam melakukan tugasan pembelajaran di luar.

1.033 4.10 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas menjamin keselamatan saya

1.169 4.09 Tinggi

(21)

21 membantu dalam mencari bahan

keperluan tugasan.

Kemudahan perkhidmatan bas membantu meringan masalah kewangan saya

1.096 4.05 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas melancarkan aktiviti harian saya

1.032 4.01 Tinggi

Kemudahan perkhidmatan bas

menjimatkan masa (keluar dan masuk kampus)

1.121 3.93 Tinggi

JUMLAH 4.13 Tinggi

Secara keseluruhannya, pelajar politeknik memerlukan penggunaan bas yang disediakan oleh pihak institusi semasa pengajian di Politeknik Kuching Sarawak. Pelajar Politeknik Kuching telah menyatakan kepentingan keperluan perkhidmatan bas

berdasarkan nilai min skor yang tinggi bagi setiap item keperluan pelajar yang disenaraikan dalam soal selidik Melalui analisis yang dilakukan, keperluan yang

mempunyai nilai skor min tertinggi ialah pekhidmatan bas adalah keperluan perlu pelajar. Ini diikuti dengan membantu pelajar bergerak dan memberi keselesaan kepada pelajar dengan nilai min skor masing-masing 4.52, 4.24 dan 4.17. Keperluan bas digunakan untuk mendapatkan keperluan bekalan baru pelajar dan membantu menyelesaikan tugasan pelajar telah mendapat skor min keempat dan kelima tertinggi iaitu sebanyak 4.10. Selain itu, penyediaan bas ini dapat membantu meringankan masalah kewangan pelajar, menjamin keselamatan pelajar , melancarkan aktiviti pelajar dan menjimatkan masa keluar masuk pelajar dari politeknik.

(22)

22 BAB 5

PERBINCANGAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi secara menyeluruh. Rumusan akan dibuat berdasarkan hasil kajian yang diperolehi. Beberapa objektif seperti yang dinyatakan dalam Bab 1 tercapai pada akhir bab ini.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan dapatan kajian akan dibahaskan berdasarkan dapatan analisis. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, analisis mendapati secara

keseluruhannya keperluan kemudahan perkhidmatan bas pelajar PKS adalah berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min iaitu 4.13.

(23)

23 5.2.1 Faktor Kepentingan Keperluan Perkhidmatan Bas Pelajar di PKS

Secara keseluruhannya, pelajar PKS amat memerlukan perkhidmatan bas di kampus PKS. Majoriti pelajar adalah pengguna bas dan van awam. Nilai skor min yang tinggi bagi keperluan perkhidmatan bas dari sudutkeperluan, keselesaan dan

memudahkan pergerakkan pelajar telah menyokong dapatan Ahmad Tarmizie bin Harun (2011) dimana menyatakan keselesaan pengangkutan bas dapat menyenangkan pelajar untuk bergerak untuk menyelsaikan tugasan masing-masing. Majoroti pelajar juga diberi tugasan di luar dan kursus yang mmerlukan kerja luar politeknik. Perkhidmatan bas awam juga lebih bersih tempat duduk, penghawa dingin, penyediaan tempat letak barang dan pemegang dan sebagainya memainkan peranan penting keperluan pelajar

menggunakan perkhidmatan ini.

Berdasarkan nilai skor min tinggi bagi memudahkan pergerakkan pelajar semasa menjalankan tugasan di dalam kampus , membeli barang keperluan harian serta

menyiapkan tugasan di luar kampus menunjukkan dengan wujudnya perkhidmatan bas ini boleh dapat mengatasi masalah pengangkutan pelajar sekaligus menjimatkan kewangan pelajar PKS sendiri. Dapatan ini telah disokong oleh Abd. Rahim Md. Nor (2008) di mana beliau menyatakan kebanyakan pelajar mempunyai masalah kewangan terutamanya untuk perbelanjaan harian seperti makan dan minum, alat tulis, kos

perubatan dan kadar tambang yang agak mahal menyebabkan pelajar malas hadir kelas dan prestasi merosot. Majoriti pelajar juga menyatakan bahawa pendapatan keluarga mereka adalah dibawah RM3000. Ini menunjukkan pelajar amat memerlukan

perkhidmatan bas ini.

Faktor keselamatan juga mendapat skor yang tinggi. Dengan wujudkan

kemudahan perkhidmatan bas ini maka pelajar mempunyai tahap keselamatan diri lebih terjamin. Ini kerana ia mengelakkan pelajar bergantung kepada kemudahan awam lain

(24)

24 seperti van sewa dan bas awam yang mempunyai pemandu yang laju dan membahayakan penumpang. Faktor ini disokong oleh Siti Faridah ( 2011) dimana beliau menyatakan terdapat segelintir pemandu bas terutamanya tidak bersopan ketika memandu.

Faktor masa juga telah mendapat skor min yang tinggi kerana dengan wujudnya perkhidmatan bas, maka pelajar dapat menjimatkan masa menunggu bas awam dan pelajar lebih selesa. Dapatan ini disokong pernyataan Maimon Hj Mustapha (1994) dimana masa perjalanan berkait rapat dengan keselesaan, maka lebih lama masa perjalanan, semakin bertambah ketidakselesaan yang ditawarkan oleh sistem

pengangkutan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan pelajar lebih banyak membuang masa menunggu bas awam untuk ke kelas. Pelajar juga bersetuju apabila menyokong dengan adanya perkhidmatan bas dapat membantu dalam mengatasi masalah kehadiran di dalam kelas.

5.2 Cadangan

Daripada hasil kajian yang diperolehi pengkaji berpendapat bahawa kajian ini tidak harus berhenti di sini sahaja. Pengkaji yakin bahawa hasil kajian yang diperolehi akan member maklumat berguna untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di politeknik untuk pelajar. Antara cadangan lanjutan yang sesuai adalah:

i. Mengkaji laluan bagi perkhidmatan bas dari politeknik ke Bandar Matang Jaya ii. Mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas kepada pelajar politeknik Kuching

(25)

25 5.3 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang telah digariskan di dalam Bab 1.Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan dalam kajian yang dilakukan dimana maklumat yang diperolehi oleh pengkaji amat terhad disebabkan faktor masa dan soalan kaji selidik yang terhad. Namun, hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pelajar dan pihak pengurusan politeknik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di dalam politeknik khusus untuk pelajar.

(26)

26 RUJUKAN

Ahmad Tarmizie bin Harun (2011). “Keberkesanan Sistem Pengangkutan Awam (Bas) dari Pasir Mas ke Kota Bharu: Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku.” Malaysia. Mc Graw Hill Education.

Abdul Halim Bin Halid dan Syed Danial Haris Bin Syed Husin (1990). “ Perkhidmatan Pengangkutan Awam Rel dan Bas”. Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Projek Akhir Diploma.

Maimon Hj.Mustapha (1994). “Sistem Pengangkutan Bas. Satu Kajian Kes:

Perkhidmatan Bas Dalam Kampus”. Universiti Utara Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Siti Faridah binti Mohd Sunif (2011). “ Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Malaysia”.Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Referensi

Dokumen terkait

Käytän matematiikan opettamisessa mieluummin liitua ja liitutaulua opetusvälineinä kuin tietoteknisiä apuvälineitä. Minun on helppo käyttää tietoteknisiä

Tämä sopi yhteen Jallinojan (2006, 131–176) kuvailemaan familismin nousuun vuosituhannen vaihteessa, jolloin ylemmän keskiluokan keskuudessa tapahtuneen perheen

Diagnosis CMV pada bayi baru lahir dapat dilakukan bergantung pada ada tidaknya virus dari pemeriksaan isolasi virus melalui urin, identifikasi DNA CMV dengan pemerik- saan

Langkah selanjutnya untuk menghindari riba dapat kita lakukan dengan cara menggunakan cara-cara yang halal ketika melakukan transaksi mualamah. Dalam hal ini tentu

Selari dengan usaha kerajaan untuk memastikan kebolehpasaran graduan yang tinggi dalam kalangan pelajar di Malaysia, PKS terus memainkan peranan penting untuk

Metode pengukuran WebQual memiliki keunggulan yaitu sebagai alat ukur kualitas website sesuai dengan kepuasan pengguna, mengetahui kemudahan dan kesulitan pengguna

Dalam rangka peningkatan kompetensi professional guru Sekolah Dasar Negeri di Kota Metro diperlukan pelatihan peningkatan keahlian guru untuk pengembangan bahan ajar yang

Nilai kalibrasi yang disimpan secara manual dapat dimasukan lagi ke dalam tabel masukan Swath 1 pada Vessel Editor bila diadakan survei di lokasi lain, dengan