• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

SOALANNO: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA.

PARLIMEN KETIGA BELAS.

MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: YB TUAN SIM TZE TZIN TARIKH: 8O G O S 2017

SOALAN:

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengikut negeri jumlah pekerjaan baru yang telah dicipta 5 tahun kebelakangan. Berapakah antaranya pekerjaan berpendapatan tinggi dan nyatakan gaji bagi maksud pekerjaan berpendapatan tinggi.

PR-1352-L02241

1

(2)

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

1. Berdasarkan statistik Jabatan Tenaga Kerja (JTK), kekosongan jawatan aktif yang ditawarkan oleh majikan sejak tahun 2013 adalah sebanyak 166,343 jawatan, tahun 2014 adalah sebanyak 98,286 jawatan, tahun 2015 adalah sebanyak 115,237 jawatan, tahun 2016 adalah sebanyak 133,401 jawatan dan sehingga Julai 2017 adalah sebanyak 159,325 jawatan kosong yang direkodkan.

2. Kebanyakan kekosongan jawatan ini disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, dan perkhidmatan. Sehingga 30 Jun 2017, JTK telah menjalankan sebanyak 1,189 aktiviti Lawatan Keperluan Guna tenaga. Lawatan ini bertujuan memastikan setiap kekosongan jawatan yang wujud dalam negara dapat dikesan dan juga bertujuan untuk menawarkan calon-calon pencari kerja yang telah berdaftar dengan jabatan.

3. Peluang pekerjaan dan kekosongan jawatan aktif mengikut negeri sehingga 12 Julai 2017 antaranya ialah Johor (35,678 jawatan), Selangor (29,732 jawatan), Pahang (9,887 jawatan), Pulau Pinang (7,831 jawatan), Kuala Lumpur (6,815 jawatan), Melaka (6,394 jawatan) dan Perak (5,777 jawatan). Purata gaji yang ditawarkan adalah antara RM1000.00 hingga RM5000.00 mengikut jawatan, kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

2

(3)

4. Berdasarkan dokumen di bawah Rancangan Malaysia Ke 11 (RMKe-11), kementerian melalui jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawahnya memberi fokus untuk mewujudkan tenaga kerja berkemahiran berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dengan pendapatan per kapita nasional sebanyak AS15,000. Oleh yang demikian, peningkatan pekerjaan baharu yang diunjurkan sebanyak 1,511,000 juta pada tahun 2020 perlu diutamakan dan dimanfaatkan kepada warganegara terutamanya bagi kategori pekerjaan mahir yang diunjurkan sebanyak 35%, sebanyak 58.4% bagi kategori separuh mahir dan hanya 6.6% bagi kategori berkemahiran rendah menjelang 2020.

3

(4)

SIDANG DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KETIGA BELAS (2017)

PERTANYAAN DARIPADA

TARIKH SOALAN

LISAN

YB DATUK LIANG TECK MENG [SIMPANG RENGGAM]

8 0 G 0 S 2017 [SELASA]

17

minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan contoh projek-projek R&D bioteknologi yang telah memberi sumbangan high social impact.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sememangnya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bioteknologi yang telah memberi sumbangan high social impact.

Penglihatan MOSTI dalam membantu rakyat dapat dilihat melalui pembiayaan dana-dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R.D&C).

(5)

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM 150.34 juta telah diluluskan untuk membiayai 392 projek penyelidikan bioteknologi. Skim penyelidikan yang terlibat adalah Dana Sains dan Dana Pra-Pengkomersialan (TechnoFund dan InnoFund). Sebanyak 361 projek penyelidikan bioteknologi di bawah Dana Sains dibiayai dengan jumlah RM86.70 juta, manakala sebanyak 31 projek penyelidikan bioteknologi di bawah Dana Pra-Pengkomersialan dibiayai dengan jumlah RM63.64juta.

Antara contoh-contoh projek R&D bioteknologi yang telah memberi manfaat kepada masyarakat dan negara ialah:

Pertama: Projek pembiayaan Dana Tekno bertajuk Liquid Immersion Bioreactor (LIB) method to generate MD2 pineapple plantlet for nurturing farmers in Malaysia. Projek yang dilaksanakan oleh syarikat Agrovery Sdn.

Bhd. menghasilkan tisu kultur nanas MD2 yang mempunyai rintangan terhadap cuaca tempatan dan mempunyai komposisi nutrien yang tinggi.

Projek ini telah mempromosikan industri nanas Malaysia dan hasil produk ini telah berjaya di pasarkan di pasar raya terkemuka seperti Cold Storage.

Selain itu, pelaksanaan projek ini juga telah meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti Jakun di kawasan Kuala Rompin. Komuniti tersebut telah dibantu dari segi penyediaan peluang pendidikan, pekerjaan dan latihan keusahawan;

Kedua: Projek pembiayaan Dana Sains bertajuk Development of Novel Approach Rapid Multiplex Real-time Loop-mediated Isothermal Amplification (M-qLAMP) Assay for detection of Melioidosis agent Burkholderia pseudomallei. Projek yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia

(6)

l l

(USM) adalah bagi merekabentuk Multiplex Real-time Loop-mediated Isothermal Amplification (M-qLAMP) Assay untuk mengesan penyakit Melioidosis iaitu satu penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh ditemui dalam tanah dan air.

Kityang dihasilkan melalui projek ini dapat memberikan keputusan saringan yang lebih cepat iaitu kurang daripada tiga jam berbanding kaedah lazim (conventional method) yang memerlukan masa tiga hingga lima hari.

Pengesanan lebih awal akan membolehkan pesakit menerima rawatan dengan segera; dan

Ketiga: Projek di bawah pembiayaan Biotechnology Commercialisation Grant (BCF) untuk mengkomersialkan kit diagnostik MyDENKit. Projek ini dilaksanakan oleh Geneflux Biosciences Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Malaya bagi menghasilkan kit diagnostik berasaskan molekul menggunakan teknologi RT-PCR untuk mengesan virus yang menyebabkan penyakit merbahaya. MyDENKIT mampu mengesan kehadiran virus denggi seawal empat jam selepas jangkitan. Produk ini disasarkan khusus untuk industri perubatan, hospital, klinik dan orang awam.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian akan terus komited untuk memaju dan meningkatkan pencapaian R.D&C negara bagi memastikan hasil penyelidikan dapat memberi impak yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Sekian, terima kasih.

(7)

SOALAN (18)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

23

PERTANYAAN LISAN

TARIKH 8OGOS2017

[SELASAj

DARIPADA YB TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [KLANG]

SOALAN ;

YB Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang yang diterima oleh setiap NGO daripada SEDIC untuk tahun 2014 - 2017. Adakah Kerajaan telah melaksanakan kajian impak sosial dan nyatakan jumlah peserta program-program ini yang telah berjaya keluar daripada golongan B40 menerusi sokongan SEDIC.

(8)

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

SEDIC telah menyalurkan sejumlah RM10 juta bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) pada akhir tahun 2014 daripada peruntukan yang telah dipindahkan dari Unit Perancang Ekonomi (UPE). Jumlah ini telah memanfaatkan seramai 92,838 peserta melalui program-program anjuran 44 Badan Bukan Kerajaan (NGO). Manakala bagi tahun 2015, sebanyak RM 100 juta telah diagihkan kepada 379 NGO dan 7 Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bagi melatih seramai 254,045 peserta.

Bagi tahun 2016 pula, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Daripada jumlah ini, RM7 juta telah dipindahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi projek sumbangan untuk NGO dan rumah ibadat.

Baki peruntukan sebanyak RM53 juta telah diagihkan kepada 166 NGO untuk melatih seramai 43,363 peserta. Peruntukan Kerajaan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2017 sedang diproses.

(9)

Projek-projek yang ditaja SEDIC sepanjang tahun 2014 - 2016 telah berjaya memberi impak kepada masyarakat India terutamanya golongan B40 dari seluruh negara. Tumpuan khas diberikan kepada lokasi-lokasi yang mempunyai kepadatan masyarakat India yang tinggi. Sepanjang tempoh ini, hampir 400,000 masyarakat India dari pelbagai kategori seperti guru, murid, belia berisiko tinggi, ibu tunggal dan pekerja berpendapatan rendah telah berjaya mendapat manfaat daripada program-program tajaan SEDIC. Impak ketara yang dapat dilihat dalam kalangan peserta ialah peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan. Peserta telah mendapat ilmu keusahawanan yang telah membolehkan mereka menceburi bidang perniagaan seperti jahitan, masakan, persolekan, pertanian, penternakan lembu dan juga perniagaan-perniagaan unik seperti dalam bidang optikal, landskap, pemprosesan kacang putih dan memandu teksi.

Hampir 7000 kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah mengikuti pendidikan pra sekolah tajaan SEDIC. Guru-guru pra sekolah juga telah diberi latihan untuk meningkatkan kompetensi yang secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, impak juga dapat dilihat pada para belia berisiko tinggi dari kawasan pedalaman yang diberi latihan kemahiran sehingga dapat melanjutkan pelajaran atau mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang cukup memuaskan. Program

(10)

intervensi dan kelas bimbingan peringkat sekolah rendah dan menengah telah berjaya memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kawasan pedalaman dan berisiko tinggi. Satu program khas yang melibatkan pelajar India berisiko tinggi dikendalikan di hampir 150 sekolah menengah di seluruh negara. Impak secara tidak langsung juga dapat dilihat daripada kursus- kursus soft skill seperti keagamaan dan motivasi yang telah berjaya mentransformasi minda masyarakat. Penyertaan guru-guru SJKT dalam program peningkatan profesionalisme Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik memberi impak positif bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar-pelajar mereka.

SEDIC sentiasa memantau pelaksanaan program tajaan SEDIC supaya kumpulan sasaran mendapat faedah yang diharapkan. Kajian impak program-program tajaan SEDIC 2014-2016 sedang diusahakan dengan kerjasama badan bebas seperti IPTA yang terpilih. Kerajaan akan terus komited untuk membantu semua rakyat Malaysia supaya tidak tertinggal di dalam arus pembangunan.

Sekian, terima kasih.

8Ogos2017

(11)

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG

RAJANG]

[HULU

TARIKH : 8 OGOS 2017 (SELASA)

SOALAN : 19

m in ta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

WILAYAH m e n ya ta ka n

(a ) b ilakah Jalan K a n o w it-S o n g -K a p it siap; dan

(b ) a d a ka h p ih a k K e m e n te ria n b e rcad a n g u n tu k

m e m b in a Jalan Nanga M u jo n g ke R um ah T u n g k u ,

Sg. G a a t, K a p it.

(12)

JAWAPAN :

a) U n tu k m a k lu m a n Yang B e rh o rm a t, P rojek Jalan P erhubungan K a n o w it - Song - K a p it m e ru p a ka n p ro je k ya n g d ilu lu ska n secara b e rp e rin g k a t s e ja k d a ri R ancangan M alaysia Kesepuluh (R M K e-1 0 ).

Ia n y a m e lib a tk a n p e ru n tu k a n ke se lu ru h a n b e rju m la h R M 813.4 ju ta dengan p a n ja n g ke s e lu ru h a n ja la n adalah 1 0 1 .9 k m . P rojek ini te la h d ip e ca h ka n kepada 11 p a ke j di m ana 6 p a k e j te la h pun siap d ila ksa n a ka n secara b e rp e rin g k a t, 2 pa ke j d a la m p e m b in a a n , 1 p a ke j sedia u n tu k d iru n d in g harga dan 2 pakej d a la m p e rin g k a t p e n yed ia a n re k a b e n tu k dan d ija n g k a sedia u n tu k d ite n d e r pada N o ve m b e r 2 0 1 7 . Secara ke se lu ru h a n n ya K e m e n te ria n m e n ja n g k a k a n ke se lu ru h a n p ro je k ini akan siap se p e n u h n ya pada ta h u n 2 020.

b) S e b a ga im a n a Yang B e rh o rm a t sedia m a k lu m , p e ru n tu k a n bagi pelaksanaan p ro je k Jalan L u a r B andar (JALB) di baw ah K e m e n te ria n ini a d a la h te r ta k lu k kepada kelulusan U n it Perancang E ko n o m i, Jabatan Perdana M enteri (EPU, JPM) ya n g d ip o h o n b e rdasarkan kepada se n a ra i

2

(13)

ke u ta m a a n yang telah d ike m u k a k a n dan

d ip e rs e tu ju i oleh K erajaan N egeri. Hanya p ro je k -

p ro je k ya n g telah d ilu lu ska n oleh EPU, JPM sa h a ja

m e m p u n y a i p e ru n tu k a n bagi pela ksa n a a nn ya .

B e rd a sarka n kepada senarai p e rm o h o n a n p ro je k

ya n g te la h d ik e m u k a k a n kepada EPU, JPM bagi

R ancangan Malaysia Kesebelas (R M K e-1 1 ),

R o llin g P la n

3 Tahun 2 0 1 8 , cadangan p ro je k m e m b in a

Jalan Nanga M ujong ke Rum ah T u n g k u , Sg. G a a t,

K a p it tia d a d a la m se n a ra i k e u ta m a a n K e ra ja a n

N eg e ri d an tid a k d ia n g k a t p e rm o h o n a n ke p a d a

EPU, JPM. K e m e n te ria n te la h m e m o h o n ke p a d a

p ih a k Ja b a ta n K erja Raya (JKR) S a ra w a k u n tu k

m e n y e m a k dan m e m p e rtim b a n g k a n p e rm o h o n a n

ini u n tu k d is e n a ra ik a n sebagai salah sa tu p ro je k

k e u ta m a a n K e ra ja a n N egeri.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari analisis struktural novel Di Tanah Lada adalah satu tokoh utama, satu tokoh utama tambahan, dan lima tokoh tambahan, memiliki alur campuran dengan

Biji kopi sangrai dihaluskan dengan alat penghalus (grinder) sampai diperoleh butiran kopi bubuk dengan kehalusan tertentu agar mudah diseduh dan memberikan sensasi rasa dan

Tuan Yang di-Pertua, pada hari yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan pembukaan airport iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, saya di dalam Dewan

Ke arah ini dan juga mengambil kira realiti keadaan ekonomi yang sentiasa berubah, Kerajaan Beta akan terus memberi perhatian dalam memperkukuhkan ekonomi dengan

Dengan spesifikasi seperti diatas diharapkan Raspberry Pi ini dapat digunakan sebagai media untuk mempelajari komputer bagi anak-anak tingkat sekolah dengan harga

Hal ini sesuai dengan Wedemeyer (1996) yang menyatakan bahwa peningkatan padat penebaran akan mengganggu proses fisiologi dan tingkah laku ikan terhadap ruang gerak

Subdit Program, Evaluasi dan dokumentasi Seksi Program dan Evaluasi Seksi Dokumentasi Subdit Kepercayaan Seksi Kelembagaan Seksi Pemberdayaan Lembaga Subdit Komunitas

Atas permnintaan Kerajaan Republik Bangladesh, Kerajaan Malaysia telah bersetuju supaya penggajian pekerja Bangladesh melalui mekanisme G to G sedia ada ditambah baik