PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”
1.0 PENGENALAN
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian,pihak sekolah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan melalui program lawatan ini.
2.0 RASIONAL
2.1 Program lawatan ke Pesta Buku ini perlu dilaksanakan kerana ingin memberi pendedahan yang lebih dan menyeluruh untuk murid – murid SK. Sri Layang mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).
4.0 KEPENTINGAN PROGRAM
Program Lawatan ke Pesta Buku ini adalah untuk menarik minat murid – murid SK Sri
Layang dalam menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup. Disamping itu, murid – murid dapat mengetahui dan membeli buku – buku ilmiah terkini yang berada di pasaran. Justeru, program ini akan membantu setiap murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam diri agar mampu mengecapi setiap sasaran yang mereka inginkan.
5.0 TEMA
“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”
6.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 25 April 2015 ( Sabtu ) Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
7.0 KUMPULAN SASARAN
Murid – murid Tahap Dua, Tahun 4,5 dan 6
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
Penasihat : Pn. Elly Nordiana Bt Hj NohPengerusi : En. Derahim Bin Jaapar
Penyelaras : En. Mohd Hairun Nizam Bin Muhammad Saman Setiausaha : Cik Noor Ain Bt Mohd Yusoff
Bendahari : Cik Siti Amirah Bt Mohamad Rodzizan
JAWATAN KUASA BIDANG TUGAS
PENDAFTARAN Cik Siti Amirah Bt Rodzizan
• Membuat pendaftaran peserta
• Menyediakan borang pendaftaran.
DOKUMENTASI / FOTOGRAFI Cik Noor Ain Bt Mohd Yusoff
• Merakamkan perjalanan program dalam bentuk foto / video
• Mengumpul maklumat sepanjang program
• Menyediakan laporan lengkap secara bertulis dan
9.0
ANGGARAN PERBELANJAAN PELAN TINDAKAN DAN FORMAT GERAK KERJA
Anggaran Pendapatan
a) Sumbangan Pibg & KRT Batu 7, Gohtong Jaya = RM 1,020.00
JUMLAH = RM 1,020.00
Anggaran Perbelanjaan
a) Pengangkutan
1 buah bas = RM 500.00
b) Sarapan Pagi
40 murid x RM 3.00 = RM 120.00
Makan Tengah Hari
40 murid x RM 5.00 = RM 200.00
c) Peralatan = RM 200.00
JUMLAH = RM 1,020.00
10.0 JUSTIFIKASI
10.1 Program ini adalah penting untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh berkaitan dengan ciri – ciri murid yang berketrampilan.
10.2 Program ini adalah sebagai pemangkin kepada murid-murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan diri.
11.0 PENUTUP
Program Lawatan ke Pesta Buku ini adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya dapat memberi pendedahan yang menyeluruh berkenaan dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
Selain itu, melalui program lawatan ini adalah untuk memberikan serba sedikit peluang untuk murid-murid Sk Sri Layang untuk menyelami setiap hasil karya – karya penulis tempatan dan luar negara yang belum pernah didedahkan kepada mereka sebelum ini.
Harapan agar matlamat dan objektif lawatan serta semua yang diimpikan ini berjaya dicapai dan direalisasikan. Akhir kata jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan Program Lawatan ke Pesta Buku ini.
Terima kasih.
Disediakan oleh,
_____________________________
En. Mohd Hairun Nizam Bin Muhamad Saman
Setiausaha
Program Lawatan Sk Sri Layang
Disemak oleh,
_______________________
En. Derahim Bin Jaafar
PK KOKURIKULUM Sk Sri Layang
ULASAN GURU BESAR
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Diluluskan Oleh,
_____________________
Pn. Elly Nordiana Bt Hj Noh