460
Sekolah Sebagai Unit Birokrasi Kuasa Bandar :
Studi Kes Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah Di Sekolah Menengah Atas (Sma) Kerajaan Sumatera Barat – Indonesia
Mohd Izham Mohd Hamzah & Ristapawa Indra
_____________________________________________________________________
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) menuju sekolah berkesan di SMA Kerajaan Sumatera Barat, Indonesia. Kerangka konseptual kajian dibina berasaskan teori Pengurusan Berasaskan Sekolah yang dikemukakan oleh Glickman (1993), Murphy dan Beck (1995) dan Cheng (1996), dan teori sekolah berkesan oleh Mortimore (1995). Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif pada tahap sederhana antara PBS dengan sekolah berkesan. Kajian juga mendapati PBS secara keseluruhan (autonomi, pengupayaan, proses keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) memberikan sumbangan signifikan kepada sekolah berkesan. Manakala elemen-elemen proses pengambilan keputusan partisifatif, pengupayaan, dan penglibatan ibu bapa adalah elemen-elemen penting daripada PBS yang menyumbang kepada sekolah berkesan di SMA Kerajaan Sumatera Barat. Dapatan juga menunjukkan elemen autonomi sekolah daripada PBS sebagai salah satu elemen penting daripada desentralisasi pendidikan belum dilaksanakan secara maksimum. Sekolah masih sahaja dipandang sebagai salah satu unit terendah di biroksasi pemerintah di bandar mahupun luar Bandar.
Kata kunci: Pengurusan Berasaskan Sekolah dan sekolah berkesan
_____________________________________________________________________
PENGENALAN
Akibat nyata dari berakhirnya rejim orde baru adalah terjadinya reformasi dalam birokrasi pemerintahan yang ditunjukkan dengan lahirnya Undang-undang Nombor 22 tahun 1999 tentang autonomi bandar dan luar bandar dan Undang-undang Nombor 32 tahun 2004 tentang kuasa bandar dan luar bandar. Undang-undang Nombor 32 tahun 2004 pasal 14 ayat (1) menjelaskan urusan wajib yang menjadi kuasa bandar dalam aspek pendidikan ialah mengurus sekolah mulai daripada jenjang sekolah dasar hingga sekolah menengah atas. Undang-undang ini menegaskan bahawa jika sebelum reformasi, pengurusan pendidikan nasional dilakukan secara birokratik-sentralistik yang meletakkan sekolah sebagai subordinat daripada birokrasi kuasa pusat, maka setelah autonomi bandar dan luar bandar pengurusan sekolah diserahkan sepenuhnya kepada kuasa bandar dengan memberi kekuasaan kepada
461
Datuk Bandar (Walikota) dan Datuk Luar Bandar (Bupati) mengurus pendidikan mulai dari jenjang pendidikan sekolah dasar 6 tahun hingga jenjang pendidikan sekolah menengah 12 tahun. disana
Pelimpahan kuasa ini diharapkan agar sekolah punya keluwesan, motivasi dan kreatif/inisiatif untuk meningkatkan mutu sekolah. Untuk itu, diperkenalkan konsep pengurusan sekolah melalui pendekatan Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS ) pada tahun 2000 yang lalu. Sebagaimana ditegaskan dalam Undang-undang Nombor 20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional, pasal 51 ayat 1 : pengurusan satuan pendidikan anak usia dini, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah dilaksanakan berdasarkan standard pelayanan minimal dengan prinsip Pengurusan Berasaskan sekolah. Pendekatan ini secara teori dipandang dapat meningkatkan mutu sekolah dengan memberi autonomi kepada sekolah dalam mengelola kebijakan dan menjalin kerjasama yang baik dengan berbagai pihak terutama lingkungan masyarakat sekitar sekolah agar berperanan dalam meningkatkan mutu sekolah. Sebagaimana dikemukakan oleh Mulyasa (2009) bahawa PBS adalah salah satu wujud dari reformasi pendidikan, yang menawarkan kepada sekolah untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik dan memadai bagi pelajar. Jauh sebelumnya secara teoretis juga telah dikemukakan oleh Lawler (1986), Glickman (1993), Wolhlstetter dan Mohrman (1994), Murphy dan Beck (1995), Cheng (1996) bahawa melalui autonomi pendidikan sekolah mempunyai kuasa yang lebih besar dalam proses membuat keputusan dengan melibatkan semua pihak dalam sekolah itu sendiri dan bertanggungjawab terhadap kemajuan sekolah. Tidak terlalu berbeza dengan pendapat di atas, Danim (2008) juga menyatakan bahawa PBS adalah model pengurusan yang memberikan autonomi, memberikan fleksibiliti atau keluwesan pada sekolah, mendorong partisipasi sekolah secara langsung dari warga sekolah dan masyarakat dan guna meningkatkan mutu sekolah berdasarkan dasar pendidikan nasional serta perundang-undangan yang berlaku.
Akan tetapi dasar tersebut masih saja menjadi topik perdebatan yang hangat. Hal ini disebabkan setelah pendekatan PBS dilaksanakan dalam tempo 10 tahun, perkembangan kualiti sekolah tidak menunjukkan peningkatan ke arah sekolah berkesan (Danim 2009). Autonomi sekolah dipandang tidak memberikan sumbangan yang signifikan terhadap mutu sekolah. Isu yang berkembang setelah autonomi pendidikan iaitu Datuk Bandar (Walikota) dan Datuk Luar Bandar (Bupati) sebagai pemimpin politik tertinggi di bandar dan luar bandar belum melaksanakan autonomi pendidikan dengan baik sesuai dengan tuntutan
undang-462
undang Nombor 32 tahu 2004 tentang autonomi bandar dan luar bandar dan UU Nombor 20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional. Datuk Bandar (Walikota) dan Datuk Luar Bandar (Bupati) mengangkat seseorang menjadi ketua pengarah pendidikan Bandar dan luar Bandar melalui pendekatan kekeluargaan dan nepotisme dan tidak dilakukan melalui proses pemilihan berasaskan kompetensi kepimpinan seseorang. Begitu juga dalam proses pelantikan seseorang menjadi pengetua sekolah telah berkembang isu bahawa seseorang yang dipilih menjadi pengetua sekolah adalah orang-orang yang dekat dengan Datuk Bandar atau seseorang yang mempunyai akses yang kuat dalam menyokong terpilihnya seorang menjadi Datuk Bandar dan Datuk Luar Bandar melalui pilihan raya yang diundi secara langsung. Akibatnya adalah terpilihnya pengetua sekolah yang lemah dalam aspek kepimpinan dan pengurusan. Padahal untuk menjadikan pengetua sekolah berkesan perlu adanya kepimpinan sekolah yang kuat dan cekap. Seperti yang telah dirumuskan oleh Mohammed Sani et al. (2008), seseorang pengetua sekolah perlu cekap dalam mengelola sekolah melalui pendekatan PBS. Persoalannya, adakah pengetua sekolah memiliki wawasan pengurusan yang baik dalam melaksanakan PBS ? Jawapan kepada persoalan ini memerlukan penjelasan lebih terperinci tentang amalan PBS .
Ada banyak kajian yang telah membahas tentang amalan PBS, baik kajian yang dilakukan oleh guru mahupun kajian yang terkait dengan Tesis dan Disertasi mahasiswa untuk memperoleh gelar Magister dan Doktor, tetapi sedikit sekali kajian yang mengkaji lebih dalam kaitan antara implikasi autonomi sekolah dengan mutu sekolah, serta implikasi tentang sejauh mana tahap amalan PBS di SMA Kerajaan di Sumatera Barat.
Sehubungan dengan informasi tersebut maka kajian ini berusaha memberikan sumbangan pengetahuan dengan melihat hubungan antara amalan PBS daripada aspek autonomi sekolah dalam upaya meningkatkan mutu sekolah menuju sekolah berkesan. Seterusnya, kajian ini mencuba menjawab empat persoalan berikut:
1. Sejauh manakah tahap pelaksanaan Pengurusan Berasaskan di SMA Kerajaan Sumatera Barat ?
2. Sejauh manakah SMA Kerajaan telah mencapai tahap pelaksanaan sekolah berkesan di Sumatera Barat?
3. Adakah terdapat hubungan antara amalan PBS dengan keberkesanan SMA Kerajaan di Sumatera Barat.
463
4. Apakah elemen-elemen dari PBS (autonomi, pengupayaan, proses keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) memberikan sumbangan yang wujud kepada sekolah berkesan di SMA Kerajaan Sumatera Barat?
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual kajian dibina berasaskan teori Pengurusan Berasaskan Sekolah yang dirumuskan oleh Glickman (1993); Murphy dan Beck (1995); Cheng (1996), dan teori sekolah berkesan yang dirumuskan oleh Mortimore (1995). Teori PBS yang dirumuskan oleh Glickman (1993); Murphy dan Beck (1995); Cheng (1996) digunakan untuk melihat amalan PBS menuju sekolah berkesan di Sumatera Barat. PBS merupakan bentuk pengurusan sekolah dalam program autonomi bidang pendidikan yang ditandai dengan adanya autonomi yang luas di peringkat sekolah, pengupayaan, membuat keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa dalam upaya mencapai tujuan pendidikan nasional. Untuk melihat hal ehwal tentang sekolah berkesan ini, ramai pakar mengemukakan pendapat tentang pengertian dan ciri-ciri sekolah berkesan, seperti Abdul Karim (1988), Hussein (2008), Mortimore (1995), Rahimah (2002, Scheerens (1992), Squires (1994). Manakala di Indonesia dijelaskan bahawa sekolah berkesan adalah sekolah yang memenuhi kriteria normatif Standard Nasional Pendidikan (SNP) yang diperkukuh berdasarkan Peraturan Kerajaan Nombor 19 Tahun 2005. Sekolah berkesan adalah sekolah yang telah memenuhi lapan Standard Nasional Pendidikan. Sekolah Standard Nasional (SSN) dapat disejajarkan dengan sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore (1995). Untuk kepentingan kajian ini, untuk melihat pencapaian sekolah berkesan di Sumatera Barat digunakan konsep 11 ciri-ciri sekolah berkesan yang dirumuskan oleh Mortimore (1995). Kesebelas ciri-ciri utama sekolah berkesan adalah sekolah memiliki: i) kepemimpinan yang profesional, ii) visi dan misi dikongsi bersama, iii) lingkungan sekolah yang kondusif, iv) prioritas kepada pengajaran dan pembelajaran, v) pengajaran yang bersungguh-sungguh, vi) harapan yang tinggi, vii) pengukuhan yang positif, viii) penilaian yang berterusan, ix) hak dan tanggung jawab pelajar, x) kerjasama antara sekolah dan ibu bapa, dan xi) organisasi pembelajaran.
464
Kerangka konseptual kajian yang digunakan dalam kajian ini, seperti ditunjukkan dalam jadual 1.1
Gambar 1.1 Model Kerangka Konseptual Kajian
Sumber : Model Cheng, Y.C (1996); Murphy dan Beck (1995); Glickman (1993); Mortimore (1995) .
METODOLOGI
Disain kajian ini menggabungkan dua pendekatan (mixed method) iaitu disain eksplanatori (Explanatory Design). Menurut Creswell (2008) pendekatan explanatory sequential menggunakan kaedah pengumpulan data kuantitatif sebagai rujukan utama dan data kualitatif sebagai data tambahan.
Populasi sasaran kajian ini terdiri 64 unit Sekolah Menengah Atas (SMA) Kerajaan, 256 orang pentadbir (Pengetua dan timbalan) dan 3.981 orang guru didalam kota dan kabupaten di Provinsi Sumatera Barat. Sampel ditetapkan seramai 46 sekolah dengan bilangan pengetua sekolah 46 orang, timbalan pengetua seramai 138 orang dan bilangan guru seramai 322 orang. Manakala penentuan bilangan guru seramai tujuh hingga 10 orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada pandangan Halphin (1957). Bilangan sampel yang akan diwawancara dalam kajian ini ialah sebanyak 12 orang, iaitu tiga orang dari pada setiap zon iaitu pengetua sekolah, timbalan pengetua dan guru. Creswell (2008) menyatakan bahawa penentuan jumlah peserta wawancara dianggap memadai apabila data yang diperoleh telah sampai pada tahap ”redundancy” atau pun tahap ketepuan data.
(11 Ciri-ciri Sekolah Efektif oleh Mortimore 1995) 1). Kepemimpinan yang professional, 2) perkongsian visi dan matlamat, 3) persekitran pembelajaran, 4) penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, 5) pengajaran yang bersungguh-sungguh, 6) jangkaan yang tinggi, 7) pengukuhan yang positif, 8) memantaukan kemajuan, 9) hak dan tanggungjwab, 10) perkongsian tanggung jawab antara sekolah dan ibu bapa, 11) organisasi pembelajaran.
Sekolah Efektif
(Cheng, Y.C.(1996) Murphy & Beck (1995), Glickman (1993) Autonomi Pengupayaan Membuat keputusan secara partisifatif Partisipasi Masyarakat Lokasi Sekolah Pelaksanaan Manajemen Berbasis Sekolah Kota Kabupaten
465
Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah di ubahsuaian dari soal selidik yang digunakan oleh Samsuddeen (2005) serta soal selidik tentang sekolah berkesan berdasarkan 11 ciri sekolah berkesan oleh Mortimore (1995). Panduan wawancara dalam kajian ini juga dibina oleh penyelidik berdasarkan konstruk-konstruk yang ada dalam kajian ini hingga tujuan pengambilan data sesuai dengan tujuan kajian yang diharapkan.
Dalam soal selidik , digunakan skala likert 5 untuk menunjukkan persetujuan bagi setiap perkara itu berlaku dan sebaliknya bagi setiap pernyataan yang dikemukakan. Responden perlu memberi jawapan terhadap pernyataan yang dikemukakan dengan membulatkan nombor pada skala yang disediakan. Jawapan bagi setiap pernyataan dalam setiap ruang dikemukakan seperti berikut: 5 = sangat setuju, 4 = setuju, 3, kurang setuju, 2 = tidak setuju, dan 1 = sangat tidak setuju dan juga menggunakan skala 5 = selalu, 4 = kerap kali, 3 = sekali sekala, 2 = jarang, dan 1 = tidak pernah.
Bagi penganalisisan data kajian, temuan kuantitatif disokong oleh temuan temu bual untuk memperjelas temuan kuantitatif. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian untuk melihat hubungan antara pelaksanaan PBS dengan sekolah berkesan. Analisis Anova, uji t dan non-parametrik Kruskal Wallis digunakan untuk menganalisis hipotesis bagi menguraikan perbezaan pelaksanaan PBS berdasarkan lokasi sekolah. Seterusnya temuan wawancara dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 8
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan PBS secara keseluruhan berada pada tahap skor min sangat tinggi. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pentadbir memberikan penilaian sangat setuju bahawa pengetua sekolah SMA Kerajaan di Sumatera Barat telah mengamalkan PBS pada tahap sangat tinggi, manakala kelompok guru memberikan penilaian setuju pada tahap tinggi. Secara lebih rinci dapat dilihat pada tabel 1.1 dan tabel 1.2 di bawah:
466
Tabel 1.1 Perbandingan nilai min pelaksanaan Pengurusan Berasaskan Sekolah di antara pengetua sekolah dan timbalan pengetua.
Aspek Pimpinan an Nilai Min Keseluruhan
(Pengetua dan Timbalan ) Pengetua Thp Timbalan Thp Min SP Thp Autonomi sekolah 4.33 ST 4.14 T 4.19 .53 T
Pengupayaan 4.37 ST 4.27 T 4.29 .55 T
Membuat keputusan partisifatif
4.47 ST 4.47 ST 4.47 .53 ST
Penglibatan ibu bapa 4.41 ST 4.37 ST 4.38 .48 ST
KESELURUHAN 4.40 ST 4.31 ST 4.33 .41 ST
Tabel 1.2 Nilai min pelaksanaan Pengurusan Berasaskan Sekolah menurut persepsi guru
Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah Min SP Tahap
Autonomi 4.17 .57 Tinggi
Pengupayaan 4.23 .56 Tinggi
Membuat keputusan partisipasi 4.41 .56 ST
Penglibatan ibu bapa 4.31 .59 ST
KESELURUHAN 4.28 .44 Tinggi
Perbandingan nilai min di antara pengetua dan timbalan pengetua ke atas sekolah berkesan seperti termuat dari pada Tabel 1.3 menunjukkan pengetua sekolah memberikan maklum balas sangat setuju dengan skor min berada pada tahap sangat tinggi (skor min 4.30 hingga 5.00) untuk enam konstruk iaitu kepimpinan yang professional, visi dan misi sekolah dirumuskan bersama, lingkungan sekolah yang kondusif, prioriti kepada pembelajaran, kerjasama antara sekolah dan orang tua, organisasi pembelajaran dan untuk lima konstruk lainnya pengetua sekolah memberikan penilaian setuju dengan skor min tahap tinggi (skor min 3.50 hingga 4.29) iaitu pengajaran yang bersungguh-sungguh, pengharapan yang tinggi, pengukuhan yang positif, penilaian secara berterusan, hak dan tanggungjawab pelajar. Manakala timbalan pengetua memberikan penilaian sangat setuju (skor min 4.30 hingga 5.00) untuk lima konstruk iaitu kepimpinan yang professional, visi dan misi sekolah dirumuskan bersama, lingkungan sekolah yang kondusif, prioriti kepada pembelajaran, organisasi pembelajaran. Untuk enam konstruk lainnya berada pada skor min tahap tinggi (skor min 3.50 hingga 4.29) iaitu pengajaran yang bersungguh-sungguh, pengharapan yang tinggi, pengukuhan yang positif, dan penilaian secara berterusan, hak dan tanggungjawab pelajar, dan kerjasama antara sekolah dan orang tua. Kemudian secara
467
keseluruhan iaitu pengetua dan timbalan pengetua memberikan penilaian setuju pada tahap tinggi dan sangat tinggi (skor min 3.50 hingga 5.00) untuk ke 11 ciri sekolah berkesan. Ertinya pengetua dan timbalan pengetua memberikan pandangan bahawa SMA Kerajaan di Sumatera Barat telah termasuk kategori sekolah berkesan berdasarkan 11 ciri sekolah berkesan menurut Mortimore (1995).
Tabel 1.3 Perbandingan nilai min sekolah berkesan di antara pengetua dan timbalan pengetua (pentadbir)
No Sekolah berkesan Nilai Min Nilai Min
Keseluruhan Pengetua Thp Timbalan Thp Min SP Thp 1 Kepimpinan yang Professional 4.32 ST 4.36 ST 4.35 .46 ST 2 Perkongsian visi dan Tujuan 4.40 ST 4.40 ST 4.40 .50 ST 3 Lingkungan Sekolah kondusif 4.42 ST 4.35 ST 4.36 .55 ST 4 Penumpuan kepada P&P 4.35 ST 4.35 ST 4.35 .53 ST 5 Pengajaran yang
bersungguh-sungguh
4.28 T 4.29 T 4.29 .59 T 6 Pengharapan yang tinggi 4.15 T 4.18 T 4.18 .53 T 7 Pengukuhan yang positif 4.27 T 4.26 T 4.26 .56 T 8 Penilaian secara berterusan 4.26 T 4.21 T 4.22 .55 T 9 Hak dan tanggungjawab
pelajar
4.21 T 4.20 T 4.20 .47 T 10 Perkongsian tanggungjawab
antara sekolah dan ibu bapa
4.33 ST 4.28 T 4.29 .51 T 11 Organisasi pembelajaran 4.34 ST 4.32 ST 4.32 .52 ST
KESELURUHAN 4.30 ST 4.29 T 4.29 .39 T
Manakala tahap pelaksanaan sekolah berkesan menurut pandangan guru seperti dilihat pada jadual 1.4 di bawah, hasil analisis deskriptif menunjukkan guru memberikan maklum balas pada tahap sangat tinggi dengan skor (min=4.31). Kemudian bila dibandingkan antara pandangan pentadbir dengan pandangan guru tentang tahap pelaksanaan sekolah berkesan, maka terdapat perbezaan pandangan, seperti ditunjukkan pada jadual 1.3 dan jadual 1.4. Kelompok pentadbir memberikan penilaian pada tahap tinggi tentang keberkesanan sekolah dengan skor (min=4.29). Manakala kelompok guru memberikan penilaian sangat tinggi tentang keberkesanan sekolah dengan skor (min=4.31). Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan sekolah berkesan di SMA Kerajaan di Sumatera Barat telah berada pada tahap tinggi menurut pandangan pentadbir dan tahap sangat tinggi menurut pandangan guru.
468
Tabel 1.4 Nilai min sekolah berkesan menurut persepsi guru
Sekolah berkesan Min Keseluruhan
Min SP Thp
1 Kepimpinan yang Professional 4.40 .60 ST
2 Perkongsian visi dan Tujuan 4.47 .55 ST
3 Lingkungan Sekolah kondusif 4.41 .57 ST
4 Penumpuan kepada P&P 4.37 .55 ST
5 Pengajaran yang bersungguh-sungguh 4.43 .53 ST
6 Pengharapan yang tinggi 4.33 .58 ST
7 Pengukuhan yang positif 4.37 .59 ST
8 Penilaian secara berterusan 4.24 .58 T
9 Hak dan tanggungjawab pelajar 4.13 .63 T
10 Perkongsian tanggungjawab antara sekolah dan ibu bapa 4.19 .60 T
11 Organisasi pembelajaran 4.30 .61 ST
KESELURUHAN 4.31 .48 ST
Selanjutnya tentang hasil analisis korelasi antara amalan PBS dengan sekolah berkesan menurut pandangan pentadbir menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.600 dan Sig.=.000<.05) antara PBS dengan sekolah berkesan dengan korelasi pada tahap sederhana. Daripada ke empat konstruk PBS (autonomi , pengupayaan, keputusan partisifatif, penglibatan ibu bapa) hanya satu konstruk iaitu autonomi berkorelasi pada tahap rendah dengan sekolah berkesan (r=.2960 dan Sig.=.000<.05). Tiga konstruk lainnya berkorelasi pada tahap sederhana (r=.30 hingga r=.69 dan (r=.600 dan Sig.=.000<.05) iaitu pengupayaan, keputusan partisifatif, penglibatan ibu bapa.
Temuan analisis regresi berganda dengan metod Stepwise menurut persepsi pentadbir telah dijalankan untuk menguji sumbangan yang signifikan atas amalan PBS iaitu (autonomi , pengupayaan, proses keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) sebagai pemboleh ubah bebas terhadap sekolah berkesan sebagai pemboleh ubah bersandar menunjukkan tiga konstruk iaitu (pengupayaan, proses keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) menjadi peramal ke atas sekolah berkesan, sedangkan konstruk autonomi tidak memberikan pengaruh kepada sekolah berkesan.
Manakala pelaksanaan PBS menurut persepsi guru, dua konstruk PBS (membuat keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) menjadi peramal atau memberikan sumbangan signifikan ke atas sekolah berkesan. Untuk konstruk PBS dari pada aspek autonomi dan pengupayaan tidak menjadi peramal atau tidak memberikan sumbangan yang signifikan ke atas sekolah berkesan. Konstruk PBS menurut persepsi pentadbir yang memberikan sumbangan signifikan kepada sekolah berkesan iaitu proses membuat keputusan partisifatif memberikan sumbangan sebesar 32.9 %, pengupayaan staf
469
sebesar 6.8 %, partisipasi masyarakat sebesar 2.8 %. Konstruk PBS menurut persepsi guru memberikan sumbangan signifikan ke atas sekolah berkesan iaitu proses membuat keputusan partisifatif memberikan sumbangan sebesar 12.4 %, penglibatan ibu bapa sebesar 1.4 %.
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
Secara keseluruhan, dapatan kuantitatif kajian menunjukkan tahap amalan PBS di Sekolah Menengah Atas (SMA) Kerajaan di Sumatera Barat berada pada tahap sangat tinggi mengikut persepsi pentadbir dan tahap tinggi mengikut persepsi guru. Manakala tahap pelaksanaan sekolah berkesan mengikut persepsi pentadbir berada pada tahap tinggi dan mengikut persepsi guru berada pada tahap sangat tinggi. Dapatan kualitatif telah memperkukuh dapatan kuantitatif, 12 orang responden memberikan pandangan bahawa sekolah SMA Kerajaan di Sumatera Barat telah memenuhi lapan Standard Nasional Pendidikan (SNP) yang dapat diselarikan dengan 11 ciri sekolah berkesan oleh Mortimore (1995).
Manakala sumbangan daripada konstruk PBS (autonomi, pengupayaan, membuat keputusan partisifatif, dan penglibatan ibu bapa) terhadap sekolah berkesan, dapatan kajian menunjukkan elemen autonomi sekolah tidak memberikan sumbangan yang wujud kepada keberkesanan sekolah di SMA Kerajaan Sumatera Barat. Dapatan ini memberi makna bahawa sekolah masih saja dipandang sebagai unit birokrasi dari pada kuasa Bandar dan Luar Bandar yang kuasanya berada pada Datuk Bandar dan Datuk Luar Bandar. Manakala dapatan kualitatif melalui temu bual menyokong dapatan kuantitatif bahawa aspek autonomi belum terlaksana sama sekali, responden sepakat bahawa dalam aspek autonomi menurut mereka sekolah SMA Kerajaan di Sumatera Barat masih sahaja dipandang sebagai bahagian dari unit birokrasi kuasa Bandar dan Luar Bandar.
KESIMPULAN
Temuan kajian menunjukkan aspek autonomi belum sepenuhnya menjadi kuasa pengetua sekolah, hal ini disebabkan kuasa tertinggi dalam menggunakan autonomi sekolah tetap berada pada Pengarah Pendidikan Bandar dan Luar Bandar yang kawalannya di bawah kepimpinan Datuk Bandar dan Datuk Luar Bandar .
470
Akhir kata, semoga temuan kajian ini dapat memberi nilai tambah dalam memperkaya gaya kepimpinan pengetua sekolah dalam amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah menuju sekolah berkesan. Sekolah berkesan akan melahirkan generasi muda yang bertakwa kepada Tuhan Yang Maha esa, memiliki daya saing global, percaya diri, dan bertanggungjawab dan menjadi pemimpin pada masa yang akan datang.
RUJUKAN
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri iklim sekolah berkesan : Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Journal Pendidikan 31 (2006) 3 -19 3.
Cheng, Y.C. 1993. Profiles of organizational culture and effective school. . School Effectiveness and School Improvement 4 (2) : 85-110
Cheng, Y.C. 1996. School Effectiveness & school-based management: A mechanism for development. London : The Falmer Press.
Cheng, Y.C. 2003. School leadership and three waves of education reforms.Cambridge Journal of Education.
Creswell, J.W. 2008. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (Third edition). New Jersey: Pearson Education International.
David, J.L. 1989. Synthesis of research : School based management. Educational leadership. 46 (8) : 45 – 53.
Danim, S. 2006. Visi Baru Pengurusan Sekolah. Jakarta: PT. Bumi Aksara.
Departemen Pendidikan Nasional Republik Indonesia. 2005. Pengurusan Berasaskan Sekolah (Pengurusan Berasaskan Sekolah). Jakarta : Direktorat Jenderal Pendidikan Dasar dan Menengah.
Edmonds, R.R. 1979. Effective schools for urban poor . Educational Leadership. 37 (1) : 15-27.
Fattah, Nanang. 2000. Pengurusan Berasaskan Sekolah, Strategi Pemberdayaan Sekolah Dalam Rangka Peningkatan Mutu dan kemandirian Sekolah. Bandung: Andira. Fattah, Nanang. 2003. Landasan Pengurusan pendidikan. Ed. Ke-6 Bandung: PT. Remaja
Rosdakarya.
471
Firestones, W.A. 1991. Introduction : Chapter 1 in J.R.bliss, W.A. Frestone & C. E. Richards (Eds) Rethinking Effective School : Research and practice. Englewood Cliff, New Jersey : Prentice Hall
Gaziel, H.1998. School-based management as a factor in school effectiveness. International Review of Education.44(4) : 319-333.
Glickman, C.D. 1993. Renewing American’s schools: A guide for school-based action. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.
Halphin, A.W.1957. Manual for the behaviour description questionnaire. Columbus, Ohio: The Ohio State University.
Halpin. A. W. & Croft. D. B. 1966. The organizational climate og schools. Theory and research in administration. New York, McMillan Publishing.
Husaini Usman. 2008. Pengurusan : Teori, Praktik & Riset Pendidikan. Edisi ke-2. Bumi Aksara.
Hussein Mahmood. 2008 Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Edisi kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan Nasional .2010. Laporan tahunan Dinas Pendidikan Provinsi Sumatera Barat
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. 2010. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan : Teori, polisi dan pelaksanaan. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang
Kemdiknas.2005. UU No.20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional
Leithwood, K & T Menzies 1998. Forms and effects of school-based management: A review. Education Policy. 35 (5): 332-336.
Leithwood, K., Maschall, B., Strauss, T., Sacks, R., Memon, N. & Yashkina, A. 2007. Distributing leadership to make school smarter : Taking the ego out of thesystem. Leadership and policy in school. 6(1):37-67
Lambert, L. 2002. A framework for shared leadership. Educational leadership Journal. May Lambert, L. 2010. Keupayaan kepimpinan untuk pembangunan sekolah yang berterusan. Terj. Leadeship capacity for lasting school improvement. Oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Institut Aminuddin Baki.
Locke, E.A. 1991. The motivation sequence, the motivation, and the motivation core. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50, 288-99.
Miftah Toha.2000. Kepemimpinan dalam Pengurusan , Jakarta : Rajawali Pers, cet. Ke-7,hal.323
472
Mohd Izham Mohd Hamzah dan Sufean Hussin. 2009. Pengurusan Perubahan Terancang Dalam Pembestarian Sekolah : proses pelaksanaan polisi. Kuala Lumpur : Universiti Malaya
Mohammed Sani Ibrahim, Mohd Izham Mohd Hamzah, Jainabee MD L.S. Kassim. 2008. Sekolah berkesan konsep dan ciri utama. Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pendidikan. Bangi.
Mortimore, P. (1993). School Effectiveness and management of effective learning and teaching. School Effectiveness and School Improvement, 4(4), 290-310.
Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. 1995. “ Key Characteristics of Effective Schools”. Kertas Kerja Seminar Sekolah berkesan , Kementrian Pendidikan Malaysia 13-14 julai 1995 di Institut Aminudin Baki,. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sri Laying, Genting Highland, Pahang.
Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995).” Key Characteristics of effective schools”. Mulyasa, E. 2002. Pengurusan Berasaskan Sekolah, konsep, Strategi dan Implementasi,
Jakarta : Remaja Rosdakarya, h. 60
Murphy, J. & Beck, L.G. 1995. School-based management as school reform: Taking Stock. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Nor Foniza Binti Maidin (2012), Amalan Organisasi Pembelajaran di sekolah Cemerlang : Satu Kajian Kes. Thesis P.hD UKM
Peraturan Kuasa Republik Indonesia Nombor 19 tahun 2005 tentang Standard Nasional Pendidikan.
Peter, N. Carlisk, K. Knipe, D. & Mc Even, A. 2001. Principal in action. An analysis of school leadership. Journal Research in Education 66: 40 – 53.
Peterson, Tim.O. & David, V. Fleet. 2004. An updated typology of management skills. Journal Management Decision 42 (10) : 1297-1308
Reynolds, D. Sammons, P., Stoll, L., Barber, M. and Hillman, J.1996. School effectiveness and school improvement in the UK. School effectiveness and school improvement, 7 (2):133-58
Robiah Sidin. 2003. Teori pentadbiran pendidikan. Malaysia : Percetakan Asni, Sdn. Bhd. Robbins, S. 2001. Organizational behavior, concept, controversies and applications.
Samsudden bin KMS Abdul Aziz. Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah di Sekolah-sekolah Swasta di Malaysia : Suatu Tinjauan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2005.
Sammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. 1995. Key characteristics of effective schools. London : office for standard d in education.
473
Satori, D. 2009. Program Peningkatan Mutu Berasaskan Sekolah. Jurnal Administrasi Pendidikan Universitas Pendidikan Indonesia, 1 (1): 20-28.
Soebagio, A. 2000. Pengurusan Pendidikan Indonesia. Jakarta: Ardadiza Jaya.
Stekler.1992. Towards integrating quantitative and qualitative methods: An introanduction. Health Education Quarterly Journal, 9(1).
Stoner, J. A,. & Wankel, C. 1994. Pengurusan. Ed. Ke- 3. Terj. Petaling Jaya : Amiza Publishing
Squires, D.A.1994. Effective school and classroom : A research based prespective. Assiciation for supervition and curriculum Development Alexandria VA.
Taylor, B.O. & Levine, D.U.1991. Effective school project and school-based management. Phi Delta Koppan 72, 394-397.