‘KILL GERMAN TRADE’: PENILAIAN TERHADAP USAHA BRITISH MEMBENDUNG PERDAGANGAN MUSUH DI TANAH MELAYU SEWAKTU
PERANG DUNIA PERTAMA
MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR1
MOHD BIN SAMSUDIN2
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
‘That, whereas it appears to the Government that there is a general wish on the part of the various communities residing in the Federated Malay States that a contribution should be made to the Imperial Government for the prosecution of the war and that special taxation should be impose for this purpose… ’3
Sebelum Perang Dunia Pertama British, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara peneraju dalam pembangunan perindustrian dan komersial, malah merupakan negara-negara pengeluar yang saling bergantung antara satu dengan yang lain.4
Apabila British mengistiharkan perang terhadap Jerman dan sekutunya pada tahun 1914, masalah ekonomi merupakan antara isu yang dihadapi terutamanya bebanan kewangan untuk menanggung kos peperangan.
Sungguhpun begitu, kesan perang telah menyebabkan aktiviti perdagangan antarabangsa terganggu dan berlaku ‘peperangan ekonomi’ antara British dengan Jerman. Usaha sekatan ekonomi terhadap Jerman dan sekutunya oleh British, telah menyebabkan kapal-kapal dagang dari Jerman dan kuasa pusat yang lain dihalang untuk berlabuh bukan sahaja di British malah seluruh empayarnya.
5 Malah pihak kerajaan British amat menyedari
perdagangan dan pertukaran antarabangsa akan terjejas teruk kesan daripada perang yang mereka terlibat, dan semestinya keadaan ini akan menggugat bukan sahaja empayarnya malah kedudukannya sebagai entrepot di Eropah. Rentetan itu, Pejabat Perang (War Office) turut memainkan peranan dalam mendapatkan bekalan perang, namun timbul isu samada bekalan komoditi di British akan diutamakan untuk keperluan masyarakat awam ataupun diberikan autonomi untuk perang.6
1Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM,
2Muzium Warisan Akademik, Bangunan Canselori, UKM, [email protected], 03 89213135.
3Report Of The Committee Appointed In Accordance With A Resolution Of The Federal Council Passed
On The 14th November 1916, To Consider The Question Of A Contribution To The Imperial
Government, 28.12.1916.
4Rondo Cameron & Larry Neal, A Concise Economic History of The World: From Paleolithic Times to
the Present, Ed. ke-4, Oxford University Press, New York, 2003, hlm. 340.
5Sidney Pollard, The Development of the British Economy, Ed. ke-2, Edward Arnold (Publishers) LTD,
London, 1969, hlm. 42.
6Sidney Pollard, 1969, hlm. 43.
372 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
Bagi mengelakkan ‘financial panic’ dan keadaan ekonomi yang lebih meruncing, kerajaan British telah campur tangan dalam beberapa sektor penting seperti, industri senjata, perkapalan dan perdagangan. Amat penting untuk pihak kerajaan memastikan bekalan mencukupi pada peringkat awal perperangan, oleh itu perbendaharaan negara British turut mengambil langkah untuk memperkemaskan sistem percukaian dan langkah pinjaman dana.7
Tindakan Majlis Persekutuan yang juga sebuah badan perundangan, yang mengabsahkan tindakan sekatan ekonomi terhadap musuh-musuh British dan tuntutan agar NNMB menghulurkan bantuan kepada British, membuktikan keperluan hasil dari NNMB oleh British untuk menampung bebanan kewangan yang dihadapinya ketika Perang Dunia Pertama. Usaha ini juga turut disokong oleh firma-firma British di Tanah Melayu bagi melindungi kepentingan ekonomi mereka.
Fenomena ekonomi ini juga memberi kesan terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) apabila perubahan sistem pentadbiran pada tahun 1909 telah memberi autonomi kepada British untuk mengawal pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu tersebut.
KEADAAN EKONOMI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Penubuhan Majlis Persekutuan pada tahun 1909 merupakan satu usaha pengawalan kewangan oleh British terhadap NNMB terutamanya dalam soal perolehan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.8 Justeru, Majlis Persekutuan mentadbir gabungan hasil pendapatan keempat-empat
NNMB dan kemudiannya diserahkan kepada Majlis Negeri. Tambahan pula, menurut Lennox Mills terdapat kecenderungan bahawa sultan dan masyarakat Melayu diabaikan dalam usaha pembangunan ekonomi.9 Keutamaan British adalah untuk membangunkan tanah Melayu
sebagai pembekal penting bahan mentah dan menjadi pasaran bagi produk-produk pembuatan British.10
Oleh itu, pemusatan pentadbiran ini telah membuka bukan sahaja NNMB malah Tanah Melayu keseluruhannya terhadap pasaran antarabangsa.11 Sehingga awal abad ke-20, berlaku
peningkatan hasil pendapatan terutamanya apabila Amerika Syarikat menjadi pelanggan penting bagi komoditi timah dan getah Tanah Melayu. Kedudukan kewangan NNMB yang kukuh sehingga tahun 1938 membolehkan kerajaan NNMB membantu negeri-negeri Melayu tidak bersekutu yang lain.12 Sebagai bukti, hasil aktiviti perdagangan yang pesat telah
menyumbang kepada peningkatan jumlah aset surplus yang dimiliki oleh NNMB pada tahun 1909 kepada $3 972 944.13
Penguasaan terhadap eksport bahan mentah industri dan import hasil pembuatan telah membolehkan firma-firma British memperolehi keuntungan yang berlipat ganda menerusi kawalan kewangan, aktiviti komersial, perkapalan, insuran dan perkhidmatan yang berkaitan perdagangan.14 Justeru, peningkatan hasil perdagangan NNMB ketika ini merupakan
sebahagian daripada proses pembangunan ekonomi British di Tanah Melayu. Pada tahun 1910, ekonomi NNMB boleh dikatakan berada pada tahap yang stabil dan matang. Malah, Tanah Melayu umumnya dianggap ‘dollar arsenal of Great Britain’.15
7Ibid.
8C.O 576/4, Resident General’s Annual Report for the Year 1909.
9Lennox A. Mills, British Rule in Eastern Asia, Russell & Russell, New York, 1970, hlm. 50.
10William Tai Yuen, Chinese Capitalism in Colonial Malaya (1900-1941), Penerbit UKM, Bangi, 2013,
hlm. 52.
11Li Dun Jen, British Malaya : An Economic Analysis, Ed. ke-2, Institute for Social Analysis, Kuala
Lumpur, 1982, hlm. 7.
12Li Dun Jen, 1982, hlm. 15-16.
13C.O 576/4, Resident General’s Annual Report for the Year 1909.
14Jomo Kwame Sundaram, Class Formation in Malaya: Capital, The State and Uneven Development,
Tesis PhD, Jabatan Sosiologi, Universiti Havard, 1977, hlm. 221.
Kedudukan getah dan bijih timah sebagai ‘the pillar of economy’ bagi Tanah Melayu sering menjadi tumpuan sarjana-sarjana terdahulu. Lantaran itu, sehingga tahun 1920-an agensi-agensi perniagaan British terus mengeksploitasi peluang untuk memenuhi kehendak pasaran getah dunia yang tinggi. Aktiviti perlombongan bijih timah turut mula menjadi lebih kompetatif apabila pelabur-pelabur British mula memperkenalkan ‘capital-intensive’ dan teknik perlombongan ‘bucket-dredging’.16
Namun, sehingga tahun 1914 polisi kewangan NNMB terarah terhadap pengenaan cukai, pengurangan perbelanjaan dan mengumpulkan surplus kerajaan.17 Keadaan ini
merupakan sebahagian cara yang dilakukan oleh British untuk mengumpul dana untuk membiayai kos perperangan yang ditanggungnya. Malah British amat yakin, akan berlaku juga perperangan dalam pasaran ekonomi antarabangsa.18 Oleh itu, sehingga tahun 1919, kerajaan
British telah mengambil langkah yang drastik untuk mengawal jajahan luar negaranya sebagai satu usaha untuk melawan persaingan pasaran barangan dan komoditi dari British.19
Penglibatan Dalam Perang Dunia Pertama
Penelitian terhadap peranan Tanah Melayu khususnya NNMB sebagai salah sebuah tanah jajahan British dalam Perang Dunia Pertama masih memerlukan kajian lanjut. Penglibatan Tanah Melayu dalam perang telah dituntut oleh British dalam Majlis Persekutuan sebagai tanda sokongan dan taat kepada kerajaan British. Pada tahun 1916 sebanyak $3 000 000 telah dibelanjakan oleh NNMB dalam membiayai kapal perang H.M.S Malaya untuk digunakan oleh British dalam perperangan. Dalam masa yang sama juga, kerajaan Johor telah menyumbang sebanyak £34 400, manakala kerajaan Kedah sebanyak £3 333 untuk membiayai pembelian kapal terbang perang British.20 Sumbangan kapal perang oleh negeri-negeri Melayu untuk
British telah berjaya mendapat perhatian dunia, malah ‘the flourishing condition of those states continues to be marvellous’.21 Di samping itu, kerajaan NNMB turut menyumbangkan
sebanyak £10 000 untuk ‘the Belgian red Cross Society’ dan £5 000 untuk ‘Red Cross Society’ di Montenegro, Romania dan Serbia. Manakala, sumbangannya untuk perbelanjaan perang British pula untuk tahun 1918 ialah sebanyak £750 000.22
Kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh NNMB jelas apabila peranan penting kerajaan NNMB dalam membiayai kos pertanahan ini telah mengurangkan bebanan kewangan British dalam menghadapi perperangan. Sehingga tahun 1920, di sebabkan NNMB memiliki surplus kewangan terdapat permintaan agar lebihan kewangan tersebut disumbangkan ke British untuk menampung bebaban kewangan. Persuruhjaya Tinggi British ketika itu menolak permintaan tersebut dengan alasan surplus kewangan tersebut adalah untuk pembangunan NNMB. Namun, cukai pendapatan akan dikenakan sebagai satu saluran untuk mengumpul dana tersebut.23
Di samping itu, peranan NNMB dalam peperangan ekonomi bukan sahaja menyekat perdagangan Jerman dan musuh British di negeri-negeri Melayu, malah menyumbang dana untuk British membiayai perperangan. Penubuhan ‘The War Loans Investment Trust of Malaya’ merupakan satu cara signifikan untuk British memperolehi dana dari negeri-negeri Melayu secara holistik. Skim pinjaman ini merupakan satu bentuk pinjaman dana oleh kerajaan NNMB daripada golongan perniaga dan juga seluruh masyarakat di Tanah Melayu. Isu penting
16Nicholas J. White, Business, Government and The End of Empire, Oxford University Press, New York,
1996, hlm. 24.
17Lennox A. Mills, 1970, hlm. 93.
18H.C.O 8350/16, Malay Mail, 17.05.1916. 19Li Dun Jen, 1982, hlm. 54 .
20Proceedings of the Federal Council, 14.11.1916.
21C.O 717/1, Correspondence from Cecil Clementi Smith to Dr. Sinclair, 16.09.1912.
22Proceedings of the Federal Council, 17.11.1917.
23C.O 717/1, Telegram from the High Commissioner for the Malay States to the Secretary of State for
374 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
yang harus diketengahkan ialah, skim ini bertujuan untuk mengumpulkan dana pinjaman dari Tanah Melayu untuk disumbangkan kepada kerajaan British bagi pembayaran hutangnya di London. NNMB dikatakan ‘was now appearing as a borrower as in the past it had always figured as a lender’.24
Tambahan pula, menerusi skim pinjaman ini membolehkan kerajaan British untuk menjimatkan perbelanjaannya, memandangkan kerajaan NNMB yang bertanggungjawab untuk membayar kembali pinjaman yang diperolehi dengan kadar faedah sebanyak 6%.25Usaha ini
dilakukan atas kesedaran bahawa British tidak mungkin mampu bangkit untuk menjadi empayar dunia yang mempunyai kebebasan politik dan keistimewaan komersial. Oleh sebab itu, Tanah Melayu dijadikan sebagai tanah jajahan pertama untuk membantu British dalam menyediakan perkhidmatan ketenteraan untuk menghadapi Perang Dunia Pertama. Sungguhpun begitu, Sultan Perak ketika dalam prosiding Majlis Persekutuan menegaskan, tanggungjawab dalam menghulurkan bantuan kepada kerajaan British sebenarnya adalah tanggungjawab golongan pedagang-pedagang kaya yang mengaut keuntungan dari negeri-negeri Melayu.26
Selain itu, kerajaan NNMB turut mengenakan cukai perang menerusi ‘The War Taxation Enactment 1916’ sebagai satu cara lagi untuk mendapatkan sumber kewangan. Setiap syarikat dan firma-firma British di NNMB dikehendaki untuk membayar cukai ke British, bahkan golongan perniaga Cina di NNMB juga tiada halangan bagi arahan pemayaran cukai ini. Selain cukai terhadap komoditi, cukai ini juga meliputi cukai terhadap basikal kerana basikal digunakan secara meluas dalam kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu.27
SEKATAN EKONOMI JERMAN DAN SEKUTUNYA
Menjelang tahun 1915, kerajaan British telah melaksanakan polisi ‘the strategy of business as usual’ yang bukan sahaja sebagai salah satu langkah untuk menghadapi Perang Dunia Pertama, malah satu usaha menggunakan tentera lautnya sebagai satu senjata untuk menyekat perlabuhan empayar British daripada dimasuki kapal-kapal dagang Jerman. Strategi ini merupakan inisiatif yang direncana oleh British untuk menjatuhkan ekonomi Jerman, agar negara tersebut tidak mampu untuk membiayai kos peperangannya.28Malah keadaan ini secara
tidak langsung telah menunjukan berlakunya campur tangan kerajaan dalam ekonomi negara, sedangkan British mengamalkan ekonomi ‘laissez-faire’.29 David French menjelaskan ‘it is impossible to explain away the government’s economic defence plans in this period by reference to its supposes adherence to laissez-faire economics without doing violence to the facts. The starting point for its policies was not an economic ideology but the naval and military plan it hoped to implement’.30
Meneliti kesan polisi British ini di NNMB, penubuhan Majlis Persekutuan merupakan satu usaha British untuk memainkan ‘interventionist role’ dalam pembangunan ekonomi. Justeru, sehingga menjelang Perang Dunia Pertama, pentadbiran British telah membentuk struktur ekonomi berorientasikan export di seluruh Tanah Melayu.31
24Proceedings of the Federal Council, 28.03.1916.
Lantas, keadaan ini meyakinkan British untuk menyekat ekonomi Jerman terutama aktiviti perdaganganya berdasarkan kekuatan ekonominya serta negara bersekutu lain, melibatkan bahan mentah dan
25Proceedings of the Federal Council, 28.03.1916. 26Proceedings of the Federal Council, 28.03.1916.
27 Report Of The Committee Appointed In Accordance With A Resolution Of The Federal Council
Passed On The 14th November 1916, To Consider The Question Of A Contribution To The Imperial
Government, 28.12.1916.
28David French, British Economic and Strategic Planning 1905-1915, Routledge, Oxon, 1982, hlm. 1. 29Ibid., hlm. 2.
30Ibid., hlm. 3.
31 John H. Drabble, An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990 : The Transition To Modern
emas yang mencukupi oleh British mampu menampung permintaan pasaran tanpa melibatkan import dan eksport dari negara musuh.32 Namun, kedudukan ekonomi Jerman sebagai aktor
penting kuasa pusat tidak boleh disangkal, kerajaan Jerman telah mengeluarkan subsidi dan kredit jangka panjang untuk pedagang-pedagangnya bagi melemahkan dan mengawal perdagangan British. Maka tidak hairanlah barangan Jerman telah mendapat pasaran yang meluas sebelum perang. Oleh itu, konsul British menegaskan sekatan ekonomi terhadap musuh haruslah melibatkan usaha untuk menggantikan barangan-barangan musuh yang disekat dan turut mengenal pasti barang yang telah berada di pasaran.33
Kedudukan ekonomi Jerman dan negara-negara musuh British lain di NNMB boleh dikatakan tidak begitu kukuh, memandangkan pada tahun 1913 jumlah import dari negara kuasa-kuasa pusat ke Tanah Melayu hanya berjumlah setengah juta daripada jumlah keseluruhannya sebanyak $345 juta.34 Walau bagaimanapun, terdapat penurunan baki kredit
yang dilaporkan oleh ‘Chamber of Commerce’ di Singapura disebabkan penutupan firma-firma musuh, sungguhpun begitu transaksi perniagaan firma-firma British terus meningkat dengan baik. Tambahan lagi, sedang British berusaha untuk menyekat ekonomi Jerman khususnya, firma-firma British tetap mahu menggalakkan pembeli dan bukannya untuk menakut-nakutkan mereka. Namun, apabila diteliti semula walaupun Tanah Melayu berada dalam keadaan yang berjaga-jaga rentetan tempias Perang Dunia Pertama ini, sehingga tahun 1915 keadaan ekonomi di Tanah Melayu keseluruhannya adalah baik.35
Sehubungan itu, dalam menilai usaha pembendungan perdagangan musuh oleh British di NNMB haruslah mengambil kira kesan ‘Economic Conference of the Allies’ pada tahun 1916 yang merupakan satu persidangan penting yang bukan sahaja mencorak keadaan ekonomi dunia, bahkan turut memberi kesan di Tanah Melayu. Justeru, pakatan negara bersekutu bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting dalam menghadapi perperangan. Segala import dari negara musuh tidak akan dibenarkan memasuki pasaran negara-negara bersekutu. Malah segala kontrak perniagaan yang berkaitan dengan negara musuh dibatalkan tanpa sebarang syarat. Selain itu, negara-negara bersekutu akan menghalang rakyat mereka daripada mengadakan hubungan perdagangan dengan,36
i. Pedagang dari negara musuh tanpa mengira warganegaranya. ii. Rakyat negara musuh tanpa mengira tempat tinggalnya.
iii. Orang perseorangan, firma dan syarikat yang mana perniagaannya dikawal secara sebahagian atau keseluruhan oleh rakyat negara musuh atau individu yang dipengaruhi musuh.
Tambahan pula, setiap wilayah yang dominasi, koloni dan dinaungi British turut dikenakan langkah sekatan eksport terhadap musuh dengan mengenal pasti barangan yang diseludup dari negara musuh dan larangan terhadap eksport komoditi yang telah di khususnya. Selain itu, sebarang eksport ke negara-negara berkecuali dalam perperangan perlulah mendapatkan lesen kebenaran daripada negara-negara bersekutu menerusi Pejabat Konsularnya agar musuh tidak dapat mengakses eksport dan import dari negara-negara bersekutu.37
32H.C.O 8350/16, Straits Times, 24.03.1916.
Usaha pembendungan ini menjelaskan hasrat untuk menyekat ekonomi Jerman dengan cara yang lebih komprehensif terutamanya daripada pasaran getah dan timah NNMB, sebagai contoh ‘The Rubber Lands (Restriction) Enactment 1917’ digunakan oleh kerajaan British untuk menghalang sebarang pemilikan tanah oleh firma asing ketika perang, hanya firma-firma
33H.C.O 8350/16, Straits Times, 25.03.1916.
34H.C.O 8350/16, Straits Times, 21.03.1916.
35H.C.O 8350/16, Straits Times, 21.03.1916.
376 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
British, warganegaranya dan penduduk tempatan diberikan kebenaran untuk mengusahakan tanah perladangan getah.
Keperluan Untuk Menyekat Perdagangan Musuh
Kegagalan British menandingi kemajuan ekonomi Jerman boleh diteliti menerusi 3 faktor utama, kegagalan untuk mengorganisasi kaedah pengeluaran, kegagalan industri British untuk mengenalpasti kehendak pasaran dunia dan sektor pembuatannya yang tidak menggalakan. Walaupun, London masih lagi menjadi pusat entrepot bagi aliran perdagangan dunia, Jerman jauh lebih terkedepan dengan jumlah produksinya yang mampu menampung keperluan pasaran sehingga tamat perang. Oleh itu, usaha pembendungan ekonomi Jerman ketika dan selepas perang amat penting dilakukan oleh British untuk memastikan Jerman tidak mampu untuk bangkit lagi bukan setakat sebagai kuasa ekonomi, malah politik antarabangsa.38
Selain itu, tumpuan firma-firma pembuatan british yang hanya memfokuskan eksploitasi mereka untuk mengumpulkan keuntungan merupakan faktor sampingan yang menyebabkan kegagalan mereka untuk bersaing dengan Jerman. Sedangkan, musuh mereka menyediakan keperluan pasaran awam yang lebih meluas. Dalam erti kata lain, ‘Englishmen tries to force you to take what he thinks best for you, but the German gives you exactly what you want.’39Kawalan terhadap bahan mentah juga perlu bukan sahaja untuk memberi manfaat
terhadap ekonomi musuh, malah untuk mengelakkan sumber-sumber tersebut digunakan semula untuk menentang British dalam perperangan. Perhatian diberikan terhadap kemampuan Jerman untuk membelakangkan Tanah Melayu dalam perdagangan antarabangsa, memandangkan negara tersebut mempunyai stok baranganya yang besar.40
British tidak menjadikan nilai perdagangan yang kecil Jerman di NNMB sebagai satu faktor penting yang memerlukan pembendungan ekonomi. Namun, disebabkan penguasaan komersial Jerman yang lebih besar di peringkat antarabangsa dilihat merupakan senjata utama Jerman dalam mengukuhkan aspek ketenteraannya dalam Perang Dunia Pertama.41Sehingga
awal tahun 1917, British tetap meneruskan usaha untuk menghalang sebarang barangan daripada pasaran antarabangsa untuk memasuki perlabuhan Jerman mahupun menjadikan Jerman sebagai transit perdagangan. Pengecualian diberikan terhadap sesetengah komoditi colonial seperti tembakau dan kopi.42
Kawalan Pasaran dan Perdagangan di NNMB
Rentetan itu, kesungguhan Majlis Persekutuan, NNMB untuk membendung perdagangan Jerman dan musuh British di Tanah Melayu jelas menerusi ‘The Customs (War Power) Enactment, 1916’. Kerajaan menegaskan bahawa sebarang barang dan komoditi dari NNMB tidak dibenarkan untuk dieskport ke negara-negara musuh, kecuali ke British ataupun jajahannya. Tambahan lagi, menerusi enakmen ini juga satu jawatankuasa Persuruhjaya Perdagangan dan Kastam telah dibentuk untuk mengawal segala aktiviti import dan eksport di NNMB. Malah, objektif penting enakmen ini ialah untuk membolehkan kerajaan mengawal aktiviti perdagangan terutamanya eksport komoditi (getah dan timah) penting NNMB ke negara musuh.43
38H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 10.04.1916 & 25.04.1916
Usaha ini juga merupakan menifestasi daripada desakan yang diterima oleh kerajaan British untuk membentuk satu suruhanjaya di setiap koloni dan wilayah naungannya. Selain berperanan untuk menyekat hubungan perdagangan dengan musuh, suruhanjaya ini penting
39H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 06.11.1916 . 40H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 08.01.1917.
41H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 29.03.1916.
untuk mengenalpasti permintaan pasaran yang akan dibangunkan oleh British menerusi koloni dan jajahannya, bagi menggantikan barangan Jerman dengan harga yang sama.44
Di samping itu, menyedari tindakan kerajaan yang agresif untuk membendung ekonomi Jerman, Pengerusi ‘The Singapore Chamber of Commerce’ menegaskan bahawa sekatan yang dilakukan seharusnya tidak boleh merosakkan jaringan perniagaan yang berjalan.45
Berdasarkan desakan ini, sebenarnya masih lagi wujud penembusan barangan dan produk di Tanah Melayu memandangkan kerajaan NNMB sendiri telah mengenakan cukai 100% terhadap barangan yang diimport dari negara musuh, sungguhpun dengan usaha ini dikatakan satu langkah untuk menutup pintu perlabuhan daripada sebarang import musuh.46Dalam pada
itu, ‘Chamber of Commerce’NNMB amat menyokong usaha kerajaan untuk mengenakan tarif perlindungan terhadap semua barangan import British ke NNMB, sedangkan cukai yang bersifat diskriminasi dikenakan terhadap import barangan dari negara musuh.47
Usaha pembendungan ini juga turut melibatkan ‘The Alien Enemies (Winding Up) Enactment 1915, Amendment Enactment No. 2, 1916’, tindakan ini adalah untuk mengehadkan hak untuk berurus niaga oleh pengusaha-pengusaha yang mempunyai kaitan samada dengan negara mahupun firma musuh.48 Usaha ini boleh dikaitkan dengan keadaan firma-firma
perniagaan Jerman yang berjaya menembusi pasaran perdagangan dengan harga barangan yang murah berbanding dengan British.49 ‘The Trading with The Enemy and The Export of Prohibited Goods Enactment, 191’ merupakan satu lagi langkah pembendungan perdagangan Jerman di NNMB ketika Perang Dunia Pertama. Enakmen ini bertujuan untuk menghalang hubungan perdagangan NNMB dengan musuh British dan menghalang eksport komiditi yang dilarang oleh kerajaan.50
Sejak tahun 1913, British gagal untuk menguasai pasaran perdagangan Jerman di sebabkan kelemahan industri pembuatannya, oleh itu ‘Allies Trade Conference’ turut digunakan antara langkah pertahanan ekonomi antarabangsa antara negara bersekutu untuk mengatasi penguasaan Jerman.51 ‘Allies Trade Conference’ turut mengakui Jerman
sememangnya telah mempunyai kekuatan untuk menyerang pasaran ekonomi bagi negara-negara bersekutu dan mereka sememangnya tidak bersedia menghadapi serangan ekonomi Jerman menjelang Perang Dunia Pertama. Oleh yang demikian, situasi ini telah membuka mata negara-negara bersekutu kekuatan sistem penembusan ekonomi Jerman yang perlu mereka atasi.52
Sekatan yang dilakukan oleh kerajaan NNMB tidak menghalang daripada negeri-negeri Melayu tersebut untuk terus meningkatkan pendapatannya. Sehingga separuh tahun 1916 hasil perdagangannya terus meningkat kepada $ 145 221 788, iaitu peningkatan sebanyak $ 2 050 157 berbanding tahun berakhir 1915. Malah, peningkatan harga komoditi timah sehingga $97.50 untuk sepikul juga merupakan antara faktor yang membawa kepada peningkatan hasil ini.53
44H.C.O 8350/16, Straits Times, 25.03.1916.
Keadaan ini membuktikan peranan NNMB sebagai pengeluar bahan mentah dan psaran bagi barangan British amat mapan sungguhpun berlaku sekatan terhadap perdagangan Jerman dan musuh British yang lain di Tanah Melayu. Sungguhpun begitu, baki surplus kewangan NNMB telah dilaburkan dalam tabung perang yang ditubuhkan di London, maka untuk
45H.C.O 8350/16, Straits Echo, 25.03.1916. 46H.C.O 8350/16, Straits Times, 25.03.1916. 47H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 22.03.1917. 48Proceedings of the Federal Council, 28.03.1916. 49H.C.O 8350/16, Free Press, 25.03.1916.
50Proceedings of the Federal Council, 17.11.1917.
378 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
menampung kekurangan surplus tersebut kerajaan NNMB telah mengenakan cukai terhadap setiap sumber.54
KESIMPULAN
Usaha pembendungan ekonomi Jerman dan negara-negara kuasa pusat lain oleh British merupakan satu taktik perang yang berkesan, apabila perdagangan Jerman lumpuh bukan sahaja disebabkan boikot oleh pasaran negara bersekutu malah tindakan militer kelautan yang dilakukan oleh British. Eric Osborne menegaskan ‘Great Britain’s economic blockage of German in World War I was one of the key elements to the victory of the Entente’.55
Sungguhpun begitu, terdapat lompang-lompang yang boleh dikesan menerusi usaha pembendungan ini apabila terdapat pedagang-pedagang bukan sahaja dari Jerman malah negara lain yang menggunakan negara-negara berkecuali sebagai pusat transit perdagangan mereka semata-mata untuk meneruskan hubungan perdagangan dengan Jerman.56
Secara keseluruhannya, walaupun NNMB telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam menampung bebanan kewangan British ketika menghadapi Perang Dunia Pertama, kedudukan ekonominya yang mapan terus menunjukan kedudukan yang positif. Sehingga tahun 1921, berlaku peningkatan hasil pendapatan NNMB apabila Jabatan Kastam mencatatkan pendapatan sebanyak $35 850 565 dan hasil daripada ‘Railways Receipt’ sebanyak $ 2 955 709.57 Pencapaian ini boleh dikaitkan dengan usaha berterusan oleh kerajaan NNMB
membangunkan ekonomi sejak era sebelum perang.58Malah, kekalahan Jerman dalam Perang
Dunia Pertama telah membolehkan British untuk menuntut ganti rugi daripada negara tersebut.59
54Proceedings of the Federal Council, 14.11.1916.
55Eric W. Osborne, Britain’s Economic Blockade of German, 1914-1919, Routledge, New York, 2004.
56The Mercury, 28.01.1916.
57C.O 717/12, Memorandum on the Federal Estimate 1921.
58C.O 717/1, Telegram from the High Commissioner for the Malay States to the Secretary of State for
the Colonies.
59C.O 717/12, Correnpondence from Government House, Singapore (Gullimart) to Colonial Office