• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN 3 MEMODENKAN BAHASA KLASIK 2024

N/A
N/A
nurhasimah bte awg haji tengah

Academic year: 2025

Membagikan "SOALAN 3 MEMODENKAN BAHASA KLASIK 2024"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA: ________________________________ TAHUN: ____________ TARIKH: _______

SOALAN 3

a.

Baca petikan Melayu klasik di bawah dengan teliti kemudian pindahkan kepada bahasa Melayu standard.

Sebermula tersebut pula cerita Tuanku Gombang Malim Dewa. Ada selangnya sebulan selepas menabalkan anakanda baginda itu, maka geringlah. Berapa pula dicarikan baginda berapa tabib untuk mengubatinya tiada juga mahu betah, makin bertambah-tambah sahaja geringnya. Maka baginda Iaki isteri dan bondanya menangislah terlalu sangat bergemuruhlah bunyi ratap tangisan isi istana itu. Telah sudah selesai bertangis-tangisan itu masuklah berhimpun segala orang besar menghadap baginda.

Sebermula, adapun Malim Deman, selama sudah mangkat ayahanda baginda itu sangatlah kelalaian memerintah negara, asyik dengan menyabung dan berjudi sahaja kerjanya. Maka sangatlah masyghul hati sekalian orang besar-besar melihat kelakuan baginda yang demikian itu, jangankan ia kembali ke istana, leka mendapatkan Si Kembang Cina kekasihnya. Maka ada pun Permaisuri Tuan Puteri Bongsu sudah hamil dua bulan baharu, tiadalah baginda kasih akan adinda itu, tiada pernah pulang ke istananya. Maka Tuan Puteri Bongsu pun tahulah ia akan kelakuan suaminya. Diketahuinya sudah benci akan dia.

[15 markah]

b.

Terangkan erti perkataan yang bercetak tebal dalam petikan di atas:

(i)

Mangkat

(ii)

Sangatlah kelalaian

(iii)

Masyghul

(iv)

leka mendapatkan

(v)

tiadalah baginda kasih

[5 markah]

(2)

c.

Tukarkan ayat-ayat di bawah sama ada kepada ayat aktif atau ayat pasif.

(i)

Tiga orang pemuda disiasat oleh pasukan polis kerana disyaki terlibat dengan kesalahan mencuri kabel elektrik. Ayat Pasif

(ii)

Kamal mesti menyelesaikan kerja-kerja rumahnya sebelum pergi bermain bola dengan kawan-kawannya.

(iii)

Jasa-jasa ibu bapa mesti kita kenang dan hargai meskipun mereka sudah tiada bersama kita.

(iv)

Pasukan bomba telah memadamkan kebakaran di Kampong Bendahara Lama setelah menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung.

(v) Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

[10 markah]

Referensi

Dokumen terkait