• Tidak ada hasil yang ditemukan

Siri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Siri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92"

Copied!
1773
0
0

Teks penuh

(1)

 

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 1) - Cetakan Kelima (1997)

01. Bercakap dengan Jin

02. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan  03. Tidur Di Rumah Bunian 

04. Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan  05. Berjaga Dihujung Jambatan  06. Melihat Jembalang Air  07. Terkencing Dalam Seluar  08. Manusia Berkepala Anjing 09. Panjat Bilik Anak Dara  10. Mencari Harta Karun

11. Menunggang Harimau Ditengah Malam 12. Toyol Jadi-jadian

13. Penunggu Hutan Hulu Kinta 14. Bersuamikan Hantu Raya  15. Dikejar Mayat 

16. Kain Dalam Perut Gadis 

17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli  18. Diganggu Lembaga Hitam

19. Diresap Semangat Monyet 20. Memburu Raja Pukau  21. Berguru Dengan Syaitan

22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja 23. Roh Bayi Mencari Ibu

24. Puaka Tiang Seri 

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 2) - Cetakan Kelima (1997) 25. Sumpah Nasi Tangas 

26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip 27. Manusia Tanpa Kepala 28. Kubur Berasap 

29. Dikacau Penunggu Kolam 30. Ilmu Raja Kelawar 31. Rumah Misteri 

32. Bomoh Hujan Kena Uji

33. Muntahkan Ulat Dan Paku Karat 34. Berjanji Dengan Syaitan 

35. Mengusung Iblis Tengah Malam  36. Pukau Ular Tedung

37. Terkena Badi Belibis  38. Suara Azan Dalam Kolam  39. Dendam Orang Sabar 40. Pemuda Menjerit Malam 41. Berkasih Dengan Langsuir 42. Sepasang Tangan Berbulu  43. Buaya Jadi-Jadian

44. Skandal Pawang Buaya 45. Badan Pawang Berasap 46. Berjalan Atas Angin 

(2)

47. Syaitan Datang Menguji 48. Bertemu Ibu Santau

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 3) - Cetakan Kelima (1997) 49. Rahsia Sebuah Kolam

50. Manusia Harimau 51. Rahsia Seorang Sahabat 52. Sebilah Keris Aneh 53. Ghaib Dalam Bas

54. Penunggu Rotan Semambu 55. Mamat Bukit Yang Gagah 56. Bomoh Terjun

57. Sumpah Selendang Merah 58. Ilmu Papan Sekeping  59. Kelawar Pontianak 60. Lumpuh Di Kaki

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4) - Cetakan Pertama (1987)  61.Tulang Jari Di Daun Keladi

62.Puja Kubur 63.Nisan Berdarah 64.Orang Berjubah Hitam  65.Darah Dalam Mulut Gadis 66.Pendekar Terbang  67.Pelihara Ulat Tokak 68.Puja Lidah Anak Dara 69.Ilmu Kaum Kubu

70. Bantal Peluk Berjalan Malam 71.Diburu Manusia Iblis

72.Ditelan Pasir

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 6) - Cetakan Keempat (1997) 85. Katak ganjil

86.Lidah Keluar

87.Tongkat Bertukar Kepala Ular 88.Mayat Berdiri

89.Cawan Bergerak Sendiri 90.Ilmu Pukau Kucing  91.Cahaya Di Lantai

92.Bomoh Tua Bawa Bencana 93.Masih Dalam Ujian

94.Penjaga Ayam Hutan

95.Dikunjung Gadis Waktu Malam  96.Harimau Disangka Kucing

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 7) - Cetakan Pertama (1990) 97. Udin Tarzan Yang Tewas

98. Tubuh Terapung Di Udara 99. Kaki Berbulu

100. Orang Tua Misteri 

(3)

102. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal 103. Jamung Tengah Malam 104. Dikuasai Suara Aneh 105. Mandi Di Ambang Pintu 106. Harimau Sembunyi Kuku 107. Makhluk Aneh Di Dusun Durian

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 8) - Cetakan Keempat (1998) 108. Nisan Bergerak 

109. Ilmu Suhaimi Keraba 110. Kura-Kura Mata Hijau 111. Kelawar Hisap Darah 112. Kepala Ke Langit 113. Kitab Kejahatan  114. Hitam Separuh Badan 115. Pulang Dari Kubur

116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian 117. Ilmu Telapak Pasir Merah 118. Kena Serbuk Tulang  119. Bayang Hitam Datang Lagi

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 9) - Cetakan Pertama (1992)  120. Diganggu Monyet Besar 

121. Tetamu Cacat 

122. Mengaku Keturunan Hang Jebat  123. Tubuh Terbenam Dalam Pasir  124. Badi Ekor Buaya 

125. Berbalut Kain Kuning  126. Tubuh di Awanga-Awangan  127. Direjam Dengan Buluh Kuning  128. Rahsia Daun Seribu Kapit  129. Api Keluar Dari Kubur  130. Si Tua Misteri Dari Solok  131. Menggeletek Macam Cicak

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 13) - Cetakan Pertama (1997) 168. Rahsia Gadis Kerinci

169. Mendengar Suara Ganjil 170. Di Bilik Misteri 

171. Mia, Gadis Harimau  172. Lembaga Di Pintu 173. Samion Bongkar Rahsia 174. Gadis Muncul Waktu Subuh 175. Calon Suami Gadis Harimau 176. Memanggil Makhluk Halus 177. Jumpa Di Kubur Lama

178. Diburu Penunggu Rumah Lama 179. Kain Hitam Pembalut Tubuh

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 14) - Cetakan Pertama (1998) 180. Dirasuk Kucing Jantan

(4)

181. Rahsia Di Hujung Kampung 182. Jadi Hamba Iblis

183. Matanya Mula Merah 184. Pengawal Bertelinga Kuda 185. Merebut Geliga Naga 186. Ular Hitam Jelmaan Jin 187. Saka Nenek Moyang 188. Bahana Duri Ikan Pari 189. Tulang Pari Keluar Di Leher 190. Ayah Perkosa Anak Kandung 191. Kubur Dipanah Petir

192. Makhluk Aneh Usung Mayang 193. Daging Pipinya Relai

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 15) - Cetakan Pertama (1999) 194. Terapung Di Atas Kubur

195. Terkapar Di Pangkal Pokok 196. Dikejar Ulat Bangkai 197. Rahsia 4 Peti Hitam

198. Terkapar Di Halaman Rumah  199. Makhluk Halus Dalam Darah 200. Berakhirnya Sebuah Kutukan 201. Tak Dapat Kawal Perasaan 202. Perempuan Berekor Harimau 203. Harimau Menangis

204. Tinggallah Duka Tinggallah Sayang 205. Dara Berat Jodoh

206. Didatangi Kelawar Mata Merah 207. Manusia Kabus

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 16) - Cetakan Pertama (2000)  208. Dara Dimakan Sumpah

209. Dendam Dari Bilik Rahsia 210. Mangsa Susuk Ibu  211. Susuk, Gadai Anak 

212. Anak Sulung Nikah Seludang  213. Tak Rela Mati Katak

214. Dendam Dukun Banten 215. Lembaga Hitam Tanpa Kaki  216. Raja Susuk Mati Di Masjid  217. Mayat Berbau Wangi 218. Menjunjung Songkok Hitam  219. Rahsia Pondok Raja Susuk 220. Suara Azan Dalam Rimba Raya 221. Diusik Harimau Raja Susuk 

(5)

SBDJ

 

siri

 

1

43

 

all

 

credit

 

goes

 

to:

   

http://komuniti

sbdj.blogspot.com

 

 

SBDJ

 

(Jilid

 

01)

 ‐ 

Siri

 

01

 

:

 

Bercakap

 

Dengan

 

Jin

   

 

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang  kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi  pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak terus menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya.  Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih  menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia  duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan  sebarang pertannyaan lagi padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga  tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri. 

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik  dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang  kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan  dia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak  sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua  kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu.  Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk  berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketdiak kanannya lalu  dilemparkanya sebelah kiri. 

Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan  alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durdian dari  serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhi oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan  DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam  tahun 1949. Sejak itulah datuk gdiat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu  dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang  kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu  menolongnya mencangkul di kebun, kadang‐kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu  sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya diaitu ibu saya.  Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji  Al‐Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al‐Al‐Quran di kampung itu. Datuk  tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak 

(6)

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh  lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya  masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis.  Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak  beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan  seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan 

mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia  yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan 

mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa 

merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang. 

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari  kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun‐daun kering  yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata  kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing‐pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di  depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau‐kilau  bagaikan menentang mata datuk yang terbeldiak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan  terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia 

mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk  membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah. 

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor  rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan  terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa  itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian  yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan  dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di  kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu‐talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima, enam dan  tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring. 

Daun‐daun hutan di keliling datuk bergerak‐gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi  bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya  bergerak‐gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat  pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher  bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan  orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin  sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat  dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu. 

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat‐rapat. Mata datuk tidak berkelip.  Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang  sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading  gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya. 

(7)

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun‐daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk  diam bertafakur. 

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk.  Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang‐lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang  dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh  datuk. 

"Tidak," jawab datuk dengan berani. 

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."  "Aku sudah meminta kebenaran." 

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak‐gerak.  "Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup  tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya. 

"Kau manusia bdiadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak‐gerak.     SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 02 : Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan 

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada  pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya  garang dengan urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus  membasahi seluruh badan. 

 

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad  untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah  kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus  mengucapkan begini : 

 

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi   

melemang……… 

 

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu.  Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru  ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku 

(8)

rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."   

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa  yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali  normal yang ujud di depannya sekarang ialah sebatang pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang 

mencecah muka bumi. 

 

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari 

anak‐anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu  datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata  : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu." 

 

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian  baru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Angldia  kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan  Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya  warung itu adalah kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan  tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa  dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar  pun dia tidak akan sihat atau separuh gila. 

 

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka  tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan  berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada  datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan  punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk 

mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.   

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk  memburu bertambah gdiat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil  atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu sdiang, dia  akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk. 

 

(9)

dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu  senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin belajar ilmu‐ilmu kebatinan. Datuk  pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak  susut. 

 

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan‐segan berkawan dan  mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang  dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk. 

 

Pada suatu pagi Ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat  Taiping diaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan  kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan  tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi  tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi. 

 

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi  belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Angldia mereka masuk ke dalam kawasan  Paya Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.   

Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua  jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah  merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan  seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang.  Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap 

menembak. 

 

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk  melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok  serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba‐tiba babi itu keluar dari  belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya. Masa memburu datuk dan  kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh  dari kumpulan tersebut. 

 

(10)

 

"Hati‐hati babi hutan luka selalunya ganas."   

"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi.  Kawannya akur pada cakap datuk. 

 

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya  hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah  kepala babi hutan itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang  buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan  sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang. 

 

Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan  tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik  senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Datuk terus juga memburu hingga  sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol‐nyondol  tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui  sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang. 

 

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang.  Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya  keruh. Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu 

menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira‐kira lima kaki  itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik. 

 

Babi hutan itu itu terus juga menyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba‐tiba datuk terasa  telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar‐pinar. Datuk bagaikan berada di satu  dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok‐pokok yang beranika ragam dengan  akar yang berjuntadian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang  tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati,  nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya. 

 

(11)

menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datuk meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati‐hati  dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan  terus menyelinap ke balik pokok besar. 

 

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan  mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan  datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya.  Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan  melayang‐layang. 

 

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada  sesuatu kuasa yang menyuruh dia ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh  keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk  membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik. 

 

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.  Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak  ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai  ke tempatnya. 

 

"Kenapa ?" tanya kawan datuk   

"Kita balik."   

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong  Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan  dan seorang lagi polis biasa. 

 

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya  Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk. 

(12)

"Kenapa Tok," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.   

"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu mesti saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu  Dendang," kata Sarjan Ali. 

 

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa  berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi. 

 

"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang,  sebulan dulu Cina dari Setdiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa  kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Meremang bulu roma datuk mendengarnya.   

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh  Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat  itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu  berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh  kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana." 

 

"Saya nak jumpa juga."   

"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu  mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat  Long Jaafar. 

 

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun 

mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik  itu. 

 

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 03 : Tidur Di Rumah Bunian 

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Dia berhasrat untuk menemui perempuan cantik.  Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebih kurang setengah jam berada di dalam 

(13)

hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.   

Datuk lalu dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan.  Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk  bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh dia  mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan. 

 

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Dia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi,  perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari dia tidak pergi 

memburu, dia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk  teringat tentang hutan kecil di pinggir Bukit Kota. Menurut orang‐orang yang berladang di pinggir bukit  itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka.  Kerana Bukit Kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk  berburu ke tempat tersebut. 

 

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam  hutan. Semua kawan‐kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa  dengan anggota tentera. 

 

"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan‐kawannya dengan nada suara yang  keras sambil meraba‐raba misai tebalnya. 

 

"Kami tak mahu pergi," jawab kawan‐kawan datuk.   

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirdian di anjung rumah. Cerita orang‐orang yang berladang  di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi buah mulut orang  ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada  pihak polis. Orang‐orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke  Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang‐orang yang berladang di kaki bukit  merasa beruntung dan bertuah kerana orang‐orang komunis itu tidak menggangu mereka.   

Walaupun kawan‐kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Dia berazam  mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu dia berharap juga akan dapat 

(14)

menembak seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk  pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, dia membakar kemenyan di hujung bendul sambil  membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali. 

 

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Dia menaiki basikal sejauh dua  batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada  sebelah pagi. Dia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah  hutan hingga matahari jatuh. 

 

Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota, matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun  nampak bersinar‐sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Dia singgah dulu di  sebuah pondok kepunyaan kawannya. Dia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok  ayam hutan.Kawannya itu pun menunjukkan arahnya. 

 

"Batalkan saja rancangan kau tu." ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok‐pokok  hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.   

"Kenapa?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk  yang digayuti peluru. 

 

"Merbahaya."   

""Kau takut aku ditangkap komunis," kalau tidak kenapa kau tahan aku."   

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Dia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar  bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu‐talu dan  bersahutan ‐sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia segera meletakkan senapang atas  bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan. 

 

"Jangan terburu‐buru nanti buruk padahnya." kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan  datuk. 

(15)

 

"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang‐terang, aku boleh beri. Berapa  ekor kau mahu." Balas datuk dan dia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya  segera mengejarnya. Tiba‐tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah  pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada." 

 

"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak  orang yang sesat di dalamnya." 

 

"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau." Datuk  mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala. 

 

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun  sampai ke satu kawasan agak lapang. Datuk berhenti di situ, tiba‐tiba dia terpandang sekumpulan ayam  hutan keluar dari celah‐celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar‐cakar tanah di situ,  kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam  hati. 

 

Dia merangkak perlahan‐lahan menuju ke balik batang pokok besar. Dia duduk di situ, matahari  beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana dia diteduhi  oleh rimbunan pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk  terdengar kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Dia nampak seekor ayam  jantan dengan bulu yang berkilat bertenggek atas dahan. Ayam itu mengepak‐ngepakkan sayapnya.  Ekornya yang panjang berkilat bergerak‐gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara 

sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun‐daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk  melompat lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan  atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Dia terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk  membuat rancangan lain. Dia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam‐ayam itu tidak akan  datang ke situ lagi. 

 

Baru lima langkah datuk melangkah dia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal.  Datuk duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak  juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti  patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Dia yakin ayam‐ayam itu akan datang 

(16)

juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak‐gerak. Seekor  ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan‐kawannya yang lain.  Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah‐celah pokok lalu menghampiri ayam jantan. 

 

Satu peluang yang baik bagi datuk. Dia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah.  Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke  pinggangnya, seekor ayam betina meluru padanya lalu berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk  segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkuk ayam. Bila datuk  memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru. 

 

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang salah  seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik  dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya dia akan datang lagi  berburu ke situ. 

 

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, dia dapat menduga  pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan  cara mendadak sahaja dia membatalkan rancangannya untuk pulang. Dia mahu memburu lagi. Sebelum  matahari jatuh di kaki langit, dia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. 

Alang‐alang berburu bdiar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok,  entah tulat kawasan ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku bdiar aku gunakan  peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk. 

 

Dia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan  ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu dia akan bertemu  dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.   

"Kali ini kawan‐kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati sambil  mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara  orang bercakap. Dia segera menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok hutan. Suara orang bercakap  itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itik. Sesekali datuk  terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, dia tidak nampak pun bayang  manusia. Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Dia segera keluar dari tempat persembunydian  dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan dia tercium bau wangi di 

(17)

sesuatu, tetapi bau wangi itu semakin kuat datang. Kepalanya terasa berdenyut‐denyut.   

"Ganjil!" kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di  muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca  sesuatu dengan tenang. Kemudian dia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut.  Ketiga‐tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa dia tidak berhadapan dengan penunggu  Bukit Kota, tapi dia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh. 

 

Datuk meneruskan perjalanannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun‐daun hutan  yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di 

kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok‐pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli  pada semuanya itu. Da menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua  dengan pokok‐pokok bunga. 

 

Di hujung pokok‐pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok  ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila dia terpandangkan seorang perempuan  tua berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.   

"Kau sesat," kata perempuan itu.   

"Tidak."   

"Habis macam mana kau ke mari."   

"Saya memburu ayam."   

"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."   

(18)

 

"Sudah. mari singgah di rumah aku dulu."   

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa  ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus  menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam  buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda  yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut. 

 

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma  angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Bukit Kota.  Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Dia meminta datuk bermalam  di rumahnya. 

 

"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.   

"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."   

"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."   

"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."   

"Janji apa ? "   

"Jangan menembak binatang ternakan kami."   

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua  itu lama‐lama. Orang tua itu tersenyum. 

(19)

"Kau susah dengan syarat itu ?"   

"Tak susah, tapi…."   

"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."   

"Baiklah."   

"Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengingatkan datuk dengan nada yang keras.  Bulu tengkuk datuk meremang. 

 

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Secara  diam‐diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya  dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terurai di atas bahu. Subuh itu datuk  terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ  menerima datuk dengan mesra. 

 

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki Bukit Kota.  Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.   

"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, " kata orang  tua, bila bertemu dengan jalan dia mula masuk ke hutan dulu. 

 

"Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung perempuan tua  itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan  tua dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di  usap dengan kemenyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi  setiap kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak  disenangi oleh datuk. 

(20)

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Dia pun pergi ke Bukit Kota, satu hari  satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang 

ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok‐pokok besar dan  akar kayu berjuntadian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki Bukit Kota, datuk mendapat  tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada  orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang  bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan‐bulan. 

 

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik.  Malah dia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini  menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tdiap‐tdiap malam  jumaat. 

 

"Ingat, buat baik sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan  dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam. 

 

"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah‐tengah bau kemeyan  yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak  buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia  telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen. 

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 04 : Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan 

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari  raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di halaman rumah  dengan anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat 

menyayangi semua anak cucunya dan memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya  pertama dia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama  anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.   

Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menzdiarahi kubur nenek  moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut  keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba‐tiba datuk  menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. Bila salah seorang cucu 

mengesyorkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara  : 

(21)

 

"Usah bimbang, dia akan balik dalam sehari dua ini."   

"Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.   

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun  memburu, dia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap  kali datuk pulang, dia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai  isteri yang setdia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya  dan disoal jawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku pertengkaran, kalau sudah bertengkar  nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit.  Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah  pendapat nenek. Dia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu  sudah cukup, bagi nenek kalau dia kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah  seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar. 

 

Barang kali esok atau lusa dia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu  juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek  menghitung semuanya ini, kerana itu dia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi  pada diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah  datuk kerana urusan diri masing‐masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang  makan gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman  rumah datuk, pulang ke tempat masing‐masing. Nenek berpeluk‐peluk dengan anak cucu sambil  mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun  depan anak cucu akan kembali ke kampung. 

 

Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, diaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, datuk tidak  dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan  ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba. 

 

"Sampaikan salam pada datuk," kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung  muka nenek. 

(22)

"Boleh, jangan bimbang," nenek memberikan pengakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan  rumah datuk. Dia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila  semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sirih di belakang  rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. Kalau diikut kata hati,  nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau  duduk rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya. 

 

Bila nenek mengkaji semula hal ini dengan sedalam‐dalamnya, Dia tidak rela meninggalkan datuk. Da  mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha besar. Sudah tiga jam  anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang  tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi 

meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang  matahari sudahpun berada di pucuk kelapa. 

 

Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia membasuh dan memotong kacang panjang. Dia  terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Dia melihat Muhammad Hakim  keluar dari kereta. 

 

"Kenapa ada barang tinggal?" Tanya nenek.   

"Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Dia tahu cucunya itu dalam  perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam. 

 

"Apa yang mesti kita buat?" Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya  untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi  ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu. 

 

Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung  bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah  waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas 

sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk  menerima pesanan itu dengan tenang. 

(23)

"Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk pada jiran yang 

menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk  pun menghidupkan enjin keretanya, kemudian datuk matikan enjin kereta itu, datuk buka bonet kereta  untuk memastikan dia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk  periksa enjin kereta. Dia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.   

Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada  bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Angldianya dengan tenang membelah  kegelapan malam. Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk  ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk  memandu dalam malam hujan lebat. Dia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali  datuk terbabas ke tepi jalan. Bila berselisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa 

memberhentikan keretanya. 

 

Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan  Parit. Hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan 

perjalanannya ke Hospital Batu Gajah. Datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan,  sampai di satu selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba‐tiba. Da cuba menghidupkan enjinnya,  usahanya itu tidak berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk keluarkan dari perut kereta. Datuk  membuka bahagian depan dan dengan lampu picit di tangan dia meraba semua wayar yang terdapat  pada injin kereta. Badannya sudah basah. Dia menggigil. 

 

Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih  juga tenang. Walaupun dia tahu, dia sekarang berada di tempat sunyi. Di kiri kanannya penuh dengan  hutan tebal. Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa dirinya  berada tidak jauh dari Bukit Berapit. Setiap kali cahaya kilat memancar, dia dapat melihat Bukit Berapit  yang tertegun berdiri di kiri kanan jalan. 

 

Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah‐limpah, datuk melihat jam di tangan,  sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintas di situ. Datuk tetap  menggigil dalam perut kereta Ford Angldia, Tiba‐tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan  jalan. Dia memastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah. 

 

Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian dia memutuskan untuk pergi ke rumah yang  ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan 

(24)

yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di  kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu  bertingkat dua, di halamannya penuh dengan pokok‐pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.   

Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang‐ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk  lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita  minyak tanah. 

 

"Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk.   

"Begitu, masuklah ke dalam."   

"Tak payah, bdiarlah di luar sahaja."   

"Jangan begitu masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah.  Akhirnya datuk masuk. Dia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan  datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk  secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar. 

 

"Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu  minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam. 

 

"Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit."   

"Suami ?"   

"Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai  Siput." 

(25)

"Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam‐malam begini,"   

"Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan  menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak."   

"Awak perempuan yang baik hati,"   

"Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda.   

Di luar rumah hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup  kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan  pokok yang sekah. Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup‐sayup di luar bersama bunyi suara  kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu  datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada  perempuan muda itu. Dia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik  budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu bdiadab namanya. Datuk tidak mahu, perempuan muda itu  menuduh dia bdiadab. 

 

Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia  dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina. Masa zaman pemerintahan Jepun  mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah,  mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini.   

Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah  bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari. 

 

"Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api  tersedia di atas meja. 

 

"Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah perempuan cantik itu, "kereta awak  dan awak selamat di sini." 

(26)

 

"Terima kasih." Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda  itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu  adalah untuk kebaikan dirinya. Dia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu 

merogolnya. Datuk menggelengkan kepala. 

 

"Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Dia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu  merapatkan kedua belah kelopak matanya, dia terdengar bermacam‐macam bunyi di luar, ada bunyi  orang berjalan, ada suara orang menangis. Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma 

perasaannya sahaja. Akhirnya, datuk terlelap, dia bermimpi ada orang berkepala anjing datang padanya  lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. Dalam perlawanan itu,  datuk tewas pada orang berkepala anjing itu. Orang berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha  datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga. 

 

Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk  mengerutkan dahi, kerana dia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan  buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk  keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi indah ternyata sebuah rumah buruk yang  hanya menanti masa untuk rebah ke bumi. 

 

Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan sekitar rumah itu amat  meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semalam. Tidak nampak batang  hidung. Datuk pergi ke ruang tengah. Dia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air  hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu.   

Datuk mengucap panjang. Dia ingat malam tadi dia minum di situ. Dia yakin air itu sudah masuk ke  dalam perutnya. 

 

"Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Dia pun meninggalkan kawasan rumah itu  menuju ke jalanraya. Datuk cuba menghidupkan enjin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba  memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus  menuju Hospital Batu Gajah. Dia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah  meninggal dunia. Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang  dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah. 

(27)

 

"Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal. Anak dara tuan punya rumah itu menggantung diri di ruang  tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada datuk. 

 

"Sebab ?"   

"Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain."   

"Begitu..." suara datuk lembut. 

SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 05 : Berjaga Di Hujung Jambatan 

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu  bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu  cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang  kedua, datuk akan marah. 

 

"Aku bukan tukang cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri  datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka‐suka pada  sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh  kawan‐kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :   

"Mari ikut aku atau bdiar aku hantarkan kaldian ke tempat tersebut dan kaldian lihat nanti, apa yang  akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan‐kawan datuk yang mahu menjawab  cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya,  merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang‐orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi  diperkatakan oleh orang. 

 

Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan  bengkak‐bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan swasta, tapi sakit datuk tidak juga  mahu hilang. Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau  Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak  suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di  hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil 

(28)

untuk merawatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang.   

Seorang dukun dari Mambang di kawasan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali  oleh pawang yang benar‐benar handal. 

 

"Kenapa tok bomoh?" seorang cucu datuk bertanya.   

"Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.   

"Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidak mahu memberikan  jawapannya. Begitulah datuk, dia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit  terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan‐kawannya yang datang  melawat. Kadang‐kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang 

membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya. 

"Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua  anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal  dekat Grik. Entah macam mana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan  membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian  datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk 

merawatnya. 

Memang di luar dugaan anak cucu, datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk  tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima  suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari  ruang tengah ke anjung rumah. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan  nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada  satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak. 

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya.  Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau‐bauan yang wangi,  diganti pula dengan bau kemenyan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus  duduk. 

"Carikan aku tiga biji limau, tiga helai daun sirih putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat  membakarnya," ujar datuk tenang. 

(29)

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeldiakkan matanya.  Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkan kain kuning. Bila  barang‐barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk  mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang  menaburkan serbuk kemenyan di dalam dupa. 

 

"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding.  Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji  bergerak‐kerak bagaikan ada tangan yang menyentuhnya. 

"Kaldian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar.  Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar. 

"Dah berapa lama sakit ni, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan  bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada  orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk  bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki  kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut. 

"Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.   

"Dah dekat tiga bulan," sahut datuk  "Patutlah lama tak ke rumah."  "Sibuk." 

 

"Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan."   

"Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta."  "Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.  "Itu salah saya," datuk mengaku. 

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta  bunyi orang mengoyakkan daun sirih. 

(30)

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya," terdengar lagi  suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk membuka pintu bilik , bau wangi masuk ke ruang  rumah. Lepas itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu. 

 

"Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar‐samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah  pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu  berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk  sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . Datuk sudah pun 

mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya  bertambah pening. Antara doktor dan dukun, siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh.  Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya  dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja. 

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa‐apa atas kehilangan  SBDJ (Jilid 01) ‐ Siri 06 : Melihat Jembalang Air 

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok  perak di pinggang. 

 

"Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik sahaja datuk mengakhiri  cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun panggung kepala. Bagaikan kilat datuk  mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu‐satu. Barulah  puas hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun‐daun pokok di kiri kanan jalan bergerak‐gerak diterjang  oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut‐sahutan. Di selang‐seli dengan raungan anjing yang 

mendayu‐dayu. 

 

Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan 

berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya  jatuh. Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat.  Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan  dengan hal‐hal begitu. Mata datuk terus juga merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi  dengan teliti. Datuk berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu  mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam  perut sungai. 

 

Referensi

Dokumen terkait