• Tidak ada hasil yang ditemukan

F4 BM 考试范围 SJ + Mewah

N/A
N/A
SAM YAN ZI Moe

Academic year: 2024

Membagikan "F4 BM 考试范围 SJ + Mewah"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

F4 BM 半年考

专校秘笈

(2)

Persediaan untuk menempuh alam pekerjaan

进入社会需要做的准备

Persediaan yang utama untuk menempuh alam pekerjaan ialah seseorang murid memerlukan kelayakan akademik yang tertinggi. Tahap akademik yang diperlukan berbeza-beza

berdasarkan pekerjaan tertentu. Tamsilnya, seseorang murid perlulah mendapatkan gelaran Ph.D untuk menjadi seorang pensyarah. Manakala, seseorang itu cukup mendapatkan ijazah dalam bidang yang dikhususkan untuk menjadi seorang akauntan. Kelayakan akademik ini sebagai suatu kayu ukuran dalam proses pengrekrutan dan pemilihan pekerja kerana kelayakan tersebut menjadi bukti pemahaman individu yang mendalam dan khusus dalam bidang yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Murid-murid perlulah teliti dan prihatin mengenai bidang yang perlu diceburi sebagai langkah utama menuju ke kerjaya yang diidam-idamkan. Sebagai contohnya, murid yang mahu menjadi seorang doktor, jururawat, dan ahli farmasi mestilah memilih aliran sains dan murid yang ingin menjadi seorang peguam dan hakim haruslah memilih aliran

kesusasteraan di sekolah. Hal ini amat vital agar pengangguran yang hanya disebabkan oleh tahap akademik yang tidak mencapai kriteria tertentu ketika melamar sesuatu pekerjaan.

Tegasnya, kelayakan akademik menjadi prasyarat bagi murid membuat persediaan untuk menempuh alam pekerjaan.

(3)

Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, seseorang murid mestilah memantapkan kemahiran berkomunikasi.

Kemahiran berkomunikasi amat diperlukan bagi seseorang pekerja yang bekerja dalam kalangan majmuk kerana dalam berkomunikasi, seseorang itu mestilah mempunyai etika dalam pertuturan kata dan mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas dan lengkap kepada orang lain. Hal ini penting agar tidak berlaku percanggahan dan adu mulut antara rakan sekerja dan meningkatkan lagi produktiviti sesuatu pekerjaan melalui pertukaran pendapat dan arahan yang cekap. Jika seseorang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat lemah, bagaimanakah dia hendak berurusan dengan rakan sekerja, majikan, klien dan pelabur? Orang-orang tua dahulu selalu mengatakan kerana mulut badan binasa. Kepercayaan seseorang itu diperoleh melalui pembicaraan dan pertuturan kata. Tuntasnya, kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri murid-murid sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan.

Seperkara lagi, murid-murid mestilah mempertimbangkan prospek pekerjaan yang hendak diceburi. Mereka mestilah mengintrospeksi diri dan mempunyai matlamat yang jelas berkenaan haluan masa depan yang mahu dipilih.

Sebagai contohnya, jika seseorang meminati lukisan dan mempunyai imaginasi yang sangat tinggi dan luas, dia

sewajarnya memilih untuk menjadi seorang arkitek. Sejak kecil lagi, kebanyakan ibu bapa memaksa anak-anak untuk menjadi seorang doktor walaupaun kecenderungan dan minat anak-anak terletak pada bidang yang lain. Waima karier sebagai seorang doktor terletak pada hierarki tertinggi dalam bidang pekerjaan akademik dan menjanjikan gaji yang lumayan, namun segalanya akan menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak mempunyai minat untuk menjadi seorang

doktor. Ray Kroc, pengasas rangkaian francais McDonalds pernah mengatakan bahawa jika seseorang bekerja semata- mata untuk wang, dia tidak akan menjadi kaya kerananya, dan jika seseorang mencintai pekerjaan yang dilakukan, kejayaan akan menjadi miliknya. Sesungguhnya, seseorang murid mestilah memilih pekerjaan berdasarkan minat dan kemahiran mereka, bukannya berdasarkan gaji dan populariti sesuatu pekerjaan semata-mata kerana haluan masa depan mereka ditentukan oleh nafsi mereka sendiri.

(4)

Seterusnya, murid-murid perlulah mempunyai ketahanan fizikal dan mental bagi menghadapi alam pekerjaan.

Jika seseorang pelajar secara lazimnya mendapat stres dan depresi kerana pelajaran, seseorang pekerja pula akan stres kerana pekerjaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang pekerja perlu memberikan komitmen dan usaha maksimum dalam membuahkan hasil pekerjaan yang berkualiti. Lebih-lebih lagi, dunia sedang pantas

mengalami pemodenan dan Revolusi Perindustrian 4.0 melonjakkan tuntutan tenaga kerja yang berkualiti. Dunia kontemporari memerlukan pekerja yang cerdik, cekal dan kreatif serta mempunyai kecekalan sukma bagi

menghadapi segala cabaran dan halangan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Pekerja yang tidak proaktif dan pasif hanya akan mencacamerbakan dan membantutkan kualiti produktiviti sesuatu pekerjaan. Murid-murid

perlulah melatih diri supaya berdisiplin , tidak mudah berputus asa dan mampu menahan segala rintangan dalam mengorak langkah menggapai kejayaan supaya mereka dapat bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan yang jauh lebih mencabar. Anak-anak berdarah muda ini perlulah mencontohi Abraham Lincoln yang pernah mengalama 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum akhirnya beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 ketika berusia 51 tahun. Sesungguhnya, seseorang murid perlulah mempersiapkan fizikal dan mental mereka dengan mantap agar dapat menempuh alam pekerjaan kelak.

(5)

Akhir sekali, murid perlulah bijak membahagikan masa mereka dengan sebaik mungkin. Ketika murid-murid masih berada di bangku sekolah, mereka terikat dengan jadual pembelajaran disekolah dan mempunyai komitmen yang sedikit kerana segala keperluan hidup masih ditampung oleh ibu bapa. Namun dalam alam pekerjaan, setiap individu perlu berdikari dan perlu mengkhawatirkan pelbagai perkara sebagai seorang dewasa yang mandiri.

Murid-murid perlulah bijak membahagikan masa sejak kecil lagi dengan menjadikan tugasan yang diberikan oleh guru sebagai prioriti. Kesannya, mereka akan menjadi pekerja yang dapat menyiapkan pekerjaan dengan tangkas dan cepat seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pekerjaan. Jika seseorang itu sering

menangguhkan kerjanya, kerja yang pada mulanya hanya sedikit akan menjadi banyak dan akhirnya memberikan tekanan kepada individu itu sendiri. Pepatah Arab ada menyatakan bahawa waktu itu bagaikan pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya pedang itu akan memotongmu. Masa luang ialah suatu nikmat yang perlu kita

gunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Jelaslah bahawa kemahiran individu dalam menguruskan masa amat penting bagi memastikan kelancaran pekerjaan seseorang pekerja.

(6)

Amalan sihat sepanjang masa = amalan gaya hidup sihat 健康的生活习惯

Amalan gaya hidup sihat merupakan kunci utama untuk menghindarkan penyakit远离疾病. Kehidupan yang sihat dapat memastikan seseorang hidup dengan penuh ceria开心 tanpa mengalami sebarang kesakitan病痛. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai dengan segera. Persoalannya, apakah cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat?

Aspek pemakanan yang seimbang均衡的饮食 menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat.

Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet饮食 yang betul terutama

mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat营养 yang diperlukan untuk menangkis去除 kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

(7)

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala定期 untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan检验出

sebarang simpton awal早期症状 penyakit yang boleh mengancam nyawa威胁性命 manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan预防 dan rawatan yang terperinci仔细的治疗 mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan

doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan

peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh汗水 keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan juga. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

(8)

Sementara itu, masa rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini.

Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya.

Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya恢复能量 untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif 正面的思维 jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif正 面的观点 sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang成熟 lagi rasional理性.

Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak紧迫 ini.

(9)

Kepentingan Ilmu

Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama.

Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi,

semua orang khususnya para remaja perlu menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan menguasai ilmu, seseorang itu boleh mencipta peralatan baharu atau membuat inovasi dalam pelbagai bidang. Alat atau ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba, drone, dan alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global dewasa ini. Perkara ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi, k-ekonomi merupakan trend baharu dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Jadi, setiap orang harus mengikut arus kemajuan k-ekonomi tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman jika tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Dengan menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman, seseorang peniaga itu dapat memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

(10)

Jika seseorang pemimpin menguasai ilmu sudah pastilah individu tersebut dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang

positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang bersifat proaktif dalam semua hal. Perkara itu bermakna masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau

optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya

halangan untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Sebagai kesimpulannya, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari. Kita berharap agar masyarakat negar ini mementingkan penguasaan ilmu demi kemajuan negara.

(11)

Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi.

Walaupun impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus

dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian.

Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah dikesisikan被忽略 dalam arus pembangunan sejak 1980-an.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan

kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi negara kita.

Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara kita.

Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian.

(12)

Usaha untuk memajukan sektor pertanian ① :

petani perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi改革 terhadap sektor pertanian.

Jika petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka hanya sekadar sara diri.

terus dibelenggu oleh kemiskinan.

Untuk mengikut rentak perkembangan sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti.

Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih种子 yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu

Usaha untuk memajukan sektor pertanian ② :

Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita.

Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan.

Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir(下游工业 = 进行加工) dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi, sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya.

menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.

Peribahasa : di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

(13)

Usaha untuk memajukan sektor pertanian ③ :

sistem pengagihan yang kamil完善的分配 perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya petani tidak lagi dianiayai被迫害 oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba贪心.

Penubuhan koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada petani.

Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka.

pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan.

Rentetan daripada itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus

mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung小心翼

untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita.

Peribahasa :serampang dua mata

(14)

Kepentingan ① :

- meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa

- Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini.

- Majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

- pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan.

- Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan pendapatan.

(15)

Kepentingan ② :

- sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.

- Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport.

- Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya.

- Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa.

- Selain itu, hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara.

- Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia.

(16)

Kepentingan ③ :

- Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar

melalui pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan.

- Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui

peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan

memulihara alam sekitar.

- Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk

seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang pesat.

- Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun,

pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi.

(17)

Usaha menggalakkan masyarakat menceburi bidang pertanian

Salah satu langkah bagi menarik perhatian para siswazah大学生 menceburkan diri dalam bidang tersebut ialah ibu bapa perlulah mendedahkan anak-anak dengan bidang pertanian sejak mereka di usia dini lagi kerana

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menunjukkan khudwah hasanah dengan melakukan aktiviti pertanian bersama-sama di halaman rumah masing-masing. Sikap cinta akan pertanian dalam diri anak- anak juga dapat disemai dengan membawa mereka ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) yang diadakan setiap 2 tahun supaya mereka dapat meneroka pelbagai cabang pertanian dengan lebih lanjut. Konsekuensinya, anak-anak akan sedar betapa menariknya bidang pertanian dan mereka akan berazam untuk menceburi bidang ini apabila mereka dewasa kelak. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang amat ampuh bagi melahirkan siswazah-siswazah yang meneruskan legasi bidang pertanian di negara kita.

Dalam nada yang lain, pihak bank pertanian perlulah memberi pinjaman dan modal kepada para siswazah yang baru memulakan projek pertanian mereka. Siswazah-siswazah pada umumnya tidak mempunyai

simpanan wang yang banyak kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap yang menjadi batu

penghalang bagi mereka memulakan usaha pertanian. Skim pinjaman berkadar faedah rendah perlulah ditawarkan kepada para siswazah. Tamsilnya, bank Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada para petani baru untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan pertanian. Natijahnya, ramai siswazah yang boleh mengusahakan bidang pertanian tanpa perlu rungsing memikirkan jalan penyelesaian bagi membekalkan dana yang cukup untuk memulakan usaha pertanian. Sesungguhnya, peranan pihak bank pertanian amat ampuh dalam membolehkan siswazah-siswazah memulakan usaha pertanian sendiri.

(18)

Sementelahan, para siswazah perlulah didedahkan dengan bidang-bidang dalam sektor pertanian seperti bidang agropelancongan. Majoriti masyarakat

berfikiran bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian hanya melibatkan aktiviti turun padang untuk menanam dan menuai serta perlu bergelumang dengan peluh dan lumpur di bawah cahaya matahari yang terik. Namun sebenarnya, peluang

pekerjaan dalam sektor pertanian amatlah luas. Siswazah yang mempunyai ijazah pelancongan boleh menceburkan diri dalam bidang agropelancongan. Kemudahan di kawasan pertanian perlulah disediakan seperti komoditi penginapan yang

lengkap. Para pelancong asing bolehlah menginap di kawasan kampung sambil

mendapatkan pengalaman menjalankan aktiviti pertanian persis gaya hidup orang

kampung. Scenario ini adalah seperti kata peribahasa menyelam sambil minum

air. Jelaslah bahawa pendedahan bidang-bidang dalam sektor pertanian akan

menarik lebih ramai siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

(19)

Selain itu, pihak kerajaan perlulah membuat reformasi

改革

terhadap sektor pertanian agar siswazah-siswazah tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Ramai anak- anak berdarah muda yang kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian kerena berfikiran bahawa mereka perlu bertani dengan kaedah tradisional seperti yang telah diamalkan sejak berzaman-zaman dahulu. Bukan sahaja kaedah ini sudah ketinggalan zaman, namun kadar pengeluaran hasil pertanian adalah sangat rendah berbanding dengan masa dan tenaga yang dicurahkan. Jika keadaan ini dikekalkan sebegini, petani akan dibelenggu

kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan sektor industri, sektor pertanian perlulah digabungkan dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih bagi memantapkan lagi proses pertanian dan melonjakkan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Melalui ilmu

bioteknologi, para petani dapat menanam baka benih berkualiti yang mempunyai daya

ketahanan terhadap serangga persoak dan dapat tumbuh cepat seperti benih padi Bahagia dan Malinja yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kaedah ini amat sesuai untuk para siswazah yang sudah terbiasa hidup dikelilingi dengan teknologi

canggih yang membuatkan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan efisien dan tangkas.

Tegasnya, reformasi terhadap sektor pertanian perlulah dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar siswazah-siswazah lebih tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

(20)

Akhir sekali, kempen kepentingan sektor pertanian perlulah giat dijalankan oleh pihak kerajaan. Input mengenai maslahat-maslahat sektor pertanian perlulah disebarkan melalui media massa dan media sosial. Rata-rata para siswazah mempunyai akaun peribadi dalam

aplikasi sosial seperti ‘Instagram’, ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’. Oleh itu, maklumat-maklumat ini mudah untuk disebarkan ke seluruh negara hanya dengan mengklik tombol perkongsian tanpa perlu mengeluarkan kos bagi mencetak edaran kempen. Konsekuensinya, persepsi

siswazah-siswazah terhadap pekerjaan dalam sektor pertanian akan berubah dan mereka mula peka dengan betapa luasnya skop dalam bidang pertanian. Mereka akhirnya celik dengan

peluang luas dalam bidang pertanian dan boleh mengaplikasikan ilmu kemahiran mereka

dengan sektor pertanian. Sebagai tamsilnya, pelajar jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk mewujudkan bidang pertanian moden iaitu bidang bioteknologi.

Pelbagai inovasi dan pengembangan dapat dilakukan oleh anak muda apabila kempen

kepentingan sektor pertanian menyedarkan mereka tentang potensi-potensi yang tersembunyi di sebalik sektor pertanian. Sesungguhnya, kempen kepentingan sektor pertanian dapat

mengubah persepsi siswazah-siswazah untuk menceburi bidang pertanian ini.

(21)

Langkah membanteras / mengatasi / menangani 解决 kes buli siber网络霸凌

Buli adalah salah satu gejala yang boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada fizikal dan juga mental mangsa- mangsanya. Mutakhir ini最近, timbul perkataan buli siber yang semakin popular kerana berlaku pembulian di alam siber yang banyak memberi kesan kepada mangsa terutamanya anak-anak muda di negara kita. Bagi menyelesaikan polemik课题 yang kian membelenggu束缚 ini, kita hendaklah membincangkan apakah tindakan-tindakan yang

boleh dilakukan oleh setiap pihak untuk menyelesaikan isu ini hingga ke akar umbi. 解决到根源

Kita seharusnya memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam setiap individu. Usaha ini pastinya dapat mengelakkan daripada gejala buli berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Melihat kepada

pembentukan negara Malaysia, kita didirikan atas sifat hormat-menghormati serta toleransi忍让 antara satu sama lain. Nilai murni ini jika berjaya dipupuk dalam diri pelajar di sekolah, pastinya masalah buli dapat diatasi kerana mereka mempunyai belas kasihan serta mampu menyelesaikan sebarang pertikaian争吵 dengan rasional.

Intihannya, gejala buli-membuli dapat dibendung jika pelajar mengamalkan nilai toleransi dan hormat- menghormati.

(22)

Langkah seterusnya dalam mengatasi masalah buli di institusi pendidikan adalah dengan menyediakan saluran untuk pelajar mengadu masalah.准备倾诉的管道给学生 Tidak dinafikan bahawa pelajar yang dibuli lebih

selesa untuk mendiamkan diri daripada dimalukan dengan masalah yang dihadapi.被霸凌的学生选择沉默 Oleh itu, setiap guru, pelajar dan juga kakitangan sekolah berperanan menjadi mata-mata kepada guru yang

bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar. Sebagai contoh, apabila ternampak dengan perlakuan buli, anda perlu melaporkan报告 terus kepada guru disiplin supaya tindakan diambil dan pastikan mangsa serta pembuli diberikan ruang untuk mengadu masalah masing-masing. Tegasnya, pihak sekolah perlu memastikan pelajar diberikan ruang yang selamat untuk mengadu masalah supaya dapat membendung解决 masalah buli.

(23)

Dari sudut pandang yang berlainan, usaha untuk mengelakkan gejala buli siber adalah dengan memastikan

pelajar bebas daripada sebarang pengaruh-pengaruh buruk. Pada zaman modenisasi dan globalisasi ini, hampir kebanyakan pelajar memiliki peranti pintar 智能物品 serta mendapat akses tanpa had无限链接 terhadap informasi melalui Internet. Norma yang berbeza dengan zaman ibu dan bapa dahulu 和以往不一样的这个状况

hendaklah difahami dan memastikan pelajar tidak terjerumus 不会牵涉在 ke dalam perkara yang tidak kita ingini.

Persis peribahasa Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Izharnya, setiap pihak perlu memainkan peranan supaya pelajar tidak terdedah不会接触到 kepada pengaruh-pengaruh影响 yang boleh menyebabkan mereka

menjadi pembuli.

Sudah terang lagi bersuluh, kes buli siber dalam kalangan pelajar boleh diatasi dengan langkah-langkah yang telah dihuraikan. Sekiranya kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, isu ini hendaklah diselesaikan serta tidak timbul不会出现 lagi pada masa hadapan. Modal insan yang mempunyai jati diri yang kuat强大的性格 serta berketerampilan tinggi很高的能力 perlu dibentuk dalam diri setiap ahli masyarakat.

(24)

Cara memupuk remaja bersukan

Ibu bapa menjadi cerucuk utama pembangunan keluarga dalam melahirkan remaja yang minat bersukan. Ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak yang usianya masih setampuk pinang dan tidak mampu membezakan antara intan dengan kaca. Sebagai suri

teladan, ibu bapa sewajarnya menunjukkan minat bersukan yang mendalam agar tidak

dikatakan seperti aforisme seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa seharusnya mempengaruhi minda generasi muda untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai rutin harian sejak kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tamsilnya, anak-anak seharusnya dibawa oleh ibu bapa untuk bersama-sama ke kompleks sukan untuk bermain badminton, berenang, dan sebagainya bagi memantapkan nilai-nilai kesukanan dalam jiwa remaja dan mengeratkan wasilah kekeluargaan. Nasihat yang berguna tentang maslahat aktiviti sukan haruslah

ditekankan oleh para ibu bapa agar persepsi negatif anak-anak terhadap bidang tersebut dapat dikikis. Sebaliknya sukan bukan sahaja menjanjikan kemantapan fizikal malah membina

keyakinan mental yang positif dalam kalangan remaja. Dengan kata lain, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menampilkan wajah baru anak-anak yang disulami tekad untuk

bersukan demi keseimbangan jasmani dan rohani diri.

(25)

Peranan seterusnya dalam memupuk remaja meminati sukan digalas oleh pihak sekolah yang seyogianya memastikan semua pelajar menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di

sekolah. Meskipun dasar 1Murid 1Sukan diwajibkan di semua sekolah, namun pihak sekolah harus membimbing pelajar-pelajar memenuhi impian agar tiada pelajar yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Pihak sekolah harus membetulkan tanggapan pelajar yang masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit bahawa aktiviti sukan kononnya hanya untuk atlet sekolah dan mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang sukan sahaja serta

mengganggu tumpuan pembelajaran. Guru-guru juga sewajarnya menjalankan obligasi dengan mendedahkan kepentingan bersukan seperti menyertai Kelab Hoki, Kelab Olahraga dan

sebagainya bagi keperluan 10 peratus markah kemasukan pelajar ke universiti. Pelajar-pelajar harus diterapkan hakikat bahawa kelulusan akademik semata-mata bukanlah tiket jaminan

untuk mereka berjaya menempatkan diri di menara gading jika tidak diseimbangkan dengan kecemerlangan dalam arena sukan. Tindakan tegas juga haruslah diambil oleh guru-guru

penasihat sekiranya para pelajar gagal menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah tanpa mengemukakan alasan yang munasabah. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap

kepentingan penglibatan para pelajar perlu dibajai kembali oleh pihak sekolah demi membangunkan generasi yang berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berilmu.

(26)

Seorang cendekiawan Barat pernah memfasiqkan, “Pokok utama kemajuan seseuatu bangsa ialah jiwa yang hidup”. Berlandaskan kata-kata tersebut maka kerajaan harus menjalankan peranan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti pusat sukan dan taman

rekreasi secara percuma bagi membolehkan rakyat terutamanya remaja berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sukan untuk menghidupkan semula budaya sukan dalam atma mereka.

Keprihatinan kerajaan dengan menubuhkan sekolah-sekolah sukan di seluruh negara menjadi landasan terbaik untuk menyuburkan minat bersukan dalam kalangan anak-anak muda

memaksimumkan kemampuan mereka. Kerajaan juga sewajarnya menumpukan usaha dengan mencari jurulatih berpengalaman untuk membentuk ahli sukan bertaraf dunia. Biasiswa sukan juga wajar diperluas kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan di samping peluang untuk berkhidmat dalam bidang tersebut bagi menggalakkan remaja lebih serius meminati sukan. Oleh itu, kerajaan dapat memajukan taraf bangsa dengan menyediakan prasarana sukan mencukupi agar dijadikan sumber inspirasi remaja agar dapat menggapai cita yang luhur.

(27)

Kepentingan mempelajari Bahasa Melayu

(a) untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rak> at berbilang kaum - sebagai bahasa

perpaduan -rakyat Malaysia berkomunikasi sesama warga negara dengan menggunakan satu

bahasa - bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan melambangkan jiwa bangsa, yakni bangsa Malaysia — bahasa kebangsaan yang satu dan seragam merupakan asas perpaduan sesebuah negara

(b) untuk menyemarakkan semangat cinta akan negara

- slogan "Malaysia Boleh" yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk lebih mencintai negara - dalam bidang sukan umpamanya.

slogan "Malaysia Boleh" yang dilaung-laungkan dapat menyemarakkan kejayaan atlet dan menyatupadukan rakyat

(28)

(c) untuk digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan - sebagai bahasa ilmu.

bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan - sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dengan menggunakan bahasa kebangsaan

sehingga peringkat menengah - murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas tanpa kekangan taktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik

(d) untuk pembinaan insan dan membangunkan masyarakat - bahasa kebangsaan memainkan peranan penting untuk membina konsep diri dan untuk pengilmuan diri insan serta pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia - bahasa kebangsaan telah menjadi penayang pandangan sarwa masyarakat dan sebagai alat kreativiti insan dalam pelbagai bidang kehidupan

(e) komunikasi yang berkesan dapat dibentuk - melalui pertuturan menggunakan satu bahasa yang sama

- rakyat yang berbilang kaum dapat memahami antara satu dengan yang lain - dapat

mengelakkan perselisihan faham akibat tidak memahami maksud bahasa yang disampaikan - rasa saling menghormati dan toleransi akan dapat diwujudkan

(29)

Pedoman = teladan = menarik

(30)
(31)

Bina ayat tanya berdasarkan kata yang dicondongkan

• Mei Mei tinggal di Taman Seremban Jaya.

JAWABAN : Di manakah Mei Mei tinggal?

Kata terbitan (berimbuhan) dan kata adjektif形容词

Referensi

Dokumen terkait