PENYATAAN KARYA
Karya saya yang bertajuk “Di Tamu” . Sebuah karya dengan teknik realis spontan menggunakan bahan akrilik. Mengetengahkan tentang aktiviti masyarakat Sabah menjalankan urusan jual beli yang dikenali sebagai Tamu. Aktiviti Tamu selalunya dijalankan di setiap daerah seluruh sabah dan diadakan hampir setiap hari mengikut daerah. Barangan yang selalunya dijual adalah barangan harian seperti hasil pertanian dan penternakan contohnya sayur-sayuaran samada ditanam atau dicari di hutan, ikan, ayam, daging kerbau atau lembu daging kambing atau daging binatang buruan seperti rusa atau kijang, Tidak ketinggalan juga barangan kraftangan, pakaian ,kuih muih, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Lokasi atau tempat berniaga selalunya dijalankan atau diadakan di tepi- tepi jalan yang dikhaskan atau disediakan oleh Majlis Daerah masing-masing.
Dalam karya saya ini saya cuba memperlihatkan aksi atau gelagat penjual dan pembeli beserta pakaian tradisi yang selalu dipakai oleh sesuatu kaum mengikut daerah. Selalunya aktiviti jualan di Tamu ramai melibatkan kaum wanita.
Oleh itu Mesej yang saya sampaikan adalah jelas untuk tatapan audians iaitu tentang suasana aktiviti di Tamu. Penggunaan warna yang pelbagai dengan celitan spontan warna-warna harmoni menggambarkan kemeriahan suasana di Tamu. Kesan Jalinan juga diaplikasiakn dengan
menitikberatkan kesan cahaya dan bayang untuk menaikkan bentuk subjek menjadi tiga dimensi.
Harapan saya agar karya ini akan menjadi tatapan generasi akan datang sekiranya aktiviti Tamu tiada lagi dijalankan..