• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Manual Inovasi dalam Kerja Penerapan Bata

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Kajian Manual Inovasi dalam Kerja Penerapan Bata"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Manual Inovasi dalam Kerja Penerapan Bata

Rizalman Ab Rahim1, Fadhlan Abdul Hadi1, and Mahmud Taib1

1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik kota Bharu, Km24 Pangkal Kalong, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia

ABSTRAK

Penguasaan teori dan amali di Politeknik adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan manual inovasi kerja amali penerapan bata bagi mempercepatkan pembinaan dan kejituan ukuran. Projek yang dibina mesti disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kajian ini berbentuk permehatian pembinaan projek dan penglibatan dalam pertandingan menggunakan pendekatan kuanlitatif dan keputusan pertandingan kemahiran menggunakan pendekatan kuantitatif. Data-data temubual daripada respondan kemudiannya dianalisa. Data-data ini digunakan semasa latihan dan manual inovasi cara kerja kaedah pembinaannya dikaji. Hasil daripadanya menunjukkan peningkatan yang berkesan. Hasil daripada pertandingan PkbSkills 2019 Politeknik Kota Bharu(PKB) peringkat dalaman seorang peserta dipilih ke pertandingan PolySkills Politeknik Malaysia 2019 dan kami menjadi juara dan layak ke pertandingan MySkills Malaysia Belia peringkat Kebangsaan yang ditunda akibat wabak penyakit Covid19 pada tahun 2021. PKB juga Berjaya ke peringkat akhir MySkills Malaysia Belia peringkat kebangsaan sebanyak 4 kali pada tahun 2015, 2017, 2018 dan 2019. Manual inovasi ini akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu meningkatkan keberkesanan amali di Politeknik.

PENDAHULUAN

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan modal insan yang dilahirkan. Kreativiti dan inovasi menjadi tumpuan Negara dalam memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan vokasional. Di dalam sistem pendidikan amali penerapan bata, inovasi cara kerja memainkan peranan penting bagi mempercepatkan ikatan dan ketepatan ukuran. Inovasi cara kerja ini diterapkan kepada pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di Politeknik. Keberkesanannya dikaji merujuk kepada kaedah-kaedah dalam perlaksanaan amali dan markah yang diperolehi. Kemahiran pelajar dinilai melalui markah pengukuran “measurement” pada projek dan “judgement” markah yang dinilai berdasarkan peniaian Hakim. Pelajar mesti menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar yang berkemahiran akan diserapkan ke dalam pertandingan peringkat Politeknik Malaysia dan peringkat kebangsaan MySkills Malaysia Belia. Persijilan kemahiran Malaysia boleh diperolehi melalui pertauliahan pencapaian terdahulu melalui pertandingan dengan mengemukakan bukti markah yang diperolehi untuk dinilai oleh pegawai penilai dan pengesah luaran (Hakim) yang dillantik oleh Jabatan pembangunan Kemahiran (JPK). (dsd.gov.my).

ISU DAN MASALAH

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah meningkatkan kemahiran individu kerja penerapan bata. Peserta-peserta masih lemah dan perlu mencari kaedah-kaedah yang sesuai bagi mempercepatkan dan meningkatkan kualiti projek dalam penerapan bata. Kajian manual inovasi

(2)

2

cara kerja ini diperolehi melalui pertandingan-pertandingan kemahiran yang disertai. Latihan perlu pelbagai bentuk kedudukan bata dan corak. Kaedah set up tapak, lay mortar, buthring, jointing, cutting, ketepatan ukuran dan kepantasan kerja dinilai dalam latihan. Sebelum pertandingan peserta perlu memahami lukisan plan, persediaan bahan dan peralatan pertandingan. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan dikemaskini melalui temubual dengan hakim-hakim pertandingan dan latihan-latihan dalam kemahiran ini.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk menilai peningkatan kemahiran. Pengajaran dan pembelajaran amali ini berpandukan manual inovasi cara kerja penerapan bata yang boleh dirujuk melalui dokumen dan fail yang dimasukkan dalam komputer. Kaedah-kaedah kerja mestilah betul untuk mendapat pengukuran yang sempurna. Penilaian kajian dibuat melalui pertandingan PkbSkills, Polyskills dan MySkills Malaysia Belia. Maklumat-maklumat mengenai langkah-langkah kerja penerapan bata dikaji, dilaksanakan dan dikongsi dengan semua pihak yang memerlukan info cara kerja. Kerja amali penerapan bata ini akan melalui proses sebelum dan selepas manual inovasi dilaksanakan. Peserta-peserta akan dinilai terhadap keberkesanan kemahiran kerja melalui masa dan pemarkahan projek.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Peningkatan yang ketara telah berlaku dari sudut Pengajaran dan pembelajaran serta pertandingan kemahiran yang dilaksanakan setelah mengaplikasikan manual inovasi ini. Kajian yang dilaksanakan sebelum dan selepas membuktikan pencapaian peserta Politeknik Kota Bharu, (rujuk jadual 1, jadual 2 dan gambar rajah 1). WSMP 14, WSMB 15 dan WSMB17 kita masih dalam kajian mendapatkan cara sesuai. WSMB 18 dan WSMB 19 kita telah melaksanakan kerja mengikut manual inovasi yang dikaji. Hasinya peserta Politeknik Kota Bharu memenangi tempat kedua dan tempat pertama dalam pertandingan peringkat tersebut. Pengkaji terlibat dalam mengeluarkan idea melalui pemerhatian sebagai jurulatih pusat Politeknik Malaysia, Jurulatih bidang di Politeknik Kota Bharu, Penyelaras kemahiran jabatan dan penyelia bengkel bata. Perkongsian ilmu dikembangkan bersama pensyarah yang berkemahiran dalam bidang penerapan bata. Kami terlibat dalam keseluruhan manual inovasi bermula dari penyediaan bahan sehinggalah kepada mengganalisa inovasi. Kami juga turut sama mempertandingkan inovasi ini di PIP 2019 di Universiti Utara Malaysia (Pingat Emas) Peringkat International, iCompex 18 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah (Pingat Emas), Innoplan 19 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Pingat Perak) dan NICERS 2018 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah (Pingat Perak) semuanya peringkat kebangsaan. Peserta Politeknik Kota Bharu berjaya dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan MySkills Malaysia Belia melalui peringkat saringan pra kelayakan dan ke peringkat akhir (Rujuk jadual 1, jadual 2 dan gambar rajah 1)). Pengalaman yang diperolehi mendapat penambahbaikan dalam penghasilan manual inovasi dari masa ke semasa. Kesemuanya didokumenkan dan divediokan sebagai simpanan dan rujukan. Manual inovasi yang dihasilkan ialah:

1. Perancangan kerja mesti tersusun.

2. Pemilihan bahan dan peralatan yang baik untuk ikatan.

3. Meminimakan pergerakan semasa ikatan kerja.

4. Kaedah kerja Measurement; Dimension, Level, Plumb, Alignment, dan Detail.

5. Kaedah pengukuran Judgment; Jointing dan Finish.

6. Semakan semua ukuran-ukuran setelah kerja selesai sebelum meninggalkan projek.

7. Latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran.

(3)

3 Jadual 1 menunjukkan pencapaian peserta-peserta Politeknik Kota Bharu (PKB) di peringkat Kebangsaan manakala Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan agihan pecahan markah peserta- peserta PKB untuk penilaian terperinci sebelum dan selepas manual inovasi dilaksanakan. Pencapaian layak ke peringkat akhir bagi tempoh 5 tahun iaitu pada tahun 2014, 2015, 2017, 2018 dan 2019 membuktikan kajian manual inovasi yang dikaji berjaya meningkatkan kualiti hasil kerja. Selepas manual inovasi dilaksanakan, Politeknik Kota Bharu telah berjaya memperolehi pinggat gangsa dan perak. Pengalaman yang diperolehi mendapat penambahbaikan dalam penghasilan inovasi dari masa ke semasa.

Jadual 1 Pencapaian Keseluruhan Peserta Politeknik Kota Bharu Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun WSMP 14

SELANGOR

WSMB 15 JOHOR

WSMB 17 KEDAH

WSMB 18 KEDAH

WSMB 19 TERENGGANU Kedudukan No : 4 / 6 No : 11 / 12 No : 6 / 8 No : 2 / 8 No : 1 / 8 Pencapaian Penyertaan Penyertaan Kecemerlangan Gangsa Perak

Markah 52.2% 48.7% 62.45% 78.37% 80.92%

Nama

Peserta Rizalman bin

Ab Rahim Ahmad Syazwan Bin

Saludin

Mohammad Nor

Iskandar Bin Jusoh Shahriman Azwa Bin

Hasdi

Shahriman Azwa Bin Hasdi

Jadual 2 Jumlah Analisa Markah Item Pengukuran Bidang Bricklaying untuk WSMP dan WSMB bagi tempoh 5 tahun Politeknik Kota Bharu

No Nama

Pengukuran

Markah Markah Markah Markah Markah WSMP14 WSMB15 WSMB17 WSMB18 WSMB19 1 Dimension (20 M) 11.2 (56%) 10.8 (54%) 16.2 (81%) 16.5 (83%) 16.9 (85%) 2 Level (10 M) 4.2 (42%) 5.3 (53%) 6.2 (62%) 7.88 (79%) 7.8 (78%) 3 Plumb (20 M) 10.2 (51%) 10.3 (52%) 10.6 (53%) 16.0 (80%) 16.4 (82%) 4 Alignment (10 M) 4.8 (48%) 3.2 (32%) 6.55 (66%) 7.45 (75%) 8.2 (82%) 5 Detail (20 M) 9.8 (49%) 8.65 (43%) 10.8 (54%) 14.0 (70%) 14.51(73%) 6 Jointing (10 M) 6.0 (60%) 7.2 (72%) 6.1 (61%) 8.21 (82%) 8.23 (82%) 7 Finish (10 M) 6.0 (60%) 3.25 (33%) 6.0 (60%) 8.33 (83%) 8.88 (89%) JUMLAH

KESELURUHAN 52.2 % 48.7 % 62.45 % No 2:

78.37% No 1:

80.92%

(4)

4

Gambar rajah 1. Jumlah Analisa Markah untuk WSMP dan WSBP bagi tempoh 5 tahun.

KESIMPULAN

Kajian ini adalah merupakan suatu platform melahirkan pelajar yang berkemahiran seperti yang diperlukan oleh pihak industri. Pelajar-pelajar didedahkan ke dalam pertandingan kemahiran untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perdedahan ilmu pengetahuan dari segi “hand on” kepada para pelajar. Dengan adanya manual inovasi ini, pelajar-pelajar dapat membuat rujukan disamping latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran. Manual inovasi ini memberi impak yang tinggi kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar Politeknik Kota Bharu telah berjaya di peringkat kebangsaan dan membuktikan pelajarnya boleh bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN

[1] Kementerian Pengajian Malaysia. (2013). Modul Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, DCC 2042 “Brickwork and Concrete Laborotory.

[2] Shahriman Azwa bin Hasdi. (2019). Kajian Perbezaan Antara Kaedah Penerapan Bata dan Kaedah Konvensional m/s 8 – 12.

[3] En. Azhar Bin Mat Lazim (2018). Skills 20: Bricklaying, Expert Assessment Guide, Judgement Marking.

[4] En. Azhar Bin Mat Lazim (2018). Skills 20: Bricklaying, Expert Assessment Guide, Measurement Marking.

[5] Laporan Post Mortem Projek Polyhome 02 (2016). Pembinaan Rumah Bantuan Rakyat Berkonsepkan Industrialised Building System (IBS) secara CSR oleh Jabatan Pendidikan Politeknik m/s 4 - 16.

[6] Jabatan Pembengunan Kemahiran JPK, dsd.gov.my.

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

WSMP 14 WSMB 15 WSMB 17 WSMB 18 WSMB 19

(5)

5 LAMPIRAN

1. Perancangan Tanda dan Mortar Ikatan

(6)

6

2. Plumb

(7)

7 3. Alignment

4. Level

(8)

8

5. Dimension

6. Details

7. Jointing and Finish

Gambar

Gambar rajah 1.  Jumlah Analisa Markah untuk WSMP dan WSBP bagi tempoh 5 tahun.

Referensi

Dokumen terkait