• Tidak ada hasil yang ditemukan

pendidikan psikologi - pdfcoffee.com

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "pendidikan psikologi - pdfcoffee.com"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A

Definisi Gaya Pembelajaran Kognitif

Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi rangsangan bagi perkembagan dan pembelajaran. Nazamud (2005) mentafsir gaya pembelajaran merupakan cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku dalam manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu anya boleh melihat sesuatu secara konkrit, terdapat juga individu boleh melihat sesuatu secara abstrak. Kenyataan ini disokong oleh Garger (1985) yang menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Oleh yang demikian, faktor seperti warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.

Pembelajaran juga merupakan kebolehan seseorang menerima, mengkod dan menfail sesuatu maklumat supaya ianya mudah digunakan. Jonassen dan Grabowski (1993) menjelaskan bahawa konsep gaya pembelajaran adalah kesinambungan daripada konsep gaya kognitif yang membawa maksud perbezaan kecenderungan murid dalam memproses maklumat. Bagi menjelaskan gaya pembelajaran seseorang berkait rapat dengan bagaimana minda kita bekerja dengan berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru manakala Honey dan Mumford (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah ku yang menentukan kecenderungan cara pembelajaran individu. Guru seharusnya mengetahui setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan dan oleh itu, tiada satu kaedah mengajar yang boleh dikatakan kaedah mengajar yang terbaik untuk semua murid.

Peranan guru dalam menampilkan kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan anjakan penting demi menjamin keberkesanan pelajaran. Oleh kerana gaya gaya pembelajaran merupakan satu bidang yang sering diperdebatkan dalam kalangan pendidik, maka berbagai bagai gaya pembelajaran yang telah diperkenalkan seperti Gaya Pembelajaran Kolb, Gaya Pembelajaran Dunn dan Dun, Gaya Pembelajaran Canfield, Gaya Pembelajaran Paragon dan Gaya Pembelajaran Gregorc.

Kesimpulannya, gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini.

(2)

Pengenalan Ringkas Model Dunn dan Dunn

Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima.

Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya kognitif tetapi juga daripada cabang- cabang aspek lain. Cadangan Dunn dan Dunn (1993) dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai dalam menzahirkan pendekatan pembelajaran yang bersepadu. Di dalam buku “Learning Style Inventory Development and Research”, Dunn dan Dunn (1982) menghuraikan kecenderungan seseorang individu dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseoang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. Daripada kelima-lima faktor tersebut, mereka membahagikannya kepada 23 elemen subskala gaya pembelajaran.

Kriteria Murid dalam Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (Persekitaran)

Elemen pertama dalam faktor persekitaran mengandungi unsur bunyi. Kajian telah menunjukkan sebahagian murid dapat belajar dengan efektif apabila muzik dimainkan. Ada juga belajar dengan selesa apabila keadaan senyap. Murid-murid juga mudah tertarik terhadap persekitaran pembelajaran yang bercorakkan multimedia yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan dimana membolehkan murid memproses maklumat dengan berkesan. Menurut Dunn dan Dunn (1982), PdP yang menggunakan multimedia perlulah menyokong keperluan dan kehendak individu kerana individu mempunyai pendekatannya yang tersendiri. Elemen yang kedua adalah cahaya, suhu dan pola. Kanak-kanak muda memerlukan cahaya yang kurang untuk belajar. Namun begitu apabila mereka membesar, keperluan untuk cahaya terang meningkat (Meng, 1997). Bilik darjah yang tidak memiliki kipas atau penghawa dingin sudah pasti mengganggu gaya pembelajaran seseorang lebih lebih lagi murid berpendidikan khas yang hiperaktif. Jika mereka diletakkan didalam bilik sejuk, sudah pasti keaktifan murid hiperaktif dapat dikurangkan.

Elemen ketiga adalah pola atau reka bentuk tempat belajar yang merujuk kepada kesesuaian tempat seseorang murid untuk belajar. Sekiranya ada murid yang lebih selesa duduk diatas lantai ketika menonton tayangan filem atau berita, lebih baik membenarkan murid duduk dengan cara mereka yang selesa. Tambahan pula, keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan murid sepanjang masa persekolahan. Maka, ramai murid suka belajar di tempat duduk yang selesa dan sesuai dengan gaya tersendiri.

(3)

Kriteria yang Bersesuaian bagi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran Murid

Guru harus bersifat kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan audio dan multimedia seperti komputer riba, LCD projektor, pembesar suara dan memiliki kemahiran dalam pengintgrasian ICT untuk mengendalikan perkasaan dan perisian yang sesuai berkaitan dengan alat bantu mengajar. Guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah adalah kondusif supaya murid dapat menyerap apa jua gaya pembelajaran semasa PdP. Sekiranya berlaku kejadian bekalan elektrik terputus, sudah tentu suasana kelas menjadi tidak kodusif, panas serta gelap.

Dalam hal ini, guru perlu mengambil tindakan secara pantas seperti mencari lokasi di luar bilik darjah yang sesuai dan selesa untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran sekaligus membantu gaya pembelajaran murid. Guru juga harus menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada pencipataan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Contohnya dengan pembelajaran yang berinteraktif dalam bentuk kumpulan, permbentangan dan latihtubi.

Kriteria Murid dalam Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (Emosi)

Terdapat empat elemen dalam faktor emosi. Salah satunya ialah motivasi di mana ia merupakan penggerak yang mendorong murid melakukan sesuatu. Elemen kedua ialah ketabahan dimana murid pasti menunjukkan tingkah laku atau reaksi yang berbeza diantara satu sama lain semasa PdP. Sebahagian murid boleh menyempurnakan tugasan dengan segera manakala sebahagian lagi memerlukan masa dan hentian seketika sebelum sesuatu tugasan diselesaikan.

Elemen ketiga merupakan tanggungjawab, Murid yang mempunyai sifat tanggungjawab pasti akan melakukan kehendak guru dan menyiap serta menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan mengalami pembelajaran yang berkesan. Dengan sedikit pengawasan, murid boleh diberi kepercayaan oleh guru dan mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada bimbingan guru semasa proses PdP. Akhir sekali adalah elemen struktur dimana emosi dapat dikesan melalui corak tingkah laku seseorang murid dalam PdP. Ada murid yang suka membuat membuat tugasan berdasarkan arahan guru manakala yang lain lebih suka melakukan tugasan atas inisiatif sendiri.

Kriteria yang Bersesuaian bagi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran Murid

Bagi memupuk motivasi dalam diri muird, murid yang menunjukkan prestasi yang baik semasa peperiksaan atau menjawab soalan guru di dalam kelas akan mendapat hadiah atau token sebagai peneguhan positif. Pemberian tersebut merupakan dorongan murid-murid untuk belajar.

Menurut Rachlin (1991) peneguhan diberikan untuk pertamanya memuaskan kehendak; keduanya

(4)

mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Tindakan guru juga haruslah selaras dengan tahap ketabahan seseorang murid itu, sekiranya terdapat murid yang merasa sukar untuk menyiapkan tugasan yang berkuantiti banyak, maka guru hendaklah mengurangkan kadar tugasan supaya tahap ketabahan dalam diri murid tidak mudah luntur sekiranya terdapat murid yang melakukan tugasan lebih pantas.

Guru juga perlu memberikan perhatian dan bimbingan yang lebih terhadap murid-murid yang kurang memiliki sikap tanggungjawab. Hal ini kerana murid pasti tidak dapat mencari maklumat yang diperlukan tanpa panduan dan tunjuk ajar guru. Tugasan juga mungkin sukar disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan tanpa bimbingan guru. Selain itu, implikasi daripada unsur tanggungjawab akan mencerminkan emosi seseorang murid dan memerlukan guru sentiasa peka terhadap tingkah laku murid murid supaya prosess PdP mencapai objektif pembelajaran.

Kriteria Murid dalam Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (Soiologi)

Tahap kesediaan sosiologi meningkat secara berperingkat apabila kanak-kanak meningkat remaja sehingga mencapai tahap dewasa. Tempoh perkembangan sosiologi mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Semasa proses PdP didalam kelas, guru dapat mengesan murid yang lebih selesa untuk belajar sesuatu subjek secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dan murid yang suka belajar secara berkumpulan atau belajar bersama-sama dengan rakan sebaya. Sebilangan murid yang lebih lemah dalam sesuatu perkara juga lebih selesa jika belajar bersama guru di sebelahnya. Maka guru harus peka terhadap keperluan murid-murid di dalam kelas.

Kriteria yang Bersesuaian bagi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran Murid

Oleh kerana terdapat murid yang suka belajar secara berkumpulan, maka guru boleh menggunakan strategi pedagogi bestari yang berpusatkan murid sebagai salah satu cara untuk menerima kehadiran implikasi gaya pembelajaran tersebut. Strategi kolaborasi dan koperatif memerlukan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berinteraksi antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Menurut Sang (2008), orang dewasa boleh mempengaruhi gaya pembelajaran murid, khasnya orang yang mereka sanjungi. Ini bermaksud peranan guru sebagai “role model” boleh memupuk motivasi dan memberi inspirasi kepada murid sekiranya mereka berasa selesa atau suka akan seseorang guru yang dilihatnya sebagai idola. Ababila timbulnya inspirasi dalam diri murid, murid akan meniru perlakuan seseorang guru atau model yang menarik minat mereka seperti bakat, sikap dan kepandaian (Ab, Rahim, 2000).

(5)

Kriteria Murid dalam Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (Fisiologi)

Faktor fisiologi merangkumi empat elemen. Salah satunya ialah persepsi. Murid mendapat maklumat melalui persepsi visual, auditori atau kinestatik. Sekiranya murid memilih visual, maka murid lebih suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf, video dan komputer.

Murid yang mempunyai persepsi auditori yang baik pula suka belajar dalam keadaan yang berlatarkan muzik, radio atau kaset manakala yang berpersepsi kinestatik akan menjadi lebih cekap, kuat, suka belajar dengan menyentuh dan merasa kehadiran benda maujud semasa proses pembelajaran. Bagi aspek permakanan, terdapat murid yang suka makan atau minum semasa belajar. Tanpa mengunyah.

mereka menjadi kurang tumpuan dan seterusnya menjejaskan keberkesanan pembelajaran.

Kesesuaian waktu belajar juga boleh memberi kesan dalam pembelajaran. Kebiasaanya ramai murid yang memilih untuk belajar pada waktu pagi dan waktu malam kerana kewujudan suasana segar, kondusif, tenteram dan nyaman berbanding waktu tengahari dan petang yang panas dan mengantuk. Ada juga murid yang suka bangun tidur pada waktu tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana suasana yang tenang dan sunyi sepi. Akhir sekali merupakan unsur pergerakan dimana sebilangan murid yang hiperaktif dengan cara suka berdiri dan berjalan. Terdapat juga murid yang lebih selesa untuk kekal di tempat yang sama tetapi akan menukar tempat duduk dari semasa ke semasa semasa proses PdP.

Kriteria yang Bersesuaian bagi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran Murid

Guru memerlukan alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan daya pemahaman murid serta menyuntik motivasi dalam diri mereka bagi yang mengalami persepsi visual. Pengajaran dalam bentuk visual pada sesuatu aspek dapat mempengaruhi pembelajaran yang efektif. Dengan pengintergrasian ICT dalam pembelajaran secara visual dan auditori, guru harus bersifat kreatif bagi mengadakan peluang kepada murid bagi tujuan ruang untuk berinformasi. Interaksi semasa pembelajaran berlaku di persekitarannya memberikan maklumat dalam bentuk teks dan dunia tiga dimensi. Guru juga harus sentiasa peka dan prihatin akan kehendak dan keperluan murid jika mereka berada dalam kedaan tidak selesa ataupun sukar untuk duduk diam.

Kriteria Murid dalam Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (Psikologi)

Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur analitikal atau global, gerak hari, refleksi dan pemprosesan otak kiri dan kanan. Bagi murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitikal, mereka sangat teliti terhadap sesuatu perkara, tugasan mahupun aktiviti yang dilakukan. Ini juga bermaksud pembelajaran yang menggunakan pemikiran analitikal iaitu satu bentuk pemikiran logik

(6)

yang berdasarkan fakta dan maklumat (Azman, 2007). Berbeza pula dengan pemikiran global dimana seseorang murid suka belajar sesuatu perkara secara keserluruhan (Sang, 2008). Ini bermakna, murid ini suka mengamati aspek-aspek atau sesuatu perkara secara holistic. Gaya pembelajaran yang mengandungi unsur gerak hati merujuk kepada angin atau mood seseorang murid semasa PdP. Jika moodnya baik, maka murid ini akan memberikan tumpuan dan membuat tugasan dengan tekun. Jika sebaliknya yang berlaku, murid ini akan belajar sambil lewa, tidak memberikan tumpuan dan tidak menyiapkan tugasan kelas. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif pula ialah murid yang belajar dengan cara berfikir. Dalam kata lain, mereka menggunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurut Roger Sperry dalam Sang (2008), otak kiri manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, kuantitatif, analitis, urutan bahasa, fakta, matematik dan ingatan yang membawa implikasi kepada pembelajaran bahasa, penulisan, logik, sains dan matematik manakala otak kanan manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis. warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi yang mempunyai kecenderungan dalam pembelajaran muzik, pendidikan seni, mereka bentuk dan aktiviti-aktiviti yang bersifat kreatif.

Kriteria yang Bersesuaian bagi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran Murid

Guru perlu sentiasa bersedia dan bersifat fleksibel terhadap setiap murid yang mempunyai kepelbagaian gaya pembelajaran semasa proses PdP. Bagi murid yang bersifat reflektif, guru harus melibatkan mereka dengan aktif dalam aktiviti seperti demonstrasi. Guru juga harus mendedahkan murid dengan maklumat terperinci mengenai tajuk-tajuk pelajaran. Tujuannya bagi mengelakkan murid reflektif membuang masa mencari jawapan yang tepat kepada soalan-soalan latihan yang dikemukakan.

Bagi murid yang suka berimaginasi, cara guru mengajar ialah menggunakan benda atau pengalaman maujud. Selain itu, guru harus memberi peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea. Bagi murid analitik pula, cara belajar ialah berfikir tentang sesuatu idea. Oleh itu, cara guru mengajar ialah terangkan tentang sesuatu idea dan galakkan murid membuat analisis maklumat. Untuk menjadikan suasana lebih bermakna, guru harus mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang digunakan agar dapat menarik minat murid-murid dan mewujudkan pembelajaran yang kondusif kepada mereka. Secara tidak langsung, iklim kelas akan menjadi nyaman dan selesa. Guru juga perlu melakukan perubahan dalam proses PdP. Antaranya, pengajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan.

(7)

Pengaruh Gaya Kognitif Terhadap Pencapaian Akademik Murid

Setiap individu dilahirkan dengan gaya berbeza, terutamanya gaya penerimaan dan pemprosesan maklumat. Salah satu gaya yang penting ialah gaya kognitif dimana menurut Witkin (1977) gaya kognitif yang dimiliki oleh seseorang individu ialah semula jadi sejak lahir. Terdapat pelbagai jenis gaya kognitif, tetapi dalam bidang pendidikan gaya kognitif bidang bebas (Field Independent) dan bidang bersandar (Field Dependent) sering digunakan sebagai kayu pengukur. Gaya kognitif adalah ciri-ciri bebas daripada personaliti manakala gaya pembelajan menurut Sadler-Smith (2001) melibatkan pemahaman, perubahan, penggambaran dan penyusunan.

Gaya kognitif Field Indepent (FI) dan Field Dependent (FD) mempunyai kesan mendalam terhadap pencapaian akademik murid dalam persekitaran berbantukan komputer. Menurut Cheney (1980) pentingnya pembelajaran berbantukan komputer diapdatasikan dengan gaya kognitif murid untuk mendapatkan keberkesanan hasil pembelajaran. Jailani (2007) telah mengimplementasikan perisian animasi grafik dalam proses PdP bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains elektronik di politeknik. Beliau mendapati pelajar FI beroleh lebih manfaat dalam pembelajaran penggunaan animasi berbanding pelajar FD.

Selain itu, Irfan Naufal dan Sajap (2007) dalam kajiannya melihat kesan Web-Based Guided Inquiry Approach terhadap pencapaian pelajar, mendapati pelajar FI menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar FD. Justeru, plajar FI lebih mendapat manfaat daripada persekitaran pembelajarn berasaskan web berbanding pelajar FD. Kajian Letchuman dan Saleh (2011) turut menyokong dapatan kajian Irfan Naufal dan Sajap. Dalam kajian yang dijalankan, didapati pelajar FD lebih bermotivasi dalam mod pembelajaran koperatif menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer berbanding dengan pelajar FI. Hal ini kerana pelajar FD lebih gemar belajar secara berkumpulan berbanding pelajar FI yang lebih gemar berindividu.

Kebanyakan kajian membuktikan bahawa gaya kognitif mempunyai kesan signifikasi ke atas pembelajaran pelajar (Plommbo, 2003). Oleh sebab gaya kognitif penting maka kebanyakan pegkaji bercadang untuk mengapdatasikan gaya kognitif pelajar dalam proses PdP. Brooks, Simutis dan O’neil (1985) berdasarkan kajian dan kajian mereka turut merumuskan bahawa pelajar sebenarnya boleh memproses maklumat secara efektif sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk yang bersesesuaian dengan gaya kognitif mereka. Oleh yang demikian, Riding (1996) berpendapat bahawa pencapaian akademik pelajar boleh ditingkatkan dengan mengambil kira dua dimensi gaya kognitif ini.

(8)

Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam proses PdP, guru perlu meletakkan dan menekankan institusi, perasaan, pacaindera dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun. Guru juga harus mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil kira unsur pengalaman, refleksi konseptualisasi dan uji kaji. Selain itu, guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyian, muzik, visual dan pergerakan. Akhir sekali, guru harus melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus kepada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang ada kaitan dengan gaya pembelajaran murid.

Perbezaan individu dari segi perbezaan gaya berfikir akan menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Hasilnya, guru hendaklah mengkaji perbezaan murid-muridnya dalam menentukan perkara-perkara yang selaras dengan tahap muridnya iaitu penetuan hasil. Penentuan ini haruslah berasaskan kemampuan murid. Guru tidak seharusnya mengharapkan hasil pembelajaran kumpulan yang sederhana sama hasilnya dengan pembelajaran kumpulan kecerdasan tinggi. Kedua, dalam kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran serta pembelajaran, perbezaaan murid menentukan adalah kesediaan mereka dalam menghadapi minat dalam sesuatu perkara atau pembelajaran. Maka, guru seharusnya bersifat kreatif dengan pennyediaan pelbagai strategi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing. Bagi murid yang kurang berminat, guru harus mempelbagaikan aktiviti menarik yang melibatkan permainan sebagai usaha untuk menarik perhatian mereka. Sebaliknya murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi boleh diberikan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan lembaran kerja atau borang grafik.

Guru juga harus mempelbagaikan kaedah bahan dan peralatan mengajar supaya murid dapat maklumat tepat. Guru boleh menggunakan benda sebenar seperti buah ciku, daun, bunga, gambar, carta, rakaman muzik dan video. Ini dapat membantu murid membentuk konsep yang baik tentang sesuatu dan membantunya mengingat fakta lama. Dalam menyampaikan maklumat, guru boleh menjadikan diri sebagai penghibur yang berbakat serta mendorong dan mengasah bakat murid dalam bercerita, menyanyi, berseloka dan mendeklamasikan sajak. Guru yang mempelbagaikan penyampaian akan menjadikan murid mendapat manfaat walaupun wujudnya perbezaan gaya pembelajaran kognitif dalam kalangan murid.

(9)

BAHAGIAN B

Menurut Witkin (1977) gaya kognitif yang dimiliki oleh seseorang individu ialah semula jadi sejak lahir. Terdapat pelbagai jenis gaya kognitif, tetapi dalam bidang pendidikan gaya kognitif bidang bebas (Field Independent) dan bidang bersandar (Field Dependent) sering digunakan sebagai kayu pengukur. Individu yang bersifat FD cenderung melihat satu elemen daripada gambaran keseluruhan dan juga berfokuskan kepada satu aspek dalam satu situasi, menggambarkan secara global, boleh bekerja dengan baik secara berkumpulan, mempunyai memori yang baik dalam informasi sosial dan gemar pada subjek seperti kesussasteraan dan sejarah (Azizi Yahya, 2005).

Menurut Azizi Yahya (2005) lagi, dimana individu yang bersifat FI adalah sebaliknya iaitu lebih cenderung memisahkan sesuatu perkara kepada perkara-perkara kecil daripada keseluruhannya.

Ini membolehkan individu menganalisis komponen-komponen kecil. Individu FI tidak cenderung kepada aktiviti pertalian sosial seperti individu FD tetapi meraka melakukan dengan baik dalam matematik dan serius dalam melakukan aktiviti menganalisis secara analitikal.

Murid-murid yang bercirikan FI adalah murid yang pantas mengasingkan bentuk geometri mudah daripada suatu bentuk geometri kompleks, boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang mengganggu, kurang baik dengan bahan pengajaran sosial, dapat membentuk pengukuhan dan matlamat ditakrif dalam diri sendiri, mempunyai pencapaian berbentuk sains dan matematik yang lebih baik serta mempunyai kebolehan untuk analisis.

Murid murid yang bercirikan FD pula adalah sebalikya. Mereka sangat baik dengan bahan pengajaran sosial, berlandaskan pengukuhan dan matlamat ditakrif dari luar, menerima maklumat tanpa perlu menganalisis dan membentuk semula, kerap membuat pilihan akademik yang tidak sesuai dengan kognitif dan pertukaran aliran sains dan matematik ke bidang sains sosial.

Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menyesuaikan pembelajaran murid dengan sistem pengajaran guru, guru harus diberi maklumat dan kemahiran tentang pelbagai teori dan aplikasi gaya kognitif dan gaya belajar yang dimiliki oleh setiap murid manakala murid pula perlulah diberi peluang untuk belajar dalam pelbagai situasi, sumber dan kaedah penyampaian sehinggalah mereka dapat mengenalpasti kaedah manakah yang sesuai dengan mereka.

(10)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya mengambil objektif pembelajaran daripada DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan merujuk kepada buku Teks Sains Tahun 5. Penentuan objektif atau hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada prestasi yang ingin dicapai murid, keadaan dan darjah pencapaian yang dihajati. Saya memilih kaedah persembahan video tentang ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh demi memperkayakan pengalaman ikonik murid mengenai kehidupan sebenar haiwan di dunia sebenar. Saya juga memilih persembahan Microsoft Power Point sebagai multimedia grafik dan beranimasi yang disambungkan kepada projektor LCD untuk menyampaikan pelajaran dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan secara visual. Semasa persembahan video dan Power Point berlangsung, saya mewujudkan interaksi dalam kalangan murid dengan kaedah bersoal jawab.

Sebelum itu, saya memastikan murid-murid duduk di tempat yang selesa serta memastikan pengudaraan kelas nyaman dan bilik digelapkan bagi tayangan skrin yang lebih jelas. Tujuannya bagi mewujudkan iklim bilik darjah yang selesa.

Melalui pemerhatian saya, murid-murid Tahun 5 lebih mudah faham dan pantas bertindak balas serta memberi tumpuan dengan lebih dekat semasa pembelajaran. Dalam pembelajaran ini, kesemua murid adalah bersifat Field Dependent (FD) kerana aktiviti ini adalah berbentuk maklumat visualisasi untuk mencipta gambaran nyata bagi sesuatu yang dipelajari. Bagi murid FD ini, mereka suka menonton lebih banyak klip video untuk mendapatkan perspektif global. Hal ini dapat dilihat apabila mereka bertanya, “Cikgu, masih ada lagi video yang lain? Kami hendak menonton semua yang cikgu bekalkan.”

Selain itu, mereka lebih selesa untuk menerima maklumat dengan mengamati maklumat dan pengalaman dengan menggunakan deria melihat dan mendengar malah berasa teruja apabila bunyian audio dimainkan kerana mereka berasa terhibur sambil bergelak ketawa semasa sendiri. Pada pendapat saya, akitiviti ini lebih sesuai dengan murid FD kerana mereka suka berinteraksi dalam kalangan sendiri serta lebih yakin untuk melontarkan pandangan jika ditanya secara umum di dalam kelas malah dapat menjawab enam contoh daripada ciri-ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dengan tepat tanpa bimbingan guru berdasarkan pemerhatian dalam media persembahan video dan Power Point.

Mata Pelajaran: Sains Aktiviti:Media Persembahan Video dan Persembahan Microsoft Powerpoint Topik: Unit 3- Proses Hidup Haiwan Sub-topik: Berlindung daripada Musuh

Objektif: Murid-murid dapat menjawab 6 contoh daripada ciri-ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dengan tepat tanpa bimbingan guru berdasarkan pemerhatian dalam media persembahan video dan Microsoft Power Point.

(11)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di dalam aktiviti pembentangan kumpulan, saya membahagikan murid kepada 2 kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Sebelum pembentangan dijalankan, setiap kumpulan diberikan tajuk yang sesuai. Kumpulan A menjelaskan 6 contoh daripada ciri-ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau di kawasan panas manakala Kumpulan B pula menjelaskan haiwan yang melindungi diri daripada cuaca melampau di kawasan sejuk. Masa perbincangan diberikan adalah selama lima belas minit. Saya berperanan sebagai guru FD kerana pengajaran pada kali ini adalah berpusatkan murid dimana mereka menggunakan kaedah perbincangan di dalam kumpulan. Guru yang bersifat FD lebih sukakan situasi pengajaran yang menggalakkan interaksi dengan murid.

Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid Tahun 5 kebanyakannya bersifat FD kerana apabila guru memberi kritikan atau mengubah soalan, mereka mudah cemas dan bertanya soalan berkali- kali bagi memastikan kepastian. Adakalanya saya perlu berada disebelah mereka kerana murid-murid memerlukan arahan daripada luar bagi menyelesaikan masalah. Walaubagaimanapun, dalam setiap kumpulan; saya dapat menilai terdapat 1 murid (Kumpulan A) dan 2 murid (Kumpulan B) yang bersifat FI.

Ini kerana mereka tidak mudah menerima kritikan malah mereka berani menyuarakan pendapat serta boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang mengganggu apabila rakan sebelah bercakap atau berbuat bising. Mereka lebih bersifat analitikal dan juga gemar menyelesaikan masalah tanpa arahan guru. Mereka berani mencuba dan mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri. Semasa pembentangan, murid-murid FI lebih menyerlah dan saya melantik mereka sebagai “ketua” bagi menyuarakan pendapat bagi pihak ahli yang lain. Walaupun mereka bersifat FI, tetapi melalui pengalaman saya bersama mereka semasa mengajar ataupun perbualan mesra tidak formal, mereka ini merupakan golongan pendiam dan pemalu. Oleh itu, saya meminta kerjasama semua murid untuk memasang telinga dan fokus dengan penjelasan rakan-rakan mereka di hadapan kelas. Saya mendapati murid-murid FI memerlukan bantuan supaya fokus pada perkara yang melibatkan sosial dan interaksi. Oleh itu, saya menggunakan kaedah soal jawab dan meminta ahli-ahli lain untuk mengulang isi perbincangan yang telah dilakukan supaya mereka menumpukan perhatian.

Mata Pelajaran: Sains Aktiviti: Pembentangan berkumpulan

Topik: Unit 3- Proses Hidup Haiwan Sub-topik: Berlindung daripada Cuaca Melampau Objektif: Murid-murid dapat menjelaskan dengan 6 contoh daripada ciri-ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau dengan dengan bimbingan guru berdasarkan pemerhatian dalam media persembahan video dan Power Point.

(12)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di dalam aktiviti buku skrap, saya telah saya mengagihkan murid kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Tujuannya bagi menggalakkan kerjasama dan mewujudkan kumpulan yang berinteraktif. Sebelum aktiviti ini dijalankan, setiap kumpulan diberikan tajuk yang sesuai. Kumpulan A melaksanakan tajuk “Ciri-Ciri Haiwan” manakala kumpulan B melaksanakan tajuk “Tingkah laku Khas Haiwan”. Kedua-dua kumpulan diberi peluang untuk melayari dan mengekplorasi internet dengan bantuan dan bimbingan guru. Bagi memudahkan pencarian maklumat dan gambar dengan tajuk masing-masing, saya memilih untuk melayari

blogspot” yang tepat untuk tujuan aktiviti buku skrap di dalam bilik darjah. Tujuannya juga adalah untuk mengurangkan pembaziran masa.

Berdasarkan pemerhatian saya semasa mereka melayari “blogspot”, semua murid adalah bersifat FI semasa mencari maklumat tentang haiwan dalam perisian komputer.Ini kerana mereka bersikap positif terhadap multimedia yang berwarna warni serta keberkesanannya yang menarik perhatian murid dari segi teks, suara dan animasi. Mereka juga beroleh lebih manfaat dalam pembelajaran yang menggunakan perisian animasi serta persekitaran pembelajaran berasaskan web.

Terdapat 3 murid daripada 2 kumpulan yang berbeza mengunakan inisiatif dengan menggunting gambar haiwan di dalam majalah lama tanpa arahan guru. Kejadian sebaliknya pula berlaku apabila saya memberi arahan untuk memulakan pembuatan buku skrap. Pada pandangan saya, kesemuanya beralih ke FD kerana pada masa itu, mereka sukar membina struktur sendiri di dalam buku skrap bermula dari muka depan, kandungan muka surat, isi pelajaran dan rumusan malah mengambil masa untuk menyiapkannya walaupun diletakkan secara kumpulan. Mereka lebih cenderung mempelajari sesuatu yang sudah disediakan terlebih dahulu. Walaupun mengambil sedikit masa daripada yang ditetapkan, akhirnya murid-murid dapat menghasilkan 8 maklumat dan gambar daripada ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dengan tepat tanpa bimbingan guru berdasarkan perisian komputer dan majalah lama. Oleh yang demikian, aktiviti ini kurang sesuai bagi murid FD.

Mata Pelajaran: Sains Aktiviti: Buku Skrap

Topik: Unit 3- Proses Hidup Haiwan Sub-topik: Ciri-Ciri dan Tingkah Laku Khas Haiwan Objektif: Murid-murid dapat menghasilkan 8 maklumat dan gambar daripada ciri-ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dengan tepat tanpa bimbingan

guru berdasarkan perisian komputer dan majalah lama.

(13)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di dalam aktiviti mereka cipta model haiwan, setiap murid melaksanakan aktiviti cipta model haiwan secara berindividu berdasarkan lukisan model haiwan imaginasi sendiri terlebih dahulu. Mereka diberi tempoh seminggu dalam pelaksanaannya. Oleh itu, saya menggalakkan penggunaan pelbagai bahan terpakai atau terbuang seperti plastisin, botol plastik, benang bulu, batang mancis, batang kayu, polisterin dan sebagainya demi menjana sifat kreatif pelajar. Sebelum itu, mereka dikehendaki untuk melukis model haiwan imaginasi dan kemudiannya, mengisi jadual dengan ciri-ciri khas haiwan imaginasi itu berserta fungsi ciri-ciri tersebut pada atas kertas lukisan mereka kerana selepas projek ini berakhir, mereka dihendaki untuk membentang hasil rekaan mereka di hadapan kelas secara berindividu.

Berdasarkan penilaian saya, saya mendapati budak lelaki di dalam kelas Tahun 5 sangat teruja dan lebih bermotivasi berbanding dengan murid perempuan. Kebiasaannya murid perempuan lebih bising tetapi pada kali ini, kejadian sebaliknya berlaku. Saya dapat merumuskan pada kali ini murid lelaki lebih bersifat FI kerana mereka telah membuat dan mencuba melukis rekaan haiwan dengan bersungguh-sungguh tanpa arahan guru dan tidak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya manakala murid perempuan pula memerhati apa yang berlaku terhadap lukisan murid lelaki dan kemudian memikirnnya. Walaubagaimanapun, saya melihat murid-murid perempuan mula berunsurkan FI setelah mendapat idea dengan pengamatan dan analisis maklumat tadi melalui deria melihat. Oleh yang demikian, murid perempuan lebih cenderung menggunakan pemikiran induktif.

Mereka biasanya bermula dengan contoh yang konkrit dan kemudian membina teori umum. Semasa pelaksanaan reka cipta model haiwan, saya juga mendapati kesemua murid bersifat FI apabila mereka mampu membentuk sendiri model rekaan haiwan tanpa bantuan guru dimana mereka berusaha membina ciptaan sendiri tanpa bantuan orang sekeliling. Mereka juga dapat menjelaskan dengan baik tentang ciri-ciri serta fungsi pada setiap bahagian model itu dan tidak terpengaruh dengan kritikan apabila diajukan soalah oleh guru dan rakan-rakan. Oleh yang demikian, aktiviti ini sesuai dengan murid FI.

Mata Pelajaran: Sains Aktiviti: Mereka Cipta Model Haiwan Topik: Unit 3- Proses Hidup Haiwan Sub-topik: Haiwan ImaginasiKu

Objektif: Murid-murid dapat mereka cipta suatu model haiwan imaginasi yang boleh melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau tanpa bimbingan guru berdasarkan lukisan model haiwan imaginasi sendiri.

(14)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Di dalam aktiviti Pop Kuiz Individu, setiap murid diberikan sehelai lembaran kertas soalan untuk menjawab topik yang telah dipelajari. Setiap soalan mengadungi 40 soalan objektif yang melibatkan sub-topik yang telah dipelajari dalam Unit 3- Proses Hidup Sains. Bagi mengelakkan penipuan semasa aktiviti kuiz berjalan, meja-meja murid dipisahkan dan mereka diasingkan untuk duduk di tempat masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah 40 minit. Tujuannya adalah supaya murid mempunyai masa yang banyak dan mencukupi untuk menyemak semula kertas jawapan mereka.

Berdasarkan pemerhatian saya, didapati murid-murid Tahun 5 lebih bercenderung ke arah FD. Berdasarkan pengalaman saya mengajar mereka selama 3 tahun di sekolah ini, saya mendapati rata-ratanya mempunyai gaya kecerdasan yang sederhana. Ini bermakna, pencapaian dari segi akademik adalah kurang memuaskan. Oleh itu semasa aktiviti Pop Kuiz berlangsung, saya mendapati 8 daripada 10 orang murid adalah bersifat FD. Ini adalah kerana mereka menumpukan perhatian pada setiap muka surat dengan penuh perhatian dan efisien. Selain itu, mereka menghadapi kesukaran melakukan pengasingan secara individu kerana lebih menggemari untuk melakukan sesuatu aktiviti didalam bentuk berkumpulan. Bagi 2 orang pelajar yang bersifat FI, mereka memerlukan masa yang singkat dalam menjawab soalan tanpa melakukan banyak kesalahan.

Mereka juga boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang mengganggu seperti bunyi bising dari luar dan sangat fokus dalam menjawab soalan kuiz. Oleh yang demikian, aktiviti ini lebih bersesuaian dengan murid FI.

Mata Pelajaran: Sains Aktiviti: Pop Kuiz Individu Topik: Unit 3- Proses Hidup Haiwan Sub-topik: Uji Kendiri

Objektif: Murid-murid dapat menjawab dua puluh daripada empat puluh soalan objektif tentang rantai makanan dengan tepat tanpa bimbingan guru berdasarkan soalan kuiz di dalam lembaran kerja individu yang telah disediakan oleh guru.

(15)

RUJUKAN Sumber Jurnal

Hasnah Mohamed, Zaidatu Tasir, Baharudin Aris. (2014). Pengaruh Gaya Kognitif terhadap Pencapaian Pelajar. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Norlia Abd. Aziz , T. Subahan M. Meerah, Lilia Halim dan Kamisah Osman. (2006). Hubungan antara Motivasi, Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia

Poh Bee Theen dan Melissa Ng Lee Yen Abdullah. (2008). Kesan Faktor Jantina, Etnik dan Gaya Kognitif ke Atas Pencapaian Pengajian Am. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Sumber Internet

Aneeza Bt Baharum Shah. (2012). Gaya Pembelajaran. Dipetik pada Februari 26, 2016 daripada http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html

Mohd Abdullah bin Othman. (2008). Model Dunn and Dunn. Dipetik pada Februari 26, 2016 daripada http://abdullah042008.tripod.com/id6.html

Prof. Madya Dr. Othman dan NurHaziyanti Mansor. (2011). Gaya Kognitif dan Gaya Belajar.

Dipetik pada Februari 26, 2016 daripada

https://arjunabelajar.wordpress.com/2011/12/01/gaya-kognitif-dan-gaya-belajar/

Referensi

Dokumen terkait

CEO Sea Shepherd Global Alex Cornelissen melihat bahwa perburuan paus yang dilakukan oleh Jepang adalah bentuk sikap arogan mereka untuk dapat meraup keuntungan