• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan kos kitaran hayat (LCC) ke arah pembangunan lestari di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendekatan kos kitaran hayat (LCC) ke arah pembangunan lestari di Malaysia"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENDEKATAN KOS KITARAN HAYAT (LCC) KE ARAH PEMBANGUNAN

LESTARI DI MALAYSIA

Nor Azizah binti Mohammed Rum

Ijazah Sarjana Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Jijah22@yahoo.com

Zainal Abidin Akasah

Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

zainal59@uthm.edu.my

Abstrak

Industri pembinaan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Industri ini membangun dengan cepat dan menjadi tulang belakang kepada negara berbanding dengan negara-negara membangun yang lain di dunia. Sebagai sebuah negara membangun yang kini menuju ke arah pembangunan lestari yang seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-9, pembangunan yang dibina perlulah memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Oleh itu bagi memastikan matlamat kerajaan ini tercapai kaedah pendekatan kos kitaran hayat (LCC) perlu diterapkan dalam industri pembinaan bermula dari peringkat perancangan, mereka bentuk, membina, pengoperasian dan penyelenggaraan serta membaik pulih ataupun memusnahkan sesebuah struktur bangunan dan infrastruktur perlulah dilakukan agar ia tidak mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara. Menerusi kaedah ini, faktor dan kos penyelenggaraan bagi sesuatu produk pembinaan diambil kira pada peringkat reka bentuk lagi bagi mendapatkan unjuran LCC yang lebih tepat. Kertas kerja ini akan menjelaskan LCC sebagai elemen penting dalam semua sektor industri pembinaan kerana kaedah ini berupaya memacu peningkatan kualiti dengan mengambil kira kesan kos projek secara komprehensif. Bagi mencapai matlamat kajian ini, beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya adalah memahami konsep pembangunan lestari di dalam industri pembinaan di Malaysia. Kedua adalah mengenal pasti kos kitaran hayat di dalam pembangunan lestari terutamanya pada peringkat penyelenggaraan dan yang terakhir mencadangkan amalan kerja penyelenggaraan lestari melalui pendekatan kos kitaran hayat yang telah dikenal pasti bagi memudahkan pengurusan dan pengawalan kos penyelenggaraan di lakukan supaya pembangunan lestari boleh dicapai. Data-data signifikan daripada jurnal-jurnal berwasit antarabangsa telah digunakan sebagai bahan-bahan rujukan utama bagi penyelidikan pendekatan LCC ke arah pembangunan lestari. Diharapkan melalui kajian ini ia akan membantu dan dijadikan sebagai bahan rujukan penyelidikan dan pengurusan industri pembinaan di Malaysia.

Kata Kunci

(2)

2

1.0 Pengenalan

Sejak bertahun lamanya, senibina dan industri pembinaan telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu rekabentuk bangunan, pembinaan bangunan dan ekonomi pengurusan kemudahan dalam penciptaan sesebuah struktur bangunan. Rekaan bangunan yang dihasilkan oleh arkitek sangat penting (Tajuddin, 2006) dan ia merupakan perkara utama yang perlu difokuskan bagi memenuhi fungsi dan nilai estetika sesebuah bangunan seperti yang diharapkan oleh pemilik bangunan (Ali, Salleh & Al-Zawawi, 2009). Perkara kedua merupakan pembinaan bangunan yang difokuskan kepada kontraktor di mana pemilik mengharapkan pihak kontraktor dapat membina sebuah bangunan yang diinginkan mengikut kos pembinaan seperti yang dianggarkan. Namun begitu kebimbangan yang dihadapi oleh pemilik bangunan merupakan perkara ketiga yang perlu diberi perhatian iaitu menyiasat ekonomi pengurusan kemudahan bangunan iaitu kos pengoperasian bangunan sepanjang jangka hayat bangunan tersebut selagi ia boleh digunakan (Alaska, 1999; Ade Asmi, 2009).

Pendekatan yang lebih canggih diperlukan untuk reka bentuk dan pembinaan kemudahan bangunan iaitu melalui kombinasi dari teori ekonomi dan juga teknologi komputer di mana ia dilihat dari segi kos untuk merancang dan membina bangunan (Dhillon, 1989; Kirk & Dell‟Isola, 1995; Hyo 2008). Malah pemilik boleh memperluaskan lagi perspektif mereka dengan merangkumi kos di peringkat pengoperasian, penyelenggaraan, pembaikan, penggantian, dan pelupusan (Sirin, 2007; Venkataraman & Pinto, 2008). Proses mengenal pasti dan mendokumentasikan keseluruhan jumlah kos awalan dan kos masa akan datang berkenaan dengan pembangunan dan pengoperasian bangunan selama tempoh jangka hayat bangunan boleh digunakan dikenali sebagai kos kitaran hayat atau Life Cycle Costing (LCC) (Sirin, 2007; Bahr & Lennerts, 2008; Ade Asmi, 2009).

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia memberi penekanan yang khusus dalam ucapan Bajet 2010 iaitu “Salah satu pendekatan baru yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan adalah kaedah kos kitaran hayat atau life cycle costing (LCC). Menerusi kaedah ini faktor dan kos penyelenggaraan bagi sesuatu produk pembinaan diambil kira pada peringkat reka bentuk bagi mendapatkan unjuran kos kitaran hayat yang lebih tepat. LCC merupakan elemen penting dalam semua sektor industri pembinaan kerana kaedah ini berupaya memacu peningkatan kualiti dengan mengambil kira kesan kos projek secara komprehensif ”. LCC adalah teknik yang digunakan untuk meramal dan menilai prestasi bayaran asset yang akan dan telah dibina. Ia juga merupakan salah satu bentuk analisis untuk menentukan sama ada sesuatu projek yang hendak dibina memenuhi keperluan prestasi pelanggan ataupun tidak (BS ISO 15686-5, 2008). LCC merupakan salah satu kaedah atau teknik pengiraan kos di dalam Pengurusan Nilai yang perlu diterapkan di dalam projek pembinaan terutamanya dalam mereka bentuk bangunan dan membentuk kerajaan Malaysia yang baru (Bernama, 2010).

Konsep LCC telah muncul pada pertengahan tahun 1960-an dan digunakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam pengadaan senjata dan sistem senjata bantuan (Arja, Souce & Souyri, 2009). Menurut Maziah (2009), industri pembinaan perlu melaksanakan analisis ekonomi terutamanya dalam projek pembinaan bagi menganggarkan kos yang sebenar menggunakan sumber dengan mewujudkan keutamaan antara cadangan pesaing. LCC juga boleh dikira pada setiap peringkat jangka hayat sesebuah bangunan dengan menilai kos keseluruhan dari awal permulaan sebuah bangunan yang hendak dibina sehingga bangunan sudah dalam pengoperasian ataupun perkhidmatan (Arja et al., 2009; Maziah, 2009). Rajah 1 menunjukkan konsep LCC di dalam industri pembinaan.

(3)

3

Rajah 1: Konsep LCC di dalam industri pembinaan (Sumber: Maziah, 2009)

2.0 Isu dan Permasalahan

Bangunan merupakan sebuah aset fizikal yang tidak ternilai (BS8210, 1986), oleh itu penyelenggaraan yang sempurna dan berkesan diperlukan bagi memastikan kemudahan-kemudahan di dalam bangunan sentiasa berfungsi dengan baik bagi menjamin keselamatan serta memberi keselesaan kepada penghuninya (Wood, 2009). Penyelenggaraan bangunan merupakan aspek yang sangat penting dan perlu diberikan keutamaan dalam pengurusan setiap organisasi (Wood, 2009; Chanter & Swallow, 2007). Pengurusan penyelenggaraan yang sebaik mungkin merupakan faktor utama membolehkan pengekalan kebolehgunaan serta melanjutkan jangka hayat sesebuah bangunan (Amir, Tattersall & Okoroh, 2002; Shohet & Levi, 2004). Usaha yang padu dilakukan bagi mengoptimumkan kegunaan sesebuah bangunan dan perkhidmatan dalam tempoh hayatnya serta bagi memanjangkan tempoh penggunaan bagi penjagaan yang teratur (Arditi & Nawakorawit, 1999) sekali gus memastikan aset bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, pengerusi Institut Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di dalam Akhbar Minggu pada 13 Februari 2011, aspek penyelenggaraan bangunan dan prasarana di Malaysia adalah pada tahap yang dianggap membimbangkan dan masih lemah di mana ia boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan kepada penghuni atau pengguna. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dan mengambil tindakan dalam memastikan pengurusan penyelenggaraan berada pada tahap yang memuaskan.

Oleh itu, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) telah menemui kata sepakat pada tahun 2009 dengan memutuskan supaya Pengurusan Nilai atau Value Management diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan program dan projek kerajaan. Pengurusan Nilai bertujuan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen dan kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan. Ia merupakan pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif yang mengkaji keperluan fungsi sesuatu reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, kemudahan dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program dan projek. Ia

Kos yang digunakan (Cost In Use)

Permulaan

Pembinaan

Perobohan Pentauliahan

(4)

4

melibatkan semua stakeholder dan pakar yang berkaitan dengan projek, dengan memberi tumpuan kepada fungsi, kos dan kualiti di dalam projek (Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, 2009).

Bagi memastikan matlamat pengurusan penyelenggaraan tercapai salah satu kaedah pengurusan nilai iaitu kaedah kos kitaran hayat (LCC) boleh diaplikasikan di dalam pengurusan penyelenggaraan di mana ia akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang. LCC merupakan teknik yang digunakan untuk meramal dan menilai prestasi bayaran aset yang merangkumi peringkat perancangan, mereka bentuk, membina, pengoperasian dan penyelenggaraan serta membaik pulih ataupun memusnahkan sesebuah struktur bangunan ataupun infrastruktur (Dhillon, 1989; Kirk & Dell‟isola, 1995; Sirin, 2007; Venkataraman & Pinto, 2008; Kshirsagar, El-Gafy & Abdelhamid, 2010). Ia juga merupakan salah satu bentuk analisis bagi menentukan sama ada sesuatu projek yang hendak dibina memenuhi keperluan prestasi pelanggan ataupun tidak (BS ISO 15686-5, 2008).

Oleh itu, LCC menekankan daya saing ekonomi dengan bekerja untuk kos terendah jangka panjang pemilikan. LCC juga memerlukan banyak sudut pandangan bagi menghasilkan sejumlah kos dan dengan demikian pendekatan kerjasama antara pasukan diperlukan untuk meminimumkan LCC. Apabila LCC diaplikasikan dengan betul (bersama-sama dengan pertimbangan teknik yang baik) ia mampu menyediakan set maklumat untuk pembayaran yang berkesan (Barringer & Associates. Inc, 1997).

3.0 Objektif Kertas Kerja

Bagi mencapai matlamat di dalam kertas kerja ini, beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya adalah:

(i) Memahami konsep pembangunan lestari di dalam industri pembinaan di Malaysia;

(ii) Mengenal pasti kos kitaran hayat di dalam pembangunan lestari terutamanya pada peringkat penyelenggaraan; dan

(iii)Mencadangkan amalan kerja penyelenggaraan lestari melalui pendekatan kos kitaran hayat yang telah dikenal pasti bagi memudahkan pengurusan dan pengawalan kos penyelenggaraan.

4.0 Skop Kertas Kerja

Skop kertas kerja adalah terhad kepada beberapa kriteria iaitu kos yang dikenal pasti hanya meliputi kos penyelenggaraan yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam bangunan yang sedia ada ke arah pembangunan lestari. Pemilihan lokasi kajian adalah dihadkan kepada bangunan kerajaan yang merupakan institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Johor. Ia dipilih berdasarkan aktiviti pembangunan dan pembelajaran yang sedang pesat dan giat dilaksanakan di samping peningkatan dalam pengambilan pelajar sekali gus membawa kepada tahap penyelenggaraan bangunan yang semakin hari semakin meningkat. Universiti bukan sahaja platform yang terbaik dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berkebolehan ia juga tempat lahirnya pemimpin-pemimpin negara, oleh itu keselesaan suasana pembelajaran perlu diutamakan bagi memastikan mahasiswa-mahasiswi selesa dalam menuntut ilmu.

5.0 Metodologi Kertas Kerja

Metodologi merupakan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan sesuatu kajian atau penyelidikan. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam mencapai objektif dan matlamat yang

(5)

5

diinginkan. Di antara pendekatan yang digunakan ialah melalui pencarian sumber dari bahan bercetak dan media elektronik untuk memudahkan kajian literatur dijalankan manakala soal-selidik, temubual dan perbincangan ringkas bersama penyelia projek, pihak-pihak tertentu dan juga responden memudahkan kajian secara empirikal. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci maka kertas kerja ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaannya. Kaedah berperingkat tersebut dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu (Lebar, 2006) :

1. Peringkat perancangan 2. Peringkat kajian literatur

3. Peringkat pengumpulan data dan maklumat 4. Peringkat analisis

5. Peringkat rumusan

5.1 Peringkat perancangan

Peringkat perancangan adalah peringkat awal di mana perancangan tajuk Sarjana dikenalpasti berdasarkan bidang dan kategori yang telah ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Terdapat lima kategori yang telah ditawarkan iaitu projek berbentuk penyelidikan, kajian kes, kajian industri, rekabentuk atau binaan dan pembangunan perisian/pangkalan data. Kategori yang telah dipilih adalah berbentuk kajian kes.

5.2 Peringkat kajian literatur

Kajian literatur merupakan kajian berbentuk ilmiah terhadap skop kajian yang akan dijalankan. Pada peringkat ini, objektif pertama boleh dicapai melalui pembacaan tesis, buku-buku rujukan dan ilmiah, jurnal, keratan akhbar serta pencarian melalui media elektronik seperti di laman web. Secara tidak langsung ia dijadikan sebagai asas dalam peringkat analisis dan juga cadangan yang akan dibuat. Oleh itu, kaedah pengumpulan data yang berkesan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan betul supaya setiap data dan maklumat tersebut dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya tanpa sebarang masalah.

5.3 Peringkat pengumpulan data dan maklumat

Proses pengumpulan data dan maklumat dapat dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu data utama dan data sekunder.

5.3.1 Data utama

Data utama adalah data serta maklumat yang diperolehi secara terus dan merupakan data sebenar yang diperolehi daripada menjalankan dua kaedah iaitu temu bual dan soal selidik serta pemerhatian dan pemantauan di kawasan kajian (Lim, 2007).

5.3.1.1 Temu bual dan soal selidik

Temubual dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan UTHM. Kaedah ini akan memudahkan lagi perolehan data terus dari responden di mana jawapan secara terbuka diberikan dan lebih praktikal serta mudah dianalisis. Selain itu, soal selidik juga dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara praktikal tentang keadaan sebenar penyelenggaraan yang

(6)

6

telah dijalankan di UTHM dan kepuasan pengguna dalam kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilakukan.

5.3.1.2 Pemerhatian dan pemantauan

Pemerhatian dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai permasalahan penyelenggaraan di kawasan UTHM yang memerlukan penyelenggaraan. Kaedah ini dijalankan secara rawak iaitu pada bila-bila masa sahaja. Pemantauan pula dijalankan untuk menilai sejauh mana kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan dan ia dilaksanakan ketika kerja penyelenggaraan dijalankan.

5.3.2 Data sekunder

Data sekunder adalah data yang diperoleh daripada bahan bacaan dan rujukan yang terdiri daripada media cetak seperti buku, majalah, keratan akhbar, laporan, kod piawaian dan media elektronik seperti rujukan dalam laman web dan sebagainya. Data ini berguna bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam kajian yang dijalankan. Selain itu, ia juga penting dalam mengukuhkan asas kaedah yang dijalankan dalam kajian.

5.4 Peringkat analisis

Selepas proses pengumpulan data, peringkat analisis dilaksanakan di mana kesemua data dan maklumat yang diperolehi itu diselidik, disusun seterusnya dianalisis menggunakan kaedah yang bersesuaian. Kaedah yang digunakan adalah mengunakan Kaedah Analisis Frekuensi dan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Paparan hasil daripada analisis ditunjukan dalam bentuk ‘graphical presentation’ iaitu sama ada dalam bentuk histogram, carta pai atau carta bar dan sebagainya yang bertujuan menghasilkan penyampaian yang lebih berkesan dan efektif (Kirkpatrick, & Feeney, 2006; Sulaiman & Zurina, 2009).

5.4.1 Kaedah pesampelan

Populasi bagi kajian ini terdiri daripada pekerja pengurusan penyelenggaraan UTHM, pekerja yang menjalankan penyelenggaraan, badan swasta seperti kontraktor penyelenggaraan, jurutera dan pelajar. Rasional pemilihan persampelan ini adalah disebabkan setiap individu dalam populasi itu berpeluang untuk dipilih dan terlibat dalam kajian yang akan dilaksanakan. Maka masalah ketidakadilan, keesahan dan ketidakbolehpercayaan dapat dikurangkan kerana melibatkan golongan profesional sahaja (Sulaiman & Zurina, 2009).

5.4.2 Kajian rintis

Kajian rintis dijalankan bagi menentukan sama ada sample soal selidik yang diedarkan mempunyai nilai kepercayaan dan kesalahan yang tinggi ataupun tidak. Menurut Sulaiman dan Zurina (2009), borang soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berada tahap α > 0.6.

5.4.3 Kaedah analisis frekuensi

Kaedah analisis frekuensi atau analisis peratusan kekerapan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk menganalisa data-data yang diperolehi. Ia digunakan untuk hampir semua data yang dikumpulkan untuk pecahan peratusan setiap kategori. Sementara itu, kaedah ini juga digunakan untuk menentukan tahap persetujuan responden mengenai sesuatu faktor atau alasan. Terdapat soalan di mana jawapannya memerlukan responden

(7)

7

memilih tahap persetujuan mereka yang diberi melalui skor skala likert seperti dalam jadual berikut:

PERNYATAAN SKOR

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Memuaskan 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jadual 1: Kaedah analisis frekuensi

Ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja analisa data yang dijalankan. Penilaian dibuat dengan mengelaskan data-data kepada lima bahagian utama iaitu skala nilai 1 „sangat tidak setuju‟, 2 „tidak setuju‟, 3 „memuaskan‟, 4 „setuju‟ dan 5 „sangat setuju‟. Oleh itu, penilaian dibuat dengan memberi peratusan skor yang dipilih oleh responden (Creswell, 2009).

5.5 Peringkat rumusan

Pada peringkat akhir ini, rumusan akan dihasilkan bagi memberi gambaran sebenar kertas kerja yang dijalankan sama ada dapat mencapai objektif ataupun tidak. Cadangan penambahbaikan juga diberikan bagi memastikan kertas kerja ini dapat diteruskan lagi ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Rajah 2: Carta alir metodologi kertas kerja Kenal pasti Masalah

& Penentuan Tajuk

Menentukan & memahami objektif

kajian Kajian Literatur

(bahan yang terkini) Pengumpulan data

Data Utama Kualitatif - Temu-bual

- Lawatan teknikal Kuantitatif - Soal-selidik

Data Kedua

Buku, jurnal, prosiding, majalah, artikel, garis panduan, akta

Penstrukturan & Analisis Data (Perisian : SPSS V14)

Kesimpulan, Cadangan & Laporan Akhir

(8)

8

6.0 Kos Kitaran Hayat

Pada asasnya, LCC bagi suatu item ialah semua kos yang wujud sepanjang hayat item tersebut sama ada kos yang berulang atau pun kos tidak berulang. Suatu item yang dimaksudkan merujuk kepada suatu aset, mesin, peralatan, projek, sistem atau kemudahan yang disediakan (Dhillon, 1989; Kirk & Dell‟isola, 1995; Sirin, 2007; Kshirsagar, El-Gafy & Abdelhamid, 2010). Menurut Kirk & Dell‟isola (1995) dan Kshirsagar et al. (2010), LCC juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi memenuhi keperluan pemilikan untuk menganalisis jumlah keseluruhan kos. Ia meliputi kos mereka bentuk dan perincian reka bentuk, kos binaan dan pengujian, kos kendalian dan selenggaraan dan kos pelupusan (Sirin, 2007).

Menurut Venkataraman & Pinto (2008), LCC adalah kaedah umum penilaian ekonomi yang mengira semua kos yang berkaitan bermula dari reka bentuk bangunan, sistem, komponen, bahan amalan, atau projek dalam tempoh masa yang tertentu dan sesuai dengan perbezaan masa bayaran. Section 707 of Executive Order 13123 (2005) telah mendefinisikan LCC sebagai jumlah nilai sekarang dari kos pelaburan, kos modal, kos pemasangan, kos tenaga, kos operasi, kos penyelenggaraan, dan kos pembuangan selama jangka hayat dalam projek, produk, atau mengukur.

Pengertian daripada garis panduan Total Asset Management (2004) menaksirkan LCC bagi aset pula boleh dikatakan sebagai jumlah kos sepanjang hayat termasuk perancangan, reka bentuk, pengambilalihan, dan kos sokongan serta kos langsung yang lain dalam memiliki atau menggunakan aset.

Kepelbagaian penyampaian daripada pelbagai pihak telah dinyatakan sebelum ini dan ianya membawa maksud yang sama. LCC boleh dirumuskan sebagai satu kaedah pilihan dalam membuat pengiraan anggaran ekonomi sepanjang hayat bagi sesebuah projek ataupun aset, ia merangkumi keseluruhan kos bermula daripada peringkat permulaan atau perancangan sehinggalah ke peringkat pelupusan sesebuah bangunan atau aset. Semua kos yang terlibat sepanjang tempoh hayat bangunan ataupun aset tergolong sebagai kos dalam LCC. Rajah 3 menunjukkan analisis setiap perbezaan peringkat kitaran hayat.

(9)

9

Rajah 3: Analisis setiap perbezaan peringkat kitaran hayat (Sumber: BS ISO 15686-5, 2008)

Menurut Olanrewaju, Khamidi, Idrus dan Shobowale (2010), sejumlah besar wang yang diperlukan adalah untuk memelihara fasiliti semasa pengoperasian dan penyelenggaraan agar ia sentiasa dalam keadaan baik. Secara umumnya, kos modal di dalam beberapa kes mungkin lebih tinggi sebanyak 40% ataupun lebih lagi. Bukti anekdot telah menyarankan bahawa hanya sekitar 10% dari jumlah kos keseluruhan bayaran sebenarnya diperlukan untuk menyelesaikan projek tersebut dan 90% dari jumlah kos keseluruhan adalah bagi kos penyelenggaraan dan kos pengoperasian.

Rajah 4 menunjukkan elemen kos yang terdapat di dalam kos kitaran hayat dan kos keseluruhan hayat (BS ISO 15686-5, 2008). Manakala jadual 2 pula menunjukkan peringkat-peringkat di dalam kos kitaran hayat sesebuah bangunan (Maziah, 2009).

Rajah 4: Elemen WLC dan LCC (Sumber: BS ISO 15686-5, 2008)

No Peringkat Kitaran Hayat

Penerangan Kos Bersekutu /

Associated Costs 1 Spesifikasi Keperluan pelanggan dirumuskan dan

diterjemahkan ke dalam reka bentuk yang boleh diterima.

Kos Permulaan

Berkaitan dengan pembelian tanah, perkhidmatan

profesional dan pembinaan. 2 Reka bentuk

3 Pemasangan Proses pembinaan dilakukan sehingga ke peringkat penyelesaian dan serah projek ke pelanggan akan dilakukan.

Kos Berulang-ulang Diperlukan untuk kos pekerjaan seperti tahap, insurans, pembaikan, 4 Commissioning

5 Penyelenggaraan Penggunaan projek tersebut adalah untuk Whole-life cost

(WLC)

Pengeluaran Bukan Kos Pembinaan

Kos Kitaran Hayat (LCC)

Pendapatan

Pembinaan Operasi Penyelenggaraan Pelupusan

(10)

10

tujuan yang tertentu. pembaikan membersihkan bahan bakar, dan kawalan estate

6 Pengubahsuaian Diperlukan untuk menjaga projek sentiasa dalam keadaan yang baik mengikut piawaian pembaikan atau untuk meningkatkan piawaian pada keadaan semasa.

Kos Berulang-ulang Diperlukan untuk perubahan besar kepada bangunan untuk pembaikan dan pembangunan semula

7 Penggantian Penilaian projek adalah untuk pembaharuan yang utama atau tapak untuk pembangunan semula.

Jadual 2: Peringkat-peringkat di dalam LCC (Sumber: Maziah, 2009) 6.1 Proses LCC

LCC termasuk setiap kos yang sesuai dan perubahan kesesuaian dengan setiap kes tertentu di mana ia mengikut kesesuaian sesuatu keadaan (Fabrycky, 1991). Langkah-langkah utama dalam proses LCC berdasarkan BS ISO 15686-5 (2008) adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti dengan teliti tujuan dan skop kos kitaran hayat; (ii) Merancang prosedur yang akan digunakan;

(iii)Mewujudkan peraturan dan kaedah yang akan diaplikasikan; (iv)Mengumpulkan maklumat yang sesuai dan rekodkan andaian data; (v) Menjalankan pengiraan dan mengesahkan keputusan yang diperoleh; (vi) Melaksanakan pengurusan risiko dan analisis sensitiviti;

(vii) Mentafsirkan hasil keputusan dengan teliti;

(viii) Melaporkan keputusan dan dokumentasi kan semua maklumat dan andaian yang digunakan;

(ix) Mengulas laporan dengan pelanggan dan mendapatkan persetujuan terhadap keputusan akhir;

(x) Melakukan analisis LCC untuk tujuan tanda aras perbandingan (pilihan); dan (xi) Menerbitkan salinan rasmi dan ditandatangani akhir laporan kos kitaran hidup.

6.2 Kaedah LCC

Berikut adalah konsep asas yang biasa digunakan untuk semua aplikasi LCC (Boussabaine & Kirkham, 2004):

6.2.1 Cost breakdown structure (CBS)

CBS merupakan pusat kepada analisis LCC. Tujuan kaedah ini adalah untuk mengenal pasti semua elemen kos yang relevan dan perlu mempunyai had batasan untuk mengelakkan kelalaian. Ia perlulah mempunyai ciri-ciri asas berikut antaranya adalah:

(11)

11

- Perlu merangkumi semua unsur kos yang relevan dengan pilihan yang dipertimbangkan termasuk kos dalaman;

- Setiap elemen kos perlulah ditakrifkan sebaik mungkin sehingga semua mempunyai pemahaman yang jelas;

- Setiap elemen kos perlu dikenal pasti tahap kepentingan kegiatannya; dan

- Butiran kos perlu disusun bagi sedemikian untuk membolehkan analisis bidang tertentu.

6.2.2 Cost estimating

Setelah menghasilkan CBS, kos dari setiap kategori perlu dikira. Ini ditentukan oleh salah satu dari kaedah berikut:

- Ketahui faktor atau kadar yang dimasukkan ke dalam analisis LCC yang mempunyai ketepatan;

- Cost estimating relationships (CERs) yang berasal daripada data empirik. CERs boleh menjadi kompleks jika tidak berhati-hati dan akan menyebabkan kesalahan dalam LCC.

6.2.3 Discounting

Ia merupakan teknik yang digunakan untuk membandingkan kos dan manfaat yang berlaku dalam tempoh masa yang berbeza. Ini adalah konsep yang terpisah dari inflasi namun begitu dalam industri ia perlu lebih berhati-hati berbanding dengan analisis LCC.

6.2.4 Inflation

Discounting dan inflation adalah dua perkara yang berbeza. Memberikan inflasi pada semua kos anggaran yang sama, dan ini adalah keadaan praktis biasa tetapi ia tidak memberi kesan apabila mengambil LCC.

7.0 Konsep Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari (mapan) bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang (Bruntland Report, 1987; Sharifah, 2010). Kelestarian yang ditekankan merupakan satu paradigma pemikiran masa hadapan dalam merancang pembangunan dan menaik taraf kualiti kehidupan dengan mengambil kira aspek-aspek keseimbangan persekitaran, sosial dan ekonomi. David Drakakis (1995) berpendapat bahawa bagi menjalankan pembangunan bandar yang lestari beberapa faktor perlu diambil kira seperti pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dihasilkan ke atas bandar dan kawasan sekitarnya.

Untuk membolehkan manusia memenuhi keperluan asas mereka dan menikmati kehidupan yang lebih baik, tanpa kompromi (menjejaskan) masa depan kualiti kehidupan generasi akan datang ia boleh dicapai dengan cara yang bersepadu iaitu melalui ekonomi yang lestari, inovatif dan proaktif, mampu menyediakan tahap pekerjaan yang tinggi, masyarakat yang adil yang dapat mempromosikan „social inclusion’, komuniti lestari dan kesejahteraan peribadi. Segala usaha ini dijalankan tanpa menjejaskan persekitaran fizikal dan semula jadi serta penggunaan sumber tenaga secara efisien (Sharifah, 2010).

(12)

12

Menurut pandangan Dr Jose Goldemberg, terdapat dua konsep penting yang diketengahkan di dalam definisi pembangunan lestari iaitu pertama adalah konsep „keperluan‟ di mana ia merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Kedua pula mengenai keterbatasan (limitation) di mana ia merujuk kepada keterbatasan sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh teknologi, dan organisasi sosial serta kemampuannya memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang. Rajah 5 menunjukkan prinsip-prinsip pembangunan lestari dan dalam memastikan pembangunan yang dibangunkan mencapai matlamat dan tujuan „pembangunan lestari‟ yang disarankan oleh kerajaan pelbagai pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan keseimbangan kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar tercapai bukan

sahaja untuk generasi kini malahan juga untuk generasi yang akan datang.

Rajah 5: Prinsip Pembangunan Lestari (Sumber: Syarifah, 2010)

Kitaran hayat perlu dipertimbangkan kerana ia sangat penting dalam reka bentuk dan pembinaan kemudahan yang akan dibina kerana kitaran hayat kemudahan melibatkan lebih daripada sekadar membina kemudahan itu sendiri. Operasi, penyelenggaraan, dan pentauliahan atau pelupusan kemudahan juga mengambil kira bahan-bahan dan tenaga, dan sebahagian besarnya dibatasi oleh reka bentuk dan keputusan pembinaan yang dilakukan pada awal hayat kemudahan (Vanegas, DuBose, and Pearce, 2010). Rajah 6 menunjukkan anjakan paradigma reka bentuk dan pembinaan daripada yang tradisional ke pembinaan lestari.

(13)

13

Rajah 6: Anjakan Paradigma dari Reka bentuk dan Pembinaan Tradisional ke Pembangunan Lestari (Sumber: Vanegas, DuBose, and Pearce, 2010)

8.0 Jangkaan Keputusan

Hasil jangkaan dapatan ini, diharapkan kajian ini dapat menjawab dan memenuhi ketiga-tiga objektif yang telah dinyatakan iaitu memahami konsep pembangunan lestari di dalam industri pembinaan di Malaysia, mengenal pasti kos kitaran hayat di dalam pembangunan lestari terutamanya pada peringkat penyelenggaraan dan yang terakhir mencadangkan amalan kerja penyelenggaraan lestari melalui pendekatan kos kitaran hayat yang telah dikenal pasti bagi memudahkan pengurusan dan pengawalan kos penyelenggaraan di lakukan supaya pembangunan lestari boleh dicapai.

Selain itu, diharapkan dengan cadangan amalan kerja penyelenggaraan lestari melalui pendekatan kos kitaran hayat yang dihasilkan dapat membantu pihak pengurusan penyelenggaraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam mencapai matlamat menjadi sebuah institusi pendidikan yang lestari dan masalah kos penyelenggaraan dapat dikawal dengan adanya pengurusan yang cekap dan efektif. Ini bukan sahaja dapat digunakan oleh UTHM malahan juga boleh digunakan untuk institusi pengajian yang lain di seluruh negara. Diharapkan juga amalan kerja ini ini dijadikan rujukan oleh penyelidik-penyelidik, badan kerajaan dan swasta serta pihak-pihak pengurusan penyelenggaraan.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembangunan lestari mempunyai banyak konsep dan pelbagai pandangan daripada pelbagai pihak seperti pengkaji, pensyarah, pelajar, pihak industri dan sebagainya oleh itu dalam memastikan pembangunan kini seimbang dan tidak mengancam generasi kini dan akan datang pelbagai pendekatan diambil bagi memulihara alam sekitar supaya ia tidak terjadinya isu alam sekitar yang kian mencemaskan penduduk dunia. Pertukaran cuaca, kesan rumah hijau, tekanan sosial, kenaikan paras air laut dan sebagainya merupakan penderitaan yang dideritai generasi kini dan ia tidak sesekali menjejaskan dan mengancam kehidupan masa hadapan dengan adalah pembangunan lestari dan amalan lestari dalam kehidupan kita sehari-harian.

Salah satu kaedah pendekatan yang diterapkan dalam memastikan pembangunan lestari adalah dengan pengawalan kos kitaran hayat bermula daripada peringkat reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, pengoperasian sehinggalah ke peringkat pelupusan. Reka bentuk lestari, penggunaan bahan yang mapan, penyeliaan pihak yang bertanggungjawab serta amalan kerja yang cekap adalah kunci dalam memastikan pembinaan lestari dilakukan berdasarkan kepada tiga dasar utama iaitu ekonomi, alam sekitar dan sosial.

10.0 Penghargaan

Rakaman dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memberi saya peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana. Seterusnya khusus buat penyelia saya Prof. Madya Dr Hj Zainal Abidin Akasah dan penyelia bersama En Abdul Zaki Abd Wahid dalam memberi panduan untuk menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga khas buat keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan, semangat dan galakan dalam mengharungi perjalanan dalam menyempurnakan kertas kerja ini.

(14)

14

Rujukan

Abdul Azis, A. A., (2009). BFB 4093 Chapter 4: Life Cycle Cost. Power Point: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Alaska Department of Education & Early Development (1999). Life Cycle Cost Analysis.

Ali, A. S., Salleh, H. & Al-Zawawi, S. A. F. (2009). Coordination devices in the refurbishment design process: A partial-correlation approach. Journal of Design and Built Environment, 5, 19-30. Amir, M. A., Tattersall, R. P. & Okoroh, M. I. (2002). Quantitative models for building repair and

maintenance: A comparative case-study. Facilities. 20(5/6): 176-189

Arditi, D. & Nawakorawit, M. (1999). Issues in building maintenance: Property manager‟s perspective. Journal of Architectural Engineering. 5(4): 117-132.

Arja, M., Sauce, G. & Souyri, B. (2009). External uncertainty factors and LCC: A Case Study, Building Research & Information, Vol.3(37), 325-334.

Bahr, C. & Lennerts, K. (2008). Maintenance-LCC analysis based on real data. Life-cycle Civil Engineering, 1, 783-786

Barringer, H. P., Barringer, P. E. & Associates, Inc. (1997). Life cycle costs & reliability for process equipment. Proc. of the 8th Annual Energy Week Conference & Exhibition. Houston, Texas: American Petroleum Institute. pp. 1-22

Boussabaine, A. & Kirkham, R. (2004).Whole Life-cycle Costing - Risk and Risk Responses. United Kingdom: Blackwell Publishing Ltd.

British Standards Institution (1986). Guide to Building Maintenance management. London: BS 8210. British Standards Institution (2008). Building & Constructed Assets – Service Life Planning – Part 5:

Life Cycle Costing. London: BS 15686-5.

Building Construction Industry. Georgia Institute of Technology, Atlanta.

Chanter, B. & Shallow, P. (2007). Building Maintenance Management. 2nd ed. United Kingdom : Blackwell Publishing Ltd.

Creswell, J. W. (2009). Research Design - Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. 3rd ed. California: SAGE Publications, Inc.

Dhillon, B.S. (1989). Life Cycle Costing. United States of America: Gordon and Breach Science Publishers.

Executive Order 13123 (2005). Guidance on Life-Cycle Cost Analysis. Washington: Department of Energy.

Fabrycky, Wolter, J., Benjamin, S. (1991). Life-Cycle Cost and Economic Analysis. New Jersey: Prentice-Hall.

Hyo-Nam Cho (2008). Practical approaches to the application of life-cycle civil engineering for infrastructure in Korea. Life-cycle Civil Engineering, 1, 21-34.

Jorge, A. V., Jennifer, R. D. & Annie, R. P. (2010). Sustainable Technologies for the

Kirk, J. S. & Dell‟lsola, J. A. (1995). Life Cycle Costing for Design Professionals. 2nd ed. United States of America: McGraw-Hill, Inc.

Kirkpatrick, L. A. & Feeney, B. C. (2006). A Simple Guide to SPSS for Windows for Version 12.0 & 13.0. Canada: Thomson Wadsworth.

Kshirsagar, A. S., El-Gafy, M. A. & Abdelhamid, T. S. (2010). Suitability of life cycle cost analysis (LCCA) as asset management tools for institutional buildings. Journal of Facilities Management. Vol. 3(8), 162-178.

Lebar, O. (2006). Penyelidikan Kualitatif - Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(15)

15

Lee, L. T. (2011, Februari 13). Kesedaran selenggara bangunan masih lemah. Akhbar Minggu. Dicapai pada Februari 14, 2011, dari http://www.bharian.com.my

Lim,C. H. (2007). Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Shah Alam: Mc Graw Hill Education.

Maziah, (2009). A Study of Sustainable Life-Cycle Costing For School Building Maintenance Optimisation. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: FRGS VOT 0278.

Olanrewaju, A. L., Khamidi, M. F., Idrus, A. & Shobowale, K. (2010). A comparative analysis of value engineering and life cycle costing techniques: a literature review.

Sharifah, N., (2010). FEM 3302. Power Point: Universiti Putra Malaysia.

Shohet, I. M. & Levy, S. (2004). Healthcare facilities management: State of the art review. Journal of Facilities. 22 (7/8): 210-220.

Sirin, M. R. (2007). Teori Asas Ekonomi Kejuruteraan. Parit Raja, Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Smith, D.D. (1995). Third World Cities: Sustainable Urban Development, 1. Urban Studies. 32(4/5): 659-677.

Tajuddin, M. (2006). Knowledge management of educational, architecture and architectural heritage in democratic society. Proc. of the International Conference in the Built Environment in the 21st Century. Shah Alam, Selangor: Universiti Teknologi MARA. pp. 15-30.

The Gro Brundtland Report (1987). International Review of Sociology, Monographic On Modernization. Rome: Borla, 213-226.

Total Asset Management (2004). Life Cycle Costing Guideline. Sydney: New South Wales Treasury. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2009, Disember). Garis Panduan Pelaksanaan

Pengurusan Nilai (Value Management). (JPM Bil. 3/2009). Dicapai pada Januari 18, 2011, dari Jabatan Perdana Menteri. http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=61fbc3ed-4f5b-42d5-86d1-b89f7c8bce72&groupId=34492

Venkataraman, R. R. & Pinto, J. K. (2008). Cost and Value Management in Projects. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

Wood, B. (2009). Building Maintenance. Singapore: Wiley-Blackwell.

Yamin, S. & Yasak, Z. (2009). Analisis Pembentukan SPSS. Fakulti Pendidikan Teknikal: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Diagram Aliran Data (Data Flow Diagram (DFD)) merupakan gambaran sistem secara logical, gambar ini dak tergantung pada perangkat keras, perangkat lunak, struktur

Dari hasil karakterisasi dapat diperoleh kondisi optimum yang dihasilkan plastik biodegradabel dengan perbandingan limbah LDPE, pati TKS, maleat anhidrida, benzoil

Dari data tersebut dapat diketahui bahwa Kraton Kerto merupakan bangunan istana yang pembangunannya telah terencana oleh pembuatnya. Hal ini dapat kita lihat dari

Dari beberapa penelitian yang dilakukan untuk sol sepatu kanvas umum maupun soi s"puto olah raga dari karet yang menggunakan minyak pelunak jenis lain

Ini melibatkan langkah-langkah menentukan peserta untuk belajar, memperoleh izin yang dibutuhkan dari beberapa individu dan organisasi, mempertimbangkan jenis

Adapun langkah studi dalam pengerjaan skripsi ini sebagai berikut : Perencanaan volume lalu lintas rencana, menghitung lendutan balik, menentukan tebal lapis tambahan

Skripsi berjudul “Ekologi Kampung Kemasan Dan Perubahan- Perubahannya Tahun 1880-1910 M. rumusan masalah dalam penelitian ini adalah : 1) Bagaimana terbentuknya ekologi