X
PENGENALAN
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di Malaysia, amalan bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan susunan tarannum yang tertentu di samping meletakkan tarannum Bayyati sebagai maqam pertama yang bertindak sebagai pembuka atau permulaan persembahan.
Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai pengenalan latarbelakang tarannum Bayyati. Fokus utamanya adalah perbincangan berkenaan pengertian Bayyati dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifat-sifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Di samping itu juga kaedah praktikal juga akan dibahaskan dengan menerapkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Bayyati.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan sejarah perkembangannya; 2. Menghuraikan peranan dan sifat-sifat alunan lagunya serta taqbiqnya; dan 3. Mengenal pasti beberapa lagu yang diwaslahkan dengan lagu Bayyati.
AKTIVITI 4.1
Buat dalam bentuk halaqah (kumpulan), kemudian pilih 3 surah pendek dan baca mengikut lagu tarannum Bayyati di hadapan pensyarah anda. Nilaikan tahap pemahaman anda terhadap tarannum Bayyati ini.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
4
4
SEJARAH TARANNUM BAYYATI
Berikut adalah tiga faktor utama dalam sejarah tarannum bayyati.
4.1.1 Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya
Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan ÂBayyatiÊ adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.
Manakala dari sudut istilahnya pula, ÂBayyatiÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.
Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran. Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang. Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya. Oleh itu, keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.
4.1.2 Sifat-sifat Alunan Tarannum Bayyati
Rajah 4.1 seterusnya menunjukkan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.
Rajah 4.1: Sifat-sifat alunan tarannum bayyati
Justifikasi daripada mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati adalah suatu perkara yang amat penting. Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui selok-belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun harakah-harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan punca yang akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.
4.1.3 Peranan Bayyati
Umumnya, setiap tarannum mempunyai misi sebagai alat penyampai bagi menghayati isi kandungan al-Quran. Justeru, kepentingan mengetahui peranan tarannum Bayyati juga adalah salah satu daripada misi dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran.
Di antara peranan tarannum Bayyati dinyatakan dalam Rajah 4.2.
Rajah 4.2: Peranan persembahan tarannum bayyati
AKTIVITI 4.2
Cari dua bacaan daripada Qari atau Qariah, sama ada dalam bentuk CD atau kaset. Nilaikan bacaan tarannum Bayyati mereka.
TATBIQ TARANNUM BAYYATI DALAM
AL-QURAN
4.2.1 Surah yang Ber
Mad ’Aridh Lissukun
Surah al-MuÊminun, 23: 1-7
ijk
ô‰s%
yxn=øùr&
tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$#
∩⊇∪
t⎦⎪Ï%©!$#
öΝèδ
’Îû
öΝÍκÍEŸξ|¹
tβθãèϱ≈yz
∩⊄∪
t⎦⎪Ï%©!$#uρ
öΝèδ
Ç⎯tã
Èθøó¯=9$#
šχθàÊÌ÷èãΒ
∩⊂∪
t⎦⎪Ï%©!$#uρ
öΝèδ
Íο4θx.¨“=Ï9
tβθè=Ïè≈sù
∩⊆∪
t⎦⎪Ï%©!$#uρ
öΝèδ
öΝÎγÅ_ρãàÏ9
tβθÝàÏ≈ym
∩∈∪
ωÎ)
#’n?tã
öΝÎγÅ_≡uρø—r&
÷ρr&
$tΒ
ôMs3n=tΒ
öΝåκß]≈yϑ÷ƒr&
öΝåκ¨ΞÎ*sù
çöxî
š⎥⎫ÏΒθè=tΒ
∩∉∪
Ç⎯yϑsù
4©xötGö/$#
u™!#u‘uρ
y7Ï9≡sŒ
y7Íׯ≈s9'ρé'sù
ãΝèδ
tβρߊ$yèø9$#
∩∠∪
4.2.2 Surah yang Ber
Mad ’Iwad
Surah al-Furqan, 25: 1-3
ijk
x8u‘$t6s?
“Ï%©!$#
tΑ¨“tΡ
tβ$s%öàø9$#
4’n?tã
⎯Íνωö6tã
tβθä3u‹Ï9
š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ï9
#·ƒÉ‹tΡ
∩⊇∪
“Ï%©!$#
…çμs9
à7ù=ãΒ
ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#
ÇÚö‘F{$#uρ
óΟs9uρ
õ‹Ï‚−Gtƒ
#Y‰s9uρ
öΝs9uρ
⎯ä3tƒ
…ã&©!
Ô7ƒÎŸ°
’Îû
Å7ù=ßϑø9$#
t,n=yzuρ
¨≅à2
&™ó©x«
…çνu‘£‰s)sù
#\ƒÏ‰ø)s?
∩⊄∪
(#ρä‹sƒªB$#uρ
⎯ÏΒ
ÿ⎯ÏμÏΡρߊ
ZπyγÏ9#u™
ω
šχθà)è=øƒs†
$\↔ø‹x©
öΝèδuρ
šχθà)n=øƒä†
Ÿωuρ
šχθä3Î=ôϑtƒ
öΝÎγÅ¡àΡL{
#uŸÑ
Ÿωuρ
$YèøtΡ
Ÿωuρ
tβθä3Î=ôϑtƒ
$Y?öθtΒ
Ÿωuρ
Zο4θu‹ym
Ÿωuρ
#Y‘θà±èΣ
∩⊂∪
4.2
4.2.3 Surah yang Tiada Ber
Mad
di Kepala Ayat
Surah al-Qamar, 54: 1-7ijk
ÏMt/utIø%$#
èπtã$¡¡9$#
¨,t±Σ$#uρ
ãyϑs)ø9$#
∩⊇∪
βÎ)uρ
(#÷ρttƒ
Zπtƒ#u™
(#θàÊÌ÷èãƒ
(#θä9θà)tƒuρ
ÖósÅ™
@ÏϑtGó¡•Β
∩⊄∪
(#θç/¤‹Ÿ2uρ
(#þθãèt7¨?$#uρ
óΟèδu™!#uθ÷δr&
4
‘≅à2uρ
9øΒr&
@É)tGó¡•Β
∩⊂∪
ô‰s)s9uρ
Νèδu™!$y_
z⎯ÏiΒ
Ï™!$t6/ΡF{$#
$tΒ
ÏμŠÏù
íy_yŠ÷“ãΒ
∩⊆∪
8πyϑò6Ïm
×πtóÎ=≈t/
(
$yϑsù
Ç⎯øóè?
â‘ä‹–Ψ9$#
∩∈∪
¤ΑuθtFsù
óΟßγ÷Ζtã
¢
tΠöθtƒ
äíô‰tƒ
Æí#¤$!$#
4’n<Î)
&™ó©x«
@à6œΡ
∩∉∪
$·è¤±äz
óΟèδã≈|Áö/r&
tβθã_ãøƒs†
z⎯ÏΒ
Ï^#y‰÷`F{$#
öΝåκ¨Ξr(x.
׊#ty_
×ųtFΖ•Β
∩∠∪
TARANNUM YANG DIWASLAH DENGAN
BAYYATI
Perkataan `WaslahÊ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud susunan yang mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat. Adapun tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati bermaksud jenis-jenis tarannum lain selain Bayyati yang selari dan berseiring dengan bacaannya. Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan BayyatiÊ, seperti bacaan Husayni, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:
AKTIVITI 4.3
Berpandukan Surah al-Insan, buat penerapan tarannum Bayyati dan
Husayni.
(a) Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi.
(b) Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Husayni dan sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan Qariah itu sendiri.
4.3.1
Husayni
: Pengertian dan Peranannya
Perkataan ÂHusayniÊ adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan
(asas pertimbangan asal perkataan) Husn yang bermaksud cantik, anggun dan indah.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ÂHusayniÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah). Namun, alunannya telah diubah suai oleh para Qari dari Mesir mengikut perkembangan semasa sehingga sekarang.
Tuan Haji Muhammad Yusuf Kedondong (salah seorang guru tarannum yang berasal dari Kelantan) berpendapat bahawa:
„Sesungguhnya laungan azan oleh Saidina Bilal bin Rabah r.a. di Masjid Nabawi adalah melalui alunan tarannum Husayni. Maka bersempena nama keturunan Saidina Bilal iaitu al-Husayni (Bilal bin Rabah al-Habshi al-Husayni), maka diambil nama tersebut dan dilabelkan sebagai salah satu jenis-jenis tarannum al-Quran‰.
Mengikut pendapat al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna`, salah seorang pakar tarannum dari Mesir yang menyatakan bahawa tarannum al-Husayni ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti Shuri, al-Khiyari dan al-Asli. Sila lihat pembahagian Bayyati dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3: Pembahagian bayyati
Di antara sifat-sifat alunan tarannum Husayni adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 4.4 berikut.
Di antara peranan dan tugasan tarannum Husayni adalah seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 4.5 yang seterusnya.
Rajah 4.5: Peranan dan tugasan tarannum husayni
4.3.2
Kurdi
: Pengertian dan Peranannya
Perkataan ÂKurdiÊ adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang tinggal di kawasan yang terletak di Asia Tengah iaitu antara negara Turki, Iran dan Iraq.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ÂKurdiÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari bangsa Kurdi mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut. Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Namun dewasa ini amalan dan penghayatan melalui tarannum Kurdi semakin berkurangan.
Di antara sifat-sifat alunan Tarannum al-Kurdi tertera dalam Rajah 4.6.
Rajah 4.6: Sifat-sifat alunan tarannum al-Kurdi
Peranan dan tugasan tarannum Kurdi seakan-akan sama dengan tarannum Bayyati. Di antara peranan dan tugasan tarannum Kurdi ditunjukkan dalam Rajah 4.7.
4.3.3
`Iraqi
: Pengertian dan Peranannya
Perkataan Â`IraqiÊ adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang terletak di Asia Tengah iaitu bersempadanan antara negara Arab Saudi, Kuwait dan Iran.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Â`IraqiÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang mempunyai persamaan dengan budaya para Qari dari Hijaz. Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan diterima pakai oleh masyarakat sekarang. Walau bagaimanapun identiti asalnya (rentak alunan `Iraqi) masih lagi dikekalkan.
Di antara sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi adalah seperti yang tertera dalam Rajah 4.8 berikut.
Rajah 4.8: Sifat-sifat alunan tarannum al-`Iraqi
Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi pula dapat kita lihat dalam Rajah 4.9 berikut.
Rajah 4.9: Peranan dan tugasan tarannum `Iraqi
SEMAK KENDIRI 4.1
1. Terangkan secara ringkas maksud tarannum Bayyati, Husayni, Kurdi dan `Iraqi.
2. Huraikan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati. 3. Jelaskan peranan dan tugasan tarannum Bayyati.
• Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu persembahan bacaan al-Quran.
• Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri.
• Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati ialah mempunyai kelembutan di samping ketegasan, kesesuaian dengan tabaqah sederhana, mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan serta mempunyai kesesuaian sebagai tarannum pembuka dan penutup.
• Tarannum yang diwaslahkan (susunan yang mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu tempat) dengan Bayyati bermaksud jenis-jenis tarannum lain selain Bayyati yang selari dan berseiring dengan bacaannya.
• al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna` berpendapat bahawa tarannum al-Husayni
ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-Shuri, al-Khiyari dan al-Asli.
Al-Asli Al-Khiyari Al-Shuri Baytun Husayni Iraqi Maqam Bayyati Peranan Kurdi
Sifat-sifat Alunan Bayyati
Tatbiq Waslah
KATA KUNCI
Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.
MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam.
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.