42 Tugasan Perkembangan R. Havighurst
Kumpulan 1: Aiman Nurnasuha, Nurul ‘Athirah, Mohanapriya, Adam Muhammad
Infancy and Early Childhood (0 tahun hingga 6 tahun)
Fasa dimana otot-otot pada anggota badan mula bersedia untuk belajar berjalan
Fasa dimana kanak-kanak mula bertatih untuk belajar bercakap
Fasa dimana kanak-kanak mula belajar (diajar) untuk menggunakan tandas
Mula mengenali konsep bahasa untuk menghuraikan realiti fizikal dan sosial
Mula mempelajari asas untuk membaca
Fasa dimana kanak-kanak belajar mengambil makanan pepejal.
Middle Childhood (6 sehingga 12 umur)
Pada fasa ini, manusia belajar tentang diri mereka, moral, nilai dan ketergantungan peribadi.
Mempelajari kemahiran fizikal yang diperlukan oleh seseorang individu seperti berlari, bermain bola dan sebagainya.
Membina nilai-nilai murni yang penting untuk perkembangan diri.
Belajar untuk bergaul dengan rakan sebaya.
Memahami peranan sebagai seorang lelaki atau perempuan dalam sesebuah masyarakat.
Mempelajari kemahiran asas dalam membaca, menulis, dan mengira.
Membentuk keperibadian diri dan nilai-nilai moral.
Mencapai kemandirian peribadi.
Fasa dimana kanak–kanak bermula untuk berinteraksi dengan kumpulan sosial lain (kawan sekolah, saudara-mara dan lain-lain).
Kumpulan 2: Iwani, Zukrina, Umi, Zainab
Adolescence (13 - 18 tahun)
Membina kemahiran sosial, mencapai hubungan baru dan lebih matang dengan rakan sebaya kedua-dua jantina
Mencapai peranan sosial (maskulin atau feminin)
Menerima fizikal seseorang dan menggunakan tubuh badan selaras dengan fungsinya
Perkembangan emosi yang tidak bergantung kepada ibu bapa dan orang dewasa lain
Bersedia untuk perkahwinan, kehidupan berkeluarga, kerjaya ekonomi
Memperoleh nilai-nilai dan sistem etika sebagai panduan kepada tingkah laku serta membangunkan ideologi
Menginginkan dan mencapai tingkah laku yang bertanggungjawab secara sosial
Early adulthood (18 - 30 tahun)
Belajar menjadi ahli masyarakat yang produktif
Mencari dan memilih pasangan
Mengembangkan keturunan keluarga (anak)
Membina keluarga
Belajar untuk hidup bersama serta menguruskan rumah tangga
Memulakan dan meneruskan kerjaya
Mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sivik dan sosial dalam masyarakat
Mampu melakukan peranan sosial sebagai wanita dan lelaki dalam sesebuah keluarga
Meja 3: Fatini, Ezzani, Norihan, Iman, Ain, Syafina
Pertengahan umur (30-60 tahun)
Mencapai kejayaan dalam kehidupan berkeluarga dan kerjaya
Membimbing remaja agar menjadi individu yang bertanggungjawab dan bahagia
Mencari aktiviti / hobi yang bersesuaian dengan masa lapang
Menerima dan mengadaptasi perubahan fisiologi atau pertengahan umur
Mampu menyesuaikan diri dengan ibu bapa yang berusia
Later maturity (61 ke atas)
Menyesuaikan diri dengan penurunan kekuatan dan kesihatan fizikal
Menyesuaikan diri dengan persaraan dan mengurangkan pendapatan
Menyesuaikan diri dengan kematian pasangan
Mewujudkan pertalian yang jelas dengan kumpulan umur seseorang
Memenuhi kewajipan sosial dan sivil
Mewujudkan susunan hidup fizikal yang memuaskan