• Tidak ada hasil yang ditemukan

a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. cgazmi.blogspot.com

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. cgazmi.blogspot.com"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

a) Pernyataan sejarah dan perkembangan seni anyaman

1.0 PENGENALAN

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggeh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

ANYAMAN oleh:

(2)

2.0 TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG

Di bawah ini dihuraikan serba ringkas salah seorang tokoh anyaman mengkuang yang berasal dari negeri Terengganu, iaitu:

2.1 Puan Aminah Binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

2.2 Lain-Lain Tokoh

 Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta Kelarai Sambas.

 Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta Kelarai Tapak Harimau.

 Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek.  Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.

 Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta Kelarai Bunga.

ANYAMAN oleh:

(3)

3.0 JENIS-JENIS ANYAMAN

Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas

pakaian dan lain-lain. Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan

dinding. Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh

yang sesuai

Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain. Anyaman Rotan Rotan yang telah

diproses

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain.

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

4.0 PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN HASIL ANYAMAN

• Anyaman perlu di elakan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan.

• Tikar perlu digulung dan dibalit dengan kain jika tidak digunakan.

• Pengawetan anyaman dilakukan dengan menggunakan pewarna, syelek atau lekar.

• Hiasan dinding - perlu dibingkai.

• Menggunakan `ovepley plastik’ sebagai perlindungan. • Membersihkannya apabila perlu.

ANYAMAN oleh:

(4)

5.0 PENILAIAN HASIL ANYAMAN Sesebuah hasil anyaman dinilai dari segi:

5.1 Teknik dan proses

 Penggunaan alat dan bahan yang betul.  Penggunaan alat dan bahan yang betul.  Permulaan anyaman yang kemas.  Cara menganyam secara keseluruhan.

5.2 Hasil kerja

 Ketepatan bentuk yang memenuhi kehendak tajuk.  Kekemasan kerja.

 Penghasilan idea, kretiviti, dan nilai estetik.  Kombinasi warna yang sesuai dan menarik.  Susunan corak yang seimbang dan berharmoni.

5.3 Persembahan

 Anyaman sama, tegang dan rapi.

 Kekemasan dari segi anyaman tepi, sisipan dan sebagainya.  Kesempurnaan bentuk graf yang di hasilkan.

 Cantuman yang kemas dan teliti.  Jahitan yang kukuh dan rapi.

ANYAMAN oleh:

(5)

5.4 Gubahan

 Reka corak kelarai yang menunjuk kapada prinsip rekaan.  Pemilihan warna yang berkesan.

 Memperlihatkan ciri dan corak tradisional.

5.5 Fungsi

 Kekesuaian motif, bahan, bentuk dengan fungsinya.

b) Huraian proses, teknik dan kaedah penghasilan seni anyaman

1.0 PROSES MEMBUAT ANYAMAN MENGKUANG

Daun-daun mengkuang/pandan yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling Gambar 1: Pokok Mengkuang Gambar 2: Daun mengkuang dipotong

ANYAMAN oleh:

(6)

perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Gambar 3: Daun mengkuang dilayur Gambar 4: Proses menjangka

ANYAMAN oleh:

(7)

Melurut melembutkan bilah dan melicinkan permukaannya. Bilah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Gambar 5: Proses melurut Gambar 6: Bilah mengkuang ditongkol dan direndam

Gambar 7: Proses mewarna dengan

merebus bilah mengkuang Gambar 8: Selepas mewarna, bilah-bilah mengkuang dijemur untuk dikeringkan.

ANYAMAN oleh:

(8)

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

2.0 PROSES PEWARNAAN

Terdapat dua proses pewarnaan dalam pembuatan anyaman mengkuang, iaitu:

2.1 Pewarnaan Cara Tradisional

 Bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.  Kunyit ditumbuk halus dan dicelur didalam air mendidih untuk

mendapatkan warna kuning.

 Buah kesumba diguna untuk menghasilkan warna jingga dan merah.  Buah pokok arang diguna untuk mendapatkan warna hitam.

ANYAMAN oleh:

(9)

 Bagi mendapatkan warna yang lebih cerah, kapur digunakan.

Contohnya, warna kuning pinang masak di campur dengan kapur sirih.  Warna hijau pula boleh diperolehi daripada daun pohon bemban.

2.2 Pewarnaan Cara Moden

 Pewarnaan cara moden menggunakan bahan pencelup dyestuff dan campuran bahan kimia lain.

 bahan pewarna biasanya berbentuk hablur atau serbuk.

2.3 Teknik Pewarnaan

 Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalan sebuah periuk.  Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam air tersebut dan

dikacau supaya sebati.

 Bilah mengkuang yang ditongkol dimasukkan ke dalam bekas berisi air yang dipanaskan itu.

 Tongkol-tongkol daun kemudian dikeluarkan selepas setengah jam.  Daun dicuci dengan air bersih.

 Ikatan tongkol dibuka dan dijemur sehigga kering.

ANYAMAN oleh:

(10)

3.0 TEKNIK DAN KAEDAH MENGANYAM

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis objek yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Gambar 9: Proses menganyam dimulakan.

ANYAMAN oleh:

(11)

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

ANYAMAN oleh:

(12)

c) Penjelasan falsafah objek dan karya seni tersebut dihasilkan.

1.0 FALSAFAH OBJEK SENI ANYAMAN

Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya;

 Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai mengisi masa lapang.

 Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.

 Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna.

 Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

 Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat lembut dan boleh digulung.

 Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai.  Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif.

ANYAMAN oleh:

(13)

d) Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni.

1.0 TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN MENGKUANG

Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar terlebih dahulu. Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan untuk alas tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu;

 Tikar sembahyang - lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan ibadat sembahyang itu.  Tikar parudan - tikar kecil yang digunakan sebagai tempat menadah isi

kelapa yang diparut.

 Tikar alas nikah - tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa upacara akad nikah.

 Tikar jemuran - sejenis tikar yang digunakan khas untuk menjemur padi.

ANYAMAN oleh:

(14)

e) Huraian unsur dan prinsip seni yang terdapat pada objek dan karya seni.

1.0 UNSUR DAN PRINSIP SENI ANYAMAN MENGKUANG

 Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama.

 Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.

 Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi mewujudkan pelbagai jenis kelarai.

 Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang menarik.

 Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadiseperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan nama orang.

ANYAMAN oleh:

Gambar

Gambar 7: Proses mewarna dengan

Referensi

Dokumen terkait