• Tidak ada hasil yang ditemukan

SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDA"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

(2)
(3)
(4)

SATU KAJIAN CABARAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MUAR JOHOR.

MAIZURA BINTI MOHD YUNUS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(5)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

(6)

iii

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi Ayahanda & Bondaku,

Mohd Yunus Bin Samion & Nor’aini Binti Jais

Dengan doa dan restu dari kalian berdua ku dapat menjejaki diri ke manara gading

Untuk ku mencapai cita-cita dihati.

Kepada ahli keluargaku, Kak Long, Adek Lia dan Adek Siti

Terima kasih atas segala dorongan, semangat dan bantuan Yang telah kalian sumbangkan kepadaku selama ini.

Yang dikasihi dan disayangi, Ayah, Ibu dan Amin Bin Zakariah

Terima kasih diatas segala bimbingan, dorongan dan bantuan Yang telah kau curahkan kepadaku selama ini.

Buat pembimbing yang dihormati, Encik Mahyuddin Bin Arsat

Terima kasih di atas segala bimbingan dan tunjuk ajarmu selama ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabatku dari 4 SPJ Terima kasih diatas segalanya.

(7)

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada pensyarah pembimbing, Encik.Mahyuddin Bin Arsat yang sentiasa menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ladang Air Manis, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Sekolah Kebangsaan Simpang 4, Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat, dan Sekolah Kebangsaan Parit Bulat Muar yang banyak membantu untuk mengedarkan dan menjawab soal selidik ini semasa proses kajian ini dijalankan.

(8)

v

ABSTRAK

(9)

ABSTRACT

(10)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

(11)

1.8 Batasan Kajian 11

(12)

ix

(13)

4.4 Analisis Perbandingan Min 66

4.5 Penutup 67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian Secara Keseluruhan

(14)

xi

5.4 Rumusan 80

5.5 Cadangan 81

5.6 Kajian Lanjutan 82

5.7 Penutup 82

(15)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Responden Kajian 34

3.2 Jumlah Sekolah Kajian 35

3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor Demografi Responden

38

3.4 Bilangan Item Bahagian B 39

3.5 Skala Likert (Lima Mata Skor) 39

3.6 Pekali Alpha Cronbach 42

3.7 Perubahan Skala Likert 44

3.8 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Masa Perjalanan Dari Tempat Tinggal Ke Sekolah

50

4.4 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Sikap Individu

52

4.5 Analisis Min 55

4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Keselamatan

56

(16)

xiii

4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Kemudahan Asas Pengajaran Dan Infrastruktur

59

4.9 Analisis Min 62

4.10 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Faktor Sosiobudaya

63

4.11 Analisis Min 65

(17)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Bilangan Sekolah Rendah Dan Menengah Yang Kekurangan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

27

2.1.1 Sekolah Rendah 27

2.1.2 Sekolah Menengah 27

5.1 Soalan Kajian 1 70

5.2 Soalan Kajian 2 73

5.3 Soalan Kajian 3 75

5.4 Soalan Kajian 4 77

(18)

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

RMK - Rancangan Malaysia Ke

SPSS - Statistical Package For The Social Science

(19)

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Pengesahan Item Soal Selidik

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian D Surat Pengesahan Ke Sekolah

E Surat Pengesahan Daripada Sekolah F Surat Pengesahan Pelajar

(20)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Untuk mencapai era Wawasan 2020 terdapat dasar-dasar kerajaan yang bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang ekonomi, politik, sosial, agama, pendidikan dan sebagainya. Dasar ini akan berubah mengikut pandangan kerajaan, keperluan semasa dan perkembangan antarabangsa yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menurut acuan sendiri. Istilah maju di sini membawa maksud maju dari aspek ekonomi, politik, sosial, rohani, budaya dan pendidikan.

(21)

menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian manakala Sekolah Tamil disediakan oleh majikan estet dan Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan menengah Inggeris bagi semua kaum. Oleh yang demikian, kesannya wujud sekolah berbilang bangsa dan mengikut kaum.

Bagi mencapai objektif dasar pendidikan, ini terdapat beberapa strategi pelaksanaan yang telah direncanakan iaitu menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama, mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun, menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi sekolah menengah, memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik, mempelbagaikan dan memperbanyakan kemudahan pendidikan di peringkat universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum seperti kadet polis dan tentera.

Bagi menjayakan semua dasar pendidikan ini, guru telah diberikan amanah dan bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan modal insan yang berguna, bertanggungjawab, serta yang tinggi martabatnya selari dengan apa yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani,

(22)

3

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

mulia, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

Negara.”

Pada 31 Mac 2006, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan iaitu rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang daripada aspek pembangunan sosial, memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya dan berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.

(23)

semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Segala pelaksanaan program/projek perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka kerana setiap individu berhak bersuara terhadap kualiti pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah. Oleh itu, KPM telah mengenal pasti indikator prestasi utama untuk setiap teras bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan. Berlandaskan situasi ini serta pengagihan siling peruntukan yang terbesar kepada pendidikan, KPM komited dalam menyediakan kad laporan prestasi, dua kali setahun.

Salah satu teras yang terkandung dalam PIPP ini ialah memartabatkan profesion keguruan. Melalui teras ini, KPM sentiasa berusaha memartabatkan profesion keguruan supaya kekal dihormati bersesuaian dengan peranan penting para guru dalam pembangunan modal insan. Sehubungan itu, tiga komponen utama diberi penekanan dalam teras ini iaitu kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru ( Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010).

(24)

5

baik insentif dan mewujudkan skim ansuran khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. (Utusan Malaysia, Sabtu, 17 Jan. 2007).

Selain kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh guru-guru sedia ada seperti Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein yang akan berfungsi untuk menjaga segala aspek kebajikan dan pembangunan guru seperti bantuan khairat, bencana kecemasan, pendidikan anak-anak dan pembangunan profesionalisme keguruan. (Berita Harian).

1.2 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysian telah memberi insentif tambahan RM500 hingga RM1,500 untuk guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar dan kawasan pedalaman. Begitu juga peruntukan tambahan RM 2.6 bilion di Semporna, Sabah menerusi Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Semuanya dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 2.2 juta orang pelajar dan lebih 14,000 orang guru yang berkhidmat di pedalaman seluruh Negara (Berita Harian, 26 Mac 2007).

(25)

wajar dipuji. Beliau berkata, bila mengajar di luar bandar setiap guru itu dapat mengumpul pengalaman unik tidak ternilai. Pokok pangkalnya ialah integriti dan jati diri guru itu sendiri. Atas kesungguhan dan kesanggupan bersusah payah dengan keperluan asas yang disediakan kerajaan, hanya guru yang terbilang sahaja mampu menambah nilai kepada modal insan dari pedalaman. Maka bermaknalah kata-kata ‘guru berkhidmat cemerlang untuk negara gagah gemilang’.

Sungguhpun demikian, walaupun telah diberi pelbagai keistimewaan namun masih lagi berlaku isu kekurangan guru di pedalaman. Sekolah-sekolah di pedalaman merupakan sekolah-sekolah yang sukar mendapat guru-guru terlatih yang mencukupi. Ada kalanya guru-guru yang dihantar tidak melaporkan diri, sebahagiannya berjaya merayu dan ditempatkan di tempat-tempat pilihan mereka. Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini tidak mendapat pendedahan secukupnya untuk membolehkan mereka bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Terdapat jurang yang begitu ketara dari segi kemudahan dan peralatan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar.

(26)

7

Menurut statistik, pada awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam. Disebabkan kekurangan infrastruktur ini juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada keengganan guru bertugas di kawasan pedalaman.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan daripada apa yang dibincangkan dan menjadi persoalan sekarang ialah kebanyakan guru enggan dan ingkar untuk mengajar di kawasan pedalaman mengakibatkan masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah pedalaman terus berlaku setiap tahun. Ini kerana bilangan guru di kalangan pendidik yang mengajar di kawasan pedalaman yang masih kecil, pemohonan berpindah ke tempat asal oleh guru yang telah berkhidmat selama 3 hingga 5 tahun di pedalaman dan terdapat persaraan di dalam kalangan guru tersebut. Sehubungan itu, dengan mewajibkan penempatan guru-guru baru untuk berkhidmat di pedalaman dijangka boleh mengatasi masalah tersebut.

(27)

pedalaman, masih ada guru yang sanggup berkorban demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai pendidik. Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telah dikejutkan dengan kematian seorang guru Pendidikan Islam yang ditemui mati di Sungai Sagang Kapit, Sarawak pada 11 Mei lalu di Kampung Air Merah (Berita Harian 2007). Situasi ini membuktikan keselamatan guru di kawasan pedalaman masih kurang terjamin kerana kedudukan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain sangat jauh dengan situasi kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya. Ini menyukarkan pergerakkan guru untuk menyediakan kemudahan asas pengajaran memandangkan keadaan kawasan kedai yang sangat jauh dari pedalaman.

Berdasarkan permasalahan tersebut, didapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dan sering dilalui oleh guru yang bertugas di kawasan pedalaman sehingga ianya mempengaruhi keengganan guru lain untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Situasi ini telah mendorong kepada pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru di kawasan pedalaman.

1.4 Objektif Kajian.

(28)

9

1.4.1 Mengenal pasti faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.2 Mengenal pasti faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.3 Mengenal pasti faktor kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

1.4.4 Mengenal pasti faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di sekolah-sekolah Daerah Muar, Johor. Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik telah mengemukakan empat persoalan kajian seperti berikut :-

1.5.1 Adakah faktor sikap individu menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

1.5.2 Adakah faktor keselamatan menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

(29)

1.5.4 Adakah faktor sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti masalah dan cabaran sebenar yang dihadapai oleh guru yang berkhidmat di pedalaman. Salah satu faktor ini mungkin menjadi penghalang kepada guru untuk mengajar di kawasan pedalaman.

Dapatan daripada kajian ini juga amat berguna bagi pihak kerajaan untuk membuat pembaharuan dalam usaha menyediakan bakal guru agar lebih bersedia dalam apa jua keadaan terutamanya dari segi ketahanan mental dan emosi.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:

Referensi

Dokumen terkait

Seda.ngkan yang dimaksud dengan kualitas pembelajaran pendidikan agama Islam adalah tingkat baik buruknya suatu upaya belajar siswa tentang ajaran Islam sebagaimana yang

Sesi temuramah dijalankan kepada golongan pengguna yang dljangka akan menggunakan sistem ini. Di antara golongan pengguna tersebut ialah individu yang mempunyai latar

3DGD VDDW GLODNXNDQ DQDOLVLV GRNXPHQ PDND 5HQFDQD 3HODNVDQDDQ 3HPEHODMDUDQ 533 VHFDUD XPXP \DQJ GLGHVDLQ ROHK SHQGLGLN GL 07V 6ZDVWD 7HODGDQ *HEDQJ .DE /DQJNDW WHUNDLW PDWD

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja yang diungkapkan oleh Luthans (2006) meliputi aspek kepuasan terhadap pekerjaan itu sendiri, yakni dimana persyaratan

Penelitian menggunakan metode Ranti’s Generic IS/IT Business Value yang berkolaborasi dengan metode Economic Value Added (EVA) telah cukup banyak dilakukan sebelumnya,

23 Tahun 2006 tentang Pedoman Teknis dan Tata Cara Pengaturan Tarif Air Pada Perusahaan Daerah Air Minum, maka manajemen PDAM Tirta Mountala mengadopsi regulasi tersebut

Sebaiknya Dinas Kominfo Kota Bitung membentuk tim khusus yang akan menangani tata kelola TIK di Kota Bitung serta memberikan pelatihan yang sesuai terhadap tim