• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHNIAH SELAMAT DATANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAHNIAH SELAMAT DATANG"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1

TAHNIAH

SELAMAT DATANG

Ke

Politeknik Ungku Omar

Politeknik Premier

Kepada semua pelajar baharu

Sesi Disember 2016

Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan

difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana

sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di

sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh

kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas

dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum,

seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama,

(2)

2

PIAGAM PELANGGAN

1.

Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama

pelajar sampai untuk mendaftar.

2.

Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan

secara sistematik, terancang dan berkesan.

3.

Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang

berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan

perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10

hari bekerja.

4.

Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu

selepas semester pengajian berakhir.

VISI

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri

MISI

1.

Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti

dan diiktiraf

2.

Membangunkan kurikulum yang dipimpin industry dan

meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan

industri yang diselaraskan.

3.

Melahirkan graduan yang seimbang dan berdaya

keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik

dan mampan

4.

Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui

(3)

3

LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar

Megah Terbina di Lembah Kinta

di Ipoh Bandaraya

Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi

Mendidik Ilmu Teknologi

Membantu Membangun Industri

Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran

Bina Negara Perusahan

Walaupun Seribu Halangan

Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar

Mendukung Cita-Cita Bangsa

Prinsip Rukun Negara

Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia

Kita Juga Ada Upaya

Menjadi Bangsa Berjaya

Hidup Bebas dan Merdeka

(4)

4

LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Adalah Warisan Kita

Membekal Tenaga Bidang Teknikal

Bersama Membina Kemajuan Negara

Malaysia Ku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya

Itulah Amalan Hidup Kita

Di Mana Sahaja Politeknik Berada

Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu

Mencipta Lembaran Sejarah

Harapan Impian kan Menjadi Nyata

Cekal Takwa Usaha Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju

Semangatmu Merestui Perjuanganku

Teknologi Teras Pembangunan Negara

Politeknik Malaysia

(5)

5

MS ISO 9001: 2008

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008.

Pelanggan Politeknik

Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang

menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan

keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar

1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 65% mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.

Kecemerlangan Staf

1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/ persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industry atau setaraf dengannya mengikut bidang.

Kecemerlangan Proses

1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

(6)

6

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini. Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini.

Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.

Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta. Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.

Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu “Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi“. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI

MEJ (K) DATO’HJ. MD NOR BIN YUSOF Pengarah

Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier

(7)

7

PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Pengarah

Mej (K) Dato’ Hj. Md Nor Bin Yusof Timbalan Pengarah (Akademik)

Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Encik Mohd Azhar Bin Mohamed Shafie Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan

Kejuruteraan Awam Encik Noor Azman Bin Ibrahim Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Bt Zakaria Kejuruteraan Mekanikal Mej (K) Zairi Bin Osman

Kejuruteraan Perkapalan Encik Syed Amear Bin Syed Ariffin Perdagangan Puan Mazilah Binti Abdullah

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Encik Mohd Fariz Bin Che Amat Matematik, Sains Dan Komputer Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid

Pengajian Am Puan Haniza Norlin Bt Md Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar Puan Nor Haliza Binti Abdul Hamid Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Encik Haris Bin Abu Hassan

Hal Ehwal Pelajar (P&D) Cik Khamsiah Bt. Ishak Hal Ehwal Pelajar (K&D) Puan Siti Aishah Bt. Ali

Pengetua Asrama Puan Arshidah Bt. Mat Johor

Penilaian Dan Peperiksaan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Rahman Perhubungan & Latihan Industri Encik Kamaruddin Bin Yunus

Pengurusan Kualiti Puan Nur Margfirah Binti Nordin

Pegawai Psikologi Encik Amir Bin Azli Pegawai Perhubungan Awam Puan Hasmiza Bt Hussin Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Puan Zaitun Bt. Mohd Zain

Pembangunan Encik Kumaran a/l Kumaraweh Multimedia dan Sumber Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad

Teknologi Maklumat Puan Nur Azliza Bt. Ali Pegawai Eksekutif Tertinggi Encik Zulghafar Bin Mat Shik

Penolong Akauntan Encik Hafiz Hasbullah Bin Ismail Perpustakaan Puan Nur Hafiza Binti Jusoh

(8)

8

CARTA ORGANISASI

PENGARAH

MEJAR DATO’ HJ. MD. NOR BIN YUSOF

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK MUHAMMAD ZUBIR BIN HANIFAH

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK SOKONGAN

MOHD AZHAR BIN MOHAMED SHAFIE

KETUA JAB. KEJ. AWAM NOOR AZMAN BIN IBRAHIM

KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK HJH. JUNAIDA BT. ZAKARIA

KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL MEJ (K) ZAIRI BIN OSMAN

KETUA JAB. KEJ. PERKAPALAN SYED AMEAR BIN SYED ARIFFIN

KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MOHD FARIZ BIN CHE AMAT

KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER SHAMSURI BT MIOR KHALID

KETUA JAB. PENGAJIAN AM HANIZA NORLIN BT MD YUSOF

KETUA JAB. PERDAGANGAN MAZILAH BINTI ABDULLAH

KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR NOR HALIZA BINTI ABDUL HAMID

KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN HARIS BIN ABU HASSAN

(9)

9

MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i.

MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik

Ungku Omar.

ii.

MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal

Pelajar.

iii.

MSK

memberi

pendedahan

tentang

kemudahan

dan

perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar

menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv.

MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan

kehidupan sebagai warga politeknik.

v.

MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

(10)

10

PERATURAN MINGGU SUAIKENAL

Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:

1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK) 3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah

dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke surau dan bilik air.

5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.

6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja “T” tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.

7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal. 9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu

Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.

11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama. 12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun

dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan.

13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

(11)

11

AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

SESI DISEMBER 2016

PENAUNG

Mej (K) Dato’ Hj. Md Nor Bin Yusof Pengarah, Politeknik Ungku Omar PENASIHAT

En. Mohd Azhar Bin Mohamed Shafie Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PENGERUSI

Puan Nor Haliza Binti Abdul Hamid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar NAIB PENGERUSI

Pn. Siti Aishah Bt. Ali SETIAUSAHA I

En.Mohd Hamizan Bin Radzi SETIAUSHA II

En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:

1 Encik Dzulhari Bin Zulkupli

2 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan

(12)

12

PERATURAN LALULINTAS

Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas

A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.

2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.

2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik.

3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik. 4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar)

yang rosak atau hilang di dalam kampus.

5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :-

a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah. b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.

c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai.

d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.

e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan

f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.

7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan.

(13)

13

TINDAKAN TATATERTIB

Kesalahan sahsiah diri

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)

kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara pentadbiran.

Atau,

Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am

Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut:

1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.

2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali”

i) amaran;

ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan;

v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi; vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan; vii)pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

(14)

14

TENTATIF PROGRAM MSK

TARIKH HARI MASA AKTIVITI

20 NOV

2016

AHAD

08.30-11.00 pagi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2016

21 NOV

2016

ISNIN

07.30 pagi 08.30 pagi 09.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MSK Sesi Disember 2016

Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan

Taklimat Hal Ehwal Pelajar Pengambilan dan Data Taklimat PTPTN

02.00 petang 03.00 petang 04.30 petang

Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN) Taklimat Penasihatan Akademik Sukan - senamrobik

22 NOV

2016

SELASA

07.30 pagi 08.30 pagi 9.30 pagi 11.00 pagi

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MS ISO 9001 : 2008

Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan Taklimat Bomba dan Penyelamat

02.00 petang 03.00 petang 04.30 petang

Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan Raptai Penutup MSK Sukan- senamrobik

23 NOV

2016

RABU

07.30 pagi 08.30 pagi 09.30 pagi 11.00 pagi

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat Peraturan Keselamatan & Kesihatan

Taklimat Perpustakaan

(15)

15

SESI DISEMBER 2016

SAHSIAH DAN RUPA DIRI

SEMASA MINGGU SUAIKENAL

Pelajar Lelaki

‘slack’ berwarna hitam – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan. – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

rambut tertentu.

dan paras depan tidak menyentuh paras dahi. Pelajar Perempuan

m dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam. dipadankan dengan kain berwarna hitam.

arang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif adalah tidak dibenarkan sama sekali.

1 inci dan kasut sukan tidak dibenarkan. diwarnakan serta tidak berfesyen.

Lain-lain

arkan sama sekali.

(16)

16

NO.PENDAFTARAN:_______________________ HEP 6

AKU JANJI PELAJAR

Saya, _____________________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a)Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi;

(b)Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

(c)Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuk-

(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah-

(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi;

(B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan

(C)Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; sama ada di dalam atau di luar kampus.

(17)

17

(ii) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah; (iii) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan

pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad;

(iv) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen;

(v) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan;

(vi) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

(vii) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan (e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang

dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi. * Tarikh: 23 NOVEMBER 2016 Tandatangan Pelajar Nama Pelajar : No. Pendaftaran : Program : **

Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP)

Nama Saksi :

Jawatan Saksi :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 23 Novermber 2016) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

(18)

18

NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 7

IKRAR PELAJAR

Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan

tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan

sempurna.

Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh

Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam

apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang

boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di

Politeknik ini.

Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi

pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang

diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan

dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/

sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik

Ungku Omar/ terhadap saya.

Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Dato’ Pengarah/

dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Rabu/ Dua Puluh Tiga November / Dua Ribu Enam

Belas/ di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

*

____________________________________________ Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : ___________________________________________________________ No. Pendaftaran : ___________________________________________________________ No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________ Program : ___________________________________________________________

HEP 8

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 23 November 2016) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

(19)

19

POLITEKNIK UNGKU OMAR

POLITEKNIK PREMIER

BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL

SESI DISEMBER 2016

ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 4.

Jantina : L / P

Ulasan Peserta

Kesediaan dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. YA / TIDAK, jika TIDAK sila nyatakan sebab.

1 1 2 3 4 5

2 1 2 3 4 5

3 1 2 3 4 5

4 1 2 3 4 5

5

a. Taklimat keselamatan dan kesihatan 1 2 3 4 5

b. Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan. 1 2 3 4 5

c. Taklimat MS ISO 9001:2008. 1 2 3 4 5

d. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. 1 2 3 4 5

e. Taklimat Perpustakaan. 1 2 3 4 5

f. Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN). 1 2 3 4 5

g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data. 1 2 3 4 5

h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 1 2 3 4 5

6 1 2 3 4 5

7 1 2 3 4 5

AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik.

Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.

MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.

MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik.

MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar.

Taklimat -taklimat di bawah berkesan

Referensi

Dokumen terkait

Saya mewakili semua pensyarah dan warga kerja Fakulti Sains dan Matematik mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah ditawarkan

Menurut Bapak/Ibu, apakah pengembangan karir di BPR Rudo Indobank, Gajah Mada, Semarang berorientasi pada kondisi yang riil/nyata.

(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu

produksi buah pohon induk menjadi terganggu. Pertumbuhan bibit cangkokan tidak dimulai dari awal, tetapi lanjutan dari pertumbuhannya sebagai cabang dari tanaman induknya. Oleh

Keberadaan lab IPS sudah cukup lama, kurang lebih lima tahun. Tapi ya begitu pemanfaatannya. Tetapi lab IPS itu jarang dipakai. Lab TI juga punya dua

Teknologi komunikasi: berkaitan dengan penggunaan alat bantu untuk memproses dan mentransfer data dari perangkat yang satu ke lainnya.. Teknologi informasi dan teknologi

Karena orang yang tidak menyontek justru akan mendapat nilai sesuai kemampuan, orang yang menyontek berarti menipu diri sendiri.. Karena takut tidak mempunyai teman

Semasa penutupan lorong sepanjang 150 meter di Jalan Putra Permai (Arah Puchong) dilaksanakan, pengguna jalan raya dari arah Serdang menghala ke Puchong dan