LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
FORMAT PELAPORAN ULBS BAHASA MELAYU SPM
2017
LAPORAN KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SMK TONGOD, TONGOD (TELUPID) KOD SEKOLAH : XEA 2078
NOMBOR PUSAT : HT409 NO. TELEFON SEOLAH : -
BILANGAN CALON : 103 orang
NAMA KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : AINI BINTI MAMOM @ MOHAMAD
1. LAPORAN PRESTASI CALON MENGIKUT KONSTRUK (KEKUATAN, KELEMAHAN DAN KESILAPAN)
1.1 Tatabahasa dan kosa kata
KEKUATAN KELEMAHAN KESILAPAN
i. Calon berlisan dengan menggunakan struktur ayat yang gramatis.
ii. Dapat
menggunakan kosa kata yang tepat dan laras bahasa yang sesuai mengikut topik yang dibincangkan.
i. Segelintir calon tidak menggunakan struktur ayat yang gramatis.
ii. Masih kedengaran pengaruh dialek tempatan.
iii. Tidak mahir menghasilkan ayat majmuk secara spontan.
Contoh:
i. Diaorang akan terpengaruh sama kawan- kawan.
ii. Whatsapp juga dapat
menyebabkan murid-murid membuang masa.
iii. Penggunaan perkataan ‘yang’
dipancangkan pada awal ayat sehingga ayat tidak gramatis.
1.2 Sebutan dan Intonasi
i. Calon
mengemukakan lisan dengan sebutan baku serta mempunyai intonasi yang jelas dan menarik.
ii. Calon dapat bertutur seperti penutur jati berdasarkan model dan aktiviti yang telah dilaksanakan.
i. Calon cenderung terpengruh dengan dialek daerah.
ii. Sebutan huruf tidak dapat dibezakan oleh murid.
Contoh:
i. Marika perlulah sedar akan tanggungjawab masing-masing.
ii. Saya nda setuju bah, cikgu.
1.3 Kefasihan
i. Calon dapat berkomunikasi dengan lancar antara ahli kumpulan dan pentaksir semasa modul
berkumpulan.
ii. Calon yang baik sangat petah dan yakin dalam melaksanakan tugasan.
iii. Idea lancar dan menyakinkan kerana persediaan
i. Terdapat calon yang tidak menguasai model menyebabkan kefasihan terjejas.
ii. Komunikasi terhad kerana bahasa yang tidak gramatis.
iii. Segelintir calon menghafal dan kurang kemahiran menghurai idea.
iv. Sebahagian calon hanya membaca
Calon tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberikan fakta yang kurang tepat.
yang cukup. teks kerana kurang persediaan.
v. Penggunaan ayat tunggal yang ketara.
vi. Sebahagian besar calon menghafal dan bukannya memahami isu.
1.4 Bermakna
i. Calon yang baik dapat
mengemukakan idea yang bernas.
ii. Keseluruhan idea boleh difahami dan mencapai maksud.
iii. Contoh-contoh yang disertakan menguatkan lagi makna sesebuah idea.
i. Jawapan yang diberikan tidak menepati makna yang dikehendaki.
ii. Calon bergantung sepenuhnya kepada teks.
Contoh:
i. Mengapakah bidang pertanian pada masa kini kurang mendapat sambutan oleh kalangan remaja?
Sebab remaja suka sesuatu yang mencabar.
2. PRESTASI KESELURUHAN CALON BERDASARKAN SKOR
PERINGKAT SKOR BILANGAN CALON PERATUS (%)
SANGAT BAIK / CEMERLANG 36 - 40 45 44
BAIK 28 - 35 46 45
MEMUASKAN 20 - 27 12 11
KURANG MEMUASKAN 12 - 19 0 0
LEMAH 04 - 11 0 0
JUMLAH BESAR 103 100
3. KOMEN TENTANG INSTRUMEN / MODEL 3.1 Model yang digunakan oleh calon:
i. Ulasan untuk komsas sangat berkesan kepada calon.
ii. Model individu dapat menunjukkan kebolehan murid bertutur secara jelas.
iii. Model berkumpulan dapat mewujudkan suasana bantu-membantu dan bertanggungjawab dalam kalangan ahli kumpulan terhadap tugasan yang diberikan.
iv. Nilai keyakinan dalam diri calon dapat dibentuk melalui aktiviti lisan.
3.2 Kesesuaian model dengan calon:
i. Calon lemah dapat dikenal pasti melalui model satu dan empat.
ii. Model empat dapat membantu murid lemah kerana penglibatan guru yang berfungsi menjana idea calon melalui soalan yang dikemukakan.
iii. Murid baik dan cemerlang dapat mengikut setiap model yang diberikan.
4. SARANAN KEPADA CALON
i. Calon perlu bersedia lebih awal dan memilih tajuk yang bersesuaian sekiranya diberi kelebihan tersebut sebelum menjalani ujian lisan ULBS.
ii. Calon perlu berbincang dengan guru terlebih dahulu supaya dapat mengemukakan idea yang bernas dan memenuhi tugasan.
iii. Calon perlu lebih banyak membaca bahan-bahan ilmiah bagi membantu menjana idea semasa ujian lisan.
iv. Calon perlu berlatih bercakap dengan lebih teratur di rumah atau luar waktu persekolahan.
5. SARANAN KEPADA GURU
i. Guru-guru mesti menguasai dan memahami model dan aktiviti dalam pentaksiran ULBS Bahasa Melayu.
ii. Semua aktiviti ULBS mestilah dilaksanakan secara berterusan sejak tingkatan 4 hingga tingkatan 5.
iii. Sebaik-baiknya tajuk tugasan perlu diberikan lebih awal kepada calon sebagai persediaan.
iv. Soalan-soalan aras rendah perlu lebih banyak dikemukakan agar calon dapat memberikan idea dengan lebih bernas dan lancar.
6. ISU DAN SARANAN PENAMBAHBAIKAN ULBS
i. Menganjurkan kursus dalaman bagi meningkatkan kecekapan dalam pemberian markah dan aspek pengurusan ULBS.
7. HAL-HAL LAIN ( jika perlu) Tiada
Laporan disediakan oleh;
AINI BINTI MAMOM @ MOHAMAD Ketua Pentaksir Sekolah,
SMK Tongod, Tongod ( Telupid) Tahun 2017
Tarikh: 15 JUN 2017