• Tidak ada hasil yang ditemukan

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

Sijil Pengajian Ugama

WS 613

TASAWWUR ISLAM

(Minggu 6)

Pensyarah

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri

PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

(2)

SILIBUS PENGAJIAN

CIRI CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

 Ketuhanan (Rabbaniyyah)

(3)

RABBANIYYAH

(Ketuhanan)

(4)

PENGERTIAN RABBANIYYAH

Bahasa: Iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terkandung dalam

Islam adalah bersumberkan wahyu Allah swt (al-Quran dan Hadis).

Al-Rabbaniyyah berasal dari perkataan Rabb. Menurut Haron Din (1992:27), ia bermaksud

Pemilik yang berkuasa, yang menguruskan dan Dialah yang paling tinggi.

(5)

Al-Azhari (Ramli Awang, 1997:89) yang

mengambil hujah Abu al-Abbas menyatakan bahawa al-Rabbaniyyah bererti al-„alim.

Ibn Manzur pula (Ramli Awang, 1997:89) merujuk kepada orang yang berilmu tentang Rabb

Ibn Kathir (Ramli Awang,1997;91),sebagai al-„Ulama wa al-„Ubbad (mereka yang berilmu lagi „abid).

(6)

Menurut Ramli Awang (1997:87)

Al-Rabbaniyyah merupakan konsep yang menjadi akar umbi atau dasar utama tasawwur (pandangan hidup) Islam.

Ia menjadi tunjang yang hanya mempunyai satu

kiblat, iaitu bernisbahkan terhadap keesaan Allah swt Nama lain yang diberi ialah tasawwur i‟tiqadi kerana diwahyukan oleh Allah swt tidak seperti tasawwur lain yang didorong oleh asakan falsafah barat dan

pemikiran kendiri yang tidak bergerak di atas

(7)

ُرْيَغ ٍقِلاَخ ْنِم ْلَه ۚ ْمُكْيَلَع ِ َّللَّا َتَمْعِن او ُرُكْذا ُساَّنلا اَهُّيَأ اَي

َٰىَّنَأَف ۖ َوُه َّلَِإ َهََٰلِإ َلَ ۚ ِض ْرَ ْلْا َو ِءاَمَّسلا َنِم ْمُكُق ُز ْرَي ِ َّللَّا

َنوُكَف ْؤُت

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah S.W.T. kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah S.W.T. yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain dia; Maka Mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (al-Fathir, 35: 3)

(8)

BUKTI RABANIYYAH

َنيِمَلاَعْلا ِّب َر ِض ْرَ ْلْا ِّب َر َو ِتا َواَمَّسلا ِّب َر ُدْمَحْلا ِهَّلِلَف

ُزي ِزَعْلا َوُه َو ۖ ِض ْرَ ْلْا َو ِتا َواَمَّسلا يِف ُءاَي ِرْبِكْلا ُهَل َو

ُميِكَحْلا

Firman Allah swt bermaksud:

“Maka bagi Allah swt segala puji, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Dan bagi-Nyalah keagungan di langit dan bumi, Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Jasiyah, 45: 36-37)

(9)

BUKTI RABANIYYAH

Penjelasan lanjut dalam sebuah hadith yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

“Pada hari Kiamat bumi akan berada di dalam genggaman Allah S.W.T. dan langit berada di sebelah kanan-Nya kemudian berfirman; Akulah Raja, di manakah raja bumi hari ini?” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

(10)

Yusuf al-Qardawi (Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri Haji Mahmud, 2007) membahagikan

al-Rabbaniyyah kepada empat aspek utama:

1. al-Rabbaniyyah al-Ghayah (tujuan/matlamat)

2. al-Rabbaniyyah al-Wijhah (persepsi/orientasi)

3. al-Rabbaniyyah al-Masdar (sumber)

4. al-Rabbaniyyah al-Manhaj (sistem)

(11)

1. Islam telah menjadikan matlamatnya yang terakhir serta tujuannya yang jauh tidak lain dan tidak bukan hanyalah hubungan yang baik dengan Allah swt bagi mencapai keredhaan-Nya (Ramli Awang, 1997:96).

2. Matlamat mutlak kehidupan manusia di dunia walaupun masih terdapat tujuan-tujuan lain

yang bersifat kehendak sosial. Firman Allah swt yang bermaksud:“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (al-Dzariyat, 51: 56)

al-Rabbaniyyah al-Ghayah

(12)

3. Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku sumbang dalam tindakan di dunia

kerana masih tersimpul ikatan tanggungjawab di antara Rabb dan hamba. Perkara ini

ditegaskan dalam firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai manusia, Sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya.” (al-Insyiqaq, 84: 6)

al-Rabbaniyyah al-Ghayah

(13)

Sesuatu persepsi, tanggapan, dan tasawwur adalah dilihat melalui kerangka kaca mata atau acuan yang dipandu oleh Allah swt (Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri Haji Mahmud, 2007).

Setiap perkara perlulah ditelusi melalui perspektif Islam. Sebagai contoh, definisi kejayaan menurut Allah swt tidak hanya terbatas kepada kejayaan di dunia, tetapi hendaklah merangkumi kejayaan di akhirat juga.

Al-Rabbaniyyah al-Wijhah

(14)

َةاَك َّزلا اوُتآ َو َة َلََّصلا اوُميِقَأ َو ْمُكَيِدْيَأ اوُّفُك ْمُهَل َليِق َنيِذَّلا ىَلِإ َرَت ْمَلَأ ْوَأ ِ َّللَّا ِةَيْشَخَك َساَّنلا َن ْوَشْخَي ْمُهْنِم ٌقي ِرَف اَذِإ ُلاَتِقْلا ُمِهْيَلَع َبِتُك اَّمَلَف ٍلَجَأ َٰىَلِإ اَنَت ْرَّخَأ َلَ ْوَل َلاَتِقْلا اَنْيَلَع َتْبَتَك َمِل اَنَّب َر اوُلاَق َو ۚ ًةَيْشَخ َّدَشَأ َنوُمَلْظُت َلَ َو َٰىَقَّتا ِنَمِل ٌرْيَخ ُة َر ِخ ْلْا َو ٌليِلَق اَيْنُّدلا ُعاَتَم ْلُق ۗ ٍبي ِرَق ًلَيِتَف

Firman Allah Allah swt yang bermaksud:

“Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang

bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.”

(al-Nisa’, 4: 77)

Al-Rabbaniyyah al-Wijhah

(15)

Segala sumber dan akar umbi kepada kehidupan di seluruh alam ini adalah berpunca daripada

acuan Allah swt dan mengembalikan sumber yang menjadi rujukan serta sandaran peraturan kehidupan secara keseluruhan kepada ketetapan Allah swt.

Sumber syari’at Islam daripada al-Qur‟an dan hadith Rasulullah S.A.W. (Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri Haji Mahmud, 2007).

Al-Rabbaniyyah al-Masdar

(16)

Sumber yang akan membentuk kehidupan

manusia supaya berpegang teguh dengan tali agama Allah dan memelihara diri daripada

terpesong. Firman Allah swt yang bermaksud:

ِهْيَلِإَف ُّرُّضلا ُمُكَّسَم اَذِإ َّمُث ۖ ِ َّللَّا َنِمَف ٍةَمْعِن ْنِم ْمُكِب اَم َو

َنو ُرَأْجَت

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh

kemudharatan, Maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (al-Nahl, 16: 53)

Al-Rabbaniyyah al-Masdar

(17)

Sistem, peraturan, kaedah, dan undang-undang bagi menyempurnakan kehidupan insaniah adalah berteraskan kepada acuan Allah swt (Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Fikri Haji Mahmud, 2007).

Allah swt satu-satunya yang berkuasa memerintah, menyeru, melarang,

menghalalkan, mengharamkan apa-apa

sahaja yang terdapat dalam alam semesta ini.

Al-Rabbaniyyah al-Manhaj

(18)

Sifat sempurna Allah swt menyempurnakan peraturan dan syari’at Islam yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan; akidah, ibadah, muamalat, mu‟asyarah dan akhlak. Firman

Allah swt yang bermaksud:

“Telah sempurnalah kalimah Tuhanmu

(al-Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah

kalimah-kalimah-Nya dan Dialah yang Maha

Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-An’am, 6: 115)

Al-Rabbaniyyah al-Manhaj

(19)

َءا َوْهَأ ْعِبَّتَت َلَ َو اَهْعِبَّتاَف ِرْمَ ْلْا َنِم ٍةَعي ِرَش َٰىَلَع َكاَنْلَعَج َّمُث

َنوُمَلْعَي َلَ َنيِذَّلا

Firman Allah swt bermaksud:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari‟at (peraturan) dari urusan (agama itu), Maka ikutilah syari‟at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”

(al-Jasiyah, 45: 18)

Al-Rabbaniyyah al-Manhaj

(20)

PRINSIP RABBANIYYAH

1. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah swt

Islam bukanlah agama ciptaan manusia kerana ianya berdasarkan kepada wahyu Allah swt (al Quran).

2. Islam adalah satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu manusia.

Allah swt sebagai pencipta agama Islam memiliki sifat kesempurnaan.

(21)

PRINSIP RABBANIYYAH

3. Islam dan seluruh mahkluk adalah hak Allah swt

Allah swt sebagai pemilik segala makhluk ciptaannya.

4. Allah swt sebagai pemberi peraturan hidup.

Allah swt telah menyediakan segala peraturan untuk kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat.

(22)

CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH

Beriman dan yakin dengan rukun iman.

Melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Allah swt

(23)

CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH

Berakhlak mulia dalam kehidupan seharian. Melakukan penyelidikan dan penerokaan bagi membuktikan kekuasaan dan

keagungan Allah swt

Berjihad dengan nyawa, harta dan akal fikiran untuk meninggikan syariat Islam

(24)

SYUMULIYYAH

(25)

PENGERTIAN SYUMULIYYAH

Bermaksud lengkap dan sempurna iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi

Muhammad saw adalah lengkap dan sempurna.

Ajaran Islam merangkumi semua aspek

kehidupan manusia yang meliputi dunia dan akhirat.

(26)

Prinsip Syumuliyyah

1. Kesempurnaan adalah milik Allah swt

Manusia diciptakan penuh dengan kelemahan, Islam yang diciptakan oleh Allah swt adalah

agama yang sempurna dan mampu memenuhi semua keperluan hidup manusia.

2. Semua manusia terikat dengan masa, ruang dan tempat tertentu.

Manusia mestu tunduk dan patuh kepada

(27)

Prinsip Syumuliyyah

3. Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Manusia telah dibekalkan dengan akal dan

wahyu serta peraturan daripada Allah swt untuk membangun dan memakmurkan alam

mengikut ketetapan Allah swt.

4. Islam telah menyediakan segala peraturan hidup yang mencakupi setiap sudut.

Peraturan tersebut samada berhubung dengan kehidupan manusia di dunia spt sosial, budaya, ekonomi dan sbgnya dan yang berhubung di

(28)

Bukti kesyumulan Islam Dalam Kehidupan Manusia

Islam menyediakan segala peraturan untuk

kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Ibadat Khusus: Peraturan antara manusia dengan Allah swt secara langsung (Puasa, Soalt,Zakat, Haji dan Lain-lain Ibadat).

Ibadat Umum: Peraturan perhubungan dengan Allah swt tetapi memerlukan perantaran

manusia lain. Contohnya – sedekah, menolong orang lain dan berbuat baik sesama manusia.

(29)

Konsep Syumuliyyah Dalam Kehidupan

Agama tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam dalam kehidupan meliputi semua aspek kehidupan manusia.

1. Bidang Ekonomi Islam mengariskan panduan dan cara yang terbaik dalam menguruskan ekonomi seperti Islam

mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba.

(30)

Konsep Syumuliyyah Dalam Kehidupan

2. Bidang Perundangan Islam menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Contohnya hukum hudud, qisas dan takzir.

3. Bidang Sosial Islam menetapkan peraturan dan adab pergaulan sesama

manusia, perhubungan antara bangsa dan sebagainya.

(31)

Syumuliyah Az-Zaman (Sepanjang Waktu)

Islam risalah dibawa Nabi Muhammad saw satu-satunya panduan hidup manusia.

Sifat risalah ini (Islam) adalah sepanjang masa hingga hari kiamat. Manusia sebagai khalifah

bertugas menjaga, membangun dan memeliharanya Firman Allah swt:

“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi

kebanyakan manusia tiada mengetahui.”(Surah Saba',

(32)

PEMBAHAGIAN SYUMULIYAH

Syumuliyah Az-Zaman (Sepanjang Waktu) Firman Allah swt:

ُمُكَل ُتي ِض َر َو يِتَمْعِن ْمُكْيَلَع ُتْمَمْتَأ َو ْمُكَنيِد ْمُكَل ُتْلَمْكَأ َم ْوَيْلا

ۚ اًنيِد َم َلَْسِ ْلْا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu

agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

(33)

Syumuliyah AI-Minhaj (Kesempurnaan Pedoman)

1. AI-Asaas (Dasar) : Asas dari Islam adalah akidah. Ini merupakan dasar dari bangunan Islam. Tanpa akidah maka tidak akan kuat.

2. AI-Binaa (Bangunan) iaitu AI-Akhlaq dan Al ibaadah (Ibadah).

3. AI-Mu'ayyidaat (Pendukung) : Al Jihad – Ad Da'wah.

(34)

Syumuliyah AI-Minhaj (Kesempurnaan Pedoman)

َّنِكََٰل َو ا ًريِذَن َو ا ًريِشَب ِساَّنلِل ًةَّفاَك َّلَِإ َكاَنْلَس ْرَأ اَم َو

َنوُمَلْعَي َلَ ِساَّنلا َرَثْكَأ

“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai

pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui “(Surah As Saba:28)

(35)

Syumuliyah AI-Makaan (Seluruh Tempat)

Semua tempat di muka bumi ini adalah tempat yang sesuai dengan Islam.

Sesiapa dan dari mana asalnya tetap di bawah naungan Islam dan ciptaan Allah yang Esa.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk

orang-orang yang berserah diri?" (Surah Fushilat, 41:33.

(36)

Rujukan

Haron Din (1992). Tasawwur Islam. Selangor: HIZBI, Shah Alam. Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan

Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan

Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.

Muhammad Yusuff al-Kandahlawi (2008). Muntakhab Ahadith, terjemahan Abu Abil Hasan Musa dan Muhammad Sanadi Abu Bakar. Selangor: Klang Book Centre, Klang.

Ramli Awang (1997). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Qur‟an dan Al-Sunnah. Selangor: HIZBI, Shah Alam.

(37)

PERBINCANGAN KELOMPOK

Berdasarkan kepada konsep Rabbaniyyah dan Syumuliyyah. Bincangkan bagaimana ia memainkan peranan dalam membentuk corak

(38)

Referensi

Dokumen terkait