• Tidak ada hasil yang ditemukan

100 Hadis Pengubatan Nabi Thibbun Nabawi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "100 Hadis Pengubatan Nabi Thibbun Nabawi"

Copied!
104
0
0

Teks penuh

(1)

1

100 HADIS

PENGUBATAN NABI

(

يوبنلا بطلا)

(Dari Soheh Imam al-Bukhari)

Terjemahan dan ulasan;

(2)

2

KANDUNGAN BUKU

MAKANAN ...

Adab makan ... Kadar makan orang beriman ... Makan secara berjamaah ... Cara duduk Nabi ketika makan ... Jangan makan atau minum dengan gopoh-gapah ... Jangan bernafas dalam bekas minuman ... Menghabisi makanan termasuk yang dijari ... Makan beraneka jenis makanan ... Berdoa selepas makan ...

PENYAKIT DAN ORANG SAKIT ...

Penyakit adalah penghapus dosa ... Kehilangan mata ... Rasulullah; orang yang paling berat sakitnya ... Tuntutan menziarahi orang sakit ... Menziarahi orang yang koma atau pengsan ... Wanita menziarahi lelaki ... Menziarahi kanak-kanak ... Menziarahi orang pedalaman ... Menziarahi orang musyrik ... Orang sakit berjamaah bersama orang yang menziarahinya ... Mengusapkan tangan ke atas orang sakit... Apa yang patut diucapkan kepada orang sakit apabila menziarahinya ... Hukum mengadu kesakitan ... Jangan bertengkar di hadapan orang sakit ... Larangan mengharapkan kematian ... Doa untuk pesakit ... Menyiram air wudhuk ke atas pesakit ...

PENGUBATAN ...

Setiap penyakit ada ubatnya ... Adakah harus orang lelaki mengubati wanita dan sebaliknya? ... Tiga penyembuh (madu, bekam dan kayy) ... Madu ... Mengubati sakit perut dengan madu ... Pengubatan dengan al-Kayy ... Hijamah (Bekam) ... Upah bekam ... Berbekam di kepala ...

(3)

3

Berbekam untuk mengubati sakit kepala ... Berubat dengan air susu unta ... Berubat dengan air kencing unta ... Berubat dengan Habbatus-Sauda’ ... Berubat dengan Talbinah ... Pengubatan dengan cara Su’ut dan Ladud ... Mengubati penyakit dengan ‘Ud Hindi ... Al-Kam’ah ... Mengubati penyakit ‘Uzrah ... Menempel luka dengan abu dari tikar... Mengubati demam ... Wabak taun ... Ruqyah ... Mengambil upah dari ruqyah ... Ruqyah untuk al-‘ain ... Ruqyah untuk sengatan binatang-binatang berbisa ... Ruqyah untuk sakit telinga ... Di antara bacaan ruqyah Nabi ... Ruqyah dengan tanah ... Meniup ketika meruqyah

Golongan yang meninggalkan Ruqyah

Sawan (Shar’a) ... Membawa kanak-kanak yang sakit untuk didoakan oleh orang soleh ... At-Tiyarah dan Al-Fa’l ... Al-Kahin (pawing/tukang tilik) ... Sihir ... Sihir ucapan ... Mengubati sihir dengan tamar ‘Ajwah ... Jangkitan penyakit dan kepercayaan khurafat ... Rasulullah diracuni ... Lalat ... RUJUKAN ...

(4)

4

TAQDIM

Dengan nama Allah, Tuhan maha pemurah lagi maha pengasih. Segala pujian kita hanya untukNya. Selawat dan salam kita pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. Amma ba‟du;

Terjemahan hadis-hadis ini mula saya lakukan ketika mengerjakan umrah pada bulan Mac 2010. Di samping memimpin jamaah umrah HPA, saya memanfaatkan ruang waktu yang ada untuk mengkaji hadis-hadis pengubatan dalam Soheh al-Bukhari dan

melakukan terjemahan.1 Sepanjang dua minggu tempoh umrah saya sempat menyiapkan

sebahagian terjemahan yang kemudiannya saya sambung apabila pulang ke Malaysia. Semasa tawaf Wida‟, apabila mendapat kesempatan berdoa di Hijir Ismail (di bawah Multazam) saya memohon dari Allah agar Dia mengurniakan seorang guru yang dapat mengajar saya serta kawan-kawan di MANHAL Soheh Imam al-Bukhari dan

mengurniakan sanadnya yang sampai kepada penulisnya (Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari –rahmatullah „alaihi-) dan seterusnya kepada Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-. Alhamdulillah, doa saya ini diperkenankan Allah. Dengan persetujuan Tn Hj Ismail –semoga Allah mengurniakan pahala berpanjangan untuk beliau- pihak MANHAL telah menjemput seorang ulamak dari Yaman –Khadim al-Hadith wa al-Isnad- Syeikh Muhammad bin Abduh bin Sulaiman al-Ahdal ke Malaysia dan memimpin daurah pengajian Soheh al-Bukhari selama dua bulan di MANHAL Sungai Petani. Dengan murah hati Syeikh, semua anak-anak muridnya yang mulazamah telah dianugerahkan sanad -qiraah dan sima‟- bagi kitab Soheh al-Bukhari dan ijazah „ammah bagi kitab-kitab hadis yang lain.

Bersempena keberadaan Syeikh di sini, saya bersegera menyiapkan terjemahan hadis-hadis dalam buku ini dan sebaik siap saya membaca keseluruhan hadis-hadis Soheh al-Bukhari dalam buku ini di hadapan beliau (dari hadis pertama hingga yang terakhir) dan beliau mengijazahkan secara khusus kepada saya seluruh riwayatnya dengan pesanan hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah pada setiap masa dan tidak lupa mendoakan beliau, dua ibu-bapa beliau serta guru-guru beliau pada setiap kesempatan berdoa dan beramal soleh. Hasrat saya tidaklah berhenti setakat hadis-hadis yang termuat dalam buku ini. Jika diizinkan Allah saya bercita-cita untuk menterjemahkan keseluruhan hadis dalam Soheh al-Bukhari dari tajuk pertama (Wahyu) hinggalah tajuk terakhir (Tauhid) walaupun saya menyedari kesukarannya dan mungkin memakan masa yang amat panjang. Setelah

1

Terjemahan adalah dirujuk kepada cetakan al-Matba’ah al-Kubra al-Amiriyah, Bulaq, Mesir (tahun 1311H), yang dikenali juga dengan cetakan al-Sultaniyah kerana dicetak atas arahan Sultan Abdul Hamid (Sultan terakhir dari Khilafah Usmaniyah). Ia telah disemak oleh 16 ulamak al-Azhar dengan diketuai oleh Syeikhul-Azhar ketika itu iaitu Syeikh Hasunah an-Nawawi. Cetakan ini menjadi sandaran bagi semua cetakan-cetakan selepasnya.

(5)

5

Quran, tidak ada kitab yang paling soheh di atas muka dunia hari ini melainkan Soheh al-Bukhari. Maka tidak ada khidmat ilmu yang terbaik –jika seseorang mampu

melakukannya- melebihi khidmatnya kepada al-Quran dan kitab Soheh al-Bukhari. Wabillahi at-Taufiq wa Bihi Nasta‟iin.

AHMAD ADNAN BIN FADZIL, Mudir MANHAL-HPA Sg Petani.

(6)

6

SANAD SOHEH IMAM AL-BUKHARI

( )

1. Ar-Raji „Afwa Rabbihi at-Thalib Ahmad Adnan bin Fadzil, dari;

2. Khadim al-Hadith wa al-Isnad Syaikhuna as-Sayyid Muhammad „Abduh Sulaiman al-Ahdal –rahimahullah-, dari:

3. Al-„Allamah Fakhrul-Islam „Abdullah bin Sa‟id bin Muhammad „Abadi al-Lahji al-Makki –rahimahullah- (meninggal 1410H), dari:

4. Al-„Allamah „Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1372H), dari:

5. Al-„Allamah Jamaluddin Muhammad bin „Abdurrahman bin Hasan al-Ahdal – rahimahullah- (meninggal 1352H), dari:

6. Al-„Allamah Mufti Diyar al-Yamaniyah as-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin „Andul-Bari al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1298H), dari:

7. Al-„Allamah al-Hasan bin „Abdul-Bari bin Muhammad al-Ahdal –rahimahullah- (1293H), dari:

8. Al-„Allamah „Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal az-Zubaidi –rahimahullah- (1250H), dari:

9. Al-„Allamah Abu ar-Rabi‟ Sulaiman bin Yahya bin „Umar al-Ahdal – rahimahullah- (meninggal 1197H), dari:

10. Al-„Allamah Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1163H), dari;

11. Al-„Allamah „Imadul-Islam Yahya bin „Umar bin „Abdul-Qadier Maqbul al-Ahdal az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 1147H), dari:

12. Al-„Allamah Abu Bakr bin „Ali bin Muhammad bin Yusuf al-Battah al-Ahdal – rahimahullah- (meninggal 1099H), dari;

13. Al-„Allamah Yusuf bin Muhammad bin Yusuf bin Ahmad al-Battah al-Ahdal – rahimahullah- (meninggal 1079H)

14. Al-„Allamah al-Hafidz at-Thahir bin al-Husain bin „Abdurrahman al-Ahdal az-Zubaidi (meninggal 998H), dari:

15. Al-„Allamah „Abdurrahman bin „Ali bin ad-Daiba‟ as-Syaibani az-Zubaidi – rahimahullah- (meninggal 944H), dari:

16. Al-„Allamah al-Hafidz Zainuddin Ahmad bin Ahmad bin „Abdul-Latif as-Syarji – rahimahullah- (meninggal 893H), dari;

(7)

7

17. Al-„Allamah al-Hafidz Abu ar-Rabi‟ Sulaiman bin Ibrahim bin bin Umar bin „Ali al-„Alawi –rahimahullah- (meninggal 825H), dari;

18. Al-„Allamah al-Hafidz Burhanuddin Ibrahim bin „Umar bin „Ali al-„Alawi – rahimahullah- (meninggal 752H), dari;

19. Al-„Allamah al-Hafidz Abul-„Abbas Ahmad bin Abil-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sa‟di az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 729H), dari;

20. Al-„Allamah al-Hafidz Abul-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sa‟di az-Zubaidi – rahimahullah- (meninggal 680H), dari;

21. Al-„Allamah al-Imam Abu Bakr bin Ahmad bin Muhammad as-Syarahi

az-Zubaidi (meninggal 642H), dan Al-„Allamah al-Hafidz Jamaluddin Abi „Abdillah Muhammad bin Ismail bin „Ali al-Khadhrami ad-Dhahwi (meninggal 651H) – rahimahumullah-, dari;

22. Al-„Allamah al-Hafidz al-Imam Taqiyyuddin Abu „Abdillah Muhammad bin Ismail bin „Ali bin Abi as-Shaif Yamani Makki (meninggal 609H), dan „Allamah Hafidz Zi Nun Yunus bin Yahya bin Abi Barakat Hasyimi al-Qassar (meninggal 608H) –rahimahumullah-, dari;

23. Al-„Allamah Abul-Hasan „Ali bin Humaid bin „Ammar Atrabulsi Makki al-Ansari (meninggal 576H) –rahimahullah-, dari;

24. Al-„Allamah Abu Maktum „Isa bin Abi Zar „Abd bin Ahmad bin Muhammad al-Harawi –rahimahullah- (meninggal 497H), dari;

25. Al-„Allamah al-Hafidz Abu Zar al-Harawi al-Maliki –rahimahullah- (meninggal 434H), dari:

26. Abu Muhammad „Abdullah bin Ahmad bin Hamawaih as-Sarakhsi (meninggal 381H), dan al-Allamah Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Mustamli (meninggal 376H), dan „Allamah Abu Haitsam Muhammad bin Makki bin Zurra‟ al-Kusymihani (meninggal 389H) –rahimahumullah-, dari;

27. Al-„Allamah al-Hafidz Abu „Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Matar al-Firabri (meninggal 320H) –rahimahullah-, dari:

28. Al-Imam al-Hafidz Amir al-Mukminin fil-Hadith Abu „Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (meninggal 252H) –rahimahullah-. Beliau menyebutkan di awal Sohehnya;

(8)

8

(Bab) Bagaimana permulaan wahyu kepada Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- dan firman Allah –jalla zikruhu- (bermaksud); “Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada engkau (Muhammad) sebagaimana yang kami telah wahyukan kepada Nuh dan Nabi-Nabi selepasnya” (an-Nisa‟; 163).

Al-Humaidi (Abdullah bin az-Zubair) –rahimahullah- telah memberitahu kami dengan berkata; Sufian –rahimahullah- telah memberitahu kami dengan berkata; Yahya bin Said –rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Muhammad bin Ibrahim at-Taimi – rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Aku telah mendengar „Alqamah bin Waqqas al-Laithi –rahimahullah- berkata; Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab – radhiyallahu „anhu- ketika di atas mimbar telah berkata; Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya segala amalan dengan

niat-niatnya, sesungguhnya untuk setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang hijrahnya untuk tujuan dunia yang ingin dicapainya atau kerana wanita yang ingin

dikahwininya, maka hijrahnya adalah mengikut tujuan hijrahnya”. (Hadis pertama dalam Soheh Imam al-Bukhari).

(9)

9

للها لىصو ،ينلماعلا بر لله دملحاو ،موحرلا نحمرلا للها مسب

لىع كرابو

انوبى

،ايرثك ماولست ملسو هباحصأو هلآ لىعو دممح

انقزراو لاطاب لطابلا اىرأو هعابتا انقزراو اقح قلحا اىرأ مهللا

دعبو ،لضنف انولع اسبتلم هلعتج لاو هبانتجا

:

(10)

10

MAKANAN Adab makan

HADIS 1

Dari Wahab bin Kaisan menceritakan bahawa dia mendengar Umar bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- telah menceritakan; “Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; “Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At‟imah) Ulasan;

1. Di dalam hadis di atas, Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- menyebutkan tiga adab ketika makan;

a) Memulakan dengan Basmalah b) Makan dengan tangan kanan

c) Mula menjamah makanan yang paling hampir

2. Seorang sahabat bernama Umayyah bin Makhsyi –radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- sedang duduk dan seorang lelaki sedang menikmati makanan di depan baginda. Beliau tidak membaca Bismillah sehinggalah apabila makanan hanya tinggal sesuap sahaja lagi (barulah ia teringat), lalu ketika

mengangkat suapan itu ke mulutnya ia membaca; “Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu”. Lalu Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- ketawa sambil bersabda; “Dari ia mula makan, Syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya”. (Riwayat Abu Daud –rahimahullah- dan an-Nasai -rahimahullah-)

(11)

11

3. Berkata Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah –rahimahullah-; “Membaca Bismillah di permulaan makan dan minum dan mengucapkan al-Hamdulillah di akhirnya memberi kesan yang hebat terhadap manfaat makanan dan menolak kemudaratannya”. (Zadul-Ma‟ad, jil. 4, hlm. 232)

Kadar makan orang beriman

HADIS 2

Dari Nafi –rahimahullah- menceritakan; Ibnu „Umar –radhiyallahu „anhu- tidak makan melainkan setelah dibawa seorang miskin untuk makan bersamanya. Akupun menjemput seorang lelaki untuk makan bersamanya, lalu lelaki itu makan dengan banyak. Maka Ibnu „Umar berkata kepadaku; “Wahai Nafi‟, lain kali jangan kamu jemput lelaki ini untuk makan bersamaku kerana aku telah mendengar Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam tujuh perut”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah)

HADIS 3

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Terdapat seorang lelaki yang biasa makan dengan banyaknya, kemudian ia masuk Islam. Sejak itu ia makan dengan sedikit sahaja. Diceritakan perkara itu kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-, lalu baginda bersabda; “Sesungguhnya orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam tujuh perut”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah)

(12)

12

Ulasan;

1. Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda; “Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan”. (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah dan at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma‟diyakrib –radhiyallahu „anhu-)

2. Menurut ulamak; tahap kenyang ada tujuh;

Pertama; Makan sekadar untuk membolehkan hidup,

Kedua; Menambahnya supaya dapat berpuasa dan mengerjakan solat dengan berdiri. Ini adalah wajib.

Ketiga; Menambahnya lagi hingga berupaya mengerjakan ibadah-ibadah sunat, Keempat; Menambahnya lagi supaya ada kekuatan untuk berkerja memperolehi pendapatan. Ini adalah mustahab (disukai Syarak).

Kelima; Menambah lagi hingga memenuhi 1/3 perut. Ini adalah harus.

Keenam; Menambah lagi hingga badan menjadi berat dan banyak tidur. Ini adalah makruh.

Ketujuh; Menambah lagi hingga menimbulkan mudarat iaitu makan hingga penuh perut yang ditegah oleh Syarak. Kenyang sebegini adalah haram.

(Fathul-Bari dan Faidhul-Qadier (hadis no. 2217). Makan secara berjamaah

HADIS 4

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- telah bersabda; “Makanan dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan tiga orang mencukupi untuk empat orang”. (Soheh Bukhari, kitab al-At‟imah)

Ulasan;

(13)

13

“Makanan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (yakni dimakan beramai-ramai)”. (Riwayat Imam Abu Ya‟la, Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Menurut al-Hafidz al-Iraqi, sanadnya hasan).

2. Beramal denga hadis ini, Ibnu „Umar –radhiyallahu „anhu- (seorang sahabat Nabi yang terkenal) tidak makan melainkan setelah dibawa seorang miskin untuk makan

bersamanya sebagaimana diceritakan oleh hadis nombor 2 tadi.

3. Berkata Imam Ahmad; “Jika terhimpun pada suatu makanan itu empat perkara, maka sempurnalah makanan itu;

a) Disebut nama Allah pada awalnya (yakni ketika mula memakannya) b) Disebut “Alhamdulillah” di akhirnya (yakni selepas menikmatinya). c) Dinikmati oleh banyak tangan (yakni dinikmati secara berjamaah) d) Dari sumber yang halal”.

(Zadul-Maad, jil. 4, hlm. 232). Cara duduk Nabi ketika makan

HADIS 5

Dari Abu Juhaifah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku berada di sisi Nabi – sallallahu‟alaihi wasallam-, lalu baginda berkata kepada seorang lelaki lain di sisinya; “Sesungguhnya aku tidak makan sambil bersila (atau berbaring)”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah).

Ulasan;

1. Para ulamak berbeza pandangan tentang maksud duduk ittika‟ yang disebut dalam hadis di atas;

a) Satu pandangan; ia adalah duduk dengan menetap di atas lapik duduk dengan apa cara duduk sekalipun.

b) Satu pandangan; ia adalah duduk dengan condong/senget di atas salah satu rusuk (kanan atau kiri).

c) Satu pandangan; duduk dengan bersandar di atas tangan kiri

Berkata Imam al-Khattabi –rahimahullah-; “Orang ramai mengira ittika‟ ialah makan dengan berbaring di atas salah satu rusuk. Sebenarnya bukan itu maksudnya, akan tetapi maksud sebenarnya ialah seorang duduk dengan menetap di atas lapik duduk di

(14)

14

bawahnya. Jadi maksud hadis ialah; “Ketika makan, aku tidak duduk dengan menetap di atas lapik duduk sebagaimana duduknya yang ingin makan dengan banyak, sedang aku tidak makan melainkan sekadar yang mencukupi untuk bekalan hidup, kerana itu aku duduk sebagaimana orang yang bersiap sedia (untuk bangun bila-bila masa-pent.)” (Fathul-Bari).

Imam Ibnu Jauzi telah membuat kepastian bahawa duduk ittika‟ ialah duduk dengan condong di atas salah satu rusuk. Ia tidak menghiraukan kritikan Imam al-Khattabi di atas. Menurut Imam Ibnu al-Athir; para ulamak yang mentafsirkan duduk ittika‟ dengan duduk mengiring di atas salah satu rusuk mereka memberi tafsiran mengikut pandangan ahli pengubatan iaitu duduk sebegitu menyulitkan turunnya makanan melalui saluran makanan (ke perut) dan berkemungkinan akan mendatangkan penyakit (an-Nihayah). 2. Cara duduk yang digalakkan ketika makan ialah;

a) Duduk di atas dua lutut dan dua belakang kaki

b) Atau, duduk dengan memacak kaki kanan dan punggung di atas kaki kiri.

4. Menurut riwayat dari Ibrahim an-Nakha‟ie –rahimahullah-; “Para ulamak membenci untuk makan dengan duduk secara ittika‟ itu adalah kerana bimbang perut mereka akan menjadi besar”.

(Rujukan untuk semua ulasan di atas; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-). Jangan makan atau minum dengan gopoh-gapah

HADIS 6

Anas bin Malik –rahiyallahu „anhu- menceritakan; “Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- minum dengan tiga nafas”. (Soheh Imam al-Bukhari, kitab as-Asyribah) Ulasan;

1. Maksud hadis di atas ialah; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- tidak minum sepuasnya dengan sekali tegukan, akan tetapi beliau minum dengan tiga kali tegukan yang diselangi dengan bernafas di antaranya. Bernafas di sini ialah bernafas diluar gelas kerana terdapat larangan dari bernafas di dalam gelas. Mengikut lafaz hadis dalam Soheh Muslim, Nabi – sallallahu „alaihi wasallam- menambah;

(15)

15

“Minum sebegitu adalah lebih cepat menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menepati perut” (Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi –rahimahullah-).

2. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Janganlah kamu minum dengan satu teguk seperti cara minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga teguk. Dan sebutlah „Bismillah‟ bila kamu hendak minum dan katalah „Alhamdulillah‟ bila kamu selesai”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-. Hadis ini dhaif. Lihat; Fathul-Bari, kitab as-Ayribah, bab as-Syurbu bi Nafasaini au Tsalatsah)

2. Imam at-Thabrani –rahimahullah- meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; “Rasulullah –sallallahu „alaihi

wasallam- minum dengan tiga nafas. Semasa mendekatkan bekas minuman ke mulutnya, ia menyebut nama Allah dan bila menjauhkannya, ia memuji Allah. Beliau melakukan sedemikian sebanyak tiga kali”. (Lihat hadis ini dalam; Fathul-Bari, kitab as-Asyribah, bab as-Syurbu bi Nafasaini au Tsalatsah).

3. Ada riwayat lain dari Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- menyebutkan; “Apabila kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah

meneguknya secara kasar (secara sekaligus tanpa henti hingga kenyang) kerana ia boleh mendatangkan sakit dada”. (Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina Ali –radhiyallahu „anhu-).

Jangan bernafas dalam bekas minuman

HADIS 7

Dari Abu Qatadah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Apabila seseorang dari kamu minum, janganlah ia bernafas dalam bekas minumannya”. (Riwayat Bukhari, kitab al-Aysribah)

(16)

16

Ulasan;

1. Dalam hadis yang lain, Abu Said al-Khudri –radhiyallahu „anhu- menceritakan;

Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- melarang daripada minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air”. (Riwayat Abu Daud)

2. Ketika hendak bernafas, hendaklah dijauhkan gelas dari mulut, kemudian baru

bernafas. Sabda Nabi; “Jauhkanlah gelas dari mulutmu, kemudian bernafaslah” (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta‟ dari Abu Sa‟id al-Khudri, bab “ةْشُشّنا ٙف خفُنا ةبث”)

Menghabisi makanan termasuk yang dijari HADIS 8

Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- telah bersabda; “Apabila seseorang dari kamu telah selesai makan, jangan ia

menyapu/membersihkan tangannya hinggalah ia menjilatnya” (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah).

Ulasan;

1. Dalam Soheh Imam Muslim, terdapat tambahan lafaz;

“…Kerana ia tidak tahu (dari makanan yang dimakannya itu) di mana ada barakahnya” (Soheh Muslim, kitab al-Aysribah).

(17)

17

Makan beraneka jenis makanan

HADIS 9

Dari „Abdullah bin Jaafar –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah melihat Nabi – sallallahu „alaihi wasallam- makan buah kurma basah dengan timun. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah).

Ulasan;

1. Imam Bukhari –rahimahullah- meletakkan tajuk bagi hadis ini “Menghimpunkan dua jenis makanan atau dua makanan pada sekali makan”. Menurut Imam an-Nawawi – rahimahullah-; Dari hadis ini dapat diambil hukum bahawa harus memakan dua jenis buah bersama-sama dan harus makan dua jenis makanan bersama-sama. Begitu juga, hadis ini menjadi dalil harus mempelbagaikan makanan dan hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak. (Fathul-Bari).

2. Berkata Imam al-Qurtubi –rahumahullah-; Di antara yang dapat disimpulkan dari hadis ini ialah keharusan mengambil kira sifat-sifat makanan dan tabiatnya dan

menggunakannya mengikut cara yang sewajarnya berdasarkan prinsip at-thib

(pengubatan) kerana pada tamar basah terdapat sifat panas, sementara timun pula bersifat sejuk, lalu apabila dimakan bersama-sama, akan stabil/seimbanglah keduanya. Ini adalah prinsip yang besar dalam pencampuran ubat. Abu Nu‟aim –rahumahullah- dalam

kitabnya at-Thibb telah meletakkan tajuk bagi hadis di atas “Makanan-makanan yang dimakan bersama tamar basah untuk menghilangkan mudaratnya”. (Fathul-Bari). Berdoa selepas makan

HADIS 10

Dari Abi Umamah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Sesungguhnya Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- apabila (selesai makan dan) bekas makanannya diangkat, baginda mengucapkan; “Segala pujian milik Allah, pujian yang banyak, ikhlas dan dilimpahi

(18)

18

barakah padanya, yang tidak mencukupi (rezki kita tanpa kurniaan dariNya), yang tidak dapat dipisahkan (dari bergantung rezki kepadaNya) dan tidak terlepas dari mengharap kepadaNya, wahai Tuhan kami”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah).

Ulasan;

1. Selain doa di atas, kita juga boleh membaca doa-doa lain yang maksur dari Nabi, antaranya yang biasa kita baca;

“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari kalangan kaum muslimin”.

(Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah –rahimahumullah- dari Abu Sa‟id al-Khudri –radhiyallahu „anhu-).

(19)

19

PENYAKIT DAN ORANG SAKIT Penyakit adalah penghapus dosa

HADIS 11

Dari Abi Sa‟id al-Khudri dan dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhuma- menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Tidak ada yang menimpa seorang muslim dari suatu kepayahan/kepenatan, kesakitan, kekecewaan, kesedihan, tindakan yang menyakitkan dari orang lain dan kedukacitaan hatta duri yang menusuknya

melainkan Allah akan menghapuskan dengannya sebahagian dari dosa-dosanya”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha).

Ulasan;

1. Melihat kepada makna umum hadis, dosa-dosa yang akan terhapus dengan kerana musibah yang menimpa itu adalah merangkumi semua jenis dosa. Namun jumhur ulamak –rahimahumullah- berpandangan; yang akan terhapus hanyalah dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa-dosa besar, ia tidak akan terhapus melainkan dengan taubat nasuha. (Tuhfah al-Ahwazi, kitab al-Janaiz, bab “طٚشًنا ةإح ٙف ءبج بي”).

2. Tidak hanya dosa-dosa yang akan terhapus, malah darjat dan kebajikan juga akan diangkat dan ditambah oleh Allah sebagaimana sabda Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- dalam hadis yang lain;

:

Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Tidak mengena seorang mukmin satu duri atau yang lebih besar darinya

melainkan Allah akan mengangkat dengan kerananya satu darjat atau menggugurkan darinya satu dosa”. (Soheh Muslim, kitab al-Birr wa as-Silah).

(20)

20

HADIS 12

Dari Ka‟ab –radhiyallahu „anhu- menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti batang pohon yang baru

tumbuh (yang masih liut-pent.). Apabila ia ditiup angin kencang, sekali ia condong dan sekali ia kembali tegak. Adapun orang munafik, ia umpama ia seperti batang pokok arzah yang awalnya tetap tegak apabila dipukul angin kencang, namun akhirnya tercabut

sekaligus”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) HADIS 13

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti batang pohon yang baru tumbuh (yang masih liut-pent.) di mana bila dipukul angin, ia condong, namun bila angin reda, ia kembali tegak. Begitulah seorang mukmin yang condong ketika diuji (namun setelah reda ujian, ia kembali teguh-pent.). Adapun orang berdosa, ia seperti batang pokok arzah yang keras dan tetap lurus (bila dipukul angin-pent.) hinggalah ia dipatahkan Allah bila Ia menghendakinya”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan;

1. Maksud perumpamaan dalam hadis di atas ialah; orang beriman kehidupannya berlegar antara suka dan duka, kesenangan dan ujian, sihat dan sakit di mana ia meyakini

semuanya adalah dari takdir Allah dan ia hadapinya dengan syukur dan sabar dan tidak pernah putus asa, ibarat pokok yang batangnya liut bila dipukul ribut ia melentur mengikut arah angin, namun tidak patah sama sekali. Bila angin reda, ia kembali tegak

(21)

21

lurus. Berbeza dengan orang kafir di mana hidupnya penuh dengan kesenangan dan jarang ia diuji oleh Allah hinggalah bila sekali diuji terus ia tersungkur. Semasa hayatnya dia tidak pernah susah kerana kesusahan untuknya dihimpun oleh Allah bagi ia rasai sekaligus ketika hendak mati. (Rujuk; Syarah al-Karmani).

HADIS 14

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan bahawa Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya nescaya Allah akan timpakan ujian untuknya” (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan;

1. Menurut Abu „Ubaid al-Harawi –rahimahullah-; Maksud hadis di atas ialah; Allah akan ujinya dengan musibah-musibah untuk memberi pahala kepadanya. (Fathul-Bari) Mengikut syarah Dr. Mustafa al-Bugha; Allah akan mengujinya dengan

musibah-musibah untuk menyucinya dari dosa-dosa ketika di dunia di mana ia akan bertemu Allah di akhirat dalam keadaan bersih-suci. (Minhatul-Bari).

Kehilangan mata

HADIS 15

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah mendengar Nabi – sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman; “Bila Aku menguji hambaKu dengan kehilangan dua anggota yang dikasihinya (iaitu dua matanya), lalu ia bersabar, Aku akan gantikan untuknya bagi dua mata yang hilang itu dengan syurga”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

(22)

22

Ulasan;

1. Allah menyebutkan mata kerana dua mata adalah anggota yang paling dikasihi

manusia di mana dengan mata ia dapat melihat. Allah menguji hambaNya di dunia tidak bermakna Ia membencinya, akan tetapi untuk membuang perkara yang dibenci darinya, atau untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya. Maka apabila hamba menghadapinya dengan redha, maka tercapailah maksud Allah darinya. Jika tidak (yakni jika ia tidak redha), ia akan menjadi sebagaimana yang disebut dalam hadis;

“Penyakit seorang mukmin Allah akan menjadikannya sebagai kaffarah untuknya dan semoga ia menyedari kesilapannya dan mencari redha Allah. Adapun penyakit orang jahat, ia seperti unta yang diikat tuannya kemudian ia melepaskannya di mana unta itu tidak tahu kenapa ia diikat dan kenapa pula ia dilepaskan” (Riwayat Imam al-Bukhari – rahimahullah- dalam al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang mauquf kepada Salman – radhiyallahu „anhu-, lihat; Fathul-Bari).

Rasulullah; orang yang paling berat sakitnya HADIS 16

Dari „Aisyah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku tidak pernah melihat orang yang paling berat sakitnya dari Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-. (Soheh Imam al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Allah –subhanahu wa taala- mengkhususkan para NabiNya –„alaihimussalam- dengan sakit-sakit yang berat kerana mereka mempunyai kelebihan pada kekuatan keyakinan serta semangat yang tinggi untuk bersabar dan mengharapkan pahala Allah supaya sikap mereka dalam berdepan dengan kesakitan itu akan menjadi contoh kepada pengikut-pengikut mereka. Juga untuk menyempurnakan pahala mereka dan meratakan kebaikan untuk mereka. (Minhatul-Bari).

(23)

23

HADIS 17

Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku datang kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia sakit di mana ia telah ditimpa demam yang kuat. Aku berkata; „Sesungguhnya kamu telah mengalami demam yang kuat‟. Aku bertanya; „Adakah itu kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Nabi menjawab; „Ya, tidak ada seorang muslim yang ditimpa satu penyakit melainkan Allah akan menggugurkan darinya dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun pokok‟. (Soheh Bukhari, kitab al-Mardha)

HADIS 18

Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aka datang kepada Nabi – sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia demam. Aku berkata; „Ya Rasulullah, kamu telah mengalami demam yang kuat‟. Nabi menjawab; „Ya, sesungguhnya aku ditimpa demam sebagaimana yang menimpa dua lelaki di kalangan kamu‟. Aku bertanya; „Adakah itu kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Jawab Nabi; „Ya, itu kerana sebab

tersebut. Tidak ada seorang muslim yang ditimpa suatu kesakitan dari satu duri atau yang lebih besar darinya melainkan Allah akan menggugurkan dengan kerananya

dosa-dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daun-daunnya‟”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

(24)

24

Tuntutan menziarahi orang sakit

HADIS 19

Dari Abu Musa al-Asy‟ari –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahilah orang sakit dan bebaskanlah tawanan”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. “Orang yang kelaparan” merangkumi juga binatang yang kelaparan. “Membebaskan tawanan” termasuk juga dalam pengertiannya orang yang berada dalam kehinaan atau dibelenggu oleh orang lain. (Minhatul-Bari).

2. Hukum memberi makan orang yang kelaparan;

a) Sunat; jika keadaannya tidak sampai kepada terdesak (darurat).

b) Wajib; jika keadaan sampai kepada terdesak (yakni menyebabkan kematiannya jika tidak diberi makan).

(Faidhul-Qadier, hadis no. 5898).

3. Membebaskan tawanan; hukumnya adalah fardhu kifayah menurut jumhur ulamak (Faidhul-Qadier).

4. Menziarahi orang sakit; jika si sakit adalah muslim, menziarahinya adalah sunat muakkad. Adapun orang bukan Islam, harus sahaja menziarahinya sekalipun ia dari ahli keluarga atau jiran tetangga atau yang diharapkan keislamannya. (Faidhul-Qadier).

(25)

25

HADIS 20

Diriwayatkan dari al-Bara‟ bin „Azib –radhiyallahu „anhuma- menceritakan; Rasulullah – sallallahu „alaihi wasallam- memerintahkan kami supaya melakukan tujuh perkara dan menegah kami dari melakukan tujuh perkara juga. Baginda memerintahkan kami;

1. Menziarahi orang sakit 2. Mengikuti jenazah 3. Mendoakan orang bersin 4. Memenuhi jemputan kenduri 5. Menebarkan salam

6. Membantu orang zalim

7. Membantu mengotakan sumpah Baginda menegah kami dari;

1. Memakai cincin emas 2. Minum dari bekas perak

3. Menggunakan mayatsir; iaitu kain hamparan kecil dari sutera yang dijadikan sebagai lapik duduk oleh penunggang kuda/unta. (Minhatul-Bari)

4. Memakai pakaian sutera.

5. Memakai Dibaj (sejenis pakaian kain sutera) 6. Memakai Qissu (kain kapas bercampur sutera) 7. Memakai Istabraq (sutera tebal/kasar)”.

(26)

26

Menziarahi orang yang koma atau pengsan HADIS 21

Jabir bin Abdullah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Aku telah ditimpa sakit. Lalu Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- dan Abu Bakar –radhiyallahu „anhu- datang

menziarahiku dengan mereka berdua berjalan kaki. Mereka mendapati aku sedang pengsan/koma. Lantas Nabi mengambil wudhuk, kemudian menyiram air bekas

wudhuknya ke atasku. Apabila aku tersedar, terlihatlah aku akan Nabi. Maka aku berkata; “Ya Rasulullah, apa yang patut aku lakukan tentang hartaku? Bagaimana untuk aku memutuskannya (sebelum kematianku)?” Baginda tidak memberi sebarang jawapan kepadaku sehinggalah turunnya ayat perwarisan”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan;

1. Hadis ini menunjukkan bahawa kita masih dituntut menziarahi orang sakit sekalipun ia tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui kedatangan kita. Faedah menziarahi orang sakit tidak terhenti pada ketika ia sedar kerana dengan ziarah itu dapat meredakan keresahan ahli keluarganya, orang sakit dapat menumpang berkat doa orang yang datang

menziarahinya serta usapan tangan mereka dan hembusan dari mulut mereka ketika mereka membaca doa atau zikir penyembuhan/perlindungan dan faedah-faedah lain lagi. (Fathul-Bari)

(27)

27

Wanita menziarahi lelaki

HADIS 22

:

:

Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; Tatkala Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bila –radhiyallahu „anhuma- telah ditimpa demam. Berkata „Aisyah; Aku masuk bertemu mereka berdua. Aku bertanya; “Wahai bapaku, bagaimana kamu mendapati keadaanmu? Wahai Bilal, bagaimana kamu mendapati keadaanmu?”. Abu Bakar semasa demam itu ia bersya‟ir;

3 زئتلٔ ىٓٛف َّٕكن ًبحبجص دًٕنبث ٌٙتْأَي َ٘أ ِّهْعََ ناشِش ٍي َْٗدَأ ُدًٕنأ ّهَْأ ٙف ٌحَجَصُي ٍئشيا ُمك ( ةشعنا ٌبسن )

(28)

28

“Setiap orang berada di ambang maut di waktu pagi ( jika musuh menyerang keluarganya ketika itu dan) ia berada bersama mereka,

Kematian lebih hampir dengannya dari tali pengikat sepatunya”.

Bilal pula apabila ia sembuh dari demamnya ia bersya‟ir;

Sesungguhnya jikalah aku tahu; adakah aku akan bermalam pada suatu malam di lembah yang sekitarku ada izkhir4 dan jalil5,

Adakah aku akan melalui suatu hari kawasan air Mijannah6, Adakah akan nampak padaku Syamah dan Tafil7.

„Aisyah berkata; Lalu aku datang bertemu Rasulullah dan aku memberitahunya. Lalu baginda berdoa; “Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada Madinah sebagaimana kasih kami kepada Mekah atau lebih lagi. Limpahilah kesihatan kepadanya, berkatilah untuk kami cupaknya dan gantangnya. Pindahkanlah penyakit demamnya dan letakkanlah penyakit itu di Juhfah8”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Dalam riwayat yang lain, Saidatina „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; “Kami tiba di Madinah dan Madinah pada awalnya (yakni mula-mula ketibaan Nabi dan para sahabat Muhajirin dari Mekah) adalah negeri wabak. Abu Bakar ditimpa sakit, begitu juga dengan Bilal. Apabila Nabi melihat banyak sahabat-sahabatnya ditimpa sakit,

baginda pun berdoa sebagaimana doa di atas”.9

2. Hadis di atas juga menjadi dalil bahawa kita disyariatkan untuk berdoa memohon dari Allah agar Ia menghilangkan penyakit dan wabak yang menimpa diri dan negeri atau kawasan penempatan kita dan doa termasuk dalam ikhtiar yang diharuskan sebagaimana berubat dengan cara lain. Malah berikhtiyar dengan doa ada faedah yang tidak ada pada berubat dengan cara lain kerana pada doa terdapat ketundukan dan kerendahan diri kepada Allah.10

3. Kenapa Nabi berdoa memohon dipindahkan demam/wabak Madinah ke Juhfah? Berkata ulamak; kerana juhfah pada ketika itu adalah penempatan Yahudi. Berdalilkan hadis tersebut, diharuskan kita mendoakan ke atas orang-orang kafir agar ditimpakan penyakit, wabak dan kemusnahan. Adapun ke atas orang-orang Islam, hendaklah kita mendoakan kesihatan, kebaikan dan keberkatan untuk negeri mereka dan dihilangkan

mudarat, penyakit dan segala kesusahan serta kepayahan dari mereka.11

4 Sejenis rumput. 5

Sejenis tumbuhan.

6

Satu kawasan yang terletak beberapa mil dari Mekah.

7 Syamah dan Tafil; dua bukit berhampiran Mekah. 8

Miqat haji bagi penduduk Mesir, Syam dan Maghrib.

9

Lihat hadis ini dalam; Soheh Muslim, juz. 11, Kitab al-Hajj, bab at-Targhib Fi Sukna al-Madinah wa as-Shabr ‘ala…

10 Fathul-Bari, Kitab at-Mardha, bab Man Da-‘a Bi Raf’ie al-Waba’ wa al-Humma. 11

Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 11, Kitab al-Hajj, bab at-Targhib Fi Sukna al-Madinah wa as-Shabr ‘ala…

(29)

29

4. Dari hadis ini dapat diambil hukum bahawa harus seorang wanita menziarahi lelaki yang bukan mahramnya yang sedang sakit (di mana „Aisyah menziarahi Bilal) tetapi menurut ulamak dengan syarat berikut;

a) Ia menutup auratnya b) Aman dari fitnah (Fathul-Bari).12

Menziarahi kanak-kanak

HADIS 23

Dari Usamah bin Zaid –radhiyallahu „anhuma- menceritakan; seorang anak perempuan Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- telah menghantar seorang utusan kepada baginda. Pada ketika itu Usamah bersama Nabi dan turut disertai Sa‟ad dan Ubayy –radhiyallahu „anhuma-. Utusan itu menyampaikan bahawa cucu perempuan Nabi sedang nazak dan anak perempuan baginda meminta agar baginda datang. Nabi mengutuskan salamnya kepada anak perempuannya dengan berpesan; “Sesungguhnya milik Allah apa yang Ia ambil dan apa yang Ia berikan. Setiap sesuatu di sisiNya telah tertentu ajalnya, maka hendaklah kamu mengharap pahala Allah dan bersabar”. Namun anak perempuannya mengutuskan semula utusan tadi meminta agar Nabi hadir dalam apa keadaan sekalipun. Maka Nabi pun bangun dan kami juga turut bangun (menuju ke rumah anak perempuan

12

(30)

30

Nabi). (Sampai di rumah anak perempuannya itu) anak kecil (cucu baginda tadi)

diletakkan di atas ribaan baginda. Tersekat-sekat nafasnya, menyebabkan dua mata Nabi mengalirkan air mata. Lalu Sa‟ad berkata kepada Nabi; “Tangisan apa ini wahai Rasul Allah?”. Baginda menjawab; “Inilah perasaan kasih yang dicampakkan Allah ke dalam hati-hati sesiapa yang ia kehendaki dari hamba-hambaNya. Allah tidak mengasihi dari hamba-hambaNya melaikan orang-orang yang pengasih”. (Soheh Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan ini;

1. Hadis ini menunjukkan bahawa kita disunatkan menziarahi anak kecil (yang sakit atau hampir kematian) untuk menghubungkan silaturahim dengan ibu-bapanya, untuk

memberi mau‟izah (pesanan) kepada mereka serta menyabarkan mereka agar tabah menghadapi dugaan yang menimpa mereka (al-Karmani).

2. Hadis di atas juga menunjukkan bahawa sekadar tangisan yang biasa tidaklah

menunjukkan bahawa seseorang itu tidak sabar dan tidak redha menerima dugaan Allah, sebaliknya tangisan itu adalah dari perasaan kasih yang dicampakkan Allah ke dalam hati hamba-hambaNya yang terpilih. (al-Karmani).

Menziarahi orang pedalaman

HADIS 24

Dari Ikrimah –rahimahullah- yang menceritakan dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- menziarahi seorang Arab

pedalaman. Adalah Nabi apabila sahaja menziarahi orang sakit, baginda akan berkata kepadanya; “Tidak mengapa, akan bersih dengan izin Allah”. Namun Arab pedalaman itu menjawab kepada Nabi; “Engkau berkata “akan bersih”. Tidak, sebenarnya penyakit aku ini tidak lain adalah demam yang kepanasannya bila menimpa seorang tua ia akan

(31)

31

mengundangnya ke kubur“. Maka Nabi pun membalas; “Yalah kalau begitu”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Dari hadis ini kita dapat mengambil beberapa pengajaran;

a) Tidak menjatuhkan martabat diri jika seorang pemimpin menziarahi rakyatnya yang sakit sekalipun rakyatnya dari golongan orang pedalaman (a‟rabi) yang agak keras/kasar sikapnya.

b) Begitu juga tidak menjadi kesalahan bagi orang alim untuk menziarahi orang jahil bagi mengajarnya dan mengingatkannya apa-apa yang perlu/bermanfaat untuknya,

menyuruhnya bersabar agar ia tidak menyalahkan takdir Allah, menggembirakannya dari kesakitannya, memberi pesanan kepadanya tentang penyakitnya dan meredakan

keresahan dirinya dan ahli keluarganya.

b) Hendaklah orang sakit menerima dengan baik nasihat yang diberikan dan memberi jawapan yang elok kepada orang yang sudi memberi peringatan kepadanya.

(Fathul-Bari).

Menziarahi orang musyrik

HADIS 25

Dari Anas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Terdapat seorang budak milik seorang Yahudi yang selalu berkhidmat kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-. Ia ditimpa sakit, lalu Nabi menziarahinya. Nabi berkata kepadanya; “Peluklah Islam”. Ia pun memeluk Islam”. Sa‟id bin al-Musayyab –rahimahullah- menceritakan dari bapanya; Tatkala Abu Talib berada di ambang kematian, Nabi datang menziarahinya. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Dari hadis ini dapat kita ambil hukum bahawa diharuskan kita menziarahi orang kafir yang sakit. Menurut Ibnu Battal –rahimahullah-; “Disyariatkan menziarahi orang kafir

(32)

32

jika dapat diharapkan bahawa ia akan menyahut jika diajak untuk masuk Islam. Jika tidak dapat diharapkan, tidaklah disyariatkan menziarahinya”. Namun Imam Ibnu Hajar

mengomentar; “Apa yang jelas ialah perkara itu berbeza mengikut perbezaan tujuan/matlamat. Adakalanya menziarahinya terdapat maslahah yang lain (dari mengharapkan keislamannya)” (Fathul-Bari).

Orang sakit berjamaah bersama orang yang menziarahinya HADIS 26

Dari „Aisyah –radhiyallahu anha- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- ketika sakit, datang orang ramai menziarahinya. Lalu baginda mengerjakan solat bersama

mereka sambil baginda duduk sedang mereka semua berdiri. Maka Nabi menunjukkan isyarat kepada mereka agar mereka turut duduk. Apabila baginda selesai solat baginda berkata; “Sesungguhnya dilantik imam untuk diikuti. Maka apabila ia rukuk, hendaklah kamu turut rukuk. Apabila ia bangun dari rukuk, hendaklah kamu turut bangun. Apabila ia solat sambil duduk, hendaklah kamu turut duduk”. Abu „Abdillah (yakni Imam al-Bukhari) –rahimahullah- berkata; al-Humaidi –rahimahullah- menjelaskan; Hadis ini telah dimansuhkan kerana Nabi pada solatnya yang terakhir beliau solat sambil duduk sedang orang ramai di belakangnya solat sambil berdiri. (Soheh Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Sakit Nabi di atas bukanlah sakitnya ketika hampir wafatnya, akan tetapi sakit baginda kerana terjatuh dari kuda. Terdapat hadis dalam Soheh al-Bukhari juga dari Anas yang menceritakan; “Rasulullah telah terjatuh dari kudanya hingga luka rusuk kanannya. Kami datang menziarahinya. Apabila masuk waktu solat, kami mengerjakan solat bersama

(33)

33

baginda di mana baginda solat sambil duduk dengan diikuti oleh kami yang turut duduk”. (Fathul-Bari).

Mengusapkan tangan ke atas orang sakit

HADIS 27

Dari „Aisyah binti Sa‟ad –rahimahallah- yang menceritakan bahawa bapanya (Sa‟ad) – radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Aku telah ditimpa sakit yang amat sangat di Mekah. Lalu aku diziarahi oleh Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-. Aku pun berkata kepada baginda; “Wahai Nabi Allah, aku telah meninggalkan harta, namun aku tidak meninggalkan anak melainkan seorang anak perempuan sahaja. Bolehkah jika aku hendak mewasiatkan hartaku 2/3 dan aku hanya meninggalkan 1/3 sahaja (untuk anak perempuanku)?”. Jawab Nabi; “Tidak boleh”. Aku berkata semula; “Kalau begitu aku wasiatkan ½ dan aku tinggalkan untuknya ½ lagi?”. Jawab Nabi; “Tidak boleh”. Aku berkata semula; “Kalau begitu aku wasiatkan 1/3 dan aku tinggalkan untuknya 2/3”. Jawab Nabi; “1/3 boleh dan itupun sudah banyak”. Kemudian baginda meletakkan tangannya di atas dahiku, seterusnya mengusap dengan tangannya itu mukaku serta perutku. Kemudian baginda berkata; “Ya Allah, sembuhkanlah Sa‟ad dan

sempurnakanlah hijrahnya”. Hingga saat ini aku masih dapat mengkhayalkan betapa aku masih merasai dinginnya usapan tangan baginda hingga menusuk ke hatiku”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

13

(34)

34

Ulasan;

1. Hadis di atas menunjukkan bahawa digalakkan kita meletakkan tangan kita ke atas badan orang sakit yang diziarahi. Berkata Ibnu Battal –rahimahullah-; “Meletakkan tangan ke atas badan orang sakit ada beberapa faedah iaitu; dapat menenangkannya, kita dapat mengetahui sejauhmana keadaan sakitnya supaya kita dapat berdoa untuknya dengan kesembuhan berdasarkan apa yang nampak kepada kita. Jika yang menziarahi itu orang soleh, ia dapat meruqyah dengan tangannya dan mengusap tempat sakit dengan cara yang memberi manfaat kepada si sakit”. Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-

menambah; Jika yang datang menziarahi itu orang yang pakar dalam pengubatan, ia dapat mengetahui penyakit yang dihadapi oleh si pesakit dan ia dapat menceritakan kepadanya ubat atau rawatan yang bersesuaian bagi sakitnya. (Fathul-Bari).

HADIS 28

Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku datang kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia demam yang bersangatan. Lalu aku

mengusap baginda dengan tanganku sambil aku berkata; „Ya Rasulullah, kamu telah mengalami demam yang kuat‟. Nabi menjawab; „Ya, sesungguhnya aku ditimpa demam sebagaimana yang menimpa dua lelaki di kalangan kamu‟. Aku bertanya; „Adakah itu kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Jawab Nabi; „Ya‟. Kemudian baginda berkata; “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa suatu kesakitan -penyakit atau lainnya- melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daun-daunnya‟”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

(35)

35

Ulasan;

1. Hadis ini menunjukkan bahawa para sahabat beramal sebagaimana Rasulullah – sallallahu „alaihi wasallam- iaitu meletakkan tangan mereka ke badan pesakit atau mengusapnya termasuklah mereka melakukannya kepada baginda sendiri ketika beliau sakit.

Apa yang patut diucapkan kepada orang sakit apabila menziarahinya HADIS 29

Dari Ikrimah –rahimahullah- yang menceritakan dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- menziarahi seorang Arab

pedalaman yang sakit. Adalah Nabi apabila sahaja menziarahi orang sakit, baginda akan berkata kepadanya; “Tidak mengapa, akan bersih dengan izin Allah”. Namun Arab

pedalaman itu menjawab kepada Nabi; “Engkau berkata „akan bersih‟. Tidak, sebenarnya penyakit aku ini tidak lain adalah demam yang kepanasannya bila menimpa seorang tua yang lanjut umur, pasti akan mengundangnya ke kubur“. Maka Nabi pun membalas; “Yalah kalau begitu”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Berdasarkan hadis ini, orang yang menziarahi orang sakit hendaklah ia bercakap kepada si pesakit dengan bahasa atau ucapan yang dapat meredakan kesakitannya, memberi semangat/dorongan kepadanya dan mengingatkannya bahawa kesakitan yang dialaminya akan menyucikannya dari dosa-dosa dan kesalahannya. (al-Karmani, Tuhfah al-Ahwani (bab at-Tadawi Bi ar-Ramad)).

(36)

36

“Apabila kamu menziarahi orang sakit, berilah peransang kepadanya untuk terus hidup (atau hilangkan kesedihannya kerana memikirkan tentang ajalnya). Ia (yakni ucapan peransang kamu itu) tidaklah dapat menolak sesuatu (yang telah ditentukan Allah), namun ia memberi kegembiraan kepada pesakit” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Sa‟id al-Khudri –radhiyallahu „anhu-).

Menurut ulamak; Maksud “memberi peransang kepadanya untuk terus hidup” ialah dengan kamu mendoakan agar ia dipanjangkan umur dan disembuhkan dari sakitnya. Begitu juga dengan kamu berkata kepadanya dengan ucapan seperti; “Tidak mengapa, Allah akan menyucikanmu”, “Janganlah khuatir, Allah akan menyembuhkan penyakitmu ini”, “Penyakitmu ini tidaklah berat sangat” atau ucapan lain yang sepertinya. Ucapan-ucapan peransang seperti ini akan menjadikannya kembali bersemangat dan meringankan kesakitannya. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi Bi ar-Ramad)).

3. Terdapat hadis dari Jabir bin Abdullah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alahi wasallam- bersabda;

“Apabila seseorang kamu menziarahi seorang yang sakit, hendaklah ia berjabat tangan dengannya, meletakkan tangan ke atas dahinya, bertanyakan keadaannya, mendoakan agar ia dipanjangkan umur dan meminta darinya agar mendoakan sekelian yang hadir kerana doa orang sakit sama seperti doa para malaikat” (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam Syu‟abil-Iman).

Dalam Sunan Ibnu Majah terdapat hadis;

Dari Maimun bin Mahran; dari Umar –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan;

Rasulullah telah bersabda kepadaku; “Apabila kamu menziarahi orang sakit, mintalah agar ia mendoakan kamu kerana doanya seperti doa para malaikat” (Sunan Ibnu Majah (bab Ma Ja-a Fi „Iadatil-Maridh. Menurut Imam Ibnu Hajar dalam az-Zawaid; isnad hadis ini soheh di mana para perawinya adalah tsiqah, namun munqati‟ (terputus) kerana

Maimun tidak pernah berjumpa Saidina „Umar. Lihat; Hasyiyah as-Sanadi „Ala Ibni Majah dan Fathul-Bari).

(37)

37

Hukum mengadu kesakitan

HADIS 30

Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha-, ia berkata; (aku mengeluh) “Alangkah sakitnya kepalaku”, lalu Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- berkata; “Jika berlaku (engkau mati dahulu) dan aku masih hidup, aku akan beristighfar dan berdoa untuk kamu ”. „Aisyah membalas; “Alangkah kecewanya aku. Demi Allah, aku menyangka kamu menyukai kematianku. Kalau benar berlaku itu, pastinya engkau kekal sebagai pengantin bersama isteri-isterimu yang lain”. Lalu Nabi berkata; “Sebenarnya, aku yang (akan mati dulu kerana) sakit kepala”. Aku ingin menghantar seorang utusan kepada Abu Bakar dan anaknya, supaya aku mengikat janji dengannya (jawatan Khilafah) supaya tidak ada lagi orang-orang yang bercakap (inginkan Khilafah) atau tidak ada lagi orang yang

mengharapnya. Kemudian aku berkata; “Allah Enggan (menyerahkan Khilafah itu melainkan kepada orang yang paling berhak) dan orang-orang beriman menolak (dari menyerahnya kepada orang yang kurang layak)”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan;

1. Menurut Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-; Perkataan yang diucapkan oleh „Aisyah “Wa-raksaah” bermaksud kesakitan yang dirasai di kepala akibat sakit magrain yang kuat. (Fathul-Bari) Berdalilkan hadis ini, para ulamak menegaskan; Menyebut kesakitan dengan lidah tidaklah dikira sebagai mengeluh (syikawah). Berapa ramai orang yang nampak senyap, namun hatinya mengeluh (yakni tidak redha dengan sakit yang ditimpakan Allah) dan berapa ramai pula yang nampak mengeluh dengan lidahnya,

(38)

38

namun hatinya redha. Jadi, yang dikira ialah hati, bukan semata-mata ucapan lidah. (Fathul-Bari dan al-Karmani).

2. Pengajaran lain yang dapat kita timba dari hadis; a) Harus bergurau dengan isteri.

b) Harus menceritakan kepada isteri rahsia yang tidak diceritakan kepada orang lain. Dalam hadis di atas, Nabi menceritakan kepada Aisyah hasrat beliau untuk melantik Abu Bakar menjadi Khalifah selepas kewafatannya, namun cerita tersebut tidak diberitahu kepada orang lain.

c) Cemburu sememangnya menjadi tabiat wanita.

d) Nabi mengetahui ia akan mati dulu dari „Aisyah melalui wahyu dari Allah (Fathul-Bari dan al-Karmani).

Jangan bertengkar di hadapan orang sakit HADIS 31

Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhuma- menceritakan; Semasa Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- hampir kewafatannya, di rumah baginda hadir beberapa orang sahabat

(39)

39

termasuk Umar bin al-Khattab –radhiyallahu „anhu-. Nabi berkata; “Marilah, aku ingin menulis untuk kamu satu wasiat supaya kamu tidak akan sesat selepas kematianku”. Lalu Umar berkata; “Nabi telah dibelenggu kesakitan, sedang pada kita telahpun ada al-Quran. Cukuplah al-Quran itu untuk kita”. Maka berlaku bertikaian antara orang-orang yang hadir di rumah Nabi itu. Sebahagian berkata; “Hampirilah kepada Nabi supaya ia menulis untuk kamu satu pesanan yang kamu tidak akan sesat selepas kematiannya”. Sebahagian lagi berkata sebagaimana yang dikata oleh Umar. Apabila mereka banyak bercakap sia-sia dan bertikai di hadapan Nabi, baginda pun berkata; “Bangunlah kamu sekelian”. Ubaidullah14 -rahimahullah- menceritakan; Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-

berkata; “Satu musibah besar (atau satu kerugian besar) apabila Nabi terhalang dari menulis untuk mereka wasiat tersebut disebabkan pertikaian dan cakap-cakap kosong mereka”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Dapat di ambil pengajaran dari hadis ini bahawa di antara adab yang perlu di jaga oleh orang yang menziarahi pesakit ialah jangan duduk lama-lama di hadapan pesakit

sehingga merimaskannya dan jangan bercakap di hadapannya perkataan-perkataan atau ucapan-ucapan yang menimbulkan tekanan kepadanya. (Fathul-Bari).

2. Menurut Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-; Ke semua adab-adab menziarahi pesakit ada 10 semuanya;

a) Jangan berdiri mengadap pintu ketika meminta izin untuk masuk ke dalam rumah pesakit.

b) Mengetuk pintu dengan lembut

c) Jangan menimbulkan kesamaran tentang dirinya seperti menjawab “Saya” apabila ditanya oleh tuan rumah; “Siapa yang datang?”.

d) Jangan menziarahinya pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika pesakit sedang makan ubat.

e) Hendaklah memendekkan duduk berama pesakit (yakni tidak berlama-lama). f) Menjaga pandangan mata

g) Jangan banyak bertanya

h) Hendaklah menzahirkan perasaan simpati dan belas kasihannya i) Hendaklah mengikhlaskan doa kepada pesakit

j) Hendaklah memberi harapan sembuh kepadanya

k) Memberi nasihat supaya ia bersabar kerana sabar mengundang pahala

l) Mengingatkannya agar jangan kecewa dan putus asa kerana ia mengundang dosa. (Fathul-Bari).

14

Iaitu ‘Ubaidillah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud al-Huzali al-Madani, salah seorang dari Fuqahak Madinah yang tujuh iaitu Sa’id bin al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, Abu Bakr bin ‘Abdurrahman bin al-Harith, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr, Sulaiman bin Yasar, Kharijah bin Zaid bin Tsabit dan beliau. Datuknya iaitu ‘Utbah adalah seorang sahabat Nabi dan saudara lelaki kepada ‘Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. (Lihat; Siyar A’lami an-Nubala’, Imam az-Zahabi).

(40)

40

Larangan mengharapkan kematian

HADIS 32

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi

wasallam- bersabda; Janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu mudarat yang menimpa dirinya. Namun, jika ia tidak dapat mengelak dari

mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; “Ya Allah, ya Tuhanku, hidupkanlah aku jika kehidupan itu yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik untukku”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Sabda Nabi “…kerana suatu mudarat/kesakitan yang menimpa dirinya…”, sekumpulan ulamak Salaf mengkhususkan mudarat tersebut kepada yang bersifat duniawi. Adapun jika seseorang menghadapi mudarat yang bersifat ukhrawi iaitu ia bimbang berlaku fitnah kepada agamanya, tidak masuk dalam larangan hadis di atas. Maksudnya; jika seseorang bimbang jika ia terus hidup akan rosak agamanya, haruslah ia mengharapkan kematian dari Allah. Pandangan ini dikukuhkan oleh satu riwayat yang lain dari Ibnu Hibban – rahimahullah-;

“Janganlah sesiapapun dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu mudarat yang menimpanya di dunia”, dimana huruf jarr (ٙف) dalam hadis ini memberi makna sebab (خٛججس), yakni; “dengan sebab sesuatu dari urusan dunia”.

Malah sikap tersebut diambil oleh beberapa sahabat sendirinya. Antaranya Saidina Umar –radhiyallahu „anhu- pernah mengadu kepada Allah di hujung umurnya;

“Ya Allah, umurku telah tua, kekuatanku telah lemah, rakyat jelataku telah tersebar luas, maka ambillah aku kepadaMu dalam keadaan aku tidak menjadi orang yang

(41)

mensia-41

siakan mereka dan orang yang lalai (dari tanggungjawab terhadap mereka)”. (Riwayat Imam Malik (dalam al-Muwatta‟) dan Abadur-Razzaq).

Diceritakan bahawa „Abas/„Abis al-Ghifari pernah berkata; “Wahai Taun, ambillah aku”. Lalu Ulaim al-Kindi berkata kepadanya; “Kenapa kamu berkata begitu. Bukankah

Rasulullah telah bersabda; „Janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian‟”. „Abas menjawab; “Aku juga mendengar Rasulllah bersabda;

“Segeralah meminta kematian apabila berlaku enam perkara; 1. Kepimpinan dipegang oleh orang-orang bodoh,

2. Banyaknya kuncu-kuncu pemerintah15

3. Hukum boleh diperjual-beli16

4. Darah/nyawa manusia menjadi murah17

5. Terputus silaturrahim (yakni ikatan silaturrahim tidak dijaga)

6. Kanak-kanak yang menjadikan al-Quran sebagai seruling-seruling di mana orang ramai menampilkannya supaya ia memperlagukan al-Quran kepada mereka sedangkan ia lebih rendah kefahaman (agama) dari mereka.

(Riwayat Imam Ahmad –rahimahullah-)18

Dalam hadis dari Mu‟az –radhiyallahu „anhu- yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan ditashih oleh al-Hakim, Rasulullah berdoa selepas solatnya –antara yang baginda sebutkan-;

“…Dan jika Engkau (Allah) ingin menimpakan fitnah ke atas suatu kaum, maka matikanlah aku kepadaMu tanpa aku menjadi orang yang ditimpa fitnah”.

(*Rujukan bagi ulasan di atas; Fathul-Bari).

15

Maksudnya; banyaknya mereka di pintu-pintu istana pemerintah dan pemimpin. Dengan banyaknya mereka, banyaklah berlaku kezaliman. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).

16

Yakni berlaku rasuah dalam hukuman (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).

17

Yakni; pembunuh tidak dikenakan qisas (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).

18 Imam as-Suyuti mendhaifkan hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier (hadis no. 3120). Berkata Imam al-Haithami;

dalam sanad hadis terdapat seorang bernama Uthman bin Umair di mana ia adalah dhaif. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).

(42)

42

HADIS 33

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku mendengar Rasulullah – sallallanu „alaihi wasallam- bersabda; “Tidak ada sesiapapun yang masuk syurga kerana amalannya”. Para sahabat bertanya; “Termasuk kamu juga ya Rasulullah?”. Jawab baginda; “Termasuklah aku. Cuma aku ini ditutupi Allah dengan kurniaan dan

rahmatNya. Oleh demikian, hendaklah kamu sekelian mencari yang benar, hampirkanlah diri dengan Allah dan janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian kerana jika ia orang baik barangkali (dengan panjang umur) ia dapat menambah kebaikannya dan jika ia orang jahat barangkali (dengan panjang umur itu) ia insaf dan bertaubat. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

HADIS 34

Dari „Ubbad menceritakan; Aku telah mendengar „Aisyah –radhiyallahu „anha- berkata; Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- berdoa ketika ia bersandar kepadaku; “Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepadaku, kasihanilah aku dan

pertemukanlah aku dengan temanku”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha) Ulasan;

1. Maksud “teman” dalam doa Nabi di atas ialah para malaikat. (al-Karmani)

2. Jika dipersoalkan ungkapan Nabi “pertemukanlah aku dengan temanku” seolah-olah baginda memohon kematian dan bercanggah dengan arahan baginda sebelum ini agar jangan mengharap kematian, dijawab; “Larangan Nabi dari mengharap kematian di

(43)

43

dalam hadis sebelum ini adalah jika puncanya adalah kerana musibah atau kesakitan yang menimpa diri. Adapun doa Nabi di atas bukan kerana sakit atau musibah, tetapi kerana kerinduan untuk bertemu teman-teman yang tinggi iaitu Malaikat. Berkata Ibnu Battal; Nabi mendoakan seperti di atas kerana baginda mengetahui bahawa ia akan mati pada hari tersebut. Baginda telah melihat malaikat yang membawa berita gembira dari

Tuhannya dengan perasaan gembira yang sepenuhnya. Kerana itu, Nabi berkata kepada anaknya Fatimah; “Tidak akan ada lagi kesusahan yang menimpa bapamu selepas hari ini”. Jiwa Nabi ketika itu telah bersedia sepenuhnya untuk menempuh kehidupan yang penuh kemuliaan dari Allah dan kebahagiaan yang abadi. Itu adalah lebih baik bagi Nabi dari terus kekal di dunia ini. Kerana itulah Nabi menyuruh kita berdoa; “Ya Allah, ya Tuhanku, hidupkanlah aku jika kehidupan itu yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik untukku”. (al-Karmani).

Doa untuk pesakit

HADIS 35

Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; Sesungguhnya Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- apabila menziarahi orang sakit atau dibawa kepadanya orang sakit, baginda akan membaca; “Hilangkan penyakit wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah, Engkaulah Tuhan yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak akan membiarkan saki-baki penyakit”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Di dalam riwayat yang lain ada diceritakan bahawa baginda membaca doa tersebut sambil beliau mengusapkan tangan kanannya ke atas badan pesakit. Akan disentuh dalam bab di depan nanti.

2. Jika dipersoalkan; bagaimana Nabi mendoakan kesembuhan untuk penyakit,

sedangkan dalam hadis yang lain baginda juga menyebutkan bahawa; penyakit adalah penghapus dosa dan membawa ganjaran/pahala? Jawapan; tidak ada pertembungan di antara kesembuhan dengan kaffarah (penghapusan dosa) dan mendapat pahala. Ini kerana doa juga adalah ibadah dan penghapusan dosa dan perolehan pahala telah diperolehi sebaik sahaja seorang itu mula ditimpa sakit dan ia bersabar menerimanya (yakni doa

(44)

44

memohon kesembuhan tidak akan memadamkan kaffarah dan pahala yang telah ia perolehi). Seorang yang berdoa kepada Allah, ia akan mendapat dua kebaikan; a) Sama ada akan terhasil apa yang ia minta,

b) Atau Allah akan menggantinya dengan diberi manfaat atau dijauhi kemudaratan. Kedua-duanya itu adalah kurniaan Allah.

(Fathul-Bari, bab “ِطِٚشًَْهِن ِذِئبَعْنا ِءبَعُد ةبَث”). Menyiram air wudhuk ke atas pesakit

HADIS 36

Dari Muhammad bin al-Munkadir –rahimahullah- menceritakan; Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- datang menziarahiku ketika aku sakit. Baginda lalu mengambil wudhuk dan

menyiramkan air wudhuknya ke atasku. Maka apabila aku tersedar (dari pengsanku), aku pun berkata kepada Nabi; “Apabila aku mati, tidak ada yang akan mewarisi hartaku melainkan seorang anak perempuan yang tiada bapa dan tiada anak. Bagaimana cara pewarisannya?”. Lalu turunlah ayat tentang Faraidh (pembahagian pusaka). (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

Ulasan;

1. Berkata ulamak (antaranya Ibnu Battal –rahimahullah-); Mengubati pesakit dengan menyiramkan air wudhuk ke atasnya adalah baik jika yang menziarahinya itu adalah orang yang soleh yang dapat diambil keberkatan darinya dan dengan siraman itu dapat menyembuhkan penyakitnya. Boleh diandaikan juga bahawa Jabir dalam hadis di atas ditimpa dengan penyakit demam panas dan kepanasan itu dapat diredakan dengan air. Salah satu caranya ialah dengan meminta seorang soleh untuk mengambil wudhuk, kemudian menyiram pesakit dengan air dari bekas wudhuknya. (al-Karmani, Fathul-Bari).

(45)

45

PENGUBATAN Setiap penyakit ada ubatnya

HADIS 37

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan dari Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan untuknya ubat/penawar”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib).

Ulasan;

1. Dalam Soheh Imam Muslim, lafaz hadis berbunyi;

“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir – radhiyallahu „anhu-)

Menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah –rahimahullah- dalam kitabnya Zadul Ma‟ad; “Sabda Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- “Setiap penyakit itu ada ubatnya” merupakan suatu daya penguat jiwa pesakit dan doktor dan merupakan galakan ke arah mencari ubat tersebut dan membuat kajian untuk tujuan itu. Seseorang pesakit yang merasakan penyakitnya mempunyai ubat akan makin bertambah pergantungan hatinya dengan roh harapan, kehangatan perasaan putus asanya akan sejuk dan akan terbukalah pintu pengharapan…”. (Zadul Ma‟ad, jil. 4, m/s 69).

Diceritakan pula dalam sebuah hadis yang lain; Beberapa orang dari pedalaman datang menemui Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- dan bertanya kepada baginda; “Ya

Rasulullah! Bolehkah kami berubat?. Baginda menjawab;

“Ya. Wahai hamba Allah! Berubatlah. Kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit melainkan menjadikan untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit sahaja (iaitulah penyakit tua)”. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Usamah bin Syarik –radhiyallahu „anhu-)

(46)

46

Adakah harus wanita mengubati lelaki dan sebaliknya? HADIS 38

Dari Rubayyi‟ binti Mu‟awwiz –radhiyallahu „anha- menceritakan; Kami berperang bersama Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- di mana kami bertugas memberi minum kepada pasukan tentera Islam, berkhidmat untuk mereka, memindahkan tentera-tentera yang mati (syahid) dan tercedera ke Madinah. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

Ulasan;

1. Para ulamak menegaskan; keharusan orang lelaki mengubati wanita atau sebaliknya adalah terikat dengan ketika darurat sahaja dan hendaklah melakukan sekadar perlu sahaja bagi yang melibatkan pandangan, sentuhan tangan dan sebagainya (yakni tidak harus melihat dan menyentuh melainkan tempat yang perlu sahaja). (Fathul-Bari). Tiga penyembuh (madu, bekam dan kayy)

HADIS 39

Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhuma- bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wa sallam- bersabda; “Penyembuh ada pada tiga;

1. Toresan bekam (untuk mengeluarkan darah)19

2. Minum madu

3. al-Kayy (tuaman dengan api)

Aku menegah umatku dari tuaman dengan api”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)

19

(47)

47

Ulasan;

1. Di dalam hadis di atas ada tiga jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi –sallalahu „alaihi wasallam-, iaitu;

a) Menggunakan madu b) Hijamah (bekam)

c) al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).

Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis di atas. Namun demikian, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy sebagaimana dapat kita lihat di depan nanti. Setelah meneliti semua hadis tentang al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan; Pengubatan secara al-kayy tidaklah dilarang secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada ketika-ketika tertentu terutamanya pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan. (Fathul-Bari, kitab at-Thib, bab “ثلاح ٙف ءبفشّنا” dan “ ٖٕتكا ٍي... ”).

HADIS 40

Dari „Ashim bin „Umar bin Qatadah –rahimahullah- menceritakan; Jabir bin „Abdullah – radhiyallahu „anhu- telah menziarahi al-Muqanna‟, kemudian dia (Jabir) berkata; „Aku tidak akan berganjak dari tempatku ini (yakni aku tidak akan keluar) selagi kamu tidak berbekam kerana aku mendengar Rasulullah –sallallahu alaihi wasallam- bersabda; „Sesungguhnya pada bekam itu terdapat penyembuhan‟. Dan aku juga mendengar baginda bersabda; „Jika ada suatu dari ubat-ubat kamu yang baik, maka ia ada pada;

20 ( خعزن ) خفٛفخ خثبصإ ( . ءاذنا كفإت ) خثشجتنأ ًٍٛختنا مٛجس ٗهع لا ،ءاذنا لأزن ًبججس ٌٕكت بَٓأ بُٓي كمحتي ( ٘سبجنا خحُي بغجنا تٚد ٗفطصي ،٘سبخجنا حٛحص خيذخ ٙف ، muhaddith.com ) *( ٘سبجنا حتف ٙف : سبَُنا قْشَح ٍِْي فِٛفَخْنا َُْٕ عْزَهنا ( al-Maktabah as-Syamilah ) )

Referensi

Dokumen terkait