• Tidak ada hasil yang ditemukan

1 Sertai Universiti Kebangsaan Malaysia, salah ... - eHebahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "1 Sertai Universiti Kebangsaan Malaysia, salah ... - eHebahan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1 Sertai Universiti Kebangsaan Malaysia, salah sebuah Universiti penyelidikan di Malaysia

KETUA PUSTAKAWAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN:

Pengurusan Tertinggi

GRED:

Gred Utama C (VU7)

(Pihak UKM berhak menawarkan gred yang lebih tinggi berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada keputusan pihak Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia)

TEMPOH LANTIKAN:

1 hingga 3 tahun perkhidmatan bagi setiap lantikan tertakluk kepada pihak Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

STATUS PELANTIKAN:

Secara Pertukaran Sementara / Pelantikan Peminjaman Perkhidmatan / Kontrak.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS:

Tertakluk kepada Perlembagaan, Statut, Kaedah dan Peraturan, Ketua Pustakawan hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan berikut:

(a) menjadi ketua Pejabat Perpustakaan Universiti;

(b) menasihati dan membantu Naib Canselor dalam pelaksanaan perancangan strategik berkaitan dengan perpustakaan;

(c) menjadi ahli ex-officio Lembaga dan Senat;

(d) menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti;

(e) bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran perpustakaan Universiti dan mana-mana perpustakaan cawangan atau perpustakaan fakulti yang ditubuhkan;

(f) merancang, membangun dan menyenggara bangunan, ruang, kemudahan, persekitaran dan infrastruktur teknologi yang sesuai untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan perpustakaan;

(g) merancang, melaksana dan menguruskan perkhidmatan perpustakaan, perkhidmatan maklumat bibliometrik dan lain-lain perkhidmatan maklumat;

(h) memperoleh dan menyenggara koleksi sumber maklumat perpustakaan, sama ada bahan bercetak atau bukan bercetak dan termasuklah bahan digital;

(i) membangun, menyenggara dan memulihara respositori institusi dan arikib Universiti;

(j) menjadi Setiausaha Jawatankuasa Perpustakaan;

(k) menjadi Pengerusi atau Setiausaha mana-mana Jawatankuasa lain berkaitan dengan perkhidmatan maklumat;

(l) menjadi ahli mana-mana Jawatankuasa yang berkaitan dengan penerbitan atau penyelidikan Universiti;

(m) tertakluk kepada Peraturan Kewangan Universiti dan apa-apa peraturan yang berkuatkusa, memasuki apa-apa perjanjian atau surat cara yang berkaitan dengan pengurusan, perjalanan dan pengoperasian perpustakaan;

(n) melaksanakan apa-apa kuasa dan kewajipan lain dan mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan kuasa dan kewajipan yang ditetapkan oleh Perlembagaan, Statut, Kaedah atau Peraturan; dan

(o) menjalankan tugas-tugas dan fungsi lain yang diarahkan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.

(2)

2 GAJI DAN IMBUHAN:

(a) Gaji (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2016)

GRED MINIMUM MAKSIMUM

VU7 RM7,676.00 RM20,592.00

(b) Imbuhan pada Gred Utama C (VU7) yang bersesuaian akan dipertimbangkan mengikut peraturan semasa.

KELAYAKAN:

(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Pengalaman luas dalam pengurusan dan pembangunan Perpustakaan sekurang-kurangnya 15 tahun serta memenuhi kriteria kecemerlangan Universiti.

KRITERIA CALON:

Calon hendaklah bermatlamat, bermotivasi tinggi, proaktif dan tekun dalam pelaksanaan, mempunyai minat yang tinggi dan berpengalaman dalam bidang perkhidmatan maklumat.

CV yang komprehensif perlu dikemukakan sebelum atau pada 11 Oktober 2016 (Selasa) ke alamat seperti di bawah:

Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Aras 5, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-8921 5150 / 3360 Faks: 03-8925 2882 Emel: [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang tambahan dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini, Perbadanan boleh mengusahakan apa-apa fungsi

Ketua Jabatan boleh untuk memperaku atau menolak sebarang alasan yang diberikan disebabkan alasan yang tidak munasabah dan Ketua Jabatan hendaklah secara bertulis memberi

Nik Yusof Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan Fakulti Pendidikan 15 November 2010 hingga Ketua Jabatan baru dilantik.

Pemegang Kad Kredit Korporat Universiti hendaklah menyemak penyata bulanan kad kredit dan menghantar dokumen lampiran/ sokongan yang berkaitan kepada pegawai yang menguruskan

a) Ketua Pusat Tanggungjawab (Ketua PTj) hendaklah memastikan program HIRARC dijalankan, menyediakan kaedah bagi mengawal risiko berkaitan dan memantau tindakan susulan. b)

2.11 Pengguna/penyewa hendaklah menunjukan resit rasmi/sementara bayaran seperti tercatit dalam 2.1 dan 2.5 kepada Penyelia bangunan atau wakil Pendaftar sebelum ia akan

Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepelbagaian kaedah penyelidikan seperti temuabual intensif, survei dan kerja lapangan, serta kaedah analitik yang

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta dan Kaedah-kaedah ini, prosedur berikut hendaklah digunakan berhubungan dengan perbicaraan suatu rayuan oleh Lembaga Rayuan- a melainkan