• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA : NOR ADILAH BT MOHAMED

NO. MATRIKULASI : 700125035918001

NO. KAD PENGENALAN : 700125035918 NO. TELEFON : 0199224742

E-MEL : Adilah707@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre

(2)

Pengenalan kreativiti

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif tetapi itu bukanlah hak mutlak setiap orang kerana setiap orang mestilah mempunyai idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Menurut Helbert Read kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui tetapi juga pada masa yang sama mengajar mereka mencipta. Bagi meningkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

Menurut Kamus Dewan (1993) maksud kreativiti sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti iaitu mengikut Viktor Lowengfeld (1975) kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi yang dimiliki oleh seseorang sejak lahir. Naluri itu adalah faktor

pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan manusia tidak akan bertindak.

Matlamat pembangunan kreativiti di kalangan murid adalah bertujuan untuk

melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif kerana mereka merupakan aset yang paling berharga dalam pembangunan Negara. Murid yang mempunyai kreativiti juga akan

mempunyai tahap daya cipta yang tinggi dan berupaya menghasilkan idea dan seterusnya menghasilkan ciptaan yang berkualiti.

Antara kepentingan kreativiti kepada murid ialah menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru dengan mencipta . Murid juga dapat menghasilkan pemikiran yang bercapah, juga mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi dan visualisasi dan murid dapat membiasakan minda mencari jawapan yang tidak konvensional. Kreativiti juga menyebabkan murid tidak merasa bosan dan pembelajaran yang dilakukan menyeronokkan kerana murid dapat mereka cipta dan mengeluarkan idea sendiri. Aktiviti kreativiti juga memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan , karya dan keupayaan mereka. Aktiviti ini juga menggalakkan mereka untuk berfikir dan membuat keputusan misalnya murid akan berfikir untuk memilih lukisan mana yang akan di tampal dan dipamerkan, dan bagaimana mereka akan menguruskan keadaan tersebut.

Setiap guru pendidikan seni perlulah mengetahui setiap peringkat yang ada dalam kreativiti agar segala aktiviti seni dapat dirancang secara tersusun dan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Dalam perkembangan kreativiti Fisher terdapat 5 tahap perkembangan kreativiti Fisher(1943). Lima tahap perkembangan tersebut dapat dilihat dalam gambarajah di bawah.

(3)

Gambarajah Bloom

PENGETAHUAN

Peringkat yang pertama ialah peringkat rangsangan iaitu guru menggunakan teknik penyoalan sebagai ransangan bagi murid untuk meluahkan perasaannya dan menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu terhadap sesuatu isu. Guru juga perlu meransang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti soalan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya.

Peringkat ransangan ini boleh menggunakan domain kognitif Bloom iaitu domain kognitif ini boleh di bahagikan kepada enam peringkat iaitu bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar di capai seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat dan prinsip serta peristiwa yang berlaku. Objektif Domain yang kedua ialah Kefahaman yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Objektif Domain yang ketiga ialah Aplikasi yang bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah Am dalam situasi khusus dan situasi Am(Abu Bakar Nordin 1986). Objektif keempat Domain Kognitif ialah Analisis iaitu keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada perkara yang lebih kecil.

Contoh aktiviti pengajaran ialah guru mengajar tajuk anyaman tikar. Dalam peringkat ransangan guru akan cuba mencungkil pengetahuan sedia ada murid dan juga meransang minda murid-murid dengan soalan yang ada kaitan dengan seni anyaman tikar. Soalan-soalan ini mengikut aras Taksonomi Bloom dan telah ditunjukkan dalam jadual di bawah. Enam peringkat ini bermula dengan yang mudah di capai kepada yang sukar dicapai.

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

SINTESIS

(4)

PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESISS PENILAIAN Siapakah yang pernah melihat seni anyaman . Dimanakah anyaman tikar digunakan Bilakah anyaman tikar ini digunakan Apakah bahan-bahan yang biasa digunakan dalam membuat anyaman tikar Cuba kamu huraikan bagaimanakah anyaman tikar ini dibuat. Bandingkan antara anyaman tikar mengkuang dengan anyaman buluh di Sarawak Cuba anda bezakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat anyaman tikar mengkuang dengan anyaman buluh . Bolehkah anda bezakan seni anyaman tikar dengan seni anyaman buluh dari segi keunikan dan kehalusannya. selain daripada tikar cuba pilih hasil anyaman yang lain. Cuba buatkan hasil anyaman lain selain dari tikar Bolehkah anda gunakan proses membuat tikar mengkuang dalam proses membuat anyaman buluh. Cuba buatkan hasil anyaman lain seperti tudung saji menggunakan teknik membuat tikar mengkuang Apakah faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil anyaman tikar menjadi lebih menarik Cuba anda buat rumusan tentang hasil anyaman tikar dari segi a)jenis anyaman b)kombinasi warna c)ketepatan bentuk d)cara penjagaan e)kekemasan buktikan bahawa hasil anyaman anda bernilai dari segi a)keaslian b)estetika c)kekemasan d)kekukuhan Tuliskan semula proses penyediaan daun mengkuang dalam seni anyaman tikar Cadangkan apa akan berlaku jika anda kurang mahir dengan teknik menganyam Murid diminta datang ke hadapan dan membawa hasil karya. Guru meminta murid tersebut mentaksirkan hasil anyaman mereka dari segi susunan corak,kemudahan terburai dan fungsinya. Murid mempamerkan hasil anyaman mengikut kumpulan masing-masing. Murid mempertahankan hasil anyaman dengan menilai dari segi: a)teknik dan proses b)keaslian c)estetik d)motif dan corak e)kekuatan anyaman f)kekemasan

(5)

Peringkat yang seterusnya ialah peringkat penerokaan iaitu peringkat di mana murid berusaha menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh guru . Peringkat ransangan telah berjaya meransang murid untuk berfikir ke hadapan bagi menjawab masalah yang

dikemukakan oleh guru mereka menggunakan berbagai gaya dan teknik . Murid-murid yang kreatif amat gemar menggunakan kaedah dan teknik yang berlainan bagi melahirkan idea mereka.

Persoalan yang ditimbulkan oleh guru semasa peringkat ransangan tadi ialah dimana mereka pernah melihat seni anyaman. Maka murid akan menggunakan kreativiti mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada iaitu pengalaman mereka semasa lawatan ke Pusat Kraf Tradisional. Begitu juga soalan mengenai apakah bahan yang digunakan, bila digunakan, di mana ia di gunakan maka murid yang kreatif akan mencuba teknik peta minda untuk

menerangkan tentang persoalan tadi. Persoalan seterusnya yang dikemukakan oleh guru ialah berkenaan dengan bagaimana untuk menghuraikan cara anyaman tikar mengkuang ini di buat. Jadi bagi murid-murid yang kreatif mereka akan menggunakan tayangan video untuk menayangkan bagaimana tikar dibuat. Guru menunjukkan contoh tikar mengkuang yang dibawa dan juga hasil anyaman buluh di Sarawak iaitu sejenis tikar juga. Murid membuat perbincangan antara kumpulan mengenai perbezaaan yang ada antara kedua jenis tikar dengan memberi tumpuan kepada teknik dan proses, keaslian dan kekemasan. Murid yang kreatif akan memberi penerangan menggunakan bahan-bahan maujud seperti tikar yang sebenar bagi menerangkan tentang persoalan yang dikemukan oleh guru.

Peringkat kretiviti mengikut fisher yang seterusnya ialah Peringkat Perancangan

iaitu menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu perancangan secara verbal iaitu melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (posted oleh seluas cita segunung harapan). Dalam peringkat perancangan ini murid-murid akan menggunakan perancangan secara verbal iaitu dengan membuat perbincangan dengan ahli kumpulan dan juga guru. Berdasarkan tajuk yang telah dipilih iaitu anyaman tikar

mengkuang maka murid-murid akan duduk secara berkumpulan dan berinteraksi antara satu sama lain. Murid-murid berbincang tentang bahan-bahan yang perlu di bawa iaitu daun mengkuang, pisau dan bahan pewarna . Guru akan menggunakan tayangan video untuk menerangkan tentang proses menyediakan daun mengkuang. Murid-murid membuat pemerhatian dan membuat catatan tentang proses-proses tersebut.

(6)

Guru menunjukkan hasil anyaman tikar mengkuang yang telah siap iaitu

menggunakan lukisan dan gambar-gambar. Guru menunjukkan lukisan tikar mengkuang bermotifkan anyaman kelarai iaitu motif dari tumbuhan, manusia dan abstrak. Manakala motif Fauna pula ialah motif kepala gajah, motif tapak anjing, tapak harimau dan mata bilis.

(7)

Motif tikar mengkuang

Dalam peringkat perancangan mengikut kreativiti fisher pengajaran yang boleh digunakan ialah guru menunjukkan slaid kepada murid-murid tentang bagaimana proses anyaman tikar mengkuang dilakukan. Proses anyaman tikar mengkuang terbahagi kepada lima iaitu lagang, anyam, pepeh, sisip dan kerat. Disamping itu murid akan membuat catatan tentang proses itu dalam buku yang telah disediakan. Setelah proses menganyam tikar

difahami dengan sepenuhnya maka murid-murid berbincang bagaimana untuk mendapatkan bahan-bahan yang akan digunakan dan bagaimana untuk membawa bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang dibawa akan digunakan semasa dalam peringkat kreativiti fisher yang seterusnya iaitu Peringkat Aktiviti.

(8)

Proses menganyam

Peringkat aktiviti ialah peringkat dimana murid akan melahirkan pemikiran kreativiti mereka melalui tindakan mereka setelah mereka diajukan dengan persoalan dalam peringkat ransangan bagi meransang minda pelajar. Manakala dalam peringkat penerokaan murid menjawab segala persoalan dan mula merancang aktiviti dalam peringkat perancangan. Dalam peringkat aktiviti murid akan melakukan tindakan mengikut persoalan “ bagaimana harus kita mengambil tindakan keatas cadangan tersebut”. Dalam pengajaran dan pembelajaran tentang seni anyaman tikar mengkuang murid membuat aktiviti seperti yang ditunjukkan di bawah. Murid membuat aktiviti menyediakan daun mengkuang seperti dalam gambar di bawah . Proses ini telah diajar oleh guru melalui kaedah perbincangan dan juga visual. Murid-murid akan membuat proses ini dirumah mengikut kumpulan masing-masing.

Sebelum menganyam proses menyediakan daun mengkuang dilakukan seperti yang diatas. Setelah selesai proses diatas murid-murid menganyam tikar secara individu dan mengikut kreativiti masing-masing. Murid-murid boleh memilih teknik-teknik yang dikehendaki samada menggunakan teknik lagang, teknik anyam, pepeh, sisip dan kerat. Teknik yang digunakan adalah mengikut kreativiti masing-masing.

(9)

Peringkat yang terakhir ialah peringkat kajian semula iaitu membuat penilaian ataupun refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan. Murid-murid digesa supaya memberikan pendapat dan komen mengenai hasil karya iaitu anyaman tikar

mengkuang yang telah dihasilkan. Setiap murid akan keluar ke hadapan kelas sambil membawa tikar mengkuang yang telah dihasilkan dan membuat penerangan tentang hasil yang telah dibuat. Murid lain akan membuat komen hasil tikar mengkuang itu dari sudut estetika ,kekukuhan dan kekemasan tikar itu. Murid yang mempamerkan hasil karya itu akan menerima komen dan pendapat itu dan akan membuat penambahbaikan terhadap karya itu. Penilaian yang terakhir adalah daripada guru yang mana guru akan memberi komen dan pandangan positif . Seterusnya guru akan memberi motivasi dan galakan agar karya yang dihasilkan akan lebih kemas dan baik lagi manakala bagi yang menepati akan diberikan pujian agar meneruskan lagi usaha mereka.

Perkembangan kreativiti Fisher mempunyai implikasi dan kesan terhadap aspek pembangunan diri individu terutamanya dari aspek sosial ,emosi dan fizikal murid. Seperti yang dinyatakan diatas tahap perkembangan kreativiti Fisher mempunyai 5 peringkat iaitu peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan kajian semula.

Dalam peringkat pertama iaitu peringkat ransangan dari segi sosial murid-murid mengetahui cara untuk berinteraksi antara kawan-kawan dan juga guru. Dalam peringkat ini juga murid dapat belajar bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan juga dengan orang yang lebih tua. Murid-murid juga dapat belajar menjawab segala persoalan yang dikemukakan dengan cara beradab dan dan bersopan. Teknik penyoalan yang memasukkan unsur-unsur pemainan seperti kuiz dan sumbangsaran akan dapat menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Perhubungan sesama murid juga menjadi bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan. Keadaan ini dapat membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi untuk murid-murid. Dari segi fizikal pula peringkat ransangan boleh menyebabkan murid tidak mengantuk kerana murid aktif untuk mengangkat tangan jika ada soalan yang tidak jelas dan meragukan mereka. Dari segi emosi pula murid-murid merasa teruja untuk mengetahui sesuatu isu dan ini menyebabkan pemikiran mereka mencapah dan boleh membentuk pemikiran yang kreatif. Murid juga merasakan mereka diberi perhatian oleh guru kerana pada peringkat ini guru sedang mencungkil segala

maklumat dan pengetahuan sedia ada mereka dan mereka merasakan mereka diberi perhatian yang lebih oleh guru.

Dalam peringkat kedua pula iaitu peringkat penerokaan murid berusaha untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh guru. Kaedah penerokaan ini memerlukan murid bergerak aktif seperti bergerak ke bilik tayangan untuk melihat video yang akan

ditayangkan oleh guru yang berkaitan dengan tajuk. Pergerakan ini menyebabkan murid melatih pergerakan lokomotor agar lebih baik. Dari segi sosial pula murid-murid ini mempunyai hubungan sosial yang rapat dengan kawan-kawan dan juga guru. Ini adalah semasa proses seperti eksperimentasi ataupun latihan menyelesaikan masalah. Pada peringkat

(10)

ini murid-murid yang kreatif amat teruja untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang telah diberikan oleh guru. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan ini dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Dari segi emosi pula murid yang menyertai aktiviti seperti permainan, eksperimen dan latihan penyelesaian masalah akan mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang kreatif mempunyai keyakinan diri yang tinggi menyebabkan mereka akan berjaya dalam membuat sesuatu aktiviti.

Implikasi dan kesan bagi peringkat perkembangan aktiviti fisher yang seterusnya ialah

peringkat merancang dan seterusnya peringkat aktiviti yang mana pada peringkat ini murid perlu terlibat secara aktif kerana murid yang kreatif tidak akan melepaskan peluangnya untuk mengeluarkan idea dan maklumat yang diperolehi semasa sesi pengajaran. Implikasi dan kesan kepada perkembangan dan pembangunan ciri-ciri individu bagi kanak-kanak boleh dilihat dari segi fizikal, sosial dan emosi. Dari segi fizikal pada peringkat ini murid-murid menggunakan psikomotor mereka dengan begitu aktif sekali kerana pada peringkat ini mereka melakukan aktiviti seperti membelah daun mengkuang dan seterusnya menganyam tikar tersebut. Fizikal mereka perlu kuat dan perlu mempunyai daya ketahanan badan yang kuat bagi menyiapkan tugasan mereka. Murid yang kreatif akan menggunakan fizikal mereka semaksima yang mungkin dan keadaan ini menyebabkan murid menjadi sihat dan cergas bukannya murid yang lemah dan lembap. Jadi peringkat kreativiti fisher ini membantu perkembangan murid dari segi fizikal.

Dari segi sosial pula pada peringkat ini murid akan bergaul dengan rakan sebaya dan juga guru mereka secara akrab kerana pada peringkat ini mereka memerlukan antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan mereka seperti menyiapkan tikar mengkuang. Mereka juga akan membantu satu sama lain dan bekerjasama untuk menyiapkan tikar mengkuang mereka.Semasa proses menyediakan mengkuang murid-murid tidak dapat membuatnya sendiri tanpa kerjasama kerana mereka perlu membelah, merebus dan mewarna mengkuang itu. Proses ini juga perlu ketekunan dan ketabahan dari setiap murid bagi menyiapkan projek seni mereka. Peringkat ini juga mengajar murid supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kreatif dan dapat menghasilkan idea yang baru bagi meningkatkan tahap estetika hasil seni tersebut contohnya tikar mengkuang tadi. Dari segi emosi pula kesan Perkembangan Kreativiti Fisher pada peringkat ini menyebabkan emosi murid rasa tercabar dan mereka akan lebih gigih lagi untuk menyiapkan tugasan mereka. Murid –murid juga akan merasa seronok dan gembira manakala emosi mereka pula tidak terganggu dan mereka akan melakukan aktiviti mereka dengan gembira menyebabkan terhasilnya idea yang kreatif. Apabila idea mereka kreatif maka hasil yang terbentuk akan menarik dan berkualiti tinggi. Melalui aktiviti ini juga terbit rasa kasih sayang antara mereka iaitu antara murid dengan murid dan juga antara murid dengan guru. Melalui peringkat ini juga murid akan bertambah mesra antara rakan mereka kerana peringkat ini memerlukan mereka bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain.

(11)

Kesan yang seterusnya bagi peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher yang terakhir ialah Kajian Semula. Kesan pada perkembangan murid dari segi emosi, sosial dan fizikal ialah murid akan mempunyai keberanian untuk menyatakan pendapat mereka kerana pada peringkat ini murid dikehendaki memberi komen, pendapat dan penilaian terhadap hasil karya seni mereka. Peringkat ini juga menyebabkan murid mempunyai sifat berani mengeluarkan pendapat dan idea mereka. Peringkat ini juga mengajar murid supaya tabah dalam menerima komen dari orang lain dan mempunyai fikiran terbuka. Murid juga berani untuk

mengenengahkan idea mereka dan berani mempertahankan idea mereka yang dirasakan boleh memperbaiki hasil karya mereka.

Kesimpulan

Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher mempunyai lima peringkat yang utama iaitu peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula. Kreativiti mempunyai tahap-tahap tertentu oleh itu guru hendaklah mengetahui peringkat tersebut supaya guru dapat merancang aktiviti yang akan diadakan semasa aktiviti seni. Kreativiti murid perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak

peringkat awal persekolahan lagi bagi membolehkan mereka mengetahui kecenderungan diri mereka serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Guru juga perlu mengetahui peringkat ini bagi mencungkil segala bakat dan kreativiti yang ada pada diri murid. Peringkat-peringkat ini juga telah memberi kesan kepada

perkembangan diri murid-murid dari segi sosial, emosi dan fizikal murid. Kesan ini telah menyebabkan murid mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan murid dapat mencipta sesuatu hasil seni yang unik dan tinggi kualitinya. Peringkat perkembangan kreativiti Fisher yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka telah menghasilkan murid-murid yang kreatif dan seimbang dari segi jasmani, sosial, emosi dan fizikal murid-murid.

(12)

Bibliografi

1. Chua Yan Piaw. (2011). Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

2. Cik Roslina . (2012). Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Bahagian pendidikan Guru .Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah

Rendah.Kuala Lumpur :PPK

4. Rahmat Salihon. (2003) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.Selangor Darul Ehsan : Fajar Bakti

5. Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti Pergerakan Kreatif Dan Panduan Pengajar. Petaling Jaya : Flo Enterprise Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Dari pembahasan diketahui bahwa metode interpolasi dapat digunakan untuk memprediksi fungsi dari suatu benda putar yang tidak beraturan. Volume yang dihasilkan

Harga kekerasan kampas kopling non asbes berbahan fiberglass variasi serbuk alumunium dan serbuk tembaga dari sempel 1, 2 dan 3 semua lebih tinggi dibandingkan dengan kampas

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Hasil penelitian diolah dengan Modde 5.0 ® untuk mengetahui kombinasi hialuronat dan glutaraldehida yang memberikan gel kitosan- hialuronat dengan sifat reologi

Analisis data dilakukan dengan menggunakan uji statistik mcmar.Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada pengaruh edukasi gizi terhadap peningkatan pengetahuan

Tujuan penelitian ini adalah penggunaan beberapa jenis pelarut dan suhu ekstraksi yang berbeda dengan menggunakan metode soxhletasi untuk mendapatkan konsentrasi

Kesuksesan Teman Ahok menembus angka 1 juta KTP dukungan itu langsung mengingatkan saya terhadap Habiburokhman, Kepala Bidang Advokasi Dewan Pimpinan Pusat Partai

Telah selesai bimbingan dan siap untuk dilaksanakan Ujian Skripsi/Ujian Komprehensif, oleh karena itu kami mohon ditetapkan Surat Keputusan Ujian Skripsi atas nama