• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN

BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

(2)

1

Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010

Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6

1.0 PENDAFTARAN CALON

1.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan semua Calon Berkeperluan Khas (CBK) dan ibu bapa/penjaga dimaklumkan tentang keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

1.2 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan semua CBK perlu didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran

semasa.

1.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan data CBK dimasukkan dengan betul dalam sistem pendaftaran.

1.4 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengisi borang khas dalam tiga (3) salinan (LP/Am 89, 89A, 89B, 89C dan 89D mengikut kesesuaian). Borang-borang berkenaan hendaklah disahkan oleh ibu bapa/penjaga. Salinan Pertama dan Salinan Kedua borang tersebut hendaklah dihantar bersama-sama pendaftaran calon kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Salinan Ketiga adalah untuk simpanan pihak sekolah.

1.5 Semua permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan seperti laporan perubatan dari hospital kerajaan/hospital swastaatau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan diserahkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).

1.6 Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan hendaklah membuat/menyediakan senarai rumusan permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan dari sekolah dan disahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri sebelum dihantar kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan.

1.7 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengemukakan permohonan tambahan jika terdapat CBK baru selepas tarikh tutup pendaftaran calon.

(3)

2

Buku Panduan Dan Rekod Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), Cetakan 2010

2.0 PINDAH PUSAT

2.1 Proses pindah pusat CBK hendaklah mengikut prosedur pindah pusat seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan.

Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010 - para 5.2

2.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menanda pada ruang Kod Khas pada Borang Perpindahan Calon (LP/Am 37).

3.0 PENYEDIAAN DAN SEMAKAN INDEN

3.1 Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memastikan semakan indent by paper dan indent by centre peperiksaan dibuat dengan betul dan tepat.

4.0 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

4.1 Pengecualian PBS hanya dibenarkan kepada CBK kohort

Tahun Dua 2011 ke atas dan CBK kohort Tingkatan Satu

2011 ke atas.

4.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah membuat permohonan pengecualian PBS bagi CBK dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan semasa atau kad OKU. Calon beragama Islam tidak diberi pengecualian

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).

4.3 Kelulusan bagi pengecualian PBS ini tertakluk kepada keputusan Pengarah Peperiksaan.

Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010 – para 10.1 (e)

4.4 Bagi CBK kohort Tahun Satu mulai 2011 dan CBK

Tingkatan Satu mulai 2012, tiada pengecualian PBS

dibenarkan.

5.0 KAEDAH PENGENDALIAN CBK DALAM PEPERIKSAAN BERTULIS

5.1 Penggunaan Kertas Soalan Braille

Kertas peperiksaan tulisan Braille dibekalkan khusus untuk calon buta dan calon rabun yang menggunakan mesin Braille.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan kertas peperiksaan tulisan Braille.

5.1.1 Pelantikan Pengawas

(4)

3

i. 01 hingga 08 calon - Dua orang

ii. 09 hingga 15 calon - Tiga orang

iii. 16 hingga 30 calon - Empat orang

iv. 31 hingga 45 calon - Lima orang

b. Sekurang-kurangnya seorang pengawas yang dilantik berkemahiran membaca tulisan Braille.

c. Sekurang-kurangnya seorang daripada pengawas tersebut adalah guru yang beragama Islam atau yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk membantu calon membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam.

d. Lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih dan bertugas di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

5.1.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan peralatan berikut di bilik khas.

a. UPSR

i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap

calon

iii. Set pembaris Braille

iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon)

v. Pita ukur taktil

vi. Kotaktebal pembungkus berukuran yang bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

b. PMR/SPM

i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap

calon

iii. Talking scientific calculator (with ear phone) iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan

calon)

v. Abacus (mengikut keperluan calon) vi. Set pembaris taktil

vii. Graph and mathematics demonstration board viii. Jangka sudut taktil

ix. Alat lukis garis timbul (spur wheel set) x. Buku sifir empat angka Braille (mengikut

(5)

4 xi. Alas getah

xii. Filem acetate - sebungkus setiap calon xiii. Kotak tebal pembungkus berukuran yang

bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

5.1.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai.

b. Pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin Braille dan peralatan khas untuk pusat peperiksaan itu pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan.

c. Pengawas perlu menulis perkataan yang dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah atas perkataan yang salah dijawab (jawapan Braille) dan hendaklah ditandatangani di ruang tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan.

d. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Lampiran 1

e. Pengawas hendaklah memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip jawapan peperiksaannya.

f. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas.

g. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan bagi semua calon mengikut kertas ke dalam kotak yang disediakan supaya tidak merosakkan tulisan Braille.

h. Pengawas hendaklah memasukkan kotak skrip jawapan peperiksaan berkenaan ke dalam sampul khas LP/Am 63(B) dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

LP/Am 63(B) Lampiran 9

(6)

5

j. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

k. Ketua Sektor/Unit Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.2 Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar

Kertas Peperiksaan Cetakan Besar dibekalkan untuk calon rabun.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar.

5.2.1 Pelantikan Pengawas

Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon yang menggunakan kertas soalan cetakan besar adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis, Cetakan 2010 - para 1.1.4 (d)

5.2.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan peralatan berikut di bilik khas untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM:

a. meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon

b. kanta pembesar (mengikut kesesuaian murid)

c. lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon)

d. CCTV (mengikut keperluan)

5.2.3 Prosedur Pengendalian

(7)

6

b. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Lampiran 1

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas.

d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.

f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.3 Penggunaan Kertas Peperiksaan Moderasi

Kertas Peperiksaan Moderasi dibekalkan khusus untuk calon bermasalah pendengaran.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Moderasi.

5.3.1 Pelantikan Pengawas

Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon yang menggunakan Kertas Peperiksaan Moderasi adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah berkemahiran dalam bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) atau Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) supaya dapat memberi arahan yang jelas kepada calon.

(8)

7

5.3.2 Penyediaan Peralatan

Tiada peralatan khas.

5.3.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai.

b. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Lampiran 1

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas.

d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.

f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.4 Penggunaan Komputer

Penggunaan komputer dibenarkan bagi kes yang sangat

memerlukan sahaja

(9)

8

5.4.1 Pelantikan Pengawas

Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas dilantik bagi setiap calon. Salah seorang pengawas mestilah mahir dalam pengoperasian komputer.

5.4.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan kemudahan/alat berikut di bilik khas yang kondusif dan dilengkapi dengan bekalan elektrik:

a. Komputer

b. Pencetak

c. Kertas cetakan putih saiz A4

d. Perisian MS Word

5.4.3 Prosedur Pengendalian

a. Ketua Pengawas hendaklah mengadakan lawatan ke pusat berkenaan selewat-lewatnya

sehari sebelum peperiksaan dimulakan untuk

memastikan semua alat keperluan disediakan dan berfungsi dengan baik.

b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan komputer yang telah diformat.

c. Ketua Pengawas hendaklah membuat instalasi perisian yang akan digunakan.

d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon menggunakan perisian MS Word, jenis font New Times Roman, saiz font 11, dengan line spacing 1.5.

e. Ketua Pengawas hendaklah memastikan fungsi auto (auto correct, auto check) tidak diaktifkan.

f. Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kertas cetakan putih yang akan digunakan oleh calon.

(10)

9

h. Ketua Pengawas hendaklah memastikan komputer dan perisian khas berfungsi dengan baik serta telah dinyahmaklumat pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan.

i. Setelah tamat peperiksaan komputer hendaklah disimpan di dalam almari berkunci di bilik Pengetua/Guru Besar untuk kegunaan pada hari berikutnya. Kunci almari hendaklah disimpan oleh Ketua Pengawas.

j. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

LP/Am 63(B) Lampiran 9

k. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.

l. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

m. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.5 Penggunaan Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis

Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis digunakan dalam mengendalikan peperiksaan.

5.5.1 Pelantikan Pengawas

(11)

10

a. seorang juru rakam audio (wajib)

b. seorang pembaca soalan dan/atau

c. seorang jurutulis

Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan guru yang boleh membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas peperiksaan.

5.5.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan peralatan berikut:

a. alat perakam audio yang bersesuaian

b. pita rakaman

c. bateri/punca kuasa elektrik yang berterusan

5.5.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat pembaca soalan dan/atau jurutulis wajib menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh peperiksaan.

b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan sebuah bilik yang sesuai dan kondusif untuk menjalankan peperiksaan.

c. Pembaca soalan boleh membaca soalan berulangkali atas permintaan calon.

d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan pita rakaman ditulis Angka Giliran, Nama Kertas dan Kod Kertas.

e. Ketua Pengawas hendaklah memasukkan pita rakaman dan/atau skrip jawapan peperiksaan calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

LP/Am 63(B) Lampiran 9

f. Ketua Pengawas hendaklah menyerahkan

(12)

11

g. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul sampul khas kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri setelah tamat keseluruhan peperiksaan.

h. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.6 Penggunaan Guru Pendamping

Khidmat Guru Pendamping diperlukan bagi CBK kategori Terencat Akal/Sindrom Down, Autisme, ADHD/ADD dan Sindrom Asperger.

Khidmat Guru Pendamping diperlukan oleh CBK bagi memastikan calon tersebut lebih fokus dan berada dalam keadaan terkawal di bilik peperiksaan.

Penggunaan Guru Pendamping oleh CBK dalam peperiksaan dibenarkan dalam 2 keadaan iaitu:

a. Berada di luar bilik atau dewan peperiksaan.

Kebenaran untuk berada di luar bilik atau dewan peperiksaan boleh diperoleh daripada Ketua Pengawas pada hari peperiksaan; atau

Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis, Cetakan 2010 - para 6.4.5 (h)

b. Berada di dalam bilik peperiksaan. Kebenaran

untuk di dalam bilik peperiksaan perlu dipohon oleh sekolah sebelum peperiksaan.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika khidmat Guru Pendamping digunakan dalam para (b) di atas semasa mengendalikan peperiksaan.

5.6.1 Laporan Pengetua/Guru Besar

(13)

12

5.6.2 Pelantikan Pengawas

Sekurang-kurangnya 2 orang pengawas dilantik bagi setiap calon. Pengawas yang dilantik mestilah berada bersama-sama Guru Pendamping sepanjang tempoh peperiksaan.

5.6.3 Penyediaan Peralatan

Tiada peralatan

5.6.4 Prosedur Pengendalian

a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat Guru Pendamping dibenarkan berada bersama dengan Guru Pendamping sepanjang tempoh peperiksaan.

Walau bagaimanapun Guru Pendamping:

i. hendaklah menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 – Lampiran D sebelum peperiksaan bermula

ii. dilarang membawa apa-apa bahan atau dokumen yang boleh menimbulkan syak kepada petugas peperiksaan

iii. dilarang membantu calon sepanjang tempoh peperiksaan

iv. hendaklah mencatat nama dalam Buku Rekod Pengawasan (BRP)

v. tidak akan dibayar sebarang bayaran bagi khidmat beliau sebagai Guru Pendamping

b. Calon, Guru Pendamping dan orang pengawas yang berkecuali di tempatkan di bilik berasingan.

c. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

(14)

13

e. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

f. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,

Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki

menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.7 Pemberian Tambahan Masa

5.7.1 Peruntukan tambahan masa adalah berdasarkan kepada Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Lampiran 1

5.7.2 Ketua Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan mengikut mata pelajaran ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

LP/Am 63(B) Lampiran 9

5.7.3 Ketua Pengawas hendaklah memastikan skrip jawapan peperiksaan dihantar kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.

5.7.4 Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

5.7.5 Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.8 Keperluan-keperluan Lain

(15)

14

5.8.2 Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan.

5.8.3 Segala permohonan keperluan khas hendaklah dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk tujuan pengesahan.

5.8.4 Permohonan akan dipanjangkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan.

6.0 KELULUSAN PERMOHONAN

6.1 Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

6.2 Pengarah Pelajaran Negeri akan memanjangkan surat kelulusan kepada Pengetua/Guru Besar.

6.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memaklumkan kelulusan kepada CBK/Ibu bapa/Penjaga.

(16)

15

LAM PI RAN

1. Jadual Masa Tam bahan

2. Bor ang Maklum at Calon Ber keper luan Khas – LP/ Am 89 3. Bor ang Calon Pekak/ Bisu ( P/ D) – LP/ Am 89A

4. Bor ang Calon Rabun ( R) – LP/ Am 89B 5. Bor ang Calon But a/ Rabun – LP/ Am 89C

6. Bor ang Calon Spast ik/ Kecat at an Lain ( S/ C) – LP/ Am 89D

7. Bor ang Pindah Pusat – LP/ Am 37

8. Senar ai Kat egor i Calon Kes Khas dan Keper luan Tam bahan 9. Muka depan sam pul Calon Ber keper luan Khas – LP/ Am 63( B)

(17)

JADUAL MASA TAMBAHAN

Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan dan Kemalangan

Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Calon yang telibat dalam kemalangan yang layak mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa dugunakan untuk menulis. Lain-lain kecederaan boleh diberi pertimbangan atas nasihat Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Berkenaan.

Bil Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Masa tambahan yang diberi

1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit

2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam

3 Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

Calon Bermasalah Pendengaran

Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukan bagi setiap kertas peperiksaan (Rujuk surat siaran KP.LP.004.07.04(1) bertarikh 5 September 2008.

Bil Masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu 25% masa tambahan yang diberi

1 1 jam 15 minit

2 1 jam 15 minit 20 minit

3 1 jam 30 minit 25 minit

4 1 jam 45 minit 30 minit

5 2 jam 30 minit

6 2 jam 15 minit 35 minit

7 2 jam 30 minit 40 minit

(18)

TAHUN :

NO TELEFON :

NO FAKS :

J

A

DUA

L

A

J

A

DUA

L

B

BR

AI

L

L

E

T

U

L

ISAN

BESAR

M

O

D

ER

ASI

NO

RM

A

L

PEKA

PAF

A

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BORANG MAKLUMAT CALON BERKEPERLUAN KHAS

PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

KO

D CACAT

ANGKA

GILIRAN

BIL

NAMA CALON

KATEGORI

PENGECUALIAN

KERJA KURSUS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

*Tandakan √ jika beri

KEPERLUAN

KHAS

TAMBAH

MASA

KERTAS

NO PUSAT :

NAMA SEKOLAH :

NO. SIJIL

KELAHIRAN ATAU

KAD PENGENALAN

LP/Am 89 PENGESAHAN MAKLUMAT Nama Pegawai: Tandatangan Pegawai: Kod Cacat Kategori

A Terencat Akal B Buta C Cacat Lain D Bisu P Pekak R Rabun

(19)

BIL MAKLUMAT

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan pendengaran dan pertuturan calon. YA TIDAK

Nyatakan jenis kecacatan pendengaran calon BISU PEKAK

Adakah calon menggunakan alat pembantu pendengaran? YA TIDAK

3. Adakah calon menggunakan bahasa isyarat bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK

Sertakan contoh tulisan biasa calon. YA TIDAK

( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil ) jam minit

Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. YA TIDAK

( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) jam minit

Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon

Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

7. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam bentuk SOALAN MODERASI ?

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK

Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 15 20 25 40

*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.

TAHUN

4.

6. 5.

patah perkataan

soalan objektif 2.

minit 8.

Masalah:

Mengatasi:

YA-MODERASI NORMAL

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BORANG CALON PEKAK / BISU ( P/D )

ANGKA GILIRAN :

ULASAN NEGERI

NAMA CALON : NO. SIJIL KELAHIRAN / : NO KAD PENGENALAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

LP/Am 89A

Tandatangan Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah dan

(20)

BIL MAKLUMAT

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon. ADA TIADA

2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK

3. Adakah calon menggunakan kanta pembesar bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK MEMBACA

ADA TIADA

jam minit jarak cm

ADA TIADA

jam

jam

8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR ?

YA TIDAK

30 1 JAM

5. Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon.

(Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya) 4.

Sertakan contoh tulisan biasa calon.

(Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata daripada bahan tulisan? patah perkataan

minit soalan objektif

6. Kelancaran calon membaca petikan daripada buku teks.

(Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil)

Masalah:

LANCAR

patah perkataan minit TIDAK LANCAR

9.

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan.

jika "Ya" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah.

*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.

7.

Masalah yang dihadapi oleh calon

Cara calon/pihak sekolah mengatasi masalah ini.

YA-TULISAN BESAR TIDAK Cara Mengatasi:

NO KAD PENGENALAN

NEGERI

MENULIS

ULASAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BORANG CALON RABUN ( R )

ANGKA GILIRAN :

NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

TAHUN

Tandatangan Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah dan

Tarikh :

(21)

TAHUN

BIL MAKLUMAT

Jenis kecacatan penglihatan. BUTA RABUN

Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon ADA TIADA

2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK

3. Adakah calon menggunakan kanta pembesar atau alat-alat lain bagi membantunya semasa membaca

dan menulis? YA TIDAK

ADA TIADA

jam minit jarak cm ADA

jam minit

jam minit

8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR atau BRAILLE ? TIDAK

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambaha masa dalam peperiksaan. YA TIDAK

Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM 5. Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon.

( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya )

patah perkataan

YA-TULISAN BESAR 7.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon

Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

Masalah:

Mengatasi:

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BORANG CALON BUTA / RABUN ( B/R )

ANGKA GILIRAN :

NAMA CALON :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM

NO. SIJIL KELAHIRAN / :

NO KAD PENGENALAN

NEGERI

ULASAN

Tanpa guna kaca mata 1.

Keupayaan penglihatan calon mengikut Skala/Carta Snellen

Ketika guna kaca mata

*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong. TIADA

soalan objektif

LANCAR TIDAK LANCAR

YA-BRAILLE

9.

mata kiri mata kanan

mata kiri mata kanan

4. Sertakan contoh tulisan biasa calon.

( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata dari bahan tulisan )

patah perkataan

6. Kelancaran calon membaca petikan dari buku teks.

( Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil )

LP/Am 89C

Tandatangan Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah dan

(22)

BIL MAKLUMAT

1. Terangkan kecacatan yang dihadapi oleh calon.

2. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan calon. ADA TIADA

YA TIDAK

ADA TIADA jam minit

Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ADA TIADA

( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) jam minit

Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kelancaran calon membaca? YA TIDAK

( Catatkan panjang petikan yang dibaca dari buku teks dan tempoh masa yang diambil ) ADA TIADA jam minit

Adakah calon ini memerlukan mesin taip/komputer

Sertakan contoh bahan yang ditaip dan catatkan tempoh masa yang diambil. ADA TIADA jam minit

Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon dan

Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK

Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM

NO KAD PENGENALAN

patah perkataan

7.

Masalah:

patah perkataan

4.

5.

soalan objektif

patah perkataan

6.

3. Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kepantasan calon menulis?

( Sertakan contoh tulisan biasa calon. Catatkan panjang petikan tersebut dan masa yang diambil )

8.

*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.

TAHUN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BORANG CALON SPASTIK/KECACATAN LAIN ( S/C )

ANGKA GILIRAN :

YA-MESIN TAIP YA-KOMPUTER ULASAN NEGERI

Mengatasi: NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / :

LP/Am 89D

Tandatangan Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah dan

(23)

LAMPIRAN 8

SENARAI KATEGORI CALON KES KHAS DAN KEPERLUAN TAMBAHAN

BIL KOD CBK

KATEGORI CBK

KEISTIMEWAAN, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN TAMB

MASA

BRAILLE CETAKAN BESAR

MODERASI KOMPUTER RAKAMAN PEMBACA JURUTULIS GURU PENDAMPING 1 A TERENCAT

AKAL/SINDROM DOWN

2 B BUTA

3 E DISLEKSIA

4 T AUTISME

5 H ADHD/ADD

6 L SLOW LEARNER

7 G SINDROM ASPERGER

8 C CACAT ANGGOTA √ √

9 D BISU

10 P PEKAK

11 R RABUN

12 S SPASTIK/CP

Catatan:

(24)
(25)

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23) 24 September 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998:

Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan Guru Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah.

2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas.

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(26)

2

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

Referensi

Dokumen terkait