• Tidak ada hasil yang ditemukan

KT DR. PUTERI DARISHAH 2023 (TAPAK EDIT)

N/A
N/A
syazani aslah

Academic year: 2023

Membagikan "KT DR. PUTERI DARISHAH 2023 (TAPAK EDIT)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

“SCIENCE BOOKLET”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

Puteri Darishah Dali, (PhD) SMK Darulaman Heights 1,

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1, yang kurang menguasai teknik menjawab soalan bahagian A dan C yang melibatkan kemahiran proses sains (KPS).

Seramai 20 orang murid tingkatan 5 Arsalan dan 5 Averrose terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan peperiksaan pentaksiran. Hasil daripada tinjauan, didapati murid kurang mantap kaedah untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian A dan C yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Bagi mengatasi masalah ini, kaedah menggunakan ”Science Booklet” diadaptasikan melalui penerangan tentang teknik menjawab melalui kaedah ”KeYKPS”. Melalui kaedah ”KeYKPS” guru membimbing murid memantapkan penguasaan terhadap penumpuan kata kunci dalam soalan menggunakan ”Science Booklet”. Seterusnya murid diberi modul ”KePSa” hasil suntingan guru dari soalan-soalan percubaan Sains SPM negeri-negeri. Hasil tinjauan fasa pertama didapati murid menghadapi masalah menjawab soalan dengan tepat. Oleh demikian, bagi mengatasi masalah ini murid diberi bimbingan mengingat secara kreatif menggunakan

”KeYKPS” yang terkandung dalam ”Science Booklet”. Perbandingan keputusan Ujian Pra sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Maka analisis dapatan kajian mempamerkan bahawa penggunaan ”Science Booklet” dalam pembelajaran sains terhadap calon SPM 2023 secara keseluruhannya mempamerkan peningkatan yang baik.

Kata Kunci: science booklet, kemahiran proses sains

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH

Saya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah murid yang kurang mengingat teknik menjawab sains dengan tepat dalam pembelajaran sains. Justeru, kaedah menggunakan

“science booklet” adalah jalan penyelesaian yang berkesan bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman murid bagi setiap topik sains tingkatan empat dan lima.

 $ 

            

$  #

    

  

            

     

$ $    $ $   & " 

         

. $ $ $ 

    

            



$ + $

   

      

            

 $ /

     

(2)



&                   

     



              

 

  $

  



Kajian Tindakan ini melibatkan murid tingkatan lima dari kalangan murid lemah, sederhana cemerlang dalam pencapaian sains. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui semakan buku latihan dan soalan peperiksaan pentaksiran 1 (ujian mei) didapati murid menghadapi masalah menjawab soalan dengan tepat sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian dalam peperiksaan pentaksiran (uijian 1, Mei 2023). Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya dapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian A dan C yang menguji kemahiran proses sains (KPS).

Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian C yang menyumbang 10 markah, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain itu, saya dapati murid tidak memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar, maka murid gagal menjawab soalan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan dengan betul, maka masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah melakukan intervensi terhadap teknik pengajaran yang lebih mudah dengan menggunakan

“Science Booklet”.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada pengetahuan dan pemahaman murid terhadap Kemahiran Proses Sains (KPS) dengan menggunakan “Science Booklet”. Usaha ini dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk;

I. menguasai kemahiran proses sains (KPS).

II. memahami kaedah guru mengajar

III. mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul

IV. dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.

V. memahami kata kunci menjawab soalan kemahiran proses sains (KPS)

(3)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap teknik yang tepat untuk menjawab soalan bahagian A, dan C kertas 2 sains SPM seterusnya menggalakkan murid untuk menjawab soalan dengan betul mengikut kehendak soalan.

3.2 Objektif Khusus

I. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknik mudah bagi menjawab soalan bahagian A dan C (mengeksperimen).

II. Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan III. Memberi keyakinan murid untuk menjawab soalan dengan tepat

IV. Meningkatkan peratus lulus dan cemerlang murid bagi mata pelajaran Sains.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 20 orang murid tingkatan 5 yang terdiri daripada 10 orang murid dari kelas 5 Averrose dan 10 orang murid dari kelas 5 Arsalan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan kertas peperiksaan.

Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data.

Jadual 1

Kaedah Mengutip Data

Kaedah Tarikh Tujuan

KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid.

APRIL - MEI 2023 Memeriksa buku latihan murid

Mengenal pasti kelemahan murid menjawab soalan melibatkan KPS

KAEDAH 2 22 MEI 2023 Murid menduduki ujian pentaksiran 1 - (UJIAN PRA)

Ujian 1 Mengumpul data murid untuk dianalisis

KAEDAH 3 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)

8 JULAI 2023 Murid menjawab soalan- (UJIAN PASCA)

Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah yang dihadapi murid.

(4)

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

a) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian A dan C juga ditinjau dengan terperinci melalui soalan ujian 1.

Jadual 2

Analisis Tinjauan Masalah

Bhg. Soalan Masalah telah dikenal pasti

BAHAGIAN A Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah, definisi secara operasi dan mentafsir data.

Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, gambar rajah dan pernyataan ayat.

BAHAGIAN C Tidak memahami kehendak soalan dan tidak merancang ekperimen dengan tepat berdasarkan pernyataan yang diberikan.

b) Analisis markah dalam Ujian Pentaksiran 1 (Mei 2023)

Jadual 3

Analisis Skor Ujian 1-Pra

Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian Pra

Bhg. A Bhg. C

1

2 Lelaki

Lelaki 8

6 6

2 BAHAGIAN A

Pembolehubah Hipotesis Inferens

Definisi Secara Operasi

3 4 5 6 7

Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan

15 10 11 11 7

5 4 0 5 2

8 Perempuan 8 5

9 Perempuan 11 2

10 Perempuan 11 0

11 Lelaki 6 0

BAHAGIAN C Pernyataan masalah Hipotesis

Tujuan Pembolehubah Kaedah

Penjadualan Data

12 13 14 15 16 17 18

Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan

8 4 6 7 5 3 8

0 0 0 0 0 0 0 19

20

Perempuan perempuan

6 4

0 1

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

(5)

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut;

Jadual 4

Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan

TARIKH PERINCIAN AKTIVITI

1 JUN – 14 JUN 2023 AK1: Bimbingan menggunakan “Science Booklet”

15 JUN 2023 AK2: Teknik menjawab sains bhg. A, dan C 20 JUN 2023 AK3: Penggunaan MODUL “KePSa”

Jadual 5

Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dilaksanakan

Aktiviti Pemerhatian Refleksi

AKTIVITI 1 Teknik menjawab sains bhg. A dan C

Murid dibekalkan dengan soalan pernyataan.

Murid dibimbing untuk mencari kata kunci mendapatkan pemboleh ubah.

Murid-murid memberi respon yang baik, didapati murid-murid masih ragu-ragu untuk mengisi ruang kata kunci dalam jawapan.

AKTIVITI 2 Bimbingan menggunakan

“Science Booklet”

Murid diberi bimbingan

menggunakan “KeYKPS” untuk menulis pemboleh ubah.

Murid diberi panduan menggunakan parameter tertentu.

Murid membuat perbincangan aktif Bersama ahli kumpulan.

Murid mempunyai sifat berani mencuba untuk memberi jawapan.

AKTIVITI 3 Penggunaan MODUL “KePSa”

Murid mengaplikasi kemahiran KPS dengan menggunakan modul

“KePSa” yang mempunyai soalan format SPM.

Pemahaman murid dinilai melalui soalan format SPM. 90% murid Berjaya menjawab soalan format SPM dengan tepat

Rajah 1

“Science Booklet” yang telah dihasilkan

(6)

Rajah 2

Aktiviti 1: Teknik menjawab sains bahagian A dan C

Rajah 3 Rajah 3

Aktiviti 2: Bimbingan menggunakan “Science Booklet”

(7)

Rajah 6

Rajah 4

Aktiviti 3: Penggunaan MODUL “KePSa”

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan KPS bahagian A dan bahagian C dengan lengkap. Didapati murid- murid jelas dengan penerangan pengkaji, namun memerlukan bimbingan yang lebih untuk jangka masa yang panjang bagi membolehkan mereka 100% menguasai kemahiran proses sains untuk menjawab soalan dengan tepat. Ini kerana penggunaan “science booklet”

(8)

berfokuskan soalan format SPM bahagian A untuk mengeluarkan pemboleh ubah yang diperlukan bagi membina ayat pemerhatian, inferens, hipotesis sekaligus dapat menyatakan definisi secara operasi. Untuk aktiviti seterusnya, bagi memantapkan kaedah mengingat secara kreatif kaedah “KeyKPS” adalah teknik memudahkan murid menjawab soalan bahagian C dengan menggunakan modul “KePSa” secara berfasa. Ini dapat membantu murid membuat perbandingan soalan serta panduan menjawab dengan lebih jelas dan tepat berdasarkan soalan.

5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Jadual 5

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian Bhg. A

(PRA) Bhg. A

(PASCA) Bhg. C

(PRA) Bhg. C (PASCA) 1

2

Lelaki Lelaki

8 6

12 10

6 2

10 8 BAHAGIAN A

Pembolehubah Hipotesis Inferens

Definisi Secara Operasi

3 4 5 6 7

Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan

15 10 11 11 7

15 12 14 13 10

5 4 0 5 2

8 7 6 8 6

8 Perempuan 8 14 5 8

9 Perempuan 11 15 2 7

10 Perempuan 11 15 0 6

11 Lelaki 6 8 0 6

BAHAGIAN C Pernyataan masalah Hipotesis

Tujuan Pembolehubah Kaedah

Penjadualan Data

12 13 14 15 16 17 18

Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan

8 4 6 7 5 3 8

10 6 10

9 8 6 12

0 0 0 0 0 0 0

7 5 8 4 5 6 5 19

20

Perempuan perempuan

6 4

10 12

0 1

6 5

5.5.2 Analisis Keputusan Jadual 6

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Bahagian C)- Kelas 5 Averrose

Skor Keputusan

Ujian Pra Ujian Pasca

0 2 0

1-2 3 0

3-4 1 0

5-6 4 3

7-8 - 6

9-10 - 1

5.5.2 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (5 Averrose)

(9)

SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 SKOR 7-8 SKOR 9-10 0

1 2 3 4 5 6 7

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Jadual 7

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Bahagian C)- Kelas 5 Arsalan

Skor Keputusan

Ujian Pra Ujian Pasca

0 9 0

1-2 1 0

3-4 0 0

5-6 0 7

7-8 0 2

9-10 0 1

6.3 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (5 Arsalan)

SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 SKOR 7-8 SKOR 9-10 0

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

UJIAN PRA UJIAN PASCA

5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada bahan intervensi iaitu “science booklet” semasa PdP murid tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023. Kajian Tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam bidang sains dengan berbantukan bahan intervensi seperti “science booklet”.

(10)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kefahaman mereka menulis soalan berdasarkan KPS.

Hal ini bermakna intervensi sains menggunakan “science booklet” memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus kepada mereka. Walaupun keputusan ujian pra dan pasca menunjukkan perbezaan yang tidak ketara, tetapi hasil intervensi menunjukkan peningkatan markah murid bagi kedua-dua ujian tersebut.

Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa bimbingan diberikan oleh guru. Murid yang didapati pendiam sebelum ini kelihatan aktif bersoal jawab dan memahami kaedah aktiviti dilaksanakan dengan membuat perbincangan secara berkumpulan, menyemak jawapan antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa murid lemah bermotivasi mengikuti pembelajaran secara bimbingan khusus dan berfokus.

Impaknya murid lemah dapat mengumpul markah tinggi semasa ujian pasca.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran sains dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid secara bimbingan khusus. Usaha demi usaha perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains ke tahap yang lebih memuaskan. Maka kajian tindakan terhadap subjek sains yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih besar untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti PdP sains mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025)

Metra Syahril Mohamed & Assim Hassan (2015). Mencapai pendidikan berkualiti.

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=268

Nurul Fariha & Mohd Hanafi (2022). Pengaruh Sumber Pengajaran Mata Pelajaran Sains MBK Pendengaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 292-304.

Pomizi (2021). Kajian Tindakan. Dicapai pada Jun 18, 2023, from http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html

(11)

Puteri Darishah (2023). “Key Chain KPS”: Meningkatkan kemahiran Proses Sains Murid Menulis Hipotesis, Pernyaan Masalah, Pembolehubah, inferens dan Definisi Secara Operasi. Jurnal Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, (1), 25-42.

Suarman, Zahara Aziz, & Ruhizan Mohammad Yasin. (2013). The quality of teaching and learning towards the satisfaction among the university students. Journal of Asian Social Science, 9, 252-258.

Tan Choon Keong, & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian video youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Anjuran Universiti Malaysia Sabah, 29-30 Ogos.

Ting Suh Ping. (2009, Januari). Meningkatkan minat dan pembelajaran sains murid tahun tiga melalui penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan ICT. Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL (2012), 116-131.

Referensi

Dokumen terkait