• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beberapa pengamatan awal hubungan Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Beberapa pengamatan awal hubungan Islam"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BEBERAPA PENGAMATAN AWAL HUBUNGAN ISLAM DAN KRISTIAN DI MALAYSIA: CABARAN-CABARAN INTERAKSI DAN DIALOG ANTARA AGAMA

Azmi Shah Suratman Sayed Mahussain Sayed Ahmad

Kamarul Azmi Jasmi

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia

Suggested Citation:

Suratman, A. S., Sayed Ahmad, S. M. Jasmi, K. A. (2006). Beberapa Pengamatan Awal Hubungan Islam dan Kristian di Malaysia: Cabaran-Cabaran Interaksi dan Dialog antara Agama in Isu dan Cabaran Hubungan antara Agama di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiaran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia , pp 63-78. ISBN: 978-983-43709-4-7.

Abstrak

(2)

BEBERAPA PENGAMATAN AWAL HUBUNGAN ISLAM DAN

KRISTIAN DI MALAYSIA: CABARAN-CABARAN INTERAKSI

DAN DIALOG ANTARA AGAMA

1

Azmi Shah Suratman Sayed Mahussain Sayed Ahmad

Kamarul Azmi Jasmi

PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan beberapa pengamatan awal hubungan Islam dan Kristian dan isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Perbincangan seperti ini adalah penting dibahaskan kerana isu hubungan antara kedua penganut adalah sensitif. Di samping itu, bab ini juga melihat hubungan kedua-dua agama dari segi sejarah dan reaksi kedua-dua komuniti agama tersebut. Respons daripada komuniti bukan Islam terhadap polisi Islamisasi di Malaysia juga dikemukakan.

Dalam bab ini juga penulis menyentuh beberapa langkah bagi meningkatkan hubungan dan dialog antara kedua-dua agama tersebut dan cuba memberikan cadangan untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang menghambat proses dialog antara agama di Malaysia. Diharapkan daripada perbincangan ini kita dapat membina satu bangsa yang bukan sahaja mencari titik-titik persefahaman tetapi juga menghormati dan memahami perbezaan antara agama.

ISLAM DAN KRISTIAN DI ZAMAN KOLONIAL

Pengaruh ahli tasawuf dalam proses Islamisasi di kepulauan Melayu pada abad 14 M. amat besar. Peranan ahli tasawuf dalam menyampaikan ajaran Islam dan penghayatan Islam (dakwah Islamiah) telah menarik minat orang Melayu terutamanya pemerintah Melayu dan orang awam Melayu.2

Pendekatan dan metodologi yang digunakan oleh ahli tasawuf telah merubah pandangan dunia orang Melayu {worldvien) dalam dimensi hidup mereka. Perubahan berlaku bukan hanya rupa bahkan jiwa rakyat. Ini bererti perubahan berlaku hampir pada keseluruhan aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik dan sosial bahkan termasuk kemunculan tahap kerasionalan dan intelektualism berdasarkan tulisan ahli tasawuf.3

Islam telah menjadi satu kuasa agama baru di zaman kesultanan Melaka. Institusi kesultanan Melaka telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata dan orang tempatan.4

1Kertas Kerja ini dibentang di Seminar Islam Dan Hubungan Antara Agama Di Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 12 Januari 2006, anjuran Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

1 Syed Farid al-Attas (1985), "Notes On Various Theories Regarding The Islamization of the Malay Archipelago," The Moslem World. LXXV,vol 3-4(1985), 170-172. Lihat juga Kenneth Perry London (1969), Southeast Asia: Crossroad Religion. Chicago and London: University of Chicago Press, h. 134-136. 2Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 3.

(3)

Islam berjaya dijadikan kuasa agama, politik, pentadbiran dan ekonomi. Para saudagar dan peniaga Islam memainkan peranan penting dan menguasai laluan perdagangan lautan Hindi.5

Akhirnya Islam menembusi dunia Melayu dan seterusnya dapat diterima dalam adat dan kepercayaan orang Melayu; walaupun sebahagian elemen dan amalan yang diamal oleh orang Melayu tidak semuanya menepati ajaran Islam.6

Ini merupakan salah satu konflik ideologi dalam membicarakan 'Malaysian Islam'.7

Pada permulaan abad ke 15, misionari Kristian telah menyerap masuk di kepulauan Melayu melalui pelbagai cara. Kepulauan Melayu telah dijajah oleh Portugis pada 1511 M. yang memberikan impak dan kesan terhadap kestabilan negeri Melaka. Kehadiran Portugis di Melaka telah memulakan satu episod konflik antara Raja-raja Melayu, pedagang-pedagang Islam dan missionari Kristian.8

Sikap anti Kristian bersemarak di kalangan orang Melayu berikutan dengan kehadiran dan campur tangan Portugis dalam pentadbiran orang-orang Melayu.9

Kolonisasi di Tanah Melayu juga membawa bersamanya misi Kristianisasi. 10

Walaubagaimanapun, usaha Krisrianisasi di kalangan orang Melayu tidak berjaya. Salah satu sebab kegagalan ialah penolakan mereka terhadap gaya hidup Portugis. Gaya hidup orang-orang Portugis bertentangan dengan sifat dan sikap orang Melayu seperti minum arak, kelakuan seks tidak bermoral dan pemerintahan Portugis yang ganas dan zalim.11

Sejarah hubungan yang buruk antara Islam dan Kristian juga mewarnai dan mempengaruhi persepsi orang-orang Melayu Islam di rantau ini.12

Keadaan ini tidak meransangkan hubungan yang baik antara Islam dan Kristian. Ketika kedatangan Belanda pada 1641 setelah berjaya mengusir Portugis yang telah memerintah Melaka selama 130 tahun telah direkodkan bahawa komuniti Kristian Katholik mencecah 20,000 orang dan terdapat 19 buah gereja termasuk chapel dan cathedral,13 Kehadiran Belanda di Melaka juga menunjukkan telah berlaku propaganda Kristianisasi Mazhab Calvin tetapi aktiviti tidak membawa signifikan yang besar di Melaka.14

Namun pentadbir Belanda lebih peka terhadap adat dan budaya masyarakat Melayu. Malah terdapat adat-adat Melayu yang digunapakai .dalam sistem pentadbiran kehakiman. 15

Namun begitu, Belanda tidaklah memberikan tumpuan yang banyak terhadap komuniti Melayu dan tiada bukti bahawa

5 Syed Farid al-Attas (1985), op.at., h. 166-171.

5 Susan E. Ackermann and Raymond L. M. Lee (1988), Heaven in Transitions Non-Muslim Religions Innovation and Ethnic Identity in Malaysia. Honolulu: University of Hawaii Press, h. 20.

7 Judith Nagata (1984), The deflowering of Malaysian Islam.Vancouver: University of Columbia Press, h. 89.

8 Gereja Katholik.

9 Susan Ackermann and Raymond Lee (1988), op.cit., h. 26.

10Lihat: George Schurhammer (1980), Francis Xavier, His Life and Times, Indonesia and India, 1545-1549, Rom: Jesuit Institute of Historical Studies, III, h. 22, seperti dalam Michael S. Northcott (1991), "The Christian-Muslim Relationship in West Malaysia",The Moslem World. Vol LXXXI, No. 1,

11 Coleridge, life and Letters of St. Francis Xavier, Burces and Oates, London (1928), 1890 I. h. 349, seperti yang dinyatakan dalam Marmaduke "The Assimilation of Christianity in the Malay Peninsular" University of Chicago, (Disertasi yang tidak diterbitkan), h. 39.

11 Ibid., h. 39; untuk melihat perbincangan terperinci konflik dasar antara Islam dan Kristian lihat: Mahmoud M. Ayoub (1989), "Roots of Muslim-Christian Conflict", The Moslem World Vol LXXIX,No. 1:1989, h. 25-45.

13Lee, felix G (1963), The Catholic Churches in Malaya,Singapore: Eastern Universities Press, h. 34 seperti yang dipetik dalam Susan Ackermann & Raymond Lee (1988),op.cit., h. 27.

14Susan Ackermann & Raymond Lee (1988), Ibid., h. 28.

(4)

propaganda Kristian sampai kepada komuniti Melayu. Cuma terdapat usaha propaganda Kristian kepada masyarakat Cina Baba.16

Belanda memerintah Melaka selama 183 tahun namun hubungan Belanda dengan masyarakat Melayu tidak baik dan kebencian terhadap Belanda di kalangan orang Melayu amat tinggi. Kuasa politik Belanda musnah dan telah dikuasai oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1824.17

Kemasukan Portugis dan Belanda di Melaka sebenarnya tidak memberikan kesan besar missionari Kristian di Tanah Melayu sebelum suku akhir abad ke 19 M.18

Semasa berada di Tanah Melayu, British telah menubuhkan satu kuasa politik baru, kekuatan ekonomi dan kerja-kerja missionari. Perjanjian Anglo-Dutch 1824 M. dan perjanjian Pangkor 1874 M. merupakan satu titik perubahan besar yang mengenakan dan melaksanakan undang-undang dan peraturan ke atas negeri-negeri Melayu. Perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan yang sah bahawa Islam tetap merupakan dasar bagi negeri-negeri Melayu, orang Melayu dan identiti budaya Melayu, manakala ekonomi dan politik adalah di bawah pentadbiran Residen British.19

Pentadbiran dan pemerintahan British membuka peluang luas kepada propaganda Kristian di negeri Melayu. Terdapat banyak gereja dan sekolah missionari dibina di Pantai Barat pada abad ke 19 M.20

Dalam pada yang sama gerakan anti British dilancarkan oleh ulama pondok yang berlatarbelakangkan pengajian Timur Tengah menganggap gerakan ini sebagai satu jihad.21

Tetapi orang Melayu yang berpendidikan Barat, nasionalis Melayu dan golongan istana mengambil sikap menerima dan akomodatif terhadap polisi dan peraturan British.

Namun begitu hubungan antara British dan orang Melayu tidak berkembang dengan pantas dan baik kecuali usaha individu tertentu pada awal abad 19 M. Walaupun terdapat individu yang melaksanakan aktiviti missionari Kristian seperti William Milne,22 namun beliau hanya berjaya mengkristiankan orang Melayu dalam jumlah yang amat kecil.23

Ada dua sebab utama penolakan orang Melayu terhadap agama Kristian; anti-British (anti penjajah) dan kekuatan akidah orang Melayu.

Michael Northcott mengambil hubungan William Milne dan Abdullah Munshi sebagai model hubungan antara Islam dan Kristian pada awal abad ke 19 M. Namun ianya tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu sehingga ada pengkritik menganggap Abdulah Munshi sebagai talibarut Inggeris dan digelar sebagai Abdullah Paderi.24

Pada umumnya, sensitiviti orang Melayu terhadap agama Kristian amat tinggi. Terdapat usaha-usaha Kristianisasi yang jelas dijalankan oleh The 'London Missionary Society di Malaya namun amat sukar bagi Kristian menembusi benteng orang Melayu seperti yang diakui oleh John

13 Bangsa Cina Melaka bertutur dalam bahasa Melayu dan majoritinya berpakaian ala Melayu. 17Susan Ackermann & Raymond Lee (1988), op.cit,. h. 28.

18Ibid,, h. 29. 19Ibid,, h. 30-31. 20Ibid, h.30-31.

21Abdullah Zakaria (1980), "Agama Dan Kebangkitan AntiBritish di Tanah Melayu", dalam Tamaddun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, p.125.; sila lihat: Judith Nagata (1984), op.cit., h. 12., Menurut Nagata — "that the Sultan's economic sell-out to British of the Malay State, appealed an anti-British sentiment among the rural Malays."

22Milne dilahirkan pada 1785. Beliau mendapat larihan di London Missionary Society dan dalam tahun 1815, telah membuka sekolah Kristian di Melaka. Milne menerbitkan buku agama dalam bahasa Cina dan Melayu. Beliau meninggal pada 1819.

23Lihat: R. Lovet, History of the London Missionary Society. Vol. II, London: Henry Frowde

s h. 429. ff. seperti dalam Michael Northcott (1991), op.cit., h. 50.

(5)

Rauws yang berkata, "... many missionary societies are at work, but not as directly to the Moslems...there is no mission, however, among the heathen in Malaysia which does not come in contact with Islam,"25

Beliau menyarankan keperluan memahami budaya dan adat orang Melayu untuk memenangi hati orang Melayu agar tertarik kepada agama Kristian.26Dalam masa yang sama usaha menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Melayu dilakukan. Namun hubungan antara Islam dan Kristian masih tidak baik. Menurut John Ernest Mevrill bahawa Kristian harus mengkaji semula pendekatan paling sesuai kepada orang Islam. Malah missionari Kristian harus mempertimbangkan objektif kerja mereka di kalangan orang Islam sama ada hendak melakukan konversi atau hubungan.27

Walaupun begitu, intitusi gerej a Malaysia telah mempersoalkan sikap dan usaha missionari Kristian di kalangan masyarakat awam. Pada tahun 1957, Marrison dalam memorandum kepada Malaysian Christian Council (MCC) meluahkan kekecewaannya terhadap ketidakhadiran orang Melayu dalam Majlis tersebut dan mencadangkan agar dilakukan usaha menyampaikan mesej Kristian dan menerbitkan karya penulisan Kristian dalam bahasa Melayu.28

Namun begitu hanya beberapa individu yang tertarik dengan usaha Kristianisasi tersebut.29

MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. 30

Dalam perkembangan Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan dan orang Melayu adalah Islam. Perlembagaan juga menyatakan bahawa Melayu itu ialah individu yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan bersendikan adat Melayu.31

Isu keistimewaan kaum Melayu dan kedudukan agama Islam merupakan satu isu yang kontroversi dan kaum-kaum lain menganggapnya sebagai legitimate interest.32

Walaupun menurut perlembagaan, terdapat jaminan keistimewaan Melayu, namun dari segi sektor sosial dan ekonomi orang Melayu masih kednggalan sehingga berlaku peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan bagi memperdngkatkan daya saing

25John Rauws (1911), "Islam and Christianity in Malaysia",The Moslem World . Vol. I, No. 3, h. 246-247. Juga lihat: Charles E.G.Tisdall (1913), "A Plea for the Malay", The Moslem World. Vol.111, No. 2, h. 170-171; William G. Shellabear (1946), "The Gospel for the Malays",The Moslem World. Vol. XXXVI, h. 238-239.

26John Rauws, Ibid, h. 170-171.

27John Ernest Merrill (1944), "Reasons for the study of Christian-Moslem Relations", The Moslem World. Vol 34, h. 241-244.

28Ibid, h. 69, Marrison berkata " without the Malays, the Church of this land must ever wear an im?nigrant and foreign sepect; without Malays the Church cannot claim to be true to its universal message, withotit the Malays we are only partially serving the ideal of the unity of all men in Chrisf lihat G.E. Marrison (1957), "Islam and the Church in Malaya", The Moslem World. Vol. XLVII, no. 4, h. 298.

29"according to the official records Fifty Years of WFMS Women's Foreign Mission society. One Silas Salleh

Chinese Muslim convert to Christianity to Shellasear, Abdul Shukor baptised in 1895.", lihat juga Robert A Hunt (1991), "Have you not seen a vain vision? The Marginalization of the Methodist Church in Malaysian Society", Asia Journal of Theology. Vol.5, no. 2, h. 415.

30Fred R. Von Der Mehden (1987), "Malaysia: Islam and Multiethnic Politics" dalam John L. Esposito (ed.), Islam in Asia: Religion, Politics and Society. New York & Oxford: Oxford University Press, h. 179. 31Perlembagaan Malaysia Perkara 3(1): "Islam is the religion of the Federation: but other religions may be

practiced in peace and harmony in any part of the federation", lihat K.J. Ratnam (1965),Communalism and the Political Process in Malaya, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, h. 120-121.

(6)

kaum bumiputra terutamanya dalam bidang ekonomi.33

Dalam masa yang sama Kerajaan Pusat berusaha memartabatkan orang Melayu-Islam terutamanya dalam bidang pendidikan.34

1. Polisi Islamisasi

Salah satu agenda utama yang dilakukan oleh kerajaan Pusat ialah apabila Perdana Menteri yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad melancarkan program Islamisasi melalui program penerapan nilai-nilai Islam. Antara tujuannya ialah mendepani kumpulan ekstremis Islam35

dan menyokong usaha dakwah yang dijalankan oleh agensi dakwah seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), dan Institut Dakwah Malaysia (INDAH). Malahan kerajaan Pusat mengajak rakyat untuk berdisiplin dan bekerja kuat serta memberi kefahaman tentang Islam pada semua peringkat dengan menganjurkan pendekatan kesederhanaan.36

Perlaksanaan program Islamisasi lebih berkembang dengan kemasukan Mantan Presiden ABIM, saudara Anwar Ibrahim yang telah memberi impak dan kredibiliti terhadap perkembangan Islam di Malaysia.37

Walaupun wujudnya pelbagai program Islamisasi dan perlaksanaan prinsip Islam dalam ekonomi, politik dan sistem perundangan berasaskan undang-undang Syariah, namun ia tidak didukung oleh keseluruhan masyarakat

Melayu38

, termasuk parti pembangkang dan kumpulan dakwah yang ekstrim. Bagi masyarakat bukan Islam, yang pendng ialah hak dan kebebasan mereka seperti dijamin oleh Perlembagaan ddak terjejas.

2. Respons Komuniti Bukan Islam

Terdapat beberapa respons komuniti bukan Islam terhadap program Islamisasi dan sekatan ketat yang dilakukan di peringkat pusat dan negeri antaranya komuniti Kristian Katholik yang mendakwa ia telah menjejaskan kegiatan mereka dan menghalang hak dan kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang dibangkitkan ialah:39

33Syed Farid al-Attas (1991), Notes on Race and Class in Malaysia, Journal Institute of Muslim Affairs. Volume 12 : 1st January 1991, h. 121.

34"After 1969 riot, the government policy, send students abroad to overcome the percentage of the Malays enrollment in science and arts discipline. These students get the Islamic awareness by involving themselves with the Islamic activities abroad like FOSIS (Federation of the Students Islamic Societies), MSA(Muslim Students Association)of America etc,while in the local varsities, Muslim Youth Movement (ABIM) has become a platform for the graduates students from all universities and colleges to continue their Islamic activities. The emergence of the fundamentalist groups such as Darul Arqam Foundation and Jemaat Tabligh (The Tabligh groups) begun to pose a strong threat to the polital leadership of the Malay community such as UMNO (United Malays National Organization The ruling Government Party) .These movements and groups gave a strong threat and impact to the traditional religious groups". Sila lihat Mohammad Abu Bakar (1981), Islamic Revivalism and Politics in Malaysia,Asian Survey. Vol. 21, h. 1041-1043, juga lihat Judith Nagata (1984), op.cit., h. 85-130.

35Nagata (1984), Ibid., h. 158-176.

36Lihat: Bruce Gale (ed.) (1986), Readings in Malaysia Politics,Petaling Jaya: Pelanduk, h. 90 and Mahathir Mohamad (1986), The Challenge, Petaling Jaya: Pelanduk, h.15 seperti dipetik dalam S. Batumalai (1988), "An Understanding of Malay Quest For Islamization and a tentative Christian Response", Asia journal of Theology. Vol 2, no 2, h. 220.

37Nagata (1984), op.cit., h. 158-176.

38Lihat: "Toward Islamization of Laws," in the Star., August 25,1986, as cited in Michael Northcott (1991), op.cit, h.54.

(7)

1. Pengharaman penggunaan Injil dalam bahasa Melayu-Indonesia

2. Halangan pengimportan literatur Kristian dalam bahasa Melayu oleh Kementerian Dalam negeri pada 1984.

3. Peraturan baru terhadap pembinaan gereja, masjid dan surau; di mana perlu ada 4000 ahli untuk membolehkan pihak gereja dibenarkan mendirikannya sedangkan 150 orang Islam sudah boleh mendirikan surau.

4. Pengajaran pelajaran agama selain Islam di sekolah diharamkan di waktu persekolahan. 5. Saranan Kementerian Pendidikan agar Pengajaran Moral berteraskan nilai-nilai Islam dan

memperkenalkan Islam kepada semua pelajar.

Walaupun isu yang dibangkit oleh mereka adalah dalam peruntukan periembagaan, namun tidak disenangi oleh komuniti Kristian. Komuniti bukan Islam terutamanya komuniti Kristian mempertikaikan tentang penekanan ahli politik dan pegawai kerajaan bahawa nilai sejagat itu adalah diambil dari nilai-nilai Islam dan bukannya dari agama lain.

Antara isu lain yang dibangkitkan ialah pengharaman penggunaan istilah Arab seperti 'Allah' dan pengharaman penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Ini termasuk satu Bill yang diluluskan di Selangor iaitu berjudul "An Enactment to control and restrict the propagation of nonIslamic religions doctrines and beliefs among persons professing the religion of Islam,"40

Bantahan terhadap program Islamisasi bertambah kuat selepas penubuhan Majlis Perundingan Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh (MCCBHS) pada tahun 1983. Persidangan pertama diadakan oleh majlis tersebut pada 1984 dengan objektif berikut;41

(1) 1 .To promote dialogues ivith all the religions for a mutually constructive exploration of different traditions and of controversial issues such as conversion.

(2) 2.To represent the interests of non-Muslim religions to the government and the state authorities on issues such as NonMuslims burial grounds, the building of temples, etc.

Isu IRC (Inter Religious Council) juga mendapat liputan yang hangat sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menjadikan pihak kerajaan dan badan dakwah memberi respons dengan pelbagai hujah dan alasan.

Ini menyebabkan berlaku semacam ketegangan hubungan terutamanya dengan pihak Kristian. Di samping itu, isu penulisan buku oleh seorang penulis Islam yang bertajuk "Jesus Prophet of Islanf oleh Am. W. Rahim tahun 1971 dianggap tidak mewakili pandangan Kristian oleh komuniti Kristian.42

Selain itu, isu besar yang menjadi perhatian komuniti Kristian dan bukan Islam ialah isu negara Islam. Bagi orang bukan Islam, membangkitkan isu Islam adalah isu yang membawa ke arah penegakan Negara Islam. Tambahan pula melihat kepada komitmen pemimpin politik

Freedom of Religion in Malaysia — Legal Dimension, Graduate Christian Fellowship, Petaling Jaya; seperti dalam Michael Northcott (1991), ibid, h. 55.

39The Far Eastern Economic Review (5 Mei, 1988). h.35 seperti dipetik oleh Michael Northcott (1991), ibid. h.35. Paul Tan dan Teresa Ee (1984), Contemporary on Malaysia

40Religions. Petaling Jaya: MCCBCHS Pelanduk Publications, h.13, seperti dinyatakan dalam Michael Northcott (1991),op.cit., h.59.

(8)

Melayu ke arah mewujudkan perlaksanaan undang-undang Islam dan mengamalkan nilai Islam dan institusi pentadbiran dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup 43

Isu negara Islam telah dibawa secara rasminya oleh Majlis Perundingan Agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHS) pada 10 Mac 1990 yang menyatakan penolakan terhadap aplikasi undang-undang Syariah ke atas bukan Islam. Bagi mereka ini adalah bertentangan dengan hak peruntukan perlembagaan Malaysia. Bagi MCCBCHS, keharmonian antara agama dan kesatuan nasional dapat dicapai melalui prinsip unity in diversity dengan rasa apperiasi dan hormat kepada yang lain.44

3. Pendekatan Ke arah Dialog

Terdahulu kita telah menyorot beberapa catatan sejarah dan beberapa kes bahawa hubungan dan kerjasama antara Islam dan Kristian tidak dalam keadaan baik dan harmoni. Malah selepas merdeka usaha dialog antara kedua-dua agama adalah kurang. Walaupun pada 1988 terlaksana satu mesyuarat antara Cendiakawan Islam dan pihak Kristian di Pusat Islam.

Namun program susulan secara dinamik tidak diadakan. Cuma terdapat hubungan antara Islam dan agama lain yang dikendalikan oleh organisasi tertentu seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia, dan lain-lain. Siri perbincangan tentang isu yang berkaitan bersama yang dapat membawa ke arah memahami antara satu sama lain dan hubungan yang baik harus digalakkan dan terus dibina. Keterbukaan kepada perbincangan antara wakil kedua pihak akan membawa hasil yang baik. Tetapi jika sikap prasangka dari kedua belah pihak terus berlaku tidak akan membawa manfaat. Begitu juga kedua-dua pihak harus menerima hakikat bahawa perlu ada kefahaman tentang wujudnya perbezaan bagi setiap agama yang harus diakui dan diterima. Dalam perkembangan semasa terdapat generasi muda yang tinggi kommitmennya terhadap agamanya, sumbangan mereka harus diambil ldra. Generasi sekarang perlu mendidik generasi baru untuk memahami dan menerima hakikat tentang perbezaan nilainilai dan bagaimana mengurus dan beretika dalam menangani perbezaan tersebut. Walaupun kita selalu mengungkapkan bahawa kita perlu mencari titik persamaan dan berkongsi nilai bersama.45

Selain itu terdapat manipulasi agama oleh setengah pihak yang berkepentingan harus dielakkan, malah menurut Chandra Muzafar harus dimulakan dengan keikhlasan dari semua pihak yang komited terhadap dialog. Dialog antara Islam dan agama lain terutama Kristian adalah perlu. Antara cadangannya ialah:

(1) Dialog harus dimulakan antara kedua-dua pihak yang komited dari peringkat dan tahap yang sama. Dalam kes ini cendiakawan dan cerdik pandai harus tampil ke hadapan.

(2) Harus meletakkan garis panduan etika berdialog, peraturan, tujuan dan madamat yang jelas tentang apa yang hendak dicapai.

(3) Dialog harus melibatkan penerokaan perbezaan dan persamaan dalam agama agar ia difahami dan berusaha mencari jalan yang disepakati bersama. Dalam hal begini amanah dan kejujuran amat penting.

43Lihat: Chandra Muzaffar (1987), Islamic Resurgence in Malaysia. Petalingjaya: Penerbit Fajar Bakti, h. 90. 44Lihat Document MCCBCHS (1990) dalam ISLAMOCHRISTIANA, Pontificio Istituto Di Studi Arabi E D'Islamica, vol 16, h.249.; lihat juga: Olaf Sachumann (Disember 1991), "Christians-Muslims in Search of Common Ground in Malaysia" Islam Christian-Muslim Relation (ICMR). Vol 2, no. 2, h. 256-257.

(9)

Bagi Watt masalah hubungan antara orang Kristian dan orang Islam saling mengerti tentang perbezaan, malah beliau menggesa agar orang Islam memahami sejarah persaliban, makna kematian dan kebangkitannya.46

Walaubagaimanapun, isu ini harus difahami oleh pihak Kristian. Mereka harus memahami Islam dan sensiviti penganutnya. Di samping itu, menurut Dr. Kamar Oniah memori sejarah hitam antara Islam dan Kristian tidak harus menjadi hambatan ke arah pembinaan jambatan baru antara kedua-dua agama. Sejarah tetap sejarah dan generasi kini harus berani mencipta sejarah baru yang lebih harmoni antara kedua agama tersebut47

Penulis mengharapkan beberapa pengamatan awal dalam bab ini dapat dijadikan titik tolak untuk mengorak langkah ke arah dialog antara agama yang lebih terbuka dan lebih komited dari semua pihak bagi melihat wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang hidup terus bertoleran dan harmonis.

46Watt, W. Montgomery (1983), Islam and Christian Today: A Contribution to Dialogue, Routledge & Kegan Paul, h. 144-145.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Alat pemindahan bahan ( material handling equipment ) adalah peralatan yang digunakan untuk memindahkan muatan yang berat dari satu tempat ke tempat lain dalam jarak yang tidak

Tujuan dari penelitian ini menguji kualitas air pada sumber air tanah yang ditinjau dari beberapa parameter kimia yaitu suhu, pH dan kandungan Besi (Fe) dimana

Y = 0,135 + 0,203X1 + 0,029X2 + 0,378X3 Dari persamaan tersebut di atas bahwa koefisien regresi variabel kompetensi 0,203 yang berarti jika terdapat kenaikan skor kompetensi pada

Anda mungkin memiliki keterampilan atau keahlian untuk melaksanakan tugas- tugas yang dituntut oleh pekerjaan yang ditawarkan, tetapi pimpinan perusahaan juga ingin mengetahui

Mekanika Lagrange W.S. Mekanika Lagrange W.S. Fisika Koloid Dasar Suparno, Ph.D. Fisika Koloid Dasar Suparno, Ph.D. Media Audio Visual *) Nur Kadarisman, M.Si. Mikroprosesor *)

Kewenangan klinis adalah hak khusus seorang staf tenaga kesehatan Kewenangan klinis adalah hak khusus seorang staf tenaga kesehatan lainnya untuk melakukan pelayanan

dihasilkan oleh sistem untuk memuaskan kebutuhan yang diidentifikasi. Output yang tak dikehendaki a) Merupakan hasil sampingan yang tidak dapat dihindari dari sistem yang

Hubungan Satuan Batupasir dengan Satuan Batulanau-Batulempung yang berumur lebih muda adalah tidak selaras, karena kemiringan lapisan Satuan Batupasir pada penampang