• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajuk 7 Perkembangan Sosio emosi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tajuk 7 Perkembangan Sosio emosi"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk 7:

Perkembangan Sosio-Emosi

(2)

Perkembangan Sosial-Emosi

• Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan

seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain.

• Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay

Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya.

• Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada

sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

(3)

• Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain.

• Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi.

• Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan.

• Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami.

(4)

Teori Perkembangan Sosio-Emosi

• Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud.

• Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan

gambaran dengan menambahkan peringkat

perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua.

• Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

(5)

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

• Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial

dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

• Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak

dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

• Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan

(6)

• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan

dengan kriteria perkembangan dalam setiap

peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.

• Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau

menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

(7)

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:

• Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.

• Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.

• Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.

• Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

(8)

Lapan Peringkat Perkembangan:

Peringkat Tahap umur Huraian

1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Lahir ke 1 tahun Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal,

ketidakpercayaan akan timbul.

2. Autonomi lawan keraguan 1 – 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4 – 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah

4. Industri lawan rasa rendah diri

6 – 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

(9)

5. Identiti lawan

kekeliruan identiti

12 – 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan,

kemahiran, jantina dan bersosial. 6. Keintiman lawan

keasingan

18 – 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah

perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada

perasaan terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan kekakuan

35 – 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

8. Integriti lawan kekecewaan

65 ke atas Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

(10)

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

• Beliau berpendapat penaakulan moral berkait

dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang.

• Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan

lebih terperinci di dalam tiga tahap utama.

• Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan

moral.

(11)

Tahap 1: Pra- Konvensional

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Tahap 3: Pos- Konvensional

(12)

Tahap 1: Pra- Konvensional

• Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman

yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

(13)

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

• Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak

lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri.

• Mereka lebih mementingkan kesan fizikal.

(14)

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

• Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan

untuk mendapatkan balasan.

• Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak

sendiri.

(15)

Tahap 2: Konvensional

• Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan

(16)

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik

• Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan

ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran.

• Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan

terhadap peraturan yang ditetapkan.

(17)

Peringkat 4: Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika Peraturan

• Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,

undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

• Pada peringkat ini individu percaya terhadap

keutuhan undang-undang.

• Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk

(18)

Tahap 3: Pos- Konvensional

• Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan

moral.

• Mereka mempunyai kod moral dan etika yang

tersendiri.

(19)

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu

• Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.

• Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu.

• Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat.

(20)

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

• Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral

kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang.

• Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod

moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.

• Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua

individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.

Referensi

Dokumen terkait

memperbesar ukuran sel, sehingga pada tahap awal fermentasi glukosa yang ada pada subtsrat terkonversi menjadi produk (bioetanol) oleh mikroorganisme masih sedikit. Pada

hanya ada 1 produk reksadana yang mempunyai kinerja positif, sedangkan metode Treynor dan Sortino menujukkan 8 yang berkinerja positif, dan Rasio Informasi menunjukkan

Embriogenesis dan Perkembangan Larva Ikan Patin Hasil Hibridisasi antara Betina Ikan Patin Siam Pangasianodon hypophthalmus Sauvage, 1878 dengan Jantan Ikan Patin Jambal

3.1 Model Antrian M/M/1 Dengan Pola Kedatangan Berkelompok Acak Model antrian ini para pelanggan datang secara berkelompok pada waktu yang sama dan mendapat pelayanan

Good Corporate Governance dikatakan dapat menciptakan nilai tambah karena dengan menerapkan Good Corporate Governance diharapkan perusahaan akan memiliki kinerja

Dimana kuesioner nomor 1 tentang deteksi dini kanker serviks dengan IVA yang menyatakan bahwa pemeriksaan IVA penting dilakukan sebagai salah satu deteksi dini kanker

Jika produk ini mengandung komponen dengan batas pemaparan, atmosfir tempat kerja pribadi atau pemantauan biologis mungkin akan diperlukan untuk memutuskan keefektifan ventilasi atau

Pola asuh orang tua yang baik untuk membentuk anak dan melatih perkembangan anak ialah dengan pola asuh authoritative, karena dengan pola asuh ini anak akan