Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies , reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
4,200 tan ikan salmon mati
AFP
FOTO HIASAN
Santiago: Lebih daripada 4,200 tan ikan salmon menjadi mangsa alga pembunuh di Chile, menurut perkhidmatan akuakultur dan perikanan negara itu.
Ia adalah kejadian terbaru kemusnahan besar-besaran di negara pengeluar ikan salmon kedua terbesar dunia itu.
Kejadian dikatakan berpunca daripada alga berkenaan yang mengurangkan kadar oksigen dalam air, seterusnya 'melemaskan' salmon.
Insiden sama yang membunuh ribuan tan ikan salmon berlaku pada 2016.
Sekurang-kurangnya 18 ladang ternakan ikan salmon di selatan Chile, yang mengeluarkan kira - kira 26 peratus daripada bekalan ikan salmon dunia terjejas.
Greenpeace berkata, ia disebabkan pencemaran oleh penternakan salmon, manakala pihak industri menyatakan ia berpunca daripada perubahan iklim.
Tiga jenis alga berkenaan dikesan di 18 ladang berkenaan, dengan 70 peratus daripada ikan mati sudah dikeluarkan.
Hanya Norway mengeluarkan ikan salmon lebih banyak daripada Chile.
Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 8:51am