• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTEGRASI ICT DAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INTEGRASI ICT DAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

JAUH

INTEGRASI ICT DAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM PELAKSANAAN

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI

MALAYSIA

MUHAMAD AZLIN BIN ISMAIL

760720-05-5347

(2)

JAUH

Tajuk Penyelidikan

Integrasi ICT Dan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Dan

Pengajaran Di Kolej Komuniti Malaysia

1.0 Pendahuluan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan suatu pendekatan baru dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kaedah pembelajaran terbaharu ini, pelajar bebas menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak mereka. Pensyarah atau guru kini perlu mengolah sistem pembelajaran konvensional yang memerlukan pelajar mengikuti sesuatu jadual agar menjadi lebih fleksible. PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan telesidang. Prof Amin Embi (2014) mencadangkan Flipped Classroom atau Kelas Terbalik, iaitu kaedah pengajaran di mana arahan dihantar secara online di luar dewan kuliah dan tugasan atau projek dilakukan dalam kelas.

Pelbagai syor agar bilik darjah tradisional atau sesi kuliah diubah kerana pelajar kini sudah mula belajar perkara asas melalui video pengajaran online iaitu MOOC secara percuma. Dengan itu kaedah pengajaran tradisional sudah tidak sesuai lagi.

(3)

JAUH

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau kefahaman pensyarah Kolej Komuniti mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dan mengukur tahap penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti. Dalam kajian ini, penulis akan mengetahui tanggapan dan penerimaan terhadap Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dan tahap penggunaan teknologi maklumat mereka dan elemen kemanusiaan dalam PdP.

Oleh yang demikian itu, tujuan kajian ini adalah seperti berikut :

2.1 Untuk mengukur tahap kefahaman pensyarah mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam talian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah pelajar. Dalam kajian ini, kefahaman dimaksudkan sebagai sejauhmana pensyarah mempunyai pengetahuan mengenai Pendidikan Jarak Jauh dalam talian melalui pengalaman, pembacaan dan perbincangan. Tujuan pertama kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pensyarah memahami Pendidikan Jarak Jauh dalam talian dengan menyelidiki pengetahuan pensyarah mengenai ciri-ciri Pendidikan Jarak Jauh dalam talian, perbezaannya dengan Pendidikan Jarak Jauh konvensional dan tahap pengetahuan mereka mengenai teknologi Pendidikan Jarak Jauh dalam talian. Ini bersesuaian dengan kajian Black (1992) yang mendapati bahawa pengetahuan pensyarah yang tinggi mengenai Pendidikan Jarak Jauh mempengaruhi secara positif sikap mereka terhadap Pendidikan Jarak Jauh.

(4)

JAUH

Penerimaan adalah “… sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan” (Kamus Dewan 2005 Edisi Keempat). Manakala kesediaan adalah perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan untuk berjuang demi bangsa dan negara (Kamus Dewan 2005 Edisi Keempat). Bagi mencapai tujuan ini, sikap dan tanggapan pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh dalam talian dikaji. Ini merangkumi sikap dan kesediaan pensyarah kolej komuniti untuk memenuhi gaya baharu pembelajaran, pendekatan pembelajaran serta kesediaan, minat dan keyakinan mereka terhadap kaedah pendidikan jarak jauh dalam talian.

2.3 Untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan pensyarah dalam aktivti PdP

Penggunaan didefinisikan sebagai “perihal (perbuatan, kegiatan dan lain-lain) menggunakan sesuatu”(Kamus Dewan 1994). Untuk memenuhi tujuan ketiga kajian ini, penulis mengkaji kekerapan penggunaan perisian dan tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah. Ini perlu untuk melihat hubungan di antara tahap penggunaan teknologi maklumat dengan persepsi pensyarah terhadap pendidikan jarak jauh dalam talian. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh Heath (1996) mendapati pengetahuan dan penggunaan teknologi pengajaran yang tinggi ada hubungan dengan sikap positif terhadap pendidikan jarak jauh. Cabaran untuk menyesuaikan kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengajaran juga sebenarnya mempengaruhi kaedah dan pedagogi yang pengajar gunakan dalam pengajaran (Burgstahler, Duclos & Turcotte 2000). Perkara ini sebenarnya tidak akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya pengajarmempunyai tahap pengetahuan dan kesediaan yang baik terhadap mahasiswa/mahasiswi berkeperluan khas

Di samping itu, penulis juga ingin melihat adakah umur, tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan pemilikan komputer mempengaruhi tahap penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah.

(5)

JAUH

Kemajuan ICT yang tidak pernah berhenti memerlukan perubahan dalam bidang pendidikan terutama semasa aktiviti PdP. Perubahan yang paling ketara kini ialah peningkatan dalam aspek ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama (sharable) dan keterbukaan (openness) di mana sumber-sumber ilmu ini boleh diakses secara percuma oleh komuniti global. Pensyarah Kolej Komuniti khas dalam bidang Tvet perlu peka dan bertindak segera agar seiring dengan perkembangan arus semasa.

Arus perubahan dalam kaedah PJJ pada hari ini bukan sahaja memerlukan tindakan sesetengah pihak tetapi semua pihak termasuk Kolej Komuniti. Hal ini kerana penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan tidak boleh dipisahkan. PJJ dalam talian melibatkan kepakaran penggunaan teknologi maklumat. Dalam hal ini, pentadbiran Kolej Komuniti perlu memberi perhatian sama ada tenaga pengajar PJJ bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Apakah sikap dan tanggapan para pensyarah, bagaimanakah mereka menangani perubahan tersebut, adakah pembaharuan dalam pendekatan PJJ ini diterima oleh para pensyarah, adakah pensyarah bersedia untuk melaksanakan perubahan tersebut dan adakah mereka faham faedah yang dibawa oleh teknologi maklumat di dalam pengendalian PJJ menjadi isu yang perlu diberi perhatian. Justeru, pihak pentadbiran universiti perlu mengambil berat mengenai persepsi pensyarah terhadap sesuatu pembaharuan yang berlaku dalam persekitaran pendidikan sebelum melaksanakannya.

Konten, bahan akademik dan sumber ilmu yang tersediakan di Internet yang boleh diakses secara percuma untuk semua peringkat dan semua lapisan masyarakat.

3.1 OER

(6)

JAUH 3.2 OCW

Open Course Ware (OCW) dimulakan oleh MIT pada tahun 2001 dan hingga kini terdapat lebih 2,000 kursus yang telah ditawarkan dengan pelawat yang telah mengakses kepada konten kini mencecah sehingga 125 juta orang. Di samping MIT, terdapat banyak Universiti terkemuka di dunia menyediakan OCW untuk diakses oleh komuniti global.

3.3 MOOC

Massive Open Online Course (MOOC) lahir pada tahun 2008 daripada pergerakan OER. Definisi MOOC adalah seperti berikut:

M-Massive. Terminologi ini membawa maksud berskala besar dalam lingkungan 10,000 -100,000.

O-Open. Terbuka membawa makna percuma dari segi pendaftaran, konten and juga dari segi akses.

O-Online. Atas Talian membawa makna penggunaan Internet sebagai medium interaksi (forum, kolaborasi berasaskan web, web seminar, dll) dan aktiviti ini dijalankan secara langsung.

C-Course. Kursus membawa makna program yang membawa kredit untuk pensijilan. Ia mempunyai tarikh mula dan akhir dan mempunyai pengurus kursus yang membantu proses pembelajaran. Kewujudan komuniti pelajar yang ramai.

MOOC merupakan gelombang pendidikan yang hangat diperkatakan oleh masyarakat ramai kini kerana wujudnya pembekal yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat seperti Coursera, edX dan Udacity yang sedang berkerjasama dengan universiti terkenal di dunia untuk menawarkan kursus yang boleh mencecah puluhan malahan ratusan ribu orang.

(7)

JAUH

4.0 Skop kajian / Rangka kajian

Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti di Malaysia yang melaksanakan pembelajaran dalam talian dalam proses pembelajaran dan Pengajaran ( PdP ) dan Pendidikan Jarak Jauh. Penulis memilih 100 orang pensyarah sebagai responden daripada beberapa buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia sebagai lokasi kajian. Ini disebabkan belum ada kajian yang dilakukan untuk mengkaji persepsi pensyarah Kolej Komuniti. Tambahan pula, dari kajian yang dilakukan oleh Phipps dan Merisotis (1999) ke atas lebih 700 artikel mengenai PJJ di seluruh dunia didapati bahawa isu-isu berkaitan dengan tenaga pengajar adalah paling sedikit diselidiki berbanding dengan isu pentadbiran universiti. Ini untuk memberikan gambaran ke atas tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pensyarah Kolej Komuniti yang belum terlibat dengan PdP dan PJJ dalam talian.

5.0 Metodologi kajian

(8)

JAUH

Kajian akan dilaksanakan secara borang kaji selidik dan temubual. Pemilihan responden juga dilakukan merentasi bidang pengkhususan dan kepakaran yang meliputi bidang system komputer dan sokongan, pelancongan dan pengembaraan, teknologi elektrik, pengajian am, Bahasa inggeris, IT dan Automotif.

6.0 Kerangka Teori

Di dalam melaksanakan pembaharuan dalam kerja dan pembelajaran beberapa model dan teori boleh dijadikan model dan rujukan

6.1 Model Rumler

Di dalam menilai tahap kebolehan atau kompetensi sumber manusia Rumler (1992)

memperkenalkan suatu model penilaian terhadap tindak balas atau tindakan terhadap situasi

kerja. Tindak balas atau tindakan tersebut wujud daripada kesan atau hasil kerja individu di mana

segala maklumat yang di perolehi daripada hasil kerja disalurkan kepada individu bagi mengenal

pasti individu tersebut menginterpretasikan maklumat tersebut merupakan kesan yang positif,

negatif atau neutral (Rothwell dan Kazanas, 1992 di dalam Kahirol dan Nor Lisa 2007).

Kesan Tindakan

Individu Situasi pekerjaan

(9)

JAUH

Rajah 1 : Model Rumler

Model ini menekankan kepada pelbagai situasi pekerjaan yang akan memberi pengaruh

kepada tindakan individu yang akhirnya akan memberi kesan kepada organisasi. Melalui kesan

perubahan tingkah laku yang dilihat tersebut maka maklum balas boleh diberi sama ada kepada

individu terbabit ataupun perubahan tindakan di dalam memberi kesan yang lebih baik.

6.2 Model Bandura

Bandura merupakan seorang tokoh yang telah mempelopori suatu teori yang

berkaitan dengan faktor sosio-kognitif dan kesannya terhadap peraturan kendiri dan

pencapaian. Menurut Early (1994) efikasi kendiri didapati mempunyai perkaitan dengan

keberkesanan latihan. Stadjkovic dan Luthans (1998) pula dalam kajian mereka

mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara efikasi kendiri dengan

prestasi kerja.

Bandura (1986) menyatakan bahawa efikasi kendiri didefinisikan sebagai

pertimbangan seseorang mngenai kemampuannya mengelola dan melaksana

tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai prestasi yang ditetapkan. Beliau menambah efikasi

kendiri akan mempengaruhi prestasi dengan meningkatkan usaha dan kecekalan. Individu

yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bekerja lebih rajin dan mampu bekerja di

dalam tempoh yang lama dibandingkan dengan individu yang mempunyai efikasi yang

rendah. Secara keseluruhannya efikasi kendiri boleh didefinasikan sebagai suatu

penilaian individu terhadap kebolehan dirinya untuk menyusun dan melaksanakan

(10)

JAUH

Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu di dalam menyelesaikan

masalahnya serta sejauhmana keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wan Haslina (2003) menjelaskan bahawa efikasi kendiri penting kepada individu dalam

melaksanakan tugasan dan menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam pembelajaran,

pekerjaan atau kehidupan. Betz (2000) mendapati bahawa teori kognitif sosial Bandura

ini mempunyai banyak kegunaan dalam mengkaji sikap terhadap kerja.

Berikut merupakan rajah hubungan sumber-sumber efikasi kendiri dengan

tindakan yang akan diambil :

(11)

JAUH

7.0 Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikaji

Dorongan kajian ini penting untuk menentukan impak dan kesesuaian PJJ dalam talian

i. Tahap kesediaan dan penerimaan pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran ini

ii. Implimentasi kaedah dalam talian dalam kaedah PdP terhadap pelajar iii. Keberkesanan teknik PJJ atas talian ini

iv. Ketidakpercayaan mereka kepada sistem dalam talian

v. Ketidakfahaman mereka terhadap operasi PJJ dalam talian vi. Tahap kawalan pengajar yang minimum ke atas pelajar

7.0 Rangka Jadual Kerja

Bil Perkara

Mac 2015 Merangka proposal dan perbincangan dengan pensyarah UPSI

Iaitu Dr RIDZWAN BIN CHE’RUS

Julai – Disember 2015 Membuat permohonan Phd di UPSI dan pada dasarkan telah mempunyai supervisor iaitu Dr Ridzwab Bin Che’Rus

(12)

JAUH

Bibliografi ringkas

Kamus Dewan . 2005. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heath, C. 1996. Faculty Attitudes Towards Distance Education and Use of Instructional

Technology. (atas talian) http://www.syllabus.com/syll99_proceedings/FACUL.HTM. (13 Julai 2000).

Black, E.J. 1992. Faculty Support for University Distance Education. Journal of Distance Education TEKNOLOGI INFORMASI. FORISTEK, 2(1).

Zakaria, M., Zahiri, M. A., Aris, B., & Harun, J. (2007). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2.

Akhlis, I., & Dewi, N. R. (2014). Pengembangan Perangkat Pembelajaran Science Berorientasi Cultural Deviance Solution Berbasis Inkuiri Menggunakan ICT untuk Mengembangkan Karakter Peserta Didik. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia (Indonesian Journal of Science Education), 3(1).

Razak, R. A., & Rahman, M. A. (2013). Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan guru ICTL. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 30.

Hussin, N., & Rasul, M. S. (2013). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Online Journal of Islamic Education, 1(2).

(13)

JAUH

DR RIDZWAN BIN CHE’RUS

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukan bahwa disiplin, kompensasi, lingkungan kerja secara simultan berpengaruh signifikan terhadap produktivitas kerja karyawan di PT.PLN (Persero)

Hasil penelitian didapatkan sebagian (54,2%) responden di wilayah kerja Puskesmas Muara Kumpeh berperilaku kurang baik dalam pencegahan filariasis, sebagian (59,4%)

Doa-doa dan harapan yang disampaikan oleh modin tersusun dalam sebuah satuan wacana yang utuh dan tersusun menjadi sebuah rangkaian bahasa yang mampu membawa pelaku

Saat ini, banyak penelitian yang lebih fokus terhadap upaya untuk mereduksi tingkat kecanduan game online.. Namun, masih minim sekali penelitian yang membahas tentang

Perancangan proses yang dimaksud adalah bagaimana sistem akan bekerja, proses-proses apa yang akan digunakan mulai dari masuknya data input yang kemudian diproses

Berbagai persoalan dan cobaan yang menimpa kehidupan manusia yang bersifat buruk atau yang dipandang tidak baik juga merupakan faktor dan penyebab munculnya gangguan jiwa

Dengan memberikan kesan baru berupa perancangan Cafe- Library and Resto pengunjung dapat menikmati hidangan restoran, juga dapat membaca atau mencari informasi pada

KPU Kota Semarang pada strateginya, melihat berdasarkan jangka panjang pada pembelajaran melalui Pemilihan Walikota dan Wakil Walikota sebelumnya yaitu pada tahun