• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata Alu-aluan MENTErI TENAgA, SAINS, TEkNOlOgI, AlAM SEkITAr dan PEruBAhAN IklIM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Kata Alu-aluan MENTErI TENAgA, SAINS, TEkNOlOgI, AlAM SEkITAr dan PEruBAhAN IklIM"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di atas penganjuran Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Kali Ke- 26 pada tahun ini. Segala komitmen dan kerjasama yang padu yang ditunjukkan oleh semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta Rakan Strategik, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar seperti ini harus mendapat pujian dan merupakan satu usaha yang sangat murni demi memastikan kelestarian alam sekitar.

Mesej kesedaran yang ingin diterapkan amat jelas iaitu memelihara dan memulihara alam semulajadi merupakan tanggungjawab setiap insan dan tanggungjawab ini perlu berterusan dalam apa keadaan sekalipun. Kita telah melihat kesan akibat dari pembangunan yang tidak teratur yang hanya menekankan faktor keuntungan semata-mata akhirnya memusnahkan alam sekitar.

Perlu kita sedari, usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju tidak akan tercapai jika apa yang boleh kita perlihatkan adalah bangunan-bangunan pencakar langit tetapi kualiti udara tidak sihat, sungai-sungai tercemar dengan bahan toksik dan hutan belantara kita hanya tinggal tanah yang tandus. Dengan kata lain, kita hanya akan berjaya menjadi sebuah negara maju apabila kita berupaya memastikan pembangunan fizikal negara beriringan dengan pemeliharaan alam semulajadi.

Golongan mahasiswa hari ini diletakkan sebagai golongan pelapis tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan kerajaan. Jadi, dengan lahirnya modal insan yang cakna dan peka mengenai alam sekitar, maka pembangunan seimbang dari sudut ekonomi dan juga warisan alam sekitar untuk kelangsungan kehidupan dapat diwujudkan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Menerusi platform ini, mahasiswa boleh berkongsi dan menyuarakan buah fikiran yang bernas berkenaan isu-isu kritikal alam sekitar.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku tuan rumah pada kali ini di atas dedikasi dan komitmen dalam menjayakan pertandingan debat ini. Semoga segala usaha kita berjaya melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi pada masa akan datang.

Selamat Maju Jaya YB YEO BEE YIN

MENTErI TENAgA, SAINS, TEkNOlOgI, AlAM SEkITAr dAN PEruBAhAN IklIM

Kata Alu-aluan

(3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin-Nya Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dapat dilaksanakan buat Kali yang ke- 26 pada tahun ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua yang telah terlibat khususnya Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Rakan Strategik, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di atas kejayaan merealisasikan penganjuran Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2019.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di atas kesudian untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan debat yang berprestij ini.

Pertandingan Debat Alam Sekitar merupakan salah satu inisiatif Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar dalam kalangan mahasiswa IPT. Saya amat berbesar hati atas sambutan menggalakkan dan menjadi harapan JAS agar pertandingan ini dapat melahirkan pendebat yang berdaya saing, berkualiti, berkarisma dan celik mengenai isu alam sekitar.

Diharapkan melalui pertandingan ini para pelajar dapat menghayati dan mengamal nilai-nilai murni alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Peranan dan sumbangan mahasiswa amat penting ke arah mencapai pembangunan lestari di Malaysia.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Kali Ke-26 ini. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Selamat Berdebat.

YBrs. PuAN NOrlIN BINTI JAAFAr ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia

kETuA PENgArAh AlAM SEkITAr

Sekalung Kasih

(4)

Majlis Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara IPT Malaysia kali ke - 26 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya dahului kata aluan dengan memanjatkan kesyukuran ke hadrat IIahi kerana limpah rahmat dan izinNya, saya diberi peluang mencoretkan sepatah dua mengenai Majlis Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar pada kali ini.

Tahniah dan syabas ditujukan kepada jawatankuasa Pertandingan Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi 2019 (DAS 2019) kerana berjaya menganjurkan pertandingan debat seumpama ini. Bagi pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kesudian memilih UniSZA sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar pada tahun ini.

Justeru, alam sekitar merupakan elemen utama dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia sejagat. Perkembangan pesat tamadun manusia menyebabkan kebergantungan manusia kepada dunia sains dan teknologi semakin meningkat.

Fenomena ini menyebabkan berlaku peningkatan pencemaran alam sekitar. Kini, manusia mula sedar dan lebih peka kepada isu-isu pemeliharaan alam sekitar. Akan tetapi, kesungguhan masyarakat untuk sama-sama terlibat mengatasi masalah ini masih terlalu rendah. Kesedaran mencintai alam sekitar melalui debat ini dapat memberi impak yang tinggi untuk kesepaduan mengembleng usaha dan sumbangan kepada kelestarian alam sekitar.

Melalui pertandingan debat ini juga kita berharap ia sebagai wadah perkongsian ilmu tentang kecaknaan alam sekitar melalui pemikiran yang kritis, dan seterusnya mencungkil potensi mahasiswa dalam pendebatan isu-isu nasional dan sejagat. Seterusnya dapat melatih mahasiswa sebagai pemimpin yang boleh melahirkan buah fikiran secara berkesan dan bernas untuk manfaat pembangunan negara khususnya.

Akhir kata, ucapan syabas dan terima kasih kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku tuan rumah dan di atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan debat pada tahun ini. Saya mendoakan pertandingan debat dapat dijalankan tanpa sebarang halangan serta mencapai objektif yang diinginkan.

YBhg. PrOFESOr dATO’ dr. hASSAN BASrI BIN AWANg MAT dAhAN Naib Canselor

universiti Sultan Zainal Abidin

Naib Canselor universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA)

Kata Penghargaan

(5)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pertandingan Debat Alam Sekitar 2019 dapat dilaksanakan lagi pada tahun ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar selaku penganjur utama dan Majlis Alumni Debat Universiti-universiti Malaysia atas usaha gigih dan iltizam yang tinggi dalam menganjurkan pertandingan ini demi kelangsungan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menyokong pelaksanaan pertandingan termasuklah debat, syarahan, forum, dan pantun merupakan sebahagian daripada daya usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Cabaran dalam memastikan kelangsungan Bahasa Melayu yang kian hari dicabar dalam arus pemodenan dan perbezaan fahaman politik menuntut semangat jitu dan berterusan daripada pencinta Bahasa Melayu.

Kepesatan bahasa Melayu menjadi bahasa moden dalam tempoh sekitar 30 tahun mengatasi kemampuan bahasa lain di dunia termasuk bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan lain-lain. Sehingga kini, bahasa Melayu telah digunakan bukan sahaja dalam alam Melayu, tetapi juga di seluruh dunia dengan jumlah penutur melebihi 350 juta orang. Penuturan ini meliputi seluruh kepulauan Melayu hingga ke Afrika. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kelima terbesar di dunia.

Oleh yang demikian, aktiviti seperti pertandingan ini memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak agar dapat berjalan lancar. Sebagai badan yang diamanahkan untuk memartabatkan bahasa Melayu, DBP sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan, penajaan dan khidmat nasihat untuk menjayakannya. Semoga kerjasama yang terjalin antara Jabatan Alam Sekitar selaku tuan rumah, Majlis Alumni Debat Universiti-universiti Malaysia dan DBP ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kepada semua pasukan yang bertanding dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar pada kali ini, anggaplah pertandingan ini sebagai medan terbaik bagi para siswa untuk membuktikan kemampuan dalam mencerna idea bernas secara teratur, sekali gus membuktikan bahawa bahasa Melayu ialah wadah yang tepat bagi pengucapan pemikiran tinggi dalam semua bidang. Harapan DBP adalah agar pertandingan Debat Alam Sekitar ini dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rantau ini dan juga menjadikan bahasa pengantara dan berdaya saing pada peringkat global.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.

YBhg. dATuk hAJI ABANg SAllEhuddIN BIN ABg. ShOkErAN ketua Pengarah dewan Bahasa dan Pustaka

kETuA PENgArAh dEWAN BAhASA dAN PuSTAkA

Sejambak Kasih

(6)

Mutakhir ini kita telah menyaksikan beberapa peristiwa dan isu berkaitan alam sekitar dan pembangunan lestari berlaku sama ada di peringkat global mahupun tempatan. Dari isu pencemaran sungai akibat pembuangan sisa toksik, pembakaran hutan secara terbuka sehingga menyebabkan fenomena jerebu rentas sempadan dan terkini kempen hindari plastik sekali guna, semua usaha ini wajar diselami dan difahami oleh masyarakat kita. Tidak cukup dengan itu, usaha memberi kefahaman tentang agenda baru yang dikenali sebagai agenda untuk manusia, planet dan kemakmuran melalui adaptasi Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs) yang telah menggariskan 17 matlamat dan 169 sasaran yang ingin dicapai menjelang 2030 juga harus diperhebatkan.

Maka penganjuran semula Debat Alam Sekitar 2019 hadir pada masa dan saat yang tepat.

Pertandingan debat ala parlimen tertua di Malaysia ini pasti dapat menyediakan platform terbaik untuk mendidik generasi millennial tentang kepentingan isu-isu alam sekitar dan pembangunan lestari. Usaha ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepada usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Diharapkan pelajar-pelajar yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara ini akan lebih peka dan cakna tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan demi memastikan kesinambungan usaha memelihara dan memulihara bumi ini.

YBhg. PrOF MAdYA dr. ZulkIFlI hASAN

Timbalan rektor (Pembangunan Pelajar & Penglibatan komuniti) universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Merangkap Pengerusi Majlis debat universiti Malaysia

PENgEruSI MAduM

Sekalung Bicara

(7)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, saya mewakili pihak PETRONAS dengan ini berbesar hati mengucapkan setinggi tinggi perhargaan dan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas penganjuran Debat Alam Sekitar 2019 ini. Kolaborasi yang julung kali dimeterai antara pihak PETRONAS dan JAS ini, adalah pemangkin kepada pemuliharaan, pendidikan dan kesedaran alam sekitar bertepatan dan selari dengan usaha kami menyahut usaha kerajaan untuk mencetus kesedaran terhadap pentingnya usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

Kepentingan memahami isu-isu alam sekitar dan juga tanggungjawab untuk melindungi bumi anugerah Tuhan ini sememangnya wajar diberi penekanan di kalangan masyarakat sejagat bermula di peringkat akar umbi lagi. Kami di PETRONAS terus komited untuk meningkatan kelestarian operasi dan mengambil berat mengenai impak operasi kendalian kami kepada alam sekitar dan kesejahteraan sosial. Usaha kami ini selaras dengan empat Lensa Kelestarian iaitu kebertanggungjawaban tadbir urus, penciptaan nilai yang berterusan, pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Kami juga percaya bahawa pendidikan adalah teras penting dalam usaha menerapkan kesedaran dan tanggungjawab bagi memelihara kelestarian alam sekitar. Justeru itu, program sebegini sememangnya menjadi wadah penting dalam usaha menyuntik keprihatinan di kalangan generasi muda dan pelapis pemimpin akan datang agar mementingkan kelestarian alam sekitar demi masa depan yang mampan. Adalah penting bagi kita untuk memberi ruang kepada mereka menyuarakan dan bertukar pendapat dalam membahaskan jalan penyelesaian yang efektif bagi menangangani isu-isu alam sekitar.

Oleh yang demikian, saya amat mengalu-alukan dan menghargai inisiatif JAS dalam mengendalikan Pertandingan Debat Alam Sekitar untuk edisi 2019 kali. Saya berharap, akan terdapat lebih banyak lagi penganjuran program-program yang sebegini di masa-masa akan datang. Ini kerana kesedaran diri dan gaya hidup mesra alam perlu diterapkan dalam kehidupan belia masa kini demi memastikan alam sekitar kekal lestari untuk hari ini dan masa hadapan.

Terima kasih u haslina u M Tahir

ketua, Prestasi Sosial & Alam Sekitar,

kesihatan, keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar kumpulan PETrONAS

kETuA PrESTASI SOSIAl & AlAM SEkITAr

Sekapur Sireh

(8)

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi pertama kali telah diadakan pada tahun 1986 dan telah menjadi acara tahunan bermula tahun 1991 sehingga tahun 2015.

Setelah tertangguh hampir tiga (3) tahun, usaha murni untuk memartabatkan Debat Alam Sekitar diteruskan lagi dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan juga Rakan Strategik iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Debat Alam Sekitar menjadi legasi debat antara institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang paling lama bertahan, malah mengekalkan prestijnya sebagai kejuaraan yang menjadi idaman semua pendebat universiti.

Pada tahun ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Kali Ke-26.

Tinggi harapan Jabatan Alam Sekitar agar program ini dapat memberi impak yang cukup bermakna kepada mahasiswa untuk lebih menghayati kelestarian alam sekitar dengan sokongan padu daripada semua pihak.

• Meningkatkan pengetahuan mahasiswa yang juga bakal pemimpin negara masa hadapan akan isu-isu/ dasar- dasar/ polisi-polisi berkenaan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa;

• Melahir dan membentuk modal insan yang berwibawa dan berminda par excellence;

• Meluaskan jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia, sama ada awam atau pun swasta bagi membolehkan kelangsungan proses perkongsian ilmu;

• Menggalakkan mahasiswa untuk lebih berfikiran terbuka, kritikal, kritis dan celik pengetahuan umum yang menyentuh isu-isu semasa dalam aspek pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar; dan

• Melatih mahasiswa untuk lebih berkeyakinan diri dan dapat mengeksplorasi kemampuan diri dari segi intelektual dan emosi.

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Latar Belakang

Objektif

(9)

Logo Debat Alam Sekitar buat pertama kali diperkenalkan pada Pertandingan Debat Alam Sekitar kali ke-21 pada tahun 2011.

Perkataan DEBAT pada logo terdiri daripada dua (2) warna berbeza iaitu putih dan hitam. Warna putih pada huruf D membawa maksud kemuliaan bagi menggambarkan keperibadian pendebat selaku penuntut institusi pendidikan tinggi yang berjiwa bersih dan berakhlak mulia. Manakala warna hitam membawa maksud kekuatan dan keyakinan pendebat.

Perkataan ALAM SEKITAR berwarna hijau menunjukkan kesuburan, pertumbuhan dan harmoni yang biasa dikaitkan dengan kehidupan dan alam sekitar. Hijau juga menunjukkan warna korporat Jabatan Alam Sekitar selaku penganjur pertandingan ini.

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia dan dalam konteks ini menjadi lambang keberanian, kekuatan dan kemahuan yang agresif dalam berhujah dan berdebat.

JOhAN

• Piala Pusingan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

• Piala Iringan

• Wang Tunai RM8,000.00

• Sijil Penyertaan NAIB JOhAN

• Piala Iringan

• Wang Tunai RM5,000.00

• Sijil Penyertaan

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Logo

Hadiah

TEMPAT kETIgA & kEEMPAT

• Wang Tunai RM1,500.00

• Plak dan Sijil Penyertaan PENdEBAT TErBAIk AkhIr

• Wang Tunai RM1,500.00

• Plak dan Sijil Penyertaan PENdEBAT TErBAIk lIgA

• Wang Tunai RM1,000.00

• Plak dan Sijil Penyertaan

(10)

TAhuN TuAN

ruMAh BIl.

uNIvErSITI (BuAh)

TAJuk dEBAT PErTANdINgAN AkhIr uNIvErSITI (JuArA)

1991 UKM - Tiada Rekod Dicatat UPM

1992 UPM 8 Undang-Undang Alam Sekitar Perlu Diperbanyak Untuk Melindungi Alam

Sekitar Dan Pembangunan Negara UIAM

1993 UIAM 8 Kemuncak Rio Gagal UTM

1994 UM 9 Isu Alam Sekitar Diperdagangkan UPM

1995 UUM 10 Kesedaran Alam Sekitar Di Kalangan Orang Ramai Hanya Satu Tren USM

1996 UTM 10 Pembangunan Negara Memerlukan Pengorbanan Alam Sekitar USM

1997 USM 10 Kegagalan Menjadikan Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat Sebagai Hak

Asasi Membantut Proses Pemeliharaan USM

1998 UKM 10 Pemuliharaan Alam Sekitar Patut Dikendurkan Dalam Masa Kegawatan

Ekonomi UM

1999 UMS 11 Alaf Baru Tidak Menjanjikan Keberterusan Keharmonian Alam Sekitar UMS 2000 UNIMAS 11 Pendidikan Menentukan Keberterusan Keharmonian Alam Sekitar UIAM 2001 UiTM 14 Pertumbuhan Ekonomi Lebih Penting Dari Pemuliharaan Alam Sekitar UKM 2002 UIAM 15 Protokol Antarabangsa Mengenai Alam Sekitar Lebih Memudaratkan Negara

Membangun UM

2003 UPM 19 Kegagalan Sidang Alam Sekitar Di Peringkat Antarabangsa Petanda

Kehancuran Dunia UIAM

2004 UPSI 19 Aktiviti Kitar Semula: Demi Ekonomi Bukannya Alam Sekitar UM

2005 UTM 17 Kemusnahan Alam Sekitar: Esok Masih Ada? UIAM

2006 USM 18 Pengurusan Alam Sekitar Telah Mencapai Tahap Yang Membanggakan UIAM

2007 USIM 22 50 Tahun Merdeka Alam Sekitar Masih Tercemar UIAM

2008 UMS 24 Kita Cukup Serius Menangani Isu Alam Sekitar UIAM

2009 UTP 24 Masalah Alam Sekitar: Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya UPM 2010 UMT 23 Pembangunan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan

Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar UTP

2011 UTeM 28 Kelestarian Alam Sekitar Membina Ketamadunan Bangsa USIM

2012 UM 27 Negara Maju Dalang Pemanasan Global UTHM

2013 UNITEN 26 Dewan Ini Percaya Kesedaran Alam Sekitar Memerlukan Anjakan Pendidikan UIAM 2014 UniMAP 30 Undang-Undang Alam Sekitar Sedia Ada Belum Mencukupi Untuk Menjamin

Kelestarian Alam Sekitar UIAM

2015 UTP 29 Politik Alam Sekitar Antarabangsa Berat Sebelah UIAM

JohAN DEBAT ALAM SEKITAR DARI TAhUN 1991-2015

(11)

PENdAFTArAN | 31 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

MASA PErkArA TEMPAT

3.00 petang - 6.00 petang Pendaftaran 21 org urus setia JAS dan

50 org Hakim Lobi Hotel

5.00 petang - 7.00 petang Pendaftaran masuk 120 orang peserta

dan 30 orang pegawai pengiring Asrama UniSZA, Rumah Tamu dan Kolej Pelajar UMT

7.00 petang - 8.00 malam Makan malam Dewan Perdana

8.00 malam - 10.30 malam Persediaan pertandingan

-Taklimat Peserta oleh MADUM Dewan Perdana hArI PErTAMA | 1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

MASA PErkArA TEMPAT

7.00 pagi - 8.30 pagi Sarapan pagi untuk urus setia UniSZA,

peserta dan pengiring Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

8.30 pagi - 10.30 pagi Pertandingan debat Pusingan 1 (Dewan Ini Percaya Bahawa Pencemaran Bumi disebabkan oleh Kepesatan Ekonomi)

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

10.30 pagi - 10.45 pagi Minum pagi Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

10.45 pagi - 12.45 tengahari Pertandingan debat Pusingan 2 (Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Akan Menambah Kod Etika kepada Media Massa)

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

12.45 tengahari - 2.45 petang Makan tengahari & Solat Zohor Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

TARIKH : 31 OKTOBER – 04 NOVEMBER 2019

LOKASI : UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA), KUALA NERUS, TERENGGANU

PErTANdINgAN dEBAT AlAM SEkITAr ANTArA INSTITuSI PENdIdIkAN TINggI (dAS) kAlI kE-26

Atur Cara

(12)

3.00 petang - 5.00 petang Pertandingan debat Pusingan 3 (Dewan Ini Kesal dengan Kegagalan Konvensyen Basel Berkaitan Isu Buangan Berbahaya Rentas Sempadan)

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

5.30 petang - 6.30 petang Taklimat Urusetia Dewan Auditorium Akademik, Roll Call 8.00 malam - 11.00 malam Majlis Makan Malam oleh pihak

UniSZA Dewan Perdana

hArI kEduA | 2 NOVEMBER 2019 (SABTU)

MASA PErkArA TEMPAT

7.00 pagi - 8.30 pagi Sarapan pagi untuk urus setia UniSZA,

peserta dan pengiring Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

8.30 pagi - 10.30 pagi Pertandingan debat Pusingan 4 (Dewan Ini Akan Menambah Peranan Sektor Swasta dalam Menangani Isu Alam Sekitar)

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

10.30 pagi - 10.45 pagi Minum pagi Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

10.45 pagi - 12.45 tengahari Pertandingan debat Pusingan 5 (Dewan Ini Akan Melaksanakan Pendekatan Baharu kepada Sektor Tenaga diperbaharui demi Kelestarian Alam Sekitar

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

12.45 tengahari - 2.00 petang Makan tengahari & Solat Zohor Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

2.00 petang - 4.00 petang Pertandingan debat Suku Akhir (Dewan Ini Percaya Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling: Sekadar Laporan)

(Bilik Kuliah) Bilik Sidang

4.45 petang - 7.00 petang Lawatan peserta debat Sekitar Bandar Dewan Terengganu

7.30 petang - 8.30 malam Makan Malam Ruang Legar Cafe Asrama

(13)

hArI kETIgA | 3 NOVEMBER 2019 (AHAD)

MASA PErkArA TEMPAT

7.00 pagi - 8.30 pagi Sarapan pagi untuk urus setia UniSZA,

peserta dan pengiring Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

8.30 pagi - 10.30 pagi Sesi Pelancaran Alumni debat Alam Sekitar

Bacaan Doa Debat Master

Perkongsian Empat Generasi Debat Alam Sekitar

Ucapan YBrs. Ketua Pengarah Alam Sekitar

Sesi Menandatangani Plak Alumni Debat Alam Sekitar

Dewan Auditorium Akademik

10.30 pagi - 10.45 pagi Jamuan Ringan Kompleks Canselor/ Dewan Perdana 11.00 pagi - 12.45 tengahari Pertandingan debat Separuh Akhir

(Dewan Ini Percaya Bahawa Pemanasan Global Hanya “Panas Hati”)

Dewan Auditorium Akademik

1.00 tengahari - 2.30 petang Makan tengahari & Solat Zohor Kanopi (Belakang Dewan Auditorium Akademik) & Holding Room

2.45 petang - 5.45 petang Raptai pertandingan akhir Dewan DABS, UniSZA

(14)

7.00 malam Ketibaan jemputan dan dif-dif kehormat

Ketibaan jemputan VVIP dan VIP Majlis Makan Malam pertandingan akhir

Penuntut IPT dan pelajar sekolah akan terus masuk ke Dewan DABS

Jemputan-jemputan masuk ke Dewan DABS

Perarakan masuk • Piala Pusingan DAS • YDP/ Speaker Dewan • Penjaga masa

• Dua Pasukan Pendebat • Hakim (7 orang)

Bilik Makan VIP Dewan Perdana

8.30 malam - 11.30 malam Pertandingan Akhir debat Alam Sekitar Antara IPT kali ke 26 Tahun 2019 dan Majlis Penutup & Penyampaian hadiah (Dewan Ini Akan Memberi Mandat Pengurusan Alam Sekitar kepada Kerajaan Negeri)

Dewan DABS, UniSZA

hArI kEEMPAT | 4 NOVEMBER 2019 (ISNIN)

MASA PErkArA TEMPAT

7.00 pagi - 8.30 pagi Sarapan pagi untuk urus setia UniSZA,

peserta dan pengiring Ruang Legar Cafe Asrama 9.00 pagi - 10.00 pagi Pendaftaran keluar peserta dan

pegawai pengiring Asrama Pelajar UniSZA 11.00 pagi - 12.30 tengahari Makan tengahari Ruang Legar Cafe Asrama 12.00 tengahari - 1.00 petang Pendaftaran keluar hakim dan urus

setia Jabatan Alam Sekitar Hotel

(15)

PErTANdINgAN dEBAT AlAM SEkITAr ANTArA INSTITuSI PENdIdIkAN TINggI (dAS)

Galeri

(16)

PErTANdINgAN dEBAT AlAM SEkITAr ANTArA INSTITuSI PENdIdIkAN TINggI (dAS)

Galeri

(17)

BIL. NAMA BIL. NAMA

1 Pn. Norlin Binti Jaafar 14 En. Mohd Suhaimi Bin Azmi 2 En. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar 15 Pn. Hjh. Dalilah Binti Dali 3 Pn. Norhazni Binti Mat Sari 16 En. Ooi Chean Weai

4 Tn. Hj. Ruslan Bin Mohamad 17 Pn. Norazma Binti Zainuddin 5 Pn. Siti Zaleha Binti Ibrahim 18 En. Rosli Bin Mustafa 6 Tn. Hj. Rosli Bin Zul 19 Pn. Nur Lizrin Binti Johari

7 En. Ramli Bin Abdul Rahman 20 Pn. Noor Shahniyati Binti Ahmad Shukri 8 Pn. Azuri Azizah Binti Saedon 21 Pn. Zuhainim Binti Abdul Ghafar 9 Pn. Rohimah Binti Ayub 22 En. Mohd Norli Bin Abdullah 10 Pn. Nor Aziah Binti Jaafar 23 Pn. Rosnani Binti Ahmad Kasrin 11 En. Mohd Sani Bin Mat Daud 24 En. Mohd Helmi Bin Ahmad 12 En. Hamzah Bin Mohamad 25 En. Abu Bakar Bin Tajuddin 13 Pn. Thahirah Binti Kamarulzaman

BIL. NAMA

1 En. Razali Bin Che Mat 2 En. Ruslan Bin Abdul Raffar 3 Pn. Suria Binti Janib 4 Pn. Julia Alani Binti Henry 5 En. Rusdi Bin Abdul Rahman 6 En. Ghani Bin Abu

7 En. E Pian A/L Pro Paul 8 Pn. Rohana Binti Abdul Rahman 9 Pn. Nelawati Binti Ngadul 10 En. Mohamad Bin Ibrahim 11 Pn. Nurul Aina Binti Borhan 12 Pn. Haziah Binti Che Husin 13 Pn. Azlin Binti Asmuni 14 Pn. Hidayah Binti Ilias

15 En. Mohd Amizi Ikman Bin Amran

BIL. NAMA

1 Prof. Madya Dr. Abdul Manan Bin Ismail (Ketua Hakim)

2 En. Ahmad Badrulhisam Bin Che Kasim (Timbalan Ketua Hakim) 3 En. Mohd Nazri Bin Noh 4 Tn. Hj. Mohd Khair Bin Ngadiron 5 Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Bin

Dambul

6 Dr. Mazlena Binti Mohamad Hussain

7 En. Nazru Bin Hj Ismail

8 En. Khairul Asfan Bin Abu Bakar 9 Ts. Dr. Mohd Fahmy Bin Abdullah 10 Dr. Mohd Zaliridzal Bin Zakaria

BIL. NAMA

11 Pn. Mizan Binti Muhammad 12 Tn. Hj. Mohd Fairus Bin Abd Majid 13 Ts. Dr. Lee Te Chuan

14 Cik Noorarizawaty Binti Aris 15 Pn. Asriyah Binti Abdul Hafid 16 En. Aminur Rashid Bin Mohd

Shariai

17 Pn. Rozita bt Jayus BIL. NAMA

1 Pn. Nur Lizrin Binti Johari 2 En. Sham Izuddi Bin Mat Hussin 3 En. Jamal Affendy Bin Shahar SENARAI NAMA hAKIM JAS PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT KALI KE-26 TAhUN 2019

SENARAI NAMA hAKIM DBP SENARAI NAMA hAKIM MADUM

SIMPANAN

(PERNAh MENJADI hAKIM DEBAT)

Senarai Hakim

(18)

Atur Cara

8.00 malam Ketibaan para peserta dan pegawai pengiring di Dewan Perdana 8.15 malam Ketibaan Dif-dif jemputan

8.25 malam Ketibaan

YBrs. Prof. Madya dr. Mohd Afandi bin Salleh Timbalan Naib Canselor (hEPA) uniSZA 8.30 malam Ketibaan

YBhg. Puan Norlin binti Jaafar ketua Pengarah Alam Sekitar Lagu Negaraku

Lagu Malaysia Bersih Bacaan Doa

8.45 malam Ucapan Aluan Oleh:

YBrs. Prof. Madya dr. Mohd Afandi bin Salleh Timbalan Naib Canselor hEPA uniSZA Ucapan Oleh:

YBhg. Puan Norlin binti Jaafar ketua Pengarah Alam Sekitar

Gimik Pelancaran Debat Alam Sekitar Antara IPT 2019 (Video Montaj) Majlis makan malam

• Tayangan Video Korporat JAS, UniSZA, PETRONAS, DBP, MADUM • Persembahan dikir barat

• Nyanyian solo – Pelajar UniSZA

Sesi penyampaian cenderamata kepada wakil IPT Sesi fotografi

Bersurai

01 November 2019 | Jumaat | 8.00 malam

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus,Terengganu

MAJlIS MAkAN MAlAM PErTANdINgAN dEBAT AlAM SEkITAr ANTArA IPT kAlI kE-26 TAhuN 2019

(19)

Atur Cara

7.00 malam Ketibaan para jemputan di Dewan Perdana Ketibaan Dif-dif Kehormat di Dewan Perdana Ketibaan

YBhg. Profesor dato’ dr. hassan Basri bin Awang Mat dahan Naib Canselor, universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) Ketibaan

YBrs. Puan Norlin binti Jaafar

ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Malaysia Ketibaan

YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Jamuan makan malam jemputan VVIP dan VIP bermula

8.15 malam Para jemputan & Dif-dif Kehormat masuk ke Dewan DABS Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Alu-Aluan oleh

YBhg. Profesor dato’ dr. hassan Basri bin Awang Mat dahan Naib Canselor, universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) Ucapan Perasmian oleh

YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) 8.45 malam Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi 2019

Persembahan

Penyampaian Cenderamata Kepada Penganjur dan Jabatan/Agensi yang Bekerjasama Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang DAS IPT 2019 oleh YB Menteri MESTECC Sidang Media

11.00 malam Majlis Bersurai

03 November 2019 (Ahad) | 7.00 malam – 11.30 malam Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA, Kuala Nerus,Terengganu

PErTANdINgAN AkhIr dEBAT AlAM SEkITAr ANTArA INSTITuSI PENdIdIkAN TINggI kAlI kE 26

TAhuN 2019 SEMPENA SAMBuTAN hArI AlAM SEkITAr NEgArA (hASN) 2019

(20)

INDUK PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KALI KE-26

INDUK UniSZA PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR TAhUN 2019

Jawatankuasa

Jawatankuasa

PENAuNg YB YEO BEE YIN

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC)

PENASIhAT BErSAMA

YBRS. PUAN NORLIN BINTI JAAFAR Ketua Pengarah Alam Sekitar

YBHG. PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

Naib Canselor, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) YBHG. PROF MADYA DR. ZULKIFLI HASAN

Pengerusi Majlis Debat Universiti-Univerisiti Malaysia (MADUM)

PENAuNg

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan

PENASIhAT

YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh

PENgEruSI

YBrs. Dr. Abdullah bin Ibrahim NAIB PENgEruSI

Encik Muzafar bin Mohd Din SETIAuSAhA 1

Encik Mazlan bin Mohammad SETIAuSAhA 2

Encik Ahmad Muslim bin Buhari PEgAWAI kEWANgAN

Encik Ahmad Shahimi bin Ibrahim

AhlI JAWATANkuASA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERISITI MALAYSIA (MADUM) TIMBALAN-TIMBALAN REKTOR (HAL EHWAL PELAJAR) IPTA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

kESIhATAN

YBrs. Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan

PErSEMBAhAN

YBrs. Dr. Muhamad Fazil bin Ahmad TEkNIkAl/ PErSIAPAN TEMPAT/

lOgISTIk

Encik Cairul Anwar bin Mohamed PENgANgkuTAN

Encik Johari bin Johan PENgINAPAN

Encik Rasyidin bin Ismail PENErBITAN/ FOTOgrAFI/

vIdEOgrAFI

Encik Nuruddahri bin Alias kESElAMATAN

Encik Shamree bin Indanan

PENdAFTArAN/CENdErAMATA Puan Zauriah binti Embong PrOTOkAl/ SAMBuTAN Puan Sajulia binti Ahmad JAMuAN/ MAkANAN

Puan Fatin Zafirah binti Khauluddin Puan Norsuhaila binti sulong Buku CENdErAMATA Puan Rosni binti Mohammad Puan Lailatul Jumati binti Mohd TEkS uCAPAN/ kATA AluAN Puan Nik Zarifah binti Nik Hassan Puan Husni Munirah binti Hashim PuBlISITI/ MEdIA/ POrTAl Encik Mohd Safuan Amir bin Mohd Saidi

(21)

1 NORAZLINA BINTI AB HALIM 2 ZAHARIL ANUAR BIN ARSHAD 3 ROSNANI BINTI AHMAD 4 SHARUDIN BIN ROSLI 5 MOHD ZANIAL BIN ZAKARIA 6 NUR FAEZAH BINTI MOHD ZALI 7 SITI SAHARA BINTI ADAM 8 NUR SHAFIKKHA BINTI MISNAN 9 ZAKIE IRWAN BIN ARIBBIN 10 MOHD IZWAN BIN ABDULLAH 11 SABRI BIN OSMAN

12 MOHD NAIM BIN ISMAIL 13 AZWAN BIN BARON

14 MOHAMAD BAHTIAR BIN MOHAMAD FAHMI 15 ABDULLAH BIN MAT NOH

16 NUR ZURYANI BINTI ZAKARIA

17 WAN NOR HIDAYAH BINTI WAN HASSAN 18 ROSFARUZAH BINTI ROSALI

19 NOR AZLIZA BINTI RAHMAN 20 ROIMAH BINTI DOLLAH

21 MOHD ZAHIRUDDIN B MD SIDEK SENARAI NAMA URUSETIA JAS

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT TAhUN 2019

(22)

BIl uNIvErSITI NAMA PESErTA NAMA PEgAWAI PENgIrINg 1 Politeknik Shah

Alam, Selangor • Nur Yasmin Binti Hamzan

• Siti Nurzaidah Binti Zarifulnizam

• Natrah Binti Tajudin

• Nik Mohd Syairazi Bin Zainuddin

Hazariah Binti Karsahid Pensyarah Kanan 013-3388630

hazariahijakg@gmai.com 2 Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM)

• Mohd Shuhairil Ziqrul Bin Sapi

• Mohammadnoorfitri Bin Nordin

• Rasyidah Binti Muhammad Yusri

• Nurin Nasuha Binti Mohd Nayam

Zainal Asnawi Asyraf Bin Zainal Abbidin Eksekutif

03-8921 5452 (P) 03-8925 4029 (F) 012-223 0852

asnawi.asyraf@ukm.edu.my 3 Universiti

Tenaga Nasional (UNITEN)

• Muhammad Afif Nazhan Bin Mohd Hasni

• Mohammad Hakimi Bin Mohamed Kaberi

• Muhammad Ilman Hakim Bin Abdul Razak

• Muhammad Syazran Haikal Bin Azlan

Mohd Ariff bin Ahmad Tarmizi Felo Utama

019-3668275 arif@uniten.edu.my 4 Universiti Kuala

Lumpur (UniKL) • Muhammad Faris Bin Mohd Idris

• Luqmanul Hakim Bin Ghazali

• Ungku Hariz Daniel Bin Ungku Mohd Arif

• Fathin Aqilah Binti Samian

Zaifilla Farrina Binti Zainuddin (Pengiring) Ahmad Farid Bin Amin (hantar borang) Eksekutif

03-21754432

ahmad.farid@unikl.edu.my 5 Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

• Nur Alya Aqilah Binti Mohd Nordin

• Siti Nur Shafika Binti Md Fakharuzi

• Mohd Amirul Asyraf Bin Alias

• Mohamad Nazhan Safwan Bin Mohd Saad

Syed Azman Bin Syed Ismail (Pengiring) Tengku Adli Bin Raja Omar (hantar borang) 012-3254746

tengku.adli@ipgm.edu.my 6 Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

• Nuratiah Binti Zakaria

• Nur Hibbah Binti Khalid

• Amer Hazem Bin Haron

• Ahmad Muzakkir Bin Zamri

Mizan Binti Muhammad Pengarah Pusat Debat IIUM 03-61964057(P)/ 03-61966388(F) iwon@iium.edu.my

7 Universiti Malaya

(UM) • Nur Nadiah Binti Basir

• Zulaika Binti Zamaluddin

• Muhd Shahidil Bin Saril

• Mohd Helmi Bin Ahmad Jani

Sharil Syafie Bin Zariman (Pengiring) Rozaini Bin Abdul Rahim (Hantar borang) 03-79673509 / 0122632776

rozaini@um.edu.my 8 Universiti

Teknologi MARA (UiTM)

• Muhammad Azizi Bin Hamil

• Muhammad Syafiq Bin Jebat

• Nurul Syafiqah Binti Zamri

• Intan Nur Sahira Binti Baharudin

Azmi Bin Mat Koordinator Debat

03-55443561/ 0132791159 azmimat@uitm.edu.my SENArAI NAMA PESErTA dEBAT IPT

(23)

9 Universiti Putra

Malaysia (UPM) • Muhammad Afif Bin Roslanul Asikin

• Muhammad Jufri Firdaus Bin Mahathir

• Ahmad Hadri Aiman Bin Mohd Asri

• Nur Alia Iwani Binti Mohd Amran

P. Pavithra 03-9769 1326 (P) 019-358 2205

pavithra@upm.edu.my 10 Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

• Muhammad Luqman Hakim Bin Syaril Azhan

• Mohammad Ikhmal Siddiq Bin Jefri Din

• Muhammad Asyraf Bin Rusli

Ts. Dr. Lee Te Chuan (pengiring)

Prof Madya Ts. Dr. Hatijah Basri (hntr borang) 012-7704630

hatijah@uthm.edu.my 11 Universiti

Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

• Muhammad Azizi Bin Mohd Zain

• Nor Syakilla Binti Mohd Nazri

• Kenny Tan (L)

• Ho Pei Wan (P)

Muhammad Amirul Bin Razali (Pengiring) Abdul Musyrif Bin Mohamad Khalil (hntr borang) 06-2701356(P)/ 06271014(F)

014-5341744

musyrif@utem.edu.my 12 Universiti

Teknologi Malaysia (UTM)

• Mohamad Faiq Bin Faried

• Muhammad Khusairi Bin Md Gapar

• Fitri Nabiha Binti Mohd Rizalman

• Nur Afrina Binti Shahira

Mohd Iskandar Bin Ishak Pen Peg Tadbir

075538846(P) / 011-21666456 iskandarishak@utm.my 13 DRB-Hicom

University • Khairunnisak Farhana Binti Khairul Nizar

• Nur Aina Hidayah Binti Mohamad Yusof

• Ameerul Shafiq Bin Abdul Manaf

• Muhammad Faizol Bin Affandi

Mohamad Nadzmi Syafiq Mohd Azmi (Pengiring) 019-957 9708

Nazru Hj Ismail 014-600 8063 nazru@dhu.edu.my 14 Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

• Muhammad Izzat Bin Sallehudin

• Janaarthanan A/L Jivananthan

• Nur'Syamimi Binti Mohd Ruzaizol

• Nurul Alia Jannati Binti Mohd Nizam

Nor Faizah Binti Ismail Pegawai Psikologi HEPA

0390513400(P) / 0390514457 (F) 010-2321450/ 012-4284623 faizah.izwan@gmail.com 15 Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA)

• Amierul Fahmie Bin Mohamad Latif

• Muhammad Izzuddin bin kamarulzaman

• Muhammad Izzat Azfrar bin Amirawa

• Najmi Adli bin Mustaffa

Mohd Syafiq Fakri Bin Abdul Ghani Mohd Shukri Bin Abdul Rahim Pen Peg Tadbir Kanan

096687985(P) / 096687942(F) / 0139721254 mohdshukri@unisza.edu.my

16 Universiti Sains

Malaysia (USM) • Thaqif Naqiuddin Bin Ahmad Azhar

• Faiz Bin Zusaimi

• Nur Athirah Binti Azham

• Nor Hanis Aiman Binti Jamaluddin

Dr. Zarul Fitri Bin Zaaba (pengiring)

Muhammad Syukri Bin Sa'adon (hantar borang) Penolong Pendaftar

04-653 5825 (P) 04-6577053 (F) mss@usm.my

(24)

17 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

• Muaz Bin Abdullah

• Muhammad Nashrulhaq Bin Norani

• Muhammad Arb'ain Bin mohd Zulkifli

• Revarun A/L Sammogam

Fazrul Bin Che Hassan Pen Pendaftar Kanan 012-3599702 fazrul@umt.edu.my 18 Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

• Muhammad Haiqal Bin Musa

• Nokairul Shazwan Bin Md. Amin

• Muhammad Hafiz Bin M.Din

• Siti Salwa Binti Yunus

Muhammad Fawiz Bin Bakri Guru Bahasa

015-4879 7934 013-5831988

fawiz.bakri@pbmpu.upsi.edu.my 19 Universiti

Teknologi PETRONAS (UTP)

• Nur Syafiqah Aqilah Binti Azmi

• Andi Mohd Syaiful Bin Andi Radi

• Mohd Faiz Bin Mohd Musir

• Sabri Nawi Samba Bin Zawawi

Aminur Rashid Mohd Shariai 05-368 8434 (P) 05-368 8386 (F) aminur.rashid@utp.edu.my 20 Universiti

Malaysia Kelantan (UMK)

• Mohammad Aimi Bin Mohd Zubir

• Muhamad Nor Firdaus Bin Muhammad

• Fatah Aswadi Bin Nasri

• Muhammad Saiful Amirul Bin Shahrul Nizam

Muhamad Nor Firdaus Bin Muhammad Mohd Hafizie Bin Abrul Rahman (HB) Penolong Pendaftar

09-947 7242 (P) 014-831 2604 (HP) hafizie.ar@umk.edu.my 21 Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM)

• Munirah Binti Muhamad

• Azlinie Binti Othman

• Abdul Hakim Bin Nuzulizzwan

• Syauqi Mardia Bin Baharuddin

Muhammad Irhammudin Bin Ibrahim (pengiring) Mohd Hazrul Fareeza Bin Harun (hantar borang) Penolong Pendaftar Kanan

06-7986163 019-358 1413 hazrul@usim.edu.my 22 Universiti Utara

Malaysia (UUM) • Muhammad Khaiz Ehsa Bin Ali

• Mohd Haikal Rashydan Bin Zulkifri

• Muhammad Shafiz Bin Md Ramli

• Mohammad Amri Bin Azmi

Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman Pengarah Unit Debat, HEPA

04-928 4017 (P) 013-488 8487

mdhafiz@uum.edu.my 23 Universiti

Malaysia Sabah (UMS)

• Iskandar Zulkarnain Bin Ramli

• Muhammad Najmie Bin Rani

• Muhamad Hafizi Bin Kasim

• Nur Fitri Aida Bin Jamali

Muhammad Jumrat Bin Minsun Pegawai Psikologi

014-558 4764 088-320060

mdjumrat@ums.edu.my 24 Universiti

Malaysia Perlis (UniMAP)

• Abdul Hakim Bin Abdul Aziz

• Fakhrul Mukmin Bin Mansor

• Muhammad Al-Ameen Bin Mustafa

• Oktavianurimani Binti Othman

Dr. Syamir Alihan Bin Showkat Ali Pensyarah

018-2226797

syamir@unimap.edu.my

(25)

25 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• Ras Adilah Binti Zakaria

• Hannah Nisa Adawiyah Binti Sajer

• Aslyana Binti Rahman

• Qosrina Binti Abdullah

Juwairiah Osman Penasihat Kelab Orator 012-2771513

juwairiah@ump.edu.my 26 Universiti Sultan

Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS)

• Muhammad Al-Iqbal Bin Kamarul Zaman

• Tengku Indera Wangsa Bin Tengku Aziz

• Nur Fatihah Binti Suhaimi

• Nur Ain Hanani Binti Mohamad Zakir

Hadijah Johari Pensyarah 017-5106533

hadijah@unishams.edu.my 27 Multimedia

University (MMU) Melaka

• Arfazur Rasyeed Jaafar Bin Abdullah

• Amirul Asyraaf Bin Mohd Alwi

• Mohamad Faizul Izwan Bin Mohd Nordin

• Mohamad Hafizul Ikhwan Bin Ridzuan

Fauzianita Binti Mohd Yusoff Pengurus BHEP dan Sukan 013-3905700

fauzianita.myusoff@mmu.edu.my 28 IPGK Dato'

Razali Ismail, Terengganu

• Nurizzati Binti Che Mahadi

• Aimi Khairiah Binti Hamdan

• Wan Ahmad Zulhilmi Bin Zulkifli

• Muhammad Amiruddin Bin Hamzah

YM Tengku Nor Faizul Bin Tengku Embong Pensyarah

019-9134366 tfaizul1@gmail.com

(26)

Penghargaan

kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) kementerian Pendidikan Malaysia (kPM)

Majlis debat universiti Malaysia (MAduM) dewan Bahasa dan Pustaka (dBP) Petroliam Nasional Berhad (PETrONAS)

Panel hakim

universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) universiti Malaysia Terengganu (uMT) universiti Islam Antarabangsa Malaysia (uIAM)

universiti kebangsaan Malaysia (ukM) universiti Malaya (uM) universiti Putra Malaysia (uPM)

universiti Pertahanan Nasional Malaysia, (uPNM) universiti Teknologi PETrONAS (uTP)

universiti Teknologi Tun hussein Onn Malaysia (uThM) universiti Sains Islam Malaysia (uSIM)

universiti Malaysia kelantan (uMk) universiti utara Malaysia (uuM) universiti Malaysia Sabah (uMS) universiti Malaysia Perlis (uniMAP)

universiti Malaysia Pahang (uMP) universiti Pendidikan Sultan Idris (uPSI)

universiti Teknologi Malaysia (uTM) universiti Teknologi MArA (uiTM)

universiti Sains Malaysia (uSM) universiti Tenaga Nasional (uNITEN) universiti Teknikal Malaysia Melaka (uTeM)

universiti kuala lumpur (unikl)

universiti Sultan Abdul halim Muadzam Shah (uniShAMS) Institut Pendidikan guru Malaysia (IPgM)

IPgk dato’ razali Ismail, Terengganu Politeknik Shah Alam, Selangor Multimedia university (MMu) Melaka drB-hicom university, Pekan, Pahang

Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Terima kasih diucapkan kepada

Semua Pihak Yang Terlibat dalam Menjayakan Pertandingan debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi kali ke- 26 Tahun 2019 Sama Ada Secara langsung Atau Tidak langsung

(27)

Nota

(28)

Referensi

Dokumen terkait

SEBUT HARGA KERJA- KERJA PENYIASATAN TANAH S.I BAGI PROJEK PEMBAHAGIAN – MENAIKTARAF SISTEM 33KV DAN 11 KV DI PPU TSHUN NYEN, PPU SIM-SIM DAN SSU SIBUGA SANDAKAN, SABAH