• Tidak ada hasil yang ditemukan

190 e-Folio: KESEDIAAN PELAKSANAAN DOKUMEN PENGURUSAN KURIKULUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "190 e-Folio: KESEDIAAN PELAKSANAAN DOKUMEN PENGURUSAN KURIKULUM"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

e-Folio: KESEDIAAN PELAKSANAAN DOKUMEN PENGURUSAN KURIKULUM

Rosmani Ali1 Nik Azleena Nik Ismail2

Salma Abd. Razak3 Fathiah Mohd Yusof4,

Abd. Halim Ismail5 Asyraf Ridwan Ali6

Yuslaini Yunus7 Ghazali ismail8

___________________________________________________________________________

1Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia(E-mel:

rosmani@ipgm.edu.my)

2Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia(E-mel:

azleena@ipgm.edu.my)

3Jabatan Bahasa-Bahasa, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia (E-mel: salma17-118@epembelajaran.edu.my)

4Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia(E-mel:

fatiyayusof@gmail.com)

5Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia (E-mel:

abd.halim@ipgm.edu.my)

6Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia(E- mel: asyraf@ipgm.edu.my)

7Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia(E-mel: yuslaini@ipgm.edu.my)

8Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus Terengganu Malaysia (E-mel:

dr.ghazali@ipgm.edu.my)

___________________________________________________________________________

Abstrak: Sistem pengurusan dokumen secara fizikal yang sistematik sentiasa diperlukan sebagai salah satu pembentukan budaya kecemerlangan institusi pendidikan terutama dalam perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat dinamik. Namun, penyediaan dokumen yang diperlukan secara fizikal sering kali menimbulkan beberapa kekangan lambakan dokumen ekoran beban pengajaran yang semakin bertambah. Fail yang disediakan secara fizikal sukar untuk diperoleh apabila perlu mendapatkannya semula kerana dokumen berkenaan disimpan di pelbagai tempat penyimpanan. Malahan berkemungkinan risiko kehilangan dokumen yang diperlukan juga adalah tinggi. Penyimpanan dokumen secara fizikal juga melibatkan ruang penyimpanan yang besar.

Berdasarkan isu ini, satu kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan sistem pengurusan dokumen secara dalam talian yang dikenai sebagai e-Folio. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 70 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru di Kampus Dato’ Razali Ismail. Kaedah pengumpulan data adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara atas talian melalui Google Form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS V23. Dapatan kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya tahap kesediaan pensyarah IPGKDRI melaksanakan e-Folio adalah tinggi dengan nilai min 7.61. Malahan 84.3% pensyarah bersetuju untuk menggunakan e-Folio sebagai medium pengurusan dokumen kurikulum bermula semester pengajian Mei-Oktober 2021. Kajian ini dapat memberikan satu gambaran terhadap status kesediaan pengetahuan dan kemahiran pensyarah untuk

(2)

mempunyai kesediaan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan kualiti pengurusan dokumen penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dapatan ini jelas menggambarkan bahawa pengurusan dokumen yang bersistem dan harmonis yang dilaksanakan dapat menghasilkan suatu proses kerja yang berkualiti dan berkesan. Situasi sebegini amat penting memandangkan kestabilan intelektual dan emosi pensyarah perlu terus berada dalam keadaan kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengurusan dokumen yang bermakna dalam pelbagai situasi perubahan persekitaran terkini terutama ekoran gelombang Pandemik Covid19.

Kata kunci: Pengurusan kurikulum, e-Folio, Pandemik Covid19

Abstract: A systematic physical document management system is always in need of a culture of excellence formation of an educational institution, especially in meeting the changing teaching and learning environment that is highly dynamic. However, the preparation of physically required documents often poses some constraints of document dumping due to the increased teaching workloads.

Physically prepared files are problematic to retrieve when necessary because the documents are stored in various repositories. The risk of losing the required documents may be high. Physical document storage also involves ample storage space. Based on this issue, a study was conducted to identify the readiness level of lecturers at IPG Dato’ Razali Ismail Campus on implementing an online document management system called e-Folio. This study was conducted quantitatively involving 70 lecturers from the Institute of Teacher Education at Dato' Razali Ismail Campus. The data collection method is a survey that is an online questionnaire administered through a Google Form. The data were analysed using SPSS V23. The research findings show that the overall readiness level of IPGKDRI lecturers to implement e-Folio is high, with a mean value of 7.61. 84.3% of lecturers agreed to use e-Folio as a medium for curriculum document management starting May-October 2021 semester. This study can provide an overview of the lecturers’ readiness status of knowledge and skills to implement e-Folio.

The results of this study imply that the lecturers always have a high level of readiness and commitment in ensuring the quality of curriculum document management can be implemented effectively. This result depicts that systematic and harmonious document management implemented can produce a quality and effective work process. Such a situation is critical as the lecturers’ intellectual and emotional stability must remain conducive to creating an atmosphere of acceptance of meaningful document management processes in various situations due to recent environmental changes, especially the Covid19 Pandemic.

Keywords: Curriculum management, e-Folio, Covid19 Pandemic

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kepesatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) pada era ini telah merubah sistem pengurusan dan perkhidmatan sesebuah organisasi. Kemajuan organisasi dilihat apabila sistem pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan bersifat efisyen dan berkesan serta dapat memenuhi standard kualiti secara keseluruhannya. Penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan sesebuah organisasi merupakan satu benchmark kepada kecekapan dan kemajuan organisasi tersebut dalam mengendali dan mengurus perkhidmatan yang disediakan (Isa et al., 2016).

Pelbagai kelebihan penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan organisasi khususnya telah dikenal pasti dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.

Penggunaan teknologi juga berupaya mengurangkan penggunaan kertas dalam penyediaan dokumen, menjimatkan masa dan kos. Malahan bebanan kerja manusia juga dapat dikurangkan

(3)

di samping dapat menyelesaikan permasalahan dengan cepat ( Karimova,L.K &

Kirpichnikova,A.A., 2016).

Justeru, dengan mengambilkira kelebihan-kelebihan teknologi dalam pengurusan dokumen dan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan organisasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali, Terengganu (IPGKDRI) juga mengambil inisiatif mewujudkan e-Folio kepada para pensyarah khususnya dalam pengurusan dokumen kurikulum (Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum). Penyediaan dokumen pengurusan kurikulum oleh setiap pensyarah adalah satu kewajipan rutin bagi memenuhi keperluan sistem pengurusan kualiti ISO IPG KPM-EOMS.

Sistem pengurusan dokumen secara fizikal yang sistematik sentiasa diperlukan sebagai salah satu pembentukan budaya kecemerlangan institusi pendidikan terutama dalam perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat dinamik. Dokumen perlu direkodkan dan disimpan dengan selamat sebagai rujukan di masa akan datang kerana jika maklumat tidak direkodkan dan didokumentasi, sesuatu perkara tersebut dianggap seolah-olah tidak berlaku (Stier, 2014).

Impak daripada pengurusan dokumen yang sebegitu menyebabkan peningkatan kos pembelian kertas serta dakwat pencetak yang sering menjadi isu yang diutarakan dalam mesyuarat-mesyuarat pengurusan tertinggi kampus. Setiap dokumen juga perlu disimpan sekurang-kurangnya selama 5 tahun bagi tujuan pengauditan. Tempoh penyimpanan dokumen kurikulum berbentuk fizikal yang terlalu lama dilihat tidak praktikal kerana berlaku lambakan fail-fail dokumen dan ruang tempat penyimpanan yang sangat terhad serta boleh berlaku keciciran dokumen. Malahan penyediaan dokumen kurikulum berbentuk fizikal sebelum ini juga dilihat menimbulkan kekangan kepada para pensyarah dari aspek tempoh masa penyediaan yang memerlukan mereka untuk mencetak dan menyusun pelbagai dokumen ke dalam fail-fail yang telah ditetapkan.

Arahan dan pekeliling perkhidmatan menetapkan dokumen perlu disimpan dengan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Akta Arkib Negara 2003 dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1997 iaitu mengenai Pemeliharaan Rekod-Rekod Kerajaan dan Arahan Perkhidmatan Bab 5. Berdasarkan Arahan Perkhidmatan (Bab 5: Fail Menfail) dan Surat Pekeliling Am. Bil. 1 Tahun 1997, ciri-ciri sistem pemfailan yang baik adalah bersistematik, mudah dirujuk, mudah diperoleh dan selamat. Oleh yang demikian, inisiatif penghasilan e- Folio ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah lambakan dokumen-dokumen berbentuk fizikal ekoran beban pensyarah yang semakin bertambah dari aspek bilangan kursus, kelas dan bilangan pelajar.

Bagi merealisasikan penggunaan e-Folio ini, para pensyarah di IPGKDRI perlu mempunyai kesediaan yang tinggi. Para pensyarah bukan sahaja perlu mahir mengendalikan pengajaran dan pembelajaran digital tetapi juga harus mampu untuk melaksanakan pengurusan dokumen-dokumen kurikulum dalam bentuk digital. Para pensyarah perlu bersikap lebih terbuka, bersedia dan patuh terhadap trenda perkembangan inovasi masa kini serta dapat melaksanakan inovasi-inovasi dan mengurus sistem teknologi terkini (high-tech system) dalam

(4)

mengendalikan pengurusan pendidikan (Senognoeva, N., Sadovnikova, N., Maleeva, E., &

Lopatnikov, P.,2020).

Justeru kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan e-Folio. Kajian ini dilakukan untuk memudahkan pihak pengurusan mendapat maklumat awal bagi melakukan persediaan untuk keperluan penggunaan e-Folio. Kajian ini membawa kepada rangka tindakan awal yang penting untuk menetapkan langkah-langkah tindakan seterusnya agar perancangan pelaksanaan penggunaan pengurusan dokumen e-Folio ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif yang diharapkan. Berdasarkan keperluan ini, objektif bagi kajian ini adalah;

1. Mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan e-FOLIO dari aspek pengetahuan?

2. Mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan e-FOLIO dari aspek kemahiran?

3. Mengenal pasti tahap keberkesanan pelaksanaan e-FOLIO dari segi kos, ruang dan masa?

2. Tinjauan Literatur

Pandemik Covid19 menyebabkan kebanyakan sistem pentadbiran dalam pendidikan beralih dari berbentuk fizikal kepada dalam talian secara elektronik sepenuhnya. Perubahan gaya pembelajaran sebegini menyebabkan tugas pensyarah juga turut berubah. Kajian-kajian tentang kesediaan, kelebihan, kekangan dan keberkesanan pendidikan dan pentadbiran di atas talian telah banyak dilakukan seiring dengan perubahan semasa.

Terdahulu, kajian tentang penggunaan rekod mengajar secara dalam talian oleh Zurina Hamid & Samhah Mohd Yusof (2013) mendapati semua guru mempunyai persepsi yang positif terhadap rekod mengajar secara dalam talian. Ini kerana penggunaan rekod mengajar secara dalam talian mempunyai keberkesanan yang tinggi dalam membantu guru menyediakan rancangan pengajaran, proses merencanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Dapatan kajian ini juga menunjukkan dengan menyediakan dokumen penagarajan secara dalam talian juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Implikasinya dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pemantauan oleh pihak atasan.

Manakala pengkaji Noraashikin et al., (2020) melihat kesediaan pensyarah dalam pelaksanaan Fail Rekod Pensyarah secara atas talian (e-FRP) yang dilaksanakan di Politeknik Sultan Idris Shah. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan pensyarah adalah tinggi dan terdapat sokongan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Di samping itu, kajian ini juga mendapati tahap pemahaman pensyarah terhadap kepentingan pengurusan atas talian bagi kelestarian alam sekitar juga adalah tinggi.

Azreen Nur et al., (2020) dalam kajian mereka tentang kesediaan dan kekangan penggunaan medium interaksi antara pensyarah dan pelajar yang dibangunkan oleh politeknik dan kolej komuniti yang dipanggil sebagai big blue button. Aplikasi ini menyediakan platform bagi penyimpanan rekod dan penyediaan maklumat PdP yang boleh dikongsi dan dicapai secara berpusat oleh warga institusi. Hasil kajian mendapati kesediaan pensyarah adalah pada

(5)

jaringan internet dan terdapat aplikasi yang lebih mudah digunakan seperti Cisco Webex dan Microsoft Team.

Kajian terkini yang dilaksanakan oleh Khairudin & Wan Ahmad Jaafar (2021) turut menekankan beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan pensyarah dalam menerima perubahan berkaitan pengurusan maklumat secara dalam talian. Di antaranya ialah kekurangan kemahiran dalam bidang teknologi digital yang berpunca daripada masalah sikap, masalah pertindanan tugas, masalah sistem yang rumit dan kurang latihan dan pendedahan terhadap pengoperasian sistem tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa tingkah laku kesediaan penggunaan teknologi sangat dipengaruhi oleh empat faktor iaitu optimisme, inovatif, ketidakselesaan dan kebimbangan seperti yang disebut dalam teori Technology Readiness Index (TRI) yang diperkenalkan oleh Parasuraman (2000) dan turut mempunyai hubungan dengan faktor kebergunaan dan kemudahgunaan sistem seperti yang disarankan dalam teori Technology Acceptance Model (TAM) yang mula diperkenalkan oleh Davis (1989).

Oleh yang demikian, penggunaan Google Classroom dan Google Drive sebagai platform utama pengurusan dan pentadbiran dokumen dan penyampaian maklumat kurikulum merupakan suatu idea yang terbaik. Ini kerana penggunaan Google Classroom dan Google Drive dalam kalangan pensyarah selaku ahli akademik adalah tidak asing lagi. Sukmawati (2020) ada menyatakan dalam kajiannya, penggunaan aplikasi Google ini merupakan salah satu revolusi pendidikan yang mana pembinaan tingkah laku pendidik dan pelajar wujud hasil daripada aktiviti pemanfaatan digital dan teknologi yang efektif dan efisien.

3. Metodologi

Reka bentuk kajian yang dijalankan secara kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian.

Menurut Cresswell (2014), penyelidikan deskriptif digunakan untuk mendapat maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Pemilihan lokasi bagi kajian ini adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI). Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada semua pensyarah yang sedang mengajar di IPG berkenaan seramai 113 orang.

Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah supaya setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel yang mewakili populasi kajian. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 70 responden yang menjawab soal selidik kajian iaitu sebanyak 61.9% daripada jumlah keseluruhan pensyarah.

Pembinaan instrumen kajian dibina sendiri oleh kumpulan pengkaji berdasarkan sumber literatur. Soal selidik dalam kajian ini menggunakan skala Likert mata 10, di mana (1) sebagai Sangat Tidak Setuju (STS) dan (10) sebagai Sangat Setuju (SS). Pemilihan skala Likert mata 10 berdasarkan pandangan Li (2013) yang menegaskan bahawa soal selidik yang baik memberi kebebasan dan pilihan yang lebih banyak kepada responden dalam membuat keputusan. Dengan pemilihan skala yang lebih banyak memberi peluang justifikasi pemilihan yang lebih tepat untuk responden menjawab. Pernyataan yang dikemukakan adalah tetap dan dinyatakan iaitu SS digambarkan sebagai tindak balas positif dan STS digambarkan sebagai

(6)

secara atas talian menggunakan Google Form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 22. Interpretasi skor min mengikut pandangan Li (2013) seperti berikut.

Jadual 1: Interpretasi Tahap Min

Skor Min Interpretasi Tahap Min

1.00 – 3.33 Rendah

3.34 – 6.67 Sederhana

6.68 – 10.00 Tinggi

Sumber: Li, Q. 2013 4. Dapatan kajian

Tahap kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan e-Folio dari aspek pengetahuan.

Jadual 2 memaparkan purata keseluruhan tahap kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan e- Folio dari aspek pengetahuan adalah tinggi iaitu min 7.63. Item bagi setiap aspek pengetahuan adalah tinggi iaitu antara min 7.21-8.71. Dapatan ini menggambarkan bahawa secara purata pensyarah telah bersedia dan didedahkan mengenai aspek pelaksanaan e-Folio. Hal ini terbukti apabila dimensi pengetahuan Google Classroom memperoleh skor min yang tertinggi iaitu 8.71, diikuti penggunaan efolio min 7.31, seterusnya cadangan e-Folio kepada rakan 7.29, dan e-Folio memudahkan urusan 7.21.

Jadual 2: Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Pelaksanaan E-Folio Dari Aspek Pengetahuan

Aspek Min SP Tahap

1. Tahu menggunakan Google Clasroom 8.71 1.54 Tinggi 2. Menggunakan e-folio sebagai platform

penyediaan dokumen PT03 7.31 2.81 Tinggi

3. e- Folio memudahkan urusan penyediaan

dokumen PT03 saya 7.21 2.84 Tinggi

4. e-Folio dapat menjimatkan masa saya bagi

penyediaan dokumen PT03 7.28 2.76 Tinggi

Keseluruhan 7.63 2.48 Tinggi

Tahap kesediaan pensyarah di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail terhadap pelaksanaan e-Folio dari aspek kemahiran.

Jadual 3 menunjukkan tahap kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan e-Folio dari aspek kemahiran juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 7.45. Dimensi e-Folio meningkatkan kemahiran IT berada pada tahap tinggi iaitu skor min 7.48 dan seterusnya e-

(7)

berkesan dengan nilai min 7.34 dan e-Folio memudahkan urusan pensyarah dengan skor min 7.21.

Jadual 3: Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Pelaksanaan E-Folio Dari Aspek Kemahiran

Aspek Min SP Tahap

1. e- Folio memudahkan urusan penyediaan dokumen

PT03 7.21 2.84 Tinggi

2. e-Folio sangat berkesan dalam aspek penyediaan

dokumen PT03 7.34 2.79 Tinggi

3. e-Folio sangat relevan dengan situasi masa kini dalam

aspek penyediaan dokumen 7.77 2.60 Tinggi

4. e-Folio menjadikan lebih mahir dalam penggunaan

TMK 7.48 2.83 Tinggi

Keseluruhan 7.45 2.76 Tinggi

Tahap keberkesanan pelaksanaan e-Folio dari segi kos, ruang dan masa.

Jadual 4 pula memaparkan keberkesanan pelaksanaan e-Folio dari segi kos, ruang dan masa juga berada pada tahap tinggi dengan min kesleuruhan 7.67. Dapatan ini menggambarkan bahawa pelaksanaan e-Folio amat berkesan dalam menjimatkan ruang dengan perolehan skor min yang tertinggi iaitu 7.96, dan diikuti keberkesanan e-Folio dalam menjimatkan kos dengan skor min 7.91. Manakala e-Folio juga berkesan dalam menjimatkan masa pensyarah dengan nilai min 7.14. Dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan tahap keberkesanan pelaksanaan e- Folio dari segi kos, ruang dan masa pensyarah adalah tinggi.

Jadual 4: Tahap Keberkesanan Pelaksanaan e-Folio Dari Segi Kos, Ruang Dan Masa

Aspek Min SP Tahap

1. e-Folio dapat menjimatkan masa bagi

penyediaan dokumen PT03 7.14 2.79 Tinggi

2. e-Folio dapat menjimatkan kos dalam

penyediaan dokumen PT03 7.91 2.59 Tinggi

3. e-Folio dapat menjimatkan ruang di tempat

kerja 7.96 2.60 Tinggi

Keseluruhan 7.67 2.66 Tinggi

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Kesediaan pensyarah menggunakan e-Folio berkait dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bagi melaksanakannya. Hasil dapatan kajian, menunjukkan pensyarah mempunyai

(8)

menunjukkan pensyarah memahami dasar dan konsep Google Classroom, dan bagaimana untuk melaksanakan e-Folio ini di dalam pengurusan dokumen kurikulum mengikut cara yang betul.

Pensyarah dapat menyediakan dokumen pengurusan kurikulum yang diperlukan dalam Google Classroom mengikut format yang ditetapkan oleh pihak pengurusan berdasarkan pengalaman mereka menyediakan Google Classroom sebagai medium pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Selain itu pensyarah juga sering mendapat latihan dan bimbingan daripada penyelaras Unit Pembelajaran Digital di setiap jabatan. Pengetahuan dan kemahiran yang sebegini dapat memberi satu impak kesediaan yang amat baik kepada semua pensyarah untuk meneruskan penggunaan Google Classroom bagi pelbagai keperluan pihak pengurusan. Dapatan kajian ini seiring dengan kajian Khairudin & Wan Ahmad Jaafar (2021) dan Fauzan & Fatkhul (2019) yang membincang faktor kesediaan pensyarah dalam menerima perubahan berkaitan pengurusan maklumat secara dalam talian adalah dari aspek pendedahan kemahiran dalam bidang teknologi digital. Malahan dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Noraashikin et al., (2020) yang menunjukkan tahap kesediaan pensyarah adalah tinggi dan mendapati tahap pemahaman pensyarah terhadap kepentingan pengurusan atas talian juga adalah tinggi.

Dapatan kajian ini menunjukkan keperluan dari aspek peralatan digital, kos dan masa memberi kesan yang tinggi terhadap penggunaan e-Folio. Dengan menggunakan e-Folio pensyarah dapat menyediakan dokumen kurikulum yang diperlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sahaja dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer riba.

Selain itu, pemantauan oleh ketua jabatan terhadap pengurusan dokumen kurikulum juga menjadi semakin mudah dan cepat. Sebarang ketidakakuran dapat dikesan lebih awal oleh ketua jabatan dan penambahbaikan dapat dibuat dengan segera. Ini memberi petanda bahawa aspek ini amat penting dan sangat membantu pensyarah dalam menyediakan dokumen pengurusan kurikulum yang diperlukan. Kos dan masa amat menyumbang terhadap pembinaan e-Folio yang boleh dilaksanakan oleh para pensyarah pada bila-bila masa dan di mana sahaja pensyarah berada dalam lingkungan rangkaian internet. Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Sukmawati (2020) dan Swita & Heri (2019) yang turut menjelaskan bahawa aplikasi Google Classroom memberikan satu implikasi terhadap pemanfaatan digital yang berkesan.

Umum mengetahui bahawa prinsip pengurusan penyampaian perkhidmatan digital dalam perkhidmatan awam diperincikan dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam (2016 – 2020) dan Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. Sehubungan itu, penggunaan e-Folio amat bertepatan dengan kedua-dua pelan ini sebagai usaha meningkatkan kecekapan sistem pengurusan dokumen kurikulum yang diperlukan. Melalui penyediaan perkhidmatan digital sebegini dapat mereformasikan tadbir urus pengurusan dokumen kurikulum di IPGKDRI ke arah yang lebih cekap dan berkualiti. Justeru dapatan kajian ini amat bertepatan terhadap keperluan bagi memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dengan mengambil kira pendigitalan dalam pengurusan perkhidmatan yang lebih mampan.

Hasil kajian ini dapat memberi implikasi bahawa para pensyarah sentiasa mempunyai

(9)

penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dapatan ini jelas menggambarkan bahawa pengurusan dokumen yang bersistem dan harmonis yang dilaksanakan dapat menghasilkan suatu proses kerja yang berkualiti dan berkesan. Situasi sebegini amat penting memandangkan kestabilan intelektual dan emosi pensyarah perlu terus berada dalam keadaan kondusif serta dapat mewujudkan suasana penerimaan proses pengurusan dokumen yang bermakna dalam pelbagai situasi perubahan persekitaran terkini terutama ekoran gelombang Pandemik Covid19.

Kesimpulan

e-Folio merupakan konsep pengurusan dokumen kurikulum yang dihasilkan menggunakan peranti elektronik Google Classroom sebagai medium penyediaan Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum tanpa melibatkan sebarang penggunaan fail secara fizikal.

Penyediaan e-Folio sebagai dokumen kurikulum dalam talian merupakan satu alternatif yang dapat membantu para pensyarah untuk melaksanakan pengurusan proses pembelajaran dalam pandemik COVID-19. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan yang tinggi menunjukkan bahawa pengurusan dokumen pembelajaran dan pengajaran dalam talian menyediakan peluang kepada generasi baharu dengan lebih baik tanpa mengambil kira faktor ruang, masa dan tempat.

Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa kaedah penyediaan dokumen rujukan secara dalam talian yang dilaksanakan dilihat memberi kesan yang amat positif walaupun kaedah pembelajaran secara dalam talian baru dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020 disebabkan oleh penutupan semua institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Rujukan

Akta Arkib Negara 2003. Undang-Undang Malaysia Akta 629

Azreen Nur Sarudin, Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan & Mohd Ghadafi Shari. (2020).

Kesediaan dan kekangan penggunaan Big Blue Button di kalangan pensyarah Politeknik METrO Johor Bahru. https://www.researchgate.net/publication/347178235

Cresswell, J. W. (2014). Research Design : Qualitative and Quantitative approaches (4th ed.).

SAGE Publications.

Davis, F. D. (1989). Information Technology Introduction. 13(3), 319 340.

Fauzan & Fatkhul Arifin (2019). The effectiveness of Google Classroom Media on the Students’ Learning Outcomes of Madrasah Ibtidaiyah Teacher Education Department.

AL IBTIDA: Jurnal Pendidikan Guru Mi, 6(2), 271-285

Isa, N. S. M., & Said, M. M. N. H. M. (2016). Sistem Pengurusan Rekod Dokumen Sekolah Melalui Web Berasaskan Teori Aktiviti

Karimova, L. K., & Kirpichnikova, A. A. (2016). Application of information analysis system in the sphere of historical education: advantages and problems. The Turkish Online Journal of Design, Art and Communication–PP, 769-772.

Khairudin Ahmad & Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya. (2021). Model kesediaan pengamalan

sistem pengurusan peperiksaan IPGM.

https://www.researchgate.net/publication/350886521

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities,

(10)

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noorashikin Nazir, Siti Dianah Abdul Bujang & Madihah Paiizi. (2015). Tahap kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan Fail Rekod Pensyarah secara atas talian (e-FRP) di Politeknik Sultan Idris Shah. https://www.researchgate.net/publication/346668314 Parasuraman, A. (2000). Technology Readiness Index (TRI): A Multipleitem Scale To

Measure Readiness To Embrace New Technologies. Journal Of Service Research, 2:307(May).

Senognoeva, N., Sadovnikova, N., Maleeva, E., & Lopatnikov, P. (2020, July). Formation of the University Teachers’ Readiness for Organizing the Process Based on Using Digital Educational Environment Resources. In International Scientific Conference on Philosophy of Education, Law and Science in the Era of Globalization (PELSEG 2020) (pp. 322-327). Atlantis Press.

Stier, R. F. (2014). Food Safety Assurance Systems: Documentation and Record Keeping. In Y. Motarjemi (Ed.), Encyclopedia of Food Safety (pp. 268-275). Waltham.

Sukmawati. (2020). Implementasi pemanfaatan Google Classroom dalam proses pembelajaran online di Era Industri 4.0. Jurnal Kreatif Online, 8(1), 39-46.

Swita, A.H. & Heri, P. (2019). Pemanfaatan Google Classroom sebagai media pembelajaran online di universitas dian Nuswantoro. WACANA, 18(2), 225-233

Zurina Hamid dan Sanitah Mohd Yusof.(2013). Pelaksanaan Rekod Mengajar Secara On-Line.

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

Referensi

Dokumen terkait