• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menambah Lagi. Aluminum. Mewujudkan Nilai. Ringkasan Laporan Kelestarian 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Menambah Lagi. Aluminum. Mewujudkan Nilai. Ringkasan Laporan Kelestarian 2014"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Ringkasan Laporan

Kelestarian 2014

Alum

in

um

Menambah Lagi

(2)

Utusan daripada Ketua

Pegawai Eksekutif Kami

Di Novelis, kami gigih memberi tumpuan untuk mencapai visi kami untuk menerajui industri kami dengan menghasilkan produk gegelung aluminium yang paling inovatif, berteknologi canggih dan rendah karbon di pasaran. Pelaksanaannya memerlukan lebih daripada urusan perniagaan yang biasa. Ia memerlukan kita pada dasarnya merintis cara pemikiran dan beroperasi yang baharu. Ia juga memerlukan kesediaan untuk bukan sahaja menerima gangguan di dalam syarikat kita sendiri dengan tangan terbuka, malahan juga untuk mewujudkannya di dalam industri dan pasaran yang kita sumbang. Teras transformasi syarikat kita adalah sasaran yang kita tidak pernah laksanakan sebelum ini untuk menggunakan 80% input yang telah dikitar semula menjelang tahun 2020. Ini memberi implikasi terhadap hampir setiap aspek perniagaan kita - dari segi reka bentuk produk dan gabungan portfolio kita, hinggalah kepada struktur rantaian bekalan dan hubungan kita dengan pelanggan kita. Tetapi apabila kita mencapainya, kita akan mengurangkan pelepasan kitaran hayat gas rumah hijau kita, sehingga separuh. Menjelang akhir tahun fiskal 2014 (FY14), kita telah mencapai 46% input yang telah dikitar semula - dan juga membuat kemajuan kukuh ke arah matlamat kelestarian 2020 kita yang lain.

Dalam FY14, kita juga terus melaksanakan pelan pertumbuhan agresif kita, dan kita mengukuhkan kedudukan kita sebagai pembekal terkemuka bagi lembaran aluminium untuk industri automotif. Selain itu, kita membuat kemunculan komersial buat pertama kali bagi evercan™, lembaran minuman tin pertama di dunia yang diiktiraf secara bebas, dengan kandungan kitar semula yang tinggi. Peralihan kita ke arah pendekatan gelung tertutup dan rendah karbon

memerlukan kita melibatkan diri dengan kumpulan pemegang kepentingan yang lebih luas dan pelbagai, untuk mencabar dan memaklumkan

pemikiran kita dan memajukan objektif bersama. Contohnya, baru-baru ini kami telah melancarkan satu kerjasama

baru dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia apabila kita diterima masuk ke Program Perlindungan Iklim (Climate Savers Programme).

Saya benar-benar yakin bahawa transformasi yang diterajui oleh Novelis adalah apa yang diinginkan oleh masyarakat - dan juga apa yang planet dan ekonomi global perlukan - dan ia akan menjadi pemacu utama bagi kejayaan jangka panjang syarikat kita.

Phil R.Martens, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Saya mempunyai

asas keyakinan dalam

keupayaan Novelis

untuk mencipta

dan menggunakan

inovasi disruptif yang

diperlukan untuk

memacu perubahan

radikal yang kita

bayangkan.“

Matlamat Novelis: Model Perniagaan Gelung Tertutup

Kita sedang di dalam proses mentransformasikan model perniagaan kita daripada model linear tradisional kepada model gelung tertutup dan rendah karbon - didorong oleh sasaran tinggi kita untuk mencapai 80% input yang telah dikitar semula menjelang 2020. Penuangan Jongkong Operasi & Pemprosesan Kitar Semula Novelis Input Utama Aluminium Objektif Novelis: Untuk Dikurangkan Fabrikasi Novelis Pengeluaran Pelanggan Pengumpulan Tamat Jangka Hayat Ambil Balik Sekerap Pasca Pengeluaran Pengguna Mengguna Sisa Objektif Novelis: Untuk Dikurangkan Sisa ke Tapak pembuangan Sasaran Novelis: 0% Sisa ke Tapak pembuangan Sasaran Novelis: 0%

(3)

Objektif Kelestarian Strategik

Sorotan

P en yumber an P er kilangan P elanggan P engguna Mengurangkan karbon yang terkandung dalam produk kita dengan meningkatkan kandungan kitar semula Membangunkan semula dan mengurangkan risiko dalam rantai bekalan kami

Mencapai 46% kandungan yang dikitar semula

menjelang akhir FY14

Mengekalkan operasi selamat, operasi cekap dan mengurangkan penggunaan sumber semula jadi

Memastikan

bekalan bakat yang mencukupi

Mengekalkan lesen sosial kita untuk beroperasi

Mengurangkan intensiti tenaga sebanyak 5% dan intensiti penggunaan air dan pelepasan GHG mutlak sebanyak 4% masing-masing

Memberi nilai kepada pelanggan kita, terutama sekali dengan membantu mereka memenuhi objektif kelestariannya Melabur kira-kira $550 juta semenjak 2012 untuk meningkatkan keupayaan kami sehingga tiga kali ganda untuk menyumbang kepada industri automotif menjelang tahun 2015 Meningkatkan kitar semula aluminium pasca pengguna Membantu para pelanggan kami membuat produk lestari yang pengguna mahukan Membantu pengguna mengurangkan pelepasan karbon mereka. Diterima masuk ke Program Perlindungan Iklim WWF (WWF Climate Savers).

Strategi dan

Sorotan FY14 Kami

Strategi

Perni-agaan Kami

Mengembang-kan portfolio

produk

premium kami

untuk memberikan tumpuan kepada produk bernilai tinggi, rendah karbon dalam pasaran automotif, minuman tin dan pasaran khusus

Mengembang-kan kapasiti

pengeluaran

dan mengoptimumkan jejak geografi kita untuk berkhidmat di pasaran utama

Mengembang-kan kapasiti kitar

semula kami

Ini adalah ringkasan Laporan Kelestarian 2014 kami. Untuk maklumat lebih terperinci tentang strategi kelestarian Novelis, kemajuan dan prestasinya, sila baca laporan penuh kami di www.novelis.com/ sustainability.

(4)

Penyumberan

Strategi kelestarian Novelis memacu perubahan besar melalui

cara kami menyusun dan menguruskan rantaian bekalan kami -

dan menetapkan tanda aras baru dalam industri kami - sambil

berusaha untuk meningkatkan penggunaan logam yang dikitar

semula dengan ketara.

50 bilion

tin minuman terpakai dikitar semula dalam FY14

Mencapai

46%

input logam yang dikitar semula pada akhir FY14, naik 16 mata peratusan dari garis dasar kita

Kami

Mewujudkan...

jejak kitaran hayat yang bertambah baik dengan ketara dan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan dan lestari.

Peningkatan input yang dikitar semula adalah nadi penggerak strategi kelestarian kami kerana kesan alam sekitar dan risiko sosial kami yang paling penting berlaku di “huluan,” melalui sumber aluminium kita yang utama. Cara paling berkesan yang boleh mengurangkan kesan tersebut adalah dengan mengurangkan pergantungan kami kepada aluminium utama. Aluminium kitar semula memerlukan kira-kira 5% daripada tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan aluminium utama, jadi apabila kita mencapai sasaran 80% input yang dikitar semula, kita akan mengurangkan kitaran hayat pelepasan gas rumah hijau (GHG) kita sebanyak separuh.

Untuk mencapai matlamat ini memerlukan kami bukan sahaja membina semula keseluruhan rantaian bekalan kami, tetapi juga mereka bentuk semula produk dan proses yang kami gunakan untuk menghasilkannya. Di samping itu, ia memerlukan kami meningkatkan kapasiti pengitaran semula kami. Dalam FY14, kami meneruskan usaha kami untuk mengembangkan kemudahan dan keupayaan pengitaran semula dalam semua wilayah operasi kami, termasuk melaksanakan pembinaan pusat pengitaran semula aluminium yang baru di Nachterstedt, Jerman. Pusat ini mula beroperasi pada musim panas tahun 2014

dan dijangka menjadi kemudahan kitar semula yang terbesar dan paling maju di dunia.

Selain itu, kami terus memperluaskan amalan kami untuk mewujudkan, sebanyak mungkin, perjanjian gelung tertutup dengan para pelanggan kami dengan membeli semula sekerap aluminium yang mereka hasilkan semasa pengeluaran. Apabila kami mengembangkan operasi kitar semula di kilang Latchford kami di UK pada FY14, sebagai contohnya, kami membuat pelaburan dalam peralatan baharu untuk mengitar semula sekerap aluminium secara automatik daripada pelanggan kami sejak sekian lama, Jaguar Land Rover (JLR) - yang membolehkan kedua-dua Novelis dan JLR mengurangkan jejak GHG kami.

Kami juga mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko di seluruh rantaian bekalan kami secara meluas dengan menggalakkan ketelusan, tanggungjawab dan amalan perniagaan yang lestari di kalangan pembekal kami. Dalam FY14, kami mula memperkenalkan Kod Tatalaku Pembekal - dilancarkan pada FY13 - dengan mengedarkan ia kepada pembekal global kami yang utama. Dalam FY15, kami akan

mengedarkan Kod kepada pembekal global dan serantau kami yang selebihnya.

Kami

Menambah ...

matlamat yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini untuk mengurangkan karbon yang terkandung dalam produk kita dengan meningkatkan input kita yang dikitar semula kepada 80% menjelang tahun 2020.

(5)

Pengilangan

Di seluruh operasi pengilangan kami, kami memberi tumpuan

kepada pencapaian prestasi alam sekitar dan keselamatan yang

kukuh dan menyediakan program latihan dan pembangunan

kakitangan yang mantap.

Pengurangan

sebanyak 20% dalam intensiti penggunaan air dan pengurangan sebanyak 2% dalam sisa mutlak yang kami hantar ke tapak pembuangan semenjak garis dasar kami

53

jurutera muda dalam

kumpulan pertama yang tamat pengajian daripada Program Pembangunan Kejuruteraan kami

Pengurangan

sebanyak 24% dalam intensiti tenaga dan pengurangan sebanyak 17% dalam pelepasan GHG mutlak kami untuk skop 1, 2 dan 3 semenjak garis dasar kami

Isu-isu alam sekitar yang paling penting kepada Novelis adalah penggunaan tenaga kami, pelepasan GHG, penggunaan air, dan sisa yang dihantar ke tapak pembuangan. Kami telah menetapkan matlamat dalam setiap bidang ini untuk membantu kami memacu kemajuan. Berbanding dengan garis dasar kami (purata prestasi FY07-FY09), kami membuat kemajuan yang baik ke arah mencapai matlamat ini.

Dalam FY14 sahaja, kami telah mengurangkan intensiti tenaga dan pelepasan GHG mutlak kami sebanyak 5% dan 4% masing-masing. Intensiti penggunaan air FY14 kami juga menurun sebanyak 4% berbanding dengan FY13. Sepanjang tahun ini, sisa metrik mutlak ke tapak

pembuangan kami meningkat sebanyak 16%. Sebahagian besar daripada kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan ketara dalam sisa berkaitan pembinaan jalan daripada operasi Amerika Selatan kami. Dengan ketiadaan bahan sisa ini, kami telah meningkatkan sisa mutlak ke tapak pembuangan dalam FY14 hanya sebanyak 1% berbanding dengan FY13. Dan, kami membuat kemajuan yang baik

dalam mencari penyelesaian untuk sisa lain yang muncul semula, termasuk meningkatkan pengitaran semula sanga dan lumpur dari kemudahan kami di Korea Selatan dan sisa refraktori dari kemudahan kami di Amerika Utara.

Di samping prestasi alam sekitar, satu lagi tumpuan utama dalam operasi pengilangan kami adalah memastikan keselamatan pekerja dan kontraktor kami di tempat kerja. Pada tahun 2013 kami telah mengguna pakai sistem penyimpanan rekod keselamatan yang baru yang lebih ketat daripada sistem kami yang terdahulu dalam beberapa aspek. Sebahagiannya disebabkan oleh perubahan ini, kadar kes boleh rekod kami - ukuran agregat kecederaan, penyakit dan kematian - meningkat tahun lalu, daripada 0.60 kes bagi setiap 200,000 jam bekerja dalam FY13 kepada 0.99 kes pada FY14. Kami kini sedang menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh sistem baharu ini, seperti tahap bunyi di kilang kami, supaya kami boleh mendorong penurunan kadar ini pada masa depan.

Kami

Menambah ...

matlamat alam sekitar yang bercita-cita tinggi untuk memacu prestasi, sistem keselamatan yang komprehensif dan program pembangunan kepimpinan bertaraf dunia.

Kami

Mewujudkan ...

penyelesaian inovatif untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasi kami, dan generasi jurutera baharu yang berbakat.

(6)

Pelanggan

Kami memberikan nilai kepada para pelanggan kami bukan hanya

sebagai pembekal produk aluminium yang berkualiti tinggi, tetapi

juga sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan penyelesaian

untuk meningkatkan kelestarian produk akhir mereka.

Minimum

90%

aluminium yang dikitar semula dalam lembaran tin minuman evercan™ Novelis

Komitmen Novelis terhadap kelestarian dan inovasi adalah perbezaan utama bagi syarikat kami. Pelanggan dalam pasaran teras automotif, minuman tin dan kepakaran atasan memberikan tumpuan dengan penuh minat terhadap pengurangan jejak alam sekitar produk mereka. Sifat-sifat yang wujud pada aluminium - ringan, boleh dikitar semula dan serba boleh - menjadikannya satu penyelesaian yang jelas.

Tetapi pelanggan kami bukan hanya membeli

aluminium - mereka membeli aluminium Novelis, yang bererti aluminium dengan kandungan karbon terbenam yang semakin berkurangan sambil kami berusaha ke arah matlamat kami untuk menggunakan 80% input yang dikitar semula. Manfaatnya adalah jelas: Apabila kami menambahbaik profil kelestarian produk kami, ia meningkatkan kelestarian produk akhir. Mencapai matlamat kami memerlukan kerjasama dengan para pelanggan kami untuk mengembangkan reka bentuk asas produk dan untuk membangunkan model baharu bagi pengeluaran dan kitar semula gelung tertutup - dan itulah yang kami lakukan.

Strategi produk rendah karbon kami memberikan

tumpuan, khususnya, untuk mengembangkan keupayaan

kami untuk berkhidmat kepada industri automotif, yang semakin beralih kepada aluminium untuk menghasilkan kenderaan ringan. Berasaskan perkongsian kami sejak sekian lama dengan JLR dan pembuat kereta utama global yang lain, kami mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pembekal terkemuka lembaran aluminium untuk industri automotif apabila kami telah dipilih pada tahun 2014 sebagai pembekal utama untuk trak pikap intensif aluminium yang baharu F-150 untuk 2015 bagi Syarikat Ford Motor.

Dalam sektor minuman tin, kami terus membuat pembaharuan bagi membolehkan tin aluminium merealisasikan potensi kelestarian mereka dengan sepenuhnya. FY14 menandakan kemunculan komersial buat pertama kali evercan Novelis - lembaran minuman tin pertama di dunia yang diiktiraf secara bebas, dengan kandungan kitar semula yang tinggi - apabila Red Hare Brewing Company mengumumkan bahawa ia akan mempakej bir buatan mereka secara eksklusif dalam tin yang diperbuat daripada evercan. Produk ini merupakan satu kejayaan teknikal dan merupakan satu langkah besar ke arah matlamat kami untuk mewujudkan 100% kandungan tin yang dikitar semula.

Kami

meningkatkan

tiga kali ganda

kapasiti helaian automotif kami

untuk mencapai 900 kiloton setahun menjelang 2015

Kami

Menambah ...

keupayaan inovasi dan teknologi yang tiada tandingannya, ditambah dengan lembaran aluminium dengan karbon terbenam yang lebih rendah.

Kami

Mewujudkan ...

produk aluminium yang paling maju, canggih dan lestari di pasaran pada hari ini, dan model perniagaan gelung tertutup pada masa hadapan.

(7)

Kami

Menambah...

komitmen untuk menambahbaik infrastruktur mengitar semula untuk pengguna, dan penglibatan pekerja dalam program komuniti.

Kami

Mewujudkan ...

pengguna yang lebih berpengetahuan dan tradisi syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Kami terlibat dengan pengguna dalam pelbagai cara. Contohnya, pada tahun 2014, kami membiayai penyelidikan pasaran berkenaan pandangan pengguna mengenai kandungan kitar semula dalam produk pengguna. Antara penemuannya: Orang ramai bertindak balas secara positif terhadap syarikat-syarikat yang menggunakan pembungkusan yang lestari, dan mereka akan mempertimbangkan untuk beralih kepada jenama setanding yang menawarkan pilihan yang lebih lestari. Penemuan ini menyokong usaha kami untuk menawarkan produk-produk dengan kandungan kitar semula yang tinggi seperti evercan™.

Kami juga berusaha untuk menjadikan kitar semula mudah dan senang untuk pengguna. Kita terus menyokong beberapa program yang bertujuan untuk meningkatkan kitar semula melalui pengumpulan dan infrastruktur yang dipertingkatkan, seperti Every Can Counts (Setiap Tin Dikira) di Eropah dan Curbside Value Partnership (Perkongsian Nilai Tepi Jalan) di Amerika Syarikat.

Dalam masyarakat di mana kami beroperasi, semua laman Novelis telah mewujudkan inisiatif komuniti, diuruskan melalui program yang kita namakan Jiran Novelis. Program

Jiran Novelis kami mempunyai tiga bidang tumpuan utama: pendidikan matematik dan sains, kitar semula, dan keselamatan. Kita juga menyokong dua inisiatif utama di peringkat global: Habitat untuk Manusia sejagat dan robotik FIRST.

Program utama Jiran Novelis ialah Bulan Sukarelawan Satu Novelis - usaha terfokus setiap bulan Oktober untuk membiayai dan melaksanakan projek-projek sukarelawan pekerja berskala besar. Pada bulan Oktober 2013, Bulan Sukarelawan tahun kedua, pekerja-pekerja daripada 35 laman Novelis dari 12 buah negara menyempurnakan 49 projek komuniti.

Di Brazil, sebagai sebahagian daripada usaha komuniti kita, kita telah membangunkan hubungan dengan beberapa koperasi pengumpul tin. Ahli-ahli koperasi ini mengasing-asingkan bahan boleh kitar semula untuk mengasingkannya mengikut bahan supaya ia boleh dijual. Dalam FY14, kita mengikat kontrak dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan untuk menilai keperluan perniagaan koperasi ini dan menyediakan bantuan yang sesuai. Kami juga telah mula membeli tin dari koperasi ini.

Pengguna

Kami sedang berusaha untuk meningkatkan kadar kitar semula

aluminium pasca pengguna dan melibatkan diri dengan pengguna

untuk lebih memahami pandangan mereka mengenai kelestarian.

Selain itu, kami berusaha untuk mendengar dan bertindak balas kepada

keperluan masyarakat di mana kemudahan kami terletak.

3,000+

pembeli minuman dalam tin dikaji dalam penyelidikan pengguna yang ditaja oleh kami baru-baru ini

2,000+

pekerja sukarelawan yang menyumbang 10,600 jam masa mereka semasa acara tahunan Bulan Sukarelawan Satu Novelis kami yang kedua

$3.3 juta

dalam jumlah pelaburan komuniti dalam FY14, termasuk lebih daripada $3 juta dalam sumbangan Novelis dan $253,088 dalam sumbangan pekerja

(8)

Kemajuan keseluruhan kita terhadap sasaran kita terus

kukuh. Walaupun terdapat beberapa variasi dalam prestasi

tahun ke tahun kami, kami percaya bahawa kami berada

di landasan kukuh untuk mencapai sasaran.

Ringkasan

Prestasi

Mahu mengetahui lebih lanjut? Lawati seksyen kelestarian novelis.com untuk memuat turun Laporan Kelestarian 2014 kami yang lengkap, yang disediakan menggunakan Garis Panduan Laporan Kelestarian Inisiatif Laporan Global G4, pada peringkat Komprehensif. www.novelis.com/sustainability

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang idea, maklum balas atau soalan.

John Gardner, Ketua Pegawai Kelestarian Tel: +1 404 760 4483

john.gardner@novelis.com

Pelepasan GHG

Mmt

Separuh amaun mutlak kita (Skop 1, 2 dan 3)

FY13 FY14 Sasaran

FY20

Purata FY07–09

21 18 17 11

Penunjuk

Bertambah baik semenjak garis dasar tetapi tidak bertambah baik pada tahun kebelakangan ini

Lebih lewat daripada yang dijadualkan Lebih baik atau mengikut perancangan

untuk memenuhi sasaran

Penunjuk GJ = gigajoule K = ribu M = juta mt = tan metrik m3 = meter padu

FY13 FY14 Sasaran

FY20 Purata FY07–09 3.7 3.1 2.9 2.7

Penggunaan air

m3/mt

Kurang sebanyak 25% per tan metrik jualan

FY13 FY14 Sasaran

FY20 Purata FY07–09 30 43 46 80

Kandungan

logam yang

dikitar semula

% 80% menjelang 2020

FY13 FY14 Sasaran

FY20 Purata FY07–09 12.4 10.0 9.5 7.6

Penggunaan

tenaga

GJ/mt

Kurang sebanyak 39% per tan metrik jualan

100% operasi telah melaksanakan proses penglibatan komuniti setempat

Komuniti

Kod tatalaku pekerja dan pembekal diperkenalkan, proses diatur untuk ketidakpatuhan

Kod Tatalaku

FY13 FY14 Sasaran

FY20 Purata FY07–09 63.1 53.6 62.1 0

Tapak

pembuangan

Kmt

Sifar sisa tapak pembuangan

FY13 FY14 Sasaran

FY20

Purata FY07–09

1.01 0.60 0.99 0

Performance Summary Chart:

[Flag: Let’s update last year’s graphic (below) by deleting the FY12 data and adding in FY14 data, and adjusting is:]

is not trending in a positive direction)

o Recycled metal content: 46 (keep the arrow pointing forward)]

o Energy usage: 9.5 GJ/mt (keep arrow going forward) o Water usage: 3.0 m3/mt (keep arrow going forward) o GHG emissions: 17M mt (keep arrow going forward) of increases, I think we need a backward arrow here instead of the equals sign)

o Safety: .99 (again, since we have two successive years of increase, I suggest changing the equal sign to a back-ward arrow)

o Community: same as last year o Code of Conduct: same as last year o Employees: percentage for FY14 still TBD Sifar kes boleh rekod bagi setiap

200,000 jam bekerja

Keselamatan

FY13 FY14 Sasaran

FY20

Purata FY07–09

NA 52 46 100

Program perkembangan kepimpinan bertaraf dunia, ditanda aras dalam 10% syarikat paling bagus

100% pekerja yang layak menerima maklum balas prestasi tahunan

Pekerja

%

FY13 FY14 Sasaran

FY16

FY11

$1.1 $0.96 $0.89 >$2

Keuntungan

Bilion

Kira-kira dua kali ganda EBITDA terlaras FY11 menjelang FY16

Sasaran keuntungan telah ditetapkan pada tahun 2011 dan tidak akan dipenuhi menjelang FY16.

Sasaran kelestarian seluruh korporat ini menggunakan purata tahun fiskal 2007-2009 sebagai garis dasar dan tahun fiskal 2020 sebagai tarikh akhir (dengan pengecualian sasaran keuntungan). Kita akan mengkaji semula sasaran kita bagi tahun 2020 dalam laporan tahun depan.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian evaluasi dan analisis laporan keuangan KUD Sumber Karya tahun 2018 dalam menyajikan dan mengungkapkan informasi akuntansi berdasarkan SAK ETAP menunjukkan

Dalam rangka melakukan pengujian hipotesis, data yang diolah dalam penelitian ini adalah data deret waktu ( time series ) dan cross section yang meliputi data

Berarti masase efflurage efektif terhadap pengurangan sensasi rasa nyeri persalinan kala I pada ibu bersalin primipara.. Untuk itu pemberian masase efflurage dapat

Analisis ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana SI/TI mempengaruhi SI/TI mempengaruhi bisnis dan kontribusinya dalam PPDU. Analisis lingkungan internal PPDU

yang disewa kepada agensi/syarikat sewaan berlesen di depot sewaan terdekat semasa dalam perjalanan di Luar Negara, akibat Kecederaan atau Penyakit Anda yang memerlukan

a) Pondasi ini dipakai pada bangunan dengan bentangan yang lebar (jarak anatara kolom 6m) dan bangunan bertingkat. b) Pondasi dipakai pada bangunan diatas tanah yang

Tapi, audio dapat mempunyai imperceptible yang relatif tinggi jika perubahan dilakukan pada ketukan suatu musik, terlebih lagi jika yang diubah adalah musik tanpa

Bank Kustodian akan menerbitkan Surat Konfirmasi Transaksi Unit Penyertaan yang menyatakan antara lain jumlah investasi yang dialihkan dan dimiliki serta Nilai Aktiva Bersih