• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Unsur Fonologi dan Morfologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Unsur Fonologi dan Morfologi"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk Kajian : Penggunaan Unsur Fonologi dan Morfologi dalam Dialek Negeri Sembilan Melalui Lirik Lagu “Apa Kono Eh Jang”

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek Negeri Sembilan serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian

ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air dan merupakan suatu kawasan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.Masyarakatnya mempunyai ciri-ciri bahasa atau dialek yang berbeza daripada Bahasa Melayu yang

‘standard’.Dialek Negeri Sembilan yang ada sekarang ialah suatu aspek budaya yang banyak dipengaruhi oleh dialek Minangkabau.Menurut sejarah yang didapati oleh

pengkaji, sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan sekarang ialah keturunan orang-orang Minangkabau atau orang-orang Siak yang berhijrah ke beberapa tempat dalam Semenanjung Malaysia, terutama sekali Negeri Sembilan.

Antara unsur dialek Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh Minangkabau ialah bunyi vokal dan konsonannya.Penduduk-penduduk Negeri Sembilan bertutur

menggunakan dialek tersendiri.Perbezaan antara Negeri Sembilan daripada dialek umum bahasa Melayu terletak pada sebutan kata-katanya.

Menurut Sharman Abu (“Sistem Bunyi Konsonan dalam Dialek Negeri Sembilan”,

(2)

Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin mengkaji penggunaan dialek Negeri Sembilan dengan menggunakan lirik lagu “ Apo Kono Eh Jang” yang dipopularkan semula oleh

Ally Noor dan Mastura.

Kajian terhadap dialek lain masih agak kurang, khususnya dialek Negeri Sembilan. Kajian ini adalah salah satu usaha meneliti aspek sosiolinguistik di Negeri Sembilan,

dengan tumpuan terhadap bunyi dan pembentukan struktur kata dalam dialek Negeri Sembilan.Kajian ini diharap dapat membantu masyarakat untuk memahami dialek

Negeri Sembilan dengan lebih mendalam.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990;217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek sebagai variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang ditentukan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek bentuk tertentu yang

dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa standard, baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan

tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Mengikut Asmah Haji Omar (2008: 153-154), di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh kumpulan dialek. Pembahagian dialek ini adalah berdasarkan perbandingan

aspek-aspek fonologi. Dialek-dialek yang telah dikenalpasti adalah :

i. Dialek yang letaknya di Barat Laut yang meliputi kawasan Perlis, Kedah

(3)

iii. Dialek Selatan yang meliputi Perak selatan, Selangor, Melaka dan Johor. iv. Dialek Kelantan yang kawasannya ialah Negeri Kelantan dan juga

meliputi kawasan-kawasan sempadan Pahang dan Terengganu. v. Dialek Terengganu yang terletak di bahagaian Timur Semenanjung. vi. Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang.

vii. Dialek negeri Sembilan yang terdapat di negeri Sembilan.

Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ‘morphology’. Istilah morphology terbentuk daripada unsur morph,o, dan logy. Morph membawa pengertian bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata.

Nik Safiah Karim (2010) menjelaskan bahawa morfologi adalah bidang ilmu

bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Yang dikatakan struktur ialah susunan unsur bahasa dalam kata atau ayat. Misalnya, struktur kata

bagi minuman ialah kata dasar+akhiran (minum+an).

Bentuk merupakan rupa atau pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Misalnya, kata boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk gandaan,bentuk majmuk, dan bentuk akronim. Golongan kata pula ialah jenis kata. Berdasarkan golongan, kata boleh dibahagikan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba dan kata tugas.

(4)

Menurut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Sehubungan itu, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mengenai cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan atas beberapa objektif utama iaitu :

i. Untuk mengenal pasti dialek negeri Sembilan dalam lirik lagu “Apo kono Eh Jang”.

ii. Untuk mengenal pasti perbandingan di antara dialek Negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard dari segi fonologi.

(5)

3.0 Kepentingan Kajian

Kajian lapangan ini dilakukan oleh pengkaji atas beberapa kepentingan terhadap masyarakat iaitu:

i. Untuk menambahkan kefahaman masyarakat terhadap dialek negeri Sembilan.

ii. Untuk memastikan masyarakat dapat mengenal pasti perbezaan bunyi dan

struktur ayat antara dialek negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard.

4.0 Skop Kajian

Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada dialek negeri Sembilan yang menggunakan unsur fonologi (bunyi) dan morfologi (struktur ayat).

5.0 Batasan Kajian

Kajian ini hanya berdasarkan lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” yang menggunakan dialek negeri Sembilan. Daripada lirik tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti terdapat 78 buah perkataan yang menggunakan dialek itu. Dari

segi morfologi, pengkaji mendapati terdapat sebanyak 6 perkataan yang mengalami unsur pemendekan. Selain itu, dari segi fonologi pula, pengkaji juga

(6)

6.0 KAEDAH KAJIAN 6.1 Mendapatkan Data Kajian Teks

Pengkaji mendapatkan bahan kajian melalui kaedah kajian teks iaitu lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”. Lirik lagu tersebut digunakan dalam kajian ini untuk mengenal

pasti dialek negeri Sembilan. Selain itu, pengkaji juga ingin menentukan jumlah perubahan vokal dalam dialek negeri Sembilan. Pengkaji juga ingin mengenal pasti

perbandingan di antara penggunaan struktur kata dalam dialek negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard.

6.2 Mengumpul Data

Lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai dialek negeri Sembilan, penggunaan struktur kata yang berlainan dengan

bahasa standard dan perubahan vokal dalam dialek tersebut. Daripada penelitian pengkaji, terdapat 78 buah perkataan yang menggunakan dialek negeri Sembilan, 6

unsur kependekan kata serta 34 buah perkataan dialek negeri Sembilan yang mengalami perubahan vokal. Lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” membantu pengkaji dalam menghasilkan kajian berdasarkan ketetapan objektif kajian. Fokus kajian ialah

(7)

6.3 Menganalisis Data

Pengkaji telah meneliti dan menganalisis lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” yang menjadi sumber kajian ini. Hasil-hasil yang diperoleh telah diasingkan mengikut

(8)

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Mengenal Pasti Dialek Negeri Sembilan dalam Lirik Lagu “Apo Kono Eh Jang"

Daripada lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”, pengkaji dapat mengenal pasti

sebanyak 78 buah perkataan yang menggunakan dialek negeri Sembilan. Hasil kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut :

Jadual 1 : Perkataan yang Menggunakan Dialek Negeri Sembilan

Bil. Dialek N. Sembilan Bahasa Melayu Standard

(9)
(10)

7.2 Mengenal Pasti perbandingan antara Dialek Negeri Sembilan dengan Bahasa Melayu Standard dari Segi Morfologi

Daripada lirik lagu “Apo Kono Eh Jang”, pengkaji dapat mengenal pasti sebanyak 6 unsur klitik dalam dialek negeri Sembilan. Hasil kajian adalah seperti

yang ditunjukkan di dalam jadual berikut :

(11)

5. Kau engkau

6. Nak hendak

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji dapat merumuskan unsur kependekan kata ‘ni’dan ‘tu’ yang terdapat dalam lirik lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ dapat dikategorikan di bawah kata ganti nama tunjuk. Kata Ganti Nama Tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjukkan sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata Ganti Nama Tunjuk dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama tunjuk tempat dan kata ganti nama tunjuk hal. Manakala ‘tak’ tergolong dalam kata nafi. Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan sesuatu. Kata nafi hadir pada awal frasa, sama ada frasa nama, frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama. Selain itu, ‘dah’ dan ‘nak’ merupakan golongan kata bantu. Sementara itu, ‘kau’ tergolong dalam kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri orang kedua merujuk kepada orang yang dilawan bercakap. Ganti nama diri kedua boleh merujuk kepada pendengar dalam konteks perbualan bersemuka, atau pembaca dalam media tulisan. Kata ganti nama diri orang kedua boleh digunakan dalam jumlah tunggal atau jamak bergantung kepada konteks penggunaannya.

7.3 Mengenal Pasti Perbandingan di antara Dialek Negeri Sembilan dengan Bahasa Melayu Standard dari Segi Fonologi

(12)

Sebelango

Berdasarkan kajian yang di buat, pengkaji mendapati dialek Negeri Sembilan banyak menggunakan huruf vokal [o]. Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah kearah lelangit lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vocal [u]. Udara dari

paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

Hasil kajian telah dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu dicatatkan perkataan-perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut susunan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan yang berbeza dalam

perkataan. Bagi setiap perkataan itu di tuliskan ejaannya, transkripsi fonetik sebutan bakunya dan sebutanya mengikut dialek Negeri Sembilan. Dengan demikian,

(13)

[Muka] [Muko]

[Mata] [Mato]

[Duka] [Duko]

[Kita] [Kito]

[Muda] [Mudo]

[Guna] [Guno]

[Jua] [Juo]

[Tangga] [Tanggo]

Rajah di atas menunjukkan perubahan vokal [a] kepada vokal [o] disebabkan oleh dialek daerah negeri Sembilan. Contoh perubahan vokal yang selebihnya ditunjukkan pada rajah 1.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat merumuskan beberapa perkara. Pertama

sekali, dapatan jumlah dialek negeri Sembilan yang terdapat di dalam lirik lagu “Apo Kono Eh Jang” ialah 78 buah perkataaan kesemuanya. Hasil tersebut dapat diperoleh

setelah pengkaji mengasingkan setiap perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk jadual (Jadual 1). Antaranya ialah ‘omak’, ‘eden’, ‘poi’ dan ‘manih’. Selain itu, pengkaji juga dapat merumuskan bahawa terdapat sebanyak 6 unsur kependekan di

dalam lirik lagu tersebut. Contohnya, ‘tak’, ‘dah’, ‘ni’ dan ‘tu’. Unsur-unsur tersebut pula tergolong dalam beberapa golongan kata seperti kata nafi, kata tunjuk, kata bantu

(14)

Misalnya, pergi (poi), emak (omak), saya (eden), dan manis (manih). Di samping itu, pengkaji bersetuju bahawa apabila sesuatu perkataan itu mengalami perubahan bunyi

(fonologi), maka ia turut mengalami perubahan dari segi morfologinya iaitu sistem ejaan. Pengkaji juga membuat kesimpulan bahawa dialek negeri Sembilan banyak menggunakan vokal [o] dalam sebutannya.

9.0 PENUTUP

Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Hakikatnya setiap dialek mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan suatu disiplin

bahasa yang menarik untuk di kaji. Pelbagai kajian perlu di jalankan, misalnya dalam aspek penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek

Referensi

Dokumen terkait

Data yang digunakan dalam pembuatan kurva berasal dari data retensi likopen selama penyimpanan pada suhu ruang, sedangkan pembuatan kurva dimaksudkan untuk menentukan

Dalam hal ini akan dibuat system catu daya emergency genset ( 200 KVA) yang dapat menghidupkan atau mematikan (ON-OFF) engine genset secara otomatis (tanpa peranan

Berdasarkan pengamatan sosio–kultural, Kuntowijoyo menilai bahwa selama ini umat Islam belum mendasarkan gerakannya pada elaborasi yang mendalam tentang realitas

Komputer merupakan suatu alat untuk melakukan kegiatan dalam bidang administrasi atau tempat untuk menyimpan ribuan data yang bisa diproses sewaktu-waktu tanpa

Menikah, mempunyai anak adalah dambaan bagi setiap wanita. Namun semua itu mengandung konsekuensi logis. Pasangan suami istri tidak hanya cukup bahagia menyambut kehadiran

Penelitian yang ketiga adalah Jurnal Acta Diurna oleh Rendy Wuysang (2014) yang berjudul “Modal Sosial Kelompok Tani Dalam Meningkatkan Pendapatan Keluarga Suatu Studi

Kedua kasus diatas menjadi menarik karena pasien saat datang ke IGD rumah sakit ada beberapa tanda dan gejala serta pemeriksaan penunja ng sama yang mengindikasikan ba

Semua kegiatan yang merupakan amanah peraturan perundang-undangan dalam berbagai bentuk yang pada intinya merupakan representasi yang harus dilakukan oleh lembaga Legislatif Daerah,