• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMPENTENSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU: LATAR BELAKANG JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU DAERAH SEGAMAT

N/A
N/A
Humairah Haeizah Hamizan

Academic year: 2024

Membagikan "KOMPENTENSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU: LATAR BELAKANG JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU DAERAH SEGAMAT "

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

KOMPENTENSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU: LATAR BELAKANG JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU DAERAH SEGAMAT

OLEH: HUMAIRAH HAEIZAH BINTI MOHAMAD HAMIZAN

PENGENALAN KAJIAN

Kajian yang akan dilaksanakan adalah berkaitan kompentensi jawatankuasa masjid dan surau.

Kompetensi bermaksud kecekapan. Iaitu kecekapan dalam suatu pengurusan. Masjid pula merupakan perkataan yang berasal dari kata arab “دجس” iaitu dari segi bahasanya adalah “sujud”. Adapun masjid dari bahasa, ia merupakan tempat sujud. Dan dari segi istilah ia adalah bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN

Masjid dan surau merupakan sebuah institusi kemasyarakatan yang dimiliki oleh semua entiti kaum beragama islam. Dalam erti kata lain, masjid dan surau merupakan satu-satunya institusi yang dimiliki sepenuhnya oleh kaum beragama islam kerana ianya merupakan medium berkumpulnya seluruh umat islam bagi melaksanakan ibadah tertentu mahupun menyambut perayaan tertentu. Bahkan

seharusnhya masjid menjadi sebuah institusi yang dapat menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan yang berlaku harini.

Islam juga menuntut setiap daripada kita untuk mengimarahkan masjid.Dapat dilihat pada harini begitu pesat program-program kemasyarakatan dan keagamaan dilaksanakan di masjid dan surau tempatan. Seperti mengadakan kelas-kelas pengajian agama , membuat majlis terbuka sewaktu perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha,dan juga menjadi pusat pelindungan Ketika bencana- bencana besar seperti banjir berlaku.

Justeru , masjid dan surau bukanlah hanya pusat persinggahan solat semata-mata bahkan dua intitusi besar ini sangat penting dalam menyatu-padukan umat islam , bahkan sebagai medium bagi kemajuan agama islam dan umatnya. Maka disini sangat besar peranan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat islam dan terutamanya oleh ahli jawatankuasa masjid dan surau yang dilantik.

Jawatankuasa yang dilantik haruslah kompeten dalam menyediakan dan melaksanakan program- program yang bersesuai dan diperlukan oleh penduduk setempat supaya kesatuan dapat dibentuk.

PERNYATAAN MASALAH

Melihat situasi hari ini setelah pasca covid-19, pengimarahan masjid dan surau semakin berkurang. Bahkan terdapat masjid dan surau yang begitu sepi dan kosong dari program-program pengimarahan, sekadar pusat persinggahan umat islam bagi melaksanakan ibadah solat dan berehat.

Bahkan sebuah benteng terakhir bagi umat islam yang seharusnya bersih dari unsur politik mula tercemar dengan pengaruh-pengaruh negatif politik di dalam jawatankuasa masjid dan surau.

Selain itu juga, kurangnya pengetahuan asas dalam pengurusan sebuah entiti menjadi faktor dalam permasalahan ini. Sewajarnya bagi setiap jawatankuasa pengurusan masjid dan surau harus

(2)

berpengetahuan dalam pengurusan masjid dan surau supaya pelaksanaan apa jua program keagaaman dapat dilaksanakan secara efisen dan berkesan. Perkara ini sewajarnya dititik-beratkan oleh unit Pembangunan masjid dan surau negeri-negeri untuk menyediakan Latihan asas dan bengkel kursus bagi mendedahkan jawatankuasa yang dilantikmdengan ilmu pengurusan.

Justeru, kajian ini akan mengenal pasti latar belakang jawatan kuasa masjid dan surau yang dilantik, serta kopetensi mereka dam pengurusan masjid dan surau serta merangka modul pengurusan masjid dan surau yang seharusnya dikuasi oleh jawatankuasa.

PERSOALAN KAJIAN

I. Apakah latar belakang penubuhan jawatankuasa masjid dan surau?

II. Apakat takat bidang kuasa jawatankuasa masjid dan surau?

III. Apakah peranan dan kuasa unit masjid dan surau Jabatan Agama Islam Daerah Segamat terhadap masjid-masjid di daerah Segamat?

IV. Apakah latar belakang jawatankuasa masjid dan surau daerah Segamat?

V. Adakah jawatankuasa masjid dan surau kompeten dalam pengurusan?

VI. Apakah bengkel-bengkel dan latihah kursus Kemahiran pengurusan masjid yang disediakan oleh jabatan agama islam negeri johor buat jawatankuasa masjid dan surau?

VII. Sejauh mana pengimarahan masjid dan surau bagi daerah Segamat?

VIII. Apakah konflik besar yang berlaku dikalangan pemilihan jawatankuasa masjid dan surau?

IX. Bagaimanakah pelantikan jawatankuasa yang kompeten dan berkemahiran dalam pengurusan mampu meningkatakan institusi masjid dan surau dari sudut manfaat umat dan pengimarahanya.

OBJEKTIF KAJIAN

I. Meneliti latar belakang setiap jawatankuasa masjid dan surau daerah Segamat II. Meneliti Kemahiran pengurusan masjid dan surau dikalangan ahli jawatankuasa.

III. Menganalisis jawatankuasa yang mempunyai latar belakang bersesuaian dgn jawatan yang disandang.

IV. Mengenal pasti sistem pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di daerah Segamat.

V. Merangka modul pengurusan masjid dan surau bagi jawatankuasa yang dilantik.

SKOP KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada beberapa ketegori data, iaitu:

I. Latar belakang jawatankuasa masjid dan surau yang sesuai dengan jawatan yang dilantik.

II. Masjid dan surau seluruh Daerah Segamat.

(3)

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

I. PEMERKASAAN PERANAN MASJID DI MALAYSIA ERA KONTEMPORARI *Nor Azlina Abd. Wahab, Norafifah Ab. Hamid, Norajila Che Man Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Melaka

II. PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAN SURAU: ANALISIS TERHADAP TAHAP KEFAHAMAN HADIS (The Learning of Hadis at Mosques and Madrasahs: An Analysis on the Level of Understanding of Hadis) 1 MOHD AZRIN JOHARI

III. IKTIKAF DI SURAU: KAJIAN TERHADAP KEPUTUSAN JAWATANKUASA

PERUNDINGAN HUKUM SYARA’ WILAYAH PERSEKUTUAN Irwan bin Mohd Subri1 2 Mohd Hapiz bin Mahaiyadin

IV. PENGURUSAN DANA MASJID DI MALAYSIA: SATU ANALISIS BIBLIOMETRIK MOSQUE'S FUND MANAGEMENT IN MALAYSIA: A BIBLIOMETRIC ANALYSIS.

V. KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN HADITH KALANGAN AHLI JEMAAH MASJID DAN SURAU DI SHAH ALAM, SELANGOR Mohd Azrin Bin Johari [1], Faisal Bin Ahmad Shah [2].

METADOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasiskan metode pengumpulan data yang sesuai digunakan untuk mengumpul data-data yang berkaitan dengan topik kajian, iaitu:

I. Metode Dokumentasi

?

II. Metode Temubual

?

KEPENTINGAN KAJIAN 1.

2.

JANGKAAN HASIL KAJIAN

Pengakaji menyasarkan untuk menerbitkan sebuah buku dan ebberapa artikel ilmiah yang berkiatan.

Cadangan buku adalah:

1) Pengimarahan Masjid dan surau di Malaysia: Kepentinganya.

2)Siapakah jawatankuasa masjid dan surau yang layak?

(4)

BAJET

1 MAC 2024-28 FEBRUARI 2025 (a) GAJI DAN UPAH

ITEM UNIT JUMLAH

Pembantu Penyelidik

Referensi

Dokumen terkait