• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rancangan Mengajar. 100 Insan: Sebuah Potret Dunia.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rancangan Mengajar. 100 Insan: Sebuah Potret Dunia."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Rancangan Mengajar

100

Insan: Sebuah Potret Dunia

(2)

Pemahaman populasi dunia adalah terhalang semata-mata disebabkan saiz tugas yang terbabit. Kita boleh mengukur nombor dan statistik tetapi realiti bagi 6.7 bilion insan adalah amat sukar untuk difahami. Sungguhpun hampir mustahil untuk

menggambarkan pengalaman hidup setiap insan dengan tepat, matlamat projek ini adalah untuk memilih dan mengetengahkan suatu sampel wakil populasi bumi yang terdiri daripada 100 orang. Gambaran yang jauh lebih sedikit ini, namun lebih tepat mengikut saiz sampelnya, memberikan cara yang lebih praktikal untuk kita memahami diri sebagai suatu spesies dengan lebih baik. Adalah suatu harapan kami agar kerja ini akan mengilhamkan orang ramai untuk memandang dunia ini dari sudut yang baru. Siapakah mereka yang kita berkongsi kejiranan, komuniti, bandar, sekolah dan negara? Di manakah tempat yang sesuai untuk kita?

Projek ini akan merakamkan 100 orang individu yang mewakili populasi global,

berkadaran dengan tinjauan dan statistik global tahunan, dalam filem, fotografi, muzik dan teks. Potret dunia ini akan digunakan untuk memperkenalkan penghuni bumi antara satu sama lain dan membantu pemahaman kepelbagaian serta persamaan yang ada antara kita semua.

Media yang dicipta oleh 100 People Foundation bertujuan untuk mendidik, menghiburkan dan mengilhamkan peserta-peserta agar mempelajari geografi, kebudayaan, bahasa, agama dan muzik dunia serta sumber yang dikongsi bersama oleh kita dengan lebih banyak.

100

Insan: Sebuah Projek Seni Global

Para guru dijemput untuk menggunakan 100 Insan: Sebuah Potret Dunia sebagai sebuah projek kelas. Rangka kerjanya adalah mudah: menyumbang kepada potret dunia kami dengan meminta pelajar-pelajar meraikan seseorang daripada komuniti anda menerusi fotografi dan penulisan serta berkongsi maklumat tentang tempat anda di dunia ini. Tugasannya adalah mencalonkan dan mengambil gambar individu yang telah memberi inspirasi kepada pelajar, iaitu seorang warganegara di mana mereka tinggal.

Bermacam-macam variasi boleh dilakukan terhadap tugasan. Keseluruhan kelas mungkin hanya memilih satu orang untuk mengambil gambar, lalu memberikan

interpretasi yang berlainan bagi seseorang individu itu. Ataupun, setiap ahli kelas boleh mencalonkan satu orang, seperti yang telah dibuat oleh kelas Jennifer Henbest de Calvillo daripada Sekolah Antarabangsa Yangon di Myanmar. Pelajar-pelajar Jennifer telah mendapatkan ahli-ahli komuniti yang dikagumi oleh mereka dan menghantarkan gambar dan karangan tentang setiap ahli komuniti tersebut kepada kami. Kimberly Sajan daripada Pusat Sains dan Matematik di Manhattan pula telah mencipta sebuah projek kelas yang menugaskan setiap pelajar mentafsir suatu statistik secara visual, di mana pelajar mendapatkan potret 61 orang Asia atau 20 orang kanak-kanak atau 17 orang yang hidup tanpa air yang bersih dan selamat. Potret boleh dibuat dalam sebarang media – fotografi, lukisan, arca mahupun multimedia.

(3)

100

Insan: Sebuah Projek Seni Global

Langkah Permulaan

• Layari laman web 100 People Foundation untuk mengetahui projek ini dengan

lebih lanjut dan ketahui apa yang dilakukan oleh guru lain. www.100people.org

• Kenal pasti seorang rakan sekerja di Amerika Syarikat untuk menjadi pasangan

(cadangan – guru kajian sosial atau guru seni)

• Tentukan sekumpulan pelajar yang terlibat – ini boleh jadi satu atau dua buah

kelas, atau keseluruhan darjah mahupun sebuah sekolah.

• Jika boleh, jalinkan hubungan dengan sebuah “sekolah kembar” tempatan untuk

sama-sama melaksanakan projek.

• Isi dan lengkapkan borang pendaftaran dalam talian dan wujudkan halaman

kumpulan anda sendiri dengan melayari

www.100people.org/getinvolved_participate.php

• Baca Buku Kerja Projek dan anda sudah bersedia untuk memulakannya!

Buku Kerja Projek

Buku kerja ini akan membantu guru dan pelajar membuat pencalonan untuk potret dunia dan buku ini juga memberi cadangan tentang cara menggunakan projek untuk mengajar pelajar tentang tempat mereka dalam populasi global. Buku kerja ini mengandungi:

• Tugasan

• Kriteria Pencalonan • Membuat Pencalonan • Menyerahkan Pencalonan • Menggunakan Laman Web • Topik Perbincangan

(4)

Tugasan

Matlamatnya adalah pelajar keluar mencari satu orang daripada komuniti mereka untuk dicalonkan dalam projek.

Tugasan ini adalah mencipta potret seseorang individu yang telah memberi inspirasi kepada pelajar, iaitu seorang warganegara di negara tempat didiami oleh mereka. Potret seharusnya disertakan dengan gambaran bertulis tentang usia, jantina, bangsa, agama dan bahasa individu terbabit, serta penerangan mengapa individu tersebut dikatakan memberi inspirasi kepada pelajar.

Tugasan ini berpotensi memulakan dialog pemahaman tentang siapa kita dan tempat kita di dunia. Karya seni yang dihasilkan bukan sahaja akan dipamerkan di luar kelas dan menjadi sebahagian daripada sebuah projek seni yang penting dan berkembang. Sekolah-sekolah antarabangsa digalakkan menjadi pasangan sekolah tempatan untuk tujuan pencalonan. Matlamat perkongsian sekolah tempatan adalah meluaskan penglibatan daripada pelbagai perspektif komuniti negara dan antarabangsa. Pendekatan kolaboratif ini dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu mereka membina jalinan dengan komuniti dengan lebih mendalam.

Kriteria Pencalonan

Pencalonan boleh dibuat bagi sesiapa sahaja yang menjadi ahli komuniti di tempat tinggal pelajar dan telah memberi inspirasi kepada pelajar menerusi tindakan atau gaya hidup mereka. Tugas mewakili populasi global yang terdiri daripada 6.7 bilion orang dengan hanya 100 buah potret merupakan suatu tugas yang sukar dilaksanakan dan terbatas ketepatannya kerana banyak ciri populasi adalah rumit, dan sukar digabung dan diwakili oleh begitu sedikit individu. Oleh sebab itu, kami meminta pencalonan yang paling baik mewakili diri kita dengan meminta pelajar supaya mencalonkan insan yang telah melakukan sesuatu dalam komuniti atau dalam hidup mereka yang telah memberi inspirasi dan faedah kepada orang lain.

Bahagian galeri laman web 100 People akan memaparkan pencalonan yang diterima oleh kami terima daripada sekolah. Potret terakhir akan terdiri daripada 100 insan yang terpilih daripada pencalonan tersebut yang bersesuaian dengan model statistik yang mengilhamkan projek ini. Kelebihan idea ini terletak pada kebolehan merangkap sampel visual dunia yang mudah berbanding dengan sampel rumit bernombor yang menyeluruh.

(5)

100

Insan: Sebuah Projek Seni Global

Membuat Pencalonan

Berbincang bersama dengan pelajar-pelajar anda tentang jenis potret yang akan dibuat oleh mereka. Fotografi digital mungkin merupakan media yang paling mudah untuk dilakukan jika anda ingin membuat pencalonan melalui laman web ini.

Potret seharusnya disertakan dengan gambaran bertulis tentang usia, jantina, bangsa, agama dan bahasa individu tersebut, serta penerangan tentang perkara yang telah dilakukan oleh individu tersebut sehingga mengilhamkan pencalonannya. Dalam kebanyakan kes, ini melibatkan temubual dengan subjek tersebut. Temubual boleh dilakukan secara tidak rasmi dengan menggunakan soal selidik bertulis yang dilampirkan dalam bahagian dokumen buku kerja ini.

Menyerahkan Pencalonan

Salah satu kelebihan melakukan projek ini adalah pelajar dapat melihat kerja mereka dipersembahkan dalam konteks yang lebih meluas. Walaupun semua pencalonan dialu-alukan, pelajar boleh diminta untuk mengkritik kerja mereka sendiri dan mereka mungkin dapat belajar sesuatu daripada perbincangan tentang apa yang dikatakan sebuah potret yang baik sebelum menyerahkan kerja mereka.

Apabila anda bersedia untuk menyerahkan pencalonan, sila memastikan anda menyertakan:

• Nama pelajar

• Foto digital atau imej lain yang disimpan sebagai fail JPEG, 300 DPI (fail bukan

digital mesti diposkan ke alamat di bawah)

• Nama, usia, agama dan tempat tinggal subjek • Huraian mengapa individu tersebut dipilih • Profil Komuniti

• Borang Pelepasan Imej

Pencalonan yang lengkap boleh dihantarkan di laman web kami: www.100people.org

atau dihantar melalui pos ke: Carolyn Jones

100 People Foundation 15 West 26th Street, #914 New York, NY, 10010 USA

(6)

Topik Perbincangan & Idea Aktiviti Berkaitan:

Perbincangan: Apakah itu statistik & apakah yang diceritakan?

Definisi Statistik: k.n. A. Ilmu koleksi, organisasi dan interpretasi data berangka, terutamanya analisis ciri-ciri populasi dengan membuat kesimpulan daripada pensampelan. B. Data berangka.

Memudahkan perbincangan kelas tentang cara statistik diperolehi dan oleh siapa. Ini boleh membawa kepada pemahaman tentang cara statistik digunakan untuk mendokumentasi komuniti dan memahami isu-isu identiti, kepentingan dan keperluan umum, perdagangan dan kebudayaan.

Statistik yang dilampirkan dalam bahagian dokumen buku kerja ini boleh digunakan untuk membantu pelajar memfokuskan cara mereka menggambarkan komuniti sendiri dan cara mereka membandingkannya dengan komuniti yang lain.

Satu cara yang baik untuk mencabar andaian pelajar tentang dunia tempat tinggal mereka adalah dengan meminta mereka meneka jawapan sebelum melihat senarai terkumpul dan membuka ruang perbincangan tentang sifat kualitatif sesetengah perkara yang diukur. Apakah itu air minuman yang selamat? Bagaimanakah kita mengenal pasti perumahan substandard? Apakah akibat buta huruf? Apakah implikasi lebih daripada separuh daripada penghuni dunia ini yang tinggal di Asia?

Akhir sekali, bagaimanakah kita dapat melambangkan isu-isu tersebut dengan potret daripada komuniti? Jika kita dapat melihat dunia ini sebagai 100 insan, model yang sama boleh digunakan untuk mengkaji komposisi sebarang populasi – kelas, bandar, kampung mahupun negara.

(7)

7

100

Insan: Sebuah Projek Seni Global

Perbincangan: Inspirasi – Apakah maksudnya? Kenapakah ia penting?

Definisi Inspirasi: k.n. A. Untuk memberi kesan, membimbing atau membangkitkan melalui pengaruh ketuhanan. B. Untuk mengisi dengan emosi yang menghidupkan atau merangsangkan: madah yang memberi inspirasi kepada jemaah; seorang artis yang diilhamkan oleh Impresionisme. C. Untuk merangsang tindakan; mendorong: daya jualan yang diilhamkan oleh prospek bonus. D. Untuk memberi kesan atau menyentuh: Daun yang gugur mengilhamkan beliau dengan kesedihan. E. Untuk menghasilkan; menimbulkan atau membangkitkan: seorang guru yang mengilhamkan kekaguman dan kehormatan. F. Sebagai punca atau sumber; menyebabkan berlakunya: suatu ciptaan yang mengilhamkan banyak tiruan.

Untuk memulakannya, bincangkan maksud inspirasi dan kenapa ia penting. Inspirasi boleh berasal daripada banyak sumber – seorang artis, guru, atlet atau tokoh kerajaan. Bagi kebanyakan pelajar, seorang ahli keluarga atau jiran boleh menjadi inspirasi mereka berdasarkan pandangan mereka.

Tanyakan soalan: siapakah yang memberi inspirasi kepada anda dan kenapa? Bagaimanakah anda dapat berjumpa dengan orang tersebut jika mereka tidak mengenali anda? Ia boleh jadi semudah panggilan telefon, surat pengenalan atau orang hubungan peribadi. Kamera dan buku nota boleh menjadi pasport yang membolehkan pelajar pergi ke mana sahaja dan bercakap dengan sesiapa jua.

Aktiviti: Profil Komuniti

Bagaimanakah anda menggambarkan komuniti anda kepada orang lain? Dalam kajian kelas anda terhadap komuniti, pelajar mungkin ingin memfokuskan perkara persamaan yang dikongsi dengan komuniti lain, di samping perkara yang membuatkan komuniti mereka unik.

Bahagian persamaan seperti makanan, pakaian, kerajaan, industri dan pengangkutan juga merupakan bahagian yang mempunyai variasi tersendiri.

Apa yang mungkin dianggap sebagai biasa dan lazim di satu tempat mungkin unik bagi orang lain. Contohnya, pencalonan pelajar daripada Sekolah Antarabangsa Shekou di China membabitkan seorang lelaki dengan tiga orang anak. Namun, dasar kerajaan China menggalakkan keluarga satu-anak. Poin pembezaan ini ketara dalam pencalonan tersebut kerana ia membezakan lelaki dalam komuniti itu daripada orang lain di sekelilingnya. Di bahagian lain dalam dunia ini, idea dasar keluarga satu-anak mungkin langsung tidak pernah didengar dan ini memberikan asas untuk perbincangan yang menarik tentang perbezaan kebudayaan dan ekonomi antara komuniti.

(8)

Aktiviti: Menceritakan Cerita

Perkataan adalah digunakan untuk memberitahu sebuah cerita tetapi gambar juga boleh menceritakan sebuah cerita. Sekeping gambar boleh mendokumentasi sesuatu peristiwa tertentu, menangkap saat yang unik, memberitahu kita tentang kehidupan di suatu tempat dan masa atau memberi pemahaman dalaman tentang seseorang atau sekumpulan manusia. Pilih fotograf untuk dibincangkan bersama dengan kelas. Tanya pelajar apa yang dapat diperolehi oleh mereka daripada melihat gambar tersebut, berkongsi pemerhatian, kesimpulan dan persoalan.

Antara soalan yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:

• Adakah fotograf digayakan atau ditangkap secara serta-merta?

• Pada pendapat anda, bilakah foto diambil? Apakah klu yang ada?

• Bagaimanakah anda menggambarkan subjek? Apakah yang dipakai atau dibuat

oleh subjek?

• Apakah suasananya? Apakah objek yang boleh dilihat, kenapa objek tersebut

dimasukkan dan maklumat apa yang diberikan?

• Apakah tajuk fotograf yang diberikan oleh anda? Kenapa?

• Apakah yang diceritakan melalui gambar ini tentang kehidupan orang ini?

Pertimbangkan foto daripada galeri di www.100people.org, untuk membantu membimbing

pelajar semasa mereka membuat potret untuk pencalonan. Antara persoalan yang difikirkan oleh mereka dalam membuat potret masing-masing:

• Bagaimanakah anda menyampaikan idea anda?

• Bagaimanakah anda mengabadikan inspirasi yang dirasakan oleh anda dan

mempersembahkannya kepada orang lain?

• Apakah yang membuatkan sesebuah potret itu menambat perhatian?

• Bagaimanakah teknik visual dan penulisan yang berlainan membantu anda

menyampaikan cerita anda?

Dokumen Berguna

Statistik (yang kosong dan yang berserta nombor) Profil Komuniti

Soal Selidik Subjek

Borang Pelepasan Imej (bawah umur dan dewasa)

(9)

9

Jika Dunia ini

100

INSAN:

50 adalah perempuan 50 adalah lelaki

20 adalah kanak-kanak Akan ada 80 orang dewasa,

Yang mana 14 adalah berusia 65 tahun ke atas Akan ada:

61 orang Asia 12 orang Eropah 13 orang Afrika

14 orang daripada Hemisfera Barat Akan ada:

31 orang Kristian 21 orang Islam 14 orang Hindu

6 orang penganut Buddha

12 orang yang berpegang pada agama lain 16 orang yang tidak mempunyai agama 17 orang akan bertutur dalam bahasa Cina 8 orang akan bertutur dalam bahasa Hindustan 8 orang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris 7 orang akan bertutur dalam bahasa Sepanyol 4 orang akan bertutur dalam bahasa Arab 4 orang akan bertutur dalam bahasa Rusia 52 orang akan bertutur dalam bahasa lain

82 orang boleh membaca dan menulis; 18 orang adalah buta huruf 1 orang memiliki pendidikan peringkat kolej

1 orang memiliki sebuah komputer

75 orang mempunyai bekalan makanan dan tempat berteduh daripada angin dan hujan tetapi 25 orang tidak

1 orang hampir mati kebuluran 17 orang kekurangan zat makanan

15 orang mempunyai berat badan yang berlebihan

83 orang mempunyai akses kepada air minuman yang selamat 17 orang tidak mempunyai air minuman yang selamat dan bersih

(10)

Akan ada:

____ Perempuan ____ Lelaki

____ Kanak-Kanak ____ Orang Dewasa

____ Orang Dewasa berusia 65 tahun ke atas ____ Orang Asia

____ Orang Eropah ____ Orang Afrika

____ orang daripada Hemisfera Barat ____ orang Kristian

____ orang Islam ____ orang Hindu ____ penganut Buddha

____ berpegang pada agama lain ____ tidak mempunyai agama ____ bertutur dalam bahasa Cina ____ bertutur dalam bahasa Hindustan ____ bertutur dalam Bahasa Inggeris ____ bertutur dalam bahasa Sepanyol ____ bertutur dalam bahasa Arab ____ bertutur dalam bahasa Rusia ____ bertutur dalam bahasa-bahasa lain ____ boleh membaca dan menulis

____ tidak boleh membaca atau menulis ____ memiliki pendidikan peringkat kolej ____ memiliki sebuah komputer

____ mempunyai makanan dan tempat berteduh ____ hampir mati kebuluran

____ kekurangan zat

____ berat badan yang berlebihan

(11)

11

100

Insan: Sebuah Potret Dunia

PROFIL KOMUNITI

Di manakah anda tinggal?

Bandar/ Negeri/ Wilayah/ Negara Zon Masa

Longitud/Latitud

Apakah jenis pakaian yang dipakai oleh anda? Apakah jenis makanan yang dimakan oleh anda?

Apakah jenis makanan yang ditanam di tempat tinggal anda? Apakah agama yang diamalkan dalam komuniti anda?

Apakah bahasa yang digunakan dalam komuniti anda? Apakah haiwan yang hidup di kawasan anda?

Apakah industri yang menyokong ekonomi tempatan anda?

Apakah jenis pengangkutan yang digunakan dalam komuniti anda? Apakah struktur keluarga tradisional dalam komuniti anda?

Apakah sistem pendidikan dalam komuniti anda? Apakah mata wang yang digunakan oleh anda?

(12)

SOAL SELIDIK SUBJEK

Nama: _______________________________________________________________ Usia: _______ Jantina: __________ Agama: ______________________________ Lokasi Tempat Tinggal (kampung/bandar, negeri, negara)

_____________________________________________________________________ Jelaskan bagaimana individu ini telah memberi faedah kepada komuniti, mendapat penghormatan, memberi ilham atau mengetuai orang lain.

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (gunakan halaman belakang jika perlu)

Soalan Pilihan:

Di manakah anda dilahirkan?

Apakah makanan yang dimakan oleh anda? Apakah perkerjaan anda?

Apakah kaedah pengangkutan anda?

Bagaimanakah anda menggambarkan keluarga anda? Apakah yang dilakukah oleh anda sebagai Hiburan? Apakah jenis muzik yang disukai oleh anda?

(13)

13

100

People Foundation

15 West 26

th

Street, #914

New York, NY 10010 USA

(212) 252-8402

PELEPASAN IMEJ

Di sini saya, yang cukup umur dari segi undang-undang, memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik untuk nama, imej dan rupa saya seperti yang ditunjukkan dalam fotograf, pita video dan/atau imej elektronik, dan/atau rakaman audio suara dan kata-kata saya boleh digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dalam mana-mana dan semua media oleh 100 People Foundation pada bila-bila masa dalam apa-apa cara yang dikehendaki, bebas dan jelas daripada sebarang tuntutan daripada pihak saya. YANG DISAKSIKAN, DI NEGERI DAN NEGARA ___________________

_______________________ PADA HARI INI BERTARIKH_______________________ NAMA ___________________________________________USIA_________________ TANDATANGAN________________________________________________________ ALAMAT______________________________________________________________ BANDAR______________________________________________________________ NEGERI_________________________POSKOD______________________________ TELEFON_____________________________________________________________ ALAMAT E-MEL________________________________________________________

(14)

15 West 26

Street, #914

New York, NY 10010 USA

(212) 252-8402

PELEPASAN IMEJ

Kanak-Kanak Tidak Cukup Umur

Di sini saya, sebagai Ibu Bapa/ Penjaga kepada _________________________, memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik untuk nama, imej dan rupanya seperti yang ditunjukkan dalam fotograf, pita video dan/atau imej elektronik, dan/atau rakaman audio suara dan kata-katanya boleh digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dalam mana-mana dan semua media oleh 100 People Foundation pada bila-bila masa dalam apa-apa cara yang dikehendaki, bebas dan jelas daripada sebarang tuntutan daripada pihak saya mahupun pihak kanak-kanak tidak cukup umur tersebut.

YANG DISAKSIKAN, DI NEGERI DAN NEGARA ______________________________

_______________________ PADA HARI INI BERTARIKH_______________________ NAMA KANAK-KANAK____________________________________USIA___________ NAMA IBU BAPA/PENJAGA ______________________________________________ TANDATANGAN________________________________________________________ ALAMAT_____________________________________________________________ BANDAR______________________________________________________________ NEGERI_________________________POSKOD___________________________ TELEFON_____________________________________________________________ ALAMAT E-MEL_______________________________________________________

Referensi

Dokumen terkait

 Kerangka konseptual merupakan kerangka fikir mengenai hubungan antar variabel- variabel yang terlibat dalam penelitian atau hubungan antar konsep dengan konsep

Tabel 3.50 Deskripsi Use Case Enter Secondary Re-registration Information 146 Tabel 3.51 Deskripsi Use Case Check Submitted Re-registration Documents 147 Tabel 3.52

Pertimbangan mengenai dipilihnya lokasi penelitian ini yaitu dengan melakukan penelitian di lokasi tersebut penulis dapat memperoleh data yang lengkap, akurat dan

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

Konservasi, Direktorat Inventarisasi Sumber Daya Mineral sebagai salah satu instansi yang bertanggung jawab terhadap pelaksanaan konservasi bahan galian, dan sesuai dengan

Mata Acara ini diusulkan untuk memenuhi ketentuan Pasal 9 ayat (4) butir e Anggaran Dasar Perseroan, dimana Rapat memberikan wewenang kepada Dewan

Name and Adress of the College Composite Remarks Contact

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak