• Tidak ada hasil yang ditemukan

mutuagung lestari

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "mutuagung lestari"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

MUTUAGUNG LESTARI

PEMBERITAHUAN AWAM

SPO – 4009 Muka surat 1 dari 2 Tarikh: 18 March 2015

Pemberitahuan mengenai Permulaan Penilaian RSPO Kilang Kelapa Sawit Aring A, Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd – MALAYSIA (RSPO Membership: 1-0013-04-000-00)

Pihak berkepentingan yang dihormati,

Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd telah memohon kepada Mutuagung Lestari dan akan menjalankan Audit Persijilan Awal di Kilang Kelapa Sawit Aring A dan pusat bekalan asas yang terletak di Kelantan, Malaysia terhadap keperluan Mejabulat mengenai Minyak Sawit Mampan, Prinsip dan Kriteria (RSPO P& C) dan selaras dengan Tafsiran Nasional Malaysia (MYNI) dan Bekalan Rantaian Sistem Pensijilan RSPO (SCCS) dokumen untuk Loji Minyak Sawit.

Organisasi ini adalah ahli RSPO dan telah mengambil peranan yang aktif dalam proses pensijilan RSPO dan merancang untuk mencapai keperluan RSPO Minyak Sawit Lestari untuk semua pengeluarannya. Mutuagung Lestari telah mengatur untuk menjalankan penilaian untuk organisasi ini yang beroperasi dengan 1 (Satu) kilang dan 8 (Lapan) ladang pada tarikh 19 hingga 23 April 2015.

Maklumat mengenai data pengeluaran kilang dan ladang-ladang yang akan dinilai adalah seperti berikut:

Nama Kilang Lokasi

Rujukan GPS Kapasiti Kilang

(Tan Metrik/

jam)

Jumlah dagangan tahunan Latitud Latitud

Keluaran CPO (Tan metrik/

tahun)

Keluaran PK (Tan metrik/

tahun) Aring A

Kilang Sawit Aring A, Peti Surat 46, 18300 Gua Musang,

Kelantan 4°56'23" N 102°21'53" E 54 42,659.20 9,942.27

* Sumber data dari Januari hingga Disember 2014

* Kilang sawit ini juga menerima BTS daripada sumber lain (outside crop)

Nama Ladang Lokasi Rujukan GPS Kawasan

(Ha)

Kawasan tanaman (Ha)

Penghasilan BTS (Tan metrik/

tahun) Latitude Longitude

FGVP Aring 2 Ladang Felda Aring 02, Pejabat Pos Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim

4° 56' 20'' N 102° 22' 9" E 2,510.58 2,202.90 20,284.46

FGVP Aring 3

Ladang Felda Aring 03, Pejabat Pos Gua Musang, 18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim 4° 57' 21'' N 102° 17' 42" E 2,004.66 1,647.10 13,637.74 FGVP Aring 4

Ladang Felda Aring 04, P.O. Box No.1, 18300 Gua Musang, Kelantan

Darul Naim 4° 53' 51'' N 102° 19' 10" E 2,795.12 2,238.30 13,458.80

FGVP Aring 5 Ladang Felda Aring 05, Pejabat Pos Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim

4° 48' 30'' N 102° 19' 12" E 1,684.73 780.69 2,279.00

FGVP Aring 6 Ladang Felda Aring 06, P.O.Box No.34, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim

4° 57' 9'' N 102° 23' 56" E 3,282.43 2,064.94 21,622.69

FGVP Aring 08

Ladang Felda Aring 08, Pejabat Pos Gua Musang, 18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim 4° 58' 26'' N 102° 26' 16" E 3,677.6 1,965.7 1,726.00 FGVP Aring 10

Ladang Felda Aring 10, Pejabat Pos Gua Musang, 18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim 4° 55' 54'' N 102° 26' 57" E 4,232.57 3,418.84 42,777.47 FGVP Aring 1 Felda Aring 01, P.O. Gua Musang,

18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim

4°58'31"N 102°12'19"E 929.73 318.75 2,912.86

Jumlah 21,117.42 14,637.22 118,699.02

*Sumber: Data dari Januari hingga Disember 2014

Mutuagung Lestari dikenali Kualiti Pensijilan Antarabangsa (MUTU), dan telah bermula sebagai pemeriksa, makmal, dan badan Pensijilan sejak tahun 1990. Sebagai sebuah syarikat nasional swasta dan disokong dengan profesional yang komited, MUTU telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sejak Jun 2003, MUTU telah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan Jepun (MAFF) sebagai badan pensijilan luar negara berdaftar (ROCB). MUTU mengesahkan dan menandakan produk dengan standard pertanian Jepun

(2)

MUTUAGUNG LESTARI

PEMBERITAHUAN AWAM

SPO – 4009 Muka surat 2 dari 2 (JAS) yang meliputi Indonesia, Myanmar, Kemboja, Malaysia, Vietnam, Timor Leste, Filipina, Papua New Guinea dan China. MUTU adalah ROCB yang pertama di Asia. Jawatankuasa Akreditasi Negara telah mengiktiraf MUTU sebagai badan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001; 2008) dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar badan pensijilan (ISO 14001; 2004). Institut Penglabelan-Eco Indonesia (LEI) juga telah mengiktiraf MUTU sebagai badan pensijilan Sistem Pengurusan Hutan Mampan, Badan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO). Sejak Mac 2014, MUTU telah diiktiraf oleh ASI (Perkhidmatan Akreditasi Antarabangsa) sebagai badan pensijilan RSPO.

Pasukan penilai bagi pensijilan terdiri daripada:

1. Yudwi Wisnu Rahmanto sebagai ketua juruaudit bagi konservasi, Sistem Pengurusan Alam Sekitar, dan Pengurusan Rantaian

2. Mohd Nizam sebagai juruaudit bagi Amalan Pertanian Terbaik, Pengurusan Perosak Bersepadu, kebajikan pekerja dan Sistem Pengurusan Kualiti serta fasih berbahasa tempatan.

3. Mohd Hairimi sebagai juruaudit untuk aspek Undang-undang, aspek social, kebajikan perkerja, dan fasih berbahasa tempatan

4. Tony Arifiarachman sebagai auditor untuk bidang Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Alam Sekitar, aspek keselamatan dan kesihatan

Mutuagung Lestari menjemput pihak berkepentingan untuk memberi komen (jika ada) tentang mana-mana perkara berikut yang berkaitan untuk penilaian, a. Perlindungan alam sekitar dalam estet atau kilang termasuk penggunaan racun perosak dan pengurusan sisa buangan.

b. Biodiversiti dalam estet dan kilang c. Peluang-peluang pekerjaan

d. Sumbangan untuk pembangunan tempatan

e. Penyediaan perumahan, sanitasi, kemudahan dan sokongan pendidikan f. Isu-isu lain yang berkaitan dengan penilaian

Komen diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh terakhir akan dipertimbangkan dalam penilaian pensijilan. Sila lengkapkan butiran seperti berikut sekiranya kami perlu menghubungi anda untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan.

Nama: _____________________

Alamat: ____________________

Telefon: ____________________

Fax: _______________________

Jika anda ingin komen anda dirahsiakan atau kekal tanpa nama, sila nyatakan 'SULIT'.

Sila hantar komen anda kepada:

PT MUTUAGUNG LESTARI Octo HPN Nainggolan Pengurus Operasi

Jl. Raya Bogor Km. 33,5 No. 19 Cimanggis, Depok - Indonesia 16953 Tlp. (62-21) 8740202

Fax. (62-21) 87740745/46 [email protected] web : www.mutucertification.com

FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN BHD Anthonius P Sani

Pengurus Mampan, Unit SPO, Menara Felda Plantinium Park, Level 20, No 11 Persiaran KLCC, 50888 Kuaa Lumpur

Tel: (+603) 2859 1623 Fax (+603) 2698 7816

Email: [email protected] web : www.feldaglobal.com

Kami mengucapkan terima kasih untuk komen dan maklum balas anda.

Yang benar,

Tony Arifiarachman Pengarah Operasi PT Mutuagung Lestari

Referensi

Dokumen terkait