• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks MC Simple (untuk kegunaan sekolah)

N/A
N/A
Siti Nurajrina

Academic year: 2023

Membagikan "Teks MC Simple (untuk kegunaan sekolah)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera Salam Keluarga Malaysia

Salam Sabah Maju Jaya Salam Sepakat Sabah Hebat

Salam SMK Beluran Meneruskan Legasi Kecemerlangan

Yang berusaha encik zulhairul bin ramlee, pengetua smk beluran, Yang dihormati Ustaz mohd tarmimi bin mat hussin, pen. kanan hem Rakan-rakan guru & para ibu bapa sekalian

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Para hadirin diminta untuk berdiri.

————

Para hadirin dipersilakan duduk.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi hadir bersama-sama kami pada pagi ini dalam usahasama menyokong program ceramah motivasi ibu bapa pelajar asrama.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan ustaz ikromi untuk memimpin bacaan doa agar majlis kita diberkati hendaknya.

Dipersilakan.

————

Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih kpd ustz ikromi atas bacaan doanya sebentar tadi.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan en zulhairul bin ramlee, tuan pengetua smkb untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

————

(2)

Seterusnya, tanpa membuang masa, majlis dengan sukacitanya menjemput tuan abidin utong, pegawai sektor pembelajaran (sicc + Bahasa) untuk menyampaian ceramah berkenaan “kemenjadian murid tanggungjawab bersama” pada pagi ini.

————

Terima kasih diucapkan kepada tuan abidin utong atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga dengan perkongsian tersebut, dapatlah kita bersama-sama mengambil manfaatnya untuk dipraktikkan dalam membantu kemenjadian murid di asrama smk beluran.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulhairul Bin Ramlee Pengetua SMK Beluran, diiiringi ustaz mohd tarmimi bin mat hussin untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah.

Sukacitanya dijemput tuan abidin utong untuk naik ke atas pentas bagi menerima sijil penghargaan daripada pihak asrama smk beluran.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zulhairul Bin Ramlee dan ustaz mohd tarmimi bin mat hussin atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.

Sebelum menutup majlis kita pada pagi ini, izinkan sy menyampaikan serangkap pantun

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta

Sekian shj drpd sy siti Nurajrina muksin selaku pengacara majlis pada hari ini.

Sebelum bersurai, kita akan adakan sesi bergambar dahulu sebelum tetamu menjamu hidangan yang telah disediakan.

Referensi

Dokumen terkait