• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN MENGURUS STAF TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA TERLEBIH DAHULU MENDAPAT KEBENARAN ATAU TANPA SEBAB YANG MUNASABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN MENGURUS STAF TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA TERLEBIH DAHULU MENDAPAT KEBENARAN ATAU TANPA SEBAB YANG MUNASABAH"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Page | 1 PANDUAN MENGURUS STAF TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA TERLEBIH

DAHULU MENDAPAT KEBENARAN ATAU TANPA SEBAB YANG MUNASABAH

1.0 Tindakan 1 – Pemerhatian Selama Tempoh Satu (1) Bulan di PTJ

PTJ

1.1 Jika didapati staf tidak hadir bertugas sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau berselang-seli, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia hendaklah mendapatkan penjelasan dan sekiranya tidak hadir berturut- turut secara berterusan hendaklah berusaha mengesan staf dan memanggil balik staf untuk bertugas.

PTJ

1.2 Tindakan Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia seperti berikut:

(i) Mendapatkan penjelasan secara lisan/bertulis;

(ii) Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh staf;

(iii) Menasihatkan staf memohon cuti rehat jika penjelasan diterima dengan asas yang kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan (contoh: sijil cuti sakit, surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan, surat laporan polis atau lain-lain bukti yang munasabah);

ATAU

(iv) Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas, jika penjelasan staf ditolak.

PTJ

1.3 Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia membuat pemantauan dan pengawasan kehadiran staf ke tempat kerja secara berterusan. Memberi teguran secara lisan (kali pertama) tentang kesalahan ketidakhadiran supaya tidak diulangi.

Rekodkan atau catatkan tindakan memberi teguran secara lisan (kali pertama) pada borang Laporan Siasatan Ketidakhadiran Staf [UPM/PEND/LS(1)].

2.0 Tindakan 2 – Pemerhatian Selama Tempoh Dua (2) Bulan di PTJ

PTJ 2.1 Pantau dan awasi perkembangan staf samada sikapnya telah berubah (tatakelakuan) atau masih mengulangi kesalahan yang sama (tidak berubah).

PTJ 2.2 Jika staf masih mengulangi kesalahan yang sama, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia membuat siasatan untuk mengesan staf (dapatan maklumbalas siasatan direkodkan).

(3)

Page | 2

PTJ

2.3 Tindakan Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia seperti berikut:

(i) Mendapatkan penjelasan secara lisan/bertulis;

(ii) Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh staf;

(iii) Menasihatkan staf memohon cuti rehat jika penjelasan diterima dengan asas yang kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan (contoh: sijil cuti sakit, surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan, surat laporan polis atau lain-lain bukti yang munasabah);

ATAU

(iv) Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen

(SOK/BUM/BR01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas, jika penjelasan staf ditolak.

PTJ

2.4 Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia membuat pemantauan dan pengawasan kehadiran staf ke tempat kerja secara berterusan. Memberi teguran secara lisan (kali kedua) tentang kesalahan ketidakhadiran supaya tidak diulangi. Rekodkan atau catatkan tindakan memberi teguran secara lisan (kali kedua) pada borang Laporan Siasatan Ketidakhadiran Staf [UPM/PEND/LS(2)].

3.0 Tindakan 3 – Pemerhatian Selama Tempoh Enam (6) Bulan di PTJ/Pejabat Pendaftar

PTJ 3.1 Pantau dan awasi perkembangan staf samada sikapnya telah berubah (tatakelakuan) atau masih mengulangi kesalahan yang sama (tidak berubah).

PTJ

3.2 Jika staf masih mengulangi kesalahan yang sama, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia memberi amaran dan tunjuk sebab secara bertulis kepada staf [Rujuk format surat amaran kali pertama]. Salinkan surat amaran dan tunjuk sebab kepada staf tersebut untuk perhatian;

(i) Pendaftar

(ii) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (iii) Ketua Bahagian Perundang-undangan

(iv) Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar (mohon kendalikan sesi kaunseling dengan staf yang dirujuk).

DAN;

(4)

Page | 3 PTJ 3.3 Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR01/B-

Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas.

SBKS

3.4 Tindakan Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar adalah seperti berikut:

(i) Menghubungi staf dan mengadakan sesi kaunseling;

(ii) Membuat pemantauan kaunseling untuk tempoh selama sekurang- kurangnya 6 (enam) bulan; dan

(iii) Memberi laporan kaunseling terakhir (setelah mengadakan sekurang- kurangnya tiga (3) atau lima (5) kali sesi kaunseling kepada perujuk (Ketua Jabatan/Penyelia).

SBKS/PTJ

3.5 Semasa dalam tempoh sesi kaunseling ini (antara 1 hingga 6 bulan), jika didapati staf masih mengulangi kesalahan yang sama, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia hendaklah memberi amaran dan tunjuk sebab secara bertulis kepada staf [Rujuk format surat amaran kali kedua]. Salinkan surat amaran dan tunjuk sebab kepada staf tersebut untuk perhatian;

(i) Pendaftar

(ii) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (iii) Ketua Bahagian Perundang-undangan

(iv) Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar.

DAN;

PTJ 3.6 Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR01/B- Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas.

4.0 Tindakan 4 – Pemerhatian Selama Tempoh Satu (1) Bulan di PTJ

PTJ

4.1 Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia membuat pemantauan dan pengawasan ke atas staf dalam tempoh semasa dan selepas selesai melalui proses kaunseling samada staf menunjukkan perubahan yang positif atau pun masih mengulangi kesalahan yang sama.

(5)

Page | 4

PTJ

4.2 Jika staf tidak menunjukkan perubahan positif dan masih mengulangi kesalahan ketidakhadiran bertugas, Ketua Jabatan/Pegawai penyelia buat laporan secara bertulis terus kepada Pendaftar dan salinkan laporan kepada:

(i) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;

(ii) Ketua Bahagian Perundang-undangan;

(iii) Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf; dan (iv) Staf yang dirujuk.

DAN;

PTJ 4.3 Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR01/B- Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas.

5.0 Tindakan 5 – Proses di Pejabat Pendaftar dalam Tempoh Dua (2) Minggu

PP

5.1 Pendaftar/Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan mengatur perjumpaan dengan staf untuk bersemuka dalam tempoh dua (2) minggu selepas laporan diterima. Keputusan yang diputuskan adalah tertakluk kepada hasil dari perjumpaan tersebut.

PP

5.2 Pendaftar/Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan melaporkan kepada Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia hasil perbincangan dan keputusan yang telah dipersetujui setelah bersemuka dengan staf. Salinkan laporan kepada:

(i) Ketua Bahagian Perundang-undangan;

(ii) Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf; dan

(iii) Staf yang dirujuk.

6.0 Tindakan 6 – Pemerhatian Selama Tempoh Dua (2) bulan di PTJ

PTJ

6.1 Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia membuat pemantauan dan pengawasan ke atas staf samada staf telah menunjukkan perubahan tatakelakuan atau pun masih mengulangi kesalahan yang sama selepas sesi bersemuka dengan Pendaftar/Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. [tempoh 2 bulan memberi peluang terakhir kepada staf untuk mengubah tatakelakuan]

(6)

Page | 5

PTJ

6.2 Jika staf masih mengulangi kesalahan ketidakhadiran bertugas, Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia buat laporan rasmi kepada Pendaftar/ Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk diambil tindakan perundang-undangan.

DAN;

PTJ 6.3 Mengemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR01/B- Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar bagi hari-hari didapati staf tidak hadir bertugas.

PP/BPP

6.4 Pendaftar/Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kemukakan laporan kepada Bahagian Perundang-undangan untuk memulakan proses tindakan tatatertib kepada staf. Salinkan surat kepada:

(i) Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia yang merujuk kes;

(ii) Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf; dan (iii) Staf yang dirujuk.

Terminologi/Singkatan:

PP : Pejabat Pendaftar PTJ : Pusat Tanggungjawab

SBKS : Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf BPP : Bahagian Perundang-undangan

» Ketidakhadiran Pegawai tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang

Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Dari

Cuti Rehat Pegawai.

(7)

Page | 6

Ditolak Pertimbangan Ketua

Jabatan/Pegawai Penyelia

CARTA ALIR MENGURUS STAF TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA TERLEBIH DAHULU MENDAPAT KEBENARAN ATAU TANPA SEBAB YANG MUNASABAH

Kemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR 01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar TEMPOH MASA

Diterima – Staf mohon Cuti Rehat

* Sijil Cuti Sakit, Surat Kematian Saudara Terdekat, Surat Pengesahan, Laporan Polis, dan lain-lain bukti yang munasabah

Berubah? Membuat Pemantauan

Berterusan

Pertimbangan Ketua

Jabatan/ Pegawai Penyelia Ditolak

Berubah? Membuat Pemantauan

Berterusan

Kemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/

BUM/BR 01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar Salinkan Surat Kepada :

1. Pendaftar

2. Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 3. Ketua Bahagian Perundang-undangan

4. Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf Membuat Pemantauan dan Laporan Kaunseling

kepada perujuk

Berubah? Membuat Pemantauan

Berterusan

Berubah ? Membuat Pemantauan

Berterusan (2 Bulan) Ya

JUMLAH TEMPOH MASA = 12 BULAN 14 HARI

Pendaftar / Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kemuka Laporan Ke Bahagian Perundang-undangan

Proses / Tindakan Oleh Bahagian Perundang-undangan

Tanggungjawab PTJ Tanggungjawab Pejabat Pendaftar Tanggungjawab Bahagian Perundang-undangan Petunjuk

Kemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen (SOK/BUM/BR 01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar

Salinkan Laporan Kepada : 1. Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Bahagian Perundang-undangan 3. Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf 4. Staf yang di rujuk

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Ya Tidak

Tidak Diterima – Staf mohon

Cuti Rehat

* Sijil Cuti Sakit, Surat Kematian Saudara Terdekat, Surat Pengesahan, Laporan Polis, dan lain-lain bukti yang munasabah

Salinkan Surat Kepada : 1. Ketua Jabatan / Pegawai Penyelia yang merujuk kes

2. Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf 3. Staf yang di rujuk

Ketua Jabatan / Pegawai Penyelia Hantar Laporan Kepada Pendaftar / Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen

(SOK/BUM/BR 01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar Kemukakan borang Arahan Melucut Hak Emolumen

(SOK/BUM/BR 01/B-Cuti 18) ke Pejabat Pendaftar Laporan Bertulis Oleh Ketua Jabatan/

Pegawai Penyelia kepada Pendaftar Proses Kaunseling Oleh Seksyen Bimbingan

dan Kerjaya Staf Amaran Secara Bertulis Oleh Ketua Jabatan /

Pegawai Penyelia Menegur secara lisan (kali ke dua) Pemantauan oleh Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia

Dapatkan penjelasan dari staf Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia buat siasatan

mengesan staf Menegur secara lisan (kali pertama) Pemantauan oleh Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia

Dapatkan penjelasan dari staf Ketua Jabatan/Pegawai Penyelia buat siasatan

mengesan staf Staf Tidak Hadir 1 BULAN

2 BULAN

6 BULAN

1 BULAN

2 MINGGU

2 BULAN

Hantar Laporan Bersemuka Kepada Ketua Jabatan / Pegawai Penyelia

Pendaftar / Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Panggil Staf Untuk Bersemuka Salinkan Laporan Kepada :

1. Ketua Bahagian Perundang-undangan 2. Ketua Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf 3. Staf yang di rujuk

7.0 CARTA ALIR

Referensi

Dokumen terkait

Secara garis besar, ditemukan data yang menjurus pada dua kutub berlawanan dalam memandang tokoh Si Kancil. Kelompok penanggap yang memandang Si Kancil sebagai

- AoC Balai Bioteknologi terdiri dari senior, PNS, dan CPNS yang diharapkan dapat membuat program program perubahan sehingga Balai Bioteknologi menjadi lebih baik.. - Terdapat

Bagi kehadiran staf Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan staf Kumpulan Pelaksana ke pejabat, Ketua Jabatan perlu mengeluarkan arahan bertulis kepada staf

Sistem Komputerisasi perpusatakaan STMIK Banjarbaru akan memberikankemudahan dalam berbagai kegiatan perpustakaan, baik dari sisi pengelolaan koleksi buku dan juga

Di dalam suatu proses keputusan pembelian, konsumen tidak akan berhenti hanya sampai proses konsumsi tetapi konsumen juga akan melakukan proses evaluasi

Hantar laporan supaya kes dimajukan je Jawatankuasa Tatatertib kepada Pendaftar untuk tindakan Seksyen Pembangunan Organisasi dan isi Borang Arahan Lucut Hak

Berdasarkan uraian diatas, maka penelitian ini bertujuan untuk mengetahui adanya polimorfisme -2578*C/A gen VEGF-A pada pasien DM dengan dan tanpa ulkus diabetika

Agenda Clustering Requirement untuk clustering Tipe data dalam cluster analysis Interval-scale variable Binary variable Nominal variable Ordinal variable Ratio-scaled