• Tidak ada hasil yang ditemukan

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY. 15hb Januari 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY. 15hb Januari 2015"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

No. 293.

ORDINAN KUMPULAN WANG PERUSAHAAN GETAH (PENANAMAN SEMULA) 1952

(Bilangan 8 tahun 1952)

RUBBER INDUSTRY (REPLANTING) FUND ORDINANCE 1952 (No. 8 of 1952)

PERATURAN-PERATURAN PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (SKIM NO. 6) 1981

RUBBER INDUSTRY SMALLHOLDERS DEVELOPMENT AUTHORITY (SCHEME NO. 6) REGULATIONS 1981

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Skim No. 6) 1981 [P.U. (B) 430/81], saya Syed Khairulmunir Wafa bin Syed Khalid Wafa Pengarah RISDA Negeri Selangor dengan ini memberi notis bahawa ‘Daftar Permohonan-permohonan untuk Bantuan-bantuan Tanam Semula Kebun-kebun Kecil Getah’ bagi tahun 2015 akan dibuka mulai dari 1 Januari 2015 dan ditutup pada 31 Disember 2015.

2. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan yang boleh didapati daripada mana-mana yang berikut:

(i) Pejabat RISDA Negeri: Lot 2, Jalan Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah 9/6

Seksyen 9

40100 Shah Alam

Selangor

15hb Januari 2015

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68 No. 2

TAMBAHAN No. 2

(2)

(ii) Pejabat RISDA Daerah: Jalan Kolam Air

44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor

(iii) Pejabat RISDA Stesen: 1. 15A Jalan 9/2

Seksyen 9

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor

2. 17 Jalan Samudera 1

Taman Samudera

35900 Ulu Bernam

Selangor

3. Kompleks Penghulu Batu 14

Hulu Langat

Selangor

4. Tingkat 5, Kompleks PKNS

45000 Kuala Selangor

Selangor

5. Lot 6238, KM. 4, Jalan Kapar

41400 Klang

Selangor

(iv) Kakitangan Luar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); atau

(v) Portal Rasmi RISDA http://www.risda.gov.my pada pautan “Muat Turun Borang” atau “Permohonan Bantuan Tanam Semula (TS Online)” atau http://www.risda.gov.my/tsonline atau http://tsonline.risda.gov.my melalui capaian Internet Explorer browser.

3. Permohonan yang tidak dibuat dalam borang yang ditentukan atau tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan atau yang tidak dibuat terhadap kebun kecil yang didaftarkan di bawah perenggan 7 Peraturan-peraturan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun kecil Perusahaan Getah (Skim No. 6) 1981, boleh dianggap sebagai permohonan-permohonan yang tidak dilayani.

Bertarikh 18 Disember 2014 [(8)dlm. B.0/9960.09/02 Klt. 2; PU.Sel. (ADV) PS 05/4/21]

SYED KHAIRULMUNIR WAFA BIN SYED KHALID WAFA

Pengarah RISDA Negeri Selangor

(3)

In exercise of the powers conferred by paragraph 8 of the Rubber Industry Smallholders Development Authority (Scheme No. 6) Regulations 1981 [P.U. (B) 430/81], Syed Khairulmunir Wafa bin Syed Khalid Wafa State RISDA Director of the State of Selangor hereby give notice that the ‘Register of Applications for Grants for the Replanting of Rubber Smallholdings’ for the year 2015 shall be opened from 1 January 2015 and shall be closed on 31 December 2015.

2. Application shall be made in the prescribed application forms obtainable from any of the following:

(i) State RISDA Office at: Lot 2, Jalan Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah 9/6

Seksyen 9

40100 Shah Alam

Selangor

(ii) District RISDA Office at: Jalan Kolam Air

44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor

(iii) Station RISDA Office at: 1. 15A Jalan 9/2

Seksyen 9

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor

2. 17 Jalan Samudera 1

Taman Samudera

35900 Ulu Bernam

Selangor

3. Kompleks Penghulu Batu 14

Hulu Langat

Selangor

4. Tingkat 5, Kompleks PKNS

45000 Kuala Selangor

Selangor

5. Lot 6238, KM. 4, Jalan Kapar

41400 Klang

Selangor

(iv) Field Staff of the Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA); or

(v) RISDA Portal http://www.risda.gov.my click on “Download Forms” or: Application for Replanting Grant (TS Online)” or http://www.risda. gov.my/tsonline or http://tsonline.risda.gov.my using internet Explorer browser.

(4)

3. Application which is not made in the prescribed application forms or is not received within the prescribed period or is not made in respect of a smallholding registered under paragraph 7 of the Rubber Industry Smallholders Development Authority (Scheme No. 6) Regulations 1981 may be considered as an inadmissible application.

Dated 18 December 2014 [(8)dlm. B.0/9960.09/02 Klt. 2; PU.Sel. (ADV) PS 05/4/21]

SYED KHAIRULMUNIR WAFA BIN SYED KHALID WAFA

State RISDA Director Selangor

KANUN TANAH NEGARA (Akta 56 tahun 1965) NATIONAL LAND CODE

(Act 56 of 1965)

No. 294.

PEMBATALAN PERIZABAN TANAH BAGI MAKSUD AWAM REVOCATION OF RESERVATION OF LAND FOR PUBLIC PURPOSE

Bahawasanya, melalui Pemberitahuan No. 362 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor pada 11 Jun 1959, Raja dalam mesyuarat pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 24(i) Kanun Tanah dan diwakilkan kepada Menteri Besar Selangor, telah mengisytiharkan bahawa petak tanah yang diperihalkan di dalam Jadual dan ditandakan di atas Pelan Ukur Hasil No. 22506 yang disimpan di pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor adalah dirizabkan bagi maksud awam iaitu untuk tujuan Loji Pembersihan Air Sungai dan dikawal oleh Jurutera Negeri:

Dan bahawasanya, melalui Sel. P.U. Sel. 17 yang disiarkan dalam Warta Negeri Selangor pada 7 Jun 1984, Raja dalam mesyuarat telah mewakilkan perjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] kepada Menteri Besar Selangor:

Dan bahawasanya, adalah didapati suai manfaat sekarang oleh Menteri Besar Selangor supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan:

Dan bahawasanya, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual berserta dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Tingkat Empat, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut peruntukan seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagai G.N. Sel. No. 4167 pada 25 September 2014:

(5)

Dan bahawasanya, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual:

Maka oleh yang demikian, Menteri Besar Selangor pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada Raja dalam Mesyuarat yang diwakilkan kepadanya sebagaimana yang disebut terdahulu, membatalkan perizaban tanah yang diperihalkan dalam Jadual:

JADUAL

Daerah—Kuala Selangor. Mukim—Batang Berjuntai. No. Pelan—22506. No. Lot—678. Luas—11.994 ekar. Luas untuk dibatalkan rizab—11.994 ekar. Bertarikh 18 Disember 2014

[PT.K.S 1W/40/2014; P.U. Sel. (ADV) PS. 05/4/3]

MOHAMED AZMIN BIN ALI

Menteri Besar Selangor

Whereas, by Notification No. 362 published in the Government Gazette of the State of Selangor on 11 June 1959, the Ruler in Council, in exercise of the powers conferred under section 24(i) of the National Land and delegated to the Menteri Besar Selangor, had proclaimed that the parcel of land described in the Schedule and delineated upon Revenue Survey Plan No. 22506 deposited in the office of the Director of Survey and Mapping of Selangor, to be reserve for the purpose to wit, a site for Water Purification Plant, to be maintained by the State Engineer:

And whereas, by Sel. P.U. 17 published in the Gazette of the State of Selangor on 7 June 1984, the Ruler in Council of Selangor has delegated the exercise of its powers under section 64 of the National Land Code [Act 56/1965] to the Menteri Besar of Selangor:

And whereas, it now appears expedient to the Menteri Besar of Selangor, that the whole of the aforesaid reservation should be revoked:

And whereas, notice of the proposal to revoke the whole of the aforesaid reservation as described in the Schedule together with details of the time and place at which an enquiry would be held by the State Director of Land and Mines of Selangor at the Land and Mines Office of the State of Selangor Level Four, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Building, Shah Alam, Selangor to hear any person desiring to object to such revocation was affixed in accordance with the provisions of section 433 of the National Land Code and was published in the Gazette of the Government of the State of Selangor as Sel. G.N. No. 4167 on 25 September 2014:

And whereas, no objection to the proposal to revoke the whole of the aforesaid reservation described in the Schedule was received:

(6)

Now therefore, the Menteri Besar of Selangor in exercise of the powers under subsection 64(1) of the National Land Code conferred upon the Ruler in Council and delegated to him as aforesaid, revokes the reservation of the land described in the Schedule:

SCHEDULE

District—Kuala Selangor. Mukim—Batang Berjuntai. Plan No.—22506. Lot No.— 678. Area—11.994 acres. Area to be revoke—11.994 acres.

Dated 18 December 2014

[PT.K.S 1W/40/2014; P.U. Sel. (ADV) PS. 05/4/3]

MOHAMED AZMIN BIN ALI

Menteri Besar Selangor

Hakcipta Pencetak H

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang

dilantik).

DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR

Referensi

Dokumen terkait

Dan lagi adalah diberi notis bahawa, jika jumlah/mana-mana daripada jumlah yang dinyatakan di ruangan akhir itu tidak dibayar dengan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan yang

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 9 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], Menteri Besar dengan kelulusan D.Y.M.M Sultan mewakilkan kepada tiap-tiap Pegawai

Saya, Wan Kamaludin bin Wan Mustafa (KP. 0938281), Pentadbir Tanah, setelah menjalankan siasatan atas permohonan pemegang gadaian dalam gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di

dengan ini adalah diberitahu bahawa tanah-tanah di tempat yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini, termasuk mana-mana tanah, jika ada, yang dinyatakan mengikut nombor lotnya

Berdaftar Gadaian (jika ada)—Pers. 0938281), Pentadbir Tanah, setelah menjalankan siasatan atas permohonan pemegang gadaian dalam gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di

(Darjah Kelas Kedua – Ahli lelaki yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran “Dato’” dan ahli wanita berhak menggunakan gelaran “Datin Paduka” pada

Dengan ini adalah diberitahu bahawa tanah-tanah di tempat yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini, termasuk mana-mana tanah, jika ada, yang dinyatakan mengikut nombor lotnya

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 168 Kanun Tanah Negara, notis adalah dengan ini diberi bahawa adalah dicadangkan hendak mengeluarkan hakmilik