• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOCIAL EXCLUSION AND SOCIAL WORK STRATEGY: A NEW MODEL FROM INDONESIA.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SOCIAL EXCLUSION AND SOCIAL WORK STRATEGY: A NEW MODEL FROM INDONESIA."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Disclaimer

The views and recommendations expressed by the authors are entirely their own and do not

necessarily reflect the views of the editors, the school or the university. While very minimal

editing was done to ensure clarity, the editors are not responsible for the content of the

papers.

The Editors:

Associate Professor Dr. Azlinda Azman

Dr. Mohd Taufik Mohammad

Dr. Paramjit Singh Jamir Singh

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloging-in-Publication Data

The 2nd International Social Work Conference 2015 – Celebrating Diversity in One World ISBN 978-967-394-244-2

1. Diversity. 2. Social Work 3. Social Sciences. I. Azlinda Azman.

All rights reserved.

© 2015 School of Social Sciences, USM

(3)

Table of Content

Conference Background 2

Forewords

Ministry of Women, Family and Community Development 3

Vice-Chancellor of Universiti Sains Malaysia 4

Secretary General of Ministry of Women, Family and Community Development 5

Director of Institut Sosial Malaysia 6

Dean of School of Social Sciences 7

Conference Chair 8

Speakers

Keynote Speaker 10

Plenary Speakers 11

Programme of Conference 14

Parallel Sessions 17

Articles

Full Papers 27

Authors Index 81

Appreciation

Organizing Committee 379

(4)

CONFERENCE BACKGROUND

Diversity is the norm of our daily life today, more so since globalization. Responding to this phenomenon, social work as a profession makes it pivotal to celebrate and respect diversity in this complex system of the world. It is a more common thing now to live with people of different cultures, religions, socio-economic statuses and even sexual orientations.

With diversity, issues emerge and may hinder people with different backgrounds to live harmoniously together. Issues such as discrimination and oppression prevent some people from getting the best out of life, hence diminishing their quality of life. Thus, there is the need for the eminent role of social workers in our society. It has been one of the pillars of the social work practice to ensure that social justice is upheld for all people, regardless of backgrounds. Social work practitioners make it their mission to see to it that there is competency in engaging people with different backgrounds in their practice.

There are many examples where diversity becomes a part of human lives. It can be seen from the simplest case of the divide between the poor and the rich to the more complex case of a community where refugees settle in. However the diversity takes places, it is of crucial importance that everyone is entitled to their own self-development that leads to a better quality of life.

This conference provides a platform for academics, students, practitioners, and policy-makers to come forward with an idea in their mind: Celebrating diversity. It is hoped that by sharing knowledge, works, ideas, and thoughts, the social work profession, revolving around other complementary fields such as psychology, sociology, economics, and political science, the process of developing social work practice in a diverse world become stronger.

It is against this theme that the Institut Sosial Malaysia (ISM) and Universiti Sains Malaysia are collaborating to organize the 2nd International Social Work Conference 2015 with the theme: Celebrating Diversity in One World to be held at Evergreen Laurel (otel, – 3 December 2015.

The conference objectives are:

1. To become the platform of new areas of works and ideas in developing both the academic and professional world of social work practice.

2. To enhance the existing practice of social work within the diverse population which include the assessment, intervention, and policy making.

(5)

SOCIAL EXCLUSION AND SOCIAL WORK STRATEGY: A NEW MODEL FROM INDONESIA

Indri Indarwati, Azlinda Azman and Muhamad Fadhil Nurdin

Abstract

The focus of this article is on the development of social exclusion models and the empowerment strategies for the female head of households in the urban fisherman in North Jakarta Indonesia. The concept of social exclusion appeared in 1995 and focused on the causes and social impact as well as expand the analysis of poverty. Social exclusion is a process or situation that prevents an individual or group for a full role in the decision-making environments, economic barriers, limited access to social institutions and culture. In the life of the female head of households, social exclusion refers to the problem of poverty is experienced not only in economic hardship, but also there is discrimination including the patriarchal culture and other types of life burden. This qualitative study employs in-depth interviews of 10 respondents and a series of focus group discussions with 20 respondents in order to understand better about the problems of social exclusion experienced by the female head of households. Study findings have indicated that the causes or dimensions of social exclusion have became develop from three dimensions namely political, economic and social into four dimensions and add with the culture. Based on the findings of the dimensions of social exclusion are developing into five, namely social exclusion on the religious activity. The impact of the activity of social work is necessary empowerment strategy for the increase of social welfare of the female head of households.

Pengenalan

Peminggiran sosial adalah konsep yang digunakan dalam aktiviti pengembangan masyarakat dan pengajian kemasyarakatan. Konsep ini muncul selepas Sidang Kemuncak Sosial Dunia (Konferensi Tingkat Tinggi) di Copenhagen pada tahun 1995. Selepas itu beberapa agensi pembangunan pelbagai hala, khususnya Bank Dunia dan Organisasi Buruh Antarabangsa, mengamalkan peminggiran sosial sebagai rangka kerja pelbagai dimensi. Peminggiran sosial telah memperluaskan analisis mengenai kemiskinan dan memberi tumpuan kepada analisis sebab dan kesan sosial kepada masyarakat. Konsep ini telah mula digunakan oleh Jabatan Pembangunan Sosial di Departemen Pembangunan Antarabangsa Inggris (DFID). Istilah peminggiran mengacu pada kekurangan dan marginaliti (Batsleer & Humphries, 2000). Kumpulan yang mengalami peminggiran sosial adalah kumpulan atas dasar etnik, ras, agama, orientasi seksual, kasta, keturunan, gender, usia, kecacatan, HIV, migran, individu yang miskin, anak terlantar, usia emas terlantar, orang tua tunggal, atau berdasarkan lokasi di mana mereka tinggal (Batsleer & Humphries, 2000; Beall & Piron, 2005; Jordan, 1996; Levitas, 1996; Room, 1995), secara lebih luas di dalamnya terdapat pengangguran, kemahiran yang rendah, ketiadaan perumahan, tingkat jenayah yang tinggi, kesihatan yang rendah dan perpecahan keluarga (Bonner, 2006).

(6)

perumahan yang buruk dan perpecahan keluarga (Cabinet Office, 2007). Dominelli mencatat adanya perdebatan kemiskinan sebagai masalah individu dan peminggiran sosial sebagai ketidaksamaan struktural dan hubungan kekuasaan (Dominelli, 2004). Konsep peminggiran sosial dalam bidang pembangunan digambarkan seperti berikut:

Rajah 1. Aspek Peminggiran Sosial. Diadaptasi daripada Beall, J., & Piron, L. H. (2005). DFID social exclusion review. London: The London School of Economics and Political Science.

Rajah 1 menunjukkan bahawa peminggiran sosial dalam kehidupan ekonomi iaitu terdapat peminggiran dari segi pekerjaan, pasaran kerja dan peluang daripada syarikat dan pelbagai strategi pekerjaan. Seterusnya adalah aspek peminggiran daripada penyertaan dalam kehidupan sosial. Peminggiran sosial tersebut termasuklah akses terhadap infrastruktur dan perkhidmatan, sosial dan perlindungan keselamatan, masyarakat dan kesatuan sosial. Terakhir adalah peminggiran daripada kehidupan politik seperti akses yang terhad kepada institusi, pembuatan keputusan, serta hak dan tanggungjawab sebagai rakyat. Hubungan antara ketiga-tiga faktor mengakibatkan peminggiran sosial yang terlaksana melalui hubungan sosial, politik dan ekonomi.

(7)

Rajah 2. Pembaharuan Aspek Peminggiran Sosial. Diubah suai daripada Beall, J, dan Piron, L. H (2005). DFID social exclusion review. London: The London School of Economics and Political

Science.

Rajah 2 menghuraikan mengenai penambahan aspek budaya, yang mana terdapat peminggiran dalam bentuk budaya patriarki iaitu suatu sistem yang bercirikan lelaki yang mengawal dan mendominasi pihak lain seperti kumpulan miskin, lemah, rendah, tidak perkasa, persekitaran dan wanita. Aspek gender turut wujud dalam dimensi peminggiran sosial disebabkan terdapat hubungan yang rapat dan jelas antaranya. Pandangan mengenai gender boleh meningkatkan atau mengurangkan makna peminggiran sosial disebabkan terdapat ketidaksamaan gender. Fokus kepada aksesibiliti bererti sejauh mana orang miskin berpeluang memperolehi akses daripada agensi-agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan, sehingga boleh dipastikan bahawa tiada seorangpun yang dibezakan dalam aspek akses berasaskan identiti sosial, bahasa, perayaan agama atau lokasi geografi. Aspek peminggiran ekonomi juga tidak terlepas daripada kemiskinan dan ketidaksamaan yang mempunyai kaitan dengan pendapatan dan keperluan harian.

Tujuan dan Metodologi

(8)

(Hikmat, 2004), tetapi boleh menolong menggambarkan keadaan dan alam sekitar sosial yang spesifik atau unik di masyarakat (Gilgun, 1994; Hikmat, 2004).

Lokasi penyelidikan di kawasan Kalibaru Kecamatan Cilincing Jakarta Utara Indonesia dengan pertimbangan: 1) Wilayah Jakarta Utara dekat dengan Pusat Pemerintahan dan merupakan wilayah pesisir pantai dengan komuniti nelayan, sehingga perlu diteliti bagaimana bentuk pemerkasaan kepada wanita sebagai ketua isi rumah yang hidup dalam kemiskinan di kalangan nelayan bandar. Berdasarkan informasi dari Kerajaan Walikota Jakarta Utara disebutkan bahawa wilayah Kelurahan Kalibaru merupakan lokasi yang tepat menjadi sasaran penyelidikan kerana mudah dimasuki dan mengetahui struktur kemasyarakatan, kenyamanan tempat dan kemudahan akses transportasi; 2) Subjek penyelidikan adalah wanita sebagai ketua isi rumah dalam komuniti nelayan bandar dengan jumlah yang cukup besar, sehingga perlu diteliti faktor penyebab, masalah dan keperluan; 3) pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan pemerkasaan masyarakat nelayan daripada bantuan pihak Kementerian Kelautan dan Perikanan, Program Keluarga Harapan (PKH) daripada Kementerian Sosial, aktiviti pemerkasaan kerjasama universiti dengan masyarakat. Aktiviti ini perlu dikaji untuk melihat sejauhmana akses dan kawalan WKIR terhadap aktiviti yang telah dijalankan mampu meningkatkan kefungsian sosial WKIR; 4) sebahagian besar penduduk bekerja sebagai nelayan. Sekiranya musim kemarau menjelma, tiada kerja yang dapat dilakukan untuk memenuhi keperluan hidup harian termasuk wanita yang menjadi ketua isi rumah. Isu ini perlu dikaji untuk melihat sejauhmana wanita sebagai ketua isi rumah mampu berhadapan serta menyelesaikan permasalahan sedia ada.

Teknik pengutipan data menggunakan kaedah pengamatan berperanan serta, temu bual mendalam, kajian dokumen (Moleong, 1998), perbincangan kumpulan fokus (Irwanto, 2006). Pengolahan data penelitian menggunakan program Nvivo di mana program ini didesain untuk menganalisis data kualitatif dimulai dengan pertanyaan atau tujuan penyelidikan (Bazeley & Richards, 2000). Nvivo merupakan alat yang kuat untuk mengatur data, mencari, menganalisis, dan membuat teori (Sam, 2013). Analisis data secara umum boleh dilakukan dengan cara (Miles & Huberman, 1992) reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan.

Penemuan Dan Perbincangan

Masalah yang dihadapi oleh wanita sebagai ketua isi rumah di kawasan Kalibaru Jakarta Utara meliputi adanya anggapan bahawa WKIR hanya kerja sebagai suri rumah dan hanya mampu bekerja di dalam rumah merupakan stigma yang diberikan oleh golongan lelaki kepada mereka. Wanita hanya dilihat mampu bekerja sebagai pengerusi rumah seperti menjaga dan memelihara anak-anak, membersihkan rumah dan memasak, walau pun kerja ini sama dengan kerja apa pun yang lain tetapi tidak mendapatkan wang. Walau pun begitu, peranan wanita ini masih kurang dilihat sebagai penyumbang kepada keperluan dan kesejahteraan keluarga. Oakley (1972) mengatakan bahawa kerja domestik bagi wanita adalah kerja yang tidak dinilai dengan wang. Kemudian Levitas (1996) mengukuhkan bahawa kerja yang tidak dibayar berhubungan dengan ketidaksamaan gender. Sumarti dan Wahyuni (2004) mengatakan bahawa ketidaksamaan gender bermula dari perbezaan peranan gender di mana peranan wanita dinilai lebih rendah daripada golongan lelaki.

(9)

yayasan. Perkembangan dimensi peminggiran sosial berdasarkan hasil penemuan di lapangan digambarkan sebagai berikut:

Rajah 3. Penambahan Dimensi Peminggiran Sosial

Rajah 3 menggambarkan bahawa peminggiran sosial melalui dimensi ekonomi, masalah yang dihadapi adalah anggapan bahawa WKIR adalah suri rumah, maka gaji dibayar dengan bayaran yang rendah serta menduduki kedudukan yang rendah. Selain itu, akses kepada institusi pemberi modal perniagaan juga terhad. WKIR bekerja sebagai mengupas kerang atau membelah ikan masin. Setakat ini, tiada WKIR yang memiliki usaha sendiri sebagai pengusaha ikan atau kerang dan WKIR mempunyai dua peranan dalam hidup iaitu pekerjaan domestik dan sebagai pencari nafkah.

Melalui dimensi politik, ianya berkaitan dengan penglibatan WKIR dalam pertubuhan kerajaan. Walaupun terdapat WKIR yang menjadi pengerusi RT tetapi mereka berada pada kedudukan yang rendah. Kedudukan ini tidak dapat mempengaruhi pembuatan keputusan di kawasan Kalibaru termasuk aktiviti pemerkasaan. Pengambilan keputusan WKIR yang memperolehi bantuan, hanya direkod daripada petugas tanpa ada sebarang tindakan pemerkasaan untuk mereka.

(10)

mempunyai maklumat yang terhad mengenai jenis aktiviti pemerkasaan yang sesuai untuk WKIR di kawasan Kalibaru.

Strategi Pekerja Sosial

Strategi penyelesaian masalah bagi wanita sebagai ketua isi rumah yang mengalami peminggiran sosial adalah dalam bentuk program pemerkasaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka iaitu melalui pernyertaan langsung WKIR dalam program pembangunan kebajikan sosial. Hikmat (2004) mengatakan bahawa strategi pemerkasaan memerlukan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan ekonomi, sosial dan budaya termasuklah di dalamnya semangat untuk berniaga dan menumbuhkan semangat bersaing. Strategi pemerkasaan untuk WKIR boleh dihuraikan seperti berikut:

1. Penguatan ekonomi, bermaksud untuk memberikan keupayaan kepada WKIR dalam selok-belok menguruskan kewangan dengan melibatkan institusi formal seperti koperasi dan bank untuk memberikan pinjaman secara ringan. Aktiviti berjualan dalam pasaran dan mengikuti bazar diperlukan untuk memasarkan jualan WKIR.

2. Pemahaman kesamaan gender, bermaksud untuk mengadakan perbincangan dan kaunseling mengenai masalah WKIR dan budaya patriarki. Hal ini perlu dibincangkan untuk menyamakan pemahaman dan memotivasi masyarakat agar terjadi gotong royong dan saling menghargai antara satu sama lain.

3. Peningkatan peranan dalam komuniti, bermaksud untuk meningkatkan peranan WKIR dalam mengikuti aktiviti dalam institusi sosial, seperti aktiviti Yayasan Pusaka dan PKK.

4. Penguatan Nilai Kebersamaan, bermaksud menggalakkan WKIR yang tergabung dalam Keluarga Plasma mengikuti aktiviti pengajian agama agar saling bersatu dan memberi sokongan untuk menjalin solidariti. Dalam aktiviti ini dikenalkan budaya dan nilai dalam kehidupan bermasyarakat untuk saling membantu. Kekuatan agama sebagai kekuatan dalam masyarakat dijelaskan oleh Pickering (1984) dapat membantu individu untuk saling beradaptasi melalui pertemanan dan dapat meningkatkan kekuatan kendiri.

Kesimpulan

(11)

Rujukan

Ambrosino, R., Heffernan, J., Shuttlesworth, G., & Ambrosino, R. (2011). Social work and social welfare: An introduction. California: Brooks/Cole Publishing Company.

Batsleer, J., & Humphries, B. (2000). Welfare, exclusion and political agency. London: Routledge. Bazeley, P., & Richards, L. (2000). The Nvivo qualitative project book. London: Sage Publications. Beall, J., & Piron, L. H. (2005). DFID social exclusion review. London: The London School of

Economics and Political Science.

Bonner, A. (2006). Social exclusion and the way out, an individual and community response to human social dysfunction. UK: John Wiley & Sons, Ltd.

Cabinet Office. (2007). What do we mean by social exclusion. http://www.cabinetoffice.gov.uk/social_exclusion_task_force/context.aspx

Davis, A. (2007). Structural approaches to social work. London: Jessica Kingsley.

Dominelli, L. (2004). Social work: Theory and practice for a changing profession. Cambridge London: Polity Press.

Gilgun, J. (1994). A case for case studies in social work research. Social Work, 39, 371-380. Hikmat, H. (2004). Strategi pemberdayaan masyarakat. Bandung: Humaniora Utama. Irwanto. (2006). Focused group discussion. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Jordan, B. (1996). A theory of poverty and social exclusion. Oxford, Inggris: Polity Press Cambridge. Levitas, R. (1996). The concept of social exclusion and the new Durkheimian hegemony. Critical

Social Policy, 16(46), 5-20.

Levitas, R., Pantazis, C., Fahmy, E., Gordon, D., Lloyd, E., & Patsios, D. (2007). The multidimensional analysis of exclusion (October ed. Vol. 16). UK: Department of Sociology and School for Social Policy, Townsend Centre for the International Study of Poverty, and, Bristol Institute for Public Affairs, University of Bristol.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1992). Analisis data kualitatif; buku sumber tentang metode-metode baru. Jakarta: UI Press.

Moleong, L. J. (1998). Metodologi penelitian kualitatif. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.

Mulyana, D. (2003). Metodologi penelitian kualitatif; paradigma baru ilmu komunikasi dan ilmu komunikasi lainnya. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.

Nasution, S. (1988). Metode penelitian naturalistik–kualitatif. Bandung: Tarsito. Oakley, A. (1972). Sex, gender and society. London: Temple Smith.

Pickering, W. S. F. (1984). Durkheim's sociology of religion: Themes and theories. London: Routledge & Kegan Paul.

Pierson, J. (2002). Tackling social exclusion. London: Routledge.

Popay, J., Escorel, S., Hernández, M., Johnston, H., Mathieson, J., & Rispel, L. (2008). Understanding and tackling social exclusion: final report to the WHO Comission on Social Determinants of Health from the Social Exclusion Knowledge Network (SEKN). Lancaster, UK: SEKN.

Room, G. (1995). Beyond the threshold: the measurement and analysis of social exclusion. Bristol,

Sudjarwo, D. H. M. (2001). Metodologi penelitian sosial. Bandung: Mandar Maju.

Sumarti, T., & Wahyuni, E. S. (2004). Perspektif gender dalam pengembangan masyarakat. Bogor: Departemen Ilmu Sosial Ekonomi Fakultas Pertanian IPB dan Sekolah Pascasarjana IPB. Ward, N. (2009). Social exclusion, social identity and social work: Analysing social exclusion from a

(12)
(13)

ORGANIZING COMMITTEE

Advisor

 Dr. Al-Azmi Bakar

Director of Institut Sosial Malaysia

 Associate Professor Dr. Nor Malina Malek

Dean, School of Social Sciences, USM

Conference Chair

 Associate Professor Dr. Azlinda Azman

Committee Members

Universiti Sains Malaysia

 Associate Professor Dr. Zulkarnain A. Hatta

 Associate Professor Dr. Intan Hashimah Mohd Hashim

 Dr. Mohd Taufik Mohammad

 Dr. Paramjit Singh Jamir Singh

 Dr. Bala Raju Nikku

 Dr. Rose Jacob

 Dr. Muhamad Fadhil Nurdin

Institut Sosial Malaysia

 Encik Nor Maarof Idris

 Encik Ayob Osman

 Puan Nurul Hidayah Mohd Khalid

 Puan Norliza Mohktar

 Encik Baharuddin Mohamad

 Encik Desa Mat Rabi

 Encik Mohd Shukry Taharem

 Encik Mohamed Nizam Syah Mohamed Yousuf

 Puan Rohaizal Umar

 Encik Zubaidi Mohd Razat

 Puan Rozaida Mohd Said

 Puan M. Kavitha Maduvaveeran

 Cik Che Mazliayana Che Mustapa

Secretariat

Universiti Sains Malaysia

 Teh Gaik Lan

Referensi

Dokumen terkait

Dampak yang ditimbulkan dari pembelajaran yang tidak menggunakan media, kemampuan membaca anak tidak berkembang dengan baik, pada kondisi awal, dari total

1.3 Identifikasi Sumber Masalah Adapun sumber masalah yang dihadapi dalam pengembangan sistem informasi untuk persediaan bahan baku adalah belum terdapat sebuah

aeruginosa ..31 Tabel 4.1 Pembagian Subjek Uji Berdasarkan Bentuk Bakteri yang Diisolasi ...43 Tabel 4.2 Data Hasil Penelitian terhadap Triclosan pada Kelompok I …………..44 Tabel

Usahakan orang tua paham mengenai apa yang di rasakan anak jika harus memakai masker dalam jangka waktu yang cukup lama dan mencoba untuk menjelaskan dengan hati-hati

Penugasan di rumah Hafalan dan menyalin hadis berikut terjemahdan tafsirnya di buku tulis Media: a.Spidol b.White board c.LCD Buku :  Al-Id,Imam, Syarh al-Arbain

Jumlah populasi ternak (AU) tahun 2006 dan 2008 dari target yang telah ditetapkan realisasi melebihi target karena didukung kegiatan pembibitan ternak sapi, pengembangan

Seluruh program yang diselenggarakan Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Sekolah Menengah Kejuruan (SMK), Madrasah Aliyah (MA), Madrasah Aliyah Kejuruan (MAK), dan Madrasah

bagang. Dengan demikian konservasi lingkungan laut guna perikanan yang lebih lestari belum mampu disadari dan dipatuhi oleh nelayan pengguna alat penangkapan ikan jogol, arad