• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jodoh Atau Cinta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jodoh Atau Cinta"

Copied!
105
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Bab 1

IMAN UMAIRAH menatap sepi inai di jarinya. Dia akan dinikahkan sebentar lagi dan akan bergelar seorang isteri pada Aiman Danish, seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. Adakah kehidupannya nanti persis novel yang selama ini menjadi bahan hiburannya? Adakah kisah-kisah indah di dalam novel itu akan terjadi padanya? Walaupun apa terjadi, ini memang menjadi takdirnya. Sebuah ceritera yang terukir dalam hidupnya.

Semalam, inilah syarat datuk menghantarnya menyambung pelajaran di luar negara. Dia boleh menyambung pelajaran dan mengejar segala cita-cita dengan syarat, sebelum berangkat dia perlu bernikah dengan Aiman Danish, cucu lelaki tunggal Tuan Haji Aman, datuk

angkatnya. Kenapa itu syaratnya? Iman Umairah sendiri tidak pasti.

Kalaulah dia seperti gadis lain yang mengahwini kekasih hati, pasti hari ini adalah hari yang paling bahagia dan bersejarah baginya sebagai seorang gadis yang bakal menamatkan

kehidupan bujang. Gembirakah dia? Bahagiakah dia menamatkan kehidupan bujangnya pada saat dia baru ingin menikmati waktu remaja?

Iman sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu. Hanya yang pasti tiada sedetik pun perasaan gembira mahupun bahagia itu hadir dalam dirinya. Apatah lagi dia tahu hadirnya nanti di dalam hidup keluarga barunya, tidak akan diterima oleh mentua dan bakal suaminya sendiri. Dia bukan pekak. Dia sendiri terdengar ‘perbincangan’ antara anak-beranak itu seminggu yang lalu. Nasib baik dia balik dari bermain tenis agak awal daripada biasa dan dia terdengar perkahwinannya dibincangkan di dalam bilik bacaan ketika itu. Mungkin itu kebesaran llahi ingin menunjukkannya jalan kesabaran untuk dugaan yang bakal dilaluinya. Mungkin juga itu tandanya dia perlu bersedia dan lebih bersabar. Iman terkenang lagi apa yang didengarinya. Masih terngiang-ngiang di telinganya dan pasti tidak akan dilupakan untuk selama-lamanya.

"ABAH tak kira Arif, abah nak Danish kahwin dengan Iman sebelum Iman ke Liverpool seminggu lagi. Abah nak kamu uruskan segala-galanya."

(3)

Terdengar suara datuk bergema tinggi. Masakan Iman tidak kenal suara insan yang selama ini berjasa membesar dan mendidiknya.

"Abah, kenapa Iman? Dia tak layak jadi menantu keluarga kita. Danish takkan terima dan saya pun tak mungkin terima. Keluarga kita ada kedudukkan. Nanti apa pula kata orang. Kalau pun abah nak balas budi mak bapak budak tu, semuanya dah terbalas, abah. Selama beberapa tahun ni, abah yang jaga dia. Bagi makan, bagi sekolah. Apa lagi tak cukup kat budak tu? Memang dah jadi keturunan budak tu agaknya. Dasar perempuan pengikis. Abah tak sedar lagi ke? Tunggu semua harta abah ni dikikisnya baru abah nak sedar."

Iman kenal suara itu. Itu suara anak tunggal datuk yang kini bergelar Dato’ Arif. Lelaki itu tidak pernah suka akan kehadirannya. ‘Perempuan pengikis’ itu dia. Sekelip mata sahaja dia sudah mendapat gelaran itu daripada Dato’ Arif. Selama ini pernahkah dia mengikis harta Tuan Haji Aman? Tetapi....

Mungkin betul kata Dato’ Arif, sejak lima tahun kebelakangan ini Iman terlalu banyak termakan budi Tuan Haji Aman. Tuan Haji Aman yang mengambil dia menjadi cucu angkat setelah ibunya meninggal dunia. Tuan Haji Aman yang menyekolahkannya. Tuan Haji Aman yang sentiasa ada untuk mendidiknya. Lelaki yang dipanggil datuk itulah yang selalu ada untuk menyokong dan memahaminya. Tidak pernah sedikit pun Iman Umairah rasa tersisih di dalam hidup datuknya. Memang selama ini, sejak sebelum pemergian ibunya lagi, semua yang ada padanya sekarang atas ihsan daripada Tuan Haji Aman. Lelaki itu yang memberi dia dan ibunya tempat berteduh. Memberi ibunya pekerjaan pada saat ibunya terkontang-kanting ditinggalkan suami dan Tuan Haji Aman jugalah yang membiayai segala

perbelanjaannya sehingga dia mendapat tawaran ke universiti beberapa minggu lepas.

Terlalu banyak budi Tuan Haji Aman padanya dan ibu. Malah ibunya sendiri sempat berpesan agar dia sentiasa taat pada Tuan Haji Aman. Walaupun ibunya ketika itu hanya pembantu peribadi Tuan Haji Aman, namun Iman dapat melihat layanan Tuan Haji Aman pada ibunya saling tidak tumpah seperti layanan seorang ayah kepada anaknya dan dia dianggap bagaikan cucu sendiri. Tidak pernah dia dibeza-bezakan. Setelah ibunya meninggal akibat kemalangan jalan raya ketika balik daripada menggantikan tempat Tuan Haji Aman di sebuah majlis amal, secara tidak langsung Iman diletakkan sepenuhnya di bawah jagaan Tuan Haji Aman. Sejak itu bermulalah hidupnya di bawah budi Tuan Haji Aman.

(4)

Iman masih ingat lagi saat walang hidupnya, ketika itu dia di rumah ini sedang belajar dengan Tuan Haji Aman apabila menerima panggilan telefon daripada pihak hospital. Mereka

bergegas ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah menunggu hampir sejam di luar bilik kecemasan, sepasukan doktor keluar dengan wajah yang cukup suram. Seorang doktor yang agak berumur merapati datuknya. Mengkhabarkan satu berita yang telah merubah kehidupannya. Ibunya telah tiada dan tidak mungkin kembali.

Tuan Haji Aman segera memeluknya. Seingat Iman, sejak dari mula ibunya bekerja dengan Tuan Haji Aman, orang tua itu sentiasa melayan mereka seperti keluarga sendiri. Seketika selepas pengebumian jenazah ibunya, Tuan Haji Aman jatuh pengsan. Hampir diserang sakit jantung datuknya itu. Umpama yang pergi itu anaknya sendiri.

Iman dapat merasakan kesedihannya ketika itu dikongsikan dengan Tuan Haji Aman. Sekurang-kurangnya ketika itu dia tahu, dia tidak bersendirian. Oleh itu jasa Tuan Haji tidak mungkin dia lupakan. Budi Tuan Haji Aman itu umpama darah yang mengalir di tubuhnya. Lalu kini apa sahaja pilihan yang dia ada?

"Kamu diam Arif! Kalau kamu tak tahu, kamu jangan cakap. Kamu tak tahu berapa banyak abah dengan ibu kamu berhutang budi dengan datuk Iman, ketika abah dan arwah umi kamu mula-mula kahwin dulu. Hidup kami ni susah, susah sangat sampai nak makan pun payah. Siapa yang tolong kami? Itu, arwah Haji Khalid, datuk Si Iman tulah yang tolong kami. Tolong carikan kerja. Tolong hulurkan apa yang patut. Lagi satu kamu kena ingat, syarikat abah yang kamu bangga-banggakan tu, syarikat yang buat kau dapat title Dato’ tu, datangnya daripada duit siapa Arif? Kalau tak duit datuk dan nenek Iman yang bagi modal..." katanya kesal. Kesal dengan sikap anak lelakinya yang tidak tahu mengenang budi.

Dato’ Arif menarik nafas dalam-dalam. Kisah silam yang sudah berulangkali diputarkan. Sudah naik sebu telinganya mendengar. Sudah naik jemu telinganya menadah cerita yang hampir sama apabila setiap kali mereka bertengkarkan soal Iman.

"Betapa mereka percayakan abah... dan umi kamu..." ujar Tuan Haji Aman lagi dengan nada tertahan-tahan.

"Mereka sanggup beri kami duit. Beri pinjaman pada kami supaya kami ni dapat berniaga. Sampai sekarang duit modal tu tak berbayar lagi. Bukan abah tak nak bayar... tapi atuk Si Iman tu langsung tak nak terima. Katanya itu hadiah atas kejayaan abah. Sumbangan dia

(5)

sebagai seorang kawan. Kalau kamu sedar Arif, abah dan umi memang terhutang budi sangat dengan keluarga Iman tu..." luah Tuan Haji Aman lagi. Dia tidak mahu anaknya itu lupa budi yang telah ditabur. Jangan riak dengan apa yang mereka ada sekarang.

Seketika ruang bilik bacaan itu menjadi sepi. Yang kedengaran hanyalah desah kesal Tuan Haji Aman.

"Satu yang abah terkilankan, abah tak sempat balas budi mereka. Amanah mereka menjaga Khadijah tu pun, abah tak dapat nak laksanakan dengan sempurna. Sayang sekali... hidup datuk, nenek dan ibu Iman tu singkat, sampai abah tak sempat balas budi mereka. Hidup satu-satunya anak mereka Khadijah, ibu Si Iman itu pun abah hancurkan. Kamu tak tahu betapa kesalnya abah. Kalaulah abah tak berkeras nak kahwinkan dia dengan Farid dulu. Tak mungkin hidup Iman tu jadi anak yatim piatu sebelum masanya. Farid tu memang tak guna! Sebab itu abah nak Iman kahwin dengan Danish supaya nanti tak dapat Si Farid tu nak tuntut apa-apa daripada Iman. Lagipun Farid sendiri dah setuju. Sekurang-kurangnya abah tahu, Danish boleh jaga Iman dengan baik. Sekarang terpulanglah pada kamu!" Agak keras suara Tuan Haji Aman ketika itu.

Iman dapat merasakan kemarahan yang membara daripada datuknya.

"Abah, tu kisah lama. Tak cukup ke selama ni kita jaga Iman tu. Dah banyak yang kita lakukan untuk dia. Lagipun bukan saya tak tahu abah ugut Farid supaya setuju dengan perkahwinan ni. Saya tak setuju abah. Hajar pun tak setuju. Danish anak kami. Abah tak ada hak nak atur hidup dia. Walau apa pun terjadi, saya tak akan setuju abah. Inikan pula Danish sendiri yang sudah ada pilihan hati. Danish dah lama berkawan dengan Maya. Maya anak kak long Hajar tu. Budaknya baik dan up to date. Arif rasa Maya tu jauh lagi sesuai dengan imej keluarga kita. Dia boleh bantu Danish dalam perniagaan kemudian hari," kata Dato’ Arif tegas.

"Maya anak Si Timah tu. Budak yang tak cukup kain, tak cukup adab, tu yang kamu kata baik. Bilalah kamu ni nak berubah Arif? Kamu tak nampak ke Iman tu seribu kali lebih baik daripada budak tu. Kalau kamu tak nak, tak apa, Arif. Abah cuma nak ingatkan kamu, nakkan harta abah kamu ikut cakap abah ni. Kalau kamu setuju bermenantukan Si Iman, abah akan warisi segala hak syarikat itu pada Danish sebagai hadiah perkahwinan dia dan Iman. Tapi kalau kamu nak juga budak Maya tu jadi menantu kamu, kamu dan keluarga kamu jangan harap satu sen pun daripada abah!" tegas Tuan Haji Aman

"Sekarang terpulang pada kamu. Abah bagi kamu tiga hari untuk berfikir. Ingat Arif, bila abah kata gadis itu terbaik untuk menantu keluarga ni dan isteri Danish, bererti gadis itu

(6)

terbaik. Tak perlu kamu tengok jauh. Itu Arrisya buktinya. Kamu tengok Si Arrisya, dulu kamu menentang habis-habisan Johan tu jadi menantu kamu. Sampai tak nak jadi wali. Ini, orang tua ini jadi wali. Abah kamu ini jadi wali. Sekarang, betapa bahagia mereka berdua. Kamu sakit dulu, siapa yang jaga kamu kalau tak Johan, menantu bukan dalam senarai kamu tu. Dalam dunia ni bukan kedudukan yang kita perlu tengok, tapi hati budi Arif. Abah tak nak cakap banyak. Kamu fikirlah tawaran abah ni. Iman atau Maya?" kataTuan Haji Aman

memberi kata putus.

Betapa tergoresnya hati Iman ketika mendengar lamaran ke atasnya. Lamaran untuknya adalah satu ugutan. Dirinya ‘dilamar’ dengan nilai jutaan ringgit harta Tuah Haji Aman. Kahwin dengannya dapat harta berjuta. Begitu menyusahkan dirinya ini. Sehingga datuk terpaksa membayar jutaan ringgit supaya dia di‘angkat’ menjadi isteri orang. Rendahnya maruah dia. Sehingga datuk terpaksa membayar harga dirinya untuk menjadi menantu dan seorang isteri.

Iman berdoa semoga segala-galanya tidak dipersetujui oleh Dato’ Arif. Tetapi mungkinkah? Sedangkan dia yakin tidak akan ada penolakan. Tak mungkin untuk Dato’ Arif tolak tawaran ini.

TEPAT agakannya. Tiga hari kemudian dia dipinang oleh Datin Hajar dengan wajah yang kelat. Siapa yang gembira mendapat menantu bukan pilihan? Iman ingin menolak sebenarnya namun dia tak sampai hati melihat wajah gembira datuknya. Kini harapannya hanya satu. Harapannya pada Danish. Di dalam waktu yang singkat itu Iman berharap Danish datang memutuskan pertunangan. Berharap sangat. Namun harapan hanya tingal harapan. Buktinya hari ini muncul juga.

"Huuh..." Keluhan terdengar lagi di bibir manis Iman. Wajahnya nampak lain hari ini dengan solekan nipis. Cantik solekannya namun tidak mampu menyembunyikan wajah sedih itu. "Kenapa mengeluh ni, Iman? Orang nak kahwin gembira, tapi dia mengeluh pulak. Iman... Iman dengar tak Kak Risya panggil ni?" Arrisya memanggil Iman sekali lagi.

Iman memandang bakal kakak iparnya itu. Dia tahu selain datuk, hanya Kak Arissya dan Abang Johan yang gembira dengan perkahwinan ini. Arrisya sendiri berhempas pulas

menolongnya membuat persiapan walaupun wanita itu sedang menanti hari untuk melahirkan anak.

(7)

"Tak ada apa-apalah kak. Cuma tak sangka Iman akan kahwin pada usia baru dua puluh tahun. Muda, kan kak?" Iman cuba tersenyum menyembunyikan rasa di hatinya.

"Muda memang muda... tapi dah jodoh Iman. Lagipun Iman, akak gembira sangat Iman jadi adik ipar akak. Iman tahu tak, sejak kali pertama akak tengok Iman, akak dah berdoa Iman jadi adik ipar akak. Tenyata doa akak termakbul juga akhirnya. Akak pasti Iman akan bahagia dengan Danish. Adik akak tu memang nampak dingin, tapi kalau Iman dah kenal dia nanti, baru Iman tahu dia tu romantik orangnya. Sekali dia sayang kat Iman, seumur hidup dia akan sayang Iman." Arrisya sengaja menceriakan suasana. Dia tahu Iman seakan-akan ragu akan keputusannya. Biasalah gementar untuk menjadi isteri orang katakan. Lagi-lagi dengan suasana perkahwinan aturan keluarga begini.

Iman hanya tersenyum mendengar kata-kata Arrisya. Betul ke? Betul ke dia akan bahagia dengan Danish? Semalam, dia sudah pun bertemu dengan Danish. Tunangnya itu datang untuk mengambil baju nikah mereka. Dari mata Danish, dia dapat melihat betapa kecilnya dia. Lelaki yang bergelar tunangnya itu, nampaknya sangat membenci dirinya. Masakan tidak, lelaki itu melihatnya umpama musuh di medan perang. Aura tunangnya sahaja mampu memberitahu yang Danish menyalahkan dirinya untuk pernikahan mereka ini. Itu hanya aura, belum pandangan matanya Tetapi tahukah Danish yang dia sendiri tidak tahu apa salah dirinya sehingga dihukum dengan pernikahan ini.

"Iman...! Ehhh... termenung pulak dia," tegur Arrisya apabila menyedari Iman leka dengan dunia khayalannya sendiri.

Iman ingin membalas teguran Arrisya. Namun belum sempat dia berbuat demikian,

kedengaran bunyi ketukan di pintu. Muncul seorang pemuda tampan memakai baju sedondon dengannya. Dia kenal pemuda itu. Itu Danish, tunangnya yang sebentar lagi akan menjadi suaminya. Danish? Hai... takkan dah habis majlis akad. Iman sedikit hairan. Dia belum dipanggil ke hadapan lagi untuk tandatangan.

(8)

DANISH memandang wajah hairan kakaknya dan Iman. Dia sendiri tidak berapa pasti, adakah betul itu nama gadis yang bakal dikahwininya nanti? Dulu zaman remaja, dia sering juga terserempak dengan gadis itu jika bertandang ke rumah datuknya. Namun ada atau tidak gadis itu di vila mewah ini, sama saja. Langsung tidak ada bezanya. Bukannya dia pernah ambil peduli pun tentang kehadiran gadis itu.

"Can we talk?" Danish mengutarakan soalan tanpa diketahui untuk siapa soalan itu. Tanpa menghiraukan wajah terpinga-pinga kedua-duanya.

"Okay. Jom." Arrisya segera menjawab seolah-olah soalan itu pasti untuknya. Malah dia sudah ingin bangkit walaupun sedikit lambat dengan keadaannya yang sedang berbadan dua.

"Not you, sis. I mean her." Danish segera memotong sambil jarinya lurus menunjukkan Iman.

Arrisya membutangkan matanya. Mana boleh pengantin lelaki menemui pengantin

perempuan sedangkan beberapa minit lagi mereka akan dinikahkan. Buang tabiat apa adiknya ini? Tak pernah dibuat orang!

"Mana boleh. Tunggulah lepas nikah nanti. Kamu ni dah buang tabiat ke apa, Danish? Tak pernah dibuat orang pengantin lelaki nak jumpa pengantin perempuan sebelum nikah. Bukannya lama pun. Tak sampai setengah jam lagi. Hish! Tak sabar betul kamu ni!"

bangkang Arrisya pada adiknya itu. Danish ada-ada aje. Macam tak tahu adat. Apa pula kata tetamu nanti? gumamnya di dalam hati.

"Tak apa, Kak Risya. Biarlah Iman jumpa dia. Kak Risya tak payahlah risau. Kami jumpa sekejap aje. Dekat-dekat sini aje. Iman okey. Jom kita ke balkoni," kata Iman meyakinkan Arrisya.

Arrisya mengangguk, dia segera bangkit menuju ke balkoni biliknya. Danish hanya mengekori gerak-geri Iman.

Arrisya sudah tidak mampu menghalang, hanya melihat. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap. Pasangan di hadapannya kini bukan seperti pasangan yang ingin berkahwin, tetapi seolah-olah musuh sejak lahir. Tidak ada sinar kemesraan langsung! Yang ada hanya aura dingin yang menghiasi wajah mempelai.

(9)

Danish menutup pintu susur yang memisahkan balkoni itu dengan ruang bilik Iman. Sekarang balkoni itu hanya milik mereka. Danish menyerahkan sebuah sampul surat di tangan Iman. Perlahan-lahan Iman terus membuka dan membacanya. Sepertinya surat perjanjian. Sudah berstem. Begitu nekad nampaknya.

Iman membaca satu per satu syarat dalam surat itu. Ada empat kesemuanya.

Kami bersetuju untuk bersatu dalam pernikahan ini dalam keadaan bersyarat. Bahawasanya kami masing-masing dengan rela hati bersetuju dan akan mematuhi setiap syarat yang ada di dalam perjanjian ini sepanjang pernikahan kami. Oleh itu dengan rela hati kami akan

menuruti syarat-syarat pernikahan ini seperti di bawah:

Pertama: Perkahwinan ini adalah atas kehendak keluarga dan Iman tidak berhak ke atas harta Danish walau sesen pun.

Kedua: Masing-masing tidak berhak mencampuri urusan peribadi diri pasangannya.

Ketiga: Danish membenarkan Iman bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan, tanpa perlu memberitahu kepada Danish dahulu dan begitu juga Danish bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang rasa terikat.

Keempat: Mereka hanya akan berpisah apabila Danish melafaskan talak, atau erti kata lain, Iman tidak berhak meminta cerai.

Usai membaca surat perjanjian itu, tanpa ragu-ragu dan tanpa bertanya walau sepatah kata pun, Iman terus menurunkan tandatangan. Betapa dia rasa terhina dengan surat itu. Saat ini dia terasa maruahnya terletak di tapak kaki Danish yang diseliputi lumpur.

Hina sangatkah dia sehingga diperlakukan sebegini rupa? Hatinya terasa hancur apabila dihina. Terasa malu walaupun dengan diri sendiri.

Kini dia bagaikan sedang menandatangani surat perceraian sebelum bernikah. Hebatkan dirinya? Siapa sangka? Sememangnya saat ini Iman merasakan maruahnya diletakkan di

(10)

tempat yang paling rendah. Lagi hina daripada saat dia mendengar perbincangan antara datuk dan bakal mentuanya.

Biarlah dia menandatangan surat itu bagi menegakkan sedikit sisa maruah yang masih

diberikan padanya. Biar Danish tahu, dia tidak mengharapkan apa-apa dengan pernikahan ini.

"Kau betul-betul nak kahwin dengan aku? Sampai sanggup bersusah payah macam ni? Oh... aku tahu... tentu kau tak nak lepaskan aku. Takut kalau-kalau kau tak kahwin pula nanti. Tengoklah perempuan macam kau ni. Siapa yang nak? Perempuan kampung. Apa ubat yang kau bagi kat atuk aku sampai dia sayang sangat kat kau ni?" Belum puas agaknya Danish dengan surat perjanjian itu, lalu dia tegar berbicara demikian.

Sejujurnya, Danish rasa tercabar tatkala melihat ketenangan Iman menurunkan tandatangan. Ingatnya, perempuan itu akan menangis, merayu padanya. Rupa-rupanya tidak. Iman cukup tenang. Langsung tiada riak duka. Ego juga gadis ni, rupa-rupanya. Rasa tercabar egonya. Jadi apa lagi caranya? Hanya tinggal untuk merendah-rendahkan maruah Iman untuk menunjukkan kehebatannya.

Iman tidak bersuara saat mendengar kata-kata Danish itu. Untuk apa bertegang urat? Tak ada faedah pun! Ikut suka Danishlah nak cakap apa pun! Dia malas hendak berbalah pada saat-saat begini. Malah sebarang penjelasan juga tidak diperlukan daripada perjanjian tersebut.

Iman memasukkan semula surat tadi berserta pen ke dalam sampul surat. Lalu tanpa perasaan, dihulurkan sampul itu kepada Danish. Dia mendongak.

Mata Iman tajam menikam mata Danish sehingga lelaki itu terpaku. Terpukau dengan anak mata Iman. Dari mata itu terhasil pelbagai rasa dan cerita. Semalam sewaktu dia datang ke sini untuk mengambil baju nikahnya, dia terserempak dengan Iman yang sedang duduk membaca novel. Namun dia buat tidak endah. Gadis itu dilihatnya suci daripada sebarang alat solek, hanya memakai T-shirt putih dan seluar track sambil wajahnya dihias dengan cermin mata berbingkai tebal. Betul-betul macam ‘nerd’.

Namun kini dia sedar siapa Iman di hadapannya. Seorang gadis yang comel tanpa cermin mata. Manis dengan solekan nipis walaupun agak tercemar dek bibirnya yang tersenyum hambar. Mata itu menikam anak matanya. Seolah-olah menceritakan satu kisah sedih dan

(11)

perit dalam hidupnya. Irama hatinya seolah-olah hilang rentak. Bercelaru dan kian sukar ditebak....

"Sejak hari Datin Hajar membawa cincin ke sini, saya berharap sangat awak datang

memutuskan pertunangan kita. Malah saya berdoa agar ikatan suci ni terputus sebelum saya sempat membinanya. Bila awak datang semalam, harapan saya berbunga... namun hampa. Kedatangan awak rupa-rupanya bukan untuk memutuskan pertunangan kita. Danish, awak jangan fikir saya ikhlas dengan apa yang dah dan bakal berlaku sekejap lagi? Awak tak terfikir ke usia saya terlalu muda untuk semua ini? Tapi saya tak ada hak untuk memilih, Danish.

"So?" soal Danish perlahan tetapi jelas di pendengaran Iman.

"Saya tetap perlu bernikah dengan awak hari ni. Jika sekarang awak nak saya putuskan hubungan ni, saya tak mampu. Bukan kerana saya malu... tapi kerana saya tak nak atuk sedih. Saya minta maaf. Percayalah... tak terlintas di hati saya untuk menjadi isteri awak. Sebab tu saya sanggup menandatangan surat cerai sebelum sempat saya menandatangan surat nikah. Beritahu saya, gadis mana yang begitu bertuah, sampai tergamak awak ceraikan saya sebelum sempat kita bernikah. Saya jadi janda sebelum bergelar isteri orang. Kalaulah awak tahu, Danish... menjadi isteri awak adalah sesuatu yang paling saya takuti sebenarnya. Apa yang terjadi sekarang, saya nak awak tahu, bukan kerana saya ingin jadi isteri awak, tapi kerana saya tak ada pilihan," ucap Iman tenang. Diluahkan segala yang tersirat di hati. Biar Danish tahu gelodak di jiwanya. Sekurang-kurang lepaslah sedikit dendam di hatinya. Kurang sedikit beban yang terpaksa dia tanggung.

Merah wajah Danish menahan malu dengan kata-kata Iman Umairah yang bagai satu hinaan. Egonya yang setinggi langit tiba-tiba bagai mendarat ke bumi. Terasa bagai buku bertemu ruas. Beribu gadis mengejarnya, namun yang satu ini menyatakan dia langsung tidak ada hati untuk mengahwininya. Sedangkan selama ini, lirikan matanya sahaja sudah boleh

menyebabkan para gadis terduduk mengikut kehendaknya.

Danish merentap keras lengan Iman Umairah yang ingin berlalu. Kata-kata gadis itu benar-benar telah menjentik ego lelakinya.

"Kalau kau tak nak perkahwinan ni, kenapa tak kau sendiri batalkan?" Danish mencengkam kasar lengan Iman.

(12)

Berkerut-kerut wajah Iman menahan sakit.

"Saya hanya menumpang. Budi atuk awak pada saya tak terbalas. Hidup saya ni milik

keluarga awak. Apa hak saya nak membantah? Saya bukan awak yang bebas mencatur hidup sendiri. Kaki saya terikat sebelum saya bisa berjalan. Tangan saya dipotong sebelum saya boleh menggapai. Saya tak bertuah seperti awak yang masih boleh bersuara dan menyakiti orang lain. Hidup saya bukan milik saya. Sejak saya melangkah ke rumah ni, hidup saya milik keluarga awak dan selepas pernikahan ni, hidup saya akan jadi milik keluarga awak untuk selama-lamanya. Saya ni badut yang hanya tahu menangis. Tengok ajalah sekarang, awak dah pun belajar menyakiti hati saya sebelum sempat saya belajar mempertahankan diri. If you don’t mind, boleh tolong lepaskan tangan saya?" Iman melirik ke arah lengannya yang dicengkam kuat oleh Danish. Sakit, hingga hampir meleleh air matanya.

"Thanks and may Allah bless you. I will always pray for it!" ucap Iman sebaik sahaja Danish melepaskan cengkamannya.

Lelaki itu terkaku. Dia mendapat jawapan daripada kesedihan mata itu. Seketika dia

memahami kenapa pedihnya mata itu bercerita tadi. Hatinya tersentuh di ruang paling dalam. Kata-kata yang ikhlas dan penuh jujur, itu yang mengusik hatinya.

"AKU terima nikahnya Tengku Iman Umairah Binti Tengku Mohammad Farid dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit tunai."

Dengan kali kedua lafaz, Iman tahu kini dia sudah menjadi milik Aiman Danish Dato’ Arif. Hatinya menjerit tidak rela.

Iman menunduk. Setitis air mata jatuh di pipinya. Bukan air mata gembira, namun air mata itu melambangkan betapa deritanya dia. Iman benar-benar berharap keputusannya ini tepat walaupun hatinya meragui.

Iman melihat ke arah ayahnya yang menjadi wali. Setelah enam belas tahun menghilang, kini baru dia berpeluang bertemu dengan ayahnya. Tengku Mohammad Farid adalah ayahnya dan

(13)

tiada siapa yang tahu hal itu kerana sejak dulu lagi ayah telah membuang dirinya dan abangnya.

Tanggungjawab seorang ayah kini telah beralih pada Danish. Terdetik di hati Iman

bagaimana seorang ayah sanggup mengahwini anaknya dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. Tidak takutkah dia dengan masa depan anaknya nanti? Tapi apabila

difikirkan semula, untuk apa Tengku Farid memikirkan masa depannya? Sedangkan selama ini lelaki itu tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah pada dia dua beradik.

Abang, tolong Iman bang!!! Hati Iman menjerit. Mungkinkah abangnya yang berada nun jauh beribu batu itu boleh mendengar luahan hatinya? Bolehkah satu-satunya saudara yang dia ada, menyelamatkan dirinya? Apa kata abangnya nanti? Masihkah abangnya tidak percaya adiknya ini sudah menjadi milik orang? Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikirannya.

DANISH melihat air mata itu jatuh di pipi Iman. Hatinya tersentuh tatkala melihat air mata itu. Walau seribu orang menyatakan air mata itu adalah air mata gembira, namun Danish tahu Iman ’berkabung’ dengan pernikahan ini. Danish mengetahuinya... cuma rasa ego

menghalang untuk dia mengakuinya. Tidak sangka dia yang menjadi rebutan ramai gadis di luar sana, tidak mampu menarik perhatian Iman. Entah kenapa hati Danish tiba-tiba berdebar tidak menentu....

Danish mendekati Iman. Dia mengangkat jari manis isterinya itu lalu disarungkan dengan sebentuk cincin. Tangan Iman sejuk dan menggeletar saat menyalami tangannya. Tenang hatinya tatkala bibir comel itu menyentuh lembut belakang tangannya. Terbit rasa kasihan di hati Danish.

Perlahan-lahan Danish mengangkat wajah Iman dan menyapu lembut air mata yang

membasahi wajah sayu itu. Seketika dia tunduk lalu mencium dahi isterinya. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk Iman saat ini. Maruah wanita itu perlu dipelihara di hadapan para tetamu.

(14)

"Tahniah, Iman. Kak Risya gembira sangat. Aduh!" Arrisya menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah.

Arrisya mencium kedua-dua belah pipi Iman, lantas memegang perutnya. Sudah sampai waktu agaknya. Memang dia hanya menanti waktu untuk bersalin.

"Kak Risya, kenapa ni? Dah sampai waktu ke?" Iman menjadi panik melihat wajah Arrisya yang nampak berpeluh.

"Sakitnya Iman. Abang!!!" jerit Arrisya memanggil suaminya.

Johan yang terkejut mendengar jeritan Arrisya, tergesa-gesa menghampiri isterinya.

"Kenapa sayang? Dah nak bersalin ke?" tanya Johan macam orang bodoh.

"Sakit abang..." rengek Arrisya manja.

Johan pantas memaut tubuh isterinya. Dia panik. Tak tahu hendak buat apa?

"Abang Johan. Kita bawa Kak Risya ke hospital. Dah nak bersalin agaknya ni." Tak peduli akan majlisnya itu, Iman menolong Johan memapah Arrisya ke kereta. Kunci kereta sudah di tangannya.

"Awak nak pergi mana ni? Kan majlis kita ni?" Danish cuba menghalang Iman. Sebelah tangannya menahan Iman daripada membuka pintu kereta.

"Nak hantar Kak Risya. Pedulikan majlis ni. Nyawa orang lagi penting. Nyawa akak dan anak saudara saya lagi penting." Suara Iman Umairah kedengaran tegas. Matanya menyala memandang mata Danish. Dalam lembut wajahnya, terpancar riak tegas yang sukar dibantah oleh sesiapa.

(15)

"Bagi kat saya kunci tu. Duduk kat sebelah." Danish merampas kunci di tangan Iman. Kata-kata isterinya itu menyentap egonya. Apalah sangat majlis ini jika ingin dibandingkan dengan nyawa kakaknya?

Danish masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Tanpa membantah, Iman pantas mengambil tempat duduk di sisi Danish.

"Kak Risya... sabar ya...." Iman nampak sangat cemas. Lebih cemas daripada Danish, adik Arrisya sendiri.

Sesekali Iman menoleh ke arah Arrisya. Risau dia. Bertambah risau mendengar rintihan kakak iparnya itu.

Danish memerhati Iman yang duduk di sebelahnya. Sesekali kelihatan gadis itu memandang ke belakang dengan wajah yang risau. Nampak benar Iman lebih risau daripada dirinya yang berkongsi rahim ibu dengan Arrisya. Malah, mama dan papanya juga tadi nampak tidak teruja pun dengan keadaan kakaknya itu. Baiknya budak ni, detik hati Danish.

ARRISYA dibawa masuk ke bilik bersalin sebaik sahaja sampai di hospital sejak lebih dua jam yang lalu. Iman dan Danish sabar menanti di luar. Johan menemani isterinya di dalam bilik bersalin yang masih tertutup rapat itu. Jam sudah menjangkau hampir pukul satu petang. Walau sudah berjam mereka di situ, namun tidak seorang pun ahli keluarga yang lain ada datang menjenguk. Pasti mereka sibuk melayan tetamu yang datang sedangkan pengantinnya tiada. Ahhhh... peduli apa! Mereka lagi suka begini. Iman lagi rela begini. Jauh daripada semua orang. Jauh daripada kepura-puraan yang dia sendiri benci.

"Saya laparlah. Nak beli makanan sekejap. Awak nak apa?" Danish memecah kesunyian. Mendengar pertanyaan itu, Iman pantas berpaling ke arah Danish.

"Tak apa. Saya tak lapar lagi. Awak pergilah makan." Iman menjawab lembut dengan sebaris senyuman di bibirnya.

(16)

Manis senyuman yang ikhlas itu di mata Danish. Entah buat kali keberapa di dalam beberapa jam ini, dia jatuh hati pada Iman Umairah. Hanya kerana lirikan mata. Hanya dengan satu senyuman. Hanya dengan sebaris ayat....

"Suka hati awaklah."

Danish bergerak pergi. Bibirnya melepas keluhan kecil. Entah kenapa hatinya berdebar sejak melihat air mata Iman di majlis mereka tadi. Makin lama bersama Iman, hatinya makin terusik.

Kalau dia mengikut akalnya, terus terang dia mengakui dia hampir sahaja ingin membatalkan majlis akadnya. Dia tidak sanggup menjadi satu lagi duri di dalam hidup gadis itu. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Iman tempoh hari. Satu kenyataan yang akan membuatnya rasa bersalah setiap kali teringat. Kata-kata yang tak mungkin dia lupakan.

"Hidup saya bukan milik saya. Sejak saya melangkah ke rumah ni, hidup saya milik keluarga awak dan selepas pernikahan ni, hidup saya akan jadi milik keluarga awak untuk selama-lamanya. Saya ni badut yang hanya tahu menangis... dan menangis...."

Badut yang menangis. Benar, kerana itu tangisan Iman mengusik hati Danish. Dia tahu Iman benar. Kuasa di tangannya bukan di tangan Iman. Berderu rasa bersalah di hatinya. Sudahlah gadis itu dipaksa datuknya, dan dia menambah derita di hati gadis itu dengan kata-kata dan perjanjian yang tidak masuk dek akal. Kalau difikir berkali-kali, malu besar rasanya.

Danish masuk ke kafeteria tersebut. Banyak mata memandangnya. Ah… pasti mereka hairan melihatnya berpakaian persis pengantin. Memang aku pengantin pun... Jangan mereka fikir aku ni kahwin kat hospital sudah, bisiknya. Danish cuba tidak mengendahkan mata-mata yang memerhatikannya.

Danish meninjau beraneka jenis makanan yang terhidang di kafe hospital itu. Namun tidak ada satu pun menarik perhatiannya. Sudahnya dia mengambil beberapa keping sandwic untuk dirinya dan Iman. Mulai sekarang, dia harus belajar untuk lebih bertanggungjawab.

(17)

Tanggungjawab? Perlu ke dia melaksanakan tanggungjawab yang bukan dia pinta ini? Bukan dia yang inginkan perkahwinan ini? Jadi perlukah dia perlu melaksanakannya?

Langkah Danish terhenti tatkala melihat pasangan di hadapannya. Niatnya hendak mengalas perut dengan sandwic bersama Iman terbantut. Kelihatan wajah Iman yang tunduk kesedihan dan seorang pemuda yang memakai pakaian doktor, merenung ke arah isterinya itu. Entah apa yang mereka bualkan. Danish sendiri tidak dapat mendengarnya. Yang jelas, doktor muda itu memandang sayu ke jari Iman yang dihiasi inai dan sebentuk cincin berlian.

Hati Danish tertanya-tanya, siapakah pemuda itu? Apakah hubungan mereka? Kenapa pandangan sayu itu seolah-olah menceritakan satu kisah percintaan yang tidak kesampaian? Ah... Danish tiada jawapannya. Untuk dia bertanya pada Iman, tak mungkin. Danish

melangkah pergi. Bungkusan sandwic untuk dirinya dan Iman tadi sudah menjadi habuan tong sampah. Perasaannya tiba-tiba berkecamuk.

"IMAN dah nikah Hadi." Ayat itu perlahan-lahan keluar dari mulut Iman.

Hadi, seniornya zaman persekolahan dulu. Seorang lelaki yang pernah melamar hatinya, malah telah menyuarakan hasrat hatinya agar mereka bertunang ketika mendapat tahu yang dia akan ke Liverpool. Walau dia tidak pernah membalas cinta Hadi, sesungguhnya Iman lebih rela menjadi isteri Hadi berbanding Danish yang tidak berperasaan itu.

"Hadi tahu Iman. Mungkin dah bukan jodoh Hadi dengan Iman," kata Hadi tenang. Baginya, Iman tidak perlu tahu betapa terlukanya dia. Bukan sehari dua dia menyimpan perasaan pada gadis itu. Sejak mengenali Iman melalui adiknya lima tahun lalu... saat itu dia bergelar pelajar perubatan sehinggalah sekarang sebagai doktor pelatih.

"Iman minta maaf kalau Iman dah sakitkan hati Hadi." Hanya kata-kata maaf mampu dihulurkan saat ini.

(18)

"Tak perlu minta maaf, Iman. Iman tak bersalah. Hadi minta diri dulu. Jaga diri baik-baik. Kalau ada jodoh nanti... pasti kita akan berjumpa lagi." Hadi menundukkan sedikit kepalanya memohon diri.

Iman menghantar pemergian Hadi dengan rasa penuh bersalah.

Bab 2

IMAN leka dengan bayi yang baru lahir itu. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuknya bersama dengan ahli keluarga baru ini. Jehan Danial nama diberi. Comel. Mata dan hidungnya lebih mewarisi wajah si ibu, namun yang lain semuanya menyerupai wajah si ayah.

Arrisya bersandar lemah di bahu Johan yang duduk di tepinya atas katil dalam wad kelas pertama itu. Penat dan segala sakitnya berganti bahagia melihat wajah si kecil. Tanda cinta hatinya. Penyambung zuriat dia dan Johan.

"Comelnya dia Kak Risya." Iman sangat teruja dengan kelahiran itu. Arrisya yang bersandar lemah di bahu si suaminya tersenyum mendengar. Kenal benar dengan sikap Iman yang gemarkan kanak-kanak itu.

"Danish mana?" tanya Arrisya. Dia baru perasan ketiadaan adiknya. Dia memang terhutang budi pada adiknya dan Iman. Tak sangka kedua-dua mempelai itu sanggup meninggalkan majlis mereka demi untuk bersamanya di sini.

Iman terus memandang ke arah Arrisya. Tidak tahu untuk menjawab apa. Tadi Danish meminta diri untuk membeli makanan, tetapi sampai sekarang Danish tidak menampakkan lagi wajahnya. Beli makanan ke buat makanan? gerutunya di dalam hati.

(19)

Kali ini Iman terjerat. Takkan isteri yang baru kahwin kurang dari tiga jam, nak menjawab tak tahu ke mana suaminya menghilang. Kantoilah!

Namun belum sempat membuka mulut, kelihatan pintu wad kelas pertama itu ditolak dari luar. Tersembul wajah Danish yang mencuka.

Danish yang masuk ke wad itu hairan apabila tiga pasang mata memandang tepat ke arahnya.

"Kenapa?" Terpancul soalan itu dari mulut Danish yang jelas kehairanan. Pertanyaan itu segera mengalihkan pandangan mata setiap insan yang merenungnya tadi.

"Hm... tak ada apa. Danish dari mana tadi?" Johan bertanya menyelamatkan keadaan. Dia tahu Danish kehairanan. Dia tak mahu Danish berprasangka pada mereka. Walau selama ini hubungannya dengan Danish tidak mesra, namun tidak juga dingin. Jadi hubungan itu perlu pelihara agar menjadi bertambah baik.

"Dari kantin. Lapar. Ini ke anak buah baru Danish? Siapa nama dia?" Danish segera bertanya. Matanya tertarik pada si kecil di dalam dukungan Iman. Sungguh kecil dan comel. Lagipun dia tak mahu disoal siasat kenapa lama sangat dia di kantin tadi? Sedangkan sebenarnya tadi, dia ke taman hospital bagi menenangkan fikiran. Serabut otaknya memikirkan soal hubungan Iman dengan doktor muda itu tadi.

"Hmmm... Jehan Danial. Jehan Danial bin Mohd Johan." Arrisya menjawab lemah. Namun wajahnya terpancar cahaya kepuasan dan kegembiraan. Rasa syukur yang tidak mampu untuk dizahirkan dengan kata-kata.

Danish menghampiri Iman. Dia berdiri di sisi isterinya itu. Ingin melihat lebih dekat wajah anak kecil yang pasti akan menceriakan suasana keluarganya. Comel sangat. Tidak puas melihat sebegitu. Danish beralih ke belakang Iman sambil menunduk sedikit untuk melihat anak kecil itu. Tanpa sedar, wajahnya hampir mengenai wajah Iman. Malah pipi mereka hampir bersentuhan. Mungkin kerana teruja, Danish meletakkan tangan kanannya

bergantungan di atas bahu kiri Iman sambil dagunya diletakkan di atas bahu kanan Iman. Sangat mesra pada sesiapa yang memandang.

(20)

Jantung Iman seakan ingin berhenti daripada berdegup. Sedangkan ketika merasakan pipi Danish hanya seinci dari pipinya pun, Iman rasa nafasnya sudah singkat, inikan pula berada dalam kedudukan sekarang.

Iman ingin Danish cepat-cepat berlalu. Kenapa pulalah dengan lelaki ini? Kalau hendak berlakon sekalipun, bukan di sini tempatnya. Di depan kakak ipar dan birasnya? Hish... rimas Iman dibuatnya.

Arrisya dan Johan memandang kedua-duanya dengan senyuman. Adat pengantin baru memang begitu. Joham mencapai perakam di atas kabinet kecil di tepi katil isterinya lalu merakam gelagat pasangan pengantin baru itu.

IMAN melangkah masuk ke dalam biliknya. Wajahnya masih ceria dengan senyuman bahagia. Bukan gembira kerana pernikahannya yang baru berusia beberapa jam. Bukan juga kerana seri pengantin, tetapi semuanya kerana kehadiran sekecil yang comel itu. Saat ini Iman sendiri terlupa yang dia kini sudah menjadi milik orang. Betapa sayang rasanya untuk melepaskan Jehan pergi daripada dukungannya tadi. Ahhh... dia sudah merindui si kecil itu.

"Hai, senyum macam kerang busuk ni kenapa?"

Suara yang tidak berapa hendak sedap itu mengejutkan Iman. Dia berpaling. Terkejut tatkala melihat Danish selamba berbaring di atas katilnya.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?" Iman bertanya bagi menutup rasa berdebarnya. Cuak juga dia. Ini kali pertama dia sebilik dengan seorang lelaki. Ini juga kali pertama lelaki masuk ke biliknya. Atuknya sendiri tak pernah masuk ke biliknya. Danish ni memandai saja nak masuk ke biliknya.

(21)

Iman kaget. Sungguh dia sudah terlupa hal itu. Bagaimanalah dia boleh terlupa hari yang penuh ‘bahagia’ ini? Bukankah hari ini yang perlu dia ingat untuk seumur hidup dia. Hari yang dia rasa terhina sangat sehingga tak mampu untuk diraikan.

"Hm... saya terlupa... awak keluarlah dulu. Saya nak mandi kejap," Iman berkata lembut. Dia malas hendak bertekak. Malas hendak ambil pusing sangat. Sambil itu dia mengambil tuala dan baju dari dalam almari.

"Awak dengar tak?" Iman naik bengang dengan sikap selamba Danish. Sedikit pun lelaki itu tidak berganjak dari katil itu.

"Kenapa pula kena keluar? Suka hati akulah nak duduk lama mana pun dalam bilik ni. Kau tak payah takutlah. Aku tak teringin pun nak tengok kau," kata Danish celopar.

Panas hati Iman yang mendengarnya. Dia terus masuk ke kamar mandi. Kalau dilayan nanti, dia juga yang sakit jiwa.

Danish tersenyum senang kerana dapat mengenakan Iman.

DANISH beralih posisi. Dia mengiring ke kanan kali ini. Matanya tertangkap bagasi besar milik Iman yang terisi penuh dengan pakaian. Mungkin itu bagasi untuk Iman bawa ke Liverpool. Dari celah-celahan pakaian itu, Danish ternampak sebuah buku berkulit tebal. Entah kenapa hati Danish tercuit untuk mengambil buku itu.

Dengan malas, Danish bangun merapati bagasi biru itu. Buku berkulit tebal tersebut ditarik keluar. Selamba dia membuka helaian depan buku itu. Perkataan pertama yang dia jumpa ialah, ‘kehidupanku’. Buku apa itu? Mungkinkah diari Iman? Seronok ni. Makin teruja Danish dibuatnya. Danish semakin berani membuka helaian demi helaian buku itu.

Danish membaca catatan hidup gadis yang bergelar isterinya kini. Ralit dia membaca dairi itu. Satu per satu satu tersingkap segala cerita dan peristiwa di dalam hidup gadis bernama

(22)

Iman Umairah itu. Ada kisah lucu dan ada juga kisah yang mengusik hatinya.

Saat mendengar pintu bilik mandi dibuka, Danish segera menyembunyikan diari itu. Dia berpaling.

Kelihatan Iman keluar dengan hanya memakai T-shirt dan tuala paras betis. Rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Wajahnya nampak segar. Sesungguhnya Danish tergoda. Berdegup laju jantungnya. Naluri lelakinya terusik. Tergoda seketika sehingga matanya sendiri tidak mampu dialihkan.

Tak boleh jadi ni! Awal-awal lagi pertahanannya sudah goyah. Tadi bukan main sombong, kata tak berselera tengok Iman. Ini baru tengok Iman macam tu, dia sudah hilang arah.

Bimbang nafsunya tidak dapat dikawal, Danish melangkah keluar. Diari tadi sudah awal-awal lagi disembunyikan di dalam baju. Mulai hari ini, diari tersebut akan bertukar tuan. Dia akan menjadi tuannya. Nasiblah kalau Iman!

BAB 3

JEHAN DANIAL... bayi yang dilahirkan pada hari pernikahannya. Sekali lagi Iman memerhatikan wajah merah Jehan di screen laptopnya. Sayang dia hanya sempat beberapa jam bersama ahli baru itu sebelum bergegas ke airport mengambil penerbangan ke London, kemudian dia akan ke Liverpool untuk menyambung pelajarannya.

Sekilas Iman menoleh ke arah Danish yang duduk di sebelahnya. Dia tidak menyangka akan bersama dengan Danish di dalam penerbangan ini.

Baru tadi dia tahu Danish merupakan penuntut tahun akhir di London University. Danish kembali ke Malaysia hanya kerana pernikahan mereka. Dia juga bersimpati pada Danish. Rupa-rupanya Danish juga menjadi mangsa percaturan keluarga sepertinya juga. Rasa

(23)

bersalah pula atas kata-kata yang diluahkannya sebelum ini. Jadi, dia tidak menyalahkan Danish atas segala keterlanjurannya tadi.

Iman tahu kini, segala-galannya hanyalah satu salah faham. Hendak minta maaf, rasa takut pula. Dah dua jam lebih mereka duduk di dalam kapal terbang ini. Namun sepatah kata pun haram keluar dari mulut Danish. Lelaki tu membuat Iman ni seolah-olah orang halimunan aje.

Kesejukan di dalam kapal terbang membuat Iman terasa ingin ke tandas. Perlahan-lahan dia bangkit meninggalkan Danish yang sedari tadi mendengar MP4 di telinganya. Tanpa

pamitan, dia berlalu pergi. Dia tak ingin menganggu lelaki itu. Entah kenapa, sejak keluar dari bilik tadi, Danish langsung tidak ingin berbicara dengannya. Setiap katanya tidak dilayan, setiap pertanyaannya dijawab kasar. Macam manalah dia hendak berbaik dengan Danish kalau macam ni.

Danish melihat dari ekor matanya, tatkala Iman bangun dari tempat duduknya. Dia kembali mengeluarkan semula diari berkulit tebal itu. Buku yang secara senyap diambil dari dalam beg baju Iman pagi tadi.

Danish menyambung kembali bacaannya. Menyelami kembali dunia gadis itu. Sedikit demi sedikit dia mengakui kata-kata Iman, yang hidupnya memang terikat pada keluarga Danish. Iman rasa terhutang budi pada datuknya. Dari cerita Iman, dari kisah Iman, Danish dapat merasakan yang Iman sentiasa meletakkan kebahagiaan Tuan Haji Aman lebih daripada kebahagiaannya sendiri. Iman ingin menjadi seorang guru, tetapi terpaksa tunduk pada

permintaan Tuan Haji Aman untuk mengambil jurusan perniagaan. Iman tidak mahu bernikah kala usia muda, namun terpaksa menurut kehendak datuknya yang memujuk. Danish tidak mampu untuk bayangkan dunia Iman itu bagaimana?

Namun sesekali terbakar juga hatinya apabila setiap coretan di dalamnya terselit nama-nama yang menggetarkan hati lelakinya. Pada dasarnya kini barulah dia tersedar yang dia

mengahwini kekasih orang. Kejamnya datuk kerana memaksa gadis itu mengahwininya hanya kerana datuk tidak ingin gadis itu terpisah jauh dari keluarganya. Walau datuk tahu Iman sudah menjalin ikatan dengan pemuda lain. Pemuda yang cukup dipujanya. Pemuda yang sudah menghantar wakil untuk melamarnya. Sekali lagi tinta itu dibaca.

Maafkan iman, abang. Iman tak berdaya. Hidup ini milik mereka. Bukan Iman mahukan semua ini. Harta berjuta tak mungkin boleh membeli hati Iman, tetapi budi yang dihulur itu tak mungkin Iman lupakan. Iman doakan abang bahagia dan sentiasa berjaya....

(24)

Siapa lelaki ini? Hati Danish tertanya-tanya. Rasa cemburu yang hadir, tak juga mampu diusir. Dia akui, lelaki itu bertuah mendapat gadis setulus Iman. Iman yang dilihat terlalu naif itu mempunyai hati yang tulus ikhlas di matanya.

Tiba-tiba dia terbayangkan wajah doktor muda yang nampak kekok berbual dengan Iman di hospital tempoh hari. Namun tatkala melihat renungan sayu doktor itu pada jari-jemari Iman yang indah berinai, hati Danish terdetik sesuatu. Benarlah... dia telah berkahwin dengan kekasih orang.

"ADIK tak apa-apa?"

Suara Iman membuat Danish menoleh. Kelihatan Iman melutut memujuk seorang kanak-kanak perempuan. Danish tersenyum. Sejuk hatinya melihat sifat keibuan Iman. Dia sedar Iman memang gemarkan kanak-kanak. Iman kelihatan tidak kekok mendukung Jehan yang baru lahir beberapa jam. Malah Iman kelihatan berseri mendukung bayi yang kecil itu. Alangkah untungnya anak mereka nanti mendapat ibu sebaik Iman. Anak mereka? Hatinya tersentap! Kenapa pula anak mereka? Mereka tidak mungkin bersama. Egonya mematahkan lagi angan-angan itu.

Danish menggeleng-gelengkan kepala. Dia perlu hapuskan angan-angan yang sia-sia itu. Antara dia dan Iman adalah sesuatu yang mustahil terjadi. Iman bukan cita rasanya dan tidak mungkin menjadi cita rasanya. Dia perlukan seorang perempuan yang cukup gah untuk dijadikan pendamping buat kerjayanya nanti.

Menyedari Iman akan kembali ke tempat duduknya sebentar lagi, Danish cepat-cepat menyumbat buku di tangannya ke dalam beg. Kemudian berlagak senyap tidak berperasaan.

Iman kembali ke tempatnya. Dia melemparkan senyuman ikhlas pada Danish, namun senyuman ikhlasnya dipandang sepi tidak berbalas. Iman sedikit pun tidak terasa. Baginya, dia tak larat melayan kerenah prejudis orang kaya. Lantak Danishlah hendak buat apa pun. Dia malas untuk ambil tahu.

(25)

"DANISH!"

Sebaik keluar dari balai ketibaan, terdengar nama Danish dilaung seseorang. Saat itu kelihatan seorang gadis berjalan menuju ke arah mereka. Tanpa malu dan segan, gadis itu terus memeluk Danish.

"Oh... you must be Iman. I Maya, kekasih Danish. Walau you dah kahwin dengan Danish, tapi jangan harap Danish akan jadi milik perempuan perampas macam you. Tengoklah you ni? Memang tak layak buat Danish. Kan sayang?"

Danish hanya senyap melihat kelincahan kekasihnya itu. Dia hanya berdiam diri saat maruah isterinya direndah-rendahkan. Memang jelas Danish lebih mengutamakan Maya berbanding isterinya. Yalah... kekasih pujaan hati, bukan macam Iman, isteri bukan pilihan.

"Jom Maya, kita balik." Tanpa pamitan Danish menarik Maya lalu berlalu pergi.

Meninggalkan Iman sendirian di tempat asing itu. Sampai hati Danish... tidak adakah rasa tanggungjawab itu dalam dirinya? Iman terkedu seketika. Dia akur kini... dia perlu

mencaturkan hidupnya bersendirian di bumi asing ini.

Sakitnya hati... Iman tak mampu meluahkan rasa di hati. Sudahlah berjam-jam di dalam kapal terbang, Danish langsung tak nak bercakap dengannya. Lepas tu sekarang senang-senang pergi dengan perempuan lain. Tinggalkan dia seorang diri di tempat asing. Tak berhati perut langsung. Kalau suami lain berusaha mencari jalan menyembunyikan kecurangan, Danish pula selamba aje buat onar depan isterinya. Memang berani mati betullah lelaki ni. Dia ingat aku ni siapa? Alah, tak hairanlah. Ingat aku hadap sangat ke dengan dia!

Iman pantas mengeluarkan buku kecil dari beg galasnya. Dia menghampiri telefon awam yang tersedia di situ.

(26)

DARI kejauhan Danish memerhati Iman menolak troli. Entah apa merasuknya tadi, sehingga sanggup meninggalkan gadis itu sendirian di negara asing ini. Mungkin kerana egonya. Kini dari balik tiang, dia memerhati wajah Iman yang kelihatan mencuka itu. Dia bukan seorang lelaki yang tiada hati perut. Masakan dia sanggup meninggalkan gadis mentah itu sendirian di bumi asing ini.

"You tunggu apa lagi ni?" rengek Maya pada Danish. Pelukan pada lengan Danish dieratkan. Tadi dia rasa gembira saat Danish mengajaknya pergi tanpa langsung mempedulikan Iman. Namun apabila Danish menariknya berhenti di balik tiang ini, rasa gembiranya sedikit terusik.

"Kalau you nak balik, you baliklah dulu. I boleh balik sendiri nanti." Tanpa menjawab persoalan itu, Danish memberi keputusan. Matanya tidak lari daripada melihat Iman. Terasa sedikit kesian apabila melihat gadis itu terkial-kial menyorong troli bagasi besar itu

bersendirian.

"You ni kenapa? Nak tunggu budak tu ke? You risaukan dia?" Maya rasa tergugat. Melihat mata Danish tak beralih pun daripada melihat Iman, menambahkan rasa cuaknya. Danish benar-benar risaukan Iman. Cinta Danish beralih arah ke? Benar ke? Takkan semudah dan secepat itu. Baru seminggu mereka berpisah.

"You senyap boleh tak? Dia tu budak lagi. Baru pula kat sini. Apa-apa jadi kat dia,

tanggungjawab I tau. Kalau you nak balik, balik ajelah." Keras suara Danish memberi kata dua. Rimas dengan Maya yang asyik merengek itu. Hai... bila masa pula Danish pandai terasa rimas ni? Bukan ke selama ini Maya itu yang Danish angkat sebagai seorang gadis yang paling sesuai buatnya?

Maya sedikit tersinggung. Dia dapat rasakan, jika dia tidak benar-benar pelihara hubungan ini, hubungannya dengan Danish boleh putus bila-bila masa saja. Sekarang dia sudah ada pesaing di dalam merebut kasih Danish dan pesaingnya itu ada kelebihan yang tiada padanya. Iman adalah isteri Danish. Isteri yang sah. Sedangkan dia? Dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu. Dia hanya kekasih yang bila-bila masa saja boleh ditinggalkan.

(27)

Danish memerhati Iman yang sedang menelefon seseorang. Telefon siapa pula tu? Agaknya dia menelefon atuk di Malaysia. Alamak! Baru Danish teringat, Iman tak ada nombor telefon dia di sini. Danish juga terlupa hendak membeli telefon bimbit untuk Iman di sini. Ya Allah bertambah rasa bersalah Danish dibuatnya.

FARHAN meninjau sambil melilau matanya memerhati keadaan sekeliling. Apa yang pasti, dia mencari seseorang. Seseorang yang amat dirinduinya. Seseorang yang amat dikasihinya. Seseorang yang mampu membuatkannya gembira hanya dengan satu panggilan telefon saja.

"Abang Farhan!"

Mendengar namanya disebut, Farhan berpaling. Kelihatan gadis yang ditunggunya. Iman. Adik tersayang. Adik yang terpaksa berpisah dengannya kerana perceraian ibu bapa mereka. Walau jauh beribu batu jarak memisahkan mereka, namun talian persaudaraan itu tetap utuh. Terima kasih pada pencipta telefon dan emel. Itulah medium mereka untuk merapatkan jarak dan ruang.

"Iman!"

Farhan pantas menghampiri Iman lalu memeluk gadis itu. Dia terlalu rindukan Iman, satu-satunya saudara kandungnya. Selepas kematian ibu mereka, Farhan mengikut Auntie Sue, kawan baik ibu ke negara asing ini. Di sini dia bersekolah dan di sini jugalah dia menuntut. Bukan tak teringin balik menjenguk adiknya cuma keadaan tak mengizinkan.

"Apalah abang ni. Malukan adik aje." Iman menumbuk lembut bahu abangya. Dua jam dia menunggu Farhan tadi. Namun penat menunggu itu hilang hanya melihat wajah gembira abangnya.

Ada sesuatu pada jari-jemari Iman yang menarik perhatiannya. Tangan Iman yang ingin menumbuknya tadi pantas ditangkap. Jari yang berinai dan tersarung cincin itu ditenung lembut. Benarlah kini adiknya sudah jadi milik orang. Ingatkan e-mel seminggu yang lepas

(28)

hanya satu gurauan. Menyesal pula rasanya kerana tidak mempercayai adiknya itu. Dia terlalu ambil ringan sehingga terlepas untuk sama-sama meraikan hari bahagia adiknya itu.

"Adik betul-betul dah kahwin ya? Abang ingatkan adik main-main aja." Syahdu suara Farhan kedengaran.

Iman tahu abangnya ralat kerana tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Bukan salah abang pun. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana Farhan tidak balik pada hari

pernikahannya. Bukannya dia tak suka, tetapi kalau abangnya ada, bimbang kecoh jadinya. Mahu jadi WWF majlis pernikahannya. Bukan dia tak tahu abang bukannya boleh bertemu muka dengan papa.

"Itulah abang. Susah sangat nak percaya cakap adik sendiri. Sekarang ada percayakah?" tanya Iman dalam nada lucu. Seboleh mungkin dia tak mahu abangnya tahu kisah di sebalik

perkahwinannya. Biarlah di mata abangnya dia sedang berbahagia dengan pilihan hati yang dicintainya walaupun sebenarnya tidak.

"He he he... jom dik. Mama Sue dah tunggu. Nanti adik kena cerita segala-galanya tentang perkahwinan adik. Siapalah lelaki malang yang dapat adik abang yang manja dan selekeh ni," usik Farhan. Troli yang tadi di tangan Iman, kini beralih tangan.

Dalam hati, Iman bersorak gembira. Mulai hari ni, dia bebas! Bebas sebebasnya. Bebas daripada cengkaman sesiapa saja. Jauh dari pandangan orang-orang yang sering

mengongkong hidupnya. Ha ha ha… terima kasih Danish atas syarat awak yang ketiga. Padan muka! Silap orang la awak nak buli. Saya lagi suka sebenarnya syarat-syarat awak tu!

DANISH tanpa sedar menumbuk dinding di hadapannya. Biarlah sakit, tetapi tidak sesakit hatinya saat ini. Dua jam dia menunggu Iman, ingin memastikan keselamatan Iman. Setiap gerak-geri gadis itu diawasi. Hampir sahaja dia merapati gadis itu semula kerana menyangka Iman hilang arah tuju. Menunggu selama dua jam itu cukup mencabar imannya. Sehingga egonya tewas dan ingin mendapatkan gadis itu.

(29)

Baru sahaja Danish ingin melangkah menghulurkan bantuan. Dia melihat seorang lelaki menuju ke arah isterinya. Kemudian lelaki itu memeluk isterinya itu. Mereka kelihatan mesra sekali. Melihat cara kedua-duanya bergurau, Danish percaya mereka memang sudah kenal lama. Malah Danish percaya hubungan mereka semestinya lebih daripada seorang kawan. Siapa lelaki itu? Itu persoalannya sekarang.

"Huh! Tak sangka, perempuan macam dia tu ada peminat juga. Boleh tahan hensem. Tapi kalau atuk you tau...tentu sakit jantung orang tua tu. Yalah... menantu pilihan dia. Nampak aje baik, tapi rupa-rupanya curang!"

Kata-kata Maya menusuk hati Danish. Curang? Sesuai ke perkataan itu sedangkan kalau nak diikutkan, mereka bukannya ada apa-apa pun. Ikatan yang Danish sendiri tidak akui, malah Danish awal-awal lagi sudah memberi hak kebebasan itu pada Iman.

"Jom kita balik." Danish mengajak Maya pulang. Dia tak mahu terus berada di situ. Dia tak sanggup! Semakin lama dia di situ, semakin serabut otaknya. Semakin lama dia dekat dengan Iman, semakin berbelah bahagi hatinya.

BAB 4

IMAN baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah setahun lebih dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban

waktunya terisi dengan kasih sayang dari Mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. Harinya sibuk dengan kuliah dan tugasan. Di hujung minggu pula dia akan balik ke rumah Mama Sue, ibu angkat dia dan abangnya. Mama Sue yang juga dulu adalah kawan baik kepada ibunya.

Danish? Lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak aje. Tapi benarkah begitu? Tetapi kenapa sampai sekarang dia masih setia pada suaminya? Kenapa dia masih ingat sepotong nama ‘Aiman Danish’? Kenapa hanya kerana sepotong nama itu, boleh membuatnya menolak lelaki-lelaki yang datang melamarnya sebagai kekasih? Hati jawablah dengan sejujurnya....

(30)

Namun diakui lebih baik mereka begini. Danish dengan dunianya di London dan dia dengan hidupnya di Liverpool. Rasanya dunianya lebih harmoni dan bahagia begini. Asalkan atuk tak tahu. Itu yang paling penting.

Iman tak mahu datuknya susah hati. Lagipun setakat ini dia masih mampu menyediakan beribu alasan untuk mengaburi mata datuknya. Memang rasa bersalah. Namun Iman tidak ada pilihan. Tidak... sebenarnya dia ada pilihan. Pilihan untuk membongkarkan segala-galanya. Tetapi Iman lagi rela memilih jalan untuk berdiam diri daripada sesuatu yang akan menyakiti hati Tuan Haji Aman.

Entah berapa lama dia mengenangkan hidupnya, akhirnya Iman tertidur di sofa. Kalau tidak kerana telefon berbunyi, mungkin Iman tidak tersedar. Dengan mamai, Iman mengangkat telefon.

"Helo…" suara Iman sedikit serak.

"Assalamualaikum, Iman. Pak Mat ni. Iman sabar ya.... Pak Mat nak bagi tahu yang Tuan Haji Aman kemalangan. Atuk Iman dah tak ada...." Suara Pak Mat tersekat-sekat

menyampaikan berita.

Iman terkedu. Dadanya berombak kencang.

"Pak Mat janganlah bergurau dengan Iman." Kolam air mata Iman sudah pecah. Nafasnya mula tersekat-sekat

"Iman sabar ya nak...."

Kata-kata itu bagaikan meragut separuh daripada hidupnya. Baru dua tahun dia di bumi asing ini, rasanya baru semalam dia meninggalkan Tuan Haji Aman. Sekarang dia telah

ditinggalkan.

"Pak Mat... Iman akan balik sekarang." Tanpa menunggu lama, Iman mengemas apa-apa yang perlu dan bergerak ke lapangan terbang.

(31)

AIR MATANYA menitis sepanjang jalan. Penerbangan yang memakan masa berjam-jam itu belum mampu menenangkan hatinya.

"Iman." Terdengar suara Pak Mat memanggil.

Iman segera mendapatkan Pak Mat. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat pemandu.

"Apa terjadi sebenarnya Pak Mat?" Iman tak sabar-sabar bertanya.

"Pagi Selasa lepas, Tuan Haji, Dato’ dan Encik Johan keluar. Kami pun tak tahu ke mana mereka pergi. Tapi nampak kalut sikit. Sebelah petangnya polis telefon bagi tahu yang mereka kemalangan."

Pak Mat seakan berat hati hendak memberitahu apa sebenarnya yang berlaku. Seperti ada sesuatu yang ingin dirahsiakan.

"Dato’ dan Abang Johan macam mana?" Iman tidak sabar ingin tahu. Kalau sudah menyebabkan kematian, tidak mustahil kemalangan itu teruk.

"Dato’ masih di ICU dan Encik Johan, lepas zohor tadi selamat dikebumikan. Doktor tak boleh tolong… kecederaan Encik Johan serius. Bahagian kepalanya berlaku banyak

pendarahan walaupun selepas dikeluarkan darah beku. Tak ada pilihan, peratusan untuk dia hidup juga nipis, jadi terpaksalah doktor cabut mesin sokongan hayat yang digunakan. Kat rumah sekarang memang kelam-kabut, Iman. Encik Danish pula tak balik lagi." Pak Mat sepertinya mengharap kepulangan Iman akan meredakan sedikit keadaan yang menimpa keluarga majikannya itu.

Iman tahu, dia harus kuat dari sekarang kerana dia yang akan menjadi tunggak keluarga buat sementara waktu ini.

(32)

Ya Allah... kuatkan semangatku, doa Iman di dalam hati.

IMAN masuk ke dalam rumah yang sudah setahun lebih ditinggalkan. Semua tetamu sudah pulang. Hari ini Abang Johan selamat dikebumikan. Sekarang Iman cuma risaukan Arrisya. Sejak dia sampai pagi tadi sehingga sekarang, Arrisya enggan bercakap dengannya.

Menangis pun tidak. Hanya diam membisu.

Kesal bertandang di hati kala ini. Kesal kerana saat berpeluang untuk kembali ke rumah itu pada cuti semester lepas, dibiarkan pergi. Kini kepulangannya tanpa sambutan daripada insan-insan yang disayanginya. Hatinya dirundung duka. Dia terkilan kerana tidak berpeluang menatap wajah datuknya buat kali yang terakhir.

"Kak Arrisya?" Iman memanggil Arrisya yang masih berteleku di ruang tamu. Arrisya mengangkat wajahnya. Pandangannya kosong. Akhirnya setitis air mata jatuh ke pipi. Esak tangis yang ditahan kedengaran halus menikam kesedihan yang dirasakan.

Iman terus merapati Arrisya. Dia memeluk Arrisya erat. Arrisya membalas pelukan itu. Esak tangis Arrisya semakin kuat kedengaran. Meruntun hati sesiapa yang mendengarnya. Betapa beratnya dugaan ini. Jika Iman hanya kehilangan datuk kesayangannya, tetapi Arrisya kehilangan dua orang yang menjadi tunggak hidupnya selama ini. Tambahan pula Dato’ Arif sedang terlantar sakit.

"Iman, bagaimana akak nak mulakan hidup? Akak tak mampu nak lalui semua ini sendirian. Kenapa Abang Johan tinggalkan akak?" rintih Arrisya.

Hampir menangis Iman dibuatnya. Dia perlu kuat. Dia perlu kuat demi keluarga ini. Air mata semata tidak akan menyelesaikan masalah.

"Sabar kak. Allah lebih sayangkan mereka. Akak kena lepaskan arwah...." Dalam suara yang tertahan, Iman cuba menghulurkan nasihat.

(33)

"Akak tak mampu, Iman..." Arrisya sesungguhnya terasa lemah saat ini. Bukan mudah melepaskan insan yang disayangi untuk pergi meninggalkan kita.

"Pasti akak mampu. Akak kena terima takdir yang tersurat untuk akak ni. Hanya orang yang Dia sayang aja, Allah beri dugaan. Iman yakin akak mampu. Iman yakin akak kuat. Iman akan sentiasa di samping akak. Akak kena ingat Jehan perlukan akak. Biar kita sama-sama besarkan dia. Kita didik dia menjadi insan yang soleh, dan boleh mendoakan kesejahteraan Abang Johan di sana. " Itu janjinya. Iman tidak akan biarkan kakak iparnya itu bersendirian.

Datin Hajar hanya mampu mendengar perbualan antara anak dan menantunya. Sungguh dia turut sebak. Walaupun sejak pernikahan Arrisya, hubungannya dengan anak gadisnya itu dingin, tetapi naluri seorang ibu tetap ada. Ibu mana tidak sedih melihat anaknya menjadi balu kala usia muda. Dia sendiri bimbang apa akan terjadi pada Arrisya dan paling dia bimbang, masa depan cucunya itu.

Datin Hajar memang cukup berterima kasih pada Iman. Hari ini baru dia boleh menilai siapa sebenarnya keluarga. Sedari sampai tadi, tidak sekejap pun dia melihat Iman berehat. Sebaik sahaja sampai, Iman sudah membantu apa yang patut. Imanlah orangnya yang bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tahlil ini. Imanlah yang menguruskan segala-galanya. Betapa baiknya hati Iman, rela berpenat lelah demi mereka sekeluarga. Keluarga yang memandang rendah pada dirinya.

DANISH melihat dari jauh kegigihan Iman menjadi tunggak keluarganya. Kala ini Iman sedang duduk makan di kantin hospital. Sudah seminggu Danish pulang ke Malaysia sebenarnya. Namun Danish hanya mampu memerhatikannya dari jauh. Saat dia terdengar perbualan Iman dan Arrisya pada malam kenduri tahlil itu, langkahnya terhenti. Jiwanya seakan-akan lumpuh. Danish sedar, dia tiada keberanian untuk menghadapi semua ini. Akhirnya Danish mengundur diri. Sekarang tugasnya setiap hari adalah ke kubur datuk dan abang iparnya. Kepulangannya memang tanpa pengetahuan sesiapa. Danish belum ada kekuatan bersama dengan keluarganya saat ini. Sungguh, dia memang tidak mampu melihat air mata ibu dan kakaknya gugur saban hari.

Sedih. Hanya itu yang boleh dia ungkapkan tatkala melihat keadaan keluarganya saat ini. Melihat dari jauh sahaja hatinya sudah terluka dalam, apatah lagi berada di sisi mereka. Tahu

(34)

keadaan diri yang tidak mampu menerima dugaan yang mendatang, Danish tidak ingin menyusahkan keluarganya dengan kesedihan. Dia tak mahu menjadi beban pada Iman dan mama.

Baru dia sedar yang dia memang lelaki pengecut. Mendengar masalah pada keluarganya sahaja sudah membuat Danish tak cukup kuat berhadapan dengan mama dan kakaknya. Dia sendiri mengambil masa yang agak lama untuk baik dari kejutan itu. Saat ini dia bersyukur mempunyai gadis segigih dan setabah Iman di dalam keluarganya. Setiap gerak geri gadis itu diperhatikan tanpa jemu. Tak sedar hatinya berbisik kasih pada si gadis. Semalam dia

berikrar di hadapan nisan atuknya yang dia tak akan lepaskan Iman dan akan cuba mengenali Iman.

Danish berdoa semoga suatu saat nanti, hati Iman akan terbuka untuknya. Agar mereka boleh saling mengenali dan menerima antara satu sama lain. Agar mereka boleh hidup bahagia seperti pasangan lain. Danish berdoa diberi kesempatan untuk membina keluarga yang bahagia bersama Iman. Itu hasrat terakhir datuknya dan dia akan tunaikan.

Bab 5

BEBAN yang ditanggung kini terasa terlalu berat. Semuanya terpaksa dilalui sendiri. Namun dia perlu kuat buat keluarga ini. Iman sendiri tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Yang pasti, setiap hari Iman perlu gagahkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Kuatkan semangat untuk terus berdiri. Jika dia tersungkur, pasti keluarganya juga akan tersungkur. Sehinggakan untuk mengeluh pun dia tidak berani saat ini.

"Iman?" Buat pertama kalinya Datin Hajar menegur menantunya itu. Wajah kepenatan Iman mengundang rasa simpatinya. Sejak Iman pulang, tugas menjaga suaminya dipikul bersama Iman. Iman tidak teragak-agak untuk menawarkan bantuan menjaga Dato’ Arif pada waktu malam. Iman cukup mengambil berat tahap kesihatan bapa mentuanya itu.

"Datin?" kata Iman sedikit terperanjat. Dia yang sedang termenung di tepi tingkap saat itu cepat sahaja berpaling. Tubuh Datin Hajar yang berdiri di tengah ruangan bilik itu menjamah

(35)

pandangannya. Wajah Iman sedikit pucat. Nampak garis-garis kepenatan. Jika penat tubuh badan tak apa, tapi kalau dah penat otak dan perasaan. Memang payah.

"Iman sihat ke?" Datin Hajar cuba mengambil berat. Bukan berpura-pura namun ikhlas dari hatinya. Tidak salah dia berbaik-baik pada gadis yang banyak membantu keluarganya.

"Sihat. Datin baru sampai ke? Dah sarapan? Mari kita duduk Datin." Iman menghampiri Datin Hajar lalu bersalaman. Iman memimpin mak mentuanya itu duduk di set sofa yang tersedia dalam wad kelas pertama itu. Tak pernah sekalipun Iman lupa untuk menghormati mak mentuanya itu. Walau dia tahu Datin Hajar tak pernah sukakan dia tapi Iman tetap menunduk pada hukum karma, yang muda perlu hormat pada yang tua.

"Mama dari rumah Iman. Mama dah sarapan pun dengan Kak Arrisya. Iman ni hah, dah sarapan ke belum? Mama tengok muka Iman pucat aja," tegur Datin Hajar prihatin.

Iman sedikit terkejut tatkala mendengar wanita di hadapannya itu membahasakan dirinya mama.

"Belum Datin. Kejap lagi saya sarapan. Datin janganlah bimbang, saya tak apa-apa." Iman terasa gugup pula untuk membahasakan Datin Hajar, mama. Takut panggilan tadi hanya terlepas dari mulut Datin Hajar.

"Panggillah mama Iman. Iman bukan orang lain. Iman menantu mama. Mama terhutang budi sangat pada Iman. Tengoklah, Iman sebagai menantu pula yang banyak bersusah payah menolong kami. Tapi darah daging kami sendiri, lari entah ke mana. Nak harapkan Arrisya, dia dah cukup menderita. Nak harapkan Danish? Entah ingat entah tidak dengan kami ni..." rintih Datin Hajar.

Inilah buat pertama kalinya wanita itu meluahkan rasa hatinya. Selama ini dia hanya

mendiamkan diri sehingga menampakkan dirinya seolah-olah cukup tabah. Rupa-rupanya di hati wanita itu sarat kebimbangan. Apatah lagi sebagai seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan.

(36)

"Dahlah Dat... mama. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Danish pasti ingat dengan mama. Agaknya dia sibuk sangat tu sampai tak sempat nak balik jengok mama. Lagipun Danishkan berada di tahun akhir sekarang. Kak Risya pun dah semakin baik sekarang." Iman berharap dapat menenangkan hati Datin Hajar. Sungguh, Iman faham resah Datin Hajar. Sebagai seorang ibu, pasti dia risaukan keadaan anak perempuannya. Semestinya juga Datin Hajar terasa hati dengan Danish. Sepatutnya Danish sebagai anak lelaki tunggal keluarga, menjadi tulang belakang mereka di saat-saat genting macam ini.

"Mama harap macam tulah Iman. Iman nak masuk pejabat ke hari ni?" tanya Datin Hajar. Itu juga salah satu masalah baru. Semalam baru Fuad, peguam Tuan Haji Aman telefon

menyatakan keadaan pejabat mereka perlu dipantau sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Kata Fuad, ada ahli lembaga pengarah yang ingin ambil alih pemerintahan. Biasalah, pada saat kesusahan begini, ramai yang ingin mengambil kesempatan. Seperti kata arwah datuknya dulu, kerana duit manusia boleh jadi kawan dan kerana duit juga manusia boleh jadi lawan.

"Masuk mama. Iman balik mandi kejap, lepas tu baru pergi pejabat. Nak tengok keadaan kat sana dulu. Takut kalau-kalau apa yang Uncle Fuad beritahu tu betul.

"Hmmm... mama segan dengan kamu, Iman. Kami banyak menyusahkan kamu," kata Datin Hajar dalam nada serba salah. Kini dia sangat menghargai segala apa yang Iman lakukan untuk keluarganya. Dan Imanlah yang menjadi harapannya nanti.

"Ini tanggungjawab Iman, mama. Iman minta diri dulu. Nak balik mandi. Tengah hari nanti, insya-Allah kalau ada kesempatan, Iman datang. Mama nak pesan apa-apa tak?"

Sikap lemah lembut Iman itu mengusik hatinya. Sikap pemaaf dan menghormati orang tua menantunya itu menambat hati tuanya. Tidak mustahil rasanya kalau suatu hari nanti dia lebih sayangkan anak gadis ini lebih daripada anak kandungnya sendiri. Sekarang pun rasa sayangnya datang tanpa diundang.

"Tak perlulah Iman. Kamu baliklah. Rehat dulu. Sarapan jangan lupa. Jangan tergesa-gesa sangat nak masuk pejabat tu," nasihat Datin Hajar.

(37)

Usai Iman mencium tangannya, wanita itu mendakap tubuh Iman lalu mencium pipi menantunya itu penuh kasih sayang. Terasa tubuh Iman yang dulunya sedikit berisi, kini semakin susut. Datin Hajar membisikkan ucapan terima kasih sebelum melepaskan pelukannya.

Iman terharu. Begitu lama dia tidak merasakan pelukan daripada seorang ibu. Nikmat kasih sayang kembali dirasainya kini. Sungguh dia bersyukur. Rasanya bagai ada satu semangat baru yang wujud dalam dirinya.

Bab 6

IMAN melangkah perlahan ke dalam pejabat di tingkat 11, Wisma Mega milik arwah Tuan Haji Aman. Tingkat 11, tingkat yang hanya menempatkan pejabat korporat syarikat A&A Berhad. Tingkat yang menempatkan pengurusan teratas empayar Tuan Haji Aman.

Arwah Tuan Haji Aman telah menyediakan asas yang cukup kuat untuk sebuah syarikat dan kebijaksanaan Dato’ Arif melebarkan lagi syarikat yang dahulunya berstatus sederhana, kini bertukar menjadi sebuah syarikat mega. Bukan satu laluan mudah. Banyak pengorbanan dan titik peluh yang mengalir dalam menghadapi jatuh bangun syarikat ini. Oleh itu Iman tekad, walau dengan apa cara sekalipun, dia akan menjaga syarikat ini sebaik yang mungkin. Syarikat ini tidak akan dibenarkan jatuh ke tangan orang lain.

Sejak dari Iman melangkah masuk dari pintu utama lagi, kedatangannya menjadi perhatian. Rata-rata dari saat dia melangkah masuk, banyak mata memandang pelik padanya. Iman tahu mereka pasti hairan dengan kehadirannya di situ. Tentu sahaja mereka tertanya-tanya, siapa dirinya? Bukan sembarangan orang yang boleh masuk ke tingkat ini.

"Maafkan saya. Nak tumpang tanya, bilik Dato’ Arif kat mana?" Iman bertanya pada salah seorang pegawai di situ.

(38)

"Jalan lurus, kemudian belok kanan. Pejabat yang pintunya warna coklat." Walaupun wajah itu penuh tanda tanya, namun pegawai itu tetap menjawab pertanyaannya dengan baik.

"Terima kasih," ucapnya lembut.

Iman bergerak ke arah yang telah dimaksudkan dengan perasaan sedikit gementar. Walaupun kedatangannya telah dimaklumkan kepada Uncle Fuad, namun rasa berdebar itu tidak mampu dibuang dari perasaannya ketika ini.

Bermula saat ini dia akan menggantikan Dato’ Arif buat sementara waktu di bawah

bimbingan Uncle Fuad. Tugasnya adalah sebagai proxy dan wakil dari keluarga Dato’ Arif, bagi memastikan bahawa kedudukan mereka di syarikat itu tidak terancam.

"Cik... cik nak pergi mana?" Iman ditahan seseorang ketika ingin menolak pintu pejabat Dato’ Arif.

Iman berpaling merenung seorang gadis yang cukup elegen berdiri di belakangnya.

"Nak masuk," jawab Iman naif. Memang itu tujuannya datang ke mari pun.

"Ingat ini pasar malam, main ceroboh sembarangan?" ujar gadis itu sinis.

Boleh tahan budi bahasa gadis yang mungkin tua setahun dua daripadanya ini. Sukar dijangka umur sebenar kerana wajahnya terlalu tebal dengan warna-warna mekap.

"Maaf, cik. Saya diarahkan masuk ke sini." Iman menerangkan kedudukannya di situ. Bukan dia suka-suka untuk masuk ke sini. Dia sendiri terpaksa.

"Kak Sal... Kak Sal!" Gadis itu memanggil seseorang. Kelihatan seorang wanita yang dalam umur lewat tiga puluhan keluar dari bilik hujung, tergesa-gesa merapati mereka. Mungkin ini Salwa, setiausaha Dato’ Arif yang disebut oleh Uncle Fuad.

(39)

"Ada apa Cik Rina?" Wanita yang dipanggil Kak Sal itu bertanya pada gadis tadi. Ohhh... nama dia Rina.

"Siapa perempuan ni? Tadi dia nak masuk bilik papa. Kak Sal tak sedar ke?" tanya Rina. Bilik papa? Hish!! Dato’ Arif ada anak lain ke? Setahu Iman, hanya Arrisya dan Danish saja cucu Tuan Haji Aman.

"Tadi Kak Sal tengah susun fail. Tak sedar. Cik? Cik cari siapa?" tanya wanita tadi dengan penuh berhemah. Memang sesuai dengan jawatannya.

"Dato’ Arif yang minta saya datang kat sini," jawab Iman ragu-ragu. Hatinya berasa cuak.

"Ohh... Dato’ Arif tak ada cik. Dia kemalangan. Sekarang ni Tuan Hairul yang menggantikan tempat dia. Saya Salwa, setiausaha Tuan Hairul sekarang. Panggil aje Kak Sal. Ini Cik Rina, anak Tuan Hairul, dia executive kewangan syarikat," terang Salwa panjang lebar.

Iman semakin tidak sedap hati.

"Begitu. Dah lama ke Tuan Hairul gantikan tempat Dato?"tanya Iman mesra. Cuba mengorek. Rupa-rupanya betullah kata Uncle Fuad. Ada orang gila kuasa cuba merebut tempat Dato’ Arif.

"Sejak Dato’ kemalangan lagi. Sekarang bilik ini pun dah jadi bilik Tuan Hairul." Salwa menjawab soalan Iman tanpa ragu-ragu. Tertarik dia melihat gadis di hadapannya itu. Cukup manis dengan baju kurung dan tudung berwarna biru muda.

"Dulu Tuan Hairul kerja kat bahagian mana?" Iman ingin menyiasat lagi. Jelingan Rina di sebelah hanya dibiarkan sahaja.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini menyimpulkan bahwa pada kategori portofolio high trading volume, portofolio 1 sesuai untuk investor yang bersifat risk averse dan moderate yang terdiri

Puji dan Syukur peneliti ucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas penyertaan-Nya dan bimbingan-Nya sehingga peneliti dapat menyelesaikan tugas akhir (skripsi)

Untuk android SQLitedijadikan satu didalam android runtime, sehingga setiap aplikasi android dapat membuat basis data SQLite, karena SQLite menggunakan antarmuka

Kita tidak bisa begitu saja menyalahkan pengemudi kendaraan, terutama para pengemudi sepeda motor yang menyebalkan karena mereka pun bertindak ugal-ugalan juga karena merasa

Dari hasil perhitungan diperolehjumlah massa optimum target yang dapat diiradiasi, reaktivitas terganggu akibat adanya target iradiasi, reaktifitas target FPM saat pemuatan

Bermain mengembangkan aspek sosial emosional anak yaitu melalui bermain anak mempunyai rasa memiliki, merasa menjadi bagian/diterima dalam kelompok, belajar untuk hidup

Berdasarkan uraian pada latar belakang maka dapat dirumuskan permasalahan sebagai berikut “bagaimana gambaran pengetahuan ibu hamil tentang infeksi TORCH di Rumah

(habl min Allah), yang tersimpul dalam akhlak seseorang yang harus memiliki sikap taubat dari kesalahan menjadi ketaatan, sikap qona’ah dengan menerima apa adanya, sikap zuhud