Kod kursus : KFP60404
Tugasan : FORUM KAEDAH KAJIAN KUALITATIF
Nama kursus : KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF
Kumpulan : PEDAGOGI
Nama pensyarah : DR. RAMLI BIN SAADON
Nama pelajar : IZWAR FAHMI BIN HAWARI
No matrik : M20241000685
No K/P : 780706-04-5295
Semester : SEMESTER 1
Fakulti : FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA
SOALAN 1. Kajian kaedah kualitatif berasaskan 3 dimensi penting. Jelaskan.
Dalam kajian kualitatif, beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan dianalisis merupakan satu adalah merupakan satu dimensi sebagai aspek yang dapat memberi kerangka serta fokus dalam sesuatu kajian. Dimensi ini dapat dijelaskan seperti yang berikut;
1. Dimensi konteks
Dalam kajian kualitatif, penekanan diberi terhadap pentingnya memahami sesuatu fenomena seperti laatr belakang dan persekitaran di mana sesuatu perkara itu berlaku. Dalam penyelidikan berdasarkan dimensi konteks ini, pengkaji berusaha membuat penelitian dari segi faktor budaya, sosio-ekonomi, politik atau sejarah yang mempengaruhi sesuatu fenomena. Ia bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena secara menyeluruh melalui pendekatan yang diambil oleh pengkaji melalui peemrhatian terhadap situasi yang berkaitan dengan subjek yang hendak dikaji.
2. Dimensi proses
Dimensi ini memberi penekanan terhadap aspek perkembangan atau perubahan dalam sesuatu perkara yang dikaji seperti masa, tindakan atau interaksi. Melalui dimensi proses ini ia dapat memebrikan pemahaman terhadap perubahan atau menjawab persoalan tentang bagaimana sesuatu perkembangan atau faktor memperngaruhi perubahan sesuati fenomena.
Melalui kajian ini pengkaji membuat pemerhatian dan membuat analisis terhadap hubungan atau pola interaksi dalam fenomena yang dikaji.
3. Dimensi interaksi
Melalui kaedah kajian secara kualitatif ini juga ia memberi tumpuan terhadap individu berdasarkan fenomena yang dikaji dari segi pengalaman, emosi dan nilai. Ia bertuan untuk memahami sesuatu fenomena itu dialami oleh individu berdasarkan perspektif mereka yang mana ia dilaksanakan melali temubual, pemerhatian atau analisis naratif dalam mendapatkan jawapan yang diberikan oleh individu yang dikaji.
Melalui kefahaman dalam dimensi kaedah penyelidikan kuantitatif ini, sudah pasti pengkaji dapat menghasilkan dapatan dengan lebih bermakna dan tuntas, serta mencakupi pelbagai aspek berkaitan kajian dengan lebih relevan.
SOALAN 2. Nyatakan 5 rekabentuk kajian kaedah kualitatif.
Dalam kajian kulalitatif, ia memberi pemahaman secara mendalam tentang fenomena yang dikaji melalui pendekatan seceara meneroka atau memahami sesuatu isu atau permasalahan.
Untuk mendapatkan dapatan data ini ia boleh dilaksanakan dalam beberapa rekabentuk kajian kualitatif seperti yang berikut;
1. Rekabentuk etnografi
Rekabentuk etnografi adalah satu bentuk kajian untk menerangkan dan mentafsir tingkah laku dan kepercayaan sesuatu kumpulan yang berkongsi amalan atau budaya yang sama. Data
daripada rekabentuk kajian ini adalah secara perspektif emik di mana ia datangnya daripada pemberi maklumat berdasarkan perspektif subjek kajian. Sebagai contoh, pengkaji menggunakan teknik kajian kes dalam mengumpul dan menganalisis data untuk memahami corak atau amalan dalam kumpulan yang dikaji seperti hubungan sosial, gaya berfikir, bahasa, adat resam dan sebagainya yang dibuat melalui pemerhatian dan kerja lapangans ecara mendalam.
2. Rekabentuk naratif
Rekabentuk naratif adalah berkaitan dengan penceritaan atau pengalaman seseorang individu atau sekumpulan kecil melalui penceritaan atau pengalaman. Contoh kajian yang dilakukan dalam rekabentuk kajian ini seperti meneroka kehidupan seorang aktivis alam sekitar dalam sebuah kawasan pedalaman dengan melihat dari aspek niat dan matlamat yang diperjuangkan dalam peranannya sebagai seorang aktivis.
3. Rekabentuk Fenomenologikal
Melalui rekabentuk fenomenologikal ini, pengkaji dapat memahami makna dan perasaan individu sebagai dapatan untuk mengkaji sesuatu tingkahlaku manusia. Dalam erti kata lain, melalui kajian dalam rekabentuk ini ia digunakan untk menggamabrkan kehidupan individua tau kunmpulan kecil melalui penerokaan ke atas fenomena tertentu. Contoh kajian yang dilaksanakan ialah seperti menyelidik pengalaman seorang bekas pelajar sekolah juvana sebagai subjek kajian.
4. Rekabentuk kajian tindakan
Melalui kajian tindakan, pengkaji melakukan kajian secara langsung sesuatu masalah khusus dalam suatu fenomena supaya ia dapat diselesaikan dalam satu jangka masa tertentu.
Kebiasaannya, kajian tindakan ini meliputi bidang-bidang seperti pendidikan, keselamatan, perubatan dan sebagainya yang melibatkan tindakan jangkamasa pendek bagi tujuan meningkatkan atau memperbaiki kualiti sesuatu amalan oleh individu yang terlibat dalam kajian sebagai pengamal. Perlaknsaan kajian tindakan ini juga menggunakan model-model tertentu melalui perlaksanaan langkah-langkah yang sistematik serta melalui kitaran berterusan. Contoh kajian yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkaji amalan penggunaan bahan digital melalui pengajaran bahasa, yang mana kajian ini adalah secara praktikal yang memberi impak positif pada akhir kajian.
5. Grouded theory
Rekabentuk kajian ini adalah lebih kepada menghasilkan pandangan, pemahaman atau teori baharu berdasarkan data yang dikumpul. Ia bertujuan untuk membuat penelitian dan hubungkait sesuatu aspek yang dikaji bagi menghasilkan teori atau model baharu yang dapat digunakan sebagai rujukan dalam meningkatkan kualiti sistem sosial. Kajian ini memperlihatkan aspek yang dikaji dikaitkan dengan sistem sosial melalui penelitian dan dihubungkaitkan dalam menghasilkan teori atau model baharu seperti contoh kajian membangunkan budaya belajar pasca pandemik dalam kalangan murid di kawasan pedalaman.
SOALAN 3. Kajian kes dapat dikelaskan dalam kajian sekumpulan masyarakat atau individu. Beri pencerahan.
Kajian kes adalah kajian yang dilaksanakan secara menyeluruh untuk memberikan penjelasan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam melalui persoalan.
Melalui kajian ini, ia bertujuan untuk mendapatkan kefahaman secara terpeinci dari segi konteks, tingkah laku, perubahan sosial atau faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu kes.
Dari perspektif kajian ke atas sekumpulan masyarakat, perlaksanaan kajian dilakukan ke atas sekumpulan individu atau komuniti yang mewakili keseluruhan masyarakat ataukelompok sosial yang mempunyai pemikiran yang sama dan jelas antara satu sama lain dalam sesuatu perkara yang memberi fokus kepada kumpulan tertentu seperti komuniti, organisasi atau institusi. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami pola tingkah-laku, amalan, interaksi sosial atau budaya dalam kelompok sosial. Dalam hal ini, ia memperlihatkan ciri-ciri seperti memerhati interaksi dalam kumpulan yang dikaji; membuat kajian ke atas norma, nilai atau budaya; memperlihatkan perubahan masyarakat melalui faktor luaran dan sebagainya. Contoh kajian yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkaji budaya kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi yang mana kajian kes instrumental boleh dilaksanakan bagi mendapatkan penjelasan teori melalui pengunpulan data-data secara lebih spesifik.
Kajian kes yang dijalankan ke atas seseorang individu pula adalah lebih bertumpu untuk memahami pengalaman peribadi serta mendapatkan pandangan atau sesuatu tingkah-laku. Ia adalah kajian yang dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam berdasarkan pandangan dan pengalaman subjek mengikut konteks yang dikaji. Kajian kes yang dilaksanakan ke atas individu ini memberi tumpuan ke atas pengalaman hidup, sejarah peribadi atau situasi individu untuk memperlihatkan tentang bagaimana individu bertindak balas terhadap sesuatu fenomena. Contoh kajian kes yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang individu adalah seperti mengkaji strategi yang digunakan oleh guru dalam mengatasi lambakan tugas melalui kajian kes intrinsik.
Secara keseluruhan, kajian kes yang dilaksanakan ke atas individu atau sekumpulan masyarakat adalah sebagai subjek yang dikaji secara khusus berdasarkan ciri-ciri yang dikaji yang dapat memberikan gambaran terpeinci yang mana ia bleh digunakan untuk menjana pemahaman dengan lebih meluas. Namun demuikian, dapatan daripada kajian yang dilaksanakan tidak boleh digunakan untuk membuat generalisasi ke atas sesuatu populasi.
Soalan 4. Kajian tidakan melibatkan kajian si pengkaji dengan subjek kajian. Beri huraian.
Kajian tindakan adalah kajian yang dilakukan secara langsung untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial. Kebiasaanya kajian ini digunakan dalam bidang-bidang yang memerlukan tindakan dalam satu jangka masa seperti pendidikan, kesihatan, komuniti dan sebagainya yang melibatkan situasi sosial bertujuan memperbaiki kualiti sesuatu amalan oleh pengamal, iaitu individu yang dilibatkan dalam kajian.
Melalui kajian tindakan ini juga, ia dilakukan secara sistematik melalui praktik yang diamalkan serta refleksi terhadap kesan-kesan tindakan daripada subjek yang dikaji.. Dalam
erti kata yang lain, pengkaji terlibat secara langsung serma membentuk hubungan dengan subjek yang dilibatkan dalam kajian.
Penglibatan subjek amalan pengkaji juga menunjukkan proses yang berulang, boleh jadi mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan perubahan amalan sosial yang merupakan satu proses kitaran. Pada masa yang sama juga pengkaji perlu membuat amalan refleksi bagi setiap proses tindakan, di mana kajian tindakan ini ditentukan oleh pengamal sendirikerana pengkaji merupakan individu menjalankan kajiannya berdasarkan masalah dan ingin memperbaiki keadaan semasa berdasarkan subjek yang disasarkan dalam kajian. Malahan, melalui kajian tindakan ini juga dapat memberi impak secara langsung kepada subjek kajian selain menghasilkan pengetahuan baharu.
5. Kajian Sejarah dikelaskan kepada rekabentuk naratif. Jelaskan
Kajian sejarah adalah akedah kajian yang melibatkan pengumpulan data secara sistematik melalui data yang dinilai secara objektif ebrdasarkan peristiwa yang telah berlaku, di mana ia bertujuan untuk menghuraikan peristiwa lampau serta meramal peristiwa yang bakal berlaku.
Kajian ini dikelaskan kepada rekabentuk naratif yang merujuk kepada kisah atau penceritaan yang disampaikan sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau media lain. Naratif ini turut menceritakan sesuatu peristiwa secara logik dan juga melalui maklumat secara kronologi bagi memberi makna dan pemahaman.
Bagi memastikan kajian ini berasas serta dapat membuat kesimpulan yang kukuh, pengkaji haruslah dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan emosi bagi memastikan kesimpulan yang dibuat adalah bersifat adildalam menilai dan membuat pertimbangan.
Melalui ciri-ciri naratif ini juga ia terkandung di dalam kajian sejarah yang mana ia berfokus pada kisah dan mengikut kronologi. Selain itu elemen seperti watak atau tokoh, latar tempat dan masa, penerangan plot serta mesej daripada peristiwa yang membawa kepada kajian juga dapat memberi makna serta dapat membantu memahami sesuatu peristiwa atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.