• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Artikel: Penulisan Akademik dan Politik

N/A
N/A
Siti Maziah

Academic year: 2025

Membagikan "Ulasan Artikel: Penulisan Akademik dan Politik"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER 2 SESI 2023/2024

AT10603

PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH: DR. BILCHER BALA TUGASAN ULASAN ARTIKEL YANG KE-8

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : SITI MAZIAH BINTI MUHAMAD IDRIS

NO MATIRKS : BA23110504

TANDATANGAN : Maziah

TARIKH HANTAR : 28 JUN 2024

(2)

1.0 PENGENALAN

Tajuk ulasan artikel ini adalah Penulisan Akademik dan Politik. Artikel jurnal ini dituliskan dua orang penulis iaitu Laxman Prasad Bhandari dan Prem Raj Pokharel.Artikel jurnal ini diterbitkan pada tahun 2022. Artikel jurnal ini mengandungi 6 muka surat yang bermula dari halaman 13 hingga 18. Jurnal ini membincangkan tentang hubungan antara penulisan akademik dan politik.

2.0 ULASAN KANDUNGAN JURNAL 2.1 Pengertian Tajuk Artikel

Matlamat kajian yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk membincangkan pengkaitan penulisan akademik dan politik di bawah empat tema iaitu penulisan dalam konteks global, politik bahasa akademik, penulisan dan ideologi, dan kuasa penulisan.

Selain itu, kajian ini juga mengandungi dan terbahagi kepada teori sosial, penulisan dalam konteks global, politik bahasa akademik, penulisan dan ideologi, serta kuasa menulis.

2.2 Metodologi Kajian

Dalam artikel ini, penulis menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dalam melakukan kajian ini. Pengkaji menganalisis kandungan data-data atau sumber sekunder yang berkaitan dengan penulisan akademik dan politik. Dengan menggunakan kaedah ini, penulis dapat menganalisis perkaitan penulisan akademik dan politik serta menerangkan empat tema; penulisan dalam konteks global, politik bahasa akademik, penulisan dan ideologi, dan kuasa penulisan.

2.3 Hasil kajian

Hasil kajian yang diperolehi dalam jurnal ini menunjukkan penulis menggunakan konsep teori Gramsci untuk menerokai cara penulisan akademik mempengaruhi orang ramai serta pelbagai aspek kehidupan mereka. Oleh itu, penulis membincangkan hubungan antara penulisan akademik dan politik di bawah empat tema. Empat tema itu adalah penulisan dalam konteks global, politik penulisan akademik, penulisan dan ideology dan kuasa penulisan.

(3)

Dalam bahagian teori sosial, penulis menyatakan bahawa konsep ‘hegemoni’

Gramsci amat penting untuk memahami cara negara perwakilan moden ini berfungsi.

Penulis ini terangkan dengan lebih lanjut tentang hegemoni dengan menjelaskan bahawa hegemoni ini adalah hubungan antara kelas sosial ketika kelas dominan atau orang yang berkuasa menjalankan kepimpinan mereka ke atas kelas bawahan melalui persetujuan aktif dalam dasar dan keputusan yang diambil. Penulis juga menyatakan lagi persetujuan hegemoni ini boleh dicapai melalui penulisan. Tema yang pertama iaitu penulisan dalam konteks global, penulis membahas bahawa hampir semua isu dan nilai yang berkaitan dengan penulisan serta penyebarannya dalam masyarakat adalah berunsurkan politik. Penulis beranggapan bahawa struktur sosial ketika itu semua bertindak mengikut hierarki dalam sosial sehingga dalam dunia penulisan.

Dalam tema pertama ini juga membincangkan tentang kepentingan penulisan dalam semua aspek kehidupan di mana penulisan ini mencerminkan pengalaman orang ramai sebagai penulis, ahli politik, aktivis sosial atau orang lain. Semua ini akhirnya akan membawa kepada pengalaman atau ilmu baharu kepada tugas yang mereka lakukan.

Tema yang kedua pula yang diulaskan oleh penulis ialah politik bahasa akademik. Penulis menyatakan melalui penulisan, dapat membantu pengekalan pengetahuan sejarah, penyediaan garis panduan memajukan budaya, dan memberi petunjuk kepada masyarakat yang sedang membangun. Dalam tema ini, penulis membahas tentang status global bahasa Inggeris yang sedikit sebanyak menjadi salah satu halangan kepada sarjana yang bahasa komunikasinya bukan Bahasa Inggeris menjejaskan politik pada bagian penerbitan akademik. Seterusnya tema yang ketiga iaitu penulisan dan ideologi. Di bahagian ini, penulis mengambil kenyataan Hall (1996) yang menyatakan ideologi merujuk kepada kerangka mental termasuk bahasa, konsep, kategori, imej pemikiran dan sistem perwakilan. Kenyataan ini dijelaskan oleh penulis bahawa penulisan akademik ini merupakan alat yang penting dalam pembinaan diskursif dan pengekalan hegemoni kelas dominan dan sekutunya. Hal ini menyebabkan kelas dominan menyekat usaha masyarakat untuk terlibat dalam penulisan kerana takut akan penyebaran keluhan suara kelas bawahan yang akhirnya mungkin menyebabkan penentangan daripada kelas bawahan. Tema yang terakhir yang diulaskan oleh penulis ialah kuasa menulis. Tema ini menjelaskan tentang kepentingan ataupun kuasa menulis. Penulis menyatakan dalam tema ini bahawa pemikiran, hujah dan logik seseorang itu akan berkembang apabila mereka banyak menulis. Tema ini menjelaskan betapa berkuasanya penulisan ini dalam semua sudut masyarakat. Penulisan ini boleh mempengaruhi orang ramai, merupakan salah satu

(4)

alat untuk berkomunikasi, memberi maklumat dan idea-idea pemikiran yang baharu, membantu dalam bidang-bidang pentadbiran, dan banyak lagi.

3.0 ULASAN KRITIS DAN PERSPEKTIF PENGARANG

Pada awal pengulasan, penulis memberikan maklumat umum tentang topik atau perkara yang akan penulis ulas sebagai bayangan awal tentang topik supaya pembaca mengtahui fokus utama artikel itu sebagai contoh, “bertujuan untuk meneroka hubungan antara penulisan akademik dan politik” dan “Mengaplikasikan teori sosial Gramsci, kami membincangkan hubungan antara penulisan akademik dan politik di bawah empat tema: penulisan dalam konteks global, politik bahasa akademik, penulisan dan ideologi, dan kuasa penulisan. Penemuan menunjukkan bahawa penulisan akademik dikaitkan dengan kuasa, politik, dan ideologi untuk mempengaruhi dan mengawal orang lain melalui perpaduan intelektual dan moral bersama dengan persetujuan kuasa ekonomi dan politik”.1 Selain itu, penulis juga telah menjelaskan objektif kajian dalam artikel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis telah menjelaskan perkaitan penulisan akademik akademik dan politik di dalam artikel ini.

Di samping itu, penulis juga menyelitkan pendapatnya dalam penulisan artikel ini seperti, “kami telah, selama bertahun-tahun, menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai pemahaman yang canggih dan meluas tentang sifat penulisan sebagai tindakan politik, sosial, mental, fizikal dan linguistik. Pengalaman menulis kami juga telah menunjukkan bahawa menulis adalah proses yang kompleks yang berkaitan dengan konteks sosial yang luas. Kebanyakan penulisan berkaitan idea konteks politik masyarakat. Penulisan dikaitkan dengan kuasa, politik, dan ideologi masyarakat serta mempengaruhi kehidupan manusia”.2 Penulis juga berpendapat bahawa penulisan akademik dapat membantu masyarakat dalam membina dan merunding ideologi yang membantu dalam membina identiti kita dalam masyarakat.3

1 Laxman Prasad Bhandari. Prem Raj Pokharel. (2022). Penulisan Akademik dan Politik. Jurnal Bahasa & Saatera Limbini 2022. Hlm. 13.

2 Laxman Prasad Bhandari. Prem Raj Pokharel. (2022). Penulisan Akademik dan Politik. Jurnal Bahasa & Saatera Limbini 2022. Hlm. 15.

3 Laxman Prasad Bhandari. Prem Raj Pokharel. (2022). Penulisan Akademik dan Politik. Jurnal Bahasa & Saatera Limbini 2022. Hlm. 18.

(5)

4.0 PENDEKATAN KAJIAN LEPAS

Ade Hikmat, Nani Solihati dan Sugeng Riadi dalam buku mereka yang bertajuk Penulisan Akademik Konsep, Jenis dan Langkah-langkah Penulisannya yang diterbitkan pada tahun 2020 menerangkan penulisan akademik secara teliti dan mendalam. Dalam buku ini, penulis menerangkan tentang konsep penulisan akademik, jenis-jenis penulisan akademik dan juga langkah-langkah dalam penulisan. Buku juga dibagikan kepada empat bahagian.

Buku ini juga menyentuh kepentingan penulisan akademik dalam pelbagai aspek kehidupan masyrakat yang lain. Penulis juga membincangkan tentang prinsip-prinsip dalam penulisan akademik. Terdapat sepuluh prinsip yang dinyatakan oleh penulis dalam buku berdasarkan kenyataan daripada Whitaker (2009) iaitu tujuan yang jelas, keterlibatan pembaca, kejelasan sudut pandang, memiliki fokus tunggal, susunan sistematik dan logik, dukungan yang kuat, penjelasan yang jelas dan lengkap, penggunaan penelitian yang efektif, penggunaan panduan penulisan yan betul dalam rujukan, dan gaya menulis.4

Muhaimi Suhaili dalam buku beliau yang bertajuk Kejelasan dan Gaya Penulisan dalam Penulisan Akademik menuliskan tentang penulisan akademik dan gaya penulisan. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2022. Dalam buku ini, penulis menerangkan betapa pentingnya penjelasan dan gaya penulisan dalam penulisan akademik supaya disampaikan dengan tepat dan berkesan kepada pembaca. Hal ini kerana, penulisan akademik ini menggambarkan keintelektualan sesorang itu dalam menyampaikan gagasan dan menjadikan idea yang disampaikan itu benar-benar ilmiah, berfakta dan mempersonakan pembaca.5 Penulis juga menekankan bahawa perkembangan idea berlaku apabila melakukan banyak penulisan dan kajian.

4 Ade Hikmat. Nani Solihati. Sugeng Riadi. (2020). Penulisan Akademik: Konsep, Jenis, dan Langkah-Langkah Penulisannya. Hlm. 6-8.

5 Muhaimi Suhaili. (2022). Kejelasan dan Gaya Penulisan dalam Penulisan Akademik. Hlm. 1

(6)

5.0 KESIMPULAN

Pada pandangan saya, hasil kajian dalam artikel ini telah memberikan pelbagai maklumat yang bagus kepada para pembaca. Penulis juga telah berjaya mengulas dengan baik dan menyusun dengan baik idea-idea yang ingin penulis sampaikan. Perkara ini menyebabkan para pembaca lebih mudah memahami tentang topik. Selain itu, penulisan ini juga telah membuka ruang kepada para pembaca untuk memiliki pemikiran yang kritis tentang penulisan akademik yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Di samping itu, penulis juga menggunakan rujukan yang pelbagai untuk memberikan dan menulis artikel yang baik dan padat. Hal ini juga penting bagi mengelakkan unsur plagiat dan memberi keyakinan kepada pembaca dan pengkaji lain dalam melakukan bacaan dan kajian.

(7)

RUJUKAN

Ade Hikmat. Nani Solihati. Sugeng Riadi. (2020). Penulisan Akademik: Konsep, Jenis, dan Langkah-Langkah Penulisannya

Clark, R. & Ivanic, R. (1997).Politik penulisan. Routledge

Laxman Prasad Bhandari. Prem Raj Pokharel. (2022). Penulisan Akademik dan Politik.

Jurnal Bahasa & Saatera Limbini 2022. Hlm. 13-18.

Muhaimi Suhaili. (2022). Kejelasan dan Gaya Penulisan dalam Penulisan Akademik.

Whitaker, A. (2009). Academic writing guide 2010: A step-by-step guide to writing academic papers. Bratislava-Slovakia. Diakses pada 24 Jun 2024 dari http://www.vsm.sk/Curriculum/academicsupport/academicwritingguide. pdf

Referensi

Dokumen terkait

Ulasan buku : Punk, penentangan dan politik transnasionalisme ABSTRAK Buku terbitan tahun 2016 ini merupakan hasil penulisan Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah

Dokumen ini membahas tentang template penulisan artikel ilmiah untuk jurnal PPNI Jawa

Dokumen tersebut berisi petunjuk umum penulisan artikel untuk jurnal

Muhammad Salam Ramdhani membuat laporan tentang proses penulisan naskah untuk artikel, media sosial, dan infografis di

Dokumen ini berisi panduan penulisan artikel ilmiah yang mencakupjudul, nama penulis, NIM, email, abstrak, kata kunci, pendahuluan, metode penelitian, pembahasan, dan

Dokumen ini memberikan panduan mengenai format penulisan artikel ilmiah, termasuk format judul, nama penulis, afiliasi, abstrak, kata kunci, dan

Dokumen ini adalah panduan penulisan artikel ilmiah untuk jurnal kependidikan fisika, mencakup format penulisan judul, nama penulis, afiliasi, abstrak, dan kata

Analisis artikel tentang Khulafaur Rasyidin, dinamika sosial politik dan dakwah Islam berdasarkan karya