• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

KADET REMAJA SEKOLAH KADET REMAJA SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009

1.

1. PENYERTAANPENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori).

a. Kategori lelaki b. Kategori perempuan

1.3 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.

2.

2. PENDAFTARANPENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 3131 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun37 dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotaihanya oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3.

3. PAKAIANPAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi

(2)

4.

4. PADANG KAWADPADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

5.

5. JANGKA MASA PERSEMBAHANJANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 17 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a) pada minit ke 15 (WISEL DITIUP SEKALI) b) tamat masa (WISEL DITIUP DUA KALI)

6.

6. PELAKSANAAN PERTANDINGANPELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.

b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

(3)

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.

( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah

L4 ... siap untuk diuji, tuan)

f) Platun diwajib melakukan semuasemua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :

i) Ke kanan lurus……….. Pandang depan. ii) Bergerak ke kiri; kiri...pusing. iii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing. iv) Menghadap ke belakang ; kanan...pusing. v) Menghadap ke hadapan ; belakang...pusing.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman

kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

(4)

platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.

k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:

i. Buka barisan ii. Pandang kanan iii. Pandang depan iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan.

m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat ii. Hormat ke hadapan hormat iii. Tukar langkah semasa berjalan iv. Hormat selaku terima sijil

v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing xi. Hentak kaki

xii. Henti

xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1): Catatan (1):

(5)

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.5

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASIPERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, upTIDAK BOLEH atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut : i) Keluar kawasan

ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

(6)

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas………tuan. )

6.7

6.7 PENGHAKIMANPENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.

c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut: i. Persediaan (pakaian) : 10%

ii. Kawad asas : 50% iii. Kawad formasi : 30% iv. Ketua platun : 10%

g) Keputusan hakim adalah muktamad,

6.8

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUNPEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik ( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

6.9

6.9 PERINGKAT PERTANDINGANPERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu : i. Peringkat Sekolah

ii. Peringkat Daerah / Zon iii. Peringkat Negeri

(7)

Referensi

Dokumen terkait