• Tidak ada hasil yang ditemukan

10-34-9.pdf - Portal Ewarga UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "10-34-9.pdf - Portal Ewarga UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

________________________________________________________________________________

Unit Akaun Aset & Sistem, Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras Kuala Lumpur. MALAYSIA.

Telefon: +603-91455555 ext : 5238/5240/5197/5241/5242 Faksimili: +603-9145 5186 Laman Web: http://kewangan.hukm.ukm.my

PPUKM3.10.4/224/2/4 Jld2 September 2012

Ketua Jabatan/ Bahagian/ Unit Pusat Perubatan UKM

YBhg. Prof./ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

PROGRAM JUALAN BIDAAN PERABOT TERPAKAI KEPADA KAKITANGAN PPUKM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kewangan, PPUKM akan mengadakan satu Program Jualan Perabot Terpakai kepada Kakitangan Pusat Perubatan UKM. Jualan tersebut dibuka seperti berikut:

Tarikh buka tawaran bidaan : 6 September 2012 (Jumaat) Tarikh tutup bidaan : 12 September 2012 (Rabu) Masa tutup(Jam) : 4.30 petang

Pameran barang bidaan : 12 September 2012 (Rabu) Masa pameran : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Stor Pelupusan Tingkat 3, Blok Klinikal, PPUKM

Kami mengalu-alukan kakitangan yang berminat untuk menyertai jualan bidaan ini dengan mengisi borang tawaran bidaan dan dimasukkan ke dalam peti bidaan yang disediakan di Unit Akaun, Aset dan Sistem. Syarat-syarat pembelian adalah seperti berikut:-

i. Penyertaan dibuka untuk semua kakitangan.

ii. Barang yang dijual tertakluk kepada harga simpanan dan harga tawaran perlu dalam gandaan ringgit Contoh, harga simpanan RM10, jadi harga tawaran adalah (RM11, RM12, RM13, RM14 dan seterusnya).

iii. Barang yang dijual adalah sebagaimana keadaannya semasa dilihat (“As is where is basis”).

iv. Bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum barang dikeluarkan dari PPUKM.

v. Urusetia tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas barang yang telah dijual.

vi. Barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan.

vii. Segala kos pengangkutan adalah ditanggung sendiri.

viii. Barang perlu dituntut keluar pada hari yang sama oleh penama sahaja (wakil tidak dibenarkan).

UKM Medical Centre Pusat Perubatan UKM

(2)

________________________________________________________________________________

Unit Akaun Aset & Sistem, Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras Kuala Lumpur. MALAYSIA.

Telefon: +603-91455555 ext : 5238/5240/5197/5241/5242 Faksimili: +603-9145 5186 Laman Web: http://kewangan.hukm.ukm.my

Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat memanjangkan pekeliling ini kepada kakitangan jabatan/ bahagian/ unit masing-masing.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nurul Firdaus Baharum/ Urusetia Pelupusan di talian 5241/5916.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

NORINI MOHAMAD Pemangku

Ketua Jabatan Kewangan Pusat Perubatan UKM

Berlampir - Carta alir proses jualan perabot terpakai

s.k. - Dekan Fakulti Perubatan & Pengarah Pusat Perubatan UKM

- Y.Bhg. Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria

Timbalan Pengarah PPUKM dan Ketua Pegawai Operasi HUKM

Referensi

Dokumen terkait