http://ukmpress.ukm.my
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission
in writing from Penerbit UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA http://ukmpress.ukm.my e-mel: [email protected]
Penerbit UKM adalah anggota / is a member of the MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA/ MALAYSIAN SCHOLARLY PUBLISHING COUNCIL PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION
No. Ahli/ Membership No. 198302
Atur Huruf oleh / Typeset by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by UKM CETAK SDN BHD Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication Data Hanafi Arief
Wanita dan Keganasan Rumah Tangga di Malaysia dan Indonesia / Hanafi Arief, Rohani Abdul Rahim.
ISBN 978-967-412-874-6
1. Family violence--Law and legislation--Malaysia.
2. Family violence--Law and legislation--Indonesia.
3. Wife abuse--Law and legislation--Malaysia.
4. Wife abuse--Law and legislation--Indonesia.
5. Government publications--Malaysia.
I. Rohani Abdul Rahim.
II. Judul.
362.829209595
Senarai Jadual … 7 Prakata … 9
BAB 1 Fenomena Keganasan Rumah Tangga … 11 BAB 2 Asas dan Perspektif Teoritikal … 32
BAB 3 Perundangan, Perlindungan dan Pencegahan Keganasan Rumah Tangga … 63
BAB 4 Kes Keganasan Rumah Tangga di Malaysia dan Indonesia … 119 BAB 5 Keganasan Rumah Tangga terhadap Wanita Berstatus Isteri … 146
Rujukan … 157 Indeks … 163
JADUAL 1.1 Bentuk keganasan dalam rumah tangga … 19
JADUAL 1.2 Kes keganasan terhadap wanita di Malaysia (2000- 2012) … 25
JADUAL 1.3 Kes perlindungan mangsa keganasan rumah tangga oleh WAO (2006-2011) … 25
JADUAL 1.4 Kes keganasan rumah tangga menurut bangsa di Malaysia (2006-2011) … 26
JADUAL 1.5 Kes keganasan rumah tangga terhadap wanita di Indonesia (2007-2012) … 28
JADUAL 1.6 Kes keganasan terhadap wanita mengikut wilayah terpilih di Indonesia (2011-2012) … 29
JADUAL 1.7 Kes keganasan rumah tangga terhadap wanita (2007- 2012) … 29
JADUAL 1.8 Aduan ke jaringan wanita (WCC) (2007-2011) … 30 JADUAL 2.1 Pengalaman keganasan … 33
JADUAL 2.2 Bentuk keganasan menurut Seksyen 1, DPKTWNB (1993) … 37
JADUAL 2.3 Jenis dan elemen keganasan menurut Seksyen 2, DPKTWNB … 37
JADUAL 2.4 Punca keganasan berasaskan faktor dalaman dan luaran … 43
JADUAL 2.5 Jenis dan sifat buruk pelaku … 47
JADUAL 2.6 Trauma akibat kecederaan pada anggota badan … 52 JADUAL 2.7 Kesan dan akibat psikologi … 53
JADUAL 2.8 Jenis keganasan … 57
JADUAL 3.1 Pembentukan perundangan keganasan rumah tangga Malaysia dan Indonesia … 100
JADUAL 3.2 Perbandingan Akta 521 dengan Undang-undang 23/2004 … 101
JADUAL 3.3 Perbandingan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan KUHP … 114
JADUAL 3.4 Keganasan sebagai alasan perceraian dalam undang- undang perkahwinan Malaysia dan Indonesia … 115
JADUAL 4.1 Kaedah pemberdayaan pilihan mangsa Malaysia dan Indonesia … 132
Puji syukur dipanjatkan kehadirat Allah SWT, Zat Yang Maha Pemurah, atas kemurahan-Nya yang telah melimpahkan taufiq dan hidayah-Nya sehingga buku ini dapat selesai dibuat. Salawat dan salam tidak lupa juga disampaikan kepada Baginda Rasulullah, Muhammad SAW, pengembang risalah Islam yang tersebar ke seluruh penjuru dunia.
Buku bertajuk Wanita dan Keganasan Rumah Tangga di Malaysia dan Indonesia ini memperkenalkan secara am dasar-dasar perundangan berkaitan dengan perlindungan dan pencegahan keganasan rumah tangga yang berlaku sekarang ini di Malaysia dan Indonesia, dasar-dasar teoritikal keganasan dalam rumah tangga serta kes keganasan rumah tangga khusus kepada wanita sebagai isteri. Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun, sehingga boleh diambil kesimpulan bahawa fenomena kes keganasan rumah tangga juga sama. Perkembangan pesat di lakukan dalam usaha perundangan dan pihak penguatkuasa untuk melindungi mangsa di sebabkan isu keganasan rumah tangga yang semakin pelbagai dan pertambahan kes yang mendadak tahun demi tahun. Antara faktor penyebabnya ialah pengaruh tekanan ekonomi, faktor moral dan pegangan terhadap keagamaan yang kian terhakis dalam masyarakat sosial. Kesan keganasan rumah tangga yang bersifat menular dari mangsa utama kepada mangsa-mangsa lain dalam keluarga seperti anak-anak, ibu bapa dan seumpamanya menuntut perhatian dan tindakan kerana ancaman terhadap keutuhan institusi kekeluargaan ini sudah tentu menimbulkan ancaman dalaman pula kepada ketahanan masyarakat dan sesebuah Negara. Sekiranya, perkembangan keganasan ini tidak di bendung kebimbangannya akan timbul budaya yang akan menggunakan keganasan sebagai suatu cara mengurus dan mengawal keluarga. Malaysia membuat pindaan pada Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 (A1414) dan (Pindaan) 2017 (Akta A1538) bagi memperkukuhkan lagi perlaksanaan pencegahan keganasan dalam rumah tangga.
Amnya penulisan buku ini adalah sebagai rujukan bagi para pelajar serta mereka yang berkaitan dengan bidang perundangan khususnya perundangan keluarga. Namun, diharapkan juga ianya boleh dimanfaatkan oleh mana-mana pihak lain yang berminat dengan perundangan keluarga.
Kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya ahli jawatankuasa Fakulti Undang-Undang yang telah membolehkan penulisan ini diterbitkan, bermula dari penyiapan, penyusunan sehingga kepada penerbitan buku ini. Semoga Allah memberikan ganjaran-Nya kepada mereka serta selalu memberikan lindungan kepada kita semua, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia atas pemberian geran penyelidikan bernombor FRGS/1/2012/
SSI10/UKM/02/7 bertajuk Perlindungan Majikan sebagai Mekanisme Transformasi Perundangan dan Tadbir Urus Pekerja Migran dalam Memajukan Negara Malaysia.
Hanafi Arief
Rohani Abdul Rahim Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi
Fenomena Keganasan Rumah Tangga
Pengenalan
Pembangunan negara moden banyak mempengaruhi sistem kekeluargaan masa kini.
Kemajuan teknologi dan perkembangan pesat dalam sektor perindustrian berlandaskan hasrat membina negara maju memberi kesan besar kepada perilaku, sikap dan gaya hidup serta budaya berkeluarga sehingga akhirnya sistem kekeluargaan disisihkan dari segi kepentingannya serta keperluan ahli-ahlinya hanya semata-mata kerana bertujuan mencapai negara maju.
Di Malaysia, krisis kewangan global mendesak negara untuk berfikir dan bertindak sendirian bagi memulihkan ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang mantap telah dicapai dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun 2010 sebanyak 10.1%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, pertumbuhan KDNK pada kadar 6.0% setahun diperlukan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10/ 2010-2015). Ini boleh di lakukan menerusi kaedah transformasi ekonomi secara menyeluruh kepada negara yang berkembang pantas. Modal insan mula diberi tumpuan serius terutama dalam memberi latihan. Pekerja mahir dan terlatih sahaja di ambil bagi memastikan misi dan visi sebuah negara maju tercapai. Namun kesan yang timbul daripada desakan untuk melahirkan Negara Maju ini kurang mendapat perhatian sehingga menimbulkan keadaan pengangguran, pengabaian terhadap ahli keluarga yang masih di bawah tanggungan, inflasi, jenayah termasuklah keganasan rumah tangga terhadap isteri, anak-anak dan golongan lemah yang lain.
Di Indonesia, dalam tempoh 10 tahun selepas reformasi, 29 polisi dihasilkan untuk menangani dan menghapuskan keganasan terhadap wanita, iaitu 11 polisi di peringkat nasional, 15 polisi di peringkat daerah dan 3 polisi di peringkat rantau ASEAN (Assembly of South East Asia Nation). Sejumlah 235 institusi baru dari Aceh hingga Papua ditubuhkan.
Komisi Nasional (Komnas) telah ditubuhkan oleh masyarakat dan negara untuk menangani keganasan terhadap wanita. Sejumlah 129 Unit Perkhidmatan bagi wanita dan Anak di Balai Polis (Police Resort), 42 Pusat Perkhidmatan bersepadu di rumah sakit, 23 Pusat
Perkhidmatan Bersepadu Pemberdayaan Wanita dan Anak (P2TP2A), dan 41 Pusat Krisis Wanita (Women’s Crisis Center (WCC)) diwujudkan di pelbagai daerah. Di peringkat pelaksanaan 29 polisi dihasilkan bagi menangani sesuatu yang ada keperluan segera di samping meningkatkan persiapan Sumber Daya Manusia (SDM) yang berkeupayaan untuk memberi khidmat bagi memenuhi hak mangsa.
Dalam lima tahun terakhir ini, keganasan dalam rumah tangga merupakan bentuk keganasan yang terbanyak dialami kaum perempuan setiap tahun. Semenjak pengesahan Undang-undang Penghapusan Kekerasan Rumah Tangga (UU KDRT 23/2004), pada tahun 2004 jumlah kes yang ditangani melonjak hampir empat kali ganda. Lembaga yang paling banyak menangani kes keganasan adalah Mahkamah Syariah (pengabaian ekonomi dalam perkara tuntutan cerai) tetapi mereka tidak menggunakan UUD KDRT 23/2004 sebagai pencegahan dan perlindungan. Pemisahan antara perkara perdata (sivil-penceraian) dan pidana (jenayah-KDRT) dalam sistem pengadilan Indonesia sebenarnya tidak menguntungkan dan melindungi wanita dalam usaha mendapatkan keadilan.
Gaya hidup dan budaya kehidupan moden yang mengenepikan tata-susila, tidak menghormati ibu bapa, boros berbelanja, tidak mementingkan ahli-ahli dalam keluarga dan sangat mementingkan diri menyebabkan kehidupan keluarga dihimpit oleh kesengsaraan dan ancaman daripada ahli keluarga sendiri khususnya suami. Amalan suami mengganasi isteri semakin mendapat perhatian apabila berlaku pertambahan kejadian sebegini dari semasa ke semasa sehingga kerajaan terpaksa mengambil jalan lain bagi menghalang suami daripada menganiayai para isteri. Misalnya mengenakan perintah tegahan, menjadikan perlakuan berkenaaan sebagai suatu jenayah, melindungi anak dan isteri dan lain-lain lagi.
Apabila keganasan terhadap isteri dilakukan, ini mengancam sistem kekeluargaan sehingga menimbulkan kesan-kesan negatif kepada diri mangsa. Ini termasuklah kesan penderaan psikologi, kecacatan dan kecederaan fizikal dan menimbulkan persekitaran hidup yang tidak sesuai bagi ahli-ahli keluarga termasuk anak-anak. Pengalaman yang dilalui dan dialami mereka boleh mengganggu pemikiran mereka sehingga menerima perlakuan penderaan sebagai sebahagian daripada kehidupan berkeluarga dan tidak salah atau bukan bertentangan dengan perundangan atau kehendak agama.
Institusi Perkahwinan dan Kekeluargaan
Menurut perspektif Islam, perkahwinan adalah suatu fitrah yang Allah anugerahkan kepada lelaki dan wanita. Ia merupakan satu perkara semula jadi dalam kehidupan manusia, saling melengkapi bagi satu kehidupan yang sempurna kerana manusia mempunyai tabiat suka disayangi dan menyayangi, dibelai dan dimanjai. Perkahwinan juga menghalalkan perhubungan jantina di antara pasangan berkenaan. Menurut Muhammad Ali Qutb, perkahwinan berfungsi untuk mendidik jiwa manusia, meneguhkan rasa kasih sayang, meningkatkan keluhuran budi dan melembutkan perasaan dua manusia yang berlainan jantina untuk memberikan kerelaan (Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2004: 11-12) . Dalam Syariah, masalah dalam perkahwinan mendapat perhatian dan sangat dipentingkan, sehingga diharamkan segala sesuatu yang boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah rumah tangga.
Sebaliknya, perlakuan yang akan memperkukuhkan rumah tangga amat digalakkan. Satu daripada matlamat perkahwinan dalam Islam ialah memelihara maruah dan kehormatan pihak- pihak yang terlibat. Perkahwinan tidak boleh dilandaskan kepada kehendak nafsu tetapi perlu bersandarkan tuntutan agama sebagai suatu ibadah di samping menunjukkan ketaqwaan kepada Allah (s.w.t) (taqarrub ila Allah).
Dalam undang-undang sivil pula, perkahwinan ditakrifkan sebagai suatu ikatan perjanjian yang membangkitkan hak dan tanggung jawab kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga. Ini diterapkan dalam Undang-undang Perkahwinan Indonesia Nombor 1 Tahun 1974 (UU 1/1974) , iaitu;
“Perkahwinan dimaksudkan sebagai ikatan zahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai suami-isteri dengan tujuan membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan kekal seperti yang dikehendaki Allah s.w.t.” (Seksyen 1 (1)).
Selepas melakukan satu ikatan perkahwinan yang sah di sisi undang-undang, ini bermakna kedua-dua pihak bersetuju untuk memikul tanggung jawab dan tanggungan terhadap ahli keluarganya termasuk isteri dan anak-anak. Perkara asas seperti makan, pakai, tempat berlindung, dan pendidikan sering menjadi perkara pertikaian apabila tidak diuruskan dengan baik. Ini sudah tentu menjejaskan hubungan suami-isteri khususnya sehingga boleh membawa kepada penceraian dan pendakwaan di mahkamah. Bagi setiap pasangan, perkahwinan diharap boleh membawa kebahagian dalam kehidupan berkeluarga. Namun
seringkali harapan menjadi musnah kerana kegagalan untuk mempertahankan keutuhan sebuah rumah tangga.
Terdapat banyak punca (Moerti Hadiati Soeroso, 2010: 74) yang mendorong kepada pergaduhan sehingga membawa kepada kemusnahan sesuatu rumah tangga. Pergaduhan dalam sebuah keluarga boleh berlaku dalam bentuk yang ringan tetapi kemudiannya menjadi lebih kerap dan serius apabila tiada usaha dijalankan untuk memulihkan keadaan atau mengatasi masalah yang dihadapi pasangan. Walaupun perbezaan pandangan dalam kehidupan berkeluarga dianggap perkara biasa bagi sesuatu pihak, namun ia boleh membawa akibat yang lebih serius apabila pihak yang lebih berkuasa iaitu si suami berkelakuan di luar batas kemanusiaan sehingga isteri dipukul, ditampar, ditumbuk malah dicederakan hingga meninggal dunia (Murray A. Straus & Gerald Hotaling T., 1980: 6-22).
Perlakuan suami mengganasi dan menganiayai isteri merupakan suatu pencabulan terhadap amanah dan kepercayaan yang lahir daripada suatu ikatan perkahwinan yang bertujuan merapatkan hubungan kasih sayang, kepercayaan dan pergantungan di antara pasangan. Setiap pasangan berkahwin bertanggung jawab untuk memastikan keluarga mereka selamat, sejahtera dan sihat fizikal serta rohani. Ciri-ciri keluarga sebegini sangat penting dalam membina masyarakat sejahtera dalam usaha kerajaan mencapai status negara maju.
Sesebuah rumah tangga dianggap elemen teras dalam menjana kemajuan sebuah negara (Hadi Dust Muhammadi, 2005: 145). Rumah dianggap ruang hak milik peribadi, namun kebanyakan perlakuan keganasan dalam rumah tangga yang melibatkan isteri berlaku secara tertutup dan tersembunyi. Rumah yang dulu tempat berlindung kini boleh menjadi perangkap penganiayaan ke atas isteri yang menjadi sasaran dan objek pemangsaan. Isteri menjadi mangsa dera tidak mengira apa alasan yang diberikan oleh pelaku keganasan. Hakikatnya, tiada sebab nyata dan munasabah bagi membolehkan suami mendera. Kebanyakan keganasan yang berlaku berpunca daripada sikap dan perwatakan pelaku yang cepat marah, hilang pertimbangan, mementingkan diri sendiri, memperlekehkan keupayaan isteri, tidak sukakan isteri, mencari alasan bagi menjatuhkan maruah isteri, mempercayai hasutan pihak ketiga dan sebagainya. Manakala di pihak isteri pula, tiada kekurangan yang menonjol yang boleh memicu berlakunya keganasan.
Fenomena keganasan dalam rumah tangga boleh diibaratkan fenomena gunung ais, kerana kebanyakan kes keganasan rumah tangga adalah tersembunyi, tidak dilaporkan oleh mangsa atas pelbagai alasan. Di antaranya, kebimbangan kepada ancaman daripada pelaku (suami) dan jika ditangkap atau dimasukan ke penjara boleh menjejaskan sumber ekonomi rumah tangga, keluarga menganggap masalah keganasan yang berlaku dalam rumah tangga
sebagai urusan keluarga dan enggan menerima campur tangan pihak luar atau masyarakat, dianggap rahasia keluarga dan aib untuk disebarkan kepada pihak lain. Faktor situasi juga boleh mempengaruhi bentuk keseriusan dan zahirnya keganasan.
Keganasan yang berlaku dalam rumah tangga mencerminkan hubungan suami isteri yang tempang dalam kehidupan berumah tangga. Dalam konteks ini, isteri sebagai, wanita tidak dihargai dan dianggap pelengkap semata-mata dan “tidak diterima” sebagai pasangan dalam rumah tangga. Sebaliknya Islam dalam surah An-nisa: ayat 19 menetapkan bentuk pergaulan suami-isteri secara baik dengan memiliki hak dan kewajipan yang seimbang di antara suami-isteri. Dikatakan, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (Al-qur’an dan Terjemahannya, 104). Dikatakan pula dalam surah Al-Baqarah ayat 228 , “Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) itu menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al- qur’an dan Terjemahannya, 45.) Tujuan ayat kedua ini menjelaskan situasi pergaulan yang sesuai, saling menghargai dan menghormati. Ini kerana ketaqwaan kepada Allah SWT itu diutamakan dalam kehidupan berkeluarga.
Jenayah Keganasan Rumah Tangga
Keganasan Rumah Tangga meliputi perbuatan jenayah yang mengancam kehidupan golongan yang kurang berkeupayaan (iaitu meliputi semua ahli keluarga tidak mengira jantina, umur dan mempunyai hubungan kekeluargaan walaupun tidak pertalian darah). Punca keganasan meliputi pelbagai masalah dalam kehidupan harian seperti desakan ekonomi, sikap dan tabiat pelaku dan mangsa, kurang pengetahuan untuk menjalani rumah tangga, faktor luaran dan dalaman sesebuah keluarga, faktor alam sekeliling dan seumpamanya. Akibat keganasan yang
berlaku dikaitkan dengan kesan penggunaan kekuatan tenaga untuk melakukan kecederaan fizikal, psikologi, maruah, nama baik dan seumpama sehingga boleh menjejaskan mangsa.
Keganasan melibatkan pelaku yang mempunyai segala kedudukan yang berkuasa (maskulin) dan mangsa yang lemah (feminin) untuk mengatasi perlakuan ganas. Oleh itu institusi kerajaan dan pemerintah mengambil langkah yang diperlukan melalui penggubalan perundangan, perlaksanaannya, dan penguatkuasaan menerusi prosedur-prosedur pengadilan di mahkamah bagi memberi keadilan kepada mangsa.
Sebelum keadilan diberikan, makenisme dan usaha-usaha perlindungan perlu disediakan dan dijalankan kerana mangsa biasanya tidak berupaya keluar daripada putaran keganasan yang menekan diri mereka tanpa sokongan oleh pihak luar. Apalagi ”keluarga”
dianggap perkara persendirian (private matter) yang tidak boleh dicampuri urusan kekeluargaan mereka. Namun pemerintah dan kerajaan sebagai ”penjaga” kepada ”rakyat”
menerusi kontrak sosial (social contract) boleh bertindak menghentikan perlakuan tidak berkemanusiaan ini daripada berterusan berlaku.
Usaha-usaha pencegahan dan perlindungan perlu bagi membantu mangsa di saat keganasan (melindungi) dilakukan ke atas mereka dan mencegah mangsa daripada menerima keganasan seterusnya (berulang), memberi kesedaran menerusi program pendidikan terutama kepada golongan yang boleh dipralihat sebagai lemah dan berpotensi akan diganasi dalam kekeluargaan. Keganasan yang sering diamalkan oleh pelaku (para suami) ialah dengan menggunakan kuasa, kawalan, menekan, menindas dan mendominasi, mendiskriminasi, mengsubjektifikasi, mengeksploitasi dan sebagainya untuk menganiayai dan mendera wanita (para isteri) sama ada dari segi psikologi (mental dan emosi), fizikal, kewangan, sehingga menyebabkan kecederaan dan tekanan mental yang membawa kepada kesengsaraan hidup mereka (Musdah Mulia, 2002: 66).
Namun, permasalahan keganasan rumah tangga yang berterusan dan meningkat tahun demi tahun memberi gambaran tidak menyenangkan tentang perundangan, sistem kehakiman dan tahap keberkesanan dan perlaksanaannya. Akibatnya ia juga memberi gambaran tentang sistem perundangan yang dikuasai oleh amalan patriarkal, kurang sensitiviti terhadap hak dan kepentingan golongan wanita yang dianggap lemah, cenderung membawa kepada penganiayaan dan ketidakadilan. Dengan itu usaha memerangi keganasan dalam rumah tangga memerlukan kefahaman mendalam dan kesungguhan yang luar biasa untuk melaksanakan pencegahan dan perlindungan ke atas mangsa keganasan rumah tangga.
Keganasan merupakan perlakuan serangan yang dilakukan secara fizikal dan secara psikologi terhadap kehormatan seseorang dengan niat mencederakan seseorang. Niat
mencederakan, menghina maruah, menindas secara psikologi merupakan perkara utama yang menentukan sama ada sesuatu perlakuan disengajakan. Ini ditegaskan oleh Elizabeth Kandel Englander, seperti berikut:
“In general, violence is aggressive behavior with the intent to cause harm (physical or psychological). The word intent is central; physical or psychological harm that occurs by accident, in the absence of intent, is not violence” (Rika Saraswati, 2006:
1).
Mengikut Elizabeth, bahawa keganasan memiliki dua unsur iaitu tingkah laku agresif untuk memberikan kemudaratan kepada mangsa dan niat. Adapun niat sangat menentukan sama ada perbuatan itu merupakan keganasan mahupun tidak. Niat sama dengan kesengajaan iaitu kesengajaan sebagai maksud, yang bersifat pasti, dan yang bersifat kemungkinan. Niat adalah rencana untuk melakukan perbuatan tertentu dalam keadaan tertentu pula. Rencana ini selalu mengandungi suatu tujuan, cara mewujudkan serta akibat yang dikehendaki.
Keganasan dilakukan dengan sengaja menggunakan kuasa atau keganasan secara fizikal, mengugut atau benar-benar berbuat keganasan, terhadap sesuatu kumpulan atau komuniti sehingga boleh menyebabkan kecederaan, kematian, kesan psikologi, kerencatan, tumbesaran dan pengabaian. Bentuk keganasan terhadap wanita boleh berupa penganiayaan fizikal (dipukul, ditendang), penganiayaan psikologi (ancaman, penghinaan), penderaan kewangan atau keperluan asas dan penganiayaan seksual. Bentuk keganasan rumah tangga tidak hanya terbatas kepada bentuk fizikal sahaja, namun juga dalam bentuk tiga keganasan yang lain iaitu keganasan emosi dan mental, seksual, dan ekonomi (Manohari Subramaniam, 2003: 1-2).
Selain dua bentuk keganasan ini, bentuk-bentuk lain juga diiktiraf sebagai suatu keganasan. Terdapat lebih daripada lima bentuk keganasan rumah tangga yang biasa dirujuk oleh penulis-penulis. Bentuk tambahan ialah pengabaian atau menghalang mangsa daripada mendapatkan fasiliti kesihatan serta keganasan terhadap identiti. Di Malaysia dan Indonesia, bentuk-bentuk ini masih tidak ditonjolkan sebagai suatu bentuk dalam perundangan keganasan dalam keluarga: rumah tangga. Sebaliknya, ia digolongkan dalam bentuk keganasan sedia wujud. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah perlakuan masih tidak tergolong dalam mana-mana bentuk perlakuan keganasan. Misalnya, perlakuan keganasan yang mengenengahkan fakta perkauman atau memberi komen negatif yang bersifat gender merupakan suatu yang melanggar hak asasi manusia. Dengan itu, kesannya melampaui (beyond) perasaan malu oleh mangsa kerana dia dimalukan dan dihina seolah-olah bukan
seorang manusia. Dengan itu, keganasan sesama manusia boleh berlaku dalam rumah tangga atau di luar konteks rumah tangga. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar konteks rumah tangga dan dengan melibatkan lelaki mahupun wanita.
Jadwal 1:1 adalah bentuk keganasan rumah tangga mengikut New York State Office
for the Prevention of Domestic Violence.
Jadual 1.1 Bentuk Keganasan Rumah Tangga
Bentuk Keganasan Perlakuan Keganasan
1. Fizikal
a. Melakukan dan cubaan melakukan kecederaan fizikal
memegang, mencubit, menggoncang, menampar, memukul, menggigit, memu- singkan lengan, menendang, menumbuk, memukul dengan objek tumpul, menikam, menembak.
b. Menghalang atau pengabaian untuk mendapatkan atau menyediakan sumber yang diperlukan bagi mengekalkan kesihatan.
perubatan, ubat-ubatan, kerusi roda, makanan atau cecair, tidur, bantuan kebersihan bantuan, memaksa minum alkohol atau mengambil dadah.
3.Seksual
a. Memaksa atau cubaan memaksa untuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaan
b. Cubaan menghina seksualiti mangsa
rogol dalam perkahwinan, rogol kenalan, gila seks (pemaksaan hubungan seks selepas dipukul), serangan ke atas bahagian- bahagian seksual tubuh, pelacuran paksa, cumbuan, liwat, hubungan seks dengan orang lain yang melayan dia cara hina, mengkritik layanan dan kemahuan seksual, tuduhan tidak setia, enggan melakukan seks.
4. Psikologi
a. Menanam dan cubaan menanam ketakutan
b. Mengasingkan atau cubaan untuk mengasingkan mangsa daripada kawan-kawan, keluarga, sekolah dan/atau kerja
ugutan, mengancam kecederaan fizikal kepada diri sendiri, mangsa, dan/atau yang lain, mengancam untuk mencederakan dan/atau menculik kanak-kanak, mengancam, memeras, ugut, gangguan, permainan minda (psiko), ‘stalking’ (pengintipan), memusnahkan haiwan dan harta benda, menafikan akses kepada telefon dan/atau
pengangkutan, menjejaskan hubungan peribadi mangsa, mengganggu orang lain,
“memeriksa” secara berterusan,"
berdampingan secara berterusan, mengguna tuduhan yang tidak berasas, kurungan secara paksa.
5. Emosi
Memperlekeh atau cubaan memperlekeh nilai kepentingan (nilai diri) mangsa.
kritikan berterusan, melemahkan kemampuan dan kecekapan mangsa, mengguna nama panggilan, penghinaan, menjatuhkan citra, layanan buruk secara senyap, memanipulasi perasaan dan emosi mangsa untuk agar merasa bersalah, merosak hubungan bersama dengan kanak-kanak, berulang kali membuat dan mengingkari janji.
6. Ekonomi
Membuat atau cubaan membuat mangsa bergantung secara kewangan
mengekalkan kawalan menyeluruh terhadap sumber kewangan termasuk pendapatan mangsa atau sumber lain yang diterima mangsa melalui bantuan awam atau keselamatan sosial, menafikan wang dan/atau akses kepada wang, melarang hadir di sekolah, melarang bekerja, gangguan pekerjaan, meminta pertanggungjawapan dan justifikasi terhadap semua wang yang dibelanjakan, membelanjakan semua kewangan, penipuan kebajikan yang dipaksakan, menahan maklumat tentang keluarga, penggunaan bil-bil yang dipertanggungjawabkan pembayarannya ke atas mangsa.
Keganasan rumah tangga sering dirujuk dalam makna yang sempit kepada penderaan suami terhadap isteri kerana mangsa keganasan rumah tangga lebih banyak dialami oleh isteri berbanding suami (Musdah Mualia, 2002: 66). Tafsiran yang lebih meliputi
penderaan ialah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap anggota keluarga yang lain, seperti isteri, bekas isteri, suami, bekas suami, orang tua, serta pencabulan anak-anak dan rogol (Mohd Yusoff & Jal Zabdi, 2004: 5). Pelaku keganasan tidak terhad kepada umur, taraf pendidikan, agama, status sosial ekonomi, kaum, keadaan pada psikopatologi boleh terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mangsa keganasan juga boleh terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan pelbagai lapisan masyarakat, kedudukan, kaum, dan agama (Manohari Subramaniam, 2003: 1). Penderaan terhadap wanita melibatkan apa sahaja jenis kezaliman, keganasan, ketidakadilan atau kesalahan, sama ada fizikal mahu pun mental, yang dilakukan terhadap isteri (Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, et al, 2008: 1).
Setiap keganasan rumah tangga menimbulkan kesan yang teruk dan serius bukan sahaja kepada mangsa wanita, tetapi juga kepada ahli keluarga lain seperti anak dan orang tua. Bagi mangsa, kesan yang timbul meliputi rasa takut, mengalami gangguan tidur, kecederaan fizikal dan psikologi, dan sebagainya. Kesan lain meliputi kegagalan mangsa wanita untuk berdikari, lebih gemar bersendirian atau mengasingkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan atau menjadi bergantung kepada keluarga. Mangsa memgalami ketidakstabilan emosi, merasa ketakutan, cemas, fobia serta tertekan untuk bergaul, berasa tegang dan kecewa serta sukar untuk berfikiran rasional. Mangsa yang tidak dapat menerima kenyataan, akan cuba membunuh diri, mencederakan diri sendiri dan mengelakkan diri dari terlibat dengan komuniti. Apabila seorang ibu menjadi mangsa dera, tanggung jawab sebagai seorang ibu akan terjejas. Anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ibu, terabai atau terpaksa tinggal dengan orang lain. Wanita yang menjadi mangsa mungkin akan melalui proses perceraian tidak boleh mempertahan perkahwinan kerana sentiasa terancam dan tertekan.
Keganasan rumah tangga terhadap wanita sangat sukar dipantau kecuali laporan dilakukan oleh mangsa, jiran atau ahli keluarga terdekat. Akibatnya, kes rumah tangga sering lenyap sebelum keadilan diperolehi. Masyarakat juga sering beranggapan bahawa keganasan rumah tangga merupakan urusan keluarga, maka tidak wajar diambiltahu. Perlakuan ini juga dianggap isteri hak suami apabila mereka berkahwinan.
Elli N. Hasbianto (2010) mengatakan bahawa keganasan rumah tangga adalah masalah sosial serius yang kurang mendapat perhatian masyarakat kerana sebab-sebab berikut:
a. Keganasan rumah tangga memiliki ruang lingkup yang relatif tertutup (privasi) dan terlindung sifat keperibadiannya kerana ia berlaku dalam sesebuah keluarga.
b. Keganasan rumah tangga sering ditanggap sebagai wajar kerana melibatkan unsur pengajaran dan memperlakukan isteri sekehendak suami merupakan hak suami sebagai pemimpin dan ketua keluarga.
c. Keganasan rumah tangga terjadi dalam institusi yang sah iaitu perkahwinan. Ini yang menjadi punca reaksi masyarakat yang kurang prihatin ke atas keluh-kesah para isteri yang mengalami persoalan keganasan rumah tangga dalam perkahwinannya. Dengan itu mereka mendiamkan masalah ini kerana tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Mereka juga semakin yakin dengan tanggapan yang mengelirukan iaitu bahawa suami memang mempunyai hak untuk mengawal mereka.
Budaya masyarakat yang menerima konflik dalam rumah tangga sebagai asam garam (risiko) kehidupan berkeluarga menyebabkan masalah keganasan rumah tangga ditolerasi dan menjadi bertambah banyak dan semakin serius. Kebanyakan isteri beranggapan perlakuan suami mereka tidak akan berpanjangan dan masih menyayangi mereka. Wanita menyalahkan diri mereka sendiri, memikirkan kepentingan anak-anak, takut berpisah kerana kebergantungan pada suami, atau takut menjadi janda menjadikan mangsa toleran kepada keganasan suami. Akibatnya pengalaman keganasan rumah tangga yang dialami dianggap risiko yang perlu dilalui wanita apabila memilih untuk berumah tangga.
Berdasarkan laporan Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFEM), seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia terdedah kepada gejala keganasan hanya semata-mata kerana mereka wanita. Bermula pada 8 hb. March 2009 Hari Wanita Sedunia mengenengahkan tema „Membina Masyarakat Bebas daripada Keganasan‟. Di luar negara masalah keganasan rumah tangga lebih serius. Misalnya, di India kira-kira 25,000 pengantin wanita mati dibakar setiap tahun kerana masalah dowri (mas kahwin). Keluarga pengantin lelaki membakar isteri-isteri kemudiannya dilaporkan sebagai kemalangan atau bunuh diri bagi membolehkan pengantin lelaki berkahwin lain. Pembunuhan „terhormat‟(honor killing) berlaku di negara Timur Tengah seperti Jordan, Pakistan, Syria, Iraq dan beberapa negara di Teluk Parsi di mana wanita yang dirogol boleh dibunuh oleh keluarga sendiri bagi memelihara kehormatan keluarga.
Sementara itu, Deklarasi UNIFEM mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita (CEDAW) menyatakan bahawa keganasan ini adalah satu manifestasi hubungan kuasa yang tidak seimbang di antara lelaki dan wanita, mengakibatkan penindasan atau diskriminasi terhadap wanita. Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa menunjukkan bahawa keganasan rumah tangga mengakibatkan kerugian kira-kira USD 1.16 bilion tahun di Kanada, USD 5.8
bilion setahun di Amerika Syarikat dan USD 11.38 bilion setahun di Australia dan ini tidak termasuk kos perkhidmatan kesihatan yang diberikan berkaitan dengan keganasan itu.
Penguatkuasaan Perundangan
Keganasan rumah tangga yang semakin meningkat setiap tahun memberi beberapa gambaran tentang perundangan, sistem kehakiman dan tahap keberkesanan dan perlaksanaannya dalam masyarakat sosial. Perundangan yang longgar dengan pelbagai kelemahan menyebabkan pesalah boleh mengelakkan diri daripada menerima hukuman setimpal, sehingga keadilan gagal dicapai. Sistem penghakiman yang berteraskan amalan patriarki boleh menindas atau mendiskriminasi wanita dengan penghakiman yang lebih memihak kepada pihak lelaki. Ini boleh membawa kepada penganiayaan dan ketidakadilan. Sebaliknya, perundangan yang melindungi dengan suatu mahkamah yang sensitif gender seperti mahkamah keluarga yang khusus boleh membantu mengurangkan soal bias gender dalam memberi keadilan kepada wanita. Sekiranya satu tahap perlindungan dan pencegahan tidak dapat disediakan dan diberikan kepada golongan yang menghadapi keganasan rumah tangga, ada kecenderungan masyarakat akan hilang kepercayaan kepada sistem perundangan yang dikuatkuasakan ke atas mereka.
Malaysia dan Indonesia telah meratifisasikan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Maka kedua-dua negara juga bertanggungjawab memastikan undang-undang serta dasar-dasar negara dan pembentukan perundangan di Negara ini selaras dengan panduan yang ditetapkan oleh CEDAW. Mengikut CEDAW; VAW merupakan suatu diskriminasi terhadap wanita. Artikel 5 CEDAW menegaskan pentingnya reformasi undang-undang serta perlunya kerajaan mengambil langkah untuk menangani prejudis dan stereotaip yang menjejaskan peranan wanita dan lelaki, berdasarkan kelebihan atau kekurangan yang wujud antara kedua-dua jantina. Kesamarataan perlu jelas dan wujud dalam undang-undang dan realiti. Dengan ratifikasi CEDAW, Malaysia telah menguatkuasakan Undang-undang Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521 disebut “Akta ibu”, (Pindaan) 2012, (Pindaan) 2017), dan menguatkuasakan Undang-Undang Kekerasan Rumah Tangga Nomor 23 Tahun 2004 (disebut UU KDRT 23/2004).
Punca atau faktor keganasan rumah tangga adalah personaliti suami yang dominan, bersikap lebih superior, cemburu yang berlebihan dan menggunakan kuasa, mengawal sering mendorong kepada keganasan terhadap isteri, apa lagi kalau isteri bekerja. Apabila suami
menghadapi kegagalan atau tekanan di tempat kerja dia berasa kecewa dan meluahkan secara agresif (fizikal dan psikologi) terhadap isteri (Roslee Hj. Abbash, 1999: 16). Secara teoretikal, punca keganasan teradap wanita termasuk pelabel negatif kepada wanita kerana tiada kesetaraan gender, polisi negara yang mendiskriminasi wanita serta sistem ekonomi kapitalis yang mengeksploitasi kelemahan wanita (Mufidah, 2006: 8-10). Punca keganasan berkaitan dengan masalah tekanan mental, ketagih alkohol, penerimaan masyarakat terhadap keganasan sebab menganggap VAW sebagai hak peribadi keluarga, kurangnya komunikasi, penyelewengan seks, citra diri yang rendah, kekecewaan, pemahaman keliru terhadap ajaran agama, perubahan situasi dan keadaan hidup, melihat keganasan sebagai cara menyelesaikan (penyaluran) masalah perwatakan peribadi dan pelarian masalah (excapism) (Siti Zumrotun, 2006: 103).
Leonard dan Blane mendapati 82 peratus daripada 70,000 pelajar sekolah menengah yang mengalami penderaan dalam rumah tangga ada hubungan dengan masalah pengambilan alkohol berlebihan yang mengubah tingkah laku pasangan. Woman Aids Organisation (WAO) mendapati salah satu sebab berlakunya penderaan adalah sikap suami yang tidak dapat mengawal rasa marah walaupun dalam perkara yang kecil. Hoffman, Demo dan Edward (1994) mendapati terhadap 2,017 suri rumah di Thailand faktor kecewa dan tekanan perasaan boleh menyebabkan berlaku penderaan isteri apabila suami hilang kawalan emosi (Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, et el, 2008: 29).
Statistik Keganasan Rumah Tangga di Malaysia dan Indonesia
Pengiktirafan serta penerimaan kerajaan Malaysia terhadap sumbangan wanita kepada pembangunan nasional dimulakan melalui Rancangan Malaysia Ketiga (1975–1980) dan Laporan Ekonomi Perbendaharaan berkaitan dengan penyertaan wanita dalam ekonomi menyatakan pendirian kerajaan terhadap peranan utama wanita sebagai suri rumah tangga, ibu dan pembantu kepada pekerjan suami. Maka kerajaan memberi peruntukan bagi program Ekonomi Rumah Tangga dan Perancangan dan Pembangunan Keluarga melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (Jamlah, 1988: 3-4).Kempen Kesedaran Wanita 2012 dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan wanita mengenai risiko keganasan. Pada tahun 2012, Jabatan Pembangunan Wanita menganjurkan 16 program bimbingan dan kaunseling di seluruh negara yang melibatkan 901 peserta.
Pada tahun 2007 Women’s Aid Organisation (WAO), mendapati sebanyak 39 peratus wanita mengalami keganasan daripada pasangannya. Manakala statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2012 menunjukkan peningkatan daripada 3,756 kes (2007) ke 3,769 kes (2008).
Angka tersebut menurun sedikit pada tahun 2009 (3,643 kes) dan pada tahun 2010 (Januari - Julai) sebanyak 1,871 kes. ABN News 2012 pula mencatat statistik peningkatan daripada 3,275 kes (2011) ke 3,488 kes (2012).
Jadual 1.2 Kes Keganasan Terhadap Wanita di Malaysia (2000-2012)
Seramai 3,598 wanita termasuk wanita yang mengalami keganasan rumah tangga dan kes-kes penderaan setakat Jun 2010 diberi sesi kaunseling ini dapat dilihat dalam Jadual 1.2. Usaha perlindungan juga dijalankan oleh badan bukan kerajaan seperti WAO (2006 hingga 2011) mengikut Jadual 1.3 berikut:
Tahun Kes Peratus
2000 3,498 8.17
2001 3,107 7.32
2002 2,755 6.49
2003 2,555 6.02
2004 3,101 7.31
2005 3,093 7.29
2006 3,244 7.69
2007 3,756 8.85
2008 3,769 8.80
2009 3,643 8.58
2010 1,871 7.47
2011 3.275 7.72
2012 3.488 8.22
Jumlah 19,802 100
Jadual 1.3 Perlindungan Mangsa Keganasan Oleh WAO (2006-2011)
Sepanjang tempoh 2006 hingga bulan Julai 2011, sebanyak 1,635 kes keganasan rumah tangga melibatkan kaum Melayu direkodkan, diikuti oleh 705 kes melibatkan pasangan India, 487 kes kaum Cina, 79 kes peribumi Sabah, 47 kes peribumi Sarawak, 2 kes peribumi Semenanjung dan 31 kes melibatkan kaum lain, seperti dalam Jadual 1.4 berikut. Namun begitu, statistik begini hanya mengambarkan sebahagian kecil sahaja kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Dan hanya mengambarkan bahawa dalam keluarga semua kaum keganasan rumah tangga tetap berlaku. Sesetengah wanita mentoleransi keganasan walaupun tidak menerima perbuatan ganas yang dilakukan ke atas mereka.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Negara Sesi Disember 2011, jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM (2006 sehingga Jun 2011) adalah sebanyak 2,986 kes. Bagi tahun 2006 negeri yang paling banyak mencatatkan kes keganasan rumah tangga ialah Pulau Pinang (121 kes). Bagi tahun 2007, negeri yang paling banyak mencatatkan kes keganasan rumah tangga ialah Selangor (595 kes). Adapun statistik keganasan rumah tangga menurut bangsa di Malaysia tahun 2006 sehingga 2011 adalah seperti:
Jadual: 1.4 Kes Keganasan Rumah Tangga Menurut Bangsa di Malaysia (2006-2011) Bangsa Kes
Melayu 1,635
India 705
Cina 487
Peribumi Sabah 79
Tahun Kes
2006 63
2007 66
2008 62
2009 89
2010 88
2011 75
Jumlah 443
Peribumi Serawak 47
Peribumi Semenanjung 2
Lain 31
Jumlah 2986
Alasan tindakan ini ialah takut ditinggalkan, merasa malu atau bersalah serta tidak mahu orang ramai tahu. Takut mengakui kegagalan perkahwinan kerana seolah menerima kegagalan sendiri sebagai wanita, kerana bergantung kepada suami, tiada tempat untuk melarikan diri, tiada keupayaan menanggung anak secara bersendirian dan tiada pengetahuan bahawa dia mempunyai pilihan. Mengikut Rohani Abdul Rahim (2005) alasan yang diberikan untuk tindakan bertoleransi oleh wanita apabila berada dalam keadaan di ganasi, banyak di pengaruhi oleh pemikiran struktural yang dicipta dan ditekankan ke atas wanita bagi apa juga kehendak sosial sama ada dalam konteks tuntutan tradisional (adat) dan silap faham dalam ajaran agama tanpa mengambil kira pemikiran dan perbahasan lain. Bentuk keganasan terhadap wanita mengikut laporan Pusat Krisis Sehenti Bantuan Mangsa Keganasan Rumah tangga melibatkan unsur emosi, seksual, fizikal dan ekonomi. Mengikut Soraya Jamal (2008) sebahagian daripada kes keganasan ini merupakan perlakuan berulang yang sukar dihentikan.
Di Indonesia, kes keganasan terhadap wanita mengalami peningkatan. Berdasarkan Catatan Tahunan Komisi Nasional Wanita (2012). Pada tahun 2010, jumlah keganasan yang dilaporkan adalah sebanyak 105,103 kes, meningkat pada tahun 2011 (119,107 kes), dan pada tahun 2012 (216,156 kes). Data tersebut belum mewakili keseluruhan jumlah kes sebenar yang berlaku dalam masyarakat (tips of iceberg). Mengikut laporan, ramai wanita mangsa keganasan tidak melaporkan kes kepada mana-mana pihak berkuasa kerana pelbagai alasan seperti rasa malu akan menerima aib, menghindari padangan negatif daripada masyarakat, tiada pengetahuan tentang undang-undang dan proses pengadilan yang panjang, mengelirukan dan meletihkan. Mengikut catatan ini, dalam usaha menangani kes ini, pihak berkuasa menghadapi pelbagai halangan termasuk budaya patriarki yang masih kuat dalam masyarakat, pelaksana undang-undang yang masih kurang sensitif dalam memberikan sokongan kepada mangsa keganasan, kekurangan informasi mengenai persoalan keganasan dan badan pentadbiran yang tidak dapat diakses oleh mangsa keganasan serta sistem undang-undang kurang peka kepada perkembangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kekerapan keganasan dalam rumah tangga khususnya di kalangan wanita Indonesia sangat tinggi. Sebagai contoh, daripada penduduk Indonesia yang berjumlah 237, 641,326
orang (2012) mengaku pernah mengalami pelbagai bentuk keganasan iaitu 119,630,913 orang lelaki, dan 118,010,413 orang wanita (12 peratus atau hampir 141,612,496 juta). Terutamanya, wanita di perkampungan mengaku pernah mengalami keganasan. Sebahagian besar berbentuk keganasan rumah tangga, seperti penganiayaan, rogol, gangguan seksual atau kecurangan suami.
Komisi Nasonal Wanita Indonesia (Komnas) melaporkan bahawa keganasan terhadap wanita juga meningkat. Jadual 1.5 menunjukkan peningkatan kes keganasan terhadap wanita mulai tahun 2007 hingga 2012. Ini diakibatkan tiadanya ketegasan dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang secara optimum. Komisi Nasional juga melaporkan bahawa keganasan terhadap wanita yang berlaku di Indonesia (sehingga 8 Disember 2012) adalah sebanyak 124.232 kes. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.5 berikut.
Jadual 1.5 Kes Keganasan Rumah Tangga terhadap Wanita di Indonesia (2007-2012)
Mengikut Komisi Nasional Wanita (Komnas), jumlah data tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kes sebenar keganasan terhadap wanita di seluruh Indonesia kerana masih ramai mangsa keganasan yang enggan melaporkan keadaan yang dialaminya kepada pihak berkuasa, kerana dianggap sebagai masalah peribadi.
Fakta-fakta sosial menunjukkan bahawa kaum wanita masih tertindas dan akibatnya mereka sering mengalami keganasan sama ada yang bersifat fizikal mahupun bukan fizikal.
Pelakunya mempunyai hubungan rapat dengan mangsa, antaranya bekas suami, bekas kekasih, kakak atau adik ipar, mertua, bapa saudara, teman dekat „ibu‟, suami tidak sah, kekasih dan sebagainya. Data juga menunjukkan bahawa wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga juga berpotensi menjadi pelaku keganasan terhadap anggota keluarga lain. Ini memulakan putaran keganasan yang sering berlaku dalam kelurga yang penderaan menjadi sebahagian daripada cara hidup. Amalan keluarga sihat seperti saling
Tahun Jumlah Kes
2007 25,522
2008 54,425
2009 143,586
2010 154,250
2011 124,555
2012 124,232
Jumlah 626,570
menghormati, sayang menyayangi, menjadi contoh dan model peranan tidak lagi menjadi tujuan dalam hidup berkeluarga. Jumlah keseluruhan kes keganasan rumah tangga mengikut Wilayah (Provinsi) di Indonesia adalah 148,860 kes.
Di bawah ini adalah jumlah kes keganasan rumah tangga terhadap wanita mengikut Komnas Perempuan, berdasarkan wilayah di Indonesia mula tahunn 2011 sehingga 2012 seperti jadwal 1.6.
Jadual 1.6 Kes Keganasan Rumah Tangga terhadap wanita mengikut Wilayah Terpilih di Indonesia (2011-2012)
Bagi tahun (2011-2012) kawasan yang paling banyak mencatatkan kes keganasan rumah tangga ialah Sulawesi (119,107 kes), Jawa (24,232 kes), Sumatera (4,982 kes), Kalimantan (300 kes), Bali (239). Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.6 di atas.
Seterusnya, berdasarkan Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Komisi Nasional Wanita Indonesia (Komnas) bersama-sama dengan Lembaga Guaman (LBH APIK) mengeluarkan laporan tahunan mengenai keganasan terhadap wanita dalam rumah tangga yang ditangani oleh 383 Jaringan Lembaga Penyedia Perkhidmatan sebanyak 143,586 kes (2009), dan 101,128 kes (2010). Manakala Kementerian Pemberdayaan Wanita dan Perlidungan Anak dan Badan Pusat Statistik dan Jaringan Wanita melaporkan pada tahun 2012 seperti jadwal 1.7:
Jadual 1.7 Kes Keganasan Rumah tangga terhadap Wanita (2007-2011)
No Kementerian Pertubuhan Jaringan Wanita
2007 283 -
2008 209 143,586
2009 204 101.128
2010 287 -
Wilayah/Provinsi Jumlah Kes
Jawa 24.232
Sulawesi 119.107
Sumatera 4.982
Bali 239
Kalimantan 300
Jumlah 148.860
2011 209 -
Jumlah 1,192 244,714
Women’s Crisis Centre Indonesia juga mencatat jumlah pengaduan dan bantuan yang diberikan kepada mangsa keganasan rumah tangga 2007 – 2011, seperti diringkas dalam Jadual 1.8 berikut;
Jadual 1.8 Aduan ke Jaringan Wanita (WCC) (2007-2011)
Tahun Kes
2007 283
2008 209
2009 204
2010 287
2011 209
Jumlah 1,192
Mitra Perempuan (Women‟s Crisis Centre) mencatat: Lapan dari 10 wanita yang datang ke Mitra Perempuan mengalami keganasan yang dilakukan oleh suami dan mantan suaminya seperti berikut;
(i) Sembilan daripada 10 orang wanita yang memanfaatkan khidmat Mitra Perempuan telah mengalami lebih dari satu jenis keganasan (secara fizikal, psikologi, seksual atau pengabaian/ekonomi), di samping menghadapi per-selisihan rumah tangga;
(ii) Sembilan daripada 10 wanita mengalami kesan keganasan pada kesihatan jiwanya (mental health) termasuk seorang cuba bunuh diri, memberi implikasi kepada kesihatan fizikal dan reproduksi;
(iii) Sembilan wanita yang datang meminta bantuan WCC telah mengalami keganasan dan gangguan seksual semasa berpacaran oleh teman lelaki atau pasangannya.
(iv) Tiga dari 10 dari wanita pernah mendapatkan khidmat kesihatan atau khidmat guaman yang tersedia;
(v) Dua wanita memanfaatkan khidmat kaunseling,
(vi) Dua wanita dibantu oleh Relawan Pendamping Mitra Perempuan memilih untuk meneruskan tindakan perundangan
(vii) Enam wanita merupakan rujukan dari agensi berkaitan di antaranya Komnas Perempuan, Kepolisian dan hospital;
(viii) Dua wanita mendapat informasi WCC dari penerbitan Mitra Perempuan WCC, dan (ix) Tiga wanita mendapat informasi daripada media massa.
Kesimpulan
Keganasan rumah tangga merupakan fenomina global dan terjadi dimana-mana tempat (negara).serta mengalami peningkatan setiap tahunnya sama ada kuantiti mahupun kualiti.
Oleh itu berasaskan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), banyak negara di dunia menguatkuasakan undang-undang pencegahan keganasan rumah tangga termasuk Malaysia (Akta 521 disebut “Akta ibu" (pindaan) 2012, (pindaan) 2017) dan Indonesia (UU KDRT 23/2004), serta ditubuhkannya berbagai NGO bagi membantu kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut. Selain kerajaan/pemerintah berkaitan, masing-masing NGO juga menyampaikan laporan setiap tahunnya mengenai statistik kes-kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada masa itu. Itu sebab kes-kes yang dilaporkan sama ada yang berasal dari kerajaan/pemerintah mahupun NGO-NGO jumlahnya bervariatif. Namun demikian, laporan-laporan tersebut boleh dijadikan gambaran mengenai wujud keganasan semasa.
Asas dan Perspektif Teoritikal
Pengenalan
Penganiayaan terhadap wanita bukan permasalahan baharu dan berlaku turun temurun. Pada zaman primitif, wanita tidak dianggap berasal daripada jenis yang sama dengan lelaki, sebaliknya diperlakukan seperti haiwan dan hamba abdi. Wanita dianggap sebagai makhluk bertaraf rendah, hina dan berfungsi hanya untuk mengurus rumah tangga dan menambah keturunan. Pada zaman praperadaban wujud manusia, ada empat primitif di Afrika, Australia, penduduk di Kepulauan Lautan Pasifik serta penduduk asli Amerika. Kehidupan wanita disamakan dengan haiwan berkaki empat dan haiwan jinak yang boleh diambil manfaat seperti bulu, daging, kulit, darah, tulang, air susu dan tenaganya seperti sebagai penjaga, pengangkut barang, petani dan sebagainya (Hadi Dust Muhammadi, 2005: 26).
Dalam masyarakat Yunani, wanita dianggap makhluk bertaraf rendah dan hina, hanya mengurus rumah tangga dan melahirkan anak-anak sahaja. Apabila wanita melahirkan bayi cacat, mereka dibunuh.(Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2004: 14). Dalam masyarakat Sparta, apabila wanita tidak mampu melahirkan seorang tentera yang kuat, maka wanita itu dihukum mati. Dalam masyarakat Roman pula, wanita dilihat sebagai perwujudan daripada syaitan dan pelbagai roh pengganggu. Wanita dianggap berkemampuan mempengaruhi hati, akal dan pemikiran manusia. Itu sebabnya mereka sentiasa melakukan keganasan terhadap wanita. Di India dan Iran, darjat wanita dianggap lebih rendah daripada haiwan. Wanita dianggap sebagai tawanan dan hamba serta dijadikan sebagai barang dagangan. Di China, sebagaimana tertulis dalam buku keagamaan, wanita dianggap mempunyai “penyakit sial”
yang menghilangkan keberuntungan dan harta. Seorang suami boleh dengan mudah menjual isterinya bila-bila masa sahaja mereka kehendaki, termasuk juga menanamnya secara hidup- hidup (Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2004: 18).
Keganasan terhadap kaum wanita masih berterusan sehingga kini. Hanya bentuk, skop dan puncanya sahaja yang pelbagai. Keganasan yang dilakukan oleh lelaki jauh lebih teruk berbanding yang dilakukan wanita, dan yang berbeza hanyalah motifnya. Wanita
mempertahankan diri daripada keganasan ke atas diri, membalas dendam atau mengurangkan tekanan manakala lelaki menggunakan keganasan untuk mengawal wanita (isteri) untuk mematuhi kemahuannya.
Pengalaman Keganasan
Keganasan boleh berkurang dan bertambah berdasarkan pengalaman yang dilalui. Teori dasar (basic theory) menyatakan beberapa pengalaman yang boleh meningkat dan mengurangkan keganasan adalah seperti dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1 Pengalaman Keganasan
Experiences that increase violence Experiences that decrease violence
a. Poor connection between child and parents or adults,
a. Close connections of child to parents and other adults.
b. Witnessing violence on television—early exposure to violent media.
b. Many skills for handling conflicts non violently—asking questions, explaining your side of problem, offering a compromise, ability to keep
c. Witnessing violence in neighborhood. c. Being taught to believe in basic decency of all people.
d. Being told to always fight if another starts a fight.
d. Being taught to think and plan before acting.
e. Few skills for handling conflicts non- violently.
e. Glorification of non violent heroes or heroines.
f. Being taught to not trust "other" people who are different from you.
f. Few violent toys.
g. Being taught to act without thinking. g. Being in a neighborhood, school or organization where bullying is not tolerated.
i. Being in a neighborhood, school or organization where bullying is tolerated.
i. Being taught skills for handling frustration and depression
j. High exposure to guns. j. Warm consistent discipline—explain-ing why poor behavior needs to change and
enforcing good behavior without violence.
k. No skills for handling frustration or depression
k. Growing up in a home where
disagreements are discussed without threats or use of violence.
l. Non violent media watching.
m. No witnessing of violence in neigh- borhood
o. Being taught how to calm down bullies and handle street conflicts.
Norma dan Kefahaman Keganasan
Secara teori, makna “keganasan” itu pada dasarnya sangat tergantung kepada norma dan pemahaman yang berkembang dan diakui dalam suatu masyarakat. Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan perlakuan sama ada yang terbuka (overt), tertutup (covert), bersifat menyerang (offensive) juga mempertahan (defensive) dengan menggunakan keganasan ke atas orang lain. Keganasan memiliki erti sebagai suatu serangan atau pencerobohan terhadap integriti psikologi seseorang. Dalam deklarasi Convention on the Elimination of All Forms of Violence Against Women (CEDAW), keganasan terhadap wanita didefinisikan sebagai ((Jal Zabdi Mohd Yusoff,2004: 20-23):
“Any act of gender based violence that results in, or is likely to result in, physical, sexual or psychological harm of suffereing to women, including threats of such acts, coercion or arbitrary, deprivation of liberty, whether occurring in public or in private life”
“Domestic violence is often, albeit problematically, labeled „family violence‟ so that the actual structure of the family, whether defined as a nuclear, joint or single sex, becomes an important subject of investigation…. At it‟s most complex, domestic violence exists as a powerful tool of oppression and also used to control women in the one space traditionally dominated by women, the home.”
Keganasan berlaku dalam hubungan keluarga atau hubungan intim antara individu terhadap individu. Keganasan dalam rumah tangga adalah perbuatan yang mengakibatkan kesengsaraan atau penderitaan yang melingkupi keganasan fizikal, seksual, psikologi dan pengabaian, termasuk ancaman yang mengakibatkan penderitaan dalam rumah tangga.
Keganasan dalam rumah tangga sangat meluas, iaitu meliputi “semua tindakan terhadap wanita atau kelompok yang mengalami subordinasi (penindasan) yang boleh mengakibatkan kerugian atau penderitaan fizikal, seksual, ekonomi dan/atau psikologi, termasuk ancaman untuk melakukan tindakan seperti pemaksaan atau menghilangkan kebebasan sesuatu pihak dalam ruang lingkup rumah tangga”. Keganasan juga dikatakan sebagai tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan dilakukan dengan sengaja oleh seseorang terhadap orang lain sama ada untuk kepentingan diri sendiri dan orang lain. Ia juga menimbulkan penderitaan mental, fizikal dan sosial. Keganasan terhadap wanita meliputi keganasan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri atau juga dikenali dengan keganasan rumah tangga (Arif Gosita, 1993: 44).
Dalam konteks pemakaian makna “keganasan rumah tangga” di negara-negara luar, ahli rumah tangga merujuk kepada “isteri/pasangan dalam rumah tangga” isteri yang sudah dinikahi, juga mereka yang tidak terikat dengan perkahwinan dan tinggal bersama sebagai pasangan (Rika Saraswati, 2006: 31). Ini dinyatakan oleh Straus seperti berikut;
“Family violence is hostile aggression between people who are intimately involved with each other. By traditional definition, this has meant those who are married or related to one another, in current practice, the term refers to all those who are intimately involved, including, for examples, couple who are cohabiting or dating”.
Dinyatakan pula oleh Elizabeth Kandel Englander;
“For the purposes of studying between spouses, little distinction (if any) is typically drawn between married couples and cohabiting couples. Violence between couples who are not living together is typically termed dating violence. Although the term spouse or marital may be used if the couple has a long standing relationship (e.g. if the couple does not live together but has been dating for many years, or once lived together in the same household)”.
Dalam konteks kajian feminis, keganasan terhadap wanita difahami sebagai suatu bentuk kekuasaan (maskuliniti) lelaki (yang bersifat alamiah, biologi) terhadap wanita (Susi Eja Yuarsi & Dyah Pitaloka, 2002: 7). Ia juga mulanya hanya mencakupi aspek peribadi dan cenderung menekankan pada bentuk-bentuk keganasan fizikal dan seksual lelaki. Konsep tersebut berubah selepas perdebatan di kalangan ahli feminis. Selepas fahaman ini, keganasan dikaitkan dengan sistem patriarki iaitu suatu sistem dalam masyarakat yang meletakkan lelaki sebagai pihak yang memiliki kuasa yang berhak menguasai dan mengawal wanita sebagai pihak yang yang berada di bawah atau ditindas. Deklarasi Negara-negera Bersatu 1994 Beijing menerima “keganasan terhadap wanita” sebagai setiap tindakan
berasaskan perbezaan jantina yang berakibatkan penderitaan kepada wanita meliputi fizikal, seksual atau psikologi, termasuk ancaman tindakan secara sewenang-wenang, di hadapan umum atau dalam kehidupan peribadi.
Konsep dan Takrifan Keganasan terhadap Wanita
Keganasan terhadap wanita (Violence Agianst Women-VAW) diterima sebagai konsep baru yang diketengahkan dalam Persidangan Wanita Dunia Ketiga di Nairobi. Persidangan berjaya membangkitkan tentang kepentingan mencegah pelbagai bentuk VAW dalam kehidupan sehari-hari. Oleh kerana VAW merupakan konsep baru, maka para pakar dan pemerhati permasalahan wanita memberikan definisi yang pelbagai berkenaan VAW.
Dalam Seksyen 1, Deklarasi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Negara- negara Bersatu 1993 (selepas ini dirujuk sebagai DPKTWNB), dinyatakan bahawa VAW berlaku disebabkan penyimpangan sejarah dan hubungan kekuasaan yang tidak samarata di antara lelaki dan wanita serta mengakibatkan dominasi dan diskriminasi terhadap wanita. Ini memberi halangan dalam usaha memajukan wanita. Oleh itu, VAW merangkumkan perlakuan berikut, walaupun ia boleh juga berlaku dalam keadaan lain.
Jadual 2.2 Bentuk Keganasan menurut Seksyen 1,
Dalam Rumah tangga Dalam Masyarakat
1. pemukulan
2. penyalahgunaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan dalam Rumah tangga
3. keganasan yang berhubung dengan mahar yang tidak dibayar
4. rogol yang berlaku di dalam ikatan perkahwinan
5. perosakan alat kelamin wanita dan praktik tradisional lain yang merugikan kaum wanita
6. keganasan yang berlaku di luar hubungan suami-isteri dan
1. rogol
2. penyalahgunaan seksual, gangguan seksual (sexual harassment), dan ancaman-ancaman di tempat kerja, di sekolah-sekolah dan di mana-mana tempat 3. perdagangan wanita (women trifficking)
mahupun pemaksaan pelacuran (prostitution).
7. keganasan lain yang berhubungan dengan eksploitasi.
Dalam seksyen 2, Deklarasi tersebut menyatakan VAW ditakrifkan sebagai;
1. Setiap perbuatan berasaskan perbezaan gender yang akan atau mungkin
(a) mengakibatkan kesengsaraan atau penderitaan wanita termasuk juga ancaman berlakunya perbuatan tersebut.
(b) pemaksaan atau perampasan kebebasan secara sewenang-wenang, sama ada yang berlaku di ruang kehidupan umum mahupun di dalam kehidupan peribadi.
Jenis dan elemen perbuatan ini boleh dilihat dalam Jadual di bawah:
Jadual: 2.3 Jenis dan Elemen Keganasan menurut Seksyen 2,
Seksyen 2 Jenis Perbuatan Elemen
Subseksyen (1) Semua jenis perbuatan Berasaskan gender Subseksyen (2) Semua jenis Perbuatan dan
Ancaman perbuatan
Mengakibatkan Kesengsaraan dan Penderitaan
Subseksyen (3) Sewenang-wenang melakukan Pemaksaan dan Perampasan kebebasan
Sektor Publik dan Privat
Mengikut Akta 521 (Pindaan) 2012, (Pindaan) 2017 Malaysia Seksyen 2, keganasan ditakrifkan;
”perlakuan satu perbuatan atau lebih yang secara sengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan terhadap kecederaan fizikal; menyebabkan kecederan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui dan akan mengakibatkan kecederaan fizikal; memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau pun selainnya yang mangsa itu berhak tidak melakukan; mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu; dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan; mengugut mangsa
dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya, takut akan keselamatan pihak ketiga, atau mengalami kesedihan; berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau selainnya; menyebabkan penderaan psikologi yang termauklah kecederaan emosi kepada mangsa; menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi unndang-undang; atau dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa mengalami delusi mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa memabukkan atau apa-apa bahan lain; oleh seseorang sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga; isteri atau suami; bekas isteri atau suaminya; kanak-kanak; orang dewasa tak berkeupayaan; atau mana-mana anggot lain keluarga. .
Sementara itu mengikut UU KDRT 23/2004, keganasan ditakrifkan sebagai “Setiap perbuatan terhadap seseorang terutama wanita yang mengakibatkan timbulnya kesengsaraan atau penderitaan secara fizikal, seksual, psikologi dan atau pengabaian rumah tangga termasuk ancaman untuk melakukan perbuatan, pemaksaan atau perampasan kemerdekaan secara bertentangan undang-undang dalam konteks rumah tangga”.
Keganasan Rumah Tangga dan Permasalahan Masyarakat
Pada peringkat awal, persoalan menangani isu penganiayaan terhadap isteri dianggap masyarakat hanya sebagai masalah rumah tangga yang perlu diselesaikan oleh pihak-pihak yang berkahwin sendiri. Ini kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang bersifat kekeluargaan atau “perbuatan yang boleh diterima”, maka tidak banyak didedahkan oleh pihak yang terlibat.
Jal Zabdi Mohd Yusoff, 2004: 15) Tidak terdapat galakan yang diberikan kepada isteri yang didera untuk membuat laporan. Sebaliknya, masalah penganiayaan ini cuba dielakkan daripada diketengahkan. Bagi pihak berkuasa yang kurang memahami undang-undang, mereka berpendapat suami mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memukul isteri selagi tidak terlalu mencederakan. Jika isteri ingin mendakwa suami, beliau dihalang daripada peringkat awal lagi. Kadangkala isteri tidak dilayani laporan yang dilakukan, tiada tangkapan dilakukan, pihak pendakwa melengah-lengahkan pendakwaan dan pihak mahkamah biasanya