• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS CADANGAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN (SUPER)

N/A
N/A
Joshua Djosh

Academic year: 2023

Membagikan "KERTAS CADANGAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN (SUPER)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS CADANGAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN (SUPER)

1. PENDAHULUAN

Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan.

2. RASIONAL

Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai,sikap,pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat Sihat Negara Maju”.

Selain itu,peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti sukan amat penting kerana membolehkan murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat. Malahan setiap murid dapat menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;

3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni 3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum

3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid

3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal

3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal 3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

(2)

4. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan 3.1 Semua murid- murid SMK Lenga

5. TARIKH PERLAKSANAAN

7.1 : Tarikh aktiviti : 12 Ogos hingga 5 Oktober 2015 . Tempoh aktiviti adalah selama satu bulan

Tarikh Pelancaran : 12 Ogos 2015 6. STRATEGI PELAKSANAAN

 Pelancaran di jalankan pada waktu perhimpunan pagi.

 Dijalankan di sebelah petang, semasa waktu kokurikulum iaitu ketika perjumpaan 1M1S.

7. PERTANDINGAN /AKTIVITI FUTSAL

1 pasukan lelaki = 10 orang pemain x 4 rumah sukan = 40 pemain Lelaki

1 pasukan perempuan = 10 orang pemain x 4 rumah sukan = 40 pemain Perempuan SEPAK TAKRAW

2 pasukan lelaki = 8 orang pemain x 4 rumah sukan = 32 pemain Lelaki BOLA BALING

1 pasukan lelaki = 12 orang pemain x 4 rumah sukan = 12 pemain lelaki

1 pasukan perempuan = 12 orang pemain x 4 rumah sukan = 12 pemain perempuan BOLA JARING

1 pasukan perempuan = 10 orang pemain x 4 rumah sukan = 40 pemain Perempuan

(3)

8. SYARAT DAN PERATURAN

FUTSAL – berdasarkan peraturan yang terdapat pada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah/Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 SEPAK TAKRAW – berdasarkan peraturan yang terdapat pada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah/Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

BOLA JARING – berdasarkan peraturan yang terdapat pada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah/Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

BOLA BALING – berdasarkan peraturan yang terdapat pada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah/Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Referensi

Dokumen terkait

Operasi dan Pentadbiran Organisasi Berkaitan Sukan Protokol Sukan / Rekreasi: • Protokol Am Individu • Protokol Am Pengurusan Fasiliti • Protokol Am Penganjuran Kejohanan/

Idinidiin niyang ang pamamaraan ng pagtingin bilang pilosopo mula sa sarili niyang katotohanan upang makita ang itinuturo ng pilosopong nagmumula man sa ibang konteksto at kapaligiran