SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2, JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR.
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH
2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2 JALAN PERWIRA,
55100 KUALA LUMPUR.
TEL: 03 92847052
KERTAS KERJA : HARI SUKAN NEGARA 2015 PANITIA / KELAB / PERSATUAN : UNIT KOKURIKULUM
TARIKH : 10 OKTOBER 2015 (Sabtu)
1. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.
Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
2. MATLAMAT / OBJEKTIF
Program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang telah digariskan sama ada secara individu atau berkumpulan yang dalam mencapai perkembangan kognitif, fizikal, emosi mahu pun rohani secara menyeluruh dan bersepadu. Antara objektif-objektif lawatan tersebut ialah:
2.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
2.2 Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
2.3 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
2.4 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
2.5 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan diperingkat akar umbi.
3. TEMPAT
3.1 SK Puteri Pandan 2, Kuala lumpur
4. KUMPULAN SASARAN
 Semua murid dan guru.
5. TARIKH/ MASA
 10 Oktober 2015
 8.00 pagi – 12.00 tengahari
6. KESIMPULAN
Harapan kami semoga program Hari Sukan Negara ini dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan.
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.30 pagi 7.45 pagi
8.15 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.15 pagi 12.00 tengahari 12.30 tengahari
Berkumpul di Dewan Baiduri Ucapan Pengacara Majlis Nyanyian
Negaraku Wilayah Bacaan Doa Senamrobik Jalan Ceria
Permainan Terompah Gergasi Rehat
Permainan Bola Jaring Permainan Baling Tin Permainan Tarik Guni Perasmian Penutup