1
How Labour Market Works in Damai Central: Peak and Off-Peak Oleh: Shahrizam Hafizam Kassim & Dzulzalani Eden
Program Lawatan Sambil Belajar ke Damai Central dan sekitarnya adalah program yang diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan Sesi 2015/2016 sebagai salah satu
aktiviti pembelajaran di bawah kursus SSB2013 Ekonomi Perburuhan. Salah satu tujuan utama program ini adalah untuk mencari dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan sektor pekerjaan yang terdapat di sekitar Damai Central disamping mengetahui kebolehpasaran
sesuatu pekerjaan di kawasan tersebut.
Program ini juga merupakan aktiviti riadah untuk mengeratkan hubungan antara semua pelajar Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan yang berbilang kaum dan negeri. Malah, program ini juga dijadikan sebagai platform utama untuk pelajar-
pelajar ini berkongsi pengalaman mereka mengenai keadaan sebenar pasaran buruh dan mengaplikasikan konsep dan teori yang telah dipelajari semasa kuliah. Di samping itu, program ini juga melatih ahli
jawatankuasa penganjur dalam kalangan pelajar dari segi pentadbiran dan pengurusan agar dapat melahirkan pelajar UNIMAS yang berpengalaman, berdikari serta cekap dalam melaksanakan tugas.
Program ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 21 November
Timbalan Pengarah Program sedang memberikan taklimat
Pelajar sedang mendengar taklimat daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Program
Pelajar mula berkumpul untuk bertolak ke destinasi
2
2015 di Damai Central dan kawasan sekitar. Seramai 87 orang pelajar tahun 2 daripada kursus SSB2013 Ekonomi Perburuhan di bawah Program Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan, Fakulti Sains Sosial telah terlibat dalam program ini. Objektif-objektif yang telah ditetapkan di bawah program ini termasuk (i) mendedahkan pelajar tentang bagaimana sesuatu sektor pekerjaan itu berfungsi, (ii) melatih pelajar untuk melakukan kerja lapangan (iii) melatih pelajar
dari segi perbentangan hasil kajian (iv) memupuk semangat bekerja dalam kumpulan dan; (v) mendedahkan pelajar berkenaan kadeah terbaik untuk berkomunikasi dengan pihak luar khasnya Pengurus Sumber Manusia.
Aktiviti–aktiviti utama pelajar ialah menemuduga dan membuat pemerhatian ke atas majikan dan pekerja di Damai Central dan kawasan sekitar termasuk Sarawak Cultural Village, Damai Beach Resort, Damai Puri Resorts and SPA, One Hotel Santubong, Damai Golf & Country Club, Permai Rainforest Resort, BB Bunkers, 7 Eleven, Damai Central Management, Bayridge Fine Seafood Restaurant, Escobar Bar & Grill, Bazaar &
Art Gallery, Laundry Bar dan Smart Magic. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar berkenaan dengan program yang dijalankan, majoriti peserta memberikan maklum balas yang baik kerana mereka telah mencapai objektif program di mana rata-rata pelajar melihat program ini sebagai suatu penambahan ilmu bagi mereka kerana melalui penganjuran program sebegini mereka dapat mengetahui bagaimana suatu pekerjaan itu berfungsi dalam pasaran kerja. Selain itu, pelajar juga telah melaksanakan kajian atau temuduga bersama majikan di tempat terlibat dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan. Rata-rata majikan yang ditemuduga
Temuduga bersama Pengurus One Hotel Santubong
Temuduga bersama Pengurus Sumber Manusia Damai Beach Resort
3
memberikan kerjasama dan jawapan yang baik serta positif berkaitan tugasan ini.
Melalui lawatan ini pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai situasi yang berlaku dalam pekerjaan pada masa sekarang. Para pelajar yang diberikan tugasan berkaitan dengan tajuk mereka telah mendapat input yang berguna yang mana maklumat tersebut boleh diguna pakai dalam kerja kursus mereka.
Berdasarkan keseluruhan penilaian terhadap program yang dijalankan, hasil yang diterima adalah sangat cemerlang. Semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan pelajar telah bersama-sama dalam menjayakan program sehari ini.
Selain itu, program ini telah mencapai setiap matlamatnya.
Hubungan silaturahim antara pelajar dapat dieratkan melalui kerjasama ketika program dijalankan. Tiada sebarang rungutan yang didengar sepanjang program dijalankan kerana para pelajar melakukannya dengan penuh komitmen dan tanggungjawab. Cadangan yang ingin diutarakan bagi program yang akan datang ialah dengan menjadikan program seperti ini sebagai program tahunan pelajar Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan khususnya bagi pelajar-pelajar tahun 2 akan datang.
Sebagai kesimpulan , keseluruhan program berjaya mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus SSB2013.
Pengarah Program menyampaikan cenderahati kepada Pengurus One Hotel Santubong
Penyampaian cenderahati kepada Pengurus Damai Beach Resort