• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.Sabitha Marican.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "1.Sabitha Marican.pdf"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meneliti perkaitan persepsi gangguan seksual dengan budaya tingkah laku devian di tempat kerja, perbezaan dari segi jantina dan hubungannya dengan ketegasan undang-undang dalam organisasi dan perhayatan agama. Kajian ini telah dijalankan di kalangan pentadbir di sektor awam di negeri Kedah dan Selangor yang melibatkan 1097 pentadbir dengan menggunakan rekabentuk keratan rentas. Data kajian telah dikumpul melalui soal selidik dengan bantuan wakil yang dilantik dalam setiap jabatan yang dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan t-test dan korelasi melalui perisian SPSS 12.5. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan budaya kerja devian dan wanita lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual berbanding dengan responden lelaki. Kajian juga mendapati bahawa persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan ketegasan prosedur dalam organisasi.

Walau bagaimanapun persepsi gangguan seksual mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek luaran iaitu bercakap bohong, terlibat dengan suapan, melakukan kezaliman dan berhubungan secara intim sebagai sesuatu yang biasa. Secara kesimpulan kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku devian yang rendah dan prosedur yang tegas boleh meningkatkan persepsi gangguan seksual seseorang terhadap gangguan seksual.

Selain dari itu, individu lebih cenderung mempersepsi gangguan seksual apabila individu kurang cenderung dikaitkan dengan aspek luaran penghayatan agama.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kajian terdahulu mendapati bahawa, implikasi penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah mereka mempunyai masalah sakit perut hingga kepada enuresis (membuang

Hasil kajian mendapati bahawa tikus yang menerima rawatan VCO mengalami peningkatan yang signifikan pada ekspresi gen SOD , GPX dan osteokalsin berbanding kumpulan

Dapatan kajian menunjukkan dalam perlumbaan jarak sederhana menampakkan nisbah penyertaan yang tinggi daripada pelari wanita rekreasi berbanding pelari wanita jarak jauh yang

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi untuk bertutur dalam bahasa Arab berbanding pelajar lelaki. Ini

Walaupun kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa faktor sikap, sokongan pengurusan dan sumber organisasi mempunyai tahap signifikan kepada keberkesanan latihan tetapi

Walaupun kajian tersebut melihat kepada faktor jantina, dapatan kajian mendapati bahawa oleh kerana wanita mempunyai gelagat kewangan yang lebih baik dari lelaki,

Manakala dari segi persepsi terhadap kepentingan elemen kemahiran employability, kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi terhadap kepentingan

Di samping itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk menilai faktor-faktor terpilih yang mempengaruhi persepsi wanita dalam memilih kerjaya di sektor awam.. Hasil kajian mendapati bahawa