• Tidak ada hasil yang ditemukan

6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-1

6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

Sistem Maklumat Geografi dapat menggambarkan dengan lebih tepat apa yang berlaku ke atas kawasan kajian Rancangan Tempatan. Melalui kombinasi data di antara sektoral, dapat menghasilkan alternatif senario pembangunan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, ianya membantu dalam menilai dasar semasa yang dibentuk serta keperluan pengubahan dasar dapat ditentukan dengan lebih mudah, melalui gambaran yang dapat ditunjukkan dalam persekitaran Sistem Maklumat Geografi. Pengubahan terhadap dasar semasa seterusnya akan dapat membantu di dalam merangka strategi pembangunan spatial dalam Daerah Machang.

Data dan maklumat yang berkualiti juga dapat membantu menghasilkan keputusan yang tepat dan jitu. Oleh yang demikian, proses-proses kerja pembangunan pangkalan data dan verifikasi data telah dirangka untuk membantu mendapatkan data-data yang berkualiti. Data yang berkualiti juga diperlukan untuk memudahkan proses pelaksanaan analisis serta menghasilkan hasil analisis yang lebih tepat dan komprehensif.

Sistem Maklumat Geografi bertujuan menyokong pembangunan pangkalan data GIS terutamanya dari segi penyelarasan data spatial dan atribut, pengoperasian analisis dan penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) RT Jajahan Machang.

6.2.1 Pembangunan Pangkalan Data

Konsep pembangunan pangkalan data kajian RT Jajahan Machang berdasarkan format sedia ada yang telah disediakan oleh Unit Bank Data, Bahagian Teknologi Maklumat JPBD.

Penyediaan pangkalan data ini digunakan untuk memudahkan pengguna dan pasukan perunding menjalankan analisis di mana ia dapat menggambarkan senario semasa dan seterusnya membantu pihak pentadbiran memantau keadaan perbandaran semasa dan akan datang. Pembangunan pangkalan data ini adalah berdasarkan kepada data yang telah disediakan dan diperoleh oleh setiap sektoral dan sumber JPBD sama ada berdigit atau salinan keras.

Data daripada sektoral ini akan diselaraskan mengikut format mapinfo (*.tab) dan setiap komponen data yang dibentuk akan disimpan di dalam satu sistem GIS dalam bentuk

‘layers’. Proses kerja pembangunan pangkalan data GIS adalah seperti Rajah 6.2.1.

(2)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-2 Rajah 6.2.1: Proses Kerja Penyediaan Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang

i. Penerimaan Data

Penerimaan data untuk penyediaan pangkalan data GIS RT Jajahan Machang dikumpulkan dan diselaraskan mengikut format metadata JPBD. Semua data yang dibekalkan dan yang dikumpulkan akan melalui proses semakan kualiti data. Berikut merupakan senarai data dan sumber yang diperolehi:

Data sedia ada

Berdigit Mapinfo/CAD/Shp

Penyusunan Pangkalan Data GIS mengikut Model & Metadata JPBD Di Dalam MapInfo dan Unjuran Cassini-Kelantan

Penyemakan kesalahan topology

Verifikasi Data (spatial & atribut)

Salinan Keras

Data Primer Data Sekunder

Kemasukkan data atribut/spatial

Penyemakan kesalahan atribut

Penyuntingan, Pembaikan & Penstrukturan

(3)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-3 Jadual 6.2.1: Sumber Data Kajian RT Jajahan Machang

DATA DIPEROLEHI SUMBER

Guna tanah RT Jajahan Machang

Perunding utama Data Fizikal (Laporan

Pemeriksaan)

Perunding utama

Peta asas 2010 Perunding utama

Komponen Perancangan Fizikal

Perunding utama & sektoral Komponen Pentadbiran Perunding utama & sektoral Komponen Penduduk Perunding utama & sektoral Komponen Maklumat Tanah Perunding utama & sektoral Komponen Sosial Perunding utama & sektoral Komponen Ekonomi Perunding utama & sektoral Komponen Utiliti Perunding utama & sektoral Komponen Pengangkutan Perunding utama & sektoral

ii. Topologi Data

Proses Topologi merupakan semakan kualiti data spatial. Proses semakan kualiti data spatial merupakan satu kaedah penting dalam memastikan kesemua lapisan data (poligon, garisan dan titik) tidak mempunyai masalah dari segi pertindihan data, tidak bercantum dengan sempurna dan sebagainya. Proses ini melibatkan teknik topology rules bagi mengenalpasti kesalahan untuk mempertingkatkan kualiti data GIS.

Antara kesalahan dan masalah kualiti data yang dikenalpasti ialah:

a) Pertindihan data (Overlap).

b) Sempadan poligon tidak bercantum (Gap between poligon).

c) Ruang kosong antara poligon (dalam lapisan guna tanah).

d) Lot yang tidak munasabah.

Semakan kualiti spatial membantu mengurangkan kesilapan terutamanya ketika menjalankan analisis kelak. Antara kesalahan data spatial yang dikenalpasti seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.2.2 6.2.3 dan 6.2.4

Rajah 6.2.2: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Sempadan Poligon Yang Tidak Tercantum

(4)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-4 Rajah 6.2.3: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Terdapatnya Pertindilhan Lapisan

Rajah 6.2.4: Kesalahan Data Spatial Yang Menunjukkan Ruang Kosong Antara Poligon

Sumber:Guna tanah Semasa RT Jajahan Machang, 2010

iii. Penyediaan Metadata

Metadata bermaksud ‘maklumat mengenai maklumat’, maklumat yang mengandungi isi kandungan komponen pangkalan data, format dan jenis maklumat yang tersimpan dalam setiap lapisan data. Metadata yang disediakan adalah mengikut format yang disediakan oleh BTM, JPBD versi 8 pindaan 2007. Metadata ini disediakan hanya merangkumi data-data yang telah diterima dan diproses sepenuhnya sahaja.

iv. Pengemaskinian Data

Pengemaskinian data merupakan antara proses penyediaan pangkalan data bagi melengkapi data sedia ada. Antara kaedah kemaskini data yang dilaksanakan seperti berikut:

(5)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-5 a) Kemasukkan data (spatial dan atribut)

Rajah 6.2.5: Kemasukkan Data (Spatial Dan Atribut)

Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Kemasukkan data atribut dilaksanakan mengikut data setiap sektoral.

Semakan data atribut dibuat dan diselaraskan dan akan melalui proses verifikasi yang dibincangkan bersama JPBD. Segala penambahan data atribut bagi setiap lapisan data akan ditambah oleh perunding sektoral sekiranya ada. Proses ini melibatkan setiap komponen data dan perunding sektoral dan JPBD akan memastikan sekiranya data tersebut penting perlu dimasukkan bagi tujuan penyediaan EIS.

b) Penyuntingan data

Proses penyuntingan berlaku setelah melalui proses verifikasi, dan setiap lapisan data yang telah dikenalpasti perlu dibetulkan semula termasuklah penambahan medan data. Penambahan medan data dibuat sekiranya perunding sektoral ingin menambah maklumat pada data spatial sedia ada.

Rajah 6.2.6.

Rajah 6.2.6: Penambahan Medan Sumber

Shapefile Dwg Dxf

Pelarasan format

*.tab

Penambahan medan (field)

(6)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-6 c) Penstrukturan data

Penstrukturan data melibatkan penyelarasan setiap maklumat dalam atribut seperti ejaan, singkatan perkataan yang dipersetujui (samaada Kampung atau Kg.), kod guna tanah, medan data dan metadata yang diselaraskan oleh JPBD.

Rajah 6.2.7: Penyelarasan Format Ejaan Dan Atribut

v. Pengesahan Data

Seterusnya Proses semakan kualiti data atribut melalui proses verifikasi daripada perbincangan bersama dengan JPBD Negeri dan Majlis Daerah Machang serta agensi-agensi kerajaan. Data-data ini disemak bagi memastikan ketepatan data yang diterima bagi menyokong kesahihannya dalam penyediaan EIS kelak.

vi. Penyimpanan Data

Penyimpanan data dalam format *.tab bersesuaian dengan keperluan pengguna iaitu JPBD Negeri dan MD Machang. Model pangkalan data RT Jajahan Machang adalah seperti Rajah 6.2.8 yang merangkumi 10 komponen dan 59 lapisan sahaja.

Cth: Penyelarasan ejaan.

(7)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-7 Jadual 6.2.2: Komponen Pangkalan Data

Komponen Penerangan

i. Peta Asas Peta asas merupakan asas kepada komponen-komponen lain.

Data peta asas disediakan sektor guna tanah , jalan,sungai dan indek syit peta

ii. Perancangan Fizikal Komponen ini mempunyai beberapa lapisan data seperti guna tanah, guna tanah komited, zoning dan kawalan.

iii. Pentadbiran Lapisan data dibawah komponen Pentadbiran terdiri daripada sempadan Daerah, Mukim, Blok Perancangan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Maklumat pentadbiran ini penting dalam menentukan garisan sempadan pentadbiran.

iv. Maklumat Tanah Lapisan data dibawah komponen Maklumat tanah adalah seperti Nombor Lot serta Hakmilik sama ada kerajaan, swasta atau persendirian.

v. Penduduk Maklumat penduduk iaitu perangkaan jumlah penduduk mengikut blok perhitungan atau mukim yang diwakili (titik) pada tahun 1999 dan unjuran jumlah penduduk pada tahun 2020

vi. Ekonomi Komponen ekonomi mempunyai maklumat seperti taburan perniagaan (poligon), gerai (titik) mengikut jenis dan kategori.

Lapisan data bagi jenis perindustrian (poligon) dan jenis pertanian (poligon). Lapisan data ini berdasarkan aktiviti semasa di kawasan kajian.

vii. Sosial Komponen Sosial membantu kajian dalam melihat taburan kemudahan masyarakat (titik) dan menganalisa keperluan akan datang. Selain itu, ia merangkumi lapisan data perumahan (poligon), kawasan lapang dan rekreasi (titik), lanskap1 (titik), lanskap2 (titik), pokok (titik) dan kawasan bersejarah (titik).

viii. Pengangkutan Pengangkutan merupakan nadi perhubungan ke kawasan kajian dan menerusinya ke seluruh kawasan kajian. Ianya juga merupakan antara penentu arah dan corak struktur guna tanah kawasan kajian. Lapisan data dalam komponen pengangkutan terdiri daripada rangkaian jalan (garisan), taburan perkhidmatan pengangkutan awam (titik), tempat letak kereta (titik), persimpangan lalulintas dan kemudahan sokongan jalan.

ix. Alam Sekitar Alam sekitar penting dalam mengambil kira kawasan yang sensitif dengan pembangunan seperti lapisan data badan air (poligon),kualiti air (poligon), beban pencemaran(poligon), kawasan sensitif alam sekitar (poligon,garis) kawasan berisiko (poligon,garis) topografi (garisan) jenis tanah tanih (poligon), hutan

x. Utiliti Lapisan data untuk Utiliti merangkumi rangkaian pembentungan (garisan), perparitan (garisan), sumber bekalan air (garisan), rangkaian elektrik (garisan), talian telekomunikasi (garisan) dan kawasan sisa pepejal (titik) dan laluan sisa pepejal (garisan). Lapisan-lapisan ini perlu dalam melihat taburan sedia ada dan unjuran akan datang bagi melengkapkan cadangan kriteria pembangunan mampan dalam kawasan kajian.

(8)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-8 PENTADBIRAN

PBT BLOK MUKIM DAERAH Rajah 6.2.8: Komponen Pangkalan Data GIS RT Jajahan Machang

PENGANGKUTAN

PLINTAS2 PLINTAS1 KSOKONG2 KSOKONG1 TLKERETA PGKTAWAM

JALAN

ALAM SEKITAR

TTANIH TOPO RISIKO SENSITIF SUNGAI UDARA BISING

AIR

UTILITI

SPEPEJAL2 SPEPEJAL1

GAS2 GAS1 TELEKOM2 TELEKOM1 ELEKTRIK2

ELEKTRIK1 BKLAIR2 BKLAIR1

PARIT2 PARIT1 BETUNG2 BETUNG1

EKONOMI

PERTANIAN INDUSTRI

GERAI PNIAGA

MAKLUMAT TANAH

HMILIK LOT PERANCANGAN FIZIKAL

KAWALAN ZONING GTNKOM GUNATANAH

PENDUDUK

PDDK1999

SOSIAL

BSEJARAH PLANDONG2 PLANDONG1

POKOK LANDSKAP2 LANDSKAP1 REKREASI KMYARAT PERUMAHAN

PETA ASAS

 KADLOT

 KADSG

 KADJLN

 KADINDEK

 KADLAIN1

 KADLAIN2

(9)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-9 6.2.2 Pembangunan Model Analisis

Analisis menggunakan GIS adalah digalakkan dimana analisis ini membantu dalam merangka strategi pembangunan spatial . Di dalam laporan penemuan satu, analisis menggunakan GIS akan membantu dalam menyediakan analisis kesediaan tanah. Ia bersesuaian dengan pendapat pakar tentang kegunaan sistem maklumat geografi dalam perancangan iaitu sebagai penjanaan data baru dan pergabungan maklumat sumber yang berbentuk data geografi dan bukan geografi (Anthony yeh, 1999: Batty dan Harris, 2001)

6.2.2.1 Analisis Kesediaan Tanah

Analisis kesediaan tanah bertujuan untuk mengenalpasti kawasan tanah yang belum dibangunka kawasan yang tidak sesuai dibangunkan dan juga mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan. Pengenalpastian kawasan ini untuk mengambarkan penyebaran, ciri-ciri dan corak pembangunan bandar di masa akan datang. Kesediaan tanah merujuk kepada tanah yang masa kini belum dibangunkan dan belum terikat dengan pembangunan (Kamarudin Ngah, 1995). Dengan membentuk konsep model analisis tanah yang sedia untuk pembangunan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.2.9.

Rajah 6.2.9: Konsep Model Analisis Kesediaan Tanah

i. Langkah Analisis

a. Pembentukan lapisan kawasan yang berhalangan

Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan yang dikenalpasti mempunyai halangan dalam membuat pembangunan. kawasan halangan pembangunan adalah penting bagi memastikan Daerah Machang dapat menerima pembangunan yang seimbang disamping menjaga keseimbangan alam semulajadi.

kriteria Kawasan sedia dibangunkan

ANALISIS KESEDIAAN TANAH

Kriteria Kawasan tidakboleh dibangunkan

Kawasan yang mempunyai halangan dalam membuat pembangunan

Kawasan yang boleh dan sedia dibangunkan

kriteria kawasan sesuai dan sesuai bersyarat

sdibangunkan

Kawasan yang sesuai dan sesuai dengan syarat untuk dibangunkan

(10)

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 6.2-10 Lapisan Data Kriteria yang sesuai

Guna tanah Semasa

Kawasan tepu bina Kawasan hutan simpan Kawasan berketinggian > 150 Kawasan berkecerunan > 35 Badan air

Padang Ragut

Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria halangan dihasilkan.

b. Pembentukan lapisan kesediaan tanah

Pemilihan kriteria berikut digunakan dalam menghasilkan kawasan kesediaan tanah, pemilihan kriteria adalah berdasarkan kepada potensi kriteria tersebut di dalam menerima pembangunan yang akan datang.

Lapisan Data Kriteria yang sesuai

Guna tanah Semasa

Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian

Kawasan hutan (tidak termasuk hutan simpan)

Kawasan tanah kosong Kawasan pertanian

Dengan menggunakan arahan SELECT BY ATRRIBUTES dalam guna tanah semasa, lapisan data bagi kriteria sesuai dihasilkan.

c. Kawasan sesuai pembangunan

Kawasan sesuai pembangunan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawasan sesuai dan kawasan sesuai dengan syarat. Kriteria bagi kawasan sesuai dengan syarat adalah seperti di dalam jadual berikut.

Lapisan Data Kriteria yang sesuai

Data ketinggian Kawasan yang mempunyai kecerunan 25’- 35’ atau kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 150 meter

Kawasan risiko Kawasan banjir

6 . 2 . 3 R u m u s a n

Dalam laporan ini, proses-proses pembangunan pangkalan data telah diterangkan dan sektor GIS telah menyediakan data mengikut model data, JPBD versi 8 pindaan 2007. Analisis kesediaan tanah dan kawasan halangan pembangunan serta kawasan potensi telah dilaksanakan untuk menunjukkan kegunaan data GIS untuk analisis selain daripada pemetaan. Manakala penggunaan analisis GIS di dalam pembentukkan kecerunan dan ketinggian akan membantu di dalam melaksanakan analisis berkaitan dengan analisis alam sekitar.

Referensi

Dokumen terkait